Novel : SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) 1

13 August 2012  
Kategori: Novel

11,104 bacaan 23 ulasan

Oleh : ania malna

PART 1

‘Excited betul la orang tu nak balik Malaysia kan? Macam nak balik esok pulak, padahal lusa flight.’ Tegur Nadia sebaik sahaja aku meletakkan kesemua barang yang telah dikemas ke dalam bagasiku.

‘Mestilah, dah setahun aku tak balik tau tak. Kau tu lainlah, tiap-tiap tiga bulan mummy and daddy kau datang melawat. Untunglah anak datuk kan.’ Sindir aku namun Nadia tidak pernah terasa degan sindiranku yang berunsurkan gurauan itu.

‘Alahai touching la pulak cik Aimin Hazwani ni.’ Nadia memuncungkan mulutnya.

‘Ingat comel la sangat buat muka macam tu. Kang aku jahit muncung tu baru tau.’ Aku cepat-cepat menggapaikan tangan ke arah mulut Nadia namun ternyata kawan baikku itu lebih pantas dariku. Nadia tangkas bangun dan beralih ke belakangku dan menarik rambutku.

‘Aduh sakitlah!’ Jeriktu nyaring.

‘Ya Allah, bingit telinga aku. Kalau macam ni lah jerit, Min tu pun boleh dengar tau tak.’ Kata-kata Nadia cukup membuatkan air mukaku yang ceria berubah.

‘Buat muka dah pulak mak cik sorang ni.’ Nadia kini duduk di sebelahku. ‘Aku yakinlah yang si Min tu sebenarnya ada hati kat kau, kau tu je sibuk cakap yang kau tu tepuk sebelah tangan.’ Aku menjegilkan biji mataku tanda protes.

‘Tak payah nak melalut la. Aku dah cakap kan hari tu, aku je yang bertepuk sebelah tangan. Tak mungkinlah dia ada perasaan pada aku. Kami dah la berbeza, agama, bangsa, negara semua la.’ Ya, memang aku menyimpan perasaan pada lelaki yang digelar Nadia sebagai Min itu dan Nadia sangat arif tentang perasaanku bahkan dia sendiri yang menghidu perasaanku terhadap lelaki itu tanpa perlu untuk aku ungkapkan. Dan akhirnya aku sendiri tewas dan mengakui perasaanku itu.

‘Eh berangan pulak dah minah ni.’ Nadia memetik jarinya. ‘ Come on la baby, we still have one day before going back to Malaysia dan aku ada firasat yang si Min tu akan buat surprise untuk kau.’ Tambah Nadia.

‘Tak payahlah nak suruh aku berharap lagi, tinggal sehari lagi tapi dia langsung tak buat apa-apa. Lagipun dah dua minggu aku tak jumpa dia, sejak dari exam sampai sekarang. Dah, aku tak nak fikir apa-apa lagi, yang aku tahu kurang 24 jam lagi aku akan jejak tanah airku yang tercinta. Aku nak tidur.’ Aku melompat ke atas katil dan menarik selimut. ‘Chalca (Selamat malam)’.

‘Tengok, baru bukak topik pasal Min dah nak tidur.’ Membebel pulak Nadia ni. Aku lantas menarik Nadia dan dia terbaring dengan paksaan. Aku menepuk perlahan bahu Nadia.

‘Meh aku dodoi nak?’ Tanyaku dengan nada manja.

‘Eh tak payahlah. Lagi aku tak boleh tidur ada lah.’ Cepat-cepat Nadia menolak ‘tawaranku’.

………………………………………………………………………………………………………

Aku memalingkan mukaku ke arah Nadia dan ternyata Nadia sudah di alam mimpi. Walaupun aku yang beria mahu tidur pada mulanya namun itu semua hanyalah rekaan semata-mata hanya kerana ingin mengelak daripada isu lelaki bernama Min itu berpanjangan.

