Novel : Di Penghujung Cintaku..Adelia 16

10 August 2012  
Kategori: Novel

2,224 bacaan 5 ulasan

Oleh : Ayu Azahari

Bab 16: Di Penghujung Cintaku..Adelia

Pagi esoknya Adelia bertugas shif pagi..

The bad news..Nik Pasha HO incharged Ortho di wadnya. Jadi,bagaikan satu sumpahan pula Adelia rasakan. Iyelah,orang yang sebolehnya dia tidak mahu bertemu sentiasa berada di hadapan batang hidungnya pula. Buat-buat bodoh je la. No way out! Face it! Adelia yang kuat..

Yang tak boleh blah tu rupa-rupanya HO yang disebut-sebut dan digembar-gemburkan oleh budak-budak wad yang kononnya handsome melampau itu adalah Nik Pasha rupanya. Handsome sangat ke?! Adelia mencebik. Suraya yang juga bertugas pagi bersama dengannya lagilah buat Adelia menyampah. Tergedik-gedik!

Malas nak di pandang makhluk poyo dua orang itu Adelia dengan berbesar hati offer diri pergi mengambil Penjaga Gawang Malaysia di OT lagi bagus. Fairul Fahimi telah selamat menjalani pembedahan.

Bersama dengan Encik Murad PPK wad sedang menunggu Fairul Fahimi di muka pintu OT. Dari luar pintu kaca pemisah Adelia dapat melihat dua orang nurse menolak Fairul Fahimi keluar. Pintu kaca yang memisahkan kawasan suci hama dengan kawasan biasa terbuka apabila kedua nurse OT membuka pintu kaca dari dalam. Suhu sejuk dari dalam OT menyerbu ke wajah. Brrr..sejuknya! Macam duk oversea je rasanya. Adelia dan Encik Murad sudah bersedia dengan stretcher pesakit di luar. Stretcher di letakkan di luar garisan merah. Jangan tersalah masuk tidak pasal-pasal free kena marah dengan nurse OT pula nanti. Maklumlah itukan wilayah jajahan mereka. Hehe..tetapi sebenarnya mereka begitu strict tentang kebersihan kerana tidak mahu semikro kuman tahap paling nano pun tidak akan menembusi dinding OT kalau boleh. Meminimumkan faktor pembawaan kuman. Oleh kerana itu,bilik OT tertutup dan sejuknya melampau kerana kuman tidak dapat membiak di dalam suasana sejuk. Waktu menjadi student nurse dulu pernah posting di dalam OT dan pernahlah merasai kesejukan OT yang tahap melampau itu. Menggigil! Sudahlah OT suit sahaja yang dibenarkan memasuki OT bukannya tebal pakaian itu. Mau menggigil sakan macam duk negara omputih bermusim sejuk. Bila diri tidak dapat menahan kesejukan melampau mulalah mencari warmer. Macam anak ayam kesejukan duduk di bawah warmer. Hehe..kenangan..

Teringat akan Dr Irfan Farel. Agaknya Dr Irfan buat apa di dalam ye?! Pasti sedang menidurkan pesakit selena yang mungkin supaya tidak merasai kesakitan walau sedikit pun. Tugas Anaest menidurkan pesakit dan menzerokan sensori sakit sepanjang pembedahan berjalan membuatkan Adelia kagum. Bukan sebarang orang yang boleh memikul tanggungjawab itu. Teringin Adelia melihat Dr Irfan dengan suit lengkap OT siap dengan memakai facemask. Nampak seperti seorang pejuang…?!! POWER RANGER..Hehe..Ikhlas ni pejuang yang bertarung dengan skil-skil perubatan untuk menyelamatkan nyawa manusia. Mulia bukan!

Fairul Fahimi selamat dipindahkan ke katil di dalam wad. Fairul Fahimi nampak masih bingung dengan kesan bius masih belum hilang sepenuhnya. Adelia sempat menilik wajah Penjaga Gawang Malaysia yang terkenal itu. Memang handsome tak hengat! Mata Fairul Fahimi masih tertutup di pandang. Keningnya tebal. Hidungnya agak mancung. Bibirnya merah nampak sangat bukan perokok tegar. Suka hati nak tilik lelaki lain. Ingat sikit awak tu isteri orang tau. Adelia sengih.

