Novel : My Mr.Chef! 1

13 August 2012  
Kategori: Novel

3,017 bacaan 17 ulasan

Oleh : AinSophian

Emeriz mengangkat tangannya separa dada. Jam berjenama di pergelangan tangan di pandangnya sekilas. Kelas masih lagi belum penuh. Ada beberapa tempat lagi yang masih kosong biarpun jam sudah menjengah ke angka 9.05 pagi. Pen di jari di main-mainkan sambil matanya mernyorot melihat satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Mereka mempunyai latarbelakang dan kerjaya yang berbeza. Ada surirumah sepenuh masa yang mahu menajamkan skill dalam bidang masakan dan ada juga pelajar yang sedang cuti semesta. Terdapat lebih kurang 5 orang pelajar lelaki dan selebihnya ialah perempuan.

Hari ini genap 5 hari dia mengajar di situ kerana menggantikan Rasul yang sedang mengikuti seminar masakan di pulau pinang selama 2 minggu. Jadi, dia terpaksa menajadi salah seorang tenaga pengajar di situ biarpun pada hakikat jadual kerjanya begitu padat. Namun memikirkan hubungan baik dengn sahabatnya itu dia tidak sampai hati untuk menolak.

Tuk… tuk…

Emeriz memandang ke arah pintu, begitu juga degan pelajar lain.

“Ma.. maaf Chef… Jalan jem… Belum pun sempat Emeriz bertanya, Scha terlebih dahulu memberi penjelasan dengan mata yang terkebil-kebil. Biasalah orang buat salah kan. Haruslah buat muka kesian tahap dewa macam tu. Lepas tu siap tersenyum manis gitu… mana tahu Chef muda itu boleh tersangkut.

Emeriz memandang gadis berbaju kurung moden itu atas bawah namun dia tidak menunjukkan sebarang minat untuk membalas. Sebaliknya dia segera memalingkan wajahnya ke hadapan.

Kalau dia boleh datang awal 15 minit takkanlah pelajar yang mahu mencari ilmu tidak boleh datang awal? Emeriz cukup pantang bila berdepan dengan pelajar yang tidak panctual. Sudah 5 hari mereka belajar di sini, maka 5 hari jugalah muka yang sama selalu datang lewat. Pulak tu, pelbagai alasan yang di cipta. Tak tahulah sama ada betul atau tidak. Tapi lihat dari reaksi wajah gadis itu memberi alasan, tak nampak pula macam menipu. Hemm…

Scha tertunduk malu dengan tindak balas Emeriz. Dia melangkah masuk ke dalam kelas dan terus mengambil tempat duduknya seperti selalu. Wajah putihnya sudah merona merah menahan malu yang amat. Kalau boleh rasa seperti mahu menyorokkan muka dalam beg coach yang di sandangnya itu.

‘Gila ….. sombong mamat ni, sengaja cari pasal dengan aku kan?’ Oh Tuhan bengangnya akuuu…

“Ok class,make sure you’re properly understand this recipe and please give full attention to our study session today.. Emeriz bangkit dan mengagihkan helaian kertas yang terkandung sedikit nota dan beberapa resepi untuk hari ini.

“Baik Chef!! Jawab ke semua pelajar kecuali Scha yang kelihatan masih bengang dengan tindakan Emeriz tadi.

“Syuhhh cik Scha oi… kenapa lewat? Bangun lambat lagi eh? Bisik Diana sambil mencuit lengan Scha yang duduk di sebelahnya. Wajah Scha kelihatan agak masam.

Scha memandang sambil mengangguk.

“Maid Scha terlewat bangun, habis satu rumah kelam kabut kak.. He… Scha tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi dan putih melepak itu.’Kurang asam betul embak Yanti, boleh pulak dia bangun lambat, tulah sibuk sangat mengadap sinetron 24 jam. Tak pasal-pasal dengan papa pun lambat ke office… Grrr… Scha mendengus geram.

Teringat pula betapa haru biru rumahnya tadi. Aqil pula terpaksa ponteng sekolah. Itupun muka dah macam cekodok basi duduk depan bilik sambil pegang teady bear. Lepas tu mogok tak mahu sarapan. Puas pula mama nak memujuk. Alih-alih aku pun lambat nak masuk kelas Chef sombong ni. Huh… nasiblah muka kacak. Tak mengapa aku postpone dulu rasa marah ni. Hatinya mengomel sendiri.