Aku berganjak perlahan dari katil yang sungguh selesa pemberian Datuk Nazim @ Uncle Nazim, ayah Nadia. Katil itu dibeli setahun lalu oleh Uncle Nazim setelah anak perempuan tunggalnya merungut sakit belakang.

Suis lampu meja kutekan. Nadia jenis yang tidur mati jadi aku tidak perlu risau untuk membuka lampu meja. Kutarik laci meja dan tanganku terus mencapai sebuah buku merah jambu yang tertulis namaku di kulit hadapannya (eh, jangan salah faham. Ni bukan diari la, cuma buku nota pemberian seseorang sembilan bulan lalu). Buku itu kosong dan tidak pernah diconteng.

Tanganku mengeluarkan sekeping gambar yang terselit di celah halaman buku merah jambu itu. Gambarku dengan seseorang yang diambil di salah sebuah tempat yang amat popular di Korea, Lotte World. Gambar kami bersama-sama dua sang Tupai yang merupakan maskot Lotte World. Dibelakang gambar itu tercoret perkataan Korea yang berbunyi ‘Yeongweonhi ……’ (Selamanya …..) dan ditulis oleh Min.

………………………………………………………………………………………………………

‘Jwisonghamnida (Maaf)’ Aku mengutip buku-buku dari perpustakaan yang baru kupinjam di atas lantai sambil memarahi diri sendiri yang cuai sehingga melanggar seseorang dan menyebabkan buku-buku yang dipinjam berteraburan di atas lantai.

‘Kwaenchanayo (Tak apa)’ Lelaki yang tidak sengaja kulanggar itu membantu mengutip buku-buku tersebut dan pastinya lelaki itu berbangsa Korea.

‘Awak orang Malaysia?’

‘Ne (Yes).’ Jawabku terpinga-pinga. (Apa kejadahnya mamat Korea ni pandai cakap Melayu, mimpi ke aku ni)

‘Igotyo (Ini).’ Lelaki itu menghulurkan buku yang dikutipnya. Aku hanya memandang hairan ke arah lelaki itu. ‘ Aa, cheoneun Son Min Hyuk imnida (Saya Son Min Hyuk).’ Tanpa diminta lelaki itu memperkenalkan diri. (Tak suruh pun)

‘ Cheoneun Aimin Hazwani imnida.’ Aku tetap membalas, karang dikatanya orang Malaysia tidak berbudi bahasa pulak tapi aku tetap ingin tahu benarkah mamat Korea di depanku ini tahu berbahasa Melayu.

‘Awak pandai cakap Melayu?’ Aku cuba menguji, manalah tahu hanya tiga perkataan ‘Awak orang Malaysia’ aje yang dia tahu.

‘ Ya, saya tahu. Waeyo (Kenapa)?. Hanguk saram (Orang Korea) tak boleh cakap Melayu?’

Betullah mamat ni memang pandai cakap Melayu, walaupun agak pelat namun masih boleh difahami. (Geramnya aku nak tanya macam mana dia pandai cakap Melayu)

‘Bangabseumnida (Nice to meet you).’ Lelaki itu menundukkan kepala tanda hormat.

‘Ne, bangabseumnida.’ Aku menundukkan sedikit kepala dan mula membuka langkah untuk berlalu pergi.

‘ Boleh kita jumpa lagi?’ Pertanyaan Min Hyuk mematikan langkahku yang kedua.

‘ Untuk apa?’ Tanyaku hairan. Aku mula menggunakan bahasa Melayu memandangkan dia juga tahu bahasa ibundaku ini.

‘ Naneun mollayo (Saya tak tahu)’ Ujarnya sambil menghadiahkan senyuman nipis. Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa menoleh. (Tak pasal-pasal nak jumpa lagi).

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

‘Nadia, kad pelajar aku tak ada.’ Ujarku cemas setelah menggeledah backpack yang kugunakan semalam.

‘ Cuba cari atas meja.’ Nadia memberi cadangan.

