Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 9

3 August 2012  
Kategori: Novel

35,767 bacaan 30 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Bab 9

Masuk sahaja ke dalam bilik, Zarief terus memohon maaf di atas kelakuan spontannya tadi terhadap Aleeya. Dia sepatutnya tidak bertindak begitu. Dia terlupa atas batas-batas pergaulan tadi. Entah mengapa, he got carried away… seperti seorang suami kepada seorang isteri. Zarief terlupa dia hanya berlakon! Mungkin kerana kasihan kepada Aleeya?

‘Apalah aku ni…’ bisik hati Zarief, dia merasa agak berlebihan!

“Abang minta maaflah pasal tadi. I just got carried away! Lupa… lupa betul!” Zarief menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu betul rasanya. Mana entah nak larikan wajahnya daripada Aleeya. Segan! Takut Aleeya tersalah anggap. Dia tak ada maksud lain, sungguh tak ada.

Aleeya tersenyum. “Tak apalah. Nama pun lakonanlah awak… lakonan! It’s okay.” Aleeya menolak kejadian tadi adalah disengajakan. Aleeya faham! Kalau namanya itu reaksi spontan dan hanya lakonan semata-mata.

“Abang rasa, baik Aleeya kekalkan panggil abang, sebab tadi kita dah hampir slipped of!” ujar Zarief. Mujur Yazmeen tidak perasan apa-apa.

“Tulah pasal, nasib baik. Gila betul lah hari ini! Macam-macam hal. Baru sehari!” ujar Aleeya. Aleeya menepuk dahinya.

Zarief tersenyum. “Serius gila…” Dia menggelengkan kepalanya.

Aleeya duduk dipinggir katil, Zarief duduk disebelahnya. Terkenangkan satu hari punya cerita, bagai boleh dibuat novel! Tak sangka, dari seorang yang asing, sekarang berlakon menjadi suami dan isteri. Memang cerita novel yang ada jalan cerita sebegini, realitinya belum ada! Tapi… inilah yang terjadi. Aleeya mengerling ke arah Zarief.

‘Dia memang sangat tenang!’ bisik hati Aleeya.

“Abang serius rileks saja! Abang macam tak ada apa. Kena dengan ibu pun boleh tersenyum! Boleh tahan juga. Kalau masuk calon pelakon terbaik Anugerah FFM, abang boleh menang! Kalah… Rosyam Nor!” ujar Aleeya sambil ketawa kecil.

Zarief tergelak dan tersenyum dengan kata-kata. “Aleeya nak tahu tak, mak tok abang lebih garang daripada ibu! Jadi, kalau setakat gaya ibu tu, abang boleh tepislah.” Zarief mula hendak mendabik dadanya.

Betul! Toh Zaharah lebih garang dan tegas dari Yazmeen, itu memang sudah terbukti. Namun, segarang-garang Toh Zaharah, ada lembutnya bila berhadapan dengan cucu kesayangannya itu. Tapi kadang-kadang, Zarief terkena juga!

“Iya ke?” tanya Aleeya.

“Iya… abang teringat sewaktu nak ajak Azura berjumpa dengan mak tok, macam-macam dia tanya. In fact, dia siasat lagi latar belakang Azura tu! Bukan sekali tapi tiga kali dia check!” cerita Zarief. Dia teringat sewaktu dia membawa Azura berjumpa dengan Toh Zaharah, siap kena balik tukar baju! Tak pasal dia kena marah dengan Azura gila-gila masa tu. Tapi, cinta punya pasal, sanggup juga dia menahan telinganya.

“Ya Allah! Sampai macam tu sekali…”

Zarief mengangguk. “Iya!”

“Mujurlah yang mengandung sekarang ni Aleeya, cuba kalau abang di tempat Aleeya, dan Aleeya di tempat abang, terpaksa pula berhadapan dengan mak tok abang tu! Mati Aleeya!!!” Aleeya ketawa.