“Banyaklah kamu Scha, Chef dah tunggu lebih 10 minit tau, kalau Scha lambat lagi 5 minit alamatnya memang tak masuk kelas lah Scha hari ni.

Scha mencebik.” Scha tak heranlah kak… ingat Scha suka masuk ke kelas ni? Pleaselah… kalau tidak kerana mama yang paksa memang Scha tak hingin.. Balas Scha selamba. Memang betul dia tidak pernah pun ada hati untuk mengikuti kelas masakan Chef sombong ni. Rindu pula pada Chef Rasul yang manis itu. Hehe.

Emeriz yang sedang sibuk mengagih-agihkan kertas mengerling ke arah Scha yang begitu rancak bersembang tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah.

‘Eh..Eh budak ni, sudah lah masuk kelas lambat, lepas tu nak buat kepoh pulak.. Emeriz cuba menahan rasa marahnya. Kalau budak tadika boleh juga di bebelnya. Ini dah besar panjang. Kalau kahwin sure dah boleh beranak…

“Scha… kena ikhlas, kalau tidak tak masuklah apa yang Chef Emeriz tu ajar.. Bisik Diana ke telinga Scha.

Scha memandang Diana. Kemudian dia mengangguk sambil tersenyum tawar. Malas nak menjawab kang lagi panjang berjela ceramah Free yang singgah ke telinganya. Sudahlah dalam kereta tadi mamanya tidak habis-habis mengomel pasal embak yanti. Sekarang ni Kak Diana pula nak mengomel. Aku staplers juga mulut dia ni kang.

“Oklah Kak Diana… Matanya memandang ke atas sambil mencebik.

Emeriz berdiri tegak di hadapan Scha dan Diana. Mereka sama-sama terkedu. Bila masa pula lelaki ni boleh tepacak kat sini? Bukan ke tadi dia kat belakang ke? Hatinya berbisik sendiri. Mahu atau tidak terpaksalah mereka mendongak memandang Emeriz yang tinggi macam model tu. Wajah serius itu di pandang sambil tersengih-sengih.

“Err… Chef.. Tegur Scha.

Emeriz sengaja mempamerkan wajah seriusnya.

“Take a note and please serius sikit boleh? Kening Emeeriz terangkat sebelah sambil menghulurkan nota kepada Scha.

“Errr.. bo..boleh! Scha tersenyum serba salah. Dia menyambut kertas dari tangan Emeriz. Sempat juga dia menatap seraut wajah tampan Emeriz. Walaupun serius 24 jam tapi siapa pun tak mampu tandingi kekacakannya itu.

Kadang-kala dia terfikir kenapa Emeriz memilih bidang kulrinari sebagai kerjayanya. Kenapa tidak modeling ataupun jadi artis. Pengacara macam Awal Ashaari pun ok apa! Huh… tak macho kot lelaki kacak masak kat dapur. Eh tapi sweet juga kalau dapat suami macam Emeriz. Bertuah lah badan …tak payah susah-susah nak masuk dapur. Aku pergi kerja, suami duduk rumah masak oh dunia.. Scha tersenyum sendiri.

‘Ek! Boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Eh… seram kot!! Segera Emeriz mengalih pandagannya ke arah Diana di sebelah. Scha ni memang kadang-kadang nampak macam budak mereng. Tersengih sana, tersengih sini. Nasib la muka tu not bad.. Emeriz berbisik di dalam hati.

“You to Diana.” Nak tak nak terpaksa juga dia mempamerkan senyuman ala-ala kambing baru bangun pagi. Sumpah serius nak mati muka Chef Emeriz.

“Thanks Chef! Ucap Diana takut-takut.

Dia mengerling Scha di sebelah yang sudah terhinjut-hinjut bahu kerana mentertawakannya. Bila Emeriz memandangnya cepat-cepat dia mematikan tawanya dan boleh pula dia buat-buat tak tahu.

“Ya Allah… dari mana datangnya makhluk ni… Aduuii…. Emeriz memegang dahi kemudian dia menapak ke depan.

Diana memandang Scha begitu juga dengan Scha. Mereka sama-sama menutup mulut. Dan apa lagi ketawalah puas-puas tapi tanpa bunyi. Mereka je yang boleh buat macam tu.

