Novel : “Abangku” Suamiku? 1

13 August 2012  
Kategori: Novel

8,479 bacaan 12 ulasan

Oleh : nescafe ais,milo ais

BAB 1

“ Ish panasnya, sesak pula tu. Aku dah lah belum solat lagi. Yang si Aina dengan Eka ni tak muncul-muncul lagi geram betul lah” sedang Sofea mengomel sendirian tanpa sedar dia terlanggar seseorang.

“ Ops! Maaf encik, saya tak sengaja. Eh alamak baju encik adoi matilah aku.”

“ woi ‘budak kecik’ blind ke? agak- agak lah same, baju mahal ni. Jalan tu tengoklah depan apa kau ingat ni jalan bapak kau ke sesuka hati main langgar- langgar orang”

“ eh ‘orang tua’ bapak- bapak jangan main eh, saya kan dah minta maaf cakaplah baik-baik skit bukan sengaja pun, saya gantilah baju awak tu” aku cakap elok- elok dia balas kurang ajar pula ha padan muka free-free dapat pangkat ‘orang tua’ bebel Sofea dalam hati.

“ ‘budak kecik’ kau nak ganti baju aku? Mampu ke? Baju ni lain dari yang dekat luar sana. Aku rase kau tak akan dapat ganti yang sama walau kau cari hingga hujung dunia pun” dengan sinis Syafiq berkata.

“ berlagaknya bukan mahal sangat pun, saya mampu ganti sepuluh pasang yang lebih baik dari itu” balas Sofea sambil mengetap bibirnya.

“ ha..ha..ha.. Ok ‘budak kecik’ aku bagi kau peluang. Besok jam 3.00 petang dekat sini. Jangan lewat faham” usai berkata-kata Syafiq berlalu pergi.

“ huh sengal lah ‘orang tua’ ni” gumam Sofea lantas menuju ke satu sudut yang agak terpencil dari pandangan orang ramai. Selang beberapa minit Aina dan Eka pun muncul.

“ weh minah asal monyok je muka?dah macam tertelan cekodok basi nenek aku dah” serentak Aina dan Eka menghamburkan tawa manakala Sofea meneruskan suapan mee goreng basahnya yang terhenti akibat kemunculan sahabatnya tadi.

“ eh seriesnya muka sampai Aina buat lawak pun kau tak ketawa. Asal? gaduh dengan Mukhriz ke kau datang bulan ha?” usik Eka pula.

“ Hello girls, korang jangan nak buat ‘joke’ basi ye dan bab-bab sensitif jangan di ungkit karang tak pasal-pasal ada yang makan pinggan” marah Sofea.

“ Hmm…. Ok lah kami minta maaf, erm yang kau ni kenapa? Sejak bila pula tak boleh bergurau?” tanya Aina.

“ iya lah Sofea selalu kau tak macam ni” sampuk Eka pula.

“ tak ada apa-apa cume hal kecik j, tadi aku gaduh dengan sorang ‘orang tua’, tu yang moody. Korang asal lambat? Dah 3 cawan hot chocolate aku habiskan, naik kembung perut aku tunggu korang tau!” marah Sofea.

“ ‘orang tua’? Tua sangat ke dia tu? Kami kenal tak?” soal Aina.

“ hensem tak?” tokok Eka pula.

“ amboi-amboi gatalnya kawan-kawan aku ni. Hmm.. Hensem lah juga. makhluk planet mana ntah. Eh Aina jangan nak gatal ye karang aku bagitahu Syakir padan muka kau” usik Sofea.

“ Hehe.. Ala kau ni Sofea, kacau pokok lah, aku baru nak cuci telinga kau pula ingatkan pasal Syakir. Hmm…” Aina memonyokkan muka tanda protes.

“ cuci telinga? Cam pelik je. Apa maksud kau Aina?” tanya Eka kebingungan.

“ hahaha… mksud Aina ialah dia nak cuci telinga dengar suara ‘orang tua’ tu lah” terang Sofea.

“ Oo.. Baru aku faham definisi cuci telinga kau Aina hehe..” sambil mempamerkan barisan giginya yang tersusun rapi Eka melemparkan senyuman menutup malu kerana tidak memahami maksud Aina tadi.

“ eh dah lah cepat sikit makan nanti sampai isyak pun tak habis bercerita. Aku dah lah belum solat zohor lagi ni.”kata Sofea kepada dua sahabatnya.
Selesai membayar harga makanan dan minuman mereka. Tiga sahabat itu beriringan menuju ke hostel Sri Puteri yang terletak kira- kira 3 km dari Kedai Makan Intan yang mereka kunjungi.

Selesai kelas Dr. Azman petang itu, Sofea bergegas menuju ke Kedai Makan Intan yang terletak berhampiran kolejnya.

