Novel : The Wedding Breaker 22

8 July 2012  
Kategori: Novel

61,677 bacaan 74 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

Bab 22
__________________________________________

‘tut..tut…’ deringan telefon menandakan mesej diterima. Ariana menekan skrin telefonnya.

- 10 minit lagi saya sampai – Harith

Ariana menyemak penampilannya di cermin sekali lagi. Terpapar imejnya yang tinggi lampai setelah mengenakan kasut 3 inci. Ketinggiannya 158cm bila ditambah lagi 8cm, memang dah boleh berdiri sama tegak dengan model. Hehe, sakan Ariana berangan.

Dress labuh berlengan panjang dikenakan olehnya. Rhinestone warna amber di kain sari ungu tua jenis chifon silk menjadikan penampilannya agak memukau, kena dengan kulitnya yang putih susu, rambutnya yang hitam berkilat dan matanya yang dipakaikan kanta lekap bewarna amber. Sama seperti warna rhinestone dibajunya. Ariana menyanggul rambutnya dengan sedikit juraian di tepi.

Puas hati dengan imej yang dipantulkan oleh cermin disebelah pintu masuk rumahnya, barulah dia mula keluar dari rumah.

* * * * * * *

Harith tiba dengan Mercedes CLK200. Dia menunggu Ariana di lobi kondo mewah tersebut. Usai Ariana keluar dari pintu utama, Harith bagai tersentap. Nafasnya bagaikan tersekat bila melihat penampilan Ariana pada malam itu. Biasanya gadis itu lebih senang mengoles mekap nipis sahaja bila di pejabat. Bedak nipis dan lipbalm. Dengan mekap nipis pun Ariana dah cukup cantik, tapi bila dia dah berdandan macam sekarang ni, memang meletop habis!

“Harith…” beberapa kali nama Harith dipanggilnya dan jarinya mengetuk cermin tingkap kereta Harith. Harith masih terbeliak memandangnya. Ariana pandang belakang, manalah tahu kot-kot ada langsuir ke pocong ke…hisk, serta merta bulu romanya meremang. Cerita hantu yang diberitahu oleh pak cik pengawal keselamatan tempoh hari mula berlegar dimindanya. Ketukan di kuatkan.

Harith tersentak. Malu pula dia pada Ariana, kantoi mengelamun. Harith segera keluar dari kereta, membuka pintu sebelah penumpang dan Ariana memasuki keretanya.

“Thanks, En. Harith”

Bila Harith mula memandu Ariana menegurnya, ” Encik Harith tengok apa tadi? Ada pape ke kat belakang saya?”

Harith ketawa, mahu menyorokkan malunya. “Saya macam nampak something, but tak ada pape kot…”

Huh, memang meremang bola roma Ariana. Takut pula dia. “Isk Encik Harith ni, takut saya…Tak payah cerita la, nanti saya takut nak balik nanti”

Terburai ketawa Harith bila Ariana percaya pada kata-katanya. Nasib baik Ariana percaya, kalau tak sah dia malu kalau Ariana tahu dia terkejut dengan penampilan Ariana malam tu.

Jangan niat dia nak tackle Ariana, yang jadinya orang lain pula yang sibuk memancing sama. Tetamu malam itu bukannya orang biasa. Semuanya orang-orang kenamaan…

** * * ** * * * * * * ** * * *

Pintu gerbang Palace of The Golden Horses dimasuki oleh mereka. CLK200 Harith merapati pintu utama. Ariana dapat melihat beberapa buah kereta mewah turut sama menunggu giliran untuk menurunkan penumpang. Macam ada pesta. Muka Harith dipandangnya.

“Malam ni ada event lain ke En Harith? Ramai je saya tengok…Macam orang besar-besar je ni…”

“Mana ada orang besar-besar.. Cuba awak tengok, dia orang semua slim-slim tau”

Buat lawak pulak Encik Harith ni. Orang serius dia buat lawak, tapi Ariana tergelak juga.

“Awak jangan risau Ariana..mereka pun manusia macam kita”

Usai sebuah Bentley berlalu, Harith memandu ke depan sebelum berhenti betul-betul mengadap pintu utama. Seorang chauffeur membuka pintu Ariana. Dia turun dari kereta. Lelaki muda yang berpakaian kemas itu membuka pintu sebelah Harith, kunci kereta Harith diserahkan kepada lelaki tersebut sebelum dia memandunya untuk diparkir.

