Novel : The Wedding Breaker 23,24,25

19 July 2012  
Kategori: Novel

86,073 bacaan 56 ulasan

Oleh : Evelyn Rose

BAB 23

Tengku Adam Kamil bersandar pada dinding yang agak tersorok, di tepi kediaman Ariana. Sedari tadi dia menunggu Ariana di situ. Usai majlis selesai, dia menelefon Dolman untuk datang menjemput Sophie dan menghantarnya pulang. Mengamuk perempuan tu, tapi peduli apa dia ? Sengaja dia mengajak Sophie pun untuk mengenakan Ramzul si Botak. Habis scene tidak perlulah dia menyambung cerekarama. Drama yang dilayangkan oleh Ariana pun sudah cukup membuatkan akalnya hilang pertimbangan.

Audi R8 nya dipandu ke Putri Palma Condo. Tahap keselamatan di sini agak tinggi, tetapi itu tidak menjadi masalah bagi Adam. Dia punyai berpuluh buah rumah di serata Malaysia, dan salah satu daripadanya adalah penthouse the Putri Palma Condominium yang juga satu blok dengan Ariana. Cuma penthousenya di aras paling atas.

Derapan tapak kasut perempuan semakin menghampiri kawasan dia berdiri. Adam mengintai dari situ. Susuk tubuh Ariana semakin jelas, Ariana menuju kearah kediamannya. Menyeluk tas tangannya untuk mencari kunci, pas keselamatan disuakan di scanner di sebelah pintu gril. Pintu terbuka.

Belum sempat Ariana menolak pintu grill untuk menutupnya, Adam sudah siap sedia menghalangnya. Lelaki sombong yang langsung berpura-pura tidak mengenalinya tadi menyelinap masuk sebelum merebut kunci di tangan Ariana.

“ Hey !!! ” jerit Ariana masih terkejut dengan tindakan tiba-tiba Adam. Baju Adam ditarik oleh Ariana. Cuba menghentikan perbuatan Adam yang sedang membuka pintu rumahnya. “Apa kena dengan you ni Datuk? Do we know each other’s?” suara Ariana ditinggikan.

Tadi kemain lagi menyombong dengannya, sekarang suka-suka je nak memasuki rumahnya. Dia masih terasa dengan layanan Adam padanya tadi, melupakannya tentang Tengku Adam Kamil yang mampu bertindak diluar jangkaannya. Tentang bahayanya seorang lelaki yang bergelar Datuk Tengku Adam Kamil.

Pintu rumah dibuka luas. Adam masih membatukan diri. Wajahnya masih seperti di majlis tadi. Tidak berperasaan. Tenang. Tangan Ariana diheretnya ke dalam dan pintu rumah dikuncinya dari dalam. Sepantas kilat. Langsung tidak memberikan ruang untuk Ariana bertindak.

Susuk tubuh Adam yang berdiri malas di hadapan pintu rumah diperhatikannya penuh debar. Langsung tidak bercakap. Langsung tidak beriak perasaan, tapi tetap memandangnya tajam. Membuatkan adrenalinenya meningkat tiba-tiba.

Apa yang Adam cuba buat padanya?

Dia teringat malam peristiwa hitam itu berlaku. Hari-hari dia diculik oleh Adam, riak tenang Adam biasanya mengandungi maksud tersirat yang dia tidak mampu mengagak. Biasanya riak tenang seperti itu akan datang dengan perwatakan The Beast Adam. Ariana mula menggigil. Peluh sejuk mula memercik dibadannya.

“Ya Allah, selamatkan aku…” Ariana terus-terusan berdoa. Liurnya ditelan. Kesat. Hatinya teringatkan doa pelindung diri yang dibacanya setiap pagi ;

“Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”

Bagai ada momokan pada dirinya yang memohon untuk dilindungi tapi tidak mengikut syariat yang disarankan Allah dalam berpakaian, dalam pergaulan, dalam menjaga kehormatannya sebagai seorang perempuan. Menampakkan perhiasan pada lelaki bukan muhrim. Momokan yang membuatkan hatinya tertanya dengan sinis, layakkah hamba yang tidak patuh sepertinya diselamatkan oleh Tuhan ? Walau apa pun jawapan hatinya, dia tetap mendambakan pertolongan Tuhan untuk dirinya.

Matanya liar memerhatikan sekeliling, mencari peluang untuk meloloskan diri. Mahu melarikan diri melalui pintu rumah dia perlu melalui Adam, jika mahu terjun dari balkoni itu seperti membunuh diri. Kalau menjerit sekali pun tinggal di sini tidak akan membawa orang untuk datang dan membantu, dan hakikatnya juga kondo mewah dibuat dengan dinding yang lebih tahan bunyi berbanding flat biasa.

“Kenapa Adam?” Ariana bertanya risau. Suaranya juga dilembutkan, cuba mencurah air pada api yang sedang marah. Hilang sudah panggilan Datuk dari mulutnya. Hilang juga lakonannya selama ini.

Adam mendekatinya setapak demi setapak. Wajahnya semakin sinis. Ariana semakin gementar, turut menapak ke belakang perlahan-lahan. Adam seperti menyukai momen dia ketakutan begitu.

“Adam…whats wrong?!” akhirnya dia menjerit. Adam senyum sinis. Terhenti beberapa langkah sahaja dari Ariana yang sudah hampir menghimpit dinding bersebelahan biliknya.

“Puas dapat tayang badan tadi? Famouslah Ariana Rose lepas ni. A what? Fashion designer? Since when?” Adam bertanya sinis.

Ariana sendiri tidak tahu siapa yang memberitahu MC yang dia adalah seorang fashion designer. Tahu-tahu MC dah announce macam tu. Kalau ya pun, siapa Adam nak memarahinya? Kenapa tidak marahkan Sophie? Sophie kan girlfriend Adam.

“Awak tak ada hak Adam untuk mengkritik saya” sedaya upaya dia cuba untuk berlagak tenang tapi tidak mampu. Yang keluar hanyalah jeritan antara takut dan marah.