“ Alamak! Lagi 15 minit sebelum pukul 3 sempat ke ni? Dah lah kain ni ketat hampir tercium tanah aku dibuatnya. Kenapalah aku gatal sangat nak pakai baju kurung hari ni kan dah padan muka” ngomel Sofea sepanjang jalan. Sesampainya Sofea di sana.

“ Eh mana ‘orang tua’ ni semalam kata pukul 3 tapi sekarang dah 3.01 minit petang bulu hidung pun tak nampak dia yang tak tepati janji. Dasar ‘orang tua’ pelupa.” bebel Sofea tanpa menyedari kehadiran seseorang di belakangnya.

“ ha ‘budak kecik’ kau mengumpat aku ye? Mak aku cakap orang yang suke membebel nie cepat tua. Ha tak takut cepat tua ke?” usik Syafiq.

“ eh ‘orang tua’ ni dah lah lambat bagi ceramah pula” gumam Sofea perlahan.

“ dah jangan buang masa aku, nah ambil nie hadiah untuk kau ‘ budak kecik’” sambil mencampakkan beg kertas ke arah Sofea. Dengan terkejut Sofea menyambut
‘hadiah’ yang di katakan Syafiq.

“ni bukan baju awak yang semalam ke?” tanya Sofea.

“ yup semalam kau yang beriya-iya sangat nak ganti baju aku kan? Sekarang ni aku nak kau basuh sampai bersih baju ni dan aku nak kau basuh guna tangan sebab baju ni tak boleh basuh guna mesin takut rosak”

“ eh ‘orang tua’ awak ingat saya ni bibik tak berbayar awak ke?” marah Sofea sedikit meninggikan suaranya.

“ ‘budak kecik’, kau jangan banyak cakap lah. Buat je apa yang aku suruh faham? lagipun kau kan yang nak ganti baju ni. Anggap aku bagi jalan mudah lah” Sambil ketawa dengan sinis Syafiq berkata.

“ Sebelum aku terlupa, bak sini fon kau” dengan slumber Syafiq merampas telefon bimbit dari gengaman Sofea dan menghubungi no peribadi miliknya.

“okay, nanti kalau dah siap hubungi no ni ye ‘budak kecik’. Aku chow dulu bye.” sambil mempamerkan barisan giginya yang putih, Syafiq berlalu pergi meninggalkan Sofea termanggu-manggu disitu. Sofea yang masih tergamam dengan tindakan Syafiq yang slumber merampas telefon bimbitnya tidak sempat berkata apa-apa hanya mampu memandang sepi pemergian lelaki itu.

******

Pangg!! “ Opocot your mum” latah Aina.

“ eh minah asal ni? Tak ada bulan, tak ada bintang nak mengamuk tak tentu pasal . Apa kau sorang je ke yang bayar cukai pintu?” Celah Eka yang kemudian menyambung kembali menyuap mee maggi ke dalam mulut sementara Aina menutup buku yang sudah separuh di telaahnya lalu menghampiri Sofea yang sedang berbaring santai di sofa.

“ Sofea, kenapa ni sayang? Ada masalah ke? Cerita lah pada kami berdua. Dari semalam aku tengok muka dan perangai kau lain macam je” bicara Aina diikuti anggukan Eka.

Sofea memandang ke arah kedua teman baiknya dan cuba mencari sinar keikhlasan dalam anak mata mereka. Setelah diyakini bahawa temannya itu begitu ikhlas dan prihatin Sofea pun memulakan bicara “ betul ni korang nak tahu? Ok cam ni ceritanya.. Ehm,ehm.. Al kisah zaman dahulu kala terdapat seorang puteri raja yang sangat cantik dan.. Adoi sakit lah” marah Sofea dalam ketawa.

“ha padan muka kau Sofea, Orang tanya betul-betul kau main-main. Sedap tak kene cubit dengan Eka?” tanya Aina kegeraman kerana sikap Sofea yang keanak-anakan.

“Sofea kau masih tak percayakan kami ke? Kami dah anggap kau macam saudara lah yang kami selalu rujuk kau bila kami ada masalah mahupun tengah gembira tapi kau pula nak sorok-sorok cam ni. Buat aku terasa lah.” kata Eka dalam nada sedih seperti berjauh hati dengan sikap Sofea.

Sofea yang menyedari kesilapannya meminta maaf lalu menceritakan dari A – Z apa yang terjadi. Sebaik selesai mendengar cerita Sofea, Aina dan Eka terus menghamburkan tawa. Tindakan mereka itu mengundang amarah dari Sofea. “eh korang ni teruklah. Tadi beriya-iya sangat nak tahu, sekarang korang gelakkan aku pula. Nah ambil ni” dengan pantas Sofea melemparkan bungkusan beg kertas ke arah Aina dan Eka.

