Cerpen : Aturan Yang Terindah

12 August 2012  
Kategori: Cerpen

18,635 bacaan 38 ulasan

Oleh : AIMY NURADELIA

Jarum jam di atas meja tepat menunjukkan pukul 7 pagi.Namun seorang hamba Allah masih enak dibuai mimpi di atas katil yang empuk itu sehingga tersenyum-senyum dalam tidur.Sudah tentu sedang bermimpi berada di kayangan bersama putera raja yang kacak lagi bergaya lah tu.Sehingga lupa bahawa hari itu ialah hari Ahad.Hari pertama dalam setiap minggu bagi negeri Kedah.Bermaknanya hari itu ialah hari pertama persekolahan.

Sinar matahari yang masuk melalui jendela itu agak menyilaukan matanya.Menyebabkan tidurnya yang terlalu lena itu agak terganggu.Lalu dengan segannya dia pun membuka matanya. “Hmm…”gumamnya. “Pukul berapa ek sekarang?”lantas matanya diarahkan ke jam loceng yang comel di sisi katil itu. “Baru pukul 7 rupanya.Awal lagi ni.Sambung tidur baliklah.Huwargh”katanya dalam mamai sambil menutup mulut yang menguap itu.Namun hasratnya untuk menyambung tidur kembali ,terbantut apabila otaknya mula mencerna dengan baik.Terus menyebabkan dia terduduk di atas katil itu sambil membesarkan matanya untuk melihat jam loceng tersebut dengan lebih jelas.Di kala itu jarum jam telah pun menunjukkan pukul 7:10 pagi.Apa lagi,tubuh yang sedang duduk itu terus terbangun berdiri tegak di sisi katil.

“Ya Allah!Dah lewat ni!jeritnya sambil bergegas mengambil tuala lalu berlalu ke dalam bilik mandi.Seminit selepas itu tubuh itu sudah keluar dari bilik mandi.Haish mandi kerbau la maksudnya tu.Tak pun Cuma gosok gigi dan cuci muka je.Baju seragam dalam almari ditariknya keluar. “Ya Allah!Baju kedut seribu!aduh macam mana ni?Dah lewat dah ni.”keluhnya setelah menyedari baju seragamnya belum digosok.Namun apa lagi yang boleh dilakukannya dalam waktu yang sudah suntuk itu.Lalu mahu tak mahu dia menyarungkan juga pakaian tersebut ke tubuhnya.Setelah merapikan tudung di hadapan cermin dia bergegas turun ke bawah. “Pak Mat!Pak Mat!”dilaungnya nama pemandu.Namun tiada balasan.Dilihatnya keadaan sekeliling di dalam rumah agam tersebut.Keadaan sungguh sunyi sepi tanpa sebarang suara pun.Di atas meja juga tidak tersedia sarapan pagi seperti kebiasaannya.Barulah dia sedar bahawa hanya dia seorang sahaja yang menghuni rumah tersebut pada ketika itu.Pemandunya dan isteri yang juga merupakan pembantu rumahnya mengambil cuti untuk pulang ke kampung kerana ada kematian.Ibunya pula outstation.Sejak kematian ayahnya,ibunya lah yang mengambil alih tugas arwah ayahnya untuk menyara keluarga.Kalau diikutkan harta yang ditinggalkan arwah ayahnya sudah lebih daripada cukup untuk menyara mereka sekeluarga.Namun apakan daya hasrat dan minat ibunya untuk bekerja tidak dapat dihalang lagi.

Ah sempat lagi dia termenung sebegitu dalam kelewatan.Lalu dengan berat hatinya dia melangkah ke arah basikal yang elok tersandar di tepi dinding . “Haish terpaksalah aku naik gerek hari ni.” Pintu pagar dikunci lalu dia terus memecut dengan laju menghala ke jalan besar untuk ke sekolahnya sambil hatinya tak putus-putus memohon doa supaya dia sempat sampai ke sekolah sebelum pukul 7:30 pagi.

Namun sudah ketentuan-Nya.Dia sampai di hadapan pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari di kala jarum jam sudah menginjak ke pukul 7:35 pagi.Lewat 5 minit daripada waktu yang sepatutnya.Dua orang pengawas bertugas sudah terpacak di hadapan pintu pagar sambil memegang buku rekod dan juga borang demerit.Seorang guru lelaki yang segak dengan baju kemeja berwarna biru melangkah ke arah mereka dengan muka yang dingin mengalahkan ais batu. Arghhhh sudah!jerit hatinya.Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa kuatnya detak jantungnya.Berdebar-debarnya hatinya.Tangannya pula sudah mula berpeluh dan dia dapat merasakan betapa sejuknya tangannya saat itu.Itu tandanya dia sangat gementar.

“Aimy Surfina Balqis.”Namanya disebut oleh guru muda itu setelah melihat tanda nama di tudungnya. “Err..err ya..ya saya cikgu.”jawabnya terketar-ketar.Ish awat yang terketaq-ketaq pulak dah ni.Rungut hatinya dalam loghat kedah. “Aimy Surfina Balqis!”Sekali lagi namanya diseru oleh guru tersebut tetapi kali ini dalam nada yang lebih tegas. “Hah?err ya cikgu.”Jawabnya dalam nada terkejut setelah tersedar daripada lamunan.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap??”

“Err maafkan saya cikgu.Saya kurang dengar.”jawabnya takut-takut.

“Saya tanya awak ada alasan yang munasabah tak kenapa datang lambat hari ini?”tanyanya sambil merenung tepat ke mata Aimy.Ahh apa lagi mula lah tak senang duduk dibuatnya.Aduh cikgu ni.Jangan lah renung aku macam tu.Dah la handsome giler.Kan terjatuh cinta pula aku ni.

“Urmm saya terbangun lewat cikgu.”jawabnya sambil menundukkan kepalanya.Malu untuk mengangkat muka bertentang mata dengan guru lelaki tersebut.

“Bangun lewat??”tanya guru tersebut sambil tersenyum sinis.

“Dah tu solat subuh awak macam mana?Terbabas lah ya?”

Aduh cikgu ni.Soalan maut tu pulak yang ditanyakan.Tak kan aku nak habaq kat dia yang aku ni tengah cuti?Adoi malunya.

“Errr saya uzur,cikgu.”jawabnya dengan muka yang merah menyala macam udang kena bakar sahaja lagaknya.Memang dia dah malu tak terhingga dah.Tetapi nak buat macam mana?nak tak nak dia kena jawab juga soalan itu.

“Hmm ye la tu.”jawab cikgu tersebut.

Heh.Apa kes cikgu ni?Macam tak puas hati ja.Selanya dalam hati.

“Berapa kali dah dia datang lambat?”cikgu tersebut mengajukan soalan kepada dua orang pengawas yang dari tadi tercegat di situ memerhatikan dia dengan cikgu tersebut.

“Ini baru kali pertama cikgu.”jawab salah seorang pengawas tersebut setelah menyemak buku rekod yang dipegangnya dari tadi.

“Hmm.baiklah memandangkan ini kali pertama awak melakukan kesalahan ini,saya tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap awak.Cuma nama awak akan direkod dalam buku salah laku tersebut.”

Huuuu alhamdulillah.Lega hatinya setelah mendengar kata-kata cikgu tersebut.

“Baiklah awak boleh masuk ke kelas sekarang.”

“urm terima kasih cikgu.”balasnya perlahan.

Cikgu itu sekadar mengangguk perlahan.

Baru beberapa langkah dia berjalan.Kedengaran suara cikgu tersebut melaung namanya.Siap nama penuhnya lagi tu.Haish kembang kuncup hatinya setiap kali cikgu tersebut menyebut namanya.Dah angau ka aku ni?Terdetik di hatinya.

“Ya cikgu.”jawabnya setelah memalingkan muka ke arah guru tersebut yang masih berdiri di hadapan pintu pagar.

“Lain kali jangan lupa kunci jam loceng.Bangun awal.Tak dak lah terbabas solat subuh dan terlewat datang sekolah.Dan lagi satu,lain kali baju tu pastikan digosok sebelum datang sekolah.Jaga sedikit kekemasan.”pesan cikgu tersebut dengan wajah yang dihiasi segaris senyuman.Senyuman yang boleh ditakrifkan sebagai senyuman menyindir.Kemudian dia kembali memalingkan muka ke arah pelajar-pelajar lain yang turut datang lewat.

“Erk..”terkejut Aimy mendengarkan pesanan guru muda tersebut.Wajahnya saat itu sudah membahang menahan malu.Lalu dengan segera dia kembali melangkah untuk ke kelasnya 5 SC 1.

Setelah sampai di hadapan pintu kelasnya,dia berhenti seketika untuk melihat sama ada guru mata pelajaran pertama pada hari itu iaitu Cikgu Ariati sudah masuk ataupun belum.Fuhhhh…keluhnya lega setelah pasti tiada guru di dalam kelas tersebut.Dia mula melangkah masuk dan menuju ke tempat duduknya.

“Hai lewat datang sekolah hari ini Aimy.”rakan baiknya yang duduk di sebelah mejanya menegur setelah dia duduk.

“Ha ah lewat.Aku lupa nak set jam loceng.Kat rumah pulak tinggai aku seorang ja hari ni.”jawabnya dalam loghat kedah.

“Awat tinggai hang sorang ja?Mak ngan pembantu rumah hang pi mana?”balas Qaisara Nuradelia,juga dalam loghat kedah.

“Hang bukan tak tau mak aku tu.Sejak ayah aku meninggai,dia semakin sibuk dengan perniagaan dia tu.Mana nak lekat rumah.Sat-sat outstation.Meeting sana sini.Keluaq awai pagi balik lewat malam.Mak Kiah ngan Pak Mat pulak balik kampung dari hari jumaat hari tu lagi.Jadi tinggai aku sorang ja lah.Sedaq-sedaq dah pukui 7 lebih.Kelam kabut aku pagi tak sat.Saha pecut gerek harap dapat sampai sebelum 7:30.Tapi nak buat macam mana.Allah tu Maha Kuasa.7:35 baru sampai depan pintu pagaq.”

“Hahaha.Ni mesti hang kayuh gerek macam kena kejaq ngan anjing gila kan?Dah tu hang tak kena apa-apa ka dengan cikgu disiplin?”

“Hah ni yang malas nak ingat ni.”

“Awat pulak dah?Cuba cerita kat aku.”

“Bangun semua.Assalamualaikum cikgu.”Baru sahaja dia hendak membuka mulut menjawab soalan Qaisara,tiba-tiba kedengaran suara ketua kelas memberi salam kepada cikgu yang sudah masuk ke dalam kelas.

“Erk!!”terkejut dia melihat muka cikgu tadi sedang tegak berdiri di hadapan kelas.

“Waalaikumussalam.Sila duduk semua.”

“Eh,Sara!Bukan sekarang waktu Biology ka?Cikgu Ariyati kan?”

“Ha lah memang waktu Bio pun.”

“Dah tu awat cikgu ni pulak yang masuk kelas?Cikgu Ariyati pi mana?Tak mai ka?”

“Ish hang ni.Hang tanya aku mana la aku nak tau.”jawab Sara dengan geram setelah Aimy mengajukan soalan bertubi-tubi .

“Awak berdua dekat belakang tolong beri perhatian.”tegas suara cikgu tersebut mengalih perhatian mereka berdua.

“Baiklah.Assalamualaikum.Pertama sekali saya nak memperkenalkan diri saya.Saya Cikgu Muhammad Haiqal Hakimi bin Zulkifli.Saya akan mengajar awak semua subjek Biology menggantikan Puan Ariyati yang cuti bersalin.Jadi saya harap awak semua dapat memberikan kerjasama yang baik.”

“Erk..apa????dia akan ajaq aku???ah…..x bestnya!!”keluh Aimy perlahan.

“Hish hang ni pasaipa Aimy??Sampai berkedut-kedut kening tu?”

“tak da pa lah.”balasnya acuh tak acuh.Lalu dia menarik keluar buku teks Biology Tingkatan 5 yang berada dalam laci meja.Hmmm hancus semangat.Keluh hatinya.

“urm memandangkan saya baru berpindah ke sini dan baru sahaja berjumpa dengan kamu semua.Saya nak kamu semua memperkenalkan diri masing-masing sebab saya belum kenal lagi kamu semua.Baiklah mula dari sebelah kanan.”

Seoarang demi seorang bangun memperkenalkan diri masing-masing.Aimy yang tengah mengelamun tidak sedar sudah tiba gilirannya.

“Auch,sakitlah!”tindak balasnya secara spontan setelah lengan kirinya dicubit Qaisara untuk menyedarkannya daripada lamunan.

“Eeee Aimy!Giliran hang lah!”Bisik Qaisara dengan geram.