‘Aku dah cari tadi tak ada. Macam mana ni. Matilah aku.’ Aku memang begini, bila kehilangan sesuatu akan cepat cemas dan buntu apa harus kulakukan.

‘Kita dah lambat ni, kalau nak cari sampai dapat pun tak sempat. Nanti kita pergi admin untuk report. Mungkin kau tercicir kat mana-mana.’ Cadangan yang kurasakan cukup bernas daripada Nadia kerana memang kami sudah terlambat daripada biasa. Jam di dinding kutoleh dan telah menunjukkan jam 8.00 pagi dan kelas kami bermula 8.30 pagi.

………………………………………………………………………………………………………

‘ Aimin-ssi.’ Kedengaran satu suara asing memanggilku dari belakang. Aku menoleh dan aku agak terkejut melihat gerangan orang yang memanggilku. ( Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?).

‘ Ne.’ Aku tersenyum namun sedikit pun tidak melangkah ke arah lelaki itu dan aku hanya memerhatikan lelaki itu datang ke arahku.

‘Siapa ni? Handsome lah, melekat dengan mamat Korea ke?’ Bisik Nadia kepadaku.

‘Shhh, dia tahu bahasa Melayu la, kang dia dengar.’ Aku cepat-cepat memberitahu Nadia sebelum die merapu tak tentu pasal.

‘ Igotyo ( Ini dia).’ Ujarnya sambil menghulurkan sesuatu yang kucari pagi tadi. Kad pelajar.

‘Omo, jeongmal kamsahamnida (Terima kasih banyak-banyak).’ Ujarku gembira.

‘Nasib baik tak sempat naik admin.’ Ujar Nadia sambil tangannya menuding ke arah bangunan pentadbiran fakulti kami.

‘ Saya jumpa semalam. Kamu tinggal.’ Tanpa ditanya Min Hyuk menjelaskan bagaimana kad pelajarku boleh berada bersamanya. (Hobi dia kot tak payah tanya jawab sendiri).

‘Aa, dekat perpustakaan. Mungkin jatuh masa saya terlanggar awak.’ Tambahku lagi.

‘ Ne, pestaka?’ Tanya Min Hyuk.

‘ Tosogwan (Perpustakaan).’ Memanglah dia tak faham, perkataan itu agak susah.

‘ Belanja la dia minum ke sebagai tanda terima kasih.’ Usul Nadia.

‘ Kwaenchanayo (Tak apa).’ Ujar Minhyuk.

‘ Keuraeyo (Betul ke)?.’ Aku menarik nafas lega dan menjeling Nadia tanda protes kerana memandai-mandai menyuruhku membelanja Min Hyuk.

‘ Aniyo (no), Aimin akan belanja awak.’ Nadia masih belum mengaku kalah.

‘ Putteseoyo (tak perlu).’ Min Hyuk menolak dengan penuh budi bahasa dan tersenyum ke arahku. Aku akhirnya mengaku kalah. (Nadia menang kali ni, lagipun macam tak sopan pulak aku menolak cadangan Nadia di depan Min Hyuk, lagipun bukan kami berdua aje, Nadia sekali).

‘ Let me buy you something as an appreciation.’ Tiba-tiba pula keluar Bahasa Inggeris.

‘ Is it okay for you? Are you free right now?’ Min Hyuk membalas dengan pertanyaan.

Jelas menunjukkan dia menolak pada mulanya kerana aku yang nampak tidak bersungguh-sungguh dengan cadangan Nadia dan kini dia nampaknya seperti setuju dengan ‘pelawaanku’ berbanding pelawaan Nadia.

‘Okay la Aimin, have a nice time.’ Kata-kata Nadia itu membuatkan aku tersentak.

‘Nak pergi mana? Kan nak belanja Min Hyuk.’ Aku cepat-cepat mencapai tangan Nadia.

‘Dah cakap kan pagi tadi aku nak jumpa Farid hari ni. Annyeonghikaseyo (Selamat tinggal).’

