Cerpen : BE mine!

30 September 2012  
Kategori: Cerpen

17,887 bacaan 10 ulasan

Oleh : MIYAZAKI ELISYA

Kelihatan seorang gadis melangkah perlahan masuk ke dalam kamar tidur seseorang. Jam loceng ditangannya dipegang erat. Ada satu misi yang perlu dijalankan olehnya pada pagi yang hening itu.

Jam loceng tadi disetkan supaya berbunyi pada jam 6.00 pagi. Kemudian si gadis mengorak langkah ke sisi katil. Didekatkan jam itu ke telinga penghuni katil mewah dihadapannya itu.

KRING!!!! Bergema Vila Impian yang sunyi sepi dengan deringan nyaring sang jam. Tersentak si penghuni katil dengan bunyi bising yang telah mengganggu lenanya. Dia memisat-misat matanya untuk mencapai tahap sedar dan bukannya mamai.

“Siapa yang berani kacau aku tidur ni, hah??!!!” jerkah si jejaka. Geram apabila mimpi indahnya berkecai di tengah jalan.

“Tuan Muda, baik Tuan Muda bangun dan bersiap untuk ke kolej sekarang. Kuliah Tuan Muda hari ni start pukul 8. Nanti lambat pula Tuan Muda masuk ke kuliah,” ujar si gadis tenang.

Mendengar ujaran maidnya itu, Afif Fadli mencapai jam tangannya yang terletak di meja kecil sebelah katilnya. Seraya itu, bibirnya diketap geram.

“Kau ni kan, Lisa. Sekarang baru pukul 6. Lama lagi kot kuliah aku start. Yang kau membingitkan telinga aku pagi-pagi buta ni buat apa?” marah Afif. Mataya menjeling tajam ke arah Lisa yang sudah tersengih.

“Tuan Muda perlukan masa yang lama untuk bersiap. Jadi, Tuan Muda kena bangun awal supaya perancangan hari ni tidak tunggang-langgang.” Tenang dan bersahaja Lisa membalas.

Afif merengus kasar. Tanpa mempedulikan kata-kata Lisa, dia menarik selimutnya hingga menutupi bahagian kepala dan sambung tidur. Peduli apa dia dengan arahan maid peribadinya itu.

Lisa tersengih. Sudah dapat mengagak reaksi ‘Tuan Muda’nya yang payah untuk bangun pagi. Kemudian, dia berlalu keluar dari kamar tersebut dan mendapatkan cara yang berkesan untuk mengejutkan majikannya.

“Lisa, sudikah awak menjadi suri yang boleh membahagiakan saya sepanjang saya hidup di dunia ini?” Afif bernada romantik menuturkannya. Sambil melutut, dia menghulurkan sebentuk cincin kepada Lisa. Lagaknya tak ubah seperti seorang prince charming yang melamar princessnya.

Afif hanya melihat Lisa tersenyum. Apa yang ditunggunya adalah jawapan ya atau tidak daripada Lisa. Afif memejamkan mata dan kepalanya ditunduk ke bawah. Debaran di dada terasa semakin rancak.

Busshhh. Satu baldi air sejuk disimbahkan kepada Afif yang masih nyenyak tidur. Melompat Afif dengan simbahan yang mendadak itu. Hancur berkecai mimpinya tadi. Badannya menggigil kesejukan akibat daripada tindakan Lisa itu. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada maid peribadinya yang sudah melangkah laju meninggalkan bilik tidur.

“Lisaaaaaaaaaaa!” bergegar Vila Impian dengan jeritan Afif yang bengang itu. Tergelak Lisa yang sudah beredar dari kamar tidur Afif apabila terdengar jeritan tuan mudanya.

* * * * *

“Aaachhuu….” Afif mengesat perlahan hidungnya yang mula berair. Ni semua salah Lisa. Tak pasal-pasal aku selsema pagi ni.Gumam Afif sendirian. Hidungnya dikesat dengan tisu dek lelehan hingus yang keluar. Sekali lagi dia terbersin. Satu dewan kuliah memandangnya hairan. Afif hanya mampu tersengih membalas pandangan mereka.

“Jaga kau Lisa. Tak pasal-pasal kau buat aku malu hari ni.”