Selepas merapikan Fairul Fahimi dengan selesa. Adelia keluar sempat terpandangkan Nik Pasha yang sedang mengadap PC. Suraya pula berada dekat dengan lelaki itu berusaha mencuri perhatian Nik Pasha yang terkenal dengan stone itu. Adelia nak tergelak pun ada, berusaha kuatlah Suraya. Adelia berlalu ke pantry mencari ais di dalam peti sejuk untuk diletakkan di dalam tabung Cryocuff. Cryocuff itu nanti akan diletakkan ke atas lutut Fairul Fahimi yang telah di bedah supaya dapat mengurangkan bengkak dan sakit. Tanpa menghiraukan Nik Pasha, Adelia masuk lagi ke dalam bilik Fairul Fahimi untuk meletakkan Cryocuff. Sewaktu memasuki bilik itu Adelia dapat mendengar Fairul Fahimi sedang mengerang sakit. Aik! Cepatnya ubat bius dah hilang. Adelia senyum ke arah Fairul Fahimi yang sedang berkerut mukanya menahan sakit yang amat.

“Encik,dah berasa sakit?” soal Adelia dengan lembut.

“Sakit sangat ni,nurse! Tak tahan saya!” adu Fairul Fahimi dengan suara tertahan-tahan.

“Encik,boleh bagi tahu saya tahap kesakitan Encik rasa dengan skor sakit ye. Tak sakit – Skornya Kosong! Kalau sakit sangat sampai tak boleh tahan – skornya 10. Antara 0 hingga 10 skor Encik berapa?” soal Adelia. Soalan lazim Adelia berikan kepada Fairul Fahimi supaya senang doktor membuat penilaian untuk diberikan ubat penahan sakit nanti.

“Sepuluh,nurse! Sepuluh! Please quick! Saya betul tak boleh tahan ni.” ujar Fairul Fahimi. Kakinya sekarang berasa disiat-siat. Mak! Abah! Sakit ni..

Depan awek Fairul Fahimi seboleh-bolehnya cuba berlagak dia masih boleh bertahan. Kalau menangis kan haru..dahlah awek cun. Jatuh saham oii..Tapi..sakit yang amat ni.

“Okay,saya letakkan cryocuff ini di atas lutut yang sakit tu. Ini pun boleh buat sakit kurang sedikit. Rasanya sejuk. Encik bertahan ye saya nak beritahu doktor ubat apa nak diberi.” ujar Adelia sambil meletakkan dahulu cryocuff di lutut Fairul Fahimi.

“Okay,tapi awak cepat tau! Saya takut lutut saya ni tercabut pulak pasal sakit sangat.” Fairul Fahimi masih sempat berlucu di dalam kesakitan. Awek cun punya pasal..

“A.S.A.P! Don’t Worry!” Adelia sengih dan terus keluar. Nak inform keadaan pesakit dengan Dr Nik Pasha yang lemah ni. Nik Pasha masih mengadap PC. Adelia datang dekat. Suraya entah ke mana. Putus asa ke?!!

“Dr Nik! Pesakit Fairul Fahimi tu tak tahan sakitlah. Skor sepuluh. Nak bagi analgesic apa?” soal Adelia dengan muka tanpa riak. Formal. Nik Pasha yang sedang menaip mendongak ke arah Adelia. Keningnya terangkat. Wajah kerek terpamer.

“Pardon!” Nik Pasha sengaja buat pekak.

“Patient Fairul Fahimi in pain. Pain score is ten. What should I give him,doc? Pethidine? Morphine?” soal Adelia dengan muka malas. Sengajalah tu nak tunjuk dialah doktor. Poyo!

“You follow post op plan analgesiclah! Itu pun nak beritahu ke?” masih dengan kerektor doktor poyonya. Saja nak kenakan Adelia. Sikit pun tak dipandangnya Adelia. Sombong!

“Okay,doc! Sorry interrupted you!” Adelia berasa dialah manusia yang paling bodoh sekali. Dah tentulah kena tengok post op plan pesakit. Buat apalah mulutnya ringan sangat bertanya dengan makhluk itu. Kan dah kena! Saja je la! Tak pasal mamat tu ingat aku saja nak cari peluang bercakap dengan dia. Oh..mintak simpanglah! Gumam Adelia.

Adelia cepat mencari PC dan mencari post op plan Fairul Fahimi. IM Pethidine 75mg TDS. Okay..Adelia terus ke bilik injection dan menyediakan ubat penahan sakit. Ketika ini Adelia berasakan mukanya pijar dek malu. Macam mana boleh buat muka tak tahu malu ni. Adelia tepuk mulutnya dua,tiga kali. Aku ni hadap sangat ke nak bercakap dengan dia tu. Tak kuasa!

