Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 15

13 August 2012  
Kategori: Novel

64,070 bacaan 110 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Bab 15

Keadaan di sekitar Ipoh Specialist Hospital itu agak sunyi. Hanya bilik Syed Muzaffar sahaja bercahaya dengan lampu dan televisyen. Bukannya dia mahu sangat menonton rancangan di televisyen itu, dia hanya memandang dengan pandangan yang kosong. Berita kematian Nasmina akibat kemalangan jalan raya itu telah disiarkan di dalam Buletin Utama. Syed Muzaffar tidak sedih ataupun tidak berasa bersalah. Gara-gara Nasminalah, berlakunya kemalangan dan dia menjadi lumpuh! Itu semua kerana dia membawa kereta bertentangan arah dan menyebabkan lori itu melanggar keretanya dan dia tersepit di bawah lori itu. Akhirnya dia bangun dan diberitakan lumpuh separuh badan!

Sejak tadi, Syed Muzaffar berdiam diri. Dia tidak mahu bercakap atau pun makan. Dia tidak juga menangis. Syarifah Haslina agak takut dengan perubahan itu. Banyak kali Syarifah Haslina cuba memberikan kata-kata semangat dan cuba berbual dengannya, Syed Muzaffar tidak mahu berbuat apa-apa. Berdiam saja sejak dia sedar dari pengsan. Dia tidak lagi seperti dulu. Seperti hidup tapi tiada bernyawa!

“Budak Aleeya ni, duduk di mana?” tanya Syed Mustapha sewaktu Syed Muzaffar sudah sedar diri sepenuhnya.

“Abang ni! Anak baru sedar. Tanya dulu keadaannya.”

“Kita dah tahu dia lumpuh. Bukannya boleh buat apa-apa lagi.” Ujar Syed Mustapha merengus.

Syed Muzaffar berdiam diri. Langsung dia tidak mahu menjawab. Hanya Tuhan yang tahu, betapa sakitnya hati dia apabila Syed Mustapha berkata begitu.

‘Argghhh… kalau aku ada anak pun, takkan sesen harta atok aku bagi dekat kau!’ bisik hati Syed Muzaffar. Dia bengang punya daddy seperti Syed Mustapha. Ketika anak sakit, harta pula yang difikirkan!

Syed Mustapha masih mendesak dia tentang Aleeya! Tak akan dia beritahu, biar kena apa sekalipun, Syed Muzaffar berjanji tak akan beritahu Aleeya di mana. Walaupun sebenarnya dia tidak tahu Aleeya di mana! Dengan apa yang berlaku ini, Aleeya pasti tak akan beritahu dia di mana.

‘Aleeya…’ nama itu masih meniti di bibir dan mindanya.

Cukup sukar untuk melupakan wanita yang pernah menakluki hatinya dulu dan sekarang masih lagi bertakhta di hatinya! Matanya yang bundar, rambutnya yang halus dan panjang, kulitnya yang putih dan mulus… seperti Bea Alonzo, pelakon wanita berbangsa Filipina yang terkenal itu. Teringat dulu, instead of memanggil Aleeya dengan panggilan Leeya, Syed Muzaffar gemar memanggil Aleeya dengan nama Bea! Bibirnya menguntum senyuman.

Syed Muzaffar cuba menggerakkan kakinya. Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku padanya! Lumpuh? Lumpuh separuh badan? Syed Muzaffar tidak tahu lagi hendak bersedih atau hendak bersyukur? Sedih kerana dia tidak boleh lagi berjalan seperti biasa, bersyukur kerana dia tidak perlu berkahwin dengan Nasmina. Nasmina pun dah mati!

‘Ya Allah, kenapa tidak matikan aku sahaja?”

Entah mengapa malam ini Syed Muzaffar tidak boleh tidur. Dia berasa sangat resah dan gelisah. Entah mengapa juga dia begitu teringatkan Aleeya Azmeen!

‘Apa yang berlaku pada Aleeya agaknya?’

Rasa susah hati yang amat sangat. Syed Muzaffar cuba mencapai telefon bimbitnya. Tidak sampai! Dia cuba untuk mengengsot tetapi tidak berdaya. Syed Muzaffar mengeluh! Air matanya tiba-tiba bertakung.