Tiba-tiba satu plastik yang berisi ubat diletakkan di atas meja. Afif memandang bungkusan tersebut dengan pelbagai tanda tanya. Seraya kepalanya mendongak. Lisa hanya tersengih melihat mimik muka Afif yang sudah mencebik. Afif menyandarkan badan ke kerusi sambil meyilangkan tangannya. Menunggu kata-kata daripada Lisa.

“Tuan muda, ni ubatnya. Tuan muda makanlah supaya selsema tuan muda tu bertambah baik. Saya minta maaf pasal pagi tadi,” ujar Lisa lemah lembut dengan nada yang dibuat-buat. Sempat dia mencebik pada Afif sebelum berlalu dari situ. Afif hanya buat tak tahu dengan tindakan Lisa itu.

“Bagus betul budak tu. Disuruh panggil tuan muda pun dia ikut. Kalau tak, memang nahaslah dia,” ujar Afif lalu menyimpan ubat yang diterimanya tadi ke dalam bag. Tidak semena-mena bibir Afif menguntum senyuman.

“Kau pergi mana tadi Lisa? Tiba-tiba je menghilang. Nasib baik Dr. Sharifah tak masuk lagi. Kau bukan tak tahu dia mana suka studentnya masuk lambat,” bebel Amni sebaik sahaja dia melihat kelibat Lisa. Lisa hanya tersenyum nipis mendengar bebelan sahabat baiknya itu lalu melabuhkan punggung di sebelah Amni.

“Aku pergi jumpa Afif jap. Bagi dia ubat selsema,” terang Lisa sambil mengeluarkan buku notanya untuk kelas Dr. Sharifah nanti.

“Afif? Lelaki yang kau panggil tuan muda yang kau selalu cerita tu? Baik betul kau sampai nak bagi ubat kat dia?” ucap Amni tanda tidak berpuas hati. Faham betul Amni dengan perangai tuan muda Afif yang selalu sahaja membuli Lisa.

“Tak adalah, pagi tadi aku simbah dia dengan air sejuk masa nak kejutkan dia. Aku cuba….”

Belum sempat Lisa menghabiskan ayatnya, Amni sudah ketawa berdekah-dekah. Lisa mengerutkan dahi tanda hairan.

“Kau buat macam tu kat dia?!! Wah….aku respect lah kau, Lisa. Aku rasa tak ada siapa kat rumah dia yang berani buat macam tu.”

“Ye ke? Over sangat ke aku?” Lisa bertanya bodoh.

“Eh, mana ada over. Orang macam Afif kena guna cara yang kau buat tu. Biar berkasar sikit asalkan dia sedar. Ha…ha…” balas Amni dengan gelaknya yang masih bersisa. Lisa hanya berdiam diri mendengar ulasan Amni.

* * * * *

Afif mengerling sekilas jam di dashboard. Bagaikan cacing kepanasan dia menunggu dalam kereta Toyota Camry milik keluarganya. Kejap-kejap dia menurunkan cermin keretanya untuk mencari kelibat Lisa di perhentian bas tidak jauh dari tempat parkir keretanya.

“Tuan muda, nak saya tolong carikan Cik Lisa ke?” tiba-tiba pemandunya menyoal seolah-olah mengerti apa yang bermain di fikiran Afif. Afif sedikit tersentak dengan soalan pemandunya. Nampak sangat ke aku tengah cari dia? Soalnya dalam hati.

“Err,,,tak apalah Pak Ali. Saya tunggu dalam kereta je. Kuliah dia tak habis lagilah tu,” balas Afif tenang cuba menutupi kegelisahannya tadi. Pakcik Ali hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

“Lisa, jom kita pergi main boling lepas ni. Dah lama kita tak main boling kan?” usul Amni sebaik sahaja kelas Biokimia Prof. Hamid berakhir.

Lisa yang sedang mengemas buku-buku notanya memandang wajah Amni yang penuh mengharap. Kemudian dia tersenyum kecil lalu mengangguk tanda mengiakan.

“ Yess!! Sayang kau Lisa,” balas Amni keriangan lantas mendapatkan Lisa dalam pelukannya.

“Wei, kalau ya pun, agak-agaklah nak peluk aku pun. Malulah wei…” ujar Lisa sambil menolak perlahan pelukan sahabatnya tadi.

“Yelah…dah lama kot tak lepak dengan kau. Kau kan busy je setiap hujung minggu,” luah Amni. Lisa melepaskan keluhan kecil. Betul juga kata-kata Amni tu. Sejak dia tinggal di Vila Impian, dia kurang menghabiskan masa bersama-sama sahabat baiknya.

