Cerpen : Bukan Kawan, Tapi Kahwin

24 September 2012  
Kategori: Cerpen

34,980 bacaan 43 ulasan

Oleh : Cik Owl

“Apa salah aku sampai macam ni kau layan?”

Dia meraup muka. Wajahnya di hadapan langsung tidak dipandang. Sungguh kejam dia merobek hati ini. Kalaupun tiada perasaan sayang janganlah aku dilayan sedemikan rupa. Aku juga macam gadis lain. Punya hati punya perasaan.

“Kau boleh tanya? Kau sedar tak selama ni kau yang banyak rosakkan hati aku! Perasaan aku..”

Suaranya sudah naik level. Bukan ini yang aku mahu. Aku cuma mahu kami berbaik, kalau tidak sebagai sahabat cukuplah hanya sepupu.

“Apa maksud kau? Bukankah selama ni kau yang menjauh dari aku? Aku mesej, aku call semua takde response. Bila aku ajak berbual, nampak sangat kau mengelak. Jadi ini yang kau cakap salah aku? ”

Aku merengus kasar. Tindakan dia yang mengelak diri beberapa bulan ini buat aku walang. Puas aku belek di mana silapnya, di mana salahnya aku. Sudahnya aku yang makan hati!

“Apa cerita kau tukar nombor tak inform kat aku?”

“Aku dah jelaskan sebabnya. Lagipun aku bagi apa dengan kau..”

Aku tukar ke nombor baru pun pasal nak lari jauh dari cengkaman orang- orang yang memburu walau aku bukan artis. Dan dia cukup tahu akan hal itu. Tapi kenapa tak pernah nak faham, tak pernah nak jelas dengan keadaan aku! Takkan benda kecil macam tu nak dibuat besar gaya masalah negara. Kusutlah!

“Apa maknanya kalau dekat berbulan baru nak bagi?”

E’eh mamat ni! Panas pula dia.

“Sekurang-kurangnya aku bagi. Bukannya tak langsung!”
Bentakku namun masih dalam nada terkawal. Dia bangun. Memandang aku tajam. Cukup untuk membuatkan aku rasa betapa kerdilnya aku di sisi dia sekarang.

“Baik tak payah kalau macam tu?”

Bila dia mula melangkah, pantas lengannya yang berbalut kemeja biru gelap itu aku capai. Langkahnya mati serta merta. Tajam matanya menikam hingga ke ulu hati.

“Kau nak apa lagi?”

“Adam, please. Aku tak habis cakap lagi.”

“Tapi aku dah habis!”

Dia nampak marah namun pautanku tidak pula dilepaskan. Aku sembunyi senyum.

“Janganlah buat aku macam ni. Aku sedih. Aku nak kita macam dulu.”

“Untuk apa Hawa? Kau yang nampak tak hargai peluang kita bersama kan?”

Bakteria nampak, tapi gajah tak pulak! Salah aku nampak, salah dia tak pulak!

“Aku minta maaf. Dah berulang kali aku minta maafkan. Jadi kau maafkanlah aku.”

“Sudahlah. Aku banyak kerja nak buat!”

Pautan dileraikan. Dia sudah menjauh. Menjauh dari aku, dari hati aku, dari sayang aku! Susah sangat ke nak kasik tahu salah silap aku. Mana yang perlu aku perbaiki. Ini tak! Cuba lah dia jelaskan di mana ruang yang kabur. Tapi makin rumit pula jadinya.

Akhirnya aku juga yang tersedu di taman itu keseorangan. Menangisi dia. Gaya macam baru putus cinta. Kalaulah kisah lama boleh diperbaiki. Kalaulah aku tak tukar nombor baru. Kalaulah! Kan elok perkataan ni tak wujud dalam kamus dewan bahasa?Dengan air mata yang mengaburi pandangan, minda terus ligat menyingkap detik-detik indah bersama Adam.

‘Wa, aku kat depan.Silalah keluar!’

SMS Adam aku baca perlahan. Bila masa tah mamat ni sampai. Takde pulak terdengar bunyi kereta, bunyi motor ke. Lantas tudung aku rapikan. Menilik diri di bias cermin. Cukup sekadar menutup aurat, perhiasan lain tak perlu kot! Di ruang tamu jelas lelaki yang membelakangi aku itu rancak berbual dengan Along. Dia selalu macam ini. Semuanya main serbu. Jangan soal nikah kahwin pun macamtu sudah!