Adelia ke bilik Fairul Fahimi semula dengan membawa jarum suntikan. Sewaktu keluar dari bilik injection Nik Pasha sudah tiada di depan PC. Aman dunia..

“Encik,saya nak bagi injection ni.” beritahu Adelia.

“Okay,nurse!” Fairul Fahimi setuju tanpa banyak soal.

“ Saya nak bagi injection ini di punggung ye!” beritahu Adelia lagi dengan muka selamba. Mata Fairul Fahimi tiba-tiba menjadi bulat. Terkejut mendengar kata-kata cik misi yang cun. Kat punggung?!! Biar betul!!!

“Eh,kenapa di punggung?” soal Fairul Fahimi tidak percaya. Seganlah awek cun cucuk bontot! Tak mau! Tak mau! Fairul Fahimi geleng kepala.

“Memang kena cucuk dipunggung.” Adelia garu kepala. Dah tentulah di punggung takkan kat lengan kot. Tak sesuai dengan dos ubat dan kekuatan ubat. Adelia pandang wajah Fairul Fahimi yang tergeleng-geleng.

“Tempat lain tak boleh ke?” Fairul Fahimi malu tetapi sakit yang sedang bermaharajalela semakin menjadi-jadilah pulak. Lutut yang dibedah pula seperti sengaja menaikkan darjah kesakitannya supaya bersetuju saja hendak dicucuk di mana-mana misi suka. Oh..

“Pain killer ni strong,Encik! Kawasan yang sesuai cuma di otot yang tebal. Otot yang tebal punggunglah,Encik!” terang Adelia cuba memujuk. Macam anak kecillah pulak takutkan injection. Alooloolo..Bucuk! Bucuk! Adelia mengajuk jahat di dalam hati.

“Yeke,nurse!” Adelia angguk. Fairul Fahimi telan liur. Ini kena berserah je la ni. Tak ada jalan lainlah ni. Fairul Fahimi rasakan wajahnya panas. Malu kawasan privasi jadi bahan tontonan cik misi cun. Fairul Fahimi rasakan pasaran saham terhangatnya jatuh merudum.

“Inject sajalah nurse!” pahit air liur dirasakan oleh Fairul Fahimi ketika bersetuju.

“Sila pusing ke arah sana ye,Encik!” arah Adelia. Jarum suntikan diambil di dalam tray. Fairul Fahimi telan liur dan berpusing sedikit. Nak pusing banyak kaki tengah sakit. Disengetkan sedikit punggungnya. Bila kain menutupi punggungnya diselak sedikit Fairul Fahimi lagi menelan liur. Kali ini macam batu dia rasakan. Gulp!!!

“Auwww!!” secara tidak sengaja Fairul Fahimi menjerit sakit bila tusukan jarum masuk ke dalam kulit. Adelia nak tergelak pun ada tetapi ditahan di dalam hati. Badan tough tapi hati kecik! Inject je kot! Bukannya apa pun..

“Okay,Encik! Rehat ye! Encik tak boleh makan berat lagi. Kalau nak minum sikit-sikit jangan minum banyak-banyak terus takut termuntah. Kesan bius

belum hilang sepenuhnya lagi sekarang” nasihat Adelia sambil merapikan Fairul Fahimi dengan selesa. Fairul Fahimi senyum. Perasaan malu dia tolak jauh-jauh. Buat muka selamba. Inilah gadis pertama yang melihat kawasan privasinya. Akan diingat sampai bila-bila. Harus! Wajah yang jelita ini kalau dia terlupa memang dia sudah nyanyuk di usia muda.

“Okay,nurse!” Fairul Fahimi senyum. Awek cun macam ni takkan nak pandang saja kot!

“Rehat ye!” Adelia segera berpusing dan belum sempat dia mengatur langkah tangan Adelia di sentuh. Adelia pantas menjatuhkan matanya ke arah tangannya. Fairul Fahimi dengan selamba memegang tangan Adelia. Walapun pegangannya lembut tetapi membuatkan Adelia tidak menyenanginya. Suka hati nak sentuh-sentuh pulak! Adelia tarik tangannya pantas. Tak suka!

