Novel : You’re Mine! No One Else! 1

28 August 2012  
Kategori: Novel

10,539 bacaan 15 ulasan

Oleh : Mizna

NAMA aku Mizan Alina Afisya binti Tan Sri Khalif. Walaupun ayah aku ni Tan Sri, aku suka hidup secara bersederhana. Ibu dan ayah aku pun mengajar aku cara hidup tidak terlalu mewah. Aku ni hidup macam orang biasa je. Tak ramai yang tahu aku ni anak kepada Tan Sri Khalif. Orang hanya tahu aku anak Khalif je. Ayah aku seorang yang terkenal di serata dunia. Bukan nak berlagaklah, tapi syarikat perhotelan ayah aku ni memang dah meluas di seluruh negara. Tapi, kalau orang tau aku ni anak ayah, semua nak berkepit je dengan aku. Naik lemas aku! Baik orang kenal aku kerana aku. Bukan kerana ayah aku.

Ibu aku ada berpesan, janganlah berbangga disebabkan harta dunia. Harta dunia tak boleh dibawa ke akhirat. Jadi, hidup bersederhana sudah memadai. Kalau nak cari kawan pula, cari seorang kawan yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan. Alhamdulillah, setakat ini kawan-kawan baikku semua boleh diharap. Aku senang berkawan dengan mereka. Dan yang paling aku bersyukur, diaorang boleh terima aku dengan seadanya. Alhamdulillah!

Sekarang, aku nak tumpukan perhatian pada kerjaya aku kelak. Aku berimpian nak jadi pensyarah. Semoga impian aku jadi kenyataan. Sebenarnya, ayah aku suruh ambil bidang perniagaan. Tapi, aku berkeras juga nak ambil bidang pendidikan. Itu impian aku! Sampai ayah aku tak nak bertegur denganku selama seminggu kerana tidak mahu mengikut kehendaknya. Tapi, tak lama kemudian ayah baik balik dengan aku. Mungkin dia faham apa minatku. Jadi dia tidak memaksa.

Musuh? Hmm.. Aku ni friendly. Susah sikit nak ada musuh. Aha! Baru aku ingat bapak setan sorang tu. Dialah salah satunya musuh ketatku. Aku pernah jugak suka dekat dia disebabkan muka dia yang handsome tu. Tapi, lepas aku tau perangai dia mengalahkan bapak setan, aku taubat tak nak suka dekat dia lagi! Tapi kan, aish! Tak payahlah cite. Buat semak hati je!..

Aku terasa lenganku disiku. Sakitnya! Terus aku tersedar dari lamunan. Aku memandang Cassandra di sebelahku. Ni pulak kawan baik aku dari tadika lagi. Sampai besar aku berkawan dengan dia. Memang aku dengan dia BFF lah! Perangai aku dengan dia sama kot! Keras kepala, selamba, easy-going, banyak cakap.. Banyak lagilah! Kalau dia ada, mesti aku jadi gila-gila. Dah kepala otak tu sama! Macam mana nak buat…

“Ape?” Aku berbisik kepada Cassandra.

Cassandra membulatkan matanya. “Prof panggil kau lah gila!” Suaranya seperti ditahan-tahan. Aku sudah cuak. Alamak! Ape pulak nak jadi ni?!

“Mizan! Stand up!” Profesor Azmi memanggil aku. Aku bangun perlahan-lahan dari tempat dudukku.

Aku tercengang-cengang memandang Profesor Azmi di hadapan. Aduhai.. Kenapalah aku yang kena jawab? Tahu-tahu je aku ‘takde’ dalam kelas dia tadi.

“Mizan Alina Afisya! I ask you! Apa yang awak faham?!” Profesor mula memanggil nama penuhku. Marah lah tu! Profesor Azmi ni bukan boleh tentu angin dia ni. Kalau pagi tu mood dia tak baik, belum tentu esok baik. Kadang-kadang kalau baik tu sampai aku pun terjatuh suka dekat dia. Yalah.. Dia ni aku dengar masih bujang lagi. Muka pun handsome. Kalau dia buat baik memang, aduh.. Hatiku..

Selalunya nasib aku baik. Sebab kalau dia marah dia tak pernah nak tanya aku macam-macam. Tapi…. Hari ni….