Harith menghulurkan lengannya untuk dipegang oleh Ariana seperti pasangan lain. Ariana mengikut, pegangannya dikemaskan. Dia perlukan kekuatan. Beberapa tetamu sibuk menegur sesama sendiri, termasuklah Harith. Dia je yang tak kenal sesiapa di situ.

Tiba di pintu utama Ballroom, seorang lelaki dan perempuan muda yang siap berpakaian kemas menyambut mereka. Kad jemputan dihulurkan kepada lelaki tadi. Mereka dibenarkan masuk. Pintu utama dibuka, lelaki tadi menghadiahkan senyuman manis buat mereka.

“Enjoy the night sir and madam”

Ariana membalas senyuman. Pegangannya pada lengan baju Harith dikemaskan. Dadanya berdebar, tidak dapat menjangkakan bagaimanakah suasana di dalam.

“You will enjoy it Ariana” Harith tersenyum padanya penuh makna.

Suasana ballroom sangat meriah tapi terkawal. Kebanyakan tetamu berdiri di merata dewan, bercakap sesama sendiri. Beberapa meja bulat turut disediakan, meja buffet juga diatur di kiri kanan dewan. Satu bar menghidangkan minuman keras juga ada dihujung dewan, kata Harith untuk tetamu bukan muslim sahaja. Wallahua’lam, empunya diri lebih mengetahui.

“We get the drink first?” ajak Harith. Ariana mengikut.

“Okay”

Mereka ke meja buffet yang menyusun perlbagai jenis minuman dan makanan. Harith menghulurkan jus oren kepadanya. Ariana menyambut tanpa banyak soal. Seorang lelaki datang menghampiri mereka, lelaki berbadan sasa dengan rambut pendek berceracak. Dia menghulurkan tangan pada Harith. Mereka bersalaman.

“Harith! How are you man? Mana YB?”

“Aku Okay….YB ke Australia. Ko amacam bro?”

“Okay..steady…Ni siapa ni?” Ramzul menunjukkan pada Ariana yang setia berdiri di sebelah Harith.

“This is my date, Ariana Rose, and Ariana, this is Ramzul Aziz”

‘His date?’ wah, wah, pandai-pandai je si Harith ni. Ariana biarkan sahaja, tak kan lah beriya dia nak sangkal kan? Tak manis la pula. Ariana senyum pada Ramzul.

“Hi” pendek sahaja balasnya. Ramzul mula menghulurkan tangan untuk bersalaman, tapi Ariana menolak dengan baik.

“Sorry some women don’t mind” Ramzul memohon maaf.

“Sorry juga..sebab I’m not one of those women” Ariana masih bersikap profesional. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Harith tersenyum puas bila Ariana menolak. Nyata Ariana punya prinsip sendiri dan tahu menjaga maruah dirinya.

Mereka terus berbual di situ. Pelbagai topik yang keluar, dari cakap-cakap mengenai program anak yatim, isu politik, isu tender sampailah kepada isu sukan. Sepanjang mereka berbual di tepi meja buffet, ahli kelab bual mereka bertambah daripada dia, Harith dan Ramzul kepada 8 orang termasuk seorang Tan Sri, seorang kerabat dan tiga lagi pasangan kepada Ramzul, Tan Sri Chua dan Raja Azman. Pasangan perempuan mereka lebih banyak berdiam diri, sibuk memeluk pinggang pasangan. Pelik pula dia, isteri dorang ni tak marah ke bawa perempuan lain? Eh, apa pula, memang dorang ni isteri-isteri dorang lah. Isteri muda pun ada, isteri tunggal pun ada. Hanya Ariana yang turut sama berbincang. Memang topik yang dia suka, kecuali bab sukan. Bila masuk bab sukan terus dia bosan dan mula berbual dengan pasangan Ramzul, Liyana. Gadis muda yang lebih kurang sebayanya, tapi bersusuk tubuh tinggi lampai. Model katakan…

Bila ke empat-empat lelaki itu masih khusyuk bercakap soal industri bola di Malaysia, dia terus meminta diri untuk ke tandas. Liyana pun ikut sama. Liyana walaupun terkenal tapi humble orangnya. Dia senang dengan Liyana.

“Ariana ni girlfriend Abang Harith ke?”