Lalu dengan kelam kabut dia bangun berdiri untuk memperkenalkan diri.”Saya Aimy Surfina Balqis Binti Muhammad Sufyan.”Kala itu cikgu tersebut merenungnya tajam sama seperti tadi juga.Aduh apa lah nasib aku hari ni.

“Hmmm…saya sama sekali tidak suka pelajar termenung,berkhayal,mengelamun dan yang sama waktu dengannya ketika saya bercakap atau mengajar.Tolong ubah sikap awak Aimy Surfina Balqis.Duduk.”pesannya dalam nada yang tegas dengan wajah yang dingin.

Adehhh kena lagi.rungut hatinya.Lalu dia melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi.

Sepanjang waktu Biology matanya tidak lepas-lepas memandang jam di tangan.Sungguh!Dia rasa lambat sangat waktu bergerak hari itu.Tidak sabar dia hendak menunggu cikgu itu melangkah keluar.1 jam 20 minit sangat lama rasanya untuk subjek Biology hari itu.Entah kenapa dia rasa tidak selesa dan tidak suka dengan cikgu tersebut walaupun itu baru kali pertama mereka bersua.Mungkin kerana pertemuan pertama mereka tadi yang bermula dengan tidak elok agaknya.Haish sempat lagi dia mengelamun tu.Tidak serik-serik nampaknya Aimy ni.

“Aimy Surfina Balqis”.namanya diseru sekali lagi oleh cikgu tersebut.Lantas mencantas lamunannya.

“Err ya ya saya cikgu.”jawabnya tergagap lagi.Mana taknya tengah syok-syok mengelamun kena seru begitu.

“Awak dah sampai mana?Zimbabwe?”sindir cikgu itu.

“Err tak cikgu.”

“Dah tu?Saya tengah mengajar dekat depan,awak pula seronok mengelamun dekat belakang tu kenapa?Awak ada masalah apa?Kenapa awak tak boleh fokus macam kawan-kawan yang lain?”sergahnya dengan keras.

Aduh malunya.Dia sangat-sangat malu apabila dimarah sebegitu.Apatah lagi berpasang-pasang mata sedang menumpukan perhatian ke wajahnya.Saat itu dia merasakan kelopak matanya mula panas.Aduh air mata janganlah keluar!jerit hatinya apabila menyedari bahawa air matanya seperti ingin keluar dari takungan.Aimy Surfina Balqis memang seorang yang sangat sensitif.Pantang tersentuh sedikit sudah tentu air matanya mula mengalir.Terasa tangan Qaisara yang mengusap-ngusap perlahan lengannya. Sudah tentu Sara ingin menenangkan aku.Detik hatinya.

“Duduk.”arah cikgu tersebut dengan tegas.

Aimy kembali duduk dengan menundukkan wajahnya menahan tangis.

“Esok saya hendak awak semua hantar lab report yang lengkap kepada saya.Saya nak pagi-pagi 26 lab report dah ada atas meja saya.Saya tak nak dengar sebarang alasan pun.Sesiapa yang gagal menghantarnya bersiap sedia untuk terima hukuman.”pesannya dengan tegas.Sejurus selepas itu loceng berdering menandakan telah tamat waktu kedua untuk hari itu.

Fuhhh lega..keluh hatinya setelah guru muda itu melangkah keluar.

“Awat ni Aimy?Awat hang asyik termenung ja tak sat?”Qaisara mengajukan soalan dengan lembut.

“Tak dak pa Sara”dia cuba menyembunyikan perkara sebenar.

“Aku tau Aimy.Mesti ada sesuatu ni.Tak kan dengan aku pun hang nak berahsia kot?”balas Qaisara dengan wajah yang sengaja disuramkan.

“Hmmm…tadi kan aku sampai sekolah lewat.Cikgu tu lah yang jaga kat pintu pagaq tadi.Dia dah perli-perli aku dah tadi.Perli pasai bangun lewat dengan pasai baju aku ni.Aku tak berapa suka lah dengan cikgu ni.hmmm”

“Ooo ya ka.Eh,awat dengan baju hang?”tanya Qaisara dengan wajah yang hairan.

“Ish hang ni.Tak kan hang tak nampak baju aku yang berkedut-kedut ni?”

“Lah.Hang habaq ni baru aku perasan weh.Haha.Awat yang sampai berkedut-kedut macam ni?”

“Hish hang ni memang lah.Aku lupa la Mak Kiah tak dak kat rumah.Selalunya dia yang ironkan baju aku.”

“Ish dah besaq panjang macam ni pun harapkan Mak Kiah lagi?Hang ni lah Aimy..tu lah semuanya harap kat Mak Kiah sangat.Bila Mak Kiah tak dak mula la kelam kabut.Bangun lewat,baju sekolah tak iron.Ni mesti tak sarapan kan?”

Ha tudia dengaq dah mak cik ni berletiaq. “Hang kan Sara,kalau dah boleh berletiaq memang payah nak berhenti kan?Heh,mengalahkan mak cik mak cik.”

Qaisara hanya tersengih mendengar rungutan Aimy itu.

“Tu lah hang.Aku cakap sikit,hang kata aku berletiaq.Haish,aku ni bukan apa.Aku Cuma nak nasihatkan hang ja.Tak pa lah kalau hang tak mau dengaq nasihat aku ni.Hmm..tak pa,aku sedaq aku ni sapa.”jawabnya dalam nada merajuk.

“Alolo sori lah Sara.Tak mau lah cakap macam tu.Sori ya.Aku terima nasihat hang tu.Terima kasih tolong nasihatkan aku.Hang lah sahabat aku dunia dan akhirat.Aku sedaq aku memang malas sikit.Sikit ja tau.hehehe..lepas ni aku janji aku berubah jadi rajin.Tak harap kat Mak Kiah lagi.”

“Heh ye lah tu.Boleh caya sangat lah janji hang tu.Ha lagi satu,jangan duk mengelamun sangat waktu Bio naih.Cikgu Haiqal tu dah lah garang.Hang boleh pulak duk mengelamun waktu dia ajaq.Memang cari nahas lah namanya tu.”

Hilang senyuman di wajah Aimy apabila nama cikgu tersebut meniti di mulut Qaisara.Hilang terus moodnya.Hampeh nyoq sungguh lah Sara ni.Tengah duk syok-syok boleh pulak dia sebut nama cikgu dingin tu.Rungutnya dalam hati.Terhenti terus perbualan mereka apabila cikgu untuk mata pelajaran seterusnya masuk ke dalam kelas.Mata pelajaran yang seterus-seterusnya berjalan dengan lancar dan tenang.Aimy juga dapat menumpukan perhatian dengan baik.Tidak seperti waktu Biology pagi tadi.

“Bye Sara.”Laungnya sambil melambaikan tangan ke arah Qaisara ketika ingin pulang setelah selesai latihan bola jaring.Setelah kereta yang dinaiki Qaisara sudah hilang dari pandangannya,dia mula melangkah ke tempat letak basikal.Keadaan sekeliling sekolah sudah sunyi sepi.Hanya kedengaran sayup-sayup suara beberapa orang pemain bola sepak yang masih lagi berada di padang,berehat seketika sebelum pulang.

“Ish,mana pulak kunci basikal ni?”rungutnya setelah gagal menemui kunci basikal dalam beg galasnya.Namun dia terus menyelongkar beg tersebut kerana dia yakin,dia telah memasukkan kunci tersebut dalam beg itu pagi tadi.

Buk! “Aduh!”keluhnya setelah bertembung dengan tubuh seseorang.Habis jatuh kertas-kertas yang dipegang oleh orang tersebut.

“Err,maafkan saya.”lalu dia cepat-cepat mengutip kembali kertas-kertas yang terjatuh tersebut dan menyuakan kembali kepada si pemiliknya.Saat itu baru dia sedar bahawa orang yang telah bertembung dengannya itu ialah Cikgu Haiqal.Seperti biasa,wajah itu tetap dingin dan mata itu tetap merenungnya dengan tajam.Aduh apa lah nasib aku hari ini,asyik kena dengan cikgu dingin ni ja.Keluh hatinya.Terus dia menudukkan wajahnya.Tidak berani untuk bertentang mata dengan guru muda tersebut.Dengan takut-takut dia bersuara.”Maafkan saya cikgu,saya tak sengaja langgar cikgu.”

“Hmmm awak lagi Aimy Surfina Balqis.Macam-macam lah awak ni.Dari pagi hingga ke petang.Datang lewat,mengelamun dalam kelas,sekarang langgar saya pula.Kenapa balik lambat pula ni?”

Huhh habis diungkitnya.Aduh memang menyakitkan hati betul lah cikgu ni.Apa dia ingat aku nak sangat jumpa dia.Dah tu siap langgar-langgar dia lagi.Huh!harap saja muka hansome tapi sombong!Eh,ye ka dia sombong?Ahh lantak dia lah…

“Aimy Surfina Balqis!Saya tanya awak kan?Kenapa tak jawab?Dah bisu ka?Atau awak terpana tengok wajah saya?”

“Hah??”ish perasan betul lah cikgu ni.

“Urm maafkan saya cikgu,saya tak bisu lagi.Saya balik lambat sebab ada latihan bola jaring hari ini.Err kalau tak dak apa-apa saya minta diri dulu ya cikgu.Assalamualaikum.”balasnya .Lalu dia dengan segera bergerak ke basikalnya.Sekali lagi dia mencari kunci basikal di dalam begnya.Namun tidak juga ditemuinya. “Haish..mana pula kunci ni eh?Jangan lah buat hal petang-petang macam ni.Dah la dah lewat petang ni.”keluhnya perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Di hujung tempat meletak kereta,Cikgu Haiqal melihat tindak-tanduk anak muridnya itu. “Hmm kenapa pula Aimy tu.Macam gelisah semacam ja.”gumamnya perlahan lalu dia melangkah ke arah gadis tersebut.

“Kenapa ni Aimy?Ada masalah ke?Kenapa tak pulang lagi?”

“Hah!!”terkejut Aimy apabila tiba-tiba disergah sebegitu.Huh kus semangat aku..Cikgu ni memang lah..rungutnya.

“Err cikgu.Tak ada apa-apa cikgu.”bohongnya.

“Ye ke tak ada apa-apa?Dah tu kenapa awak masih tercegat dekat sini?”

“Errr…”

“Kenapa sebenarnya ni Aimy?”

“Errr saya cari kunci basikal saya.Tapi tak jumpa cikgu.Saya tak boleh nak buka kunci ni.”jawabnya sambil menunjukkan pengunci yang dimaksudkan .

“Hmmm..kenapa tak jawab daripada tadi?”tanyanya sambil pandangan matanya tajam menikam mata Aimy.

“Err…err…”dia tidak tahu hendak menjawab soalan itu.

“Hmm sudah lah.Mari saya tolong hantarkan.”

“Err tak apa lah cikgu.Saya boleh jalan kaki saja.Lagipun rumah saya dekat-dekat sini saja.”dalihnya.Dia segan sebenarnya untuk tumpang Cikgu Haiqal.Tambahan pula sikap dan wajah cikgu Haiqal yang dingin semacam itu menyebabkan dia tidak selesa.

“Hmm ikut suka awak lah.Saya balik dulu.”

Ceh ajak-ajak ayam saja cikgu ni.Huh.Tak apa lah aku pun bukan teringin sangat nak tumpang dia.Rungutnya geram lalu dia mula melangkah untuk pulang ke rumahnya.Basikalnya??Hmm tinggal sahaja lah di situ.Tak kan lah dia nak angkat bawak pulang kot.

Huh penatnya.Dia berjalan perlahan-lahan,namun setibanya di simpang tiga itu dia mula berasa tidak sedap hati apbila terpandang beberapa orang lelaki sedang melepak-lepak di situ.Aduh macam mana ni?Hatinya mula tak keruan.Dia tidak berani untuk melintasi tempat itu.Ah,tak dak apa-apa lah tu Aimy jalan ja lah.Dia menguatkan semangat lalu dia mempercepatkan langkahnya apabila melalui tempat itu dengan hatinya tak putus-putus berdoa semoga tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku.

“Peewwwit.Hai lajunya jalan.Berhentilah dulu dik.Nak ke mana yang laju sangat tu.Mai la sembang ngan abang-abang ni.”tegur salah seorang lelaki dalam kelompok itu.Dia semakin mempercepatkan langkahnya.Ya Allah lindungilah hamba-Mu ini.Doanya di dalam hati.

Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. “Hai,sombongnya dik.Janganlah berlagak jual mahal sangat.”

“Ish apa ni??Lepas lah!!!”bentaknya.

“Alah macam tak biasa pula?”balas lelaki tersebut sambil cuba memeluk pinggangya.Dia berusaha menolak lelaki tersebut.