Aku labuhkan duduk di sebelah Along bila lelaki itu bagai tak perasan kewujudan aku di belakangnya. Dia tersenyum manis. Aku kalih pandang pada minuman di meja. Nampak sangat Along yang buat sendiri. Lagipun kami berdua saja yang tinggal kat rumah. Mama dan Papa ada jemputan kenduri kahwin. Bibik? Lagilah takde.

“Dah lama sampai ker labu?”

Tanyaku sekadar berbasa basi. Laju saja aku mencari mata itu. Aku suka tengok. Macam mata nak tidur jer kalau tengok lama-lama.

“Adalah jugak dalam sejam Puan labi..”

Dia tersenyum manis. Semanis senyuman yang aku harapkan.

“Aik?Mesej baru beberapa minit lalu kot..”

“Hafiz cakap kau mandi. Malaslah aku nak kacau.”

La! Patut tak dengar bunyi apa. Aku kat bilik mandi memang tak dengar satu benda pun melainkan suara aku dan bunyi air! Padanlah!

“Aku nak kuar dating ni. Nak melepak duduk tempat lain ya. Lainlah kalo nak kahwin free..”

“Best apa kahwin free..”

Sengal punya kawan. Macam nak baling dengan mug. Sudahnya bantal kecik jugak jadi mangsa.

“Biar aje dia Long. Kahwinkan dengan Si ramping tu..”

Along yang sedang membelek handphone tergelak. Geli hati agaknya aku menjodohkan Adam dengan Si ramping, kucing kesayangan mama.

“Eh labu, kucing nak buat apa? Lainlah dengan kau. Kalau cium boleh bagi response! Boleh ada keturunan!”

Aku pandang dia. Geram! Aku pula yang dibahankan. Along sudah terguling guling ketawa.

“Sengallah dia ni! Along pun sama weng!”

Aku bangkit. Malas mahu menyertai mereka jika hanya aku yang menjadi mangsa. Dahlah topik memang sesat!

“Eh-eh! Nak kemana? Jom lepak tempat lain.”

Langkahku terhenti betul betul di belakangnya. Aku pandang dia. Masih ada senyuman gatal, senyuman miang! Sungguh aku tak suka bila dia senyum macamtu. Rasa jantung tak berfungsi dengan betul.

“Mana?”

“Tempat biasa..”

Dia pandang Along yang jungkit kening. Kemudian dia sama jungkit kening. Bahasa apa tah! Aku mengangguk. Langkah terus menuju ke tingkat atas nak tukar pakaian yang lagi sopan.

“Bosanlah jadi awek kau. Asyik tempat sama je nak dating..”

“Kau cakap macamtu terasa gay lah pulak!”

Mereka sekali lagi bergabung tawa. Dua-dua pun sewel!

Dan bila aku turun kembali bayang Adam dan Along sudah lenyap. Agaknya sudah menunggu kat luar. Dan betul, bila kelibat Adam sedang berbual di telepon depan keretanya. Kereta Along dah lesap.

“Gerak jom!”

Pintu kereta aku buka perlahan selepas mengunci rumah. Cukuplah sekadar berkemeja ungu dipadankan dengan skirt labuh. Bertudung senada kemeja. Duduk aku betulkan saat Adam sudah memboloskan diri ke dalam kereta. Sibuk sangat bergayut! Kenapa tak diajak saja wanita tu berdating. Yang diusungnya aku buat apa?

“Lisa telepon, ajak tengok wayang..”

Aku pandang dia. Lisa mana pulak ni? Handbreak diturunkan dan kereta mula reverse.

“So? Pergi jelah.”

Baiklah dibuat keputusan sebelum masuk highway. Kang tak pasal-pasal aku menapak balik rumah.

“Habis kau?”

“Boleh jelah aku duduk kat rumah. Tak kisah.”

Dia pandang aku. Kelajuan kereta semakin bertambah.

“Biar jelah Lisa tu. Aku malas nak jumpa..”

“Lah. Kasihan dia.”

Tak tahu nak bagi response macammana. Adam jangan cakaplah. Perempuan keliling! Memang mata keranjang. Tapi hairan ya tak satu pun perempuan yang melekat. Tak satu pun bertahan lama. Namun begitu, aku tabik spring pada dia. Dia pandai menjaga batas. Cukup keluar bersama dan tidak pernah kurang. Cuma mata tu yang tak pernah nak menjaga pandangan.

Panahan matanya tajam menikam hati. Itu maknanya ‘stop membebel sayang!’Ceh, suka sangat nak membentak orang! Dan dia tergelak riang bila aku sudah mengunci mulut. Senang mendengarkan tawanya. Rindu saat begitu.

Tok Tok!

Imbauan kenangan lama sudah terbang menjauh. Aku pantas meraup muka sebelum beranjak ke pintu bilik. Mama!