Ariana ketawa. Orang macam dia manalah layak dengan Harith, “Tak adalah…officemate, saya datang pun atas dasar kerja. Program ni bawah Kenterian saya, tapi event malam ni OpticalTech yang anjurkan, one of our sponsor”

“Owh..ingat girlfriend Abang Harith tadi…Abang Harith tak pernah bawa teman, biasa dia sorang je dengan YB tu..”

“YB tak ada tu dia ajak saya kot…” tak sangka Harith tak pernah bawa perempuan lain dengannya. Kira dia lah perempuan pertama? Bangga pula rasanya. Hehe, Ariana..Ariana…

“And you? Girlfriend Ramzul?”

Giliran Liyana pula ketawa sakan. Ariana tak faham. Keningnya diangkat, tanda bertanya kenapa? Liyana menjawab tersekat-sekat dengan tawanya,”He is my brother..It’s funny when u said such thing..haha”

Adik rupanya..patutlah dua-dua sama tinggi, tapi Ramzul agak gelap sedikit, mungkin kuat sangat main tengah panas, telahnya.

Usai selesai ke tandas, touch up apa patut, mereka kembali ke dewan. Sambil berjalan sambil Liyana sibuk bercerita dan bertanya mengenai Harith. Kadang mereka ketawa dengan umpatan mengenai Harith. Buat dosa free je…

Dari jauh dia dapat melihat sepasang tetamu baru tiba, juga sedang berjalan ke arah pintu utama seperti dia dan Liyana.

Si lelaki sangat segak dengan suit kelabu berpotongan kemas, rambutnya disikat ke sisi. Menampakkan gaya formal, sekali pandang memang macam Prince Charming. Si perempuan pula bak puteri dengan gaun labuh bewarna pastel pink dari kain lembut. Si perempuan memaut erat lengan pasangannya, mereka sibuk berbual dan sesekali ketawa.
“Tu lah Tengku Adam…dengan kekasih barunya kot, Sophie anak Tan Sri Roslan..Player tu” Liyana menjuihkan bibirnya kearah pasangan yang asyik direnungnya sedari tadi. Kata-kata Adam terngiang di telinganya.
” I love being around you. I nak you dengan I. I miss last night like I can’t wait for tonight for it to happen again…but I can’t marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different status….”
Perempuan seperti Sophie lah yang kena dengan status Adam? Anak Tan Sri, cantik, pandai bergaya. Tapi Ariana tidak terasa kekurangan, dia juga ada kelebihannya sendiri, lagipun bukan dia suka Adam pun. Yang dia terasa macam hati pecah ni kenapa?

“Cantik kan pasangan tu…sama padan..” terasa kelat mulutnya bila berkata begitu, tapi ditahannya saja.

Mereka bertembung di depan pintu. Adam memandangnya lama, kembali berpaling pada Sophie dan mendengar butir bicara gadis itu sebelum mereka memasuki pintu ballroom. Dia langsung tidak dipedulikan oleh Adam. Siapalah dia di mata Adam, mungkin Adam malu mahu mengaku mereka saling mengenali.

Ariana dan Liyana mengekori dari belakang sebelum kembali mengambil tempat di sebelah Ramzul dan Harith. Sesekali matanya melihat Adam. Adam yang sibuk melayan tetamu lain, melayan Sophie yang bertempek macam lintah. Hisk, sakit hati je menengok.

Bila Adam semakin menghampiri kumpulan mereka, jantung Ariana berdegup kencang. Sophie masih melekat disebelah Adam.

“Hye…Datuk Adam…!” tegur Tan Sri Chua. Mereka bersalaman. Sophie tersenyum lebar di sebelahnya, bangga dapat menjadi teman Adam kot…

Harith dan Raja Azman juga turut bersalaman. Ramzul sahaja yang bersikap acuh tak acuh. Liyana biasa sahaja. Adam bertanya Harith mengenai perjalan program, Harith menerangkan serba sedikit berkenaan auction yang bakal diadakan nanti. Katanya semuanya adalah barangan peribadi dari tetamu yang hadir, mereka menjualnya secara lelong dan kutipan hasil belian akan diberikan kepada program anak yatim.

“Datuk Adam ada aim apa-apa barang ke?” soal Raja Azman. Ramzul mendengar dengan teliti.
Adam memandang pada Sophie disebelahnya. Bahu Sophie dipeluk erat. “She is donating her gown, I’m betting on it” Sophie senyum bangga.