Aku memandang Cassandra di sebelahku. Dia memandangku dengan simpati. Eii budak ni! Aku mintak tolong ni weh! Tapi kalau si Cassandra ni bukak mulut, dia pulak yang kena kang. Aduhai.. Memang nasib malang betul!

“Answer me!” Profesor Azmi bersuara sekali lagi. Dia memandangku dengan pandangan yang tajam macam helang nak menerkam mangsanya.

“Errr.. Aduh! Awww.. Awww..” Aku menekan perutku tiba-tiba sambil buat muka orang tengah tahan sakit.
“Alasan awak dah basi! I won’t believe it anymore!” Profesor Azmi selamba menuturkan ayat itu sambil mengambil bukunya di atas meja. “Now, what are you understand?!” Profesor Azmi tanya aku sekali lagi. Kali ini dia menuturkan perkataan satu-satu.

Aisehh, dah berapa kali pulak aku guna alasan ni! Aishh! Tak menjadi! Aku terus berhenti menekan perutku yang kononnya sakit. Aku menggaru-garukan kepala.

“Errr, prof. Sorry, sebenarnya saya tak dengar!” Aku memberitahu dengan jujur.

Profesor Azmi memandangku dengan lebih tajam. “Ikut saya!” Dia terus mengambil buku-bukunya di atas meja lalu keluar dari bilik kuliah. Aku yang sudah menjangka apa yang bakal terjadi hanya mengikut saja arahannya.

“Weh, sorry.” Cassandra memandang tepat wajahku.

“Hmm.. Takpe. Bukan salah kau pun. Dah la, aku keluar dulu.” Aku memasukkan barang-barangku ke dalam beg lalu keluar meninggalkan bilik kuliah dengan keadaan yang sedih.

“AWAK nak saya panggil parents awak?! Hah?!” Aku menundukkan wajahku. Takut! Aku hanya mendiamkan diri.

“Awak nak ke?!” Sekali lagi dia meninggikan suaranya.

Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala.

“Kalau tak nak, kenapa awak selalu tak bagi tumpuan dalam kelas saya? Saya selalu tengok awak mengelamun. Kenapa? Apa masalah awak?” Profesor Azmi mengendurkan suaranya. Aku selalu mengelamun? Macam mana Prof boleh tau ek? Aku ni memang kuat mengelamun. Mengelamun jadi artis la.. jadi penulis novel la.. jadi pramugari la.. jadi ahli korporat la.. Banyak lagilah! Hehehe..

Aku menggelengkan kepala kali yang kedua.

“Kalau awak ada masalah, jangan sampai pelajaran awak hancur. Ni sem akhir. Awak kena tumpukan perhatian. Takkan awak nak ulang balik sem?” Profesor Azmi memandang tepat wajahku.

“Sorry prof. Saya janji saya takkan ulang lagi kesalahan tu.” Nampaknya dia menganggukkan kepala. Fuh! Nasib baik!

“Baiklah, kali ni saya maafkan awak. Lepas ni kalau awak buat lagi saya akan call parents awak. Faham?” Aku menganggukkan kepala.

“Terima kasih prof. Saya keluar dulu.” Profesor Azmi menganggukkan kepalanya. Aku terus memulas tombol pintu dan keluar dari bilik pejabatnya.

Di luar pula lain ceritanya.

“Weh, kau okey tak?”

“Dia cakap apa weh?” Suara lain pula bertanya.

“Dia ada dera kau tak?” Suara lain lagi.

“Dia ada cederakan kau tak?” Suara lain lagi!

“Dia nak panggil parents kau ke?” Suara lain lagi!

Haishh, cepat betul si Cassandra menyebarkan berita ‘hangit’ ni kat kawan-kawan baikku yang lain.

“Tak de ape lah.. Dia cuma cakap jangan ulang lagi kesalahan aku tu. Dia suruh aku bagi tumpuan bila dia ajar.. Ni sem akhir.. Tu je.” Aku bercakap sambil berjalan. Kawan-kawanku yang lain mengikut aku dari belakang.

“So, dia takde lah nak call parents kau?” Cassandra bertanya.

“Takdo. Dah lah, jom makan. Aku lapar la..” Aku melekapkan tanganku di atas perut.

“Jom!” Kawan-kawanku menjawab serentak sambil tersenyum. Hilang semua persoalan di dalam kepala untuk bertanya kepadaku tentang kejadian di bilik Profesor Azmi.