Adam ketawa sinis,menapak lagi ke hadapan. Memaksa Ariana untuk turut sama mengundur lagi ke belakang. Hingga belakangnya tersentuh dinding batu rumahnya. Adam berhenti kurang sedepa dari tempat dia berdiri.

“Dah tu siapa yang ada hak? Ramzul?”

Ramzul. Ramzul. Ramzul. Asal nama Ramzul di sebut pasti perkara buruk berlaku padanya. Dah la suka hati je Ramzul naikkan namanya, tak habis dengan tu, ikut sedap dia je pegang-pegang bahunya. Kata dia nak buat donation, tak pasal-pasal dia hilang baju kesayangannya. Nasiblah untuk donation, dapat juga pahala.

” I’m sick of listening to that guy’s name ! Jangan sebab competition antara awak dengan Ramzul, saya jadi mangsa. I can see it in your eyes Adam. Awak dengan Ramzul sama je Adam. You guys treat me like a ‘thing’! ” Memang jelas tindak tanduk Adam dan Ramzul tadi. Berlumba mahu membida dan membeli. Macam budak-budak, tapi bila orang tua yang bersifat kebudak-budakan memang menyusahkan ! Orang lain yang akan menjadi mangsa.

“Stop the act Ariana…Jangan nak samakan aku dengan si Botak tu pula ! Banyak-banyak perempuan yang aku jumpa, you are the bitchest among the bitches.”

Bitchest among the bitches.

Tercalar perasaannya bila Adam menghinanya begitu. Mahu sahaja dia laungkan sekuat perasaannya pada Adam yang dia bukan bitch ! Adam yang setan!

” I’m a bitch, so what ? Do we have anything with each other’s? Owh, of course not, only a son of a bitch will deal with a bitch right ?”

Son of a bitch ?

Itu adalah penghinaan yang paling teruk yang pernah diterima Adam walaupun diucapkan dalam nada paling selamba dan ditujukan secara tidak langsung. Mendidih api kemarahannya. Tangannya dikepal, mehanan kemarahannya yang semakin menggunung.

“Please leave Datuk Wira Tengku Adam Kamil before I call the police.” tangan Ariana menunjukkan ke arah pintu rumahnya. Sebelah lagi memegang telefon bimbitnya kemas.

Gertakannya tidak dipedulikan oleh Adam. Adam hanya menggelengkan kepalanya bagaikan memomokkan kata-kata Ariana. Telefon di tangan Ariana dicapainya. Sebelah lagi tangannya mencengkam tangan gadis itu sebelum menarik Ariana rapat ke dadanya.

“ Call them and by the time they come maybe they will figure out something else…like it sweety ? ” soal Adam dalam nada mencabar. Ariana telan liur. Bimbang. Gila ? Adam memang gila !

Melihatkan Ariana yang tak terkata Adam semakin berani bertindak. Kedua belah bahu Ariana dipegangnya kemas. Memaksa Ariana bertentang mata dengannya.

” Tau…takut…Ariana Rose Hussein, kau memang perempuan Ramzul kan ?! ”

” Nonsense ! Saya baru je kenal Ramzul. Saya bukan perempuan Ramzul, atau Harith, atau sesiapa sahaja! And you, stop acting like you owned me!” Ariana menjegilkan matanya. Merenung Adam dengan garang. Tangannya masih cuba menolak Adam menjauhinya.

Adam ketawa lagi. Ketawa yang sengaja dikuatkan untuk menyakitkan hati Ariana. Tangannya sudah sibuk membelai rambut gadis di dalam dakapannya. Ariana menepis kasar.

“Lepaskanlah Adam! Kau tak ada hak nak sentuh aku!”

“Ariana sayang…kau jangan nak berlagak baik. Selama ni aku hormati kau..aku tahan kemahuan aku untuk sentuh kau..rupanya kau jauh lebih hina dari perempuan simpanan aku dulu! Berpura-pura! Talam dua muka. Berapa banyak lelaki yang kau nak dampingi hah? Tak cukup dengan Ramzul sorang? Harith lagi ??! Aku sayang kau selama ni Ariana…Tak sangka kau memang perempuan sundal ! ”

Sakitnya hati Ariana bila dituduh melulu begitu. Salah dia ke kalau lelaki tertarik padanya? Hatinya membengkak marah. Ariana mengumpulkan segala kekuatan yang dia ada. Badan Adam ditolak agar menjauhi dirinya. Satu penampar hinggap ke muka Adam. Biar Adam rasa sakitnya hati dia seperti sakitnya Adam ditampar begitu. Tapi sakit yang dia tanggung jauh lebih hebat dari apa yang dia lakukan pada Adam tadi.

“ You ruined me and what do you expect ? Huh ?! Act like a Mary ? Mother Theresa? I’m ruined and what’s wrong with acting like one ? Should I remind you what you have done to me before ? ” kalau dia nak berpeleseran dengan lelaki pun apa hak Adam untuk menghalang ? Bukankah Adam juga yang merosakkannya dulu ? Sengaja dijawabnya begitu, biar Adam turut rasa sakitnya hatinya sekarang.

Mencerlung mata Adam memandang Ariana. Perit. Pedih pipinya bila ditampar oleh Ariana. Tapi lebih perit mendengar pengakuan Ariana.

Dia rasa tertipu bila melihat Ariana berjalan dengan Liyana, adik Ramzul. Perempuan yang pernah menfitnahnya hingga hubungan dia dan Ramzul menjadi musuh seperti sekarang. Tambah pula Ariana begitu mesra dengan Ramzul Aziz. Si Botak musuh ketatnya yang tidak habis-habis menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menjatuhkannya. Si Botak jugalah yang mengakibatkan syarikatnya kehilangan tender bernilai billion ringgit usaha sama dengan syarikat di Dubai tiga tahun lepas. Si lelaki sial itu menghantar pengkhianat dalam syarikatnya.