Zarief turut ketawa. “Nasib baik abang tak boleh mengandung.”

Aleeya ketawa lagi. Entah mengapa, dia rasa seronok pula berkongsi cerita dengan Zarief. Zarief menyenangkan hatinya.

“Okaylah. Abang nak siap-siap tukar baju, nak tidur. Letih betul! Letih fizikal dan mental. Fizikal ni dah busuk betul… mental pula letih kena dera dengan soalan-soalan bertubi-tubi. Nak jawab exam pun tak rasa seksa macam ni.” Ujar Zarief tersengih.

Aleeya ketawa. ‘Kelakar pula mamat ni!’

Zarief berlalu ke bilik air. Tiba-tiba, telefon Aleeya berdering. Aleeya tersentak. Melihat skrin telefon bimbitnya, Aleeya mengetap bibir. Dia merengus perlahan.

‘Kenapa mesti dia telefon aku? Dia tahu aku dah balik sini ke? Baru sekarang nak telefon?’ detik hati Aleeya.

Aleeya membiarkan sampai bunyi deringan itu berhenti. Tak lama kemudian, telefon Aleeya berbunyi, berdering lagi. Malas Aleeya hendak mengangkatnya. Aleeya masih membiarkan sahaja berbunyi! Nasib baik bunyi ringtone lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain itu sedap. Dibiarkan sahaja sambil melayan lagu itu.

“Siapa Aleeya?” tanya Zarief yang baru keluar dari bilik air.

Zarief sudah lengkap berkain pelekat dan berbaju pagoda putih, mahu bersiap untuk tidur. Letih betul badannya hari ini. Zarief berhajat mahu tidur awal. Esok entah apa pula yang dirancang Yazmeen! Dia tidak boleh mengagaknya.

“Orang yang di dalam dunia yang paling Aleeya benci!”

Zarief melihat nama di skrin telefon bimbit itu. Nama Syed Muzaffar tertera di hadapan skrin. Zarief hanya menggelengkan kepalanya. Dia tahu, dia tidak berhak masuk campur. Tetapi takkan hendak dibiarkan sahaja? Bising! Nanti apa pula kata Yazmeen?

‘Entah-entah ada hal penting? Mana tahu!’ bisik hati Zarief.

“Aleeya, mungkin ada hal penting.” Tanya Zarief. Dia memandang Aleeya.

“Hishh… tak apalah. Tak ada penting tentang Aleeya, bagi dia. Dia sudah buang Aleeya kan! Jadi apa yang penting? Tak apalah, Aleeya suka dengar lagu ni.”

“Peliklah Aleeya ni, mungkin dia hendak balik pada Aleeya kot.” Sengaja Zarief menduga Aleeya.

“Abang ingat Aleeya ni apa?” Aleeya sedikit meninggikan suara.

“Okay! Enough for one day. Tak mahu angkat sudah. Nasib baik lagu sedap! Abang suka juga Anuar Zain ni. Selalu dengar dekat You Tube. Tak silap abang, lagu tema cerita filem Hikayat Merong Mahawangsa kan? Kat London tak boleh tengok, tunggu downloader. Tapi, layan lagunyalah. Sedap!” Zarief hanya tersenyum. Dia tidak mahu bergaduh. Sudah cukuplah satu hari ini.

“Tahu tak apa…” ujar Aleeya.

Zarief mengambil bantal dan menghamparkan tilam di atas lantai, bersebelahan dengan katil Aleeya. Dia baru hendak baring, Aleeya bersuara. “Abang patut tidur atas katil saja. Abangkan tetamu Aleeya.” Ujar Aleeya. Dia hanya memerhatikan gelagat Zarief. Kemudian dia pun melandaikan badannya di atas katil. Letih!

“Kalau abang mengandung, mungkin abang suruh Aleeya tidur dekat bawah, abang tidur dekat atas katil! Tapi, disebabkan abang tak mengandung, jadi, abang mengalahlah. Tak apa, Aleeya lagi penting!” ujar Zarief.

