Novel : Bos a.k.a Suamiku 1

28 August 2012  
Kategori: Novel

51,706 bacaan 35 ulasan

Oleh : Nur Husna Muhajir

BAB 1

“Kahwin dengan aku.” Arahnya yang berdiri di hadapan aku. Aku lihat dia berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di meja kerja.

Amboi…tiada ayat pengenalan, tiada ayat bunga-bunga, tiada feeling yang macam nak menari kat taman seperti dalam filem hindi Kuch Kuch Hota Hai tu, terus saja Afiq Khairul arah aku kahwin dengan dia!

Dengan baju kemeja yang bewarna kelabu, tangan baju sudah disentengkan, necktai warna hitam belang kelabu, slack warna hitam. Orang tengok pun dah tahu yang dia ni pengurus syarikat. Itu belum lagi dengan rupa dia yang pekerja wanita yang masih bujang kat company ni gila habis. Aku tengok dia. Biasa aje! Takde perasaan berdebar pun. No feeling!

Aku baru saja submitted letter yang dia suruh type tadi pagi. Tiba-tiba arah aku kahwin dengan dia. Dia dah tak waras ke?

“Apa kebendanya kau merepek ni? Dah lah, aku nak keluar dulu. Banyak kerja nak kena buat lagi.” Kataku sambil memaling membelakangkannya. Hish, ada ke patut cakap macam tu kat aku? Gila ke aku nak kahwin dengan dia?!

“Ain Solehah Binti Amir.” Jelas kedengaran nama aku kena sebut. Hish, aku kalau dia dah sebut nama penuh aku. Terus aku rasa lain. Terus aku menoleh kearahnya. Aku lihat dia berjalan kearah aku. Baru saja beberapa langkah, dia sudah berada di hadapanku sambil merenung ke dalam mata aku. Redup pandangannya. Aku lemparkan pandangan aku ke tempat lain sebab tak sanggup nak tengok mata dia. Tajam beb!

“Aku cakap serius tadi. Aku nak kau kahwin dengan aku. Kau tak dengar ke?.” Katanya lagi dengan nada geram.

“Hish, kenapa pulak aku kena kahwin dengan kau? Kenapa tiba-tiba aje cakap perkara yang tak masuk akal langsung ni? Kau gila ke? Kau tu bos, sepupu aku pulak tu. Lagi satu, kita ni pun tak rapat mana. Tiba-tiba aje nak kahwin, confirm kau dah sewel ni.” Luahku segera.

Aku lihat dia menahan diri daripada rasa marah yang sedang menyelubungi diri dia sekarang. Betulkan apa yang aku cakap?!

Afiq Khairul mengeluh, dia pun bingung sekarang ni. Dia tidak tahu macam mana nak handle hal yang tiba-tiba berlaku dalam hidupnya sekarang.

“Ibu nak aku kahwin dalam masa terdekat ni. Tapi aku tiada calon bahkan seorang kekasih. Setakat ini, hanya ini yang aku boleh fikirkan hal penyelesaiannya. Daripada aku cari orang lain, lebih baik aku pilih kau. Biarpun kau ni menyakitkan hati aku aje. Kiranya kau patut bersyukur sebab aku offer kau sebagai calon isteri aku. Itupun kau tak nak ke?.” Ucapnya berterus terang.

Mak cik Balqis suruh dia kahwin? Apa kejadahnya sampai macam tu?

Bersyukur kepala otak kau! Tiada dalam kamus hidup aku ni nak kahwin dengan kau, tahu! Aku terus memandang muka kusut Afiq Khairul. Tetapi, kesian pulak aku tengok dia ni. Takkan tiada jalan penyelesaian yang lain?

Aku segera duduk di atas sofa yang terdapat kat dalam bilik dia ni. Aku kena cari punca kenapa masalah ni berlaku? Biarpun aku benci gila dengan dia, tapi tak sampai hati pula nak biarkan dia yang tengah kusut sekarang ni. Patutlah dia jadi pendiam sejak kebelakangan ni.