Betul telahannya selama ini yang Ariana mungkin di hantar oleh Botak untuk merosakkan reputasinya. Dulu Ariana sanggup memijak maruahnya sendiri bila diarahkan Ramzul untuk merosakkan majlis perkahwinannya, kali ini Ariana sanggup menayang diri di hadapan khalayak ramai semata-mata untuk memuaskan kemahuan Ramzul yang mahu bersaing dengannya. Lagi pedih hatinya bila Ariana menjadi bualan ramai, dia tidak menyangka Ariana akan disukai oleh golongan elite sepertinya. Masing-masing sibuk bertanya mengenai Ariana, Ariana memang tahu memancing! Bukan setakat dia dan Ramzul yang Ariana cuba dapatkan, malah Harith dan lelaki-lelaki kaya yang lain. Keliling pinggang lelaki di sekeliling Ariana. Hidup-hidup dia ditipu oleh si perempuan cantik di hadapannya. Dengan lenggoknya yang menggoda dan seksi sewaktu memperagakan pakaiannya tadi jelas Ariana bukan perempuan sopan seperti yang dia sangka.

Melihatkan Adam yang kaku setelah ditamparnya tadi dia terus menapak jauh ke belakang cuba melarikan diri dari Adam, tapi Adam lebih pantas darinya. Belum sempat dia membuka pintu bilik Adam terlebih dahulu mendapatkannya. Tangan Ariana dipegangnya kemas sebelum diheret masuk ke dalam bilik tidurnya.

“ Nak masuk bilik ye ? Here we are now ”

Pintu bilik di kunci dan Adam bersandar di pintu.

Ariana berundur ke belakang, cuba menjauhkan dirinya sejauh mungkin dari Adam.

” Run baby run….Run if you could ” Adam senyum manis. Senyum bapak kucing gatal yang menyenakkan perut Ariana. Kotnya dibuka dan dihempas ke lantai. Butang bajunya dibuka satu persatu. Adam masih bersandar di pintu sambil matanya tak lepas memerhatikan Ariana.

“Adam….Jangan….Please don’t…” Ariana teresak-esak menangis. Air matanya laju bercucuran membasahi pipinya. Peristiwa malam itu kembali melayari tabir matanya. Dia tak sanggup pisang berbuah dua kali.

“ You are not Mother Theresa right ? So what’s wrong with this ? ” ayat sama yang digunakan oleh Ariana tadi. Bukan Mother Theresa konon !

” Bermula dari malam ni, plant this in your mind ; YOU ARE MINE. When you are mine, you are not suppose to be with any other man…I’m sick of keep on reminding you about this. Like it or not, face it, sayang… ”

Cemburunya menggunung bila melihat Ariana dipeluk oleh Ramzul, dikepit oleh Harith. Dia tidak kisah lagi siapa Ariana, dia mahu Ariana menjadi miliknya. Hanya untuk dia. Dia tak kan benarkan Ariana didekati oleh sesiapa lagi nanti. Bermula dari esok, Hilmi akan ditugaskan untuk mengawasi Ariana.

Katalah yang dia sudah hilang akal. Memang. Memang akal warasnya sudah tiada, menghilang bila Ariana kembali dalam kehidupannya. Dia sanggup lakukan apa sahaja asal Ariana jadi haknya. Perempuan yang paling dia cintai dulu pernah menduakan dia dulu. Menyesakkan dadanya bila melihat gadis yang ditatang bagai minyak yang penuh meniduri lelaki lain, dan Ariana memberikan dia rasa yang sama. Rasa cinta yang tak mampu dibendung. Dia langsung hapuskan jejak Laurence dalam hidupnya walau dirayu untuk kembali bersama. Perempuan seperti itu tidak layak untuk mendapat perhatiannya. Tapi Ariana, dia tidak akan sesekali lepaskan gadis ini. Walau apa jadi dan walau siapa pun Ariana.

Adam menapak mendekati Ariana yang sudah terpelosok di hujung dinding. Langkah Adam yang perlahan dan tenang bagai gendang yang memalu tangkai hatinya.

“ Adam…. ” Ariana mengengsot ke tepi dinding. Cuba menjauhi Adam.

“ Ariana sayang….don’t you know that you seriously know how to drive me crazy. Like now.. Do it again and you will see how mad I can be. Dare again sayang? ” soal Adam sambil tangannya mengelus pipi Ariana. Menyapu air mata yang sudah membasahi pipi mulus itu.

Dia bukan hak Adam, tapi kenapa lelaki itu tidak pernah mahu menerima kenyataan ?

Tangan Adam ditolaknya kasar. Ariana cuba melarikan diri tapi Adam lebih cepat merangkul tubuhnya. Ariana meronta cuba melepaskan diri tapi tidak membawa kesan pada Adam.

“ Lepaslah !!! ” Ariana menjerit sepenuh hati.

“ Shut up or you will regret it ” mendatar suara Adam. Mudah sahaja dia dibawa ke katil. Dihempaskan ke atas katilnya dan dibiarkan Ariana terbaring di situ. Sanggulnya sudah terlerai, menampakkan rambutnya yang mengurai panjang. Dress ungu yang dipakainya terselak hingga ke peha. Menampakkan kakinya yang putih gebu. Adam telan liur melihat Ariana dalam keadaan begitu.

Ariana masih terkial-kial untuk bangun. Bergelut dengan panik yang berlegar dalam dirinya dan keinginan untuk lari dari situ. Semakin Adam merapati, semakin badannya menggigil ketakutan. Dia tak rela disentuh oleh Adam seperti malam itu lagi, dia nekad untuk melarikan diri. Ariana bergegas turun dari katil, kainnya yang sendat menyukarkan pergerakannya. Dia terjatuh, kepalanya terhantuk pada kotak kayu yang berada di hujung kaki katil. Kotak yang dialas elok sebagai hiasan.

Darah merah menitik dari dahinya. Mengalir ke mata dan pipinya. Hangat. Pandangan Ariana semakin kabur..

“Ariana !!! ”

Dia hanya mendengar suara Adam memanggilnya dengan kuat sebelum dunianya menjadi kelam.