“Ha…bolehlah kita ajak Haikal sekali. Dah lama kot kita tak lepak sama-sama kan?” cadang Amni lagi.

“Haah kan…dah lama giler rasanya tak lepak dengan korang. Nanti aku call Auntie Mary dulu. Bagitahu dia yang aku balik lambat sikit hari ni,” ujar Lisa lalu mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Auntie Mary merangkap bonda kepada Afif dan juga kawan baik mamanya.

* * * * *

“ Lama betul rasanya tak jumpa kau kan, Lisa. Sejak kau duduk dengan si Afif tu jarang aku dengar cerita kau,” ucap Amni ketika mereka menikmati makan tengahari di McDonald setelah bermain boling tadi.

Tersedak Lisa bila nama Afif disebut. Amni yang melihat keadaan Lisa segera menghulurkan tisu dan air mineral kepadanya.

“Kau ni kenapa? Pantang sebut sikit nama Afif kau jadi macam ni.” Amni menyoal tanda hairan. Lisa hanya tersengih.

“Tak adalah….aku ingat nak hilangkan sikit rasa jemu aku daripada menghadap muka dia. Alih-alih kau sebut nama dia terbayang jugaklah muka dia. Buat aku bosan jelah kau ni,” dalih Lisa.

“Jangan-jangan kau dah tangkap cintan dengan Afif? Yelah…dah lebih sebulan kau duduk satu rumah dengan dia. Mana tau, dalam hati ada taman ke…” Amni mulai serkap jarang. Dipandangnya Lisa dengan satu sengihan penuh makna. Lisa menjengilkan matanya mendengar tuduhan Amni. Biarlah persoalan itu hanya hatinya yang menentukan.

“Sampai bila kau kena duduk dengan Auntie Mary tu?” Haikal pula menyoal. Panas hatinya apabila soal Afif dibangkitkan. Lisa menelan perlahan air liur sebelum menjawab soalan Haikal tadi.

“Sampai mama aku balik dari outsatation. Adalah lagi 2 bulan.”

Kedengaran Haikal mengeluh perlahan. Lama lagi tu. Takut-takut nanti Lisa….bisik Haikal sendiri. Amni yang melihat gaya Haikal sudah tergelak kecil. Seraya dia memukul perlahan bahu Haikal dengan kotak McD yang sudah kosong. Haikal menoleh ke arah Amni pelik. Amni hanya memberikan isyarat mata. Haikal bagaikan mengerti pula membalas hanya dengan gelengan kepala.

“Korang, kita nak pergi mana lagi ni? Tengok wayang jom,” ajak Lisa pula beria-ia. Sekali-sekala apa salahnya dia menghabiskan masa bersama-sama temannya. Alang-alang dia sudah memaklumkan kepada Auntie Mary mengenainya.

“Ha…boleh juga….” sahut Haikal gembira.

“Jom!” balas Amni pula. Lisa hanya tersenyum melihat reaksi dua orang sahabat baiknya itu.

* * * * *

Afif menghempaskan beg sandangnya ke atas katil. Dia merengus kasar. Sejak dia balik dari kolej tadi langsung tiada berita pasal Lisa.

“Mana pulak dia ni pergi. Dahlah tak bagitau aku apa-apa. Aku call pun tak angkat.” Gumam Afif sambil jarinya pantas mendail nombor telefon Lisa entah kali ke berapa.

Tiba-tiba Afif terdengar bunyi deringan di luar biliknya. Dia hairan. Itu bunyi phone Lisa. Desisnya. Sejenak kemudian Afif mula mengorak langkah menuju ke pintu biliknya.

Lisa yang baru saja menaiki tangga menuju ke biliknya terjerit kecil apabila telefon bimbit ditangannya tiba-tiba berdering. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon cukup membuatkan dahinya berkerut. Aik. Macam tau-tau je aku dah balik. Omel Lisa sambil tersengih. Dibiarkan sahaja telefonnya bordering. Kotak jam tangan Rolex yang dibelinya tadi ditenungnya bersama segaris senyuman.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik dikuak. Lisa mendongak memandang ke arah tersebut. Pandangannya bersatu dengan anak mata Afif yang terjengul dari biliknya. Beg kertas yang dipegangnya tadi segera disembunyikan ke belakang. Senyap. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan oleh Lisa ketika itu.