“Wei geng.Sedap ni kalau buat lauk!”kata lelaki tersebut kepada kawan-kawannya sambil tangannya cuba mengelus-elus wajahnya.Kata-kata lelaki tersebut dibalas dengan tawa kuat oleh kawan-kawannya.Dia terus berusaha melepaskan diri daripada cengkaman lelaki tersebut.Saat itu wajahnya sudah basah dengan air mata.

Tiba-tiba berhenti sebuah kereta di sisi mereka.Pemandu kereta itu keluar dari keretanya.Cikgu Haiqal!Jerit hati Aimy setelah menyedari siapa pemandu kereta tersebut. “Saudara.Tak baik peluk anak dara orang macam ni.Lepaskan dia.”kata cikgu Haiqal perlahan tetapi dalam nada yang tegas.

“Hek eleh.Datang dah hero penyelamat lah konon-kononnya.”sela lelaki itu tidak puas hati dengan kata-kata Cikgu Haiqal.

“kau ni siapa hah?apa kau kisah aku nak peluk anak dara siapa pun??kau pergi dari sini sekarang!marahnya sambil tangannya cuba menarik Aimy.Aimy segera menyembunyikan dirinya di belakang Cikgu Haiqal.Namun lelaki itu terus cuba menariknya lagi.

“Saudara .Tolong hormat dia.Saudara tak ada hak untuk pegang-pegang dia.”kata Cikgu Haiqal lagi kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu semakin berang lalu mula menggenggam penumbuknya dan cuba melepaskan tumbukan padu ke arah wajah cikgu Haiqal.Namun berjaya dielak Cikgu Haiqal.

“Aimy,masuk ke dalam kereta!”Arah cikgu Haiqal dengan tegas.Aimy segera berlari masuk ke dalam kereta dan menguncinya dari dalam.Sungguh!Dia takut menghadapi semua ini.Dia berdoa semoga Cikgu Haiqal selamat.Di luar kereta lelaki itu terus mengasak Cikgu Haiqal.Namun semua serangannya berjaya dielak cikgu Haiqal.Lelaki itu tidak puas hati apabila setiap serangannya tak menepati sasaran.Lalu dia memberi isyarat agar kawan-kawannya yang lain turut menyerang Cikgu Haiqal.Setiap serangan demi serangan berjaya dipatahkan Cikgu Haiqal.Namun lelaki tadi yang sudah tersungkur mula mengambil besi yang berada di tepi jalan itu lalu cuba menghentak kepala Cikgu Haiqal.Aimy yang melihat keadaan itu,bergegas keluar dari kereta lalu menolak lelaki tersebut.Namun kawan lelaki itu menarik tudung Aimy lalu menolak Aimy rapat ke dinding.

“Arghhh!!”jeritnya..

Cikgu Haiqal masih terus diserang bertubi-tubi oleh geng lelaki itu.Lelaki itu yang tidak puas hati dengan tindakan Aimy yang menolaknya mula bergerak ke arah Aimy dan dia cuba menghentakkan besi tadi.Aimy sudah memejamkan mata menanti apa-apa sahaja tindakan gila lelaki itu.Namun tiba-tiba wajahnya disembur darah merah.Terus dia membuka matanya untuk melihat keadaan sebenar.Terus terbuntang matanya apabila menyedari Cikgu Haiqal menahan tangan di dinding untuk melindunginya daripada pukulan itu menyebabkan kepala Cikgu Haiqal yang dihentak lelaki itu.Ketika sekali lagi lelaki itu cuba memukul Cikgu Haiqal,tiba-tiba kedengaran siren polis .Lelaki-lelaki itu mula mendapatkan motosikal masing-masing untuk melarikan diri.

Cikgu Haiqal yang sudah basah dengan darah itu terkulai layu di atas riba Aimy.

“Cik…cikgu..bukak mata cikgu..cikgu jangan macam ni..maafkan saya cikgu…cikgu bangunlah..cikgu..huhuhu…”tangisnya tesedu-sedan melihat keadaan Cikgu Haiqal sebegitu.Hatinya tak habis-habis menyalahkan dirinya.

Suasana dalam wad kecemasan diselubungi sayu dan macam-macam lagi perasaan waris yang menunggu.Di hujung kerusi,seorang gadis sedang duduk sambil tangannya mengelap air mata yang tak henti-henti mengalir sedari tadi.Hatinya pula tak putus-putus memohon doa kepada sang pencipta agar insan yang berada di dalam bilik pembedahan itu berjaya diselamatkan.

“Nak.”seorang wanita dan seorang lelaki yang pada pengamatannya berusia awal 50-an menegurnya.

“Urm,ya encik,puan..ada apa ya?”jawabnya perlahan.

“Anak ni ka yang menghantar anak kami Muhammad Haiqal Hakimi ke hospital?”tanya wanita itu dengan lembut.

“Err..err tak puan..saya menemani dia dalam ambulans tadi.”jawabnya takut-takut setelah mengetahui bahawa itu ialah ibu dan bapa Cikgu Haiqal.

“Err..saya minta maaf puan,encik..sebab saya Cikgu Haiqal jadi macam ni.”katanya perlahan sambil menundukkan wajahnya.

“Panggil mak cik nak.Tak usah berpuan-puan.Nama anak ni apa?”

“Urm saya Aimy,mak cik.”

“Hmm Aimy jangan salahkan diri sendiri nak.Ini semua takdir Allah.Kita sebagai manusia tak berhak nak mempersoalkannya.Kalau Allah nak perkara tu terjadi,maka terjadilah.Walau kita cuba hindari sekalipun tapi kalau Allah mengkehendakinya maka jadilah.Sekarang kita sama-sama doa ye nak semoga Haiqal selamat dan dipanjangkan umurnya.”katanya dalam nada yang tenang walaupun sedikit sebak.

Dua jam selepas itu,seorang doktor perempuan keluar dari bilik pembedahan.

“Siapa waris Muhammad Haiqal Hakimi Bin Zulkifli?”

“Kami,doktor.”jawab kedua-dua ibu bapa cikgu Haiqal.

“Begini ya encik,puan.Anak encik mengalami luka dalaman yang agak serius terutamanya di bahagian otaknya yang kemungkinan dipukul dengan objek keras.Kami telah pun mengeluarkan darah beku di bahagian otaknya.Namun kami khuatiri masih ada darah beku di dalam otaknya.Jadi kami terpaksa tahannya di hospital untuk beberapa minggu bagi memantau keadaannya.Saya minta encik dan puan bersabar ya kerana anak encik dan puan sekarang berada dalam keadaan koma.”terangnya dengan tenang.

Ibu dan bapa cikgu Haiqal kelihatan cuba menahan tangis.

“Mak cik,pak cik maafkan saya.”kata Aimy perlahan dengan wajah yang semakin lebat dibanjiri air mata.Ibu Cikgu Haiqal terus menarik tubuh Aimy ke dalam pelukannya.Didakapnya erat tubuh itu. “Tak apa nak.Mak Cik terima ini semua sebagai takdir Allah.Mak Cik tak salahkan anak atas apa yang berlaku.”

Ya Allah luhurnya hati wanita ini.Langsung dia tidak menyalahkan aku apatah lagi memarahi aku.Terdetik di hati Aimy mengenangkan sikap ibu bapa Cikgu Haiqal itu.

“Mari nak,kita melawat Haiqal.”ajak Ibu Cikgu Haiqal.Lalu mereka bergerak seiring ke wad yang menempatkan Cikgu Haiqal.

Sayu hatinya melihat keadaan Cikgu Haiqal yang terbaring kaku di atas katil itu.Sungguh dia rasa sangat bersalah dengan apa yang terjadi ke atas cikgu itu.

“Aimy,mari kita pulang nak.Dah lewat ni.Baju Aimy tu pun tak berganti-ganti dari pagi kan.Mesti tak selesa dengan penuh darah macam tu.Mari pak cik dengan mak cik hantarkan.”ajak ayah cikgu Haiqal.

“Err tak apa lah pak cik.Saya balik sendiri.”

“Tak sudi ka kami hantarkan.?”

“Err bukan macam tu pak cik,mak cik.Saya tak mau susahkan pak cik dan mak cik ja.”

“Tak ada susahnya.Mari kami hantarkan,lagipun dah lewat ni,bahaya Aimy.”Balas Ibu Cikgu Haiqal dengan nada memujuk.

“Urm baiklah mak cik.”akhirnya Aimy akur jua mengenangkan keadaan yang sudah lewat senja itu.

“Terima Kasih mak cik,pak cik.”katanya setelah kereta yang dipandu ayah Cikgu Haiqal itu berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya.

“Sama-sama.Aimy hati-hati ya tinggai sorang-sorang kat rumah.”pesan Ibu Cikgu Haiqal sebelum dia melangkah keluar dari kereta itu.

Saban hari setelah pulang dari sekolah,Hospital Sultanah Bahiyah lah merupakan destinasi yang ditujunya.Sudah seminggu lebih Cikgu Haiqal berada di situ.Namun,keadaannya masih seperti itu,koma.

Pintu bilik 5D-C ditolaknya perlahan.Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Cikgu Haiqal itu.Kerusi ditepi katil itu ditariknya dan dia melabuhkan punggungnya.Matanya tak lepas-lepas memandang wajah Cikgu Haiqal.Wajah itu tak setampan seperti kali pertama mereka bersua,kerana calar balar dan lebam-lebam kesan tumbukan masih jelas di wajah itu.

“Cikgu,maafkan saya cikgu.Kalau cikgu tak selamatkan saya sudah tentu cikgu tak terlantar sebegini.Cikgu cepatlah sedar.Lagi lama cikgu macam ni,selagi tu lah saya rasa bersalah sangat cikgu.Lagipun subjek Bio tak ada cikgu yang ajar pun sekarang.Cikgu tak kesiankan kami ka?SPM dah nak dekat ni.Banyak dah yang kami ketinggalan.Cikgu cepat sembuh ya.”bisiknya perlahan,mengharapkan agar Cikgu Haiqal mendengar apa yang diperkatakannya.Sayu hatinya melihat keadaan guru muda itu.Baru hari pertama berjumpa sudah bermacam-macam perkara yang berlaku sehinggalah tragedi tersebut.

Keesokan harinya,dia pergi melawat Cikgu Haiqal lagi,tetapi kali ini dia bertemu dengan kedua-dua orang ibu bapa Cikgu Haiqal,Mak Cik Ainah dan Pak Cik Zulkifli.

“Assalamualaikum Mak Cik,Pak Cik.”tegurnya sopan.

“Waalaikumussalam Aimy.”jawab mereka serentak dengan senyuman.

“Mak Cik,Pak Cik apa khabar?”

“Baik,Alhamdulillah.Aimy sihat?Baru pulang dari sekolah ka?”

“Alhamdulillah sihat Mak Cik.Ya baru pulang dari sekolah.”

“Hmm eloklah kita ketemu hari ini.Mak Cik dan Pak Cik ada perkara nak beritahu kepada Aimy ni.”

“Urm perkara apa mak cik?”soalnya.

“Begini Aimy.Doktor beritahu kami tadi bahawa masih ada darah beku dalam otak Haiqal.”

“Err ya ka mak cik?”balasnya dengan riak terkejut.

“Ya nak.Jadi kami ambil keputusan untuk bawa Haiqal berubat di luar negara.Mak cik dengan pak cik bukan apa.Kami nak dapatkan rawatan yang terbaik untuk Haiqal.Kami bukan tak percaya dengan perubatan di Malaysia ni.Tapi ya lah perubatan di luar negara lebih baik.”jelas Pak Cik Zulkifli.

“Urm kalau begitu tak apa lah Mak cik pak cik.Terpulang kepada mak cik dan pak cik untuk membuat keputusan mana yang baik.”jawab Aimy dengan akur.

“Hmm bila agaknya mak cik dan pak cik nak pergi?”

“Insyaallah kalau tak dak aral melintang,hari Isnin minggu depan kami akan bertolak ke sana.”

2 tahun kemudian.

Keadaan di dalam perpustakaan itu sunyi sepi.Masing-masing sibuk menelaah pelajaran.Seorang gadis sedang mengelamun di meja belakang sekali.

“Aimy!!”sergah Qaisara dari belakang menyebabkan gadis itu termelatah.

“Opocot Cikgu Haiqal dingin beku!”hah habis keluar nama orang yang sedang dikenangnya.

“Erk,Aimy.”Qaisara dah buat muka hairan apabila nama guru lelaki itu keluar daripada mulut Aimy setelah 2 tahun berlalu.

“Ish hang ni Sara.Tak habis-habis buat aku terkejut.Tak boleh ka hang tegur aku elok-elok.Kita ni orang Islam.Kalau nak tegur orang tu bagi lah salam dulu.Ni tak,main sergah ja.Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung.Kalau tak,dah lama padam.huh.”balas Aimy dengan geram.