“Kenapa ni? Sejak tadi berkurung?”

“Takde apa Ma. Tidur je banyak..”

Tidur mende? Baru nak tutup mata, muka mamat tu jugaklah gedik nak keluar dari memori aku. Kepala dah macam orang senget sebelah gara-gara si Adam.

“Sihat tak ni?”

Tangan Mama sudah melekap didahi aku. Bila aku menggeleng, Mama tersenyum penuh rahsia.

“Dah. Jom makan.”

Mama tarik tangan aku menuju ke bawah. Janganlah Mama perasan akan kemurungan aku ni. Tak sukalah mama risau. Dan di ruang makan Along dan Papa sudah sedia menunggu. Aku ukir senyuman buat mereka, juga buat aku sebagai menutup rasa yang berkecamuk.

‘Udang masak butter ’
‘Sambal tomato belacan’

Selalunya masakan ni memang takkan tunggu lama untuk aku ngap. Tapi makin lama dipandang, boleh pula nampak muka Adam. Kalau muka manis takpelah, ni muka marah! Tak lalu nak makan. Teringat kat Adam terus. Kalau masa ni dia ada,pasti tak bersisa dua makanan tu. Adam.. Tolonglah sembuh dari merajuk. Aku pun nak sembuh jugak dari kerinduan ni.

“Yang dikuis nasi tu buat apa Hawa?” Papa perasanlah!

Spontan aku angkat muka. Sah, tiga pasang mata itu menatap aku penuh kehairanan.

“Erk. Takde selera Pa..”

Perlahan, macam segan sungguh suara ni nak keluar.

“Mandi tak basah, makan tak kenyang ye dik?” Apa Along mengarut ni? Aku basah je kalau mandi!

“Kalau tak sihat, kita ke klinik. Lepas makan..”

“Eh, Hawa sihat Ma. Cuma letih sikit kot. Banyak kerja.”

Mama pandang aku lama. Aku tahu dia sedang mengorek rahsia dibalik pandangannya itu.

“Gaya macam orang tengah putus cinta. Kau bercinta dengan siapa dik?”
“Manada! Orang tak bercinta pun.”

Along ni suka tembak macam tu! Kan mama dengan Papa dah pandang lain macam kat aku.

“Habis? Ni mesti gaduh dengan Adam kan?”

Bila mama cakap macam tu, rasa macam nak nangis. Serius nak nangis! Tapi malu dengan Along yang sedang tersenyum mengejek. Pasti Adam dah mengadu dulu kat dia.

“Hawa?”

Keras suara Mama kedengaran. Aku tak tahu nak beritahu macam mana.

“Salah faham je Ma. Biasalah tu. Esok-esok elok lah.”

Along jadi penyelamat. Mama mengangguk sungguhpun mukanya nampak tak puas hati. Aku pandang Along. Along pandang balik dengan maksud tersirat. ‘You owed me one!’ Lepas ni kena buka lembaranlah gayanya dengan Along. Masak! Memang masak.

Dan memang malam tu Along tak lepaskan aku. Lepas makan malam dia dah tarik ke gazebo. Dari mula sampailah ke keadaan kami sekarang ni aku ceritakan. Satu pun tak tinggal. Panjang jugalah bebelan Along sebab tak beritahu benda ni sejak dulu. Sekarang dah kritikal baru nak menangis segala.

Tapi bagi aku, Adam tak patut buat macam ni. Yalah, nak merajuk tu, merajuk jelah. Tak payah nak mengelak, nak menjauh semua. Kalau kata merajuk, aku boleh pujuk. Tapi bila dia menjauh aku nak kejar pun semput. Dan diakhir cerita, akulah yang ditinggalkan. Akulah si dia yang berhati walang kerana terkesan satu rasa yang terbit di hati. Aku tahu itu apa, bila rindu yang menjadi petanda. Bila degup jantung dah tak seirama!

Aku sudah tidak tahan menanggung rindu pada dia insan yang tidak pernah tahu apa-apa soal hati ini.

‘Boleh tak aku ada perasaan cinta pada kau?’

Sungguh bagai tidak terasa jemari yang pantas menaip bait-bait kata yang membawa perkhabaran hatiku buat dia. Sedar-sedar sahaja delivery report sampai. Aku baca lagi dan lagi mesej yang baru dihantar itu. Terdetik dibenak. Akankah dibalas mesej ini? Adakah aku dapat jawapan bagai dipinta?