Aleeya tersengih. “Zaman dinosour balik pun abang tetap tak akan boleh mengandung!”

“Tahu tak apa.”

Zarief dan Aleeya serentak ketawa.

Telefon Aleeya berbunyi lagi. Aleeya mengeluh. ‘Nak angkat atau tak mahu angkat? Kenapa Far telefon sekarang? Kenapa masa dulu, bila aku call, dia tak mahu angkat! Malah ditutup lagi telefonnya. Kenapa sekarang? Sedangkan aku tak mahu mendengar suaranya!’

“Kalau Aleeya tak mahu angkat, biar abang yang jawab.” Zarief bangun dari pembaringannya dan mahu mencapai telefon itu. Aleeya juga serentak mahu menggapai telefon yang terletak di hujung katil. Entah macam mana Zarief tersepak bantal guling di bawah katil itu lantas terjatuh di atas badan Aleeya yang berada di katil.

Puuppp!

Zarief tercium pipi Aleeya. Aleeya tergamam… Zarief serentak bangun dan kembali ke tempat tidurnya.

‘Astaghfirullahalazim…’ Zarief menepuk dahi.

Aleeya cepat-cepat mengangkat telefon itu dan berlalu ke bilik air.

“Errkk… hello.”

“Hello, Leeya, Muzaffar ni.”

Aleeya mendengar suara di hujung talian itu namun kepalanya memikirkan kejadian tadi, dia menyentuh pipinya dan turut beristighfar.

******

Lama Aleeya di dalam bilik air, di luar Zarief sudah menggelisah. Nak ketuk, takut, nak berdepan, malu! Dia mahu minta maaf! Hari ini sudah macam-macam yang berlaku. Terbayang-bayang di hadapan matanya kejadian tadi. Zarief agak tergamam. Mesti Aleeya marah dengan kejadian tadi. Dia betul-betul tak sengaja!

‘Azura! Azura…’ bisik hatinya.

Zarief cuba membayangkan wajah tunangnya, tetapi tidak menjelma. Pelik! Sebelum ini bukan susah pun hendak membayangkan Azura, kerap sahaja muncul di depan mata, kerap sahaja rindu wanita itu. Kali ini?!

‘Apa yang sedang berlaku ni?’ Zarief rasa berdebar.

‘Nak ketuk ke tak nak?’ Zarief menekapkan telinganya di pintu bilik air. Sunyi sepi saja bunyinya.

‘Pengsan ke?’ Zarief jadi risau tiba-tiba.

Tiba-tiba, pintu terbuka. Zarief tidak sempat untuk berbuat apa. Aleeya terkejut!

“Okay ke?” tanya Zarief menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dirinya diselubungi perasaan malu ketika ini.

“Erkk… okay. Abang nak pakai bilik air ke?” tanya Aleeya.

“Tak… tak! Abang risau jugalah, senyap je Aleeya dalam bilik air tu.”

“Ohh… tak ada apalah.”

Aleeya mahu berlalu ke katilnya. Spontan Zarief menarik tangan Aleeya. Aleeya terkejut dan menoleh.

“Erkk… sorry!” Zarief melepaskan tangan Aleeya.

“Kenapa bang?”

“Sorry pasal tadi. Abang betul-betul tak sengaja! Abang bukan nak ambil kesempatan atau…”

“Aleeya tahulah! Aleeya tak ambil hati pun. Rileks ekk… jom tidur dah malam.” Ujar Aleeya tersenyum.

“Betul ni?” tanya Zarief lagi. Dia memandang wajah Aleeya, dia perhati betul-betul dan bersungguh-sungguh dia mahu tahu.

“Kalau Aleeya bersumpah baru abang nak lena tidur ke?”

“Heh… okay, okay!” Zarief tersengih. “Okay kita tidur. Night…” ucap Zarief.