“ Kau pergi mana? Kau dah lupa ke pesanan yang aku sampaikan masa kat kolej tadi?” soal Afif garang mematikan lamunan Lisa. Matanya tidak lepas daripada memandang Lisa. Perasaan geram mula menguasai dirinya.

Lisa mengerutkan dahi. Pesanan? Bila masa pulak dia bagi pesanan ni? Lisa berteka-teki sendiri.

“Err….aku…keluar….” Tergagap-gagap Lisa mahu menjawab. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.

“Yang kau tu tiba-tiba nak marah-marah aku ni apasal? Tak boleh cakap baik-baik sikit ke?!” tempelak Lisa pula. Niatnya untuk berbaik-baik dengan Afif terbantut serta-merta. Dahlah aku balik penat-penat ni. Kena menghadap bengis dia pulak. Rungut Lisa dalam hati.

Terkejut Afif dengan jerkahan Lisa tadi. Air liurnya ditelan perlahan. “Erm…aku…aku…” giliran Afif pulak yang tidak tahu nak jawab apa. “Eh…apasal kau tak panggil aku tuan muda, hah? Kan aku suruh kau panggil aku tuan muda. Kau kan personal maid aku?!” balas Afif pula. Sengaja perkataan personal maid ditekankan untuk mengenakan si Lisa. Sejak Lisa tinggal di rumahnya, bermacam-macam kerja berat dia arahkan pada Lisa. Terasa seronok pulak apabila membuli Lisa sebegitu. Dia suka melihat wajah gadis itu marah-marah padanya. Sweet je. Muka macam tak marah pun.

Membulat mata Lisa saat isu personal maid dibangkitkan. Bibirnya diketap menahan geram. Sudah lama dia bertahan dengan kerenah Afif yang suka sangat bercakap ikut sedap mulut je. Mengarah dia membuat itu dan ini.

“Hei, suka hati kau je kan nak panggil aku maid kau. Kalau bukan sebab Auntie Mary yang suruh aku duduk rumah ni, tak ingin aku nak duduk serumah dengan kau. Lebih baik aku duduk luar je,” sembur Lisa. Turun naik dadanya menahan geram yang amat sangat. Puas dapat meluahkan segalanya yang terbuku dihati. Afif terpana. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Afif! Lisa! Kenapa dengan kamu berdua ni?!” soal mama Afif yang baru sahaja tiba dihadapan mereka. Dipandangnya Afif dan Lisa silih berganti. Dia yang sedang berada di dapur berasa hairan apabila terdengar bunyi bising di tingkat atas.

Afif dan Lisa sama-sama terkejut dengan kehadiran Auntie Mary. Lisa pula hanya menundukkan wajahnya. Takut untuk berdepan dengan Auntie Mary yang mungkin sahaja berkecil hati dengan kata-katanya tadi.

“Apa yang Afif dah buat pada Lisa sampai dia marah macam tu sekali?” soal mamanya lagi apabila kedua-dua anak muda dihadapannya membisu tanpa kata.

Afif diam. Dia memandang Lisa yang sedari tadi hanya menunduk. Satu keluhan dilepaskan. Tahu semuanya berpunca dari dirinya. Tanpa menjawab soalan mamanya dia berlalu memasuki biliknya meninggalkan Lisa dan mamanya.

Melihatkan Afif yang mengelak, pandangan teralih pada Lisa pula. Jawapan pada persoalannya tadi dituntut daripada Lisa pula. “Sorry, Auntie.” Hanya ucapan itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Kemudian, Lisa turut berlalu dari situ. Auntie Mary hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat perihal keduanya.

* * * * *

“Kenapa kau termenung je ni Lisa? Ada masalah ke?” soal Haikal apabila dia melihat Lisa hanya menguis-menguis nasi goreng ayamnya.

“Huh?” Lisa memandang kosong Haikal yang duduk dihadapannya. Kedengaran Haikal mengeluh perlahan. Bermakna Lisa tidak mendengar apa yang diperkatakan.

“Sorry, Kal. Apa kau cakap tadi? Aku tengah fikir pasal assignment aku tadi,” dalih Lisa. Pertengkarannya dengan Afif semalam membuatkan rasa bersalah menyelubungi dirinya.

Semasa dia mahu mengeluarkan buku notanya untuk kuliah Biokimia tadi, ada satu nota kecil terjatuh di atas ribanya.