BAB 24

“ Ariana….! Ariana…!!! ” tubuh Ariana dipeluknya kemas. Nama Ariana dipanggilnya beberapa kali. Nadanya cemas, kesalnya menggunung.

Rambut Ariana yang mengurai panjang dan menutup bahagian dahinya diselak ke belakang. Adam terus mengangkatnya ke katil. Bergegas mencapai tuala putih yang elok tersangkut di sebelah pintu ke kamar mandi, membasahkannya sebelum berlari ke tempat Ariana untuk mengelap lukanya. Terketar-ketar tangan Adam membersihkan wajah mulus Ariana yang sudah berpalit darah.

“ Ariana…..I’m sorry…. ” sambil tangannya sibuk mengelap dengan penuh berhati-hati tangan kirinya mencapai telefon bimbit untuk menelefon Dr Atikah. Doktor peribadi keluarganya di Kuala Lumpur. Mujurlah Dr. Atikah cepat menjawab panggilan, itu juga sebabnya dia mengambil Dr. Atikah sebagai doktor peribadi. Cekap dan memahami keadaan dirinya yang mahukan semuanya cepat.

“ Doctor, there is an emergency. Are you at home ?”

“ Yes Datuk ”

“ Good. Dolman will fetch you very soon . Please get ready, saya kat Putrajaya. My love one knocked her head and the bleeding is pretty bad. Anything I should do to stop the bleeding ? ”

“ Luka teruk tak Datuk ? Deep cut ? ”

“ No just the bleeding is still there ”

“ Dah tutup tempat luka ? Put some pressure on it with your hand or cloth ”

“ Owh, no I didn’t. I’m doing it now ”

“ Hold it there if dalam 10 minit masih tak berhenti, luka tu teruk. Kalau tak she will be okay ”

“ Thanks doctor, but please come and check on her ”

“ Yes Datuk, of course ”

Talian dimatikan sebelum dia mula menelefon Dolman. Setelah agak lama tuala yang dilekapkan di tempat luka di dahi Ariana di angkatnya perlahan. Cuba memastikan adakah pendarahan masih berlaku atau tidak.

Kering.

Adam mula mengukir senyum. Lega. Tapi dia sendiri masih belum pasti adakah luka tersebut benar-benar tidak serius. Debarnya kembali menghimpit.

“ God, save her please. I will do anything…! ”

Air matanya lelakinya begitu murah mengalir kali ini, dia takut kehilangan Ariana. Rambut Ariana diusapnya beberapa kali.

“ Sayang…bangun…I’m terribly sorry…..Let’s be mine..totally mine…Marry me please my little one. I will not treat you this way again. I won’t ! ” tangan Ariana dicapainya. Dikucupnya dan digenggamnya dengan erat.

Dia berjanji pada Tuhan, pada dirinya, jika Ariana sedarkan diri dia tidak akan menyakiti Ariana lagi. Dia akan mengambil Ariana sebagai isterinya yang sah. Menjaga dan menatangnya bagai minyak yang penuh. Bila dia berhadapan dengan kemungkinan begini, kemungkinan kehilangan Ariana, barulah dia sedar betapa dalamnya cintanya pada Ariana. Dia boleh menidakkan, tapi itulah hakikatnya. Dia tidak mahu membuang masa lagi memikirkan soal status, biarlah apa kata orang lain bila dia memilih Ariana, yang penting hatinya bahagia. Dia tidak perlu berpura-pura.

Bunyi loceng rumah mengejutkan Adam. Dia segera membuka pintu rumah. Doktor Atikah, doktor peribadi yang telah dihubunginya tadi muncul di hadapan pintu kondo bersama dengan Dolman. Adam segera mendapatkan Dr Atikah, membawanya ke bilik tidur Ariana. Dolman pula disuruhnya untuk duduk di ruang tamu.

“Thanks doctor for coming. Saya dah bersihkan luka di kepalanya tapi hanya dengan air. Couldn’t find antiseptic ” Adam membawa Dr. Atikah kepada Ariana yang masih terbaring lesu. Mukanya di raup kasar. Wajahnya kusut, sekusut perasaannya sekarang.

Dr Atikah memeriksa luka di kepala Ariana, matanya, kemudian tekanan darahnya dan pernafasannya. Tiada kesan lebam. Pendarahan juga sudah terhenti. Luka juga tidak dalam.

“Is she is okay?” tanya Adam kurang sabar.

Dr Atikah merenung Adam. Adam yang sudah seperti kucing kehilangan anak.

“She is okay, don’t worry Datuk..”

“Owh Thanks God…” Adam segera memegang tangan Ariana. Rambut Ariana diusapnya penuh kasih.

“Her injury is not severe, tak teruk. Tapi tekanan darahnya agak tinggi. Mungkin dia tertekan. Jadi seeloknya bagi dia berehat sepenuhnya, dan jangan bagi tekanan pada dia”

Adam mula menyalahkan dirinya sendiri. Dia selalu menyusahkan Ariana tanpa sebab yang kukuh. Sikap possessivenya memang teruk. Dia sendiri tahu dan masak benar dengan sikapnya yang satu itu. Dia memang jenis yang possessive sedari kecil. Anak tunggal. Segalanya haknya seorang. Tambah pula dengan mommy dan daddynya yang sering tiada, keseorangan, membuatkan dia sukar melepaskan apa sahaja yang dia sayang. Jika sesuatu yang buruk berlaku pada Ariana kali ini, dia memang tidak akan memaafkan dirinya sendiri.

Dr Atikah mula mengeluarkan alcohol free cleansing wipes. Nasib baik Datuk Adam tak menyapu dengan antiseptik, kalau tak, rosak tisu kulit perempuan cantik di hadapannya itu. Cantiknya memang memukau, patutlah Datuk Adam bagai kucing kehilangan anak. Tidak pernah lagi sepanjang 5 tahun dia bertugas sebagai doktor peribadi keluarga Adam dia diarahkan untuk mengubati mana-mana kekasih Datuk Adam walaupun banyak desas-desus yang dia dengar tentang sikap playboy Datuk Adam.

