Novel : Takdir Buat Q 1

13 August 2012  
Kategori: Novel

993 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : S.N Hidayah Haron

BAB 1

4 tahun berlalu, hidupnya sepi. Menunggu seorang insan yang pernah berjanji, tetapi hampa. Masih terngiang-ngiang lagi bisikan janji seorang teman yang dianggap terlalu istimewa didalam hidupnya. Waktu itu dia berada di tingkatan 5.

“Lepas dapat result SPM nanti Q nak sambung belajar kat mana?” tanya Hadzhar.

“Q ingat nak continue dekat u tempatan je. Tak kisah lah kat mana pun, janji Q dapat balik rumah ibu dan abah bila cuti semester nanti.”

“Oh ye ke.. ye lah anak emak kan?” seloroh Hadzhar seraya menarik hidung Q.

“Ish..Ar ni tak malu eh? Nanti kalau cikgu nampak kan dah kantoi. Kena panggil dengan Pengetua baru tahu.”

“eleh.. kan kita dah habis exam, tinggal tunggu result je. Tak ada maknanya lah diorang nak marah. Kalau berani marah lah, nanti Ar mengamuk baru tahu..”

“ye lah tu, hari tu masa kena panggil dengan Puan Zawiyah dah kecut perut. Padahal Puan Zawiyah nak minta tolong angkat barang je..”

“Apalah Q ni, itu dulu lah. Lagipun bukan Ar yang takut kat dia, tapi dia yang takut dengan Ar.”

Ketawa mereka berderai. Tak sangka akhirnya peperiksaan yang bakal menentukan masa depan mereka telah pun selamat mereka lalui. Kini hanya tunggu untuk mereka menunggu keputusan sahaja.

“Q.. Ar ingat nak kerjalah sementara tunggu result SPM”

“Ar nak kerja apa? Kat mana? Nanti dah syok pegang duit, dapat tawaran belajar tak nak sambung pulak.”

“Ish..Q ni jangan cakap macam tu, sambung study kan memang cita-cita Ar. Mana boleh tak sambung. Ar takut apa tau, nanti bila Q dah masuk U, Ar pun Q dah lupa..”

“Tak akan lah Q nak lupa Ar. Q takut sebaliknya Ar pulak yang lupakan Q. ye lah Ar kan hensem, bergaya, kat sekolah ni semua boleh dikatakan ramai budak-budak perempuan yang terkejar-kejar kat Ar. Entah-entah Q yang kena tinggal dengan Ar kot?”

“Q jangan cakap macam tu sayang. Ar janji, Ar akan sentiasa setia pada Q. Ar akan tunggu Q. Ar harap Q pun sanggup tunggu Ar walau apa pun terjadi. Q tetap dalam hati Ar..”

“Ar..jangan mudah buat janji Ar. Q takut Ar tak mampu nak tunaikan. Insya-Allah selagi Q mampu Q akan tunggu Ar. Q nak kita sama-sama jumpa waktu kita dah dapat ijazah nanti.”

“Ar pun harap sangat macam tu..”
Q menatap sepi laptop miliknya. Sudah hampir 4 tahun Ar menghilangkan diri selepas melanjutkan pelajarannya ke luar Negara. Ar diterima belajar ke University di Cambridge dalam jurusan Engineering. Sebaliknya Q hanya selesa ke Universiti Utara Malaysia didalam bidang yang sama. Q bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek yang berjaya. Setahun selepas pemergian Ar ke luar Negara, mereka hanya berhubung melalui internet. Mungkin terlalu berat untuknya menerima segalanya waktu itu. Mereka terpisah jauh, beribu batu jaraknya. Tetapi demi ikrar cinta yang dibina Q menanti dengan setia. Bukannya tiada lelaki yang cuba merapati dan berkawan dengan Q, Cuma dia sahaja yang buat tak layan. Q seorang gadis yang periang, bijak serta berbudi bahasa. Dia memiliki wajah persis pelakon Nora Danish. Tidak salah lah jika dia mendapat jolokan Nora Danish junior oleh rakan-rakan kampusnya. Tetapi perjalanan hidupnya tidak seindah mimpi. Satu pagi dia menerima panggilan dari ibunya dikampung.

“Assalammualaikum.. ibu. Pagi-pagi dah telefon Q ni. Rindu kat Q eh?” Q mengusik ibunya.

“Waalaikumsalam. Q .. tipulah kalau ibu kata ibu tak rindu kat anak ibu yang seorang ni. Sebenarnya ibu ada hal penting nak cakap dengan Q ni.” Serius bunyinya. Seperti ada sesuatu.

“Benda penting apa ibu? Lain macam benar bunyinya.?”