“Kau duduk kat sini, terangkan kat aku kenapa jadi macam ni?.” Pelawaku sambil menepuk tempat duduk yang berada di sebelah aku. Ewah, kau nak kaunseling bos kau ke Leha?!

Afiq Khairul yang tercegak kat situ terkedu. Hish, boleh pulak budak ni tenang macam tu?! Aku nampak macam dia pula yang matang sekarang ni. Biasanya dia ni kanak-kanak riang aje!

“Cepat lah, kenapa tercegak kat situ pulak?” Panggilku dengan nada geram apabila melihat dia yang masih terpaku elok kat sana.

Terus saja Afiq Khairul menuju ke arah Leha dan duduk disebelahnya. Santai saja dia bersandar kat sebelah Leha sambil berpeluk tubuh.

“Kenapa tiba-tiba aje mak cik Balqis suruh kau kahwin ni? Kau cakap ajelah yang kau tak bersedia. Yang paling diterima oleh akal fikiran, kau cakap aje jodoh kau belum sampai. Belum sampai seru lagi.” Cadangku.

Afiq Khairul mencebik. Tak sangka pula budak ni sekarang yang tengah nasihat dia. Dia mengeluh.

“Aku dah cakap semua tu. Tapi ibu tetap tak terima apa-apa alasan yang aku bagi.” Jawab Afiq Khairul sambil mengeluh lagi. Dia lemparkan pandangannya ke hadapan. Kusut…

Leha bingung, umur si pak cik ni baru nak masuk 30 tahun. Tapi dah kena suruh kahwin. Macam anak dara pula kena paksa kahwin. Dia tersengih.

“Yang kau tersengih tu kenapa?! Aku dah fikir sampai sakit kepala otak aku sekarang ni. Akhirnya, tiada penyelesaian jugak. Aku tak sampai hati nak bangkang dan tinggikan suara aku kat ibu. Kalau aku tolak, mesti ibu akan terus bangkitkan hal ini. Daripada itu yang terjadi, terus aje aku terfikir idea gila ni. Ajak kau kahwin dengan aku.” Katanya sambil meletakkan kedua tangannya kat dahi.

Leha terdiam. Hish, bagus aku cari idea lain. Nanti tak pasal-pasal aku terseret sama dalam hal ni. Kalau aku mengelak pun, mesti si pak cik ni tak tentu arah. Pak cik kat sebelah dia ni bukan boleh percaya, kalau dah marah aku jugak yang dicari lepas tu aku jugak yang jadi mangsa buli dia.

“Kau betul-betul tiada kekasih ke? Tak pun, kawan pompuan lain. Kalau ada, kau cakap aje kat salah satu kawan kau tu. Kau nak kahwin dengan dia. Mustahillah pulaknya, kau satu pun tiada yang berkenan. Tak pun kau aje yang cerewet sebab tu tiada berani yang dekat.” Ejekku sambil mencebik.

“Kalau ada, tak lah aku tepingin nak ajak kau kahwin kan? Kau tiada idea lain ke nak bagi? Kalau setakat nak ejek aku. Kau keluar, aku nak tenangkan fikiran aku.” Arahnya sambil melihat aku di sebelahnya. Afiq Khairul memejamkan matanya. Sedap-sedap aje budak ni cakap macam tu. Aku tengah kusut sekarang ni. Tiada masa aku nak berperang mulut dengan dia.

Leha bingung. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Mulut aku ni pun tak pandai nak control! Orang tengah serabut, sempat lagi aku ejek dia. Aku terfikir sejenak. Macam mana aku nak tolong dia ni ye?

“Dah tahap kritikal ke mak cik Balqis sound kau kahwin cepat ni?.” Tanyaku apabila suasana sunyi sebentar tadi.

Dia buka mata dan kedua sikunya diletak atas paha. Jejarinya digenggam bersatu. Kemudian, dia pandang muka aku. Aku pun bagi muka aku yang sememangnya ni selamba saja.

“Tahap kritikal sampai tiap kali aku balik rumah, aku kena hadap dengan soalan tu.” Balasnya sambil tersengih. Terserlah lesung pipit dia. Bukan kat pipi tapi kat tepi bibir dia. First time aku jumpa lelaki yang ada lesung pipit kat tepi bibir. Biasanya pompuan aje yang aku tengok ada lesung pipit macam ni. Sweet! Tapi aku puji dalam hati aje, kang aku puji depan-depan. Kembang hidung dia macam hidung si Sapi dalam cerita Upin dan Ipin tu.