“Alah sori lah Aimy.Hang tu aku tengok dari tadi duk mengelamun jauh.Sampai aku dah sampai pun hang tak perasan langsung.”dalih Qaisara dengan wajah tak bersalah.

“Hmm…”itu sahaja yang keluar daripada mulut Aimy.Malas dia nak berbalas cakap dengan bakal peguam itu.Ada-ada sahaja yang nak dijawabnya.Memang tak akan menang kalau berlawan cakap dengan Qaisara ni.

“Eh,hang menung apa tadi Aimy?Jauh bebeno hang mengelamun tak sat.Sampai melatah keluaq nama Cikgu Haiqal tu pasaipa?Ha..ni mesti hang tengah teringat kat dia kan.”serkapnya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk sahaja.

“Erk..tak dak lah.”dalih Aimy.

“Ye la tu.Tak mau mengaku pulak dia.Alah Aimy,hang ni macam tak biasa ngan aku.Cerita je lah.”desak Qaisara lagi.

Hish minah ni memang lah.Bab mengorek rahsia dia lah juara.Haish geram aku.Selagi tak cerita kat dia,selagi tu lah dia desak.huh..rungut Aimy dalam hati.

“Tak dak pa lah Sara.Aku Cuma teringat peristiwa 2 tahun lalu sahaja.hmm.”

“Ni mesti hang masih rasa bersalah lagi kan.Mana taknya.Punya lah hang geram ngan cikgu tu sebab dia sindir-sindir hang.Tiba-tiba dia pulak yang selamatkan hang daripada penyangak-penyangak tu.Sampai cedera parah pulak tu.”

“Hmmm,memang lah Sara.Sampai sekarang aku rasa bersalah sangat.Kalau tak sebab nak selamatkan aku,dia mesti tak cedera teruk macam tu.”

“Dah la tu Aimy.Bukan salah hang pun.Sampai bila hang nak bawak rasa bersalah tu?Janganlah seksa diri hang macam tu lagi.”nasihat Sara dengan lembut kepada sahabatnya itu.

“Walaupun berkali-kali hang dengan mak,ayah cikgu Haiqal kata aku tak bersalah,tapi aku tetap rasa macam tu Sara.Aku terhutang nyawa dan maruah dengan dia.Kalau lah dia tak dak kat situ waktu tu.Entah apa lah yang jadi kat aku.”balas Aimy dengan sebak.

Qaisara mengusap perlahan-lahan tangannya.Cuba menenangkannya.

“Selepas depa pi luaq negara,hang ada terima khabaq tak lagi daripada depa?”tanyanya lagi.

“Tak dak dah Sara.Kali terakhir aku cakap dengan mak,ayah dia waktu depa habaq nak bawak Cikgu Haiqal berubat kat luaq negara tu ja lah.Lepas tu aku dah tak tau dah cerita pasai depa.Cuma doa saja lah yang aku panjatkan kepada Allah supaya cikgu tu sembuh dan supaya depa semua selamat.”

Terdengar keluhan Aimy.Aimy terkilan kerana dia tidak berkesempatan untuk menghantar pemergian mereka di airport kerana pada hari itu dia ada perlawanan bola jaring peringkat akhir.Walau berkali-kali dia memohon kepada cikgu untuk tidak menyertai perlawanan itu,namun apakan daya pemain tidak mencukupi tambahan pula terdapat beberapa tonggak utama yang tak dapat turun perlawanan itu kerana mengalami kecederaan.Hendak tak hendak dia terpaksa akur juga.Sepanjang waktu perlawanan itu,dia tidak dapat memberikan tumpuan terhadap permainan sehingga beberapa kali dia memberikan mata mudah untuk pihak lawan.Akibat kealpaanya itu lah pasukan sekolahnya kalah besar dan sekali gus tidak dapat mengulangi sejarah sebagai juara bertahan 5 tahun berturut-turut.

Lewat petang itu Aimy terpaksa pulang sendirian ke rumah sewa yang disewa bersama Qaisara kerana Qaisara ada perbincangan dengan ahli kumpulannya.Bukan pertama kali dia pulang sendirian sebegini.Namun entah kenapa,hatinya berdebar-debar semacam.Dia hanya mampu berdoa supaya tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Peristiwa dua tahun lalu masih terus membayanginya.Dia seakan-akan trauma dan fobia untuk jalan bersendirian.Namun digagahkannya juga untuk pulang bersendirian.Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa untuk menemaninya pulang.Seboleh-bolehnya dia akan mengelak daripada berjalan di kawasan yang sunyi sepi tanpa sebarang kenderaan mahupun orang yang lalu lalang.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Ketika melintasi sebuah toko buku,terdetik di hatinya untuk singgah sebentar melihat buku-buku terbaru di pasaran.Mana tahu kalau ada yang berkenan di hati boleh dibelinya.Dia memang sangat suka membaca.Tak kira lah apa jenis bahan bacaan sekali pun sama ada novel,buku motivasi,komik dan sebagainya.Asalkan yang tak melaikan dan bertentangan dengan syariat Islam sudah lah.

Pintu kaca itu ditolaknya perlahan.Hanya ada beberapa orang pelanggan sahaja yang sibuk memilih bahan bacaan.Biasalah toko buku yang kecil macam ini memang kurang pelanggan.Orang ramai lebih suka membeli bahan bacaan di kedai-kedai buku besar seperti MPH Bookstore dan Popular.Dua nama yang tak asing lagi bagi pembeli-pembeli bahan bacaan.Namun baginya tak salah membeli buku-buku dan novel-novel di toko buku sebegini.Kualitinya tetap sama namun mungkin kurang pilihan sedikit.

Tanpa membuang masa,dia segera bergerak ke arah rak-rak yang menempatkan bahan-bahan ilmiah dan sebagainya.Matanya tertarik pada sebuah buku motivasi karya H.M Tuah.Ketika tangannya ingin menggapai buku itu,ada satu tangan lagi yang juga ingin mengambil buku itu.Kedua-dua insan itu saling berbalas pandang.Mereka terkedu dan terpaku di situ.Hanya mata yang berbicara bagai di pentas bisu.Lidah mereka kelu untuk mengeluarkan kata.

Setelah beberapa minit berbalas pandang sebegitu,akhirnya keluar juga suara daripada mulut si jejaka. “Aimy Surfina Balqis.”namanya disebut dengan lancar dalam nada yang lembut tidak lagi setegas dahulu.

“Err..”Aimy terkelu untuk membalas.Wajah itu direnungnya.Tidak ada sebarang perubahan pun.Tetap tampan dan manis.Cuma mata itu dihiasi sepasang cermin mata yang tidak berbingkai.Menampakkan kematangan di wajahnya.Mata itu juga turut membalas renungan Aimy.Akhirnya Aimy tewas dengan renungan itu.Dia akhirnya,menundukkan wajahnya.Tetap sama seperti dahulu ,segan untuk bertentang mata dengan guru muda itu.Erk masih seorang gurukah dia?Terdetik di hati Aimy.

“Aimy Surfina Balqis.”seru lelaki itu lagi.

“Err ya saya,cikgu.”balasnya perlahan tanpa mengangkat wajahnya.

“Awak masih ingat saya lagi?”tanya lelaki itu.

“Err,ingat lagi cikgu.”

“Ingatkan awak dah tak ingat saya lagi.Tak sangka kita jumpa kembali ya.Saya ingatkan dah tak berpeluang lagi untuk jumpa dengan awak.”kata lelaki itu sambil bibirnya mengukirkan segaris senyuman.

Ah lelaki ini tetap tak berubah.Wajahnya tetap mempunyai aura dingin.

Aimy tak tahu hendak bereaksi bagaimana.Dia jadi kaku dan kelu untuk berbicara.Apatah lagi setelah dua tahun berlalu,inilah kali pertama mereka bersua kembali.

“Kalau tak keberatan sudi tak awak temankan saya minum?”aju lelaki itu kepada Aimy.

“Err..”Aimy berbelah bahagi sama ada ingin memenuhi permintaan itu ataupun menolaknya.Hatinya berbolak balik.Namun,kepalanya mengangguk juga,memberi tanda persetujuan.

Lelaki itu menggariskan senyuman tanda berpuas hati kerana gadis itu sudi menerima pelawaannya

*****************************

“Aimy..”tegur lelaki itu perlahan.

Aimy yang sedang ralit memerhatikan suasana dalam restoran itu tersentak dengan teguran itu.

“hah..err ya,cikgu.”dia masih memanggil lelaki itu sebagai cikgu walaupun lelaki di depannya itu bukan lagi gurunya.

“Awak masih tak berubah ya Aimy.Masih sama macam dulu,suka mengelamun.”kata lelaki itu sambil tergelak kecil.

Aimy hanya tersenyum mendengarkan komen lelaki itu terhadap sikapnya.

“Cikgu apa khabar?”tanyanya dengan sedikit malu-malu.

“Alhamdulillah,baik.Awak pula macam mana?”

“Alhamdulillah saya baik-baik ja cikgu.Urm,mak cik dengan pak cik sihat?”dia benar-benar ingin tahu keadaan kedua-kedua suami isteri itu.Ada rindu yang bersarang di hatinya terhadap kedua-dua suami isteri itu.Terkenang layanan mereka yang sangat baik terhadapnya walaupun perkenalan mereka sangat singkat.Dan tak terkecuali juga ada rindu yang bermukim di hatinya terhadap lelaki di hadapannya ini.Ahh…apa yang kau merepek ni Aimy.

“Alhamdulillah mak dan ayah saya pun sihat juga.Mereka asyik sebut nama awak saja.”

“Err ye ka cikgu?”tanyanya ragu –ragu dengan pernyataan lelaki itu.

“ye lah.Kenapa?Awak ingat saya tipu ka?”balas lelaki itu dengan nada tidak puas hati.

“Eh,bukan macam tu cikgu.Saya cuma hairan ja.”

“Hairan?Hairan apa?”tanya lelaki itu sambil mengerutkan keningnya sehingga hampir bertembung kedua-dua keningnya.

“Urm masih ingat ka mak cik dan pak cik akan saya?Lagipun dah dua tahun berlalu.”terang Aimy dengan tenang.

“Oh…sudah tentu lah mereka masih ingat terhadap awak.Dari hari pertama saya sedar sehingga lah dah sampai Malaysia nama awak tak henti-henti disebut ibu dan ayah.Terutamanya ibu lah.Rindu benar dia terhadap awak.”

Aimy sukar hendak percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh lelaki itu.Tapi tak kan lah pula lelaki itu sengaja mereka-reka cerita.Apa faedahnya kan?Hmm tak mustahil juga mak cik pak cik memang masih ingat kan aku.Detik hatinya.

Muhammad Haiqal Haqimi merenung wajah yang sudah dua tahun tidak dilihatnya itu.Walaupun perkenalan mereka hanya singkat sahaja.Namun entah kenapa hatinya bagaikan merindui gadis itu.Ahh dia sendiri pelik dengan perasaannya itu.

“Cikgu sekarang masih seorang guru ke?”tanya Aimy.Setelah kedua-duanya diam membisu.

Lelaki itu mengukir senyuman sebelum menjawab soalan gadis muda itu.

“Tak Aimy.Saya hanya sempat jadi guru sehari sahaja.”jawabnya sambil tergelak kecil.

Ahh..Aimy benar-benar diburu rasa bersalah mendengar penyataan lelaki itu.Kerana peristiwa itu lah lelaki itu hanya sempat menjadi seorang guru selama sehari sahaja.Tetapi kenapa dia tidak sambung balik profesion itu?Adakah dia sudah serik?Berbagai-bagai persoalan bermain-main di minda gadis itu.

“Saya sebenarnya hanya guru sandaran sahaja Aimy.Saya buat keputusan untuk jadi guru bukan kerana minat dan kelayakan saya.Tetapi hanya untuk mengisi masa sementara menunggu mendapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan saya.Ya lah dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni.Memang susah nak dapat kerja.Ramai graduan tak dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya.”terang lelaki itu bagai tahu apa yang sedang bermain di minda gadis di depannya itu.

Aimy hanya mendengar tanpa memberi sebarang komen.

“Awak pula macam mana sekarang?Dah berkahwin ka?”

Entah kenapa dia benar-benar ingin tahu status gadis itu.Masih single kah dia?Ataupun sudah berpunya?

“Eh,saya tak berkahwin lagilah cikgu.Saya masih study.”ringan sahaja mulut Aimy menjawabnya.

Ah leganya hati.Detik hati lelaki itu.Dia benar-benar lega mendengar jawapan yang keluar dari bibir mungil itu.

“Oh ya?Awak study kat mana sekarang?”

