Novel : I Love You, Stupid! 1

14 August 2012  
Kategori: Novel

63,800 bacaan 72 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Part 1

Pagi Ahad yang sunyi, pasti ramai lagi masih berkuak lentang. Bebas sekali aku memandu melalui Jalan Duta, bingit dengan suara Divas lain.

“ Weiii..diamlah! I nak dengar 3 kata KRU nyanyi bukan you all la. Mekak je!” Tak hairan pun! Terus melalak lagi kuat! Kereta ku pandu ke tepi, tutup radio dan muka satu persatu aku pandang. Farina, Lara dan Violet menikus.

“ Ini kereta siapa?”

“ Iris…”

“ Sebab apa I buka radio ni? “

“ Nak dengar lagu…” Macam kanak-kanak tadika pulak. Perlahan je jawapan mereka. Aku menahan geli hati.

“ Faham pun. I nak dengar lagu, nak dengar suara artis pojaan hati…bukan nak dengar you all. I nak offkan radio ni. So, kalau terasa nak nyanyi , silakan. Jangan berhenti selagi tak sampai . Nyanyi ikut lagu I request, ok? “

Diam je . Kemudian semua tergelak.

“ Alaaa..sporting la Iris..sekali sekala….”
Merayu pulak!

“ Ok, no hal..tapi jangan over dari suara penyanyi . Ada erti?” Aku cakap sambil goyang kepala.

“ Ada erti!!!” balas mereka sambil goyang kepala juga.

Serentak ketawa besar berderai! Kalau mama dengar, sure dah kena sound. Anak dara gelak besar pantang baginya, macam bapa gorilla punya gelak! Kereta ku speed semula, laju dan ganas. Memang aku buat jalan ini macam aku punya. Tak mahu sebut bapak aku punya jalan! Sebab aku panggil papa so tak ada kena mengena dengan ini cerita.

Larangan tinggal larangan bila lagu favourite, On the Floor, Jennifer Lopez dan Pit Bull berkumandang. Tukang larang pun sama naik, melalak sekuat hati. Siap goyang badan dan anggukkan kepala. Jari mengetuk setereng.

Terdengar bunyi siren, sebuah motorsikal laju memotong dan memberi isyarat ke tepi. Alamak! Hari Ahad pun dia ada juga ke? Semua terdiam , aku memperlahankan kereta dan memberhentikannya dengan lemah lembut. Harap dia nampak la kesopanan aku yang teranggun ni. Radio aku off. Motor besarnya diparking di depan dan dia mula melangkah ke arah kami.

“ Wow!!!” Semua mulut berbunyi…..Aku merenung setiap langkahnya tanpa berkelip.

“ Selamat pagi…boleh saya tengok lesen Cik? “

“ Assalamualaikum…” Tiba-tiba je aku jadi perempuan solehah, beriman gitu.

“ Waalaikumussalam…” dia menjawab perlahan sambil menunduk, meraba pen dalam poket jaketnya.

“ Hi hotsuff! “

Cepat dia mengangkat kepala , merenung aku di sebalik cermin mata hitamnya. Walau aku tak nampak matanya tetapi dari air mukanya yang serius itu, dia nampak tersinggung.

“ Boleh buka cermin mata ? Minta lesen dan ic Cik?”
Sekali lagi dia menunduk dan aku buat apa yang dia suruh, angkat cermin mata hitam dan tengekkan atas kepala sambil membuka purse .

“ Hi handsome!”

Aduh! Kacau betul Violet ni!!! Lesen yang ku hulur tidak segera diambilnya malah terasa tembus kepalaku kerana renungan matanya. Kalau dibuka cermin mata hitamnya, mau nazak aku. Aku membetulkan cermin mata hitam, menahan bisa renungannya.

“ Cik melakukan kesalahan memandu dengan laju.”

“ Alaaa…abang polis…hari ni kan cuti…tak yah la saman.” Lara merayu.

“ Undang-undang tak pernah cuti. Kalau berlaku kemalangan, ada yang yang tercedera atau nyawa melayang, apa Cik rasa kalau ambulans, bomba dan polis cuti? “

“ Abang polis yang handsome….jangan la saman…lebih kurang la…sama-sama kita je.” Farina pulak cuba masukkan jarum.

Tak hairan pun dia! Laju je tangannya menulis dan mula nak mengoyakkannya bila terdengar pula suara Violet.

“ Poyo la abang handsome ni. Rilek la bro…tak yah berkira sangat. Jom minum. Iris belanja.”

“ Saya tambah lagi kesalahan Cik…2, memandu dengan berbahaya…”

“ Ish…apa ni ? Main tambah-tambah pulak?” aku mula hot. Mata segera memerhati nama atau nombornya. Alaaa…dia pakai jaket!

“ 3..tidak memakai tali pinggang keledar.”

Aku terlupa!

“ Laaa…jangan la…banyak la Iris kena bayar kompaun! “ serentak semua menjerit.

“ Divas! Relax….” Aku tenangkan mereka walaupun hatiku sendiri menggelegak. Rambutku tepis ke tepi sedikit, merenungnya dengan senyuman sesexy yang mungkin.

“ Apa la sangat dengan saman yang setakat RM300 tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” aku bercakap lembut sambil mengenyitkan mata kepadanya.