“Night…” ujar Aleeya sambil tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Sungguh dia rasa debar, tapi itu semua tidak sengaja. Bukannya situasi yang disengajakan! Aleeya faham.

Zarief berbaring. Dia menarik selimut. Masing-masing sudah berbaring di atas tempat tidur masing-masing. Namun mata masih belum boleh terpejam. Masing-masing sedang mencipta angan-angan. Seorang memikirkan tentang Azura dan seorang lagi sedang memikirkan Syed Muzaffar. Akhirnya semua fikiran itu, end up di situasi tadi.

Aleeya memegang pipinya, berfikir! Zarief memegang bibirnya… mengeluh! Entah mengapa, tiba-tiba bibir mereka mengukir senyum. Kelakar! Memang banyak betul perkara yang tidak patut berlaku, berlaku! Yang tidak terfikir, terjadi. Macam-macam hal.

“Hemm… Aleeya dah kunci pintu?” tanya Zarief.

“Dah.” Jawab Aleeya.

“Yelah, manalah tahu ada orang nak buat spot check pula.”

Aleeya ketawa. “Takkan sampai macam tu sekali…”

“Manalah tahu! Tadi dah jadi wartawan, nanti nak jadi SWAT pulak!”

Aleeya ketawa lagi. Zarief tersengih. Yazmeenkan orangnya unpredictable, jadi tak salah kalau Zarief hendak bersifat was-was dan berhati-hati. Bila-bila masa saja ibu Aleeya boleh menerjah ke dalam bilik itu.

“Hem… tadi Muzaffar telefon Aleeya tu sebab…” Ujar Aleeya. Perlahan! Tapi masih didengari oleh Zarief.

Suasana senyap seketika. Zarief tak tahu apa yang mahu dikatakan lagi. Aleeya pula tidak menyangka dia mahu bercerita tentang itu dengan Zarief. Tetapi mulutnya lancar, mahu cerita tentang hal tadi kepada Zarief.

“Dia kata apa? Sebab apa?” tanya Zarief lembut.

“Dia nak Aleeya balik kepada dia.” Jawab Aleeya, dia mengeluh.

Zarief terdiam. Lama kemudian, dia bertanya. “Aleeya kata apa?”

“Tak nak.”

“Hemm…” Zarief terpana. ‘Aleeya memang degil! Tapi, mahu degil sampai bila?’ bisik hati Zarief.

“Abang rasa jawapan Aleeya bagus ke?” Aleeya memandang Zarief dari atas katilnya. “Abang rasa keputusan itu terbaik buat Aleeya ke bang?”

Entah mengapa, Aleeya memohon pandangan dari Zarief! Hanya Zarief yang tahu mengenai itu, jadi tak salah untuk Aleeya bertanyakan Zarief tentang itu. Orang lain tak tahu! Zarief memandang Aleeya. Putih bersih wajah Aleeya, baru dia perasan Aleeya mempunyai lesung pipit sewaktu senyum. Kerut dahi Aleeya, nampak Aleeya sangat comel. Gigi taringnya, menampakkan wajahnya yang cantik dan manis. Dia rasa debar pula dalam keadaan lampu dari luar yang menyuluh masuk dengan samar-samar, melihat wajah bersih Aleeya… cepat-cepat Zarief melarikan matanya.

“Err… I am not the right person to answer that.”

“Tapi abang saja yang tahu hal ini.” Ujar Aleeya, kembali ke pembaringannya.

“Cuba fikirkan tentang kandungan Aleeya? Bagi abang, lebih baik kembali kepada Syed Muzaffar. After all, he is the father!” ujar Zarief.

Aleeya terdiam kemudian dia mengerut dahinya.

“Leeya peliklah, macam mana dia tahu Leeya ni mengandung anak dia? Sedangkan Leeya tak cakap pun pada dia yang Leeya mengandung! Leeya tak sempat cakap apa pun dekat dia, sebab langsung tak boleh nak hubungi dia. Alih-alih dia call, cakap dia mahu bertanggungjawab! Pelik betul!” Cerita Aleeya.