“Q kamu tahukan sejak kebelakangan ini, abah selalu sakit-sakit. Ye lah abah kamu tu kerja jadi security, malam-malam pulak tu waktu kerjanya sejuk, akhir-akhir ni abah kamu selalu semput. Makin menjadi-jadi.” Luah Puan Hasnah sedih.

“kenapa bu? Abah sakit kuat ke?” tanya Q sebak.

“teruk tu tidak lah Q, tapi sebelum jadi teruk ibu ingat nak suruh abah berhenti kerja. Mencegah kan lebih baik dari mengubati..” Mak senah berperibahasa.

“oh.. habis tu apa masalahnya lagi bu?” Tanya Q tidak mengerti. Pelik dengan sikap ibunya.

“Q kamu tahukan, kalau abah kamu berhenti kerja, kami Cuma harapkan duit Felda sahajalah. Memanglah cukup makan dan pakai, tapi untuk ibu kirimkan pada Q tiap-tiap bulan tu, terpaksalah ibu bagi mana yang ada aje.”

“oh..ibu risau pasal tu eh, ibu janganlah risaukan Q. lagipun Q tinggal lagi berapa semester je. Nanti Q boleh cari kerja part time. Lagipun duit biasiswa yang Q dapat tiap-tiap bulan tu kan ada. Bolehlah buat tampung Q untuk tiap-tiap bulan.”

“Alhamdulillah, ibu bersyukur sangat-sangat nak. Senang hati ibu dengar Q cakap macam tu. Maafkan ibu ye nak. Tidak semena-mena Q kena bersusah payah cari duit. Ibu sebenarnya dah tak tahu cara macammana lagi nak selesaikan masalah ni.”

“ibu, ibu janganlah cakap macam tu. Terasa bersalah pulak Q. ibu.. Q dah besar tau, ibu pun pernah cakap kat Q, kalau Q kahwin tentu-tentu Q dah ada anak. Ibu tak payah risau ye, pandailah Q jaga diri kat sini. Okeylah ibu Q ada kelas ni, nanti petang Q call ibu lagi eh. bye ibu.. I love you…”

“Ha ye lah.. jaga diri baik-baik nak. Ibu minta maaf ye Q..”

“ibu janganlah cakap macam tu, ibu buat Q serba salah lah. Buat apa nak minta maaf? Ibu tak buat salah kat Q pun…okey bu….”
Perbualan Q dan ibunya tamat disitu sahaja. Q tahu hati kecil milik ibunya terasa bersalah dengan keputusan yang terpaksa diambil. Apalah daya Puan Hasnah lagi, jika diturutkan kata suaminya yang tidak mahu berhenti kerja, tentulah mereka akan menghadapi kesukaran dimasa akan datang jika Encik Kamaruzzaman masih berdegil.

“Q, aku tengok kau asyik termenung je dari pagi tadi. Kau ada problem ke?” tanya Suhaila, kawan sebiliknya.

“Entahlah ila, pagi tadi ibu aku call, aku pun pening fikir masalah ni..”

“Ibu kau call? Kenapa? Abah kau sakit lagi ke? Ke kau ada masalah lain?”

“Memang aku ada masalah. Kau tahu kan abah aku selalu sakit-sakit. Tadi ibu aku kata, nak suruh abah aku berhenti jadi security tu.

“Oh ye ke? Baguslah. Sekurang-kurangnya tidak lah abah kau tu penat. Siang nak ke ladang, malam pulak jadi security..”

“Itulah kalau boleh aku pun tak nak abah aku buat kerja lain. Cukuplah kerja-kerja ladang tu dah memenatkan dia, tapi masalah aku sekarang, aku nak kena survivelah. Aku ingat nak cari kerja part time lah ila.”

“Bagus juga cadangan kau. Aku pun ingat nak cari part time job. Boringlah malam-malam takde apa-apa nak buat. Eh Q.. kita survey kat McD nak tak? Ye lah kat situ kan mesti dia nak pakai pekerja separuh masa.”

“Haah lah, bagus idea kau tu. Agak-agak kalau aku seorang cari kerja pun tak jadi jugak. Kalau dengan kau okey sikit. Takdelah aku segan manapun..”

“Okeylah tu, besok petang kau habis kelas pukul berapa? Besok aku takde kelas, Prof Ariff cuti, ada urusan katanya..”

“Aku? Kelas habis pukul 2 petang..”

“Maknanya dalam pukul 3 petang aku datang ambil kau kat kampus eh..?”