Siap menyapu wipes dan meletakkan plaster dia mula mengemaskan alatan pemeriksaannya. Ariana tidak memerlukan apa-apa ubat, cukup dengan rehat sahaja.

“Erm, Datuk, please remove her clothing, gantikan dengan something lighter supaya ada pengudaraan. Jangan gunakan penyejuk udara, dan buka tingkap. Jangan selimutkan dia juga,dia perlukan pengudaraan yang baik. Oh ya, if she is wearing lense, please put that off too.”

Adam mengangguk faham. Seawal di majlis tadi dia tahu Ariana memakai kanta lekap, tetapi bila balik tadi sudah tiada. Mungkin sudah dibuang awal-awal lagi, telahnya.

Dr Atikah pandang Datuk Adam. Menanti arahan Adam supaya dia melakukan semua itu. Tak kan dia nak biarkan Datuk Adam menyalin pakaian gadis di depannya ? Sah-sah bukan suami isteri.

“Ada apa-apa lagi doktor..” tanya Adam serius.

Lambat-lambat Dr Atikah menjawab, “Datuk..nak saya tolong salinkan ke pakaian cik ni?”

“Owh…hmm awak buatlah. Dia dah buang kanta lekap rasanya. Nanti saya ambilkan baju untuk disalin ” baru Adam ingat tak manis kalau dia yang buat semua tu walaupun pada hakikatnya dia dah pun melihat Ariana keseluruhannya. Maruah Ariana pada mata khalayak lain perlu dijaganya. Adam mula menjauhi katil, membuka almari pakaian Ariana dan memilih gaun malam paras betis dari kain kapas. Elok untuk pengudaraan.

Usai menghulurkan baju yang di pilih Adam mula membuka tingkap bilik Ariana. Memberi ruang Dr Atikah melakukan kerjanya tapi masih tetap tidak mahu meninggalkan Ariana dengan orang luar berseorangan. Dia bukan percayakan sesiapa. Takut kalau-kalau Ariana diapa-apakan. Mana tahu, gambar Ariana diambil dan disebarkan ? Dia tak kan benarkan perkara seperti itu berlaku. Dengan doktor sendiri pun bukan dia senang-senang mahu percaya. Itulah dia. Sikapnya.

Dr Atikah agak kekok untuk menyalin pakaian Ariana bila Adam masih mundar mandir di situ. Perlahan-lahan dia membuka pakaian Ariana, tapi masih melindungi tubuhnya dengan selimut supaya tak terbuka aibnya. Doktor sepertinya sudah biasa melakukan kerja-kerja sebegitu. Dress Ariana yang sangat cantik digantungnya di hanger sebelum digantikan dengan night gown dari kain kapas yang diambil oleh Adam dari almari Ariana.

“Okay, done Datuk” Dr Atikah bersedia untuk meninggalkan rumah itu.

“Thanks doktor” Adam terus mendekati Ariana. Mengusap dahinya sebelum mencium dahi gadis itu tanpa mempedulikan kewujudan Dr Atikah yang memerhatikan tingkah lakunya.

Buat drama la pula…Dr Atikah berdehem. Adam mula mengangkat muka. Tiada riak bersalah pula di wajahnya.

“Owh sorry doktor..shall we?” Adam mengiringi doktor yang sudah mencecah usia 40 tahun itu keluar dari bilik. Dolman masih bersantai di sofa. Dia tahu itu rumah Ariana Rose, perempuan yang diculik oleh tuannya dulu. Tidak menyangka lain pula hubungan mereka kini.

Melihatkan Datuk Adam dan Dr Atikah sudah melangkah keluar dari bilik Ariana, Dolman segera bangun.

“ Datuk, pakaian dengan alatan yang Datuk pesan ada dalam ni ” Dolman suakan sebuah bag pakaian sederhana besar pada Adam. Adam menyambutnya.

“ Terima kasih Dolman.”

Mereka beriringan ke pintu rumah. Dolman juga menurut sama, bersedia untuk menghantar Dr Atikah kembali ke rumahnya.

“Thanks again doktor for coming. Will pay you double for this. Dolman, ni ambil buat minum kopi ” beberapa keping duit RM100.00 dihulurkan oleh Adam kepada Dolman.

“ Terima kasih Datuk, saya pergi dulu ” Dolman memohon diri. Dr Atikah pun sama.

Dr Atikah memandang Datuk Adam sekali lagi. Riak wajahnya nampak lebih lega dari tadi. Sayang betul Datuk Adam pada gadis tadi sampaikan mahu menambah gajinya. Rezeki jangan di tolak walaupun dia tertanya-tanya apa hubungan Datuk Adam dengan gadis cantik di atas katil itu? Apa yang berlaku antara mereka? Kot Adam berada di atas lantai, katilnya juga berselerak, seperti ada pergaduhan tapi dia tidak mahu bertanya lanjut. Tugasnya hanya merawat, jika bertanya lebih-lebih nanti hilang punca pendapatannya. Rumah Ariana ditinggalkannya dengan hati yang berat…Langkah Dolman diikutinya hingga ke parkir kereta. Dia dah biasa bekerjasama dengan Dolman dan Hilmi. Bekerja dengan Datuk Adam memang lumayan, banyak tips dan elaun atau bonus yang tak di sangka-sangka, tapi perlu biasakan diri dengan kehendaknya yang mahu cepat, mahu sempurna dan tidak kira masa.

** * * ********* * * * **

Adam kembali ke sisi Ariana. Duduk di sebelahnya. Tangan Ariana kembali dipegangnya. Hujung dahi Ariana yang sudah ditampal plaster disentuh lembut oleh Adam. Nasib baiklah terhantuknya di hujung dahi, boleh dilindung lagi dengan rambutnya. Dahi Ariana dikucupnya buat kesekian kalinya.