Aku tunggu kat depan gate fakulti kau. – Afif-

Sungguh. Dia terkejut dengan apa yang tertulis di situ. Rupanya, itulah pesanan yang Afif maksudkan semalam. Mesti dia tunggu aku lama kat situ. Aku mesti minta maaf pada Afif. Desis hatinya lagi.

“Erm…tak apalah. Tak ada apa-apa yang penting pun,” balas Haikal, berjauh hati. Luahan hatinya tadi tidak didengari oleh Lisa rupanya. Sudah beberapa hari dia mencari keberanian untuk menyuarakan isi hatinya namun semuanya sia-sia belaka. Mungkin bukan rezekinya kali ini. Mungkin lain kali saja. Tekadnya dalam hati .

“Kau nak pergi mana pulak lepas ni? Ada kuliah lagi ke?” Tanya Haikal cuba mengubah topik perbualan.

“Aku ada hal sikit lepas ni. Kau balik dululah Kal,” balas Lisa pendek. Kemudian dia mula mengorak langkah meninggalkan kafe tersebut. Terpinga-pinga Haikal melihat gelagat Lisa yang tergesa-gesa berlalu dari situ.

Baru sahaja Lisa ingin melintas, kedengaran namanya dipanggil dari jauh. Namun, matanya kini lebih tertumpu ke arah sebuah kereta yang meluncur laju menghampirinya.

“Lisa!!!!”

* * * * *

Afif membelek-belek kotak hadiah yang diberikan oleh Amni tadi. Amni memberitahu Afif yang kotak hadiah tersebut dijumpai dalam bilik kuliahnya. Amni pun terus menyerahkan padanya memandangkan nama ‘Afif’ tertera pada kotak itu. Binggung pula Afif memikirkannya.

Namun dalam hati Afif tersenyum apabila melihat jam tangan Rolex idamannya di depan mata. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping kad yang diletakkan bersama kotak tersebut.

Aku cuma nak minta maaf sebab simbah kau dengan air even you deserve it. Haha…

Sebab tu aku bagi jam ni. Aku tau kau suka suka jenama ni kan? So, I apologize. =D

-Lisa-

Afif sengih sampai ke telinga membaca kad tersebut. Nak minta maaf pun sempat lagi kutuk aku. Lisa…Lisa… Eh, sepatutnya aku yang minta maaf pasal semalam. Memang salah aku pun. Tulah Afif, ikut sedap mulut kau je mengata orang. Afif bermonolong sendiri. Kepalanya diketuk perlahan apabila memikirkan kelancangan mulutnya berbicara semalam.

Laju Afif mengorak langkah menuju ke kafe tempat Lisa berada. Info itu pun diperoleh setelah penat dia mengorek rahsia daripada Amni tadi. Dia harus menceritakan segala-galanya pada Lisa hari ini. Tentang perasaannya selama ini.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lantang. Belum sempat Afif menyapa, kedengaran suara mamanya menangis teresak-esak.

“Fif, Lisa….Lisa….dia accident, Fif,” ujar Auntie Mary tersekat-sekat. Saat itu, Afif merasakan dunianya kelam. Telefon bimbitnya melurut perlahan-lahan daripada pegangannya dan akhirnya terhempas ke tanah. Sungguh. Fikirannya kosong ketika itu.

* * * * *

Sehelai nota berwarna biru digenggamnya perlahan. Air mata yang bertakung sudah tidak dapat ditahan lagi. Sebak hatinya membaca nota tersebut. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

“Haikal, maafkan aku…” hanya itu sahaja yang terluah dari mulutnya.

Sejurus itu, air matanya merembes keluar. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak di dada. Sebak hatinya membaca nota yang ditinggalkan oleh Haikal untuknya.

Kepada Lisa, my best friend~

or maybe my girlfriend to be~

or maybe my future wife~ heheh…. ^^

Aku tahu, mesti kau terkejut dengan coretan aku ni kan? aku tulis surat ni pun kalau-kalau aku memang dah tak berani ataupun tak sempat nak bagitau kau apa yang aku pendam selama ni….

Tapi jangan risau, bukannya aku nak luahkan rasa tak puas hati aku pada kau….

Juz nak luahkan isi hati aku..hehe

Aku sebenarnya…. Dah lama sukakan kau…

Maybe aku taklah romantic sangat atau pun maybe terlalu drastic…tapi…

Sudi tak kau jadi teman hidup aku forever???