Ramzul turut meletakkan tangannya ke bahu Ariana. Ariana terkejut. Merah mukanya menahan malu dan marah. Baru sahaja dia mahu menegur perbuatan Ramzul lelaki itu dengan bangganya memberitahu Adam, ” Cool Datuk…I’m betting on Ariana’s. Kan Ariana?”

Sophie memandang Ariana dengan renungan tajam. Ada rival rupanya..Ingatkan dia je yang buat donation macam tu. Sophie senyum pura-pura, “Which designer is it?”
Terasa membahang mukanya bila ditanya begitu. Itu dia punya design! Dan dia bangga memakainya!

Ariana turut melemparkan senyum sehabis sempurna, sehabis menggoda, sehabis menarik yang dia mampu, “My mom’s boutique. I only wear what I designed” pendek jawapan Ariana. Memang dia sendiri yang melakar rekaan baju tu.

Liyana terkejut, begitu juga dengan Farah dan Lekha pasangan kepada Tan Sri Chua dan Raja Azman.

“Unbelievable!”

“Seriously Ariana, where is your mom’s boutique? I should start using her wonderful skill. Owh My God…its soo gorgeous! I ingat you beli kat luar negara tadi”

“Yeah, exactly. That’s what I thought !”

Ariana senyum bangga dengan hasil kerja pekerja umminya. “I will give you guys my card and you can start bombing that place!”

Sophie mencebik. Tangan Adam dipautnya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia ajak Adam berlalu dari situ.

Adam masih memandangnya tanpa perasaan. Hati batu! Sombong! Ah, menyampah dia tengok Adam. Menyampah dan marah hingga dia lupa yang Ramzul masih memegang bahunya dengan kemas.

Sophie masih tak puas hati, dipandangnya Ariana atas bawah.

“What kind of material is it?”

Ariana membalas renungan Sophie dengan senyuman manis, “Chiffon silk saree. My mom bought this in India the last time she went there”

Berubah air muka Sophie dan Adam. Siapa ibu bapa Ariana? Bukankah ayahnya peniaga gerai? atau Ariana sengaja mereka cerita semata-mata mahu menutup kedaifannya?

“I went to India last two months. This type must cost you thousands…”

Ariana hanya menjungkit bahu. Malas mahu riak, tidak pasal-pasal dia dapat dosa.

“It looks beautiful sebab pemakainya…” seorang lelaki sebaya ayahnya datang menyelit. Gatal orang tua ni, bisik Ariana. Pasangannya di sebelah sibuk merenung Adam dan Sophie. Kemudian menjelingnya tajam.Drama owh drama!

Mereka semua ketawa bila Datuk Jamal mengusik begitu. Rupanya semua lelaki kat situ bersetuju dengan kata-kata Datuk Jamal. Malu Ariana bila dirinya menjadi bualan. Datuk Jamal dan Zatty pasangannya meminta diri selepas mencelah tadi. Mereka mahu ke depan, katanya auction dah nak mula. Masing-masing pun sibuk ke depan, termasuklah dia dan Harith.

Ariana mengheret lengan baju Harith agar mendekatinya, “En. Harith, what’s wrong with your friend? I nak kena naik ke pentas ke apa ni? Kalau dah jual baju tu nanti I nak pakai baju apa?” soalannya yang bertubi-tubi hanya dibalas dengan tawa kecil dari Harith. Yang ni pun satu, tahu lah senyum tu sedekah, tapi tak perlu la asyik nak senyum je…!

“Haha Ariana…it is a mistake saya ajak awak datang sini tau? Now you have so many fans! Nanti…bila they announce your donation you jalan atas red carpet tu, then naik atas pentas. They will do the auction when you are on the stage”

“Macamana kalau tak ada orang nak beli?”

“I ada!” Harith senyum mesra.

Hee berserabut dia dengan perangai orang-orang kaya ni. Menyesal dia datang! Mereka berdua menyaksikan satu persatu barangan di lelong. Jumlah lelongan pun boleh tahan, ada yang sampai cecah ratusan ribu ringgit. Bukan apa pun yang dijual, barang antik, lukisan atau barang limited edition macam baju mendiang P.Ramlee dan Michael Jackson. Huh, kalau dia la, simpang malaikat 44 dia tak kan beli baju orang mati ni.

“Okay Ladies and Gentlemen….we have such an awesome donation tonight! Two misses will be donating the dress they are wearing now! We invite first donator, Miss Shophie Tan Sri Roslan with her pure and kind heart to make an appearance!”