“Saya study kat UUM cikgu.”

“Course apa?”ramah dia bertanya.

Haish banyak tanya sungguh cikgu ni.Gumam hati Aimy.

“Urm accountancy.Tu je lah yang saya mampu pun.Cita-cita nak jadi doktor.Tapi apakan daya,Subjek Biology dapat cukup-cukup makan ja.”laju pula mulut Aimy ni bercerita.

“Hahahah..mesti sebab cikgu yang handsome tak dak nak ajaq Bio kan.Sebab tu lah awak dapat result cukup-cukup makan ja.”balas lelaki itu sambil tersenyum nakal.

Erk..perasannya cikgu ni!Tapi memang hansome pun.Memang tak dapat disangkal lagi.Hehehe..

“Ataupun awak merindui saya sehinggakan tak boleh nak tumpukan perhatian terhadap pelajaran?”tebak lelaki itu lagi.

“err..”Aimy kelu lidah untuk membalas balik.Akhirnya dia hanya bermain-main dengan jarinya sendiri.Dia hairan mengapa lelaki ini boleh bertanya soalan yang merepek macam itu.Adakah lelaki ini ingin mempermain-mainkan dia?Ahh dia buntu memikirkan semua ini.

“Cantik pipi awak Aimy.Tak payah pakai blusher pun dah merah eh?”nakal sahaja wajah lelaki itu.

Hah.Aduh mesti muka aku dah merah giler sebab malu tahap gaban dah ni.Uishhh….nak sorok bawah meja lah macam ni.Heh..Baik aku tukar topik.Kalau tak,makin melalut kang cikgu ni.Entah-entah lepas operation hari tu dia dah jadi tak berapa waras kott….Ish jahatnya otak aku ni.

“Urm cikgu dah sembuh sepenuhnya ka?”

“Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat doa ibu bapa saya tak terkecuali awak,akhirnya saya dah sembuh sepenuhnya.Ambil berat juga eh awak terhadap saya.”

“Urm,dah salah saya cikgu.Sebab saya cikgu jadi macam tu.”balas Aimy dengan nada sayu.

“Eh kenapa pula salah awak?”

“Ya lah,kalau tak sebab cikgu nak selamatkan saya,sudah tentu cikgu tak cedera macam tu sekali.”

“Aimy.Dengar sini.Awak tak perlu nak salahkan diri sendiri.Kebetulan saya lalu kawasan tu.Jadi saya cuba lah bantu awak.Tak kan lah saya nak biarkan awak diganggu penyangak-penyangak tu.Saya tak sekejam itu,Aimy.”

Hmm…sebab simpati je lah dia bantu aku ek?Bukan sebab lain.Eh kenapa dengan kau ni Aimy.Dah tu kau ingat dia tolong kau sebab apa?Ahh jangan bermain dengan perasaan Aimy.

“Dan sebab awak begitu berharga buat saya.”sambung lelaki itu lagi.

“Hah,apa cikgu?tanya Aimy dengan nada terkejut mendengar pernyataan yang keluar dari mulut itu.

“Eh tak dak pa lah Aimy.”dalihnya.Ish kenapa lah mulut aku suka merepek sangat hari ni.Detik hatinya.

Err..ya ka tak dak apa.Tapi telinga aku tak pekak lagikan.Dan aku yakin seratus peratus yang aku tak mimpi di petang hari.Tapi kenapa cikgu ni cakap macam tu?Ish seram aku dengan dia ni.Di kala itu baru dia perasan jarum jamnya telah menunjukkan angka 6:35 petang.

Ahh sudah lewat ni.Aduh,macam mana nak balik sorang-sorang macam ni.Takut lah.Gumam hatinya.

“Aimy,kenapa awak macam gelisah je ni?”tanya lelaki itu setelah dia perasan riak gelisah di wajah gadis itu.

“Err tak ada apa-apa cikgu.Err,cikgu,saya minta diri dulu ya.”balasnya perlahan.

“Eh dah nak balik?Sekejapnya.Hmm..tak apa lah.Awak balik dengan apa ni?”tanyanya prihatin.

“Rumah sewa saya dekat-dekat sini ja cikgu.Saya jalan kaki ja.”

“Marilah saya hantarkan.”pelawanya dengan senang hati.

“Eh tak apa lah cikgu.Tak payah susah-susah.”tolaknya dengan lembut.

“Awak tak sudi ka?”

“Bukan macam tu cikgu.Saya tak nak susahkan cikgu ja.Saya boleh balik sendiri.”

“Aimy,dua tahun lalu awak tolak pelawaan saya juga kan?Dan akhirnya apa yang berlaku?Awak nak semua tu berulang lagi ka?Dengan suasana lewat petang macam ni.Bahaya seorang gadis jalan sendirian.Niat saya ikhlas nak tumpangkan awak.Tak ada niat lain pun.”

Err ya juga kan.Aku pun bukannya berani sangat ni.Tapi aku segan lah dengan cikgu ni.

“Err baik lah cikgu.”Akhirnya dia akur juga.

Mereka bergerak ke arah kereta Honda CRV hitam yang diletakkan di hujung jalan.

Kedua-duanya hanya diam membisu setelah masuk ke dalam kereta itu.Tadi pun hanya bersoal jawab tentang alamat rumah sewa yang didiami Aimy sahaja.

Hanya memakan masa 15 minit sahaja.Akhirnya kereta yang dipandu lelaki itu berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat.Keadaan sekitar kawasan perumahan itu sudah lengang.

“Hmm terima kasih ya cikgu sudi hantarkan saya.”suara Aimy memecah kebisuan itu.

“Saya terima kasih yang awak beri tu.”balas lelaki itu sambil tersenyum nakal.

“Err saya masuk dulu ya cikgu.”

“Eh,tak nak jemput saya masuk ka.Minum-minum dulu ka.?”

“Erk,Sara tak dak cikgu.Tinggal saya seorang sahaja.”

“Hehehe saya gurau je lah.”

Ketika Aimy sudah hendak melangkah keluar dari kereta itu.Tiba-tiba lelaki itu bersuara.Menghalang langkah Aimy.

“Aimy,nanti dulu.Nah.”katanya sambil mengunjukkan satu beg plastik kepada Aimy.

“Eh,apa ni cikgu?”tanya Aimy hairan.

“Buku yang awak nak beli tadi.Ambillah.”

“Eh,ni kan buku cikgu.Kenapa pula bagi kepada saya?”

“Tak apa lah.Saya ikhlas nak bagi kepada awak.Ambil lah ek.Ok lah dah petang sangat ni Aimy.Cepat keluar.Nanti apa pula yang orang ingat kita buat berdua-duaan dalam kereta ni.”katanya sambil menggariskan senyuman manis.

“Ha ah kan.Err saya masuk dulu ye cikgu.”

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.

Sedang Aimy membuka kunci pintu pagar.Lelaki itu juga keluar dari kereta.

“Urm Aimy.Boleh saya minta nombor telefon awak?”dia tidak mahu sekadar ini sahaja pertemuan mereka.

“Erk,urm kenapa cikgu nak nombor telefon saya pula?”tanya Aimy hairan.

“Ye lah senang saya nak hubungi awak.Kalau rindu boleh call awak,tak pun boleh ajak awak keluar lagi.Atau awak dah tak sudi lagi nak jumpa dan bercakap dengan saya lepas ni.Hmmm.”

“Eh err tak lah cikgu.”Balas Aimy.Sambil itu dia mengeluarkan buku nota kecil dan pennya.Lalu dia mencatatkan angka nombor telefonnya di atas kertas itu.Kemudian dihulurkan sekeping kertas itu kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu menerimanya sambil tersenyum senang.

“Urm kalau tak ada apa-apa lagi,saya masuk dulu ya cikgu.”Sudah beberapa kali ayat yang sama diulangnya.Haish ada-ada sahaja lah lelaki ini.

“Ok masuk lah.Hati-hati ya Aimy.”

Aimy mengangguk perlahan. “Cikgu pun hati-hati ya drive tu.”pesannya lembut.

“Oh lupa pula saya.Tukar cara panggilan awak terhadap saya ya Aimy.Saya bukan lagi seorang guru.Dan bukan lagi cikgu awak ok?”pesannya dengan nada tegas.

“Erk dah tu nak panggil apa?”

“Panggil je lah apa-apa pun.Abang ke apa ke ye.Tapi saya rasa sesuai panggil abang kot.Sebab saya kan lagi tua daripada awak.”Katanya sambil tersengih menampakkan gigi yang tersusun rapat.

Eh apekehe cikgu ni.Mengada-ngada lah.Huh.

“Eh dah lah Aimy.Tak payah buat muka terkezut terkezat macam tu lah.Pergi lah masuk nu.”

“Eh saya memang nak masuk dari tadi lagi.Tapi cikgu lah yang banyak kali halang saya.”rungut Aimy sambil memonyokkan wajahnya.

“Haha sori sori.Masuklah.Saya tak halang dah kali ni.”

Selepas mengunci pintu pagar,Aimy terus membuka pintu utama dan terus masuk ke dalam rumah itu.

Haiqal hanya memandang langkah gadis itu.Kemudian dia juga masuk ke dalam keretanya dan mula memandu pulang.

Setelah kereta Honda CRV hitam itu hilang daripada pandangannya,Aimy bergerak ke atas untuk ke biliknya.

**********************************

Malam itu ketika Aimy sudah nyenyak dibuai mimpi,tiba-tiba….

Pernahkah kau hargai

Cintaku yang sejati

Pernahkah engkau mengerti

Betapa hebatnya cintamu………

Digagau tangannya untuk mencari handphone yang sedang berkumandang lagu nyanyian Nera itu..jiwang siottt..

“Urmmm helo…”serak sahaja suaranya menjawab panggilan itu.Maklumlah orang tengah syok dibuai mimpi.

“Assalamualaikum Aimy.”kedengaran suara orang yang menghubunginya itu memberikan salam.

Urm lelaki?Siapa eh?Call aku malam-malam buta macam ni.Huh,dah la mengantuk giler ni.Esok dah la ada kelas pagi.Hish..geram aku.Tak reti tengok jam ke apa dia ni?Gerutu hatinya.

“Hmm waalaikumussalam,siapa ye?”jawabnya perlahan.

“Aimy,saya ni.”

Eh,macam kenal ja suara ni.Siapa eh?Eh bukan suara cikgu Haiqal ke ni?

“Cikgu Haiqal ka?”tanyanya setelah mendiamkan diri beberapa saat.

“Hah cam pun awak suara saya eh.Dah tidur ka?”

Apekehe dengan cikgu ni?Call aku malam-malam macam ni.Dah buang tabiat ke apa dia ni?Hish pelik sungguh lah perangai dia ni.Tak macam dulu.Dingin semacam je.

Eleh Aimy.Macam lah kau kenal sangat perangai cikgu ni waktu dulu.Kenal pun sehari ja.Bajet je lebih lah kau ni.

Hesh diam lah.Perang hatinya.

“Ha ah dah tidur.Ada apa ya cikgu?”

“Tak de pe pun.Saja nak call awak.Rindu.”

“Hah..”terkejut mengalahkan beruk Aimy dibuatnya.

Hesh tak paham lah aku cikgu ni.Apa main rindu-rindu pula ni.Sejak bila aku dengan dia ni bercinta.Nak main rindu-rindu segala bagai.Rungut Aimy dalam hati.

“Kenapa?Tak percaya ka?”

“Err tak…”dia tak tahu hendak membalas bagaimana.Lidah dia kelu untuk berbual mesra dengan lelaki itu.Apatah lagi setelah dua tahun berlalu.

“Hmm esok awak free tak?”

“Esok pagi saya ada kuliah.Petang free kot.Kenapa?”

“Kalau macam tu saya nak ajak awak keluar lah.”

“Nak pergi mana cikgu?”Aimy masih lagi memanggil lelaki itu sebagai cikgu.Dia segan untuk menggelarkan lelaki itu sebagai abang seperti mana yang disuruh lelaki itu petang tadi.

“Ada lah.Esok petang saya jemput awak dekat kampus.Awak habis kelas pukul berapa?”

“Erm biasanya pukul 3:3o petang.”

“Ok,kalau macam tu saya jemput nanti ya.Ok lah sambung balik tidur tu.Sori ganggu eh.”

“Urm baiklah.”

“Selamat malam,anyway suara awak seksi sangat.”

“Erk…”terkejut lagi Aimy dibuatnya.

“Haha..mesti pipi awak dah blushing giler kan Aimy.”

“Err..err eh saya nak sambung tidur balik ya cikgu.Assalamualaikum.”

Dengan segera dia memutuskan talian sebelum lelaki itu sempat membalas.Dia takut lelaki itu semakin melalut yang bukan-bukan pula.Haish parah-parah.