‘Annyeonghikaseyo.’ Balas Min Hyuk. Aku tidak membalas kerana ianya hanya ditujukan kepada Min Hyuk memandangkan ianya dalam cara yang formal. (Memang nak kena Nadia ni, balik kang tau la aku nak buat apa).

‘Min Hyuk-shii, can we go now?’ Aku melemparkan senyuman ke arah Min Hyuk namun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

………………………………………………………………………………………………………

‘Awak suka minum banana uyu (susu)?’ Tanya Min Hyuk selepas menghirup banana uyu yang dibeli olehku. (Banana Uyu ialah salah satu minuman yang popular di negara ni.)

‘ Ya, hmmm. Boleh saya tahu macam mana awak pandai Bahasa Melayu?’ Aku mengalih topik banana uyu yang kurasakan kurang penting.

‘ Dari Pak Cik saya, dia tinggal di Malaysia sejak dua puluh tahun yang lalu dan kahwin dengan orang Melayu. Jadi saya belajar dari dia dan isteri.’ Jelas Min Hyuk dan aku hanya mengangguk. Angin sejuk menyapa pipiku. Lokasi ‘date’ pertama kami hanyalah di bawah pokok berdekatan fakultiku dan kami selesa dengan hanya duduk bersila di atas rumput. Sesekali bunga-bunga jatuh berguguran. Musim yang paling kusuka, musim bunga.

‘Isteri pak cik saya juga ada itu.’ Min Hyuk mematikan mindaku yang berlegar sendirian.

‘ Ini?’ Tunjukku kearah tudung yang kupakai.

‘ Ya.’

‘ Ini tu-dung.’ Aku menyebut satu-satu agar Min Hyuk mudah untuk mengikutnya.

‘ Aa, tu…dung. Yeppeoyo (Cantik).’

‘ Ya tudung ni cantik, halmeohni (nenek) saya yang hadiahkan sebelum saya ke sini.’ Entah kenapa Min Hyuk hanya tertawa mendengar cerita pendekku itu. Tiada apa yang lucu pun bagiku.

‘ Waeyo (Kenapa)?’ Tanyaku hairan.

‘ Amugotto aniyo (nothing).’

(Bila tak tanya memandai jawab tapi bila tanya tak nak jawab.)

‘ Sejak bila awak belajar bahasa Melayu?’ Sifat ingin tahuku menutup kehairananku sebentar tadi.

‘ Saya umur sepuluh dan sudah sebelas tahun.’ Jawapan Min Hyuk agak tungang-langgang. Sebelas tahun bukannya masa yang singkat jadi tidak hairan Bahasa Melayunya agak baik.

‘ Jadi umur kamu sekarang dua puluh satu? Maksud saya dua puluh dua.’ Aku cepat-cepat mengubah kepada format usia yang digunakan oleh Korea kerana negara itu mengira umur lebih setahun daripada kita.

‘ Ya, dan awak?’

‘ Saya dua puluh tiga ( dua puluh dua). Panggil saya nuna (kakak).’ Ujarku girang. Girang kerana aku akan lebih selesa dengan Min Hyuk memandangkan dia hanyalah adik bagiku.

‘ Chakkanmanyo(Tunggu). Bulan berapa kamu lahir?’ (Sibuk je nak tahu bila aku lahir, nak bagi hadiah ke?)

‘ 21 Disember.’ Jawabku beserta dengan hari.

‘ Saya tak mahu panggil awak nuna, saya lahir lima belas hari selepas awak.’ Jawapan Min Hyuk agak menghampakanku.

‘ Jadi kita tak perlu bercakap dengan formal.’ Ujarku memandangkan kami dikira sebaya.

‘ Keurae (Baiklah).’ Ujar Min Hyuk tanpa ‘yo’ yang merupakan tanda bercakap dalam cara yang sopan. ‘Aa, kamu suka kpop?’ Sambung Min Hyuk.