Sophie memeluk Adam, mencium pipinya sebelum dia memperagakan pakaiannya di atas karpet merah. Semua mata tertumpu padanya. Cantik. Memang gadis itu sangat cantik, dengan kulit putih tanpa cela dan rambut yang diwarnakan coklat muda digayakan ala barbie doll. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Sophie. Terasa lemah lututnya bila mengingatkan yang gilirannya akan tiba nanti.

Ramzul datang mendekatinya, “Feeling okay?”

Okay? Sah la tak okay! Tapi perasaannya itu disorokkan. Dia tak kan kalah dengan Sophie. Ariana hanya membalas persoalan Ramzul dengan senyuman sambil menunjukkan riak tenang.

Tetamu semua bertepuk tangan bila Sophie sudah sedia berada di atas pentas. Pengacara majlis mula memberitahu detail mengenai gaun tersebut, jenamanya dan dimana ia dibeli. Jenis kain yang digunakan dan sebagainya.

Lelongan dimulakan dengan nilai RM1000.00 , dinaikkan sedikit demi sedikit hingga menjadi RM9800.00. Dress jenama Versace logiklah kalau mahal pun. Adam langsung tidak membuat tawaran. Hingga pengacara mengira RM9800.00 satu. RM9800.00 dua, barulah Adam mengangkat tangan dan menawarkan RM15,000.00. Sophie tersenyum bangga. Dia tahu Adam tak akan mengecewakannya. Sophie turun dari pentas dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

Debaran Ariana semakin kuat.

Pengacara mula memanggilnya, “and….our second donater!” Ramzul memeluk bahunya. Ramzul? Kenapa dengan mamat ni? Harith yang berada di sebelah menjeling, tidak senang dengan tingkah laku kawannya.

” Miss Ariana Rose Hussein! A new comer, I see..and a young and talented fashion designer. She is donating her own designed dress she is wearing right now! Please make an appearance Miss Ariana Rose!”

Ramzul mahu memimpinnya ke karpet, tapi dihalang oleh Harith. Harith membawanya ke hujung carpet, di tengah-tengah himpunan manusia. Mereka memberi laluan kepada Ariana.

Dia berjalan ala-ala model di tengah carpet merah. Nasib lah dia pernah mengikuti fashion show umminya, tapi fashion show butik umminya bukan depan orang kenamaan macam sekarang.

“Chin high Ariana, confident…and say this charm: I am beautiful, perfect and all eyes are envying me” bisik hati kecil Ariana.

Sesekali dia berhenti dan memusingkan badan untuk menggayakan baju yang dipakainya. Penuh keyakinan, seperti model terlatih. Ariana menaiki tangga satu persatu ke atas pentas, berhenti di tangga terakhir dengan posisi bahu dan mukanya memandang ke arah dewan manakala kakinya mengarah ke arah pentas. Gaya seksi dan menggoda.

“She is soo perfect” kedengaran suara beberapa lelaki memberikan komen. Adam hanya membatukan diri. Sophie pula asyik makan hati. Ramzul dan Harith tersenyum bangga. Tidak silap perkiraannya tadi, dia tahu Ariana boleh melakukannya. Sengaja dia mahu mengapi-apikan Tengku Adam Kamil, musuh ketatnya yang terang-terang sengaja membawa Sophie, gadis yang dia cuba dekati sekarang. Patutlah Sophie tiba-tiba menolak ajakannya untuk menjadi temannya malam ini.

Pengacara majlis mula berbicara sekali lagi, “Wooww…what a stunning dress!I can’t let my eyes off you Miss Ariana.” seloroh pengacara dengan nada nakal. Tetamu juga turut ketawa. Dia menyambung mengumumkan mengenai pakaian Ariana.

“Okay…okay… I know many of us can’t wait to bid. So please ladies and gentlemen, we shall start now!”

Ariana menanti penuh debaran. Setiap tetamu dipandangnya. Adam hanya buat tidak tahu. Sibuk melayan rengek si Sophie. Beberapa wanita mula mengangkat tangan mahu membuat bidaan. Bidaan dimulakan dengan RM3000.00, jauh lebih mahal dari dress Versace? Hebat…tapi tak bermakna ia akan diakhiri dengan RM15,000.00 seperti dress Sophie.

Satu persatu sibuk membida. Bidaan akhir adalah dari Ramzul, RM 12,000.00. Jurulelong mula mengira dan satu tangan diangkat tinggi.