“Adam minta maaf Ariana…I swear I will never treat you this way again”

Gebar selimut yang menutupi badan Ariana dialihnya penuh hati-hati, cuba menurut nasihat doktor tadi.. Dia mahu bermalam di situ sambil menjaga Ariana. Ariana kelihatan lebih tenang dari tadi,tidurnya juga semakin nyenyak.

Adam berbaring di sisi gadis yang selalu membuatkan dia hilang pertimbangan. Cemburu buta. Rambut Ariana dielusnya perlahan.

“You sleep like a snow white sayang…”

Adam kembali bangun. Mencapai beg pakaian yang dibawa oleh Dolman tadi sebelum ke bilik mandi. Dia membersihkan diri dan menyalin pakaiannya. Dia menyarungkan seluar bermuda dan mengenakan t-shirt putih. Santai. Segelas kopi pekat juga dibancuh olehnya, dia tidak mahu terlena pada malam itu. Dia mahu menjaga Ariana.

Gelas kopi diletakkannya di atas meja sisi katil sementelah dia mengambil tempat di sebelah Ariana, bersandar pada kepala katil sambil sebelah tangannya menggenggam tangan Ariana erat. Bila mengantuk mula mengetuk tangkai mata, Adam segera bangun dari situ. Rak buku Ariana menarik perhatiannya. Rak buku setinggi dinding dan dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Adam mendekati rak tersebut tapi terhenti bila mendengar suara Ariana.

“ Adam…! No..! Adam…please…. ” suara Ariana yang merintih mengejutkannya. Cepat-cepat dia mendapatkan Ariana. Disangkanya Ariana sudah bangun dari pengsannya, tapi hakikatnya tidak. Ariana meracau dalam tidurnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali, tangannya juga seperti cuba menolak sesuatu.

Pasti Ariana cuba menolaknya….Mungkin Ariana bermimpikan perkara tadi. Hatinya luluh bila melihatkan keadaan Ariana, betapa dalamnya kesan yang dia telah tinggalkan pada gadis itu. Bahu Ariana ditepuknya perlahan. Bagai mendodoikan anak kecil.

“ Shh….You are safe now…”

Sepanjang malam dia terpaksa menjaga Ariana yang meracau. Menenangkannya bila Ariana menangis dalam mimpinya. Hampir pukul 6.00 pagi barulah Adam terlena disebelah Ariana. Dia tertidur dengan sebelah tangannya memeluk Ariana, cuba menenangkan gadis itu yang menangis dan meracau sepanjang malam…

BAB 25

Matahari yang memancar terus dari tingkap biliknya mengganggu tidur Ariana. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kepalanya masih terasa berat.

‘Apa yang dah berlaku? ‘

Ariana sendiri tak pasti. Dia hanya ingat saat-saat dia terjatuh, itu sahaja. Bila tersedar, Adam ada di sebelah, dengan sebelah tangannya memeluknya erat. Bajunya sudah bertukar, Adam pun sama. Ariana cuba mengingat kembali apa yang berlaku, tapi nyata ingatan itu benar-benar tiada dalam mindanya.

Perlahan-lahan tabir matanya menayangkan kembali peristiwa semalam. Adam. Adam cuba menodai dia sekali lagi. Adam yang sangat menakutkannya, dan Adam yang sudah menyelar hati dan perasaannya.

Debaran di hatinya semakin kuat. Takut. Dia benar-benar takut. Tangan Adam dialihnya dengan penuh berhati-hati. Kakinya melangkah perlahan untuk turun dari katil. Dia terus mencapai pakaiannya di dalam almari, sehelai jubah yang diberikan oleh umminya. Pakaian yang paling mudah untuk di pakai, sehelai selendang hitam turut dicapainya. Dia tidak mahu Adam mengecamnya jika Adam bertindak mencarinya nanti.

Tas tangannya dipungut dari lantai di ruang tamu, kunci keretanya juga di capai. Wajahnya yang masih belum dibersihkan atau badannya yang masih belum mandi, semuanya tidak terfikir oleh Ariana. Kunci rumah juga sempat dicapainya. Scanner boleh dibuka dari dalam, dan berkunci secara automatic Adam pasti tidak dapat memasuki rumahnya lagi selepas ini.

Dia terus berlari meninggalkan kediamannya. Dia mahu pergi jauh dari situ, jauh dari Adam. Jauh dari lelaki yang telah banyak kali meremukkan perasaannya, memijak maruahnya, mencalit noda hitam dalam kamus hidupnya.

Selamat tinggal Adam. Buat kali kedua. Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku.

* * * * * * * * * *

Encik Hussein tercari-cari kelibat anak sulungnya dengan Asra, Ariana Rose. Ariana menghubunginya tadi, suaranya sangat cemas. Pelbagai kemungkinan bermain di mindanya. Ariana meminta dia segera ke Kuala Lumpur International Airport, dia mahu berjumpa Encik Hussein di sana. Bila ditanya kenapa tidak pula Ariana mahu memberitahu.

‘Mana Ariana?’ bisiknya. Beberapa orang yang lalu lalang diperhatikan olehnya. Tiada satu pun Ariana..

“Papa” suara Ariana. Encik Hussein berpaling.

“Ariana….” terkedu Encik Hussein melihatkan Ariana yang siap berjubah dan bertudung litup. Sejak bila Ariana mula berhijrah?

Tubuh papanya dipeluk kemas. Dia memerlukan kekuatan. Teresak-esak Ariana menangis di bahu papanya. Bingung En. Hussein dengan perlakuan Ariana.

“Kenapa ni Rose….? Cerita kat papa…Dahi tu kenapa ? ” belakang anaknya diusap penuh kasih.

Ariana menggelengkan kepalanya. Selendang yang menutup kepalanya ditarik ke depan agar menutup dahinya yang berplaster. Wajah Encik Hussein di pandangnya. Dia perlu berhenti menangis.

“Takde apa-apa papa..Rose terhantuk je and I just miss you”

Dia tahu Ariana berbohong, tapi dia juga sedar Ariana tidak bersedia untuk memberitahu masalahnya.