Sementara itu di Vila Firdausi,Haiqal tersenyum-senyum sambil memandang handphonenya.Lucu mengenangkan reaksi Aimy yang agak kelam kabut memutuskan talian itu.

Dia yakin dengan perasaannya.Memang seperti tak berapa boleh diterima akal.Jatuh cinta pandang pertama!Itu lah yang dirasainya.Sejak pertama kali terpandang wajah Aimy Surfina detak hatinya menjadi tidak tentu arah.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kuatnya detak hatinya ketika mula-mula melihat Aimy Surfina dua tahun yang lalu.Dan dengan keizinan Allah,akhirnya dia berpeluang lagi untuk berjumpa dengan Aimy Surfina Balqis.Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkannya kepada Allah S.W.T.

*********************************************

Ketika dia melangkah keluar dari bilik kuliah,dari jauh dia sudah nampak kereta Honda CRV hitam kepunyaan Muhammad Haiqal Haqimi,bekas gurunya.

Lalu dengan langkahyang berat dia bergerak ke arah kereta itu.

“Assalamualaikum.”sapanya perlahan kepada lelaki yang sedang bersandar di kereta itu.

“Waalaikumussalam Aimy.Dah habis kelas?”tanya lelaki itu sambil tersenyum manis.

“Dah cikgu.Cikgu dah lama tunggu?”

“Tak lah.Saya pun baru ja sampai ni.Jom lah kita gerak.”

Keadaan masih sama seperti petang kelmarin.Dua-duanya hanya diam membisu.Hanya suara DJ sahaja yang kedengaran melalui corong radio yang dipasang itu.

“Cantik awak hari ni Aimy.”suara Haiqal akhirnya memecahkan tembok kebisuan itu.

Terkejut Aimy dengan pujian itu.Huh entah ikhlas atau tak lah tu.Mulut lelaki memang manis mengalahkan tebu kalau berbicara.

“Urm biasa je cikgu.Kita nak ke mana sebenarnya ni cikgu.”dia sebenarnya kesal menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar lagi hari ini.

“Adalah.Nanti awak akan tahu juga.”

Setelah 30 minit berada di atas jalan,akhirnya kereta itu dihentikan di hadapan sebuah Vila yang tersergam indah.Terkedu Aimy melihat rumah itu.

Ish rumah siapa pula ni?Detik hatinya hairan.

“Jom lah keluar Aimy.”ajak lelaki itu.

“Err ni rumah siapa cikgu.”tanya Aimy setelah merapatkan pintu kereta itu.

“Marilah masuk dahulu.Nanti awak akan tahu rumah siapa.”

Hendak tak hendak Aimy terpaksa juga mengikut langkah lelaki itu.Dia percaya lelaki itu tidak akan buat perkara yang bukan-bukan terhadapnya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,hah Haiqal….eh ni Aimy ya?”sahut wanita yang menjengukkan wajahnya di ambang pintu itu.

Eh?Ni bukan mak cik Ainah ka?Ibu cikgu Haiqal.Detik hati Aimy setelah dia dapat mengenal pasti wajah wanita di hadapannya itu.

“Betul lah bu.Aimy Surfina Balqis lah ni.”jawab cikgu Haiqal sambil tersenyum lembut.

“Ya Allah rindu betul mak cik kat Aimy ni.”kata wanita itu sambil menarik tubuh Aimy ke dalam pelukannya sebelum Aimy sempat menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Aimy sihat nak?”tanya wanita itu prihatin setelah melepaskan pelukannya.

“Alhamdulillah,Aimy sihat mak cik.Mak cik pula macam mana?”balas Aimy lembut sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

“Alhamdulillah,mak cik pun sihat juga Aimy.Eh dari tadi sembang kat depan pintu ni.Lupa pula mak cik nak ajak Aimy masuk.Mari masuk nak.”

Mata Aimy terpaku melihat susun atur dan hiasan dalam rumah ini.Semuanya nampak cantik,kemas,dan teratur.

“Eh duduklah Aimy.Buat apa yang tercegatnya kat situ.Haiqal ni pun satu.Kenapa tak pelawa Aimy tu duduk.Hish budak ni lah.”bebel Mak cik Ainah kepada anak bujangnya itu.

Haiqal hanya tersengih tanpa ada niat untuk membalas bebelan ibunya itu.

“Duduk lah Aimy.Jangan segan-segan,buat je macam rumah sendiri.Mak cik nak ke dapur sekejap ya.”

“Baiklah mak cik.”setelah melihat bayangan mak cik Ainah hilang di sebalik pintu dapur itu,dia segera mengalihkan mukanya ke arah Haiqal yang sedang enak bersandar di sofa empuk itu.Matanya dijegilkan tanda geram.

“Kenapa cikgu tak beritahu saya awal-awal nak bawa saya ke rumah mak ayah cikgu?”tanyanya dengan suara yang sengaja dikeraskan.

Lelaki itu sempat ketawa kecil sebelum menjawab pertanyaan gadis itu.

“Saja nak buat surprise untuk awak,kenapa?Tak suka ka?”

“Bukan tak suka.Saya bukan apa.Dah lah pakai baju yang sama dari pagi tadi lagi.Muka pun dah sememeh je ni.Hmmm..”keluhnya perlahan.

“Hahaha..apa yang awak nak risaukan Aimy.Awak ok lah.Cantik ja saya tengok.Jangan risaulah,tak bau masyam pun kat awak.Jangan gelabah lah,bakal mak mentua awak tu sporting ok?”kata lelaki itu sambil mengenyitkan matanya.

Eh apasal pula main kenyit-kenyit mata ni.Dah tu sesedap cokodok je dia kata Mak Cik Ainah tu bakal mak mentua aku.Hish dia ni mabuk ke hape.Huh.Gumam Aimy sambil mulutnya terkumat kamit.

“Awak jampi apa tu Aimy?Nak manderem saya eh?Hoho saya ok je.Suka lagi ada lah kena manderem dengan awak.”

“Erk merepek lah cikgu ni.Saya nak ke dapur lah.”

Tanpa menunggu lelaki itu membalas,dia segera melangkah ke dapur.

Lebih baik aku sembang dengan mak cik Ainah daripada layan anak dia yang tak berapa siuman tu.

“Mak cik..”tegurnya sopan.

“Eh Aimy buat apa kat dapur ni.Aimy tu kan tetamu.Pergilah duduk kat depan sana.Borak-borak dengan Haiqal.”

“Tak pe lah mak cik.Segan pula saya biar mak cik bancuhkan air sorang-sorang.”

“Lah nak segan apanya,Aimy.”balas mak cik Ainah lembut.

“Tak apa lah mak cik.Biar saya tolong eh.”

“Hmm ye lah.Kalau macam tu Aimy tolong keluarkan kek dalam microwave tu ya.”

“Ok”

Setelah siap air dibancuh dan kek dipotong,mereka berdua membawa dulang itu ke hadapan.

Aimy agak terkejut apabila melihat Haiqal tidak keseorangan di ruang tamu itu,tetapi ditemani oleh seorang gadis yang ayu bertudung merah jambu.

“Eh bila Umaira datang?Mak cik tak dengar bunyi kereta pun.”tegur mak cik Ainah terhadap gadis yang sedang duduk di sebelah Haiqal itu.

“Baru ja sampai mak cik.Memang lah tak dengar.Rumah mak cik kan besar.Hehe..”balasnya lembut sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak cik Ainah.Kemudian dihulurkan juga tangan kepada Aimy yang sedari tadi tercegat memerhatikan mereka.Aimy menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum tawar.Entah kenapa dia seperti tidak suka dengan kehadiran gadis itu.

“Hah Aimy,perkenalkan anak saudara mak cik,Umaira..Umaira ni Aimy bekas anak murid abang Haiqal.”

Haiqal hanya memerhati sahaja tanpa mencelah.Dia perasan wajah Aimy tidak seceria tadi.Tapi kenapa ya?

Setelah hampir petang,Aimy meminta diri untuk pulang.Pada mulanya dia tak mahu Haiqal menghantarnya.Namun Haiqal tetap berkeras ingin menghantarnya.

“Kenapa diam je ni Aimy?Ada yang tak kena ka?”tanya Haiqal setelah kereta yang dipandunya berada di atas jalan raya menghala ke arah rumah sewa Aimy.

“Tak dak apa-apa lah cikgu.”dalih Aimy.Dia sendiri bingung kenapa tiba-tiba sahaja dia bagai hilang mood setelah Umaira datang.Apatah lagi melihat kemesraan antara Umaira dengan Haiqal tadi.Ahh..

“Hmm ataupun awak jelez?Hmmm”duga Haiqal sambil tersenyum nakal ke arah Aimy.

“Eh jelez apa pula.”

“Ye lah,jelez tengok kemesraan saya dengan Umaira.Ye kan Aimy.Tak nak mengaku pula dia.”

“Ish cikgu jangan perasan boleh tak?Huh.”

“Siapa cikgu?Dari semalam lagi asyik cikgu-cikgu.Saya bukan cikgu awak lagi ok.”tegas suara Haiqal ketika itu.

“Erm dah tu saya nak panggil apa?Dah biasa panggil macam tu.”

“Panggil lah abang.”

“Ah mengada-ngada lah cikgu ni.”

“Oh saya mengada-ngada eh?Hmmm tak pa lah.Dah turun lah dah sampai pun ni.”

“Erk cikgu marah ka?”tanya Aimy setelah perasan suara itu tidak lagi semesra tadi dan wajah itu juga agak tegang.

“Tak ada pa lah.Hmmm”

“Err saya masuk dulu ya cikgu.Terima kasih sudi hantar saya.”

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.Setelah memastikan gadis itu selamat masuk ke dalam rumah,keretanya meluncur laju.

****************************************

Sedar tak sedar hubungan mereka semakin akrab.Kadang-kadang keluar berjalan dan makan bersama-sama.Kalau sibuk hanya mesej dan call sahaja yang menjadi penghubung mereka.Bibit kemesraan semakin terserlah.Mak dan ayah Haiqal juga senang dengan hubungan mereka berdua.Ibu Aimy juga sudah tahu hubungan mereka berdua.

Namun antara mereka berdua tiada seorang pun yang membuka mulut menyatakan perasaan yang sebenar.Apakah jenis hubungan mereka ini?Hubungan tanpa nama.

Petang itu setelah pulang dari kerja,Haiqal segera memandu keretanya ke arah rumah Aimy.Dia nekad.Dia ingin menyatakan perasaannya yang sebenar.Dia sudah penat bermain tarik tali seperti ini.Haiqal yakin Aimy juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya.Kalau tak masakan Aimy sudi menerima pelawaannya keluar.Sudi layannya berborak hingga larut malam.Dan dia semakin pasti apabila dia perasan riak cemburu di wajah Aimy apabila melihat kemesraannya bersama Umaira.Peristiwa seminggu lalu sewaktu birthday party di rumah Umaira bermain-main di matanya.

“Eh Maira pun nak ambil lauk ni juga eh?Mari abang tolong ambilkan.”Katanya setelah senduk yang ingin dipegangnya turut dipegang Umaira secara serentak.

“Ha ah Maira nak ambil lauk ni juga.Tak sangka pula abang nak ambil juga.Sori eh terpegang tangan abang.”Balas Umaira yang ayu memakai baju kebaya moden berwarna ungu lembut itu.

“Eh tak pa,lagipun bukannya sengaja kan.Lainlah kalau Maira sengaja.Memang abang marah.Hihih..”

Selesai mengambil lauk yang diinginkannya,dia bergerak ke arah Aimy yang sudah kelat wajahnya itu.

“Eh apesal yang masam je muka ni?”tegurnya lembut setelah meletakkan dua pinggan yang berisi lasagne itu.

“Hmm tak ada apa-apa lah.”balas gadis itu acuh tak acuh.

“kenapa ni Aimy?Hmmm?”

“Kan saya kata tak ada apa.Laparlah,saya nak makan.”balas Aimy agak kasar sambil mula memegang garfu.

“Hmm kalau tak ada apa-apa tak apa lah.Jom lah makan.”

Sedang dia enak mengunyah makanan itu,baru dia perasan hanya sedikit sahaja makanan di pinggan Aimy luak.Gadis itu hanya menguis-nguis sahaja makanan di pinggan itu.

“Eh,kenapa tak makan Aimy?”

“Err tak ada apa lah..saya tak dak selera ja.”

“Oh ye ka?Dah tu awak nak makan apa?Mari saya ambilkan.”katanya sambil cuba bangun.

Namun Aimy dengan segera menahannya daripada bangun.

“Tak apa lah cikgu.Saya memang dah kenyang pun.Tadi saya dah makan banyak dah dengan Sara.Cikgu sambunglah makan.”