“Jadi sekarang ni, jalan penyelesaian yang kau jumpa ialah nak aku kahwin dengan kau ke?.” Soalku lagi. Aku tunjuk diri dia dan diri aku.

Dia menggangguk. Kemudian melihat aku dengan wajah serius.

“Aku cuma nak kau kahwin dengan aku aje. Lepas tu kita buat haluan masing-masing. Nanti sampai masa aku lepaskan kau. Tak susahkan?.” Jawabnya dengan muka stone dia yang memang aku kenal habis. Kalau dia buat muka macam ni, jangan main-main. Dia serius.

Amboi, sesedap rasa sup bunjut aje dia cakap macam tu.

Tetapi, tanpa dipinta terus aje aku teringat yang dia ni penyelamat aku masa kecik dulu. Kalau dia takde masa tu, dah tentu anak abah dan umi yang comel ni tak hirup udara yang ada haruman lavender sekarang ni. Wangi!

Kiranya aku ada hutang nyawa dengan dia sebab selamatkan aku dari lemas hari tu. Terus aku mengeluh…

“Baiklah, aku kahwin dengan kau.” Spontan ayat tu keluar dari mulut aku.

Afiq Khairul terus menegak. Aku tak salah dengar ke tadi? Dia pandang Leha. Leha pula selamba aje duduk kat situ sambil melihat wajahnya.

“Aku setakat nak tolong kau aje. Sakit mata aku nampak kau macam ni. Lagipun, setakat kahwin kan. Lepas tu kita buat lah hal masing-masing. Buat macam dulu-dulu.” Sambungku lagi. Tapi, betul ke ayat yang aku cakap ni? Hish, betul lah. Aku setakat nak balas budi baik dia aje.

“Betul ke kau nak bantu aku ni? Tiada muslihat ke?.” Soal Afiq Khairul.

Aku mengeluh lagi.

“Kalau kau tak nak, bagus jugak tu. Aku setakat nak bantu kau aje.” Balasku sambil bangun dari sofa. Nak keluar. Boleh pula dia fikir aku ada muslihat? Baik-baik aku nak tolong dia selesaikan masalah, itu pula yang keluar dari mulut pak cik ni.

Afiq Khairul terus menarik lengan Leha yang nak berlalu dari situ.

Aku tersentak, terus aku memaling dan melihat riak wajah dia yang sukar ditafsirkan oleh akal fikiran aku.

“Kita bincang dulu. Aku terima offer kau.” Ajak Afiq Khairul dan segera menyuruh aku duduk semula.

Aku menurut. Tadi dia yang offer ajak aku kahwin, sekarang aku yang offer setuju nak kahwin dengan dia. Apa yang terjadi ni? Fikiran aku masih lagi memproses apa yang berlaku sekarang ini.

Kami duduk secara berdepan.

“Kalau kau setuju nak kahwin dengan aku. Kita kena fikir macam mana nak bagitahu keluarga kita. Kang ada yang terkejut pulak nanti. Takde angin, takde rebut tiba-tiba kita berdua pulak nak kahwin. Our family’s already know that we are always in fight since our childhood kan? Mesti banyak soalan yang timbul nanti.” Ujarnya panjang lebar. Aku tengok dia tersengih.

Aku mengangguk.

“Nanti kau bagitau aje yang kau jatuh cinta dengan aku. Habis cerita.” Cadangnya sambil melihat muka aku. Terus muka aku berkerut. Kepala otak kau!

“Kenapa pulak aku yang jatuh cinta dengan kau? Tak hingin. Aku tak setuju.” Bangkangku pantas. Gila!

“Kenapa pulak? Takkan aku nak cakap yang aku fall in love dekat kau. Tak mahu. Kang diorang ketawakan aku pulak.” Tolaknya lagi.

Terus aku nak berdiri. Tapi, terus juga dia halang aku. Tangan dia masih melekat kat jari aku.