“ Aduh” jerit Aina yang tak sempat mengelak balingan Sofea.

“ Apa ni? Ni ke baju ‘orang tua’ tu Sofea?” tanya Eka sambil mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dilemparkan Sofea.

“ teruknya kotor, ni susah nak tanggal kalau cuci dengan tangan. Nasib kau lah Sofea. Jangan lupa beli losyen banyak- banyak takut mak mertua seram tengok tangan kau masa nak sarung cincin nanti haha..” tawa Eka mengusik kemudian berlalu ke dapur sementara Sofea di ruang tamu menayangkan wajah cemberut akibat usikan kedua sahabatnya.

*****

Seminggu berlalu selepas perjumpaan antara Sofea dengan Syafiq.
Sedang Sofea sibuk menyiapkan assigmentnya, terdengar lagu kegemarannya Aishiteru nyanyian kumpulan Zhivillia rancak berkumandang menandakan ada orang menghubunginya. Dengan pantas Sofea menyambar telefon bimbitnya yang terletak disisi katilnya.

Eh ‘orang tua’ call lah, dia nak apa ye? Jawab je lah. Setelah menekan punat hijau, segera salam dihulurkan dan terdengar jawapan salam dari corong telefon.

“ Ha ada apa call malam-malam ni? Ganggu orang nak rehat jer” bicara Sofea kasar.

“ Amboi sopannya ‘budak kecik ni. Eleh macamlah orang teringin sangat nak call dia. Kalau bukan sebab terpaksa, huh orang pun tak hingin lah” balas Syafiq geram dengan kekasaran Sofea menyambut panggilanya.

“ yelah. Dah tak payah nak buang kredit, membazir itu amalan syaitan. Hal apa yang penting sangat sampai sanggup buat amal jariah habiskan kredit call ni?” ha, alamak jangan –jangan tentang baju tu tak? Adoi mampos! Aku dah lah tak basuh lagi, ntah aku campak mana pun tak ingat. Gumam Sofea dalam hati.

“ eh tak kan lupa kot?baju aku mana ‘budak kecik’? Dah seminggu kau buat pekasam. Kot iya pun kau dah minat kat aku,janganlah baju aku kau buat harta. Aku belum wakafkan lagi baju tu ye” usik Syafiq.
Eh perasan, macam lah aku terliur dengan baju yang berape sen sangat tu, lagipun aku nak buat harta buat apa,bukan boleh pakai pun itu kan baju lelaki. Nak jual sah-sah tak laku. Ha… buat kain buruk sesuai. Hehehe… kata Sofea dalam hati.

“ Hello, tidur ke? Anybody home? Tahu lah suara aku sedap macam Alif Satar. Haha kot iya pun janganlah terpegun sangat ‘budak kecik’ sampai aku cakap kau buat derk pula.” sempat lagi Syafiq mengusik Sofea.

“ Ish perasan punya ‘orang tua’. Macamlah best sangat suara dia. Menyampah! Werk !! Nak muntah dengar, ada hati nak samakan suara sendiri dengan suara Alif Satar ? Eeuu ! Please lah” balas Sofea sambil menjelirkan lidah seakan hendak muntah.

“ hmmm.. Sebenarnya baju tu dah lame siap cuci, Cuma saya terlupa nak beri tahu awak. Ok bila nak ambil?” minta-mintalah dia bagi tempoh lagi. Janganlah dia minta esok, mampus aku. Desis hati Sofea.

“ ha baguslah kalu macam tu, besok pukul 3.00 tempat biasa. Jangan lewat dan pastikan bersih ya,kalau tak siap sedia lah untuk di denda haha..” tawa Syafiq lantas menamatkan bicara meraka.

“ Ha? Eh nanti dulu,eh hello,hello? Ish geramnya sesuka hati dia je tetapkan peraturan. Lepas tu tak sempat-sempat aku nak membantah dia letak telefon. Mentang-mentang dia yang call. Dah lah tak bagi salam, huh benci !!” bebel “Sofea sementara telefonnya masih dilekapkan di telinga. Eh pukul berapa dah ni?
Alamak dekat pukul 12.00 malam baik aku cepat. Pantas Sofea menyelongkar seluruh isi kamarnya mencari baju yang dimaksudkan Syafiq.

p.s: first time nk try,sbrng cdgn @ komen amatlah di hrp. thanz :)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : “Abangku” Suamiku? 1”
  1. fia says:

    best giler .. niy yg bwat x sbar nx bce smbungan dye … hehehe ape2 pon mmng best.. terbaik ..

  2. idea yg amt menarik minat pembaca terutmanya yg bru brjink2 dlm pmbcaan novel. kpd si penulis, goodjob n goodluck.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"