“Hmm kalau macam tu tak apa lah.”balasnya sambil menyambung makan kembali.Sambil itu matanya juga tak lepas memandang raut wajah gadis itu yang agak monyok semacam.Kenapa pula dengan Aimy ni.Hmm detik hatinya.

**********************************

Ya dia yakin dengan perasaannya.Apatah lagi setelah melakukan solat sunat istikharah selama beberapa hari ini,dia semakin kerap bermimpi berada di sebuah kawasan yang sangat indah bersama seorang gadis yang wajahnya agak kabur namun,dia yakin wajah itu milik Aimy kerana ada sedikit-sedikit iras Aimy Surfina Balqis gadis yang dicintainya.Dia juga telah berbincang dengan kedua-dua orang ibu bapanya tentang hal ini.

Ketika kereta yang dipandunya itu berhenti di hadapan rumah itu,kelihatan Aimy yang sudah pun sedia menunggunya tengah berborak-borak dengan sahabat baiknya.Qaisara.Apabila melihatnya keluar dari kereta itu,dengan segera Aimy melangkah ke arahnya sambil tersenyum manis.

Ah hilang penat seharian bekerja apabila melihat senyuman manis daripada pujaan hatinya itu.

“Urm Aimy,kita singgah dekat masjid dulu ya.”katanya setelah melihat jam di dashboard yang menunjukkan hampir masuknya waktu maghrib.

“Ye lah.”balas gadis itu.

Dia membelokkan keretanya ke perkarangan Masjid AL-Bukhari yang tersergam indah itu.Ketika mereka sampai,sudah banyak orang yang datang untuk sama-sama berjemaah.

“Eh,apa tunggu lagi Aimy.Jom lah turun.”ajaknya setelah melihat tiada tanda-tanda Aimy ingin keluar dari kereta.

“Err sebenarnya saya uzur.”jawab gadis itu perlahan sambil melarikan matanya dari renungan Haiqal.

“Lah ye ka.Oh kalau macam tu awak tunggu dalm kereta je lah.Saya masuk dulu eh.Jangan lupa kunci kereta dari dalam.”pesannya sambil tersenyum nipis.

*******************************

Aimy merenung wajah lelaki itu yang tenang memandu.Masih jelas hujung rambutnya yang agak basah itu.

“Dah puas renung saya Aimy?”tegurnya.Dia perasan sedari tadi lagi gadis itu merenungnya.

“Err….”Aimy kelu lidah untuk membalas.Hah padan muka kau Aimy.Tengok lagi anak teruna orang sampai macam tu.Kan dah tertangkap.Adesss malunyaa…

“Kenapa?Handsome sangat eh saya ni?”duga lelaki itu nakal sengaja ingin membuatkan gadis itu tak senang duduk.Dia suka tengok pipi gadis itu yang akan menjadi merah apabila malu.Hahah sweet sangat.Comel.

“Erk tak lah.Cikgu boleh tak jangan perasan sangat.Huh.”dalih gadis itu dengan nada geram.

Lelaki itu hanya mampu tersengih.

************************************

Mereka berdua bergerak seiring ke dalam restoran itu.Kedatangan mereka disambut senyuman manis oleh penyambut tetamu.Kemudian seorang pelayan membawa mereka ke meja yang sudah ditempah oleh Haiqal.Mereka hanya saling berbalas pandang dengan mulut yang terkunci rapat sementara menunggu pelayan menghidangkan hidangan yang dipesan.Kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak memulakanperbualan.Apatah lagi dalam hati masing-masing bukan main ganas lagi dihentak gelora cinta.

Akhirnya Haiqal memecahkan keheningan itu.

“Awak suka tak dengan restoran ni Aimy?”tanyanya perlahan.Lain yang nak dicakap lain pula yang keluar.Haish orang kalau dah nervous memang serba tak kena.

“Suka cikgu.Tenang ja restoran ni.”jawab gadis itu sambil matanya menghala ke arah pancutan air di hadapan mereka.Di sekeliling pancutan air itu dihiasi dengan tumbuh tumbuhan renek dan juga bunga-bungaan yang sedang mekar.Ditambah pula dengan Lampu yang agak suram itu ,menambahkan lagi suasana romantik.Sesuai untuk pasangan yang sedang hangat bercinta.

Setelah menunggu beberapa minit.Akhirnya makanan yang dipesan mereka dihidangkan dengan penuh cermat oleh pelayan.

Makanan kombinasi Itali dan Thailand.Sesuatu yang agak unik.Dan rupanya juga menarik.Hmm tapi rasanya belum tentu semenarik nama dan rupanya.Detik Aimy.

“Jemput makan Aimy.Cuba lah.Saya yakin awak akan terkedu dengan keenakannya.”pelawa lelaki itu sambil meyakinkan keenakan makanan yang dipesannya.

“Cikgu pernah makan ke?”tanya Aimy.

“Ada lah beberapa kali.”

Hmm mesti dengan orang teristimewa lah tu.Duga hati Aimy.

“Dengan parents dan beberapa rakan saya je Aimy.Tak daknya orang istimewa selain awak.”terang lelaki itu lembut bagai tahu isi hati Aimy.Ahhh memang ada kimia lah mereka berdua ni kan?

“Erk…oh ya?Urm jom lah makan cikgu,saya tak sabar nak rasa ni.Kecur liur tengok.”balasnya cuba mengalihkan topik.

Mereka makan dengan tenang sambil telinga mereka disajikan dengan muzik sentimental hasil alunan piano dan gesekan biola.Ahh romantiknya.

Setelah siap menjamu selera.Haiqal mengeluarkan sesuatu dari koceknya.Lalu dihulurkan kepada gadis yang ayu memakai baju kurung berona biru cair itu.

“Erk apa ni cikgu?”tanya Aimi agak terperanjat melihat sebentuk cincin sedang elok duduk di dalam bekas berbentuk hati itu.

“Saya tak pandai nak berkata-kata Aimy.Apatah lagi nak mengeluarkan ayat bunga-bunga,saya bukan lelaki yang romantik.Namun niat saya ikhlas hendak melamar awak menjadi suri di hati saya,menantu kepada ibu dan ayah saya,dan ibu untuk zuriat saya.”Terangnya dengan tenang walaupun dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.Berdebar-debar.

Lidah Aimy kelu untuk membalas kata-kata lelaki itu.Jantungnya ketika itu dup dap dup dap.Macam nak terloncat keluar dari tubuhnya sahaja.Erk….apa aku nak jawab ni.Saraaaa tolong aku.Cemas sungguh riak wajah Aimy ketika itu.

“Err,cikgu yakin ka dengan apa yang cikgu cakap kan ni?”tanyanya inginkan kepastian.

“Saya yakin Aimy.Apatah lagi setelah melakukan solat sunat istikharah.”mimipi yang sering membayangi tidurnya itu diceritakan kepada Aimy.

“Err…”Aimy tak tahu hendak memberi jawapan bagaimana.

“Kenapa Aimy?Awak dah ada orang lain ka?”tanyanya dengan nada yang agak perlahan.

“Eh bukan macam tu cikgu.”laju sahaja Aimy menafikannya.

“Dah tu kenapa?Awak tak sudi ke terima lamaran saya ni?”

“Tak cikgu,bukan macam tu.Cikgu tahu kan saya masih belajar lagi sekarang.Hmm.”

“Itu bukan alasannya Aimy.Banyak je siswazah yang masih menuntut mendirikan rumah tangga.Siap beranak pinak lagi.Lagipun saya tak kan halang awak untuk terus study walaupun kita dah kahwin nanti.”pujuknya lembut.

“Hmm boleh tak cikgu bagi saya masa sikit untuk fikirkan pasal hal ni?”tanya lembut inginkan pengertian lelaki itu.

Haiqal tersenyum kemudian mengangguk perlahan.”Baik lah,ambil lah sebanyak mana pun masa untuk berfikir dan buat lah keputusan yang terbaik untuk semua pihak.Dan seelok-eloknya mohon lah petunjuk daripada Allah. kalau boleh,saya nak awak beri jawapan tu sebelum terlambat ya.”nasihatnya kepada si pujaan hati.Sambil itu,direnung wajah lembut itu seperti ingin memahatkannya di memori.

Aimy tersenyum senang dengan ucapan dan pengertian lelaki itu.

*******************************

“Hah macam mana Aimy?Mesti dia lamar hang kan tadi?Mesti romantik kan?Ahhhh….”

Masuk-masuk sahaja ke dalam rumah setelah pulang dari restoran itu,terus dia disergah oleh Qaisara,kawannya yang agak sengal itu.

“Huh hang ni.Bukannya nak tegur elok-elok.Ni tak,main sergah-sergah pula.Tak berubah-ubah lah perangai hang ni Sara.Dah nak jadi peguam pun duk buat lagi perangai tak semengah tu kan.Buat lah selalu kalau hang teringin tengok kawan hang ni ‘jalan’ cepat.Huh.”balasnya geram sambil menghenyakkan punggung di sebelah gadis yang sudah berpijama itu.

“Alah Aimy ku sayang.Sori lah.Aku bukan apa.Aku excited ni nak tau apa yang berlaku tak sat.Cepat lah cerita.Tak sabaq ni nak tau.”

“Tak jadi apa lah.Makan makan ja pun.Dah lah aku nak naik tidur.Huwaaa mengantuknya.”dalihnya sambil pura-pura menguap cuba lari dari soalan-soalan kawan baiknya itu.

“Aimy!sampai hati tak nak cerita kat aku.Huh! tak pa lah.Taruh lah elok-elok kisah cinta hang tu dalam poket hang tu.Tak yah kongsi ngan aku.”balas Qaisara kasar sambil melangkah naik ke tingkat atas.Dia punya lah excited tunggu kepulangan gadis itu untuk tahu apa yang berlaku.Sanggup korban masa tidurnya.Ya lah dia memang selalu tidur awal.Sesudah solat isyak mesti dia sudah tangkap lentok punya.Tapi,dah orang tak mau cerita,tak kan nak didesaknya pula kan.Huh!Bentak hatinya geram.

Belum sempat kakinya memijak anak tangga yang pertama,tangannya ditarik oleh Aimy.Namun dia cuba juga meneruskan langkahnya.Tetapi makin kuat pula ditarik Aimy.Akhirnya dia berhenti juga dan mengeraskan tubuhnya tanpa mengalihkan wajahnya ke arah Aimy.Menunjukkan yang dia sedang berjauh hati dengan Aimy.

“Sara yang comel,kiut miut.Janganlah merajuk ek.Marilah duduk dulu.”

Namun Qaisara tetap pegun di situ.Tidak membalas walau sepatah kata pun.Biarkan!Biar dia rasa!Huh..detik hati Qaisara.

“Alah Sara tak comel lah hang buat muka macam ni.Kang Aiman lari cari awek lain kang.”

“Heh apa pula hang duk kait-kait nama budak mamat tiga suku tu hah?”balas Sara geram apabila nama lelaki yang paling cukup tak disukainya di UUM itu disebut oleh Aimy.

Yes!Akhirnya hang bersuara juga Sara.sorak hati Aimy apabila usahanya untuk membuatkan Sara membalas cakapnya akhirnya berhasil setelah dia menyebut nama musuh Sara itu.

“Nak juga hang balas cakap aku ni ya Sara.Memang kuat sungguh penangan Aiman dalam hidup hang kan.”kata Aimy sambil tergelak kecil.

“Eeeee hang ni kan Aimy!Please lah jangan duk sebut-sebut nama mamat tiga suku tu.Sakit telinga aku tau.Bergegar tahik telinga aku ni.Huh.”balasnya sambil memasamkan wajahnya.

“Alah cilek le bro.Apa barang nak hangin-hangin ni.Pantang sebut nama mamat handsome tu mesti hang buang angin kan.Adoilahhh.Bila lah hangpa dua nak berdamai hah?Tak habis-habis berperang.Macam cat dog ja hang tau dak.Tu lah pasai bila dua-dua orang peguam.Masing-masing nak menegahkan hujah masing-masing.Tak mau mengalah langsung.”bebel Aimy kepada Qaisara yang dah buat muka meluat tu.

“Pleaselah Aimy.Aku tak mau cakap pasai mamat tiga suku tu.Aku nak tau pasai hang dengan Cikgu handsome tu lah.Yang hang melalut bukan-bukan ni pasaipa.Banyak lah hang buang angin.huh.”

“Hahahaha ok ok.Jom pi duduk dulu.Tak larat aku nak berdiri depan tangga ni.Apa kata hang pi bancuh ayaq kat aku dulu.Aku haus dah ni.”

“Ish ya lah ya lah.Macam-macam lah hang ni.Tu lah sapa suruh pi melalut-lalut bukan-bukan.”bebelnya sebelum melangkah ke dapur.