Sesi pembelajaran bermula seperti biasa. Sebagai basic terlebih dahulu Emeriz memperkenalkan beberapa bahan-bahan penting dalam pembuatan pastry dan kek. Bukan dia tak tahu ada di kalangan pelajarnya yang tidak tahu langsung apa itu tepung kek. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah Syarifah Leya Suhana Binti Syed Moktar.

Emeriz Cuma mampu ingat sepasang nama itu sahaja. Mungkin juga kerana nama itu cukup panjang dan unik. Lain dari yang lain. Jadi memang mudah untuk mengingati nama itu. Tuan empunya nama juga memang popular di situ. Mana tidaknya. Kalau orang lain boleh masuk kelas tepat jam 9.00 pagi tapi tidak bagi Scha. Dia memang ratu datang lambat. Lepas tu selamba saja buat muka suci tak bersalah.

Semua pelajar di bawa masuk ke dalam bilik khas untuk memasak. Di situ semua di berikan apron dan kepada mereka yang tidak bertudung di berikan topi khas. Ini merupakan perkara asas yang semua pelajar perlu tahu sebelum memulakan sesi memasak. Kebersihan perlu di utamakan.

Scha mengambil tempat paling dekat sekali di sebelah Emeriz. Biasalah orang terlebih pandai macam dia mesti kena duduk dekat-dekat dengan Chef. Baru boleh masuk segala ilmu masakan. Itupun kalau masuklah.

Semua seakan terpegun melihat kelincahan Emeriz memutar telur. Siapa sangka tangan lelaki itu mampu mem banking. Lelaki kot…. kalau perempuan siapa nak hairan. Hari pertama saja mereka dah teruja apabila Emeriz menunjukkan skill untuk memasak masakan barat. Sudahlah sedap di tambah pula dengan hiasan yang cantik dan kemas. Siapa tak terkedu kan?! Kreatif betul tangan Emeriz. Scha tersenyum-senyum. Seronok pula mengenangkan bakat besar Emeriz itu. Jadi tidak hairanlah jejaka itu mampu membuka sebuah café berkonsepkan makanan barat.

“Putar telur satu hala… dan pastikan kelajuan di tahap maksimum.. Ujar Emeriz sambil memasukkan satu persatu telur ke dalam bancuhan yang sedang di putar.

“Kalau putar banyak hala apa jadi Chef? Tiba-tiba Scha menyoal. Emeriz memandang tepat ke wajah Scha di sebelah kemudian dia tersenyum.

“Nanti kek awak tak naik dan tak gebu macam kulit awak.. faham? Jawab Emeriz selamba. Menyebabkan semua mentertawakan Scha. Terus merona merah wajah gadis itu menahan malu. Dalam serius lelaki itu masih sempat menyakat.

Scha mencebik.”Cisss kenakan aku! Gerutunya di dalam hati. Mahu atau tidak terpaksalah dia tersenyum. Nak buat muka masam tak sampai hati pula memandangkan semua di dalam mood gembira. Gembiralah sebab kejap lagi dapat makan kek free…

“Berapa lama nak putar Chef? Soal Darius pula.

“Putar lebih kurang 10 minit. Pastikan putih telur ni nampak gebu dan likat.. macam ni..

Emeriz mengangkat adunan yang kelihatan likat dan gebu itu di hadapan semua pelajar-pelajarnya.

Semua mengangguk tanda faham. Selepas menyiapkan putaran telur, gula dan beberapa lagi bahan. Emeriz menunjukkan pula cara-cara untuk menghias kek. Semua mata tidak lepas meneliti satu persatu hasil yang tercetus dari air tangan Emeriz. Mereka begitu kagum dengan kebolehan Emeriz. Tangannya begitu tangkas dan lincah untuk menghias kek. Hasilnya begitu cantik dan menyelerakan.

Scha melihat satu persatu bahan kek yang tersedia di depan mata. Beberapa kali dia menelan air liur. Rasa seperti mahu tepuk dahi sendiri saja apabila otaknya tiba-tiba jem, langsung tidak dapat mengingati apa yang di ajarkan oleh Emeriz sebentar tadi. Itulah orang sibuk tengok cara-cara nak buat kek, kau pula sibuk skodeng muka mamat tu.. nah hambik kau Scha… alahaiii… telur.. apa aku nak buat dengan kau ni telur?? Goreng boleh…?? Hehe.. Dia tersengih-sengih sambil melihat telur di tangan.