“One Million including Miss Ariana Rose”

Satu dewan ketawa. Ada juga lawak bodoh macam ni, ingat dia boleh dibeli ke?

“Is it possible for the gentleman to buy the dress in a package Miss Rose?”

Merah muka Ariana menahan malu. Lelaki dalam usia 30 tahun, agak kacak tapi dia tak kenal siapa. Ariana hanya senyum dan menggeleng pada MC.

“Sorry, Sir. Miss Ariana is not for sale. Just the dress”

Adam yang menyaksikan sandiwara itu semakin panas membahang. Mahu saja dia menarik Ariana turun dari pentas. Dari menjadi santapan mata lelaki-lelaki di situ. Adam mengangkat tangannya.

“RM 19,000.00. I’m buying it for my girlfriend” sombong. Bongkak. Muka Adam sama bongkaknya dengan Sophie. Mahu saja dia menjerit pada Adam dan tidak membenarkan Adam membuat bidaan. Dia tidak rela Sophie memakai bajunya.

Ramzul mula panas. Tak kan mahu kalah dengan Adam? Tangannya diangkat lagi.

“RM20,000.00″

Seisi dewan tahu persaingan semakin sengit.

Seorang wanita cina bangun dari kerusinya, tangannya diangkat.

“RM30,000.00″ dia kembali duduk. Menyambung suapan makanannya yang terhenti. Dia perempuan ketiga terkaya di Malaysia. Umurnya juga sudah mencecah 70 tahun.

“Wow! RM 30,000 Madam Chia? What a marvelous night we have today!” perempuan cina tadi memandang pengacara.

“My granddaughter likes it” dia menunjukkan Galaxy Notenya. Dia menghantar gambar Ariana kepada cucunya di Canada, dan sebentar tadi cucunya membalas pesanan mesejnya.

Pengacara memulakan kiraan sehingga kiraan ketiga, tiada lagi yang membida. Hak belian diberikan kepada Madam Chia. Ariana turun dari pentas. Penat. Bukan penat fizikal, tapi penat mental. Dia segera mendekati Madam Chia, beramah mesra dan berterima kasih atas pembeliannya.

Baju itu akan diberikan kepada pihak penganjur, dan akan diberikan oleh penganjur kepada Madam Chia setelah bayaran dibuat. Madam Chia sempat bertanya mengenai Butik nya, dia juga sempat memberikan kad namanya kepada Macam Chia. Laris lah baju-baju dibutik umminya nanti!

Dengan selesainya lelongan bajunya tadi, maka selesai lah majlis auction. Pengacara mengumumkan jumlah kutipan keseluruhan, menunjukkan slide show mengenai program anak yatim yang sedang diusahakan dan majlis ditutup oleh Pengerusi Syarikat OpticalTech. Lelaki yang mahu membida dirinya dengan harga RM1 juta. Heh, gila, ingat harganya sebanyak itu ke? Lagi mahal, okay!

Ariana, Harith, Ramzul dan Liyana beriringan keluar dari dewan. Ramzul mahu menawarkan diri untuk menghantar Ariana, tapi ditolak oleh Harith. Adam? Hmm entah, dia pun tak tahu kemana lelaki tu pergi. Malas dia nak ambil tahu. Lelaki bongkak yang menyakitkan hati. Sesuailah dia dengan Sophie tu. Buat pertama kalinya hatinya membengkak kerana Adam. Meyeksa jiwa dan perasaan berlama-lama di situ. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia balik awal, tapi dia tidak akan kalah dengan Sophie mahupun Adam.

Walhal dari jauh Adam sedang memerhatikan Ariana dengan hati yang membengkak…Audi R8 nya dipandu laju ke Putri Palma Condominium. Menanti Ariana di sana…

Thanks semua atas ur support! sorry kalau tak semua komen saya bleh balas.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

74 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 22”
  1. evelyn rose says:

    thanks misliza and choki. and bushi, thanks for the link! ;)

  2. hanis says:

    the story gets more interesting…
    keep up thge good work…

  3. emma says:

    P. Ramlee seorang beragama Islam. Shud be allahyarham. Mendiang is for non-muslim..

  4. Suziana Abd Samat says:

    Jalan cerita dan characters semua menarik tapi English Grammar banyak errors.. e.g. donator, Thanks God, .. should be ‘donor’, ‘Thank God’… etc. Hope editor will vet through before printing… my 2 cents….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"