“ Kesalahan keempat cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas…”

“ What?!!!!!” jerit semua lagi.

“ Kesalahan ketujuh….”

“ Ok..ok..bagi je love letter tu !” aku menahan didih. Tak boleh nak kawtim abang polis ni!

“ Sign sini dan tulis nombor handphone.”

“ Kalau saya dah sign in, saya tak mahu sign out…” Umpanku lagi. Dia buat tak hairan. Ok , no sweat. Aku sign dengan penuh bergaya. Dikoyak dan diserahkannya kepadaku. Aku sambut dengan mengucup kertas saman itu! Dia agak tersentak, berdehem sedikit dan berkata,

“ Sila bayar saman dan selamat pagi.” Dia hendak bergerak kemudian memandang aku semula.

“ Jangan main-mainkan polis lagi lain kali. Cik boleh digari dan ditangkap serta merta kerana mengganggu saya menjalankan tugas.” Aku panas menggelitik tapi control diva.

“ Saya rela digari dan ditangkap…berapa kali pun tak apa..kalau dengan abang pedas ni.” Saja aku goda dia dengan suara lemak bergetah. Cermin mata hitam aku turunkan dan gigit manja di hujung tangkainya. Air mukanya cuba ditenangkan.

“Hari ni mood saya ok. Lagipun, saya kesian tengok anak orang kaya macam Cik ni…nampak kurang cerdik dan….. macam tak pernah tengok lelaki. ”

Terkunci semua. Bisa!!!

“ Baiklah Cik…. Setakat pakai Peugeot 3008 tak payah la berlagak sangat macam kereta orang tua. Jaguar atau Ferrari lagi stylo. Please drive safely.” Senyumnya senget, menyindir. Berjalan pergi dengan berlagaknya.

“ Hola…” panggilku. Dia menoleh. Aku goyangkan pennya. Dia melangkah semula dan tangan dihulur nak mengambil, aku larikan. Aku kucup baru ku hulur kepadanya. Dia terdehem lagi dan suaranya perlahan je,

“ Thank you.” Seperti menahan geram. Puas hati aku!

“The pleasure is mine.” Aku balas dengan senyuman menggoda semanis yang mungkin. Tak mahu kalah!

Dia merenung aku seketika, pen dilap ke jaketnya sebelum diselit semula. Senyuman sinis terukir bila melihat aku mengemam bibir, perasan aku termalu sendiri! Dia berjalan pergi dengan puas hati tetapi aku yang tak puas hati!

“ Abang pedas !!! ”

Aik..menoleh juga dia! Ha ha ha

“Call me!”

Aku buat isyarat call me, flying kiss dan kenyit mata kepadanya. Kelihatan dia memalingkan wajahnya ke sebelah , geram la tu . Menarik nafas panjang, memerhati sekejap dan berjalan ke motornya, terus pecut. Bergaya! Motornya menderum laju dengan asap yang berapi! Pedas!!! Kami ketawa besar. Kertas saman aku keronyok dan baling ke belakang.

“Fuhhh, handsome giler..terbakar jantung!” Ulasan Violet memang tak agak-agak.

‘Dasat ayat you Iris! Saya rela digari dan ditangkap…berapa kali pun tak apa..kalau dengan abang pedas ni.” Farina ajuk .

“You all la yang punya pasal. Panggil dia hot stuff la, handsome la. Mesti dia ingat I yang panggil. Tak pasal-pasal bertambah saman.”

“Mana surat saman tadi?” Violet bertanya. Baru teringat..mana ya aku campak tadi?

“Ada…ni haaa…dah dikeronyokkannya.” Lara menjawab.

“Jangan hilangkan Iris…nanti nak bayar saman camna?” nasihat Violet, risau . Tadi bukan main lagi gediks!

“Alaa..relax la… pergi je pejabat Trafik. Ada copynya. Kalau tak pun, kalau dia call I, I tanya la dia pasal saman tu.

“Dia call ke? “ tanya Lara,

“Hola..Ini Iris la…mana ada lagi lelaki yang menolak I? Pantang dapat nombor , tak menyempat-nyempat call.” Aku ketawa dengan riaknya. Kereta ku pecut semula. Radio aku on dengan volume semaksima yang mungkin! So beautiful my girl, oh oh girl, oh oh girl!!!

“Wow! Boyfriend I! ” Jerit Lara

“Hey! boyfirend I la!” Bantah Farina

“Beast tu boyfriend I!!! ” Suara Violet lebih meninggi

“Shut up! Semua boyfriend I!” aku putuskan.

“Iris! You tamak. Ada 6 orang , lebih dua lagi ! “ marah Farina.

“Semua I punya, tak nak share! Ada erti???” suaraku menyombong.

“Kejis!!!!!” nada meluat semua tetapi terpaksa dengan kuasa vetoku.

Aku hanya tergelak kemudian diikuti ketawa riang yang lain. Kembali riuh dengan suara melalak , sumbang sumbing. Memang tak makan saman!!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

72 ulasan untuk “Novel : I Love You, Stupid! 1”
  1. EXO says:

    Best gila novel ne..Ada blog kah??

  2. Misya says:

    Kn bagus klau share semua cerita niee :-)
    teringin nak bace .. :’)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"