‘Ini semua salah aku! Kejadian ini berlaku sebab aku!! Allah bagi pembalasan atas semua yang aku lakukan, terutamanya pada Aleeya.’ Syed Muzaffar benar-benar menyesal.

Syed Muzaffar tidak berpuas hati. Hatinya masih berdebar. Dia mahu tahu keadaan Aleeya! Tak kiralah kalau sudah menginjak ke pukul tiga pagi pun!! Entah mengapa, hati dan dada Syed Muzaffar berdebar-debar. Dia mahu juga mencuba untuk mengambil telefon bimbit itu dan akhirnya…

Bedebukkk!

Dia terjatuh! Syed Muzaffar menjerit. Sakit!

Berlari seorang jururawat yang kebetulan lalu di situ. Jururawat itu cuba mengangkat Syed Muzaffar tetapi tidak berdaya. Syed Muzaffar mengerang. Dia cuba bangun, juga tidak boleh. Dia lumpuh, dia terlupa!

“Sekejap ya encik!”

Jururawat itu berlari memanggil jururawat lain.

Syed Muzaffar cuba bangun lagi, tak boleh.

“Aku dah lumpuh!!! Aku lumpuh… Aku tak guna! Aku seorang yang tak guna…” jerit Syed Muzaffar. Dia terasa hina.

“Encik… Encik!”

Tiga jururawat membantunya meletakkan dia kembali ke atas katil. Syed Muzaffar menangis. Dia tidak pernah berasa begitu lemah!

“Encik…”

“Sampai bila saya harus macam ni???” tanya Syed Muzaffar keras.

“Encik, bersabar…” ujar jururawat itu.

“Kalau encik nak tahu, saya boleh panggilkan doktor.” Ujar jururawat yang lain pula.

Syed Muzaffar terdiam. Buat apa lagi nak tanya kalau dah tahu jawapannya. Dia akan selamanya begini! Menjadi orang tak berguna. Siapa yang hendakkan dia lagi? Dia tidak berupaya menjadi seorang lelaki pun! Apatah lagi sudah menghancurkan harapan daddy dan momnya…

“Tolong ambilkan telefon saya.”

Jururawat itu mengambil telefon bimbit yang ditunjuk oleh Syed Muzaffar.

“Kalau nak apa-apa lagi, boleh tekan butang ini encik. Kami boleh tolong ambilkan.”

Syed Muzaffar hanya mengangguk-angguk. Jururawat-jururawat yang menolongnya itu berlalu sambil menggelengkan kepalanya. Masing-masing dalam hati sudah bersungut, sudahlah lumpuh, degil pula!

Syed Muzaffar mengambil telefon itu dan cuba mendail.

“Hello…”

Terdengar suara lelaki di hujung talian. Suara lelaki itu agak resah dan serak. Seperti baru sudah menangis!

“Siapa ni? Mana Aleeya?” tanya Syed Muzaffar.

“Err… Zarief, Zarief Danial. Emm… ini suami dia.”

“Hah!!! Suami Aleeya? Since when?” Syed Muzaffar terkejut!

“Since forever!”

“Ini bukan masa untuk bergurau Encik Zarief!” Marah Syed Muzaffar.

‘Mana mungkin Aleeya sudah berkahwin?’ Syed Muzaffar masih tidak percaya apa yang dikatakan Aleeya itu betul! Dia sesungguhnya tidak percaya langsung lelaki yang bercakap dengannya ketika ini adalah suami Aleeya.

“Tolong jangan ganggu dia!” ujar Zarief keras.

“Mana Aleeya? Saya rasa ada sesuatu berlaku pada dia. Saya rasa tak sedap hati.”

Zarief mengeluh. “Hospital!”

“Hospital?”

“She is bleeding. I can’t talk anymore, I need to see my wife. As I told you earlier Mr. Syed Muzaffar, don’t you dare to call her again!”

Klik!

Syed Muzaffar tergamam. Dia tercengang. Talian itu diputuskan Zarief, bunyinya masih kedengaran.