“Baiklah, kita cakap aje yang kita berdua ni fall in love satu sama lain. Senang cerita. Aku tak nak gaduh-gaduh sekarang ni. Biar kita berdua tahan malu aje. Bukannya betul pun kan?.” Cadangnya sambil mengeluh. Tangan aku dilepaskan.

“Iya la, tak hingin aku nak cakap yang aku jatuh cinta kat kau. Kau nak Amin ketawa bagai nak mampus ke? Ada satu tahun dia sakat aku nanti.” Ujarku sambil memandang mukanya. Biar aje kami berdua cakap yang kami jatuh cinta bersama-sama. Setuju!

Aku teringat abang kembar aku, si Amin tu. Nasib baik dia berada kat Rusia sekarang ni. Kalau tidak, naye aku nak hadap muka mengejek dia tu. Dia tu harap aje pangkat abang, tapi perangai mengalahkan aku yang si adik.

Afiq Khairul terdiam lepas tu tersengih. Dia faham situasi Leha. Dia pun sama. Macam mana la dia nak explain kat adik dia si Adila tu? Minah kepoh macam budak kat depan dia juga ni.

“Nanti, lepas kerja kau ikut aku balik rumah jumpa ibu.” Ajaknya macam satu arahan aje aku dengar. Tapi, terus lagi aku terkejut. Hari ni juga ke?!

“Kena hari ni jugak ke? Aku ingat esok-esok aje. Hish, kau aje lah cakap kat mak cik Balqis. Aku tak nak. Belum bersedia.” Balasku dan melihat dia. Terus saja riak mukanya berubah.

Budak ni, ada juga yang aku sekeh-sekeh kepala dia. Banyak pula songeh dia. Dia nak tolong aku ke tidak ni?

“Boleh ke kalau kau tidak membangkang? Kata tadi nak offer diri tu kahwin dengan aku kan? Kau nak mungkir janji ke?.” Marahnya sambil melihat Leha macam nak makan saja.

Leha diam, memanglah dia cakap macam tu. Tapi dia belum bersedia nak berdepan dengan mak cik Balqis….

“Aku kena cakap kat ibu hari ni jugak. Sebab aku tak nak tangguh-tangguh. Cukup lah beberapa hari ni aku kena push. Cepat kita kahwin, cepat jugak masalah ni selesai.” Suaranya aku dengar perlahan. Aku tahu yang dia sedang menahan sabar.

“Iya la, aku ikut.” Kataku sambil berdiri. Malas nak bercakap lagi. Afiq Khairul kalau dah buat keputusan jangan nak lawan, dia ni lain sikit. Kalau aku lawan cakap dia, mulalah dia tayang muka dia yang serius dan aku macam nampak aje tulisan kat dahi dia ‘ Kalau kau lawan cakap aku, aku kerjakan kau nanti. Jangan menyesal’.

“Leha.” Panggilnya apabila melihat aku baru nak melangkah ke pintu.

Aku berpaling, Aku tengok dia dah pun berdiri kat belakang aku sambil menghulurkan tangannya. Aku mengeluh, tapi aku sambut jugak tangan dia. Bersalam.

“Thanks sebab sudi tolong aku.” Pendek saja ucapan dia. Tapi aku terkejut. First time dalam hidup aku, dengar dia cakap macam tu.

“Emm…” Gumamku dan segera melepaskan tangannya. Aku pulas tombol pintu dan ingin keluar dari bilik itu.

Apabila dah berada kat luar, aku segera ke mejaku dan duduk kat situ. Betul ke apa yang aku buat ni?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

35 ulasan untuk “Novel : Bos a.k.a Suamiku 1”
  1. alis says:

    best la citer ni ade blog x ? :D

  2. cutiey90 says:

    macam best,x sabar rasa nk tambah koleksi novel dgn citer nie..

  3. minnadyra says:

    best ler citer ni…awesome2..gud job.!!!

  4. norhayatey says:

    Bila nk d pasarkan…. x sabar la nk beli…

  5. sheeda says:

    novel ni dah dipasarkan belum….macam berminat nak beli

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"