“Papa pun rindukan Rose…Always come to our house Rose. Jangan menjauhkan diri macam dulu lagi..Mama kamu tu dah berubah Rose”

Tangan papanya dipegang kemas. Dia mengangguk.

“InshaAllah papa…Rose dah nak balik Kelantan, nak jumpa papa sebelum balik ” sebuah senyuman dilayangkan pada papanya. Cuba menutup sedih di hati. “ Rose dah beli tiket balik ke Kelantan. Penerbangan Rose 30 minit lagi. Lepas ni Rose dah nak masuk. Rose akan berpindah ke Kelantan..Papa tolong jaga kereta Rose ya. Ni kuncinya ” kunci kereta Suzuki Swiftnya dihulurkan kepada Encik Hussein.

“Rose jangan risau…papa jaga nanti”

” Terima kasih papa. Rose parkir kat depan pintu sana ya pa. Just across the street.” Ariana menunjukkan pada keretanya yang di parking di hadapan pintu masuk.

Encik Hussein turut memandang keluar sana. Kereta Suzuki Swift putih yang tersadai di bahu jalan diperhatikannya. Dia datang tadi dengan pemandu pejabatnya, jadi mudahlah untuk dia membawa pulang kereta Ariana.

“ Okay…papa dah nampak dah. Kirim salam kat ummi dengan ayah ya ”

“ InshaAllah papa, Rose minta diri dulu” tangan papanya disalami.

Encik Hussein melambaikan tangan pada Ariana Rose. Mengiringi pemergian Ariana dengan pandangan sayu seorang ayah. Sejak dia dan Asra bercerai Ariana sudah semakin menjauhkan diri darinya. Dulu dia pernah membawa Ariana tinggal dengannya, waktu tu Ariana berumur 10 tahun. Setiap kali dia pulang dari kerja Ariana sudah berada di bilik. Tidak seperti adik-adiknya yang masih leka bermain.

Setelah beberapa hari barulah dia tahu yang Ariana cuba menyorokkan kesan lebam di badannya akibat dipukul oleh isteri barunya Zariah. Dia dan Zariah bergaduh besar, hampir-hampir mereka bercerai, tapi Zariah lebih bijak memujuk. Dari saat itu baru dia tahu yang pilihannya selama ini sama sekali tersasar. Dia telah membuang permata, mengutip kaca, dan membiarkan lelaki lain menyimpan dan menatang permata tersebut.

* * * * * * * *

Sepanjang penerbangan yang mengambil masa 45 minit, Ariana terus-terusan menangis. Air matanya tidak mampu disekat lagi. Biarlah dia hamburkan segala kesedihannya, kekecewaannya waktu itu. Bila dia pulang dan berjumpa keluarganya nanti dia tidak mahu umminya tahu dia sedang bersedih. Biarlah perasaan ini dia seorang sahaja yang tanggung.

Dia bernasib baik kerana berada di tempat duduk berhampiran tingkap dan berada di hujung kabin. Kedua-dua tempat duduk di sebelahnya juga kosong.

Dia sedar dia silap. Adam begitu berani mahu menodainya lagi kerana dia sendiri tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak polis sewaktu kali pertama dia diperkosa oleh Adam. Dia sepatutnya terus bertindak pada waktu itu. Tapi…dia juga takut, takut dengan pandangan masyarakat. Takut dengan prosedur yang dia perlu lalui nanti dan takut dengan kesilapannya mengakui dia mengandungkan anak Adam sewaktu majlis perkahwinan Adam tidak akan memenangkan dia.

Biarlah. Biar semua itu berlalu. Dia mahu mulakan hidup baru di Kelantan. Dekat dengan ummi dan ayahnya. Jauh dari Adam…

Andai dulu dia sudah punyai suami, seorang lelaki untuk menjaganya, pasti perkara ini tidak berlaku. Pasti tiada lagi mata-mata lelaki yang melihatnya. Tiada lagi mereka yang menabur minat ke atas dirinya…Salah dia juga tidak menjaga auratnya dengan baik sehingga menjadi perhatian mata-mata jahat…Bila berjubah dan bertudung hari ini dia rasa dilindungi, terlindung dari perhatian manusia bernama lelaki…..dan salah dia juga kerana terlampau memilih…Ramai yang datang tapi tidak satu pun menarik perhatiannya.

Ah, jodoh itu kan di tangan Tuhan…hatinya menjawab sendiri.

Siapa dia untuk mengomen tentang aturanNya? Lambat atau cepat dia menerima peneman hidup, hanya Allah yang tahu hikmah disebalik semua itu. Apa yang berlaku padanya kini juga suratan takdir yang telah tertulis sedari rohnya berada di loh mahfuz lagi. Sebelum dia keluar dan melihat isi bumi. Mengenal siapa ibu dan bapanya lagi…Tuhan lebih tahu setinggi mana upayanya untuk menghadapi semua ini. Tuhan percaya dia mampu menghadapi semua ini, dan atas kepercayaan itu dia akan cuba kembali berdiri teguh.

Hmm jodoh….Adakah lelaki yang masih mahukan perempuan sepertinya? Air matanya gugur lagi..

‘Ya Allah….kurniakanlah seorang lelaki yang akan menjaga aku, dunia dan akhirat….yang seikhlas hati menerima diriku seadanya…yang menyayangi Mu sepenuh hatinya…kerana dia yang mencintai Mu akan menjagaku seadilnya’ Ariana pandang ke langit sambil berdoa pada Tuhan. Moga doa musafir dan orang yang teraniya sepertinya lebih mudah mendapat perkenan Tuhan…

* * * * * * * *

“Cik….” bahunya ditepuk beberapa kali. Ariana membuka mata. Seorang krew kabin sedang terpacak di sisi tempat duduknya.

“Dah sampai?”

Krew kabin mengangguk, mengiyakan. Sebuah senyuman dilemparkan oleh krew tersebut. Ariana membalas senyum sebelum mengucapkan terima kasih.