**********************************

“Hah nah milo suam yang dibuat dengan penuh kasih sayang.”

“Ye lah tu kasih sayang.Heh.”

“Eh dah dah.Cepat lah cerita.Aku tak sabaq dah ni nak tau.Hang jangan nak mengelat lagi eh.Aku karate jugak sat gi.”katanya dengan nada yang tegas sambil menjegilkan matanya yang agak sepet itu.

Lalu Aimy pun mula lah bercerita tentang apa yang terjadi ketika mereka keluar makan tadi.

“Ish hang ni Aimy.Kalau aku lah.Aku setuju ja terus.Tak dak main pikiaq-pikiaq ni.Hesh hang ni memang lah tak reti menghargai.Dah dapat pak we yang handsome macam tu,baik pulak tu..bukannya nak bersyukur.”katanya geram setelah mendengar cerita Aimy itu.

“Sara,hang tak faham.Hang tau kan aku baru kenal 6 bulan ja baru ngan dia tu.”

“So apa masalahnya.Enam bulan tu tempoh yang dah agak panjang bagi aku.So hang nak kata tak kenal hati budi lagilah ni?”

“Ish bukan macam tu lah.Aku kena pikiaq juga masa depan.Tak kan nak main setuju macam tu ja.Aku nak pikiaq study aku ni macam mana.Mak aku lagi.Mana boleh aku buat keputusan macam tu ja.Aku kena lah berbincang dengan mak aku dulu.”

“Hmm ya jugak kan.Dah tu dia kata pa bila hang kata nak pikiaq dulu?”

“Dia ok ja.Dia kata ambik lah masa pikiaq elok-elok.Buat keputusan yang terbaik untuk semua pihak.”

“Wahhh bestnyalah!!!Dia sangat memahami what?Aduhh..aku nak jugak lelaki macam dia.”balas Qaisara yang dah buat muka miang semacam tu.

Aimy dah bangun melagkah ke arah tangga.Sambil itu sempat lagi dia bersuara.

“Aiman kan ada.Aku tengok Aiman dengan hang memang sesuai sangat.Macam pinang yang dibelah-belah ja.”laungnya dari atas sambil tergelak-gelak.

“Woih mentang-mentang hang dah hepi sekarang ngan cikgu handsome tu.Tak payah lah nak kenen-kenenkan aku dengan mamat tiga suku tu pulak.Eeeee geram lah aku!!!!!”jerit Qaisara.

“Ya Allah Sara bawak-bawak mengucap weh jangan duk menjerit macam puntianak hilang anak tengah-tengah malam ni lah!”jeritnya pulak dari atas.

“Hek eleh paku dulang paku serpih,kata orang dia yang lebih.Yang hang tu tak menjerit ka macam tu.Macam orang meroyan ja gaya.”balas Sara balik.Tak nak mengalah.

Elok sangat lah tu anak dara buat perangai macam tu tengah-tengah malam.Dah boleh jadi mak orang pun tak ubah-ubah lagi perangai mereka berdua ni.

***************************************

Setelah seminggu lebih mendiamkan diri.Akhirnya dia menghubungi Cikgu Haiqal untuk berjumpa.Ya,dia sudah dapat jawapan yang dicari-carinya.Setelah seminggu memohon petunjuk dari yang Maha ESA dan meminta pendapat ibunya.Akhirnya dia nekad membuat keputusan ini.

Sudah lebih kurang sejam lebih dia menunggu di tepi tasik itu.Namun kelibat lelaki itu masih belum muncul-muncul.Apabila mendail nombor telefon lelaki itu hanya kedengaran peti simpanan suara sahaja.Ahh dia sudah tidak tentu arah sekarang.Hatinya berdebar-debar semacam.Sejak dia keluar dari rumah tadi lagi,dia dah mula tak sedap hati.Dia risau sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Haiqal.

Tiba-tiba handphone di dalam handbagnya berbunyi.Dengan segera dia menjawab panggilan itu setelah melihat nombor Mak cik Ainah yang tertera di screen Nokia C3 itu.

“Assalamualaikum Aimy.”

“Waalaikumussalam mak cik.”balasnya dengan lembut cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana itu.

“Urm mak cik nak Aimy bersabar banyak-banyak ye nak.”nasihat wanita itu dengan suara yang agak serak.

Ahh apa yang terjadi ni.Aimy semakin tidak sedap hati mendengar pesanan ibu Cikgu Haiqal itu.

“Err..err kenapa mak cik.?”

“Haiqal ada kat hospital sekarang nak.Hospital Sultanah Bahiyah.Aimy datang sini ye nak.”

“Errr..err baik makcik.Saya pergi sana sekarang.”

Setelah talian itu diputuskan,dia segera bergerak ke arah kereta Kelisa milik Qaisara yang dipinjamnya.

Dengan tangan yang terketar-ketar dia mencucukkan kunci itu untuk menghidupkannya.Lantas terus dipandunya laju membelah jalan raya.Hatinya tak putus-putus berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk menimpa lelaki yang telah mendapat tempat di hatinya itu.

*****************************

“Sayang termenung apa ni?”tegur suatu suara yang tak asing lagi baginya.Sambil itu pinggangnya dirangkul lembut oleh pemilik suara tersebut.

“Tak ada apa bang.Cuma teringat peristiwa yang lalu.”

Peristiwa itu kembali bermain-main di matanya.

“Mak cik,kenapa dengan Haiqal.”tanyanya dengan segera setelah matanya ternampak kelibat kedua-dua orang ibu bapa Haiqal.

“Duduk dulu Aimy.Hmm tadi Haiqal pergi ke tapak projek pembinaan syarikat baru.Ketika dia tengah berbincang dengan beberapa orang pegawai,tiba-tiba ada beberapa bata telah jatuh dari tingkat atas dan menghempap Haiqal dan beberapa orang lagi pegawai lain.”terang pak cik Zulkifli dengan tenang.

“Ya Allah.”hanya itu sahaja yang mampu diucapkan Aimy saat itu.Air matanya mula mencurah-curah turun.Dia mula teresak-esak mengenangkan keadaan lelaki itu.

“Sabar Aimy.”ucap mak cik Ainah sambil menarik tubuhnya ke dalam pelukan cuba menenangkan Aimy.

“Sayang..”tegur suara itu sekali lagi mencantas lamunan Aimy.

Dikalih wajahnya menghadap seraut wajah yang menenangkannya itu.Direnung sepuas-puasnya.Wajah yang menggantikan seraut wajah yang telah pergi meninggalkannya sebelum sempat dia menyatakan cinta.Insan di hadapannya inilah yang banyak memberi sokongan kepadanya saat dia lemah,saat dia jatuh,saat dia seperti hilang pedoman.

“Eh,kenapa renung abang macam ni.”tanya lelaki itu hairan.

“Terima kasih abang.”ucapnya.

“Terima kasih?Untuk apa pula yang?”

“Terima kasih untuk segala-galanya.Abang lah yang banyak memberi semangat saat Aimy hilang arah.”balasnya lembut sambil menghadiahkan senyuman manis buat si suami.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan sambil membalas senyuman si isteri.

“Urm abang izinkan tak kalau Aimy nak ziarah kubur Haiqal?”

“Abang izinkan sayang.Bila sayang nak pergi?Boleh abang temankan?”

“Terima kasih abang.Kalau boleh pagi jumaat ni ya bang.”

“Ok lah kalau macam tu.Jom tidur sayang.Dah lewat ni.Tak baik untuk baby ni.”katanya sambil mengusap perlahan perut Aimy yang sudah sarat itu.

Malam itu Aimy tidur dengan lena dalam dakapan hangat si suami.Tiada lagi mimpi buruk yang membayanginya.

*********************************

Di keheningan pagi jumaat itu,Aimy bersimpuh di sebelah pusara seorang insan yang pernah dicintainya.Namun sayang seribu kali sayang belum sempat dia membalas cinta yang dihulur oleh insan itu,Allah telah menjemputnya terlebih dahulu.Menjemputnya pergi buat selama-lamanya.

“Mari kita sedekahkan Yasin untuk arwah,yang.”tegur suaminya lembut.Dia hanya mengangguk perlahan.

Setelah mengaminkan doa yang dibaca oleh si suami,dia bangkit menuang air yang diisi dengan bunga mawar ke atas pusara itu.

Kemudian mereka melangkah untuk keluar dari kawasan perkuburan itu.Namun di pertengahan jalan,Aimy menghentikan langkahnya dan memalingkan wajahnya ke arah pusara Muhammad Haiqal Haqimi Bin Zulkifli.Bagaikan ternampak-nampak bayang wajah Haiqal terseyum ke arahnya.Lama direnungnya ke arah pusara itu.

Damailah di sana Muhammad Haiqal Haqimi,ucap hatinya.Lalu disambung semula langkah yang terhenti itu.

Muhammad Haiqal Haqimi adalah kenangan lalunya.Allah telah mengambil sesuatu yang berharga daripadanya namun kini Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik untuknya iaitu Muhammad Iqbal Haiqal.Bukan kerana nama yang sama dengan arwah menyebabkan dia memilih Iqbal sebagai suami.Tetapi kerana keluhuran hati dan budi pekerti Iqbal yang menyebabkan dia terjatuh cinta kepada lelaki ini.Percaya atau tidak?Dia sendiri yang memulakan langkah pertama dengan menyatakan cinta dan melamar Muhammad Iqbal Haiqal sebagai suami.Biarlah orang mengatakan dia tak ubah seperti perigi mencari timba.Namun baginya tidak ada salahnya seorang gadis melamar seorang jejaka,sepertimana yang pernah dilakukan oleh Sayidatina Khadijah.Tambahan pula dia tidak ingin menyesal seperti dahulu lagi.Terlambat menyatakan cinta,akhirnya si dia pergi sebelum sempat mendengar perkataan keramat itu keluar dari bibirnya.Sudah cukup dia kesal dengan semua itu.Tidak ada guna lagi dia kenang segala yang berlalu itu.Kini,dia bahagia bersama suami tercinta yang sentiasa bersamanya ketika tawa dan tangis.Malah tak lama lagi,bakal ada satu lagi nyawa yang akan menyinari kehidupannya.Perlahan-lahan digosoknya perut yang semakin membulat itu dan diangkat kepalanya untuk merenung suami yang dikasihinya.Satu senyuman yang ikhlas lahir dari hatinya diukir buat tatapan si suami.Dan dengan senangnya si suami membalas senyuman indah itu.Bahagia itu Allah anugerahkan buat mereka.

Realiti kehidupan,tidak semua benda yang kita inginkan akan berjaya kita miliki.Mungkin Allah mengambil sesuatu yang sangat kita sayang.Namun jangan bersedih,mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah ingin berikan kepada kita.Segala perancangan dan ketentuan Allah itu sangat indah.Usah kita pertikaikannya lagi.Walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita.Bersabarlah.Walaupun bukan mudah untuk bersabar,tetapi berusaha lah.

Cinta itu adalah satu perkara yang suci.Semua orang berhak mencintai dan dicintai.Namun jangan hanyut dengan cinta duniawi semata-mata.Dan jangan sesekali mencemarkan nama baik Islam hanya kerana cinta sesama manusia.Letakkan lah cinta yang teratas untuk Allah yang Maha Esa.

Cinta kepada manusia akan pudar.

Cinta kepada bunga akan layu.

Namun cinta kepada Allah akan kekal buat selama-lamanya.

Cinta kepada Allah membawa kita ke syurga.

*habaq=beritahu

*pikiaq=fikir

*pi=pergi

*gerek=basikal

Maaf kalau cerita ini kurang menarik perhatian anda semua dan agak meleret2.Segala yang baik itu datangnya dari Allah yang Maha Kuasa.Manakala segala yang buruk itu datangnya dari saya yang serba kekurangan ini.Ini merupakan hasil nukilan saya yang pertama.Terima kasih sudi membaca.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

38 ulasan untuk “Cerpen : Aturan Yang Terindah”
  1. naa says:

    knapa haiqal maati
    sdhnya

  2. purple says:

    kenapa haiqal mati….iqbal mai dari mana…..????

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Kenapa mesti matikan Haikal?

  4. cik oooo says:

    sdah tba ajalnya…

  5. cik oooo says:

    smua yg hdup itu pasti akn kmbli jua….dunia ini hnya prsinggahan smntra shja…

  6. cik pppp says:

    nama pun cite

  7. cik TAR says:

    sedihnya…tp mcm x complete je citer ni..

  8. EXO says:

    Sedihnya…why mesti Haiqal yg mati??..kesian Haiqal yg sedang menunggu jawapan dari Aimy,,but dah mati..Maha suci ALLAH…takapalah..dah takdir…anyway cerita ni mmg best,full of romance,sad and funny..bagi sayalah..keep better on your writing..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"