“Terima Kasih Adelia!” Fairul Fahimi berterima kasih dengan senyuman tidak lekang dibibir. Walaupun sakit masih beraja tapi wajah harus tunjuk macho.

“Tak pe!” Adelia ingin segera keluar. Merenyam tak hengat jugak ahli sukan ni. Ingatkan baiklah tapi hampeh. Sempat tu ambil kesempatan dalam tengah sakit-sakit. Suka hati mak tiri atuk sebelah nenek jiran rumah kau je nak pegang-pegang aku. Adelia mendengus geram.

“Nurse! Wait..” Fairul Fahimi menahan Adelia dari keluar. Adelia yang dah hampir memegang tombol pintu menoleh dengan riak tidak senang.

“Awak wanita pertama yang melihat peribadi saya dan saya akan pastikan hanya awak seorang yang dapat melihat peribadi saya selamanya.” Fairul Fahimi berkata dengan penuh keyakinan. Seakan berjanji dengan diri.

“Hah!” tercengang Adelia dengan bicara Fairul Fahimi yang tiada ribut tiada angin tiba-tiba nak berdramatik ala-ala K-Drama pulak dengannya. Sedar ke tidak Penjaga gol ini atau ubat bius masih belum hilang sepenuhnya? Lalok lagi ke? Aku bagi tadi Pethedine je kot! Takkan khayal macam kena Valium pulak.

“Encik! Rehat ye! Tidurlah..” Adelia menyuruh Fairul Fahimi tidur. Tanpa mahu mendengar apa-apa lagi Adelia terus keluar. Hai..Pesakit! Pesakit!

Selepas shif pagi berakhir..

Adelia mengambil beg galas di dalam loker. Selesai pass over report Adelia terus cabut. Lelah nak melihat adegan boring antara Nik Pasha dengan Darwina yang boleh pulak berkepit di wad. Tengahari tadi tiba-tiba muncul Darwina dengan bungkusan makanan untuk si kekasih hati. Mata Adelia berbulu melihat Nik Pasha tanpa paksa tersenyum lebar bila ditapau makanan oleh si buah hati. Senyum tanpa paksaan! Untuk aku..dulu tu ikhlas ke? Hm..

Darwina agak terkejut melihat dia juga berada di wad yang sama dengan Nik Pasha bertugas. Darwina sekadar tersenyum tiada sapaan. Melihat mereka berdua itu berlalu ke pantry di depan mata Adelia berasakan sesuatu. Hatinya berdegup tidak senada temponya dah lari lintang-pukang entah ke mana.

Suraya cuma ternganga O besar melihat Nik Pasha yang tersenyum ke arah Darwina. Patah hati ke?!! Itu baru kekasih hati Nik Pasha dan aku isterinya harus Suraya pengsan terus tak bangun agaknya. Itu Suraya..aku pula??!!

Adzreil baru hendak membuka pintu kereta tatkala melihat jururawat yang mencuri perhatiannya sejak akhir-akhir ini terpamer di matanya. Gadis itu bergaya dengan jaket kulit dan helmet fullface ditangan sedang menghampiri motosikal berkuasa tinggi berwarna putih. Adzreil memerhati. Adelia dilihatnya lagi sedang membuka segala mak nenek kunci yang ada pada motosikalnya. Kemudian menaiki motosikal berkuasa tinggi itu dan di hidupkan enjin. Helmet fullface di pakaikan dikepala. Bunyi deruman motosikal yang di pulas minyak kedengaran. Adzreil tergamam. Dahsyat tak hengat nurse ni!! Bila dengan penuh bergaya Adelia mengendalikan motosikalnya. Adzreil kagum. Jururawat itu memang sesuatulah..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Di Penghujung Cintaku..Adelia 16”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Hai! Kenapalah sikit sangat ni .ceritani amat best.Tolong sambung cepat.Boleh meroyan jadinya sebab tak sabar nanti next entry.TQ.

  2. [email protected] says:

    CEPATLAH SAMBUNG KALAU ADA BLOG LAGI BAGUS…..

  3. Ayu Azahari says:

    Google trulymadlydeeplystory.blogspot. Sy dh update smpai bab 22.
    Klu masih xdpt tgk bab 7 kt bhgn ulasan sy ada add just klik je.
    Momkirah xdpt nk trace blog sy lg ke? Pegi bab 7 ok..

  4. fairus says:

    jln cerita ni mmg best… teruskan menulis

  5. Ayu Azahari says:

    Tq fairus..support me. I appreciate..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"