Perut kapal sudah kosong, hanya tinggal dia. Ariana lekas mengambil tas tangannya dan turun dari pesawat. Lapangan Terbang Sultan Ismail Yahya hanyalah sebuah lapangan terbang yang kecil saiznya.

Keluar dari balai ketibaan, Ariana terus mendapatkan teksi. Mungkin kepulangannya ini satu kejutan buat ummi dan ayahnya.

15 minit perjalanan dari lapangan terbang, dia sudah sampai ke banglo ayah dan umminya. Tudungnya ditarik agar menutup dahinya. Plaster didahinya juga dibuang agar tidak dilihat oleh keluarganya. Merincih dia menahan pedih, tapi mujurlah kesan luka sudah semakin baik. Luka juga sudah bertaut. Hanya menampakkan parut bewarna pink.

“Kakak!!!” Adiknya Amalina yang menyambutnya di pagar rumah. Senyuman riang Amalina sedikit sebanyak mengubat lara dihatinya. Badan Amalina dipeluknya.

“Lin!! Rindu akak tak?”

Amalina angguk. Tangannya masih memeluk bahu Ariana.

“Lin rinduuuu akak sangaat…sangattt! Semalam Lin doa nak jumpa akak, hari ni Allah dah hantar akak kepada Lin” Amalina memegang tangan kakak kesayangannya. Kesian Amalina, pasti dia sunyi berseorangan di rumah. Kakak dan abangnya kedua-duanya berada di luar Kelantan.

“Comel je…adik akak ni” pipi Amalina dicubitnya. Mereka berpimpin tangan menuju ke pintu utama.

“Assalamualaikum…!” Ariana mengintai di ruang tamu, tiada pula umminya kat situ.

“Waalaikummussalam…!” bunyi suara umminya kedengaran dari arah dapur. Umminya terkocoh-kocoh keluar keruang tamu.

“Rose!” mereka bersalaman dan berpelukan. Satu kejutan buat umminya kerana Ariana pulang lebih awal dari yang dirancang. “Awal,balik? Dahla tak bagitahu ummi pun nak balik awal..”

“Hmm dapat balik awal, Rose balik awal la.Tak suka ke?”

“Hisk Rose ni, ummi suka la ni”

Mereka beriringan ke sofa di ruang tamu. Umminya memandangnya lama..Setitis air mata umminya gugur…Kenapa? Ummi tahukah apa yang menimpanya?

“Kenapa ummi?” Ariana masih cuba berlagak biasa.

Umminya mengusap kepala Ariana, “Allah makbulkan juga doa ummi nak tengok Rose pakai tudung….”

Dia bertudung…Ya, dia lupa soal itu. Dia bertudung tanpa sengaja, tapi tak sangka ramai pula menyambut baik keadaannya sekarang. Mungkin sudah sampai seru untuk dia kekal begitu…Ariana hanya tersenyum kepada umminya…

Ruang tamu kedua yang tertelak berhadapan ruang tamu utama diperhatikan olehnya. Macam ada kelainan…Ariana bangun mendekati ruang tamu tersebut..

Beberapa barang hantaran elok terletak di tepi dinding rumah. Ruang di hadapan pintu kaca yang menghadap taman rumahnya pula dihiasi dengan bunga-bungaan, lapik bantal dan gerbang indah. Kenapa begitu meriah?

Ariana memandang umminya. “Ada majlis apa ni ummi? Siapa nak kahwin ni ? ” tebak Ariana selamba. Pernah sepupunya Kak Liza, kakak kepada Emma menumpang rumah mereka untuk mengadakan kenduri kahwin. Ayahnya jenis yang tidak kisah, dia menyambut baik permintaan bapa saudaranya itu untuk enggunakan rumah mereka bagi mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Maklum lah, hidup ayah lebih bernasib baik berbanding adik beradik ayah yang lain. Rezeki dari Allah, kalau kita tidak lokek, habisnya pun tidak. Malah makin bertambah ada.

Ariana masih memerhatikan umminya yang sedari tadi terdiam. Datin Asra kelu. Apa perlu dijawabnya? Lama dia termenung. Mata Ariana direnungnya dalam.

“Rose naik..mandi dulu…solat…ummi ceritakan pada Rose nanti.” umminya tenang mengarahkannya.

“Sangat misteri la ummi…! Takpe, nanti Rose turun lepas ni”

Ariana terus ke biliknya. Mandi, mengqada’kan solat-solatnya yang tertinggal dari semalam. Baru kini baru dia terasa lapang. Otaknya baru boleh berfikir dengan tenang. Terasa lapang bila dikelilingi oleh ahli keluarga sendiri, seperti ada yang menjaganya dan yang paling penting jauh dari anasir-anasir jahat seperti Tengku Adam Kamil.

Dia merebahkan diri di atas katil yang sudah lama dia tinggalkan. Amalina sibuk di dapur dengan umminya. Persoalan tentang persiapan di bawah masih mengetuk mindanya tapi dek kerana masih penat dia menangguhkan untuk terus turun ke bawah dan bertanya umminya. Tubuhnya direbahkan ke katil, memandang siling sebelum dia tertidur lena. Tidur yang sudah tidak diganggu oleh mimpi ngeri peristiwa semalam.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

56 ulasan untuk “Novel : The Wedding Breaker 23,24,25”
  1. nescafe ais, milo ais says:

    best gler…. cpt2 lh smbung ye :)

  2. yana says:

    huhu ,, x sabar nak tunggu sambungannya .. email lah saya klw da siap sambungannya .. :(

  3. eima says:

    bila novel ini akan dibukukan?

  4. hanny ahmad says:

    bila nak keluar kan episod seterusnya novel the wedding breaker nie?
    kat pasaran dah jual ke novel nie??
    cerita nie best..
    kluarkan la lagi episod seterusnya..=)

  5. syahirah rafe says:

    ada blog tak??

  6. yuyu says:

    keseluruhan novel ‘the wedding breaker’ memang best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"