‘Kenapa mahu bertanggungjawab sekarang? Kenapa dulu tidak mahu setelah dia merogol aku? Kenapa sekarang sesudah aku mengandung? Apa agaknya permainan Far ni!’ Keluh hati Aleeya.

“Mungkin ada orang beritahu dia agaknya. Kawan Aleeya di London, mungkin?” Ujar Zarief.

‘Mungkin juga Syed Muzaffar mencari Aleeya, mana tahu?’ bisik hati Zarief. Dia juga tertanya-tanya.

Aleeya teringatkan Mia! Mia, kawan serumah dengan Aleeya dulu. Memang Mia tahu segala-galanya.

‘Mungkin Mia yang cakap?’ Bisik hati Aleeya.

‘Mungkin Syed Muzaffar memaksa Mia untuk berterus-terang? Mia ni! Tapi tak boleh salahkan Mia juga, aku tak pernah suruh Mia untuk berahsia.’ Aleeya mengeluh.

“Aleeya kata ini bukan anak dia.”

“Errkk… tapi?”

“Aleeya just cakap saja. Aleeya tak mahu dia nak Aleeya sebab anak ni.”

“Tapi dia tahukan itu memang anak dia.”

“Hemm… dia tahu, tapi Aleeya menafikan!”

“Aleeya sedih tak?”

“Sekarang tak!”

Entah mengapa sejak Zarief menjadi suami sementaranya yang sekejap itu, dia merasakan agak kuat untuk menghadapi semuanya. Kalau lepas ini Zarief tak ada? Macam mana keadaan Aleeya? Aleeya sendiri tidak pasti. Semuanya bakal ditanggung sendiri, mampukah dia?

Zarief tersenyum dengan jawapan itu.

“Thanks to you! You’re a good stranger!” ujar Aleeya.

Zarief ketawa. “Mungkin keputusan Aleeya itu betul, kalau dia nak, at the first place dia tak akan buat Aleeya macam tu. You’re a good woman… and will be a good mother! Tak perlu lelaki yang macam tu. You can find a better one…” ujar Zarief.

Aleeya tersenyum. Dia sangat senang dengan kata-kata Zarief, menambahkan semangat dia.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Zarief tersentak, cepat saja dia bangkit dari pembaringannya. Dia memandang Aleeya! Aleeya menarik bantal Zarief dan diletakkan di atas katil. Tilam tempat Zarief tidur cepat-cepat Zarief lipat dan masukkan ke bawah katil. Zarief membuka lampu bilik itu.

“Kejap…” jerit Zarief. Dia mengetap bibirnya dan membeliakkan matanya kepada Aleeya. “Kan abang dah kata!” kata Zarief seperti berbisik.

Aleeya tersengih. Cepat Aleeya mengesot ke tepi. Aleeya menunjukkan tanda ‘okay’ kepada Zarief dan Zarief membuka pintu.

“Err… ibu!” Zarief tersengih.

Yazmeen tersenyum di muka pintu. Dia cuba mengintai-intai keadaan di dalam bilik, mencari-cari perkara yang pelik-pelik yang patut berlaku. Dia masih tidak berpuas hati.

“Kenapa ibu?” tanya Zarief.

“Tak ada apa. Ibu nak bagi susu dekat Aleeya. Ibu mengandung kenalah minum susu lebih sikit. Pagi sekali, malam sekali. Bila kita mengandung, kena lebih kalsium dalam badan.” Ujar Yazmeen panjang lebar.

“Okay…” Zarief mahu mengambil segelas susu itu. Tetapi Yazmeen menolak tangan Zarief dan selamba masuk ke dalam bilik anaknya itu. Matanya meliar sambil masuk ke dalam menuju ke arah Aleeya yang sudah tidur.