Aargh….malunya aku..walaupun hanya dengan menulis saja…. >.<

Yang ikhlas – Haikal (your best friend or boyfriend to be ~ or maybe future husband)

hehe..

p/s : aku tak kisah pun dengan jawapan yang kau beri, yang penting kau tahu isi hati aku selama ni…..^^Semoga kau bahagia dengan pilihan kau sendiri.

Lisa menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskannya perlahan-lahan. Air mata yang masih berbaki dikesatnya dengan hujung baju. Kemalangan yang meragut nyawa Haikal beberapa minggu yang lalu terbayang semula di depan matanya. Kalau dia berhati-hati semasa melintas jalan pada hari tu mungkin nasib malang tidak menimpa arwah Haikal.

Dia berasa kesal kerana tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Haikal tempoh hari. Apa yang lebih kesal lagi arwah Haikal tidak sempat mendengar jawapan daripada mulutnya sendiri.

Namun, dia harus redha. Semuanya ketentuan Ilahi. Haikal pergi kerana ALLAH lebih sayangkannya. Nota tersebut dirapatkannya ke dada sambil mata terpejam rapat. Dengan berbuat demikian, Lisa dapat merasakan arwah Haikal bersamanya. Satu senyuman nipis terukir dibibirnya bila memikirkan hal tersebut.

* * * * *

Afif menjengulkan kepalanya ke luar tingkap. Dari kamarnya itu, dia dapat melihat Lisa dan mamanya sedang berbual di buaian yang terletak di taman mini rumahnya.

“Lisa masih sedih lagi atas kehilangan arwah Haikal?” soal mama Lisa lembut. Dia tidak mahu hati anaknya terluka apabila isu itu dibangkitkan.

Lisa berjeda sebentar sebelum menawab soalan mamanya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Namun, dia tidak mampu bersuara dan hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan.

Kedengaran mamanya pula mengeluh kecil. Kemudian tangan Lisa digenggamnya erat. “Lisa tahu mama sayangkan Lisa kan? Mama tak suka tengok anak mama sedih macam ni. Dah lebih sebulan arwah pergi. Lisa kena redha.”

Lisa tersenyum nipis mendengar ucapan mamanya. Ada betulnya kata-kata mama tu. “Dan lagi satu, Lisa masih belum beritahu lagi jawapan Lisa pada Auntie Mary. Tak baik buat orang tu tunggu lama-lama.” Mama Lisa memuncung bibirnya ke

arah tingkap di tingkat atas.

Lisa menoleh ke arah tersebut. Kelihatan sebatang tubuh cuba bersembunyi di sebalik langsir. Lisa tergelak kecil.

Afif mengetuk kepalanya perlahan. Tanda menghukum dirinya sendiri. Kan Lisa dah nampak. Buat malu je lelaki main sorok-sorok. Desisnya.

“Kau buat apa kat tepi tingkap tu? Tengok kapal terbang ke?” sergah satu suara dari pintu kamarnya. Afif pantas menoleh. Dia hanya mampu tersengih melihat Lisa yang sudah senyum sumbing ke arahnya. Nak kenakan akulah tu. Tekanya dalam hati.

Perlahan-lahan Afif mengorak langkah ke arah Lisa dan berlalu menuruni anak tangga. Lisa angkat kening. Pelik dengan kelakuan Afif itu. Dia membuntuti Afif dari belakang menuju ke ruang tamu.

Afif duduk. Lisa duduk. Kedua-duanya duduk berhadapan antara satu sama lain. Lisa pandang Afif. Afif pula hanya menunduk. Sejak bila pula si Afif ni jadi pemalu dengan aku. Hati Lisa tertanya-tanya. Dia tergelak kecil.

“So?” Lisa menyoal. Afif kerut dahi. Dia mendongak memandang Lisa. Lisa hanya angkat kening.

“So, kau dah bersedia ke nak dengar jawapan dari aku?” Lisa bertanya lagi. Muka Afif dipandangnya serius. Afif telan air liur. Jantungnya sudah mula memainkan rentak yang entah apa-apa. Bahang mula terasa di pipinya.

Tanpa mereka sedari, kelihatan mama Afif dan Lisa sedang mengintai anak muda itu dari pintu dapur. Menanti-nanti adegan yang seterusnya pula.