Tut… tut…

‘Suami? Bleeding?’ hati Syed Muzaffar tertanya-tanya dan dia berasa hampa. ‘Bukan Rizal… tetapi Zarief Danial? Siapa?’ Dahinya sudah berkerut!

******

Zarief Danial mengesat air matanya yang dari tadi menitis. Takutnya masih lagi belum hilang. Dia tidak tahu apa yang terjadi di dalam bilik kecemasan itu. Zarief, masih geram! Dia tidak menyangka saat genting sebegini, Syed Muzaffar boleh pula menelefon Aleeya.

‘Masa ini pula si Syed Muzaffar hendak menelefon, seperti tahu pula apa yang terjadi kepada Aleeya!’

Sungguh jodoh mereka begitu kuat tetapi bukan ini masanya untuk berfikir tentang itu. Zarief risau dengan keadaan Aleeya. Puas dia mengintai-intai apa yang berlaku di dalam bilik kecemasan itu tetapi tidak dapat, dia agak kecewa.

“Siapa telefon?” tanya Yazmeen.

“Err… nobody. Salah nombor!” Jawab Zarief.

“Sabar Arief.” Yazmeen memeluk bahu Zarief.

Pecah kolam air matanya waktu Yazmeen memeluk tubuhnya. Sungguh dia merasai kasih sayang seorang ibu tetapi Yazmeen bukan ibunya! Entah mengapa dia tersangat risau tentang keadaan Aleeya dan dia tidak sanggup untuk mengetahui apa yang bakal berlaku nanti.

Di tangan kanannya, Zarief berdoa agar kandungan itu selamat dan tidak mahu Aleeya bersedih akan kehilangan anak itu namun di tangan kirinya pula dia mengharapkan kandungan itu gugur dan Syed Muzaffar tidak lagi mendekati Aleeya. Tetapi, apakah alasan Zarief untuk tidak membenarkan Syed Muzaffar mendekati Aleeya lagi? Zarief bukan suami Aleeya yang sah, apatah lagi tunang atau kekasih Aleeya! Adakah dia berasa cemburu? Entah mengapa, apabila mendengar suara Syed Muzaffar di hujung talian itu tadi, perasaan itu sebenarnya memang timbul!

Dia sakit hati! Syed Muzaffar memang lelaki tidak berguna, sesen pun!

Tiba-tiba, seorang doktor keluar dari bilik itu. Cepat-cepat Zarief berlari ke arah doktor itu. Dia tidak sabar mahu tahu keadaan Aleeya. Dia sangat-sangat risau! Tak pernah dia berasa serisau ini. Zarief takut gara-gara Aleeya jatuh disebabkan tersadung kakinya tadi menyebabkan Aleeya keguguran. Habislah Zarief. Dia cukup takut kalau-kalau kerana itu. Mati dia kalau Yazmeen tahu tentang hal itu.

“Macam mana keadaan dia doktor?” tanya Zarief tak menyempat!

“Encik ni suami dia ke?” tanya doktor itu.

“Ya, dia suami Aleeya!” sampuk Yazmeen.

Zarief mengangguk-angguk.

“Keadaan Puan Aleeya baik dan stabil. Kandungannya juga dapat diselamatkan. Berlakunya sedikit pendarahan kerana keadaan rahim yang tidak kuat dan kondisinya sedikit merunsingkan. Jangan bagi dia tension. Tenangkan dia, dalam saat-saat yang macam ini, suami perlu mengambil berat tentang dirinya, give her extra care and attention! Sometimes pregnant lady need to be pampered bukan suami sahaja, ya! Saya rasa itu saja. Saya minta diri dulu. Terima kasih.” Ujar doktor perempuan itu panjang lebar.

Zarief tersenyum. “Alhamdulillah!” Sempat Zarief menadah tangan mengucapkan syukur. Yazmeen turut berbuat begitu. Yazid juga memanjatkan kesyukuran.

“Dengar tu Arief!” ujar Yazmeen. Yazmeen memberi amaran.

“Nasib baik tak ada apa-apa…” ujar Yazid. Dari tadi dia berdiam diri sahaja, sebenarnya dia takut melihat keadaan kakaknya itu. Lagipun, dia takut dengan bau hospital!