KECUR air liur aku melihat nasi goreng pataya di hadapan mataku. Dengan semangatnya aku mengambil sudu dan mengambil sesudu nasi dan ingin memasukkan ke dalam mulut. Tiba-tiba ada seseorang menghalang tindakan aku.

“Woi! Doa dulu! Aku tau kau lapar!” Nadhrah yang duduk di sebelahku mengambil sudu di tanganku. Muka aku dah cemberut. Aku paling tak suka orang tegah aku makan. Ngeeee!

“Ish!” Aku terus membaca doa makan. Tanpa menunggu lama aku terus memasukkan sesudu nasi goreng pataya di dalam mulutku. Emmm! Sedapnyaaa! Nikmat betul aku dapat makan nasi goreng pataya ni. Iye lah.. Dari pagi aku tak makan. Pagi tadi aku terus ke universiti. Al maklumlah.. Perangai bangun lewat aku ni tak pulih-pulih sejak aku sekolah menengah lagi.

Tengah-tengah menikmati makanan, ada seseorang menegur dari belakang. Aku tidak memandang. Aku terus-menerus memberi tumpuan kepada nasi goreng patayaku memandangkan suara itu suara milik seorang lelaki. Garau. Di dalam kepala otakku itu buah hati Nadhrah. Dalam kumpulan aku ni mana ada teman lelaki kecuali Nadhrah.

Tapi, yang peliknya Nadhrah tak teruja macam selalu. Aku memandang seorang demi seorang kawan-kawanku. Cassandra, Nadhrah, Arisya, dan Syazwina. Aikk, kenapa kaku semacam? Macam nampak hantu lah pulak!

Aku perlahan-lahan memandang orang yang sedang berdiri tegak di belakang aku. Humangngai!!! Aku terus kembali semula ke posisi yang tadi.

“Hai.. Boleh join?” Sekali lagi dia menyapa.

Aku teragak-agak memandang mukanya. Bukan apa, aku tengok kawan-kawan aku dah macam ais beku je. Tak langsung menjawab. Sibuk tengok muka si dia yang handsome tu!

“Errr, silakan..” Selepas aku membalas kata-katanya, automatik Arisya memberikan tempat duduknya kepada lelaki itu.

“Terima kasih..” Ucapnya kepada Arisya dengan senyuman yang manis di bibirnya.

Aku kembali selamba. “Lama tak join kiteorang. Kenapa tiba-tiba je ni?” Tanya aku kepada lelaki itu. Lelaki itu aku lihat sedang membuka botol air minuman.

“Saja.. Dah lama tak join. Lagipun sibuk sikit kebelakangan ni..” Dia memberi aku senyuman yang manisnya bak madu lebah yang fresh! Hehe..

Aku menganggukkan kepala.

Lelaki tadi nama dia Faqhrul. Nama penuh dia Sheikh Faqhrul Hazim bin Sheikh Hadi Zakaria. Dia salah seorang kawanku. Maksudnya dia kawan lelaki aku dan kawan-kawan aku satu-satunya. Dia yang volunteer nak masuk dalam kumpulan kiteorang. Dia sebaya dengan aku. Tapi, dia ni ramai sangat peminat! Termasuk kawan-kawan aku! Haiyaa.. Manyak susah ooo.. Al maklumlah, muka dia putih melepak dan sedap memandang itu memang menjadi perhatian ramai. Tambahan pula dia ni memang ada ciri-ciri lelaki idaman wanita. Gentleman, baik, sopan, hensem, pandai.. Banyak lagilah! Tapi, aku tak pernah ada perasaan dekat dia. Langsung! Cuma aku suka tengok muka dia tu lah. Dah nama pun sedap mata memandang..

Aku ni lepas diiktiraf sebagai tunang orang yang aku tak pernah ketahui, aku tutup hati nak suka dekat sesiapa. Sebab aku tau aku akan dikahwinkan. Dan hati aku hanya untuk lelaki yang bergelar tunangan aku itu sahaja. No one else!

“Weekend ni jom keluar nak?” Faqhrul bertanya.

“Hmm.. Maybe tak boleh kot. Kiteorang nak buat ulang kaji weekend ni.” Aku membalas semula kata-katanya.