Afif masih diam. Tidak tahu apa yang perlu diucapkan.

“Afif, aku minta maaf kalau….” Tidak sempat Lisa menghabiskan ayatnya, Afif sudah berdiri. Sah! Mesti dia nak tolak ni. Argh…aku tak sanggup nak dengar. Monolog Afif dalam hati. Tanpa membuang masa, Afif terus meluru keluar dari rumahnya. Ingin mendamaikan jiwanya. Tinggal Lisa keseorangan terpinga-pinga di situ.

Mama Afif dan mama Lisa pula hanya mengeluh perlahan.

* * * * *

Afif duduk memandang gelagat manusia yang berada di taman tersebut. Ada pasangan yang sedang berjoging mengelilingi taman. Ada juga sebuah keluarga yang datang berkelah di situ. Pandangannya juga tertancap pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain kereta kawalan jauh. Satu keluhan kecil dilepaskan.

Tiba-tiba terhulur satu kotak hadiah dihadapannya. Kepalanya diangkat. Namun dia hanya mampu membisu melihat raut wajah tersebut. Lisa mengambil keputusan duduk bersebelahan Afif apabila kotak hadiah yang dihulurnya tidak bersambut.

Sekali lagi Lisa menghulurkan kotak hadiah tersebut kepada Afif. Afif berjeda seketika sebelum mengambilnya. Kotak tersebut dibukanya. Afif mengerutkan dahi. Kosong. Tiada apa-apa yang ada di dalamnya. Hanya ada sehelai kertas yang tertulis ‘yours’. Dia memandang Lisa hairan.

Lisa hanya mempamerkan senyuman nipis. Dia berdehem sebelum meneruskan kata-katanya.

“Kau nak tak kalau aku jadi isi dalam kotak yang kau dah ambil tu?”

Tergelak Afif mendengar apa yang diperkatakan oleh Lisa. Apa punya bahasalah yang kau guna Lisa.

Lisa mencebik apabila dia melihat Afif mentertawakannya. Seraya kotak dalam pegangan Afif itu dirampas. Merajuk. Takkan Afif tak faham dengan apa yang dimaksudkannya tadi.

“Hish, dah bagi mana boleh ambil balik. Dah bagi, jadi aku punyalah.” Afif merampas semula kotak tersebut dari Lisa. Afif tersenyum memandang Lisa. Lisa turut tersenyum.

“Tulah, saya tak habis cakap lagi awak dah keluar,” ungkit Lisa. Kata ganti diri yang digunakan sudah pun bertukar.

“Yalah, mana saya tau. Saya tak boleh terima kalau jawapan awak tak menggembirakan saya,” balas Afif pula. Lisa tersenyum malu. Tidak menyangka ini terjadi padanya. Afif tersenyum di dalam hati. Hatinya kini pasti kedudukannya di hati Lisa.

Lisa pula yakin hatinya kini menjadi hak mutlak lelaki disebelahnya. Afif dan Lisa masing –masing melayani perasaan. Dalam hati, kedua-duanya bersyukur dengan apa yang berlaku.

“Haikal, terima kasih. Kau tetap sahabat baik aku selamanya.” Bisik Lisa di dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Cerpen : BE mine!”
  1. nono70 says:

    ringkas sgt antara satu plot ke satu plot…mungkin lebih menarik jika dipanjangkan setiap satu situasi utk menimbulkan mood yg lebih baik

  2. ira says:

    urmmm……mcm pernh bca…tp ini lbih ringks….ermm..

    x pe lah….ok….dpt jugak bca smpi abis…..x boring.^_^

    gud

  3. bulan says:

    emm 0k laa

  4. alifa husna says:

    wahh…! omo… daebak la! chincha daebak! kyeopta sangat cerpen ni… hwaiting, Miyazaki Elisya..! ^___^

  5. meline_me33 says:

    Erm..biasa meline suke komen pjg2 tp.. Emm.. relaks bc. Skurangnya xde ayat plik2 o pkataan yg x ckup huruf. Keep it up. Nk tgk miya buat genre lain plak. Walla~

  6. Aliah Mohd Salleh says:

    Macam pernah baca. Tapi menarik dan simple.

  7. nadiey says:

    Best2,,,hehe
    Truskn b’krya

  8. Qasrina says:

    best walau pun singkat…and dapat jugak bace sampai habis…^_^….good luck

  9. Cahaya Aurora says:

    best! =D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"