“Ibu dengan Yazid balik dulu. Biar Arief jaga Aleeya. Ibu tolong ambilkan baju saya dan Aleeya, ya?”

Yazmeen mengangguk-angguk bersetuju.

“Baiklah. Jom kita balik. Esok kita datang lagi. Jaga Aleeya elok-elok, apa-apa call ibu.”

Zarief mengangguk-angguk. Dia menghantar Yazmeen ke muka pintu dan kembali kepada Aleeya semula. Zarief melihat Aleeya yang masih tidur, dia membetulkan anak rambut Aleeya yang menutup matanya.

“Kasihan Aleeya.” Ucapnya perlahan. “Kenapalah Aleeya tak berhati-hati?” Geram juga rasa Zarief. Tapi dia tiba-tiba diundang rasa bersalah.

‘Kalau aku tidak tidur di bawah semalam, sudah tentu Aleeya tak langgar kaki aku dan terjatuh?’

Zarief kesal!

“Maafkan abang Aleeya! Kalau tadi jadi apa-apa dekat Aleeya, memang abang menyesal seumur hidup!” bisik Zarief. Dia mencium tangan Aleeya perlahan.

“Night sayang! You are save now.” Zarief tersenyum. Dia memicit kaki Aleeya perlahan-lahan sehingga dia tertidur di tepi katil Aleeya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

110 ulasan untuk “Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 15”
  1. syahirah zakwan says:

    bestnye..
    tpi sye berhrp yg aleeya kahwin dgn syed muzaffar
    hurmm..

  2. AIKA says:

    best!!! but pls continue. i want read it until the end of story..

  3. chacha says:

    ,nape stOp ?smbung laa .chacha ske cite nie .ske cgt ..de jlan cite yg best !!sweet cgt ngOk aleeya gan zarief wlaupOn dyOwg xde pape lg cm kawen btOl2 ..

  4. Cikgu Hasmah says:

    best.. tak sabar nak tau sambungannya..

  5. dewi says:

    asal x lanjut nie cite?. best sangat la…

  6. noriah says:

    hrp2 aleeya kawin ngan zarief …tapi kene tunggu…please sambung lagy….

  7. wahida says:

    Semoga kritikan ini dapat membuka persepsi baru kepada penulis2 novel cinta. Juz wondering mmg typical malay novel ke heroin kena rogol? Pastu ada adengan mcm dah kawin padahal blm kawen. Duk sebilik @ serumah. Memang la dalam keadaan terdesak dan darurat, tapi tak ada ke cara lain untuk menunjukkan kematangan watak hero dan heroin. Saya peminat novel melayu, tapi sekarang banyak sangat jalan cerita novel yang tak logik dan agak merapu. Kita orang Islam ada hukum hakam, jadi harap sangat penulis novel bleh tulis sesuatu yg membina jiwa anak muda (sebab anak muda yg ramai minat novel2 cinta ni). Mengajar anak muda tentang erti cinta yang sebenar dari sudut agama.
    One more thing, boleh tak kalau hero tu tak digambarkan sbg anak orang kaya aje. Hakikatnya kat Malaysia ni ramai orang susah dari orang kaya. Tak ramai yg bernasib baik kawen dgn orang kaya. Pastu, kalau penampilan hero atau heroin mesti nak digambarkan sbg hensem giler atau cantik giler.. Padahal hakikatnya, lebih ramai org kat Malaysia ni muka biasa2 aje. Tak perlu nak gambarkan muka hero tu macam artis tu la, ni la. Cukup sekadar menggambarkan muka depa tu muka org Melayu yg ada manisnya tersendiri.

    Wallahualam. Semoga industri novel lebih maju ke hadapan.

  8. Syira says:

    Setuju dgn komen Wahida. Cerita Malay ni agak typical. Mesti heroin tu kene lalui episod duka lara dn kemudian jumpe hero yg sanggup nk kahwin dgn dia.Walhal tu mcm x mungkin kot. huhu.. Boleh improve lagi.

  9. Alin says:

    Beli la novel die..kan ada jual kedai buku..saya pun dah beli bukunya

  10. farihah says:

    best , buat la sambungan dia :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"