Zarief mengikut dari belakang.

“Dia dah tidur, penat sangat agaknya.”

“Hishh… kena minum ni.”

“Tak apa, saya kejutkan.” Zarief menghampiri Aleeya dan mencuit bahu Aleeya. “Err… sayang, bangun minum susu.”

Aleeya yang pura-pura tidur itu terpisat-pisat bangun. Dia menggosok matanya dan tipu-tipu menguap, letih!

“Susu?” Dia memandang Zarief. Dia mahu menggelengkan kepalanya, tetapi dia melihat Yazmeen macam hendak telan, Aleeya cepat mengambil gelas itu dari tangan Yazmeen.

‘Errkkk… mesti si Zarief ni lupa, aku tak minum susu!! Alamak… macam mana ni?’ detik hati Aleeya.

“Tak apalah, nanti Aleeya minum.”

“Jangan nak tipu ibu, ibu tahu Leeya tak minum susu. Sekarang minum depan ibu!” ujar Yazmeen, dia memandang tajam ke arah Zarief.

‘Gluppp!’ Zarief menelan air liurnya. ‘Alamak! Lupa…’ Zarief menepuk dahinya.

“Err.. memang dulu Aleeya tak minum susu, tapi lately ni dia selalu minum ibu. Minum sayang. Sayang minum sikit, abang minum sikit! Untuk baby kan… untuk baby…” pujuk Zarief.

‘Matilah lepas ni mesti kena marah dengan Aleeya!’ Zarief dah agak pucat. Apa jadinya selepas ini, dia sudah dapat agak!

Aleeya bengang! Meluap-luap rasa marahnya. Dia terpaksa menghirup separuh dan memberikan kepada Zarief. Zarief kemudiannya menghabiskan lagi separuh gelas. Yazmeen tersenyum. Dia seronok dengan cara Zarief mengendalikan anaknya yang agak degil itu.

“Okaylah, selamat malam.” Yazmeen kemudiannya keluar. Cepat-cepat Zarief menutup pintu dan menguncinya.

Aleeya terus berlari ke bilik air dan muntah.

“Okay ke?” Zarief masuk ke dalam bilik air, niat di hati untuk mengurut belakang Aleeya. Akhirnya dia silap percaturan!

Bueeekkkk…

Habis baju Zarief!!

“Aleeyaaa!!!” jerit Zarief.

Aleeya ketawa melihat habis baju Zarief kebasahan terkena muntah susu yang diminumnya tadi. Seronok! Dapat balas dendam terhadap Zarief.

“Sorry abang… Itulah! Siapa suruh paksa-paksa Aleeya minum lagi!”

Zarief mencebik. “Memang tau!”

Aleeya terbahak-bahak ketawa, tak boleh hendak tahan! Orang asing di depannya ini amat mencuit hatinya. Mungkinkah dia terjatuh cinta? Terlalu awal untuk menafsirkan perasaan itu tapi Aleeya senang! Terlupa seketika dia tentang panggilan dari Syed Muzaffar tadi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Novel : Suamiku, Encik ‘Perfect 10′! 9”
  1. domo says:

    best lar ,, xsbq nk bce next en3

  2. adyan says:

    wah.. besnya.. zarief 2 so caring la.. xsbq nk tggu next bab,.. ^_^

  3. lia says:

    memamg best giler…sambung cepat yer

  4. mata naik juling bila tengok new novels yg keluar bertubi2. There`s a few of ep which I`m interested that keluar2 pulak. macan mana nie.

  5. ct says:

    salam.. buat penulis, knp x dpt cr bab 8?

  6. Mimie says:

    Dah beli dah novel dia..
    Memang Besut ! Tak sia2 beli..

  7. Mimie says:

    *Best

  8. norsofia_smile says:

    u r the best writer good job..
    :)

  9. lili says:

    syokla baca navel ni

  10. juana mau says:

    Bestnyer novel ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"