“Okey..”
Lega rasa hatinya bila sahabatnya sudi menjadi pendengar setia, sudi membantu saat dia dilanda keresahan jiwa. Teringatkan Ar, sudah lama rasanya lelaki itu tidak mengirimkan berita buatnya. Fikirannya berkecamuk memikirkan adakah sesuatu yang buruk berlaku keatas insan kesayangannya itu. Lantas dia mengatur langkah ke meja tulisnya, dibuka computer riba miliknya. Lama dia menatap peti masuk e-mail yahoo miliknya, tetapi hampa. Kemana kau menghilang Ar? Sudah hampir 6 bulan Ar langsung tak kirim apa-apa berita pun kat Q. Adakah Ar dah jumpa insan lain disana? Q seolah mencari jawapan sendiri. Sama ada benar ataupun tidak dia sendiri tidak pasti. Masih terngiang-ngiang suara Ar dicuping telinganya saat dia bertemu Ar buat kali terakhir.

“Q, Ar nak Q jaga diri Q baik-baik tau. Jangan tinggal solat, jangan lupa Allah. Q pegang kata-kata Ar, Ar tidak akan tinggalkan Q. Ar akan tunggu Q dah Ar harap Q pun sabar tunggu Ar tau. Q ingat tau, Ar sayangkan Q, sampai akhir hayat Ar..”

Air mata milik lelaki bernama Hadzhar jatuh jua. Entah mengapa perpisahan ini mmbuatkan dia semakin sensitive. Ingin rasanya dia membawa wajah kesayangannya itu pergi bersamanya. Ingin sahaja dia memeluk erat gadis dihadapannya itu. Q hanya kaku membisu. Dia akur walaupun perpisahan itu hanya berlaku selama 5 tahun, tetapi rahsia perjalanannya selama 5 tahun tidak jua dia ketahui kerana itu menjadi rahsia mutlak Allah swt. Q seolah dapat rasai sesuatu akan terjadi. Hati kecil miliknya tidak pernah salah untukmentafsir tetapi dia hanya mampu berdoa semoga Allah menjauhkannya dari segala keburukan.

“woi, termenung pulak dia, yang kau dok tenung inbox kosong tu buat apa Quraisyah? Sudah-sudahlah tu, entah-entah Ar dah jumpa minah orang putih kat sana. Sebab tu dia lupakan kau.” Kata Suhaila seraya menepuk perlahan bahu kawannya. Q terkejut.

“Engkau ni kalau tak kacau aku tak sah agaknya hidup kau kan? Hmmm…entahlah ila, aku tak tahu sama ada Ar dah berubah atau aku yang berubah. Baru 2 tahun pergi tapi macam-macam jadi. Kalau betul dia dah jumpa orang lain, bagilah tahu takpun hint lah kat aku supaya aku ni tak lah terhegeh-hegeh kat dia lagi. Apa ingat aku ni tunggul kayu apa?” luah Q pada Ila.

Airmata jernih miliknya mengalir deras. Entah mengapa petang itu dia menjadi seorang yang amat sensitive. Dari kisah ibu dan abahnya hinggalah kisah Ar yang mendiamkan diri. Matanya masih lagi tertancap di mailbox yang kosong. Ar mungkin ini adalah e-mail terakhir dari Q. Bisik hati kecilnya.

Assalammualaikum Ar,

Q harap waktu begini Ar sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Maafkan Q sekiranya kehadiran email Q ini menganggu fikiran dan pembelajaran Ar. Q tahu mungkin Ar ada alasan tersendiri mengapa Ar berdiam diri. Atau mungkin Ar sudahpun bertemu kekasih hati disana yang jauh lebih sempurna berbanding Q. Tapi Q juga nak Ar tahu, sehingga kini Q masih lagi tunggu Ar, tunggu Ar balas semua email dari Q. Q rindu nak dengar Ar panggil nama Q. Kenapa Ar terus diam? Kalau Ar ada masalah Ar beritahulah Q, InsyaAllah kalau Q boleh tolong, Q akan tolong Ar. Kenapa Ar?

Ar, kiranya email yang terakhir Q kirimkan ini, masih Ar tidak membalasnya, mungkin sudah tiada lagi email yang perlu Q kirimkan lagi. Tapi Q tidak akan berputus asa. Q akan tunggu Ar selagi Q mampu. Ar Cuma satu Q nak Ar tahu, Q sayangkan Ar, Q juga sayangkan hubungan kita. Tetapi jika sudah suratan illahi yang Ar bukan untuk Q, Q redha. Semoga Ar bahagia disamping si dia.
Salam sayang….. Quraisyah Kamaruzzaman.

kolam air mata Q yang penuh tidak dapat untuk dibendung lagi. Empangan yang dibina untuk menahan dari ianya mengalir pecah jua. Inilah sifat wanita yang terlalu sensitif. Berat rasa hati untuk melepaskannya pergi. Mulakan hidup baru Q.. lupakan dia… seperti ada satu suara yang berbisik-bisik ditelinganya.
Aku pasrah..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"