“Tapi, kalau nak join sekali pun okey. No problem. Kan awak pandai.. Boleh la ajar kiteorang..” Cassandra bersuara.

“Hmm.. Good idea! Saya join korang lah weekend ni. Nak buat dekat mana?” Faqhrul tersenyum suka.

“Rumah Mizan.” Giliran Arisya menjawab.

“Okey! Saya ajak kawan saya sekali boleh? Sorang je..”

“Boleh.. Apa salahnya.. Ramai-ramai baru best!” Aku memberi senyuman kepadanya dan teruskan sesi memenuhkan perut yang tergendala tadi.

Tiba-tiba telefon bimbitku mendendangkan lagu Starting Now I Love You yang dinyanyikan oleh pelakon korea, Lee Seung Gi dalam drama korea My Girlfriend Is Gumiho. Aku terus mengambil telefonku dalam beg dan segera menjawab panggilan itu.

“Hello, assalamualaikum.” Aku menyapa.

“Waalaikumussalam. Mizan ada dekat mana ni?” Tanya Datin Qaisurina merangkap kawan baik ibuku dan mama kepada musuhku.

“Dekat universiti ni auntie. Kenapa ya?” Jawabku sopan. Dah kawan baik ibuku. Takkan nak berkurang ajar pulak.

“Laa.. Bape kali mama nak cakap. Panggil M A M A! Boleh?” Datin Qaisurina menekankan perkataan ‘mama’. Selalu dia memaksa aku untuk memanggilnya mama. Tapi, aku ni memang jenis yang susah sikit nak panggil dia mama. Bukan apa.. masa aku sekolah menengah aku panggil dia mama, musuhku sudah menjeling-jeling. Tajam pulak tu! Yang tak boleh tahan dia perginya sound aku begini, “Kau takde mak ke? Nak panggil mak aku mama pulak?!” Aduh! Masih aku ingat lagi kata-kata dia. Tu yang bengkek je hati aku!

“Errr.. Kenapa ma?” Takut-takut aku mengeluarkan suara.

“Haa.. Macam tulah.. Macam ni, petang ni boleh datang rumah mama tak? Mama nak cakap sikit.” Datin Qaisurina meminta aku datang ke rumahnya.

“Ermm.. Kenapa mama? Ada ape-ape yang tak kena ke?” Tanya aku dengan pelik.

“Alaa.. Datang jelah.. Mama rindu ni.” Datin Qaisurina merengek.

Sudah! Merengek la pulak! “Okey okey. Kejap lagi Mizan bertolak ye. Tengah makan ni.” Tak sanggup aku dengar suaranya merengek. Kesian!

“Yey! Thank you sayang! Mama tunggu tau. Bye..” Kedengaran suaranya gembira.

“Bye ma..” Ucapku sambil tersenyum.

Aku memasukkan semula telefon bimbitku ke dalam beg dan mengemas barang-barangku di atas meja.

“Kau nak pegi mana ni?” Syazwina bertanya.

“Rumah kawan baik ibu aku. Dia suruh datang.” Balasku sambil menyedut air di dalam straw.

“Owhh..” Syazwina mengangguk-anggukkan kepala. Begitu juga kawan-kawanku yang lain.

“Ohh.. Memang baik dengan auntie tu ke?” Faqhrul bertanya pula.

“Haah. Memang baik dari sekolah menengah lagi. Ok lah, gerak dulu ye.” Aku terus bangun dari kerusi.

“Okey, bye!” Faqhrul melambaikan tangannya ke arahku. Aku membalas semula.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : You’re Mine! No One Else! 1”
  1. wanie says:

    best la…
    apa akan jadi seterusnya… tak sabar nak tunggu..

  2. Mizna says:

    wanie : terima kasih :D bab seterusnya kena tunggu diupdate dulu.. kalau tak sabar, boleh baca dalam blog. ;D

  3. Nurul Hanifah says:

    sangat best!! awal2 pon da ade gimik.. x sbar nk tggu smbungan nyer.. cpat2 ckit yer.. more excitg!!

  4. nur says:

    apa blog penulis ye?…

  5. Mizna says:

    Nurul Hanifah : Hehe, thank you :D btw, thanks for reading :)

    nur: mixchokichoki.blogspot.com. tekan je nama saya. nanti akan terus ke blog saya. Thanks for reading :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"