‘ Tak. Saya belajar di Korea tak bermaksud saya suka Kpop.’ Aku agak kurang senang dengan pertanyaan Min Hyuk itu.

‘Pak cik saya kata di Malaysia ramai suka Kpop.’ Tambah Min Hyuk.

‘ Ya, tapi saya bukan salah seorang daripada mereka. Saya jatuh cinta hanya pada negara Korea dan bahasa sahaja bukan pada lagu.’ Jelasku kepada Min Hyuk sambil kuhadiahkan senyuman.

‘ What is dimple in Malay?’ Tanya Min Hyuk tiba-tiba. (Tanya tu mesti sebab perasan lesung pipitku masa aku senyum beria kat dia tadi, tak pasal-pasal jadi kamus bergerak aku.)

‘ Le-sung pi-pit.’ Aku menyebut satu-satu sambil jariku juga bergerak konon-konon macam konduktor koir.

‘Chakkanman.’ Min Hyuk membuka begnya dan mengeluarkan sebuah buku nota sederhana besar yang berwarna merah jambu dan sebatang pen.

‘Cantiknya buku.’ Ujarku sebelum sempat Min Hyuk menulis perkataan ‘lesung pipit’.

‘ Saya baru beli, belum tulis. Kamu suka?’ Min Hyuk menutup kembali buku itu.

‘ Suka sebab warnanya merah jambu. Cantik.’ Jawabku jujur dan sekaligus membococrkan warna kegemaranku.

‘ Pinkeu choha (Suka merah jambu)?’ Pertanyaan Min Hyuk kubalas dengan anggukan.

‘ Ambil buku ni, saya tak tahu kenapa saya beli buku pinkeu sebab saya tak suka warna ni. Mungkin buku ini untuk kamu.’ Min Hyuk menghulurkan buku itu kepadaku.

‘Kwaenchana. Awak tak perlu bagi saya.’ Aku cuba menolak.

‘ Ambil saja.’ Min Hyuk cuba mencapai tanganku namun aku cepat-cepat melarikan tanganku.

‘ Baiklah, saya ambil. Komaweo (Thank you).’ Aku mengambil buku di tangan Min Hyuk. (Lebih baik aku ambil je sebelum dia tak pasal-pasal nak pegang tangan aku lagi.)

‘ Saya pernah datang Malaysia dua kali. Satu, masa saya umur sepuluh dan dua, lima tahun lepas.’ Min Hyuk membuka topik baru.

‘Aa, jadi awak pergi rumah Pak Cik awak?’ Tanyaku ingin tahu. (Macam busy body pulak)

‘ Hmmm, dan masa itu la saya mula-mula minat belajar Bahasa Melayu. Isteri pak cik saya yang banyak ajar.’ Terang Min Hyuk lebih lanjut.

‘ Jadi awak minat bahasa Melayu sebab isteri pak cik awak?’ Tanyaku inginkan kepastian.

‘ Aniya (No). Sebab lain.’ Min Hyuk hanya menghadiahkan senyuman.

Hampir tiga jam kami bersembang di bawah pokok itu. Aku sendiri terkejut apabila melihat jam pada telefon bimbitku sudah menunjukkan jam 1 petang. Entah mengapa aku rasa sungguh selesa berborak dengan Min Hyuk sehinggakan masa begitu pantas berlalu tanpa kusedari. Min Hyuk sempat ‘mencuri’ nombor telefonku. Semasa aku mengeluarkan telefon bimbitku dia mengambilnya dan mendail nombornya sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Novel : SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) 1”
  1. pieykachu eyka says:

    saya nak novel ni kalau dapat separuh harga boleh because ilike korean

  2. pieykachu eyka says:

    saya nak novel ni kalau dapat separuh harga boleh because ilike korean hahaha gurau btw daebak..

  3. Sit Halimah says:

    best gila novel ni .. kalo dapat percuma satu , memang saya nak ^_^

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"