Scha menjeling Diana di sebelah. Nampaknya Diana begitu tekun memutar telur dan dia? Masih terkontang kanting sambil memegang telur.

“Scha.. Lama-lama awak tenung telur tu boleh jadi anak ayam tau..! Tiba-tiba Emeriz bersuara dekat dengan telinganya.

“Ohhpooocot…!!! Scha melatah sambil melompat dannnnn

Pupppp….!!!

Scha terpinga. Emeriz terkedu.. suasana dalam bilik senyap sunyi. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

“Aduuhhh…matik aku! Scha menggigit bibirnya dengan mata yang terkebil-kebil.

“Scha………… Emeriz mengetap bibinya dengan mata yang tertutup sedikit. Telur meleleh di pipinya. Bau hanyir begitu menusuk hidung.

“Chef…. Chef ok??? Darius segera mendapatkan Emeriz lalu menghulurkan sehelai tuala kepaanya. Diana segera berdiri di sebelah Scha.

“Kau buat apa ni Scha? Orang suruh kau buat kek bukan buat malang Scha oii…. Kata Diana.

“Kak…. Scha terkejut.. tak sengaja..!”.Ucap Scha dengan nada yang bergetar. Sungguh dia langsung tidak menduga yang telur yang di pegangnya itu melambung dan akan terkena dahi Emeriz. Aduhh…. kenapa Emeriz? Alahai….

Emeriz segera mengelap wajahnya yang di lumuri telur. Kurang asam betul budak ni. Aduhh… Emeriz memegang dadanya. Terasa sesak di situ.

“Chef…… chef kenapa ni??? Diana segera memegang lengan Emeriz.

Bulat mata Scha melihat keperihatianan Diana terhadap Chef mereka.

‘Amboi-amboi ambik kesempatan nampak…

“No… no i`m ok… aduh semput nafas aku dengan budak Scha ni.. aduhh… Emeriz mengangkat tangan tanda dia tidak apa-apa dan tidak memerlukan pertolongan.

Scha langsung tidak mampu untuk memandang wajah Emeriz saat itu. Kesian pun ada rasa kelakar pun ada. Muka dah kacak sekali kena baling dengan telur. Aduhhh… lawak gila lah. Scha tersenyum . Emeriz menjeling tajam, cepat-cepat Scha mematikan senyumannya. Rasa nak luruh jantung di jeling seperti itu.

Emeriz membasuh muka dengan hati yang sebal. Rasa nak marah, nak mengamuk semua menjadi satu. Namun dia cuba mengawal perasaanya itu. Dia beristifar bekali-kali.

‘Kau pun sama, main sergah je budak tu mana dia tak melompat.. Emeriz bermonolog sendiri. Mana nak tahu dia tu jenis yang kuat terkejut. Mujur jugak tengah pegang telur buatnya masa tu tengah pegang pisau ke, blander ke mau terpacak kat dahi aku ni hah.

Emeriz membelek wajahnya di cermin. Mujur juga tiada apa-apa yang berlaku di situ. Selepas siap membersihkan wajah dia cepat-cepat berlalu keluar dari tandas. Selepas jam 1.00 petang dia perlu bergegas ke Cafe D`Emeriz yang terletak di damansara.

p/s : Ini merupakan karya sulung saya. Jadi komen anda amatlah saya hargai.Thanks Yaw..!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : My Mr.Chef! 1”
  1. ainSophian says:

    hidayah : dah send dekat p2u tp blm publish…

  2. ainSophian says:

    athirah : thanks dear… adoi masih dalam pembikinan…sgt susah buat novel.. sabo je lah!

  3. syikin says:

    best :)

  4. ATHIRAH HAKIM says:

    best dan boleh ketawa bab Emeriz kena baling dengan telur…. saya teruja nak menyambung bacaan cerita ini ke bab seterusnya…. keep it up

  5. jaa says:

    best…best…best…x sabar nk bace yg seterusnya.hik3

  6. fiqa sofi says:

    ha3.. lawak sangat.. congrats sebab pandai membuatkan pembaca tak kering gusi dan sentiasa ternanti2 babak seterusnya..

  7. Cool Kid'z says:

    best lah tak kering gusi orang yang baca
    first bab dah gelak terkekeh-kekeh
    funny sangatlah

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"