Sudah sejam aku menunggu balasan darinya. Namun satu mesej pun tak masuk. Sibuk mungkin. Sekadar mahu menyenangkan hati yang bagai disiat-siat pedih dan gelisahnya. Aku baringkan tubuh. Menanti dan menanti. Ternyata aku hanya bertepuk sebelah tangan. Berani sungguh meluah rasa tanpa memikirkan risikonya kelak.

Bantal aku tekup ke muka. Malu pada dinding yang menyaksikan air mata gugur dek rasa pilu yang teramat. Kini aku mengerti diriku sememangnya tidak pernah hadir dalam kamus hidupnya. Hanyalah sekadar seorang adik sepupu yang tidak mungkin pernah lebih dari itu. Seriously, aku bagai mahu melenyapkan diri dari muka bumi ini. Atau setidaknya ke benua lain mungkin. Malu dan resah kini menguasai diri bila hampir 3 jam aku menanti balasannya.

Bagaimana hatiku begitu berani untuk menghantar pesanan sedemikian. Apa yang aku tahu sebaik sahaja solat subuh hatiku sangat kerinduan. Lalu handphone di tepi katil aku gunakan untuk melunaskan segala rasa. Tapi kini apa yang terjadi hanyalah menambahkan beban di hati. Aku semakin sakit.

6 jam berlalu. Aku sudah mengambil EL. Tidak terdaya rasanya mahu membuat sebarang kerja dengan keadaan sebegini. Sudahnya aku hanya berkurung di bilik menyembunyikan mata dan hati yang semakin bengkak.

‘Tolonglah balas.’ Rasa nak meraung!

Kalau diberi pilihan aku tidak pernah sekalipun mahu merasai rasa sakit kerana cinta ditolak. Namun apakan daya aku kini sedang terjerumus di dalamnya. Kepala semakin berat, badan pula semakin lemah. Ketukan di pintu aku tidak pedulikan. Pagi tadi sudah aku maklumkan pada mama yang aku cuti. Barangkali dia mahu menjenguk keadaanku sekarang. Dengan susah payah aku bangun. Menilik penampilan diri di muka cermin. Takut jugak kalau mama sedar aku menangis. Pantas aku basuh muka dan bersolek ala kadar menutup wajah yang sangatlah memalukan. Sah muka orang kecewa! Aku bersiap mahu keluar menenangkan hati. Handbag dan kunci kereta di tangan aku gengam erat.

“Kenapa Ma?”

Aku turuni tangga dengan azam yang baru. Semoga aku mampu bertahan selagi mata ini tidak bersua dengan dia. Namun hati yang baru mahu kuat tadi kian rapuh jadinya bila di hujung tangga mata sudah tertangkap sekujur tubuh yang sangat aku rindui. Kenapa dia harus muncul? Dahlah, mesej yang pendek tak berbalas. Ataukah dia sedang membentang report pada mama. Aku semakin pelik bila senyuman manis terukir untukku. Senyuman yang sudah sekian lama aku nantikan.

“Dah siap? Nak ke mana sebenarnya ni?”

Pertanyaan mama bagai tidak kedengaran. Sedaya upaya aku cuba menahan tangis. Tolonglah air mata, bukan ini masanya.

“Minta Hawa temankan beli barang kejap.”

Itu katanya. Aik, tidak kerja kah dia? Buat apa dia kat sini? Bukankah sepatutnya dia berada di tempat yang lain. Jauh dariku. Dan lagi satu, apa yang sedang dia katakan tadi. Temankan? Aku menemani dia?

“Jangan balik lambat okey..” Mama tersenyum.

“Insya Allah..”

Lembut suaranya sambil mata tak lepas padaku.
Aku semakin keluh. Mama bagai merestui saja aku keluar bersamanya. Tapi kenapa tidak, kerana selama ini kami pernah serapat orang berkasih.

Dia menyalami mama sebelum mengajak aku pergi. Aku hanya menurut. Tak mampu nak pandang dia. Aku malu sebenarnya. Dan lagi membuatkan aku tidak keruan, mengapa dia ada bersamaku sekarang. Saat hati aku tengah rapuh.

Aku masuk ke kereta miliknya. Sekilas pun tidak aku tatap wajahnya. Kalau buat juga sungguhlah hanya akan mengalirkan air mataku.

‘Kenapa tak balas pun mesej aku?’

Kalaulah tidak aku kawal mulut ini, pasti sudah terhambur ayat itu. Dalam 15 minit masa yang berlalu sepatah kata pun tiada.Bisu! Keluh. Aku lagilah tidak akan sudi untuk bersuara. Mahu ke mana dia akan membawa aku? Aku tak ambil kisah, kerana aku tahu aku selamat bersamanya.

Dan sungguh di luar telahanku bila dia membawa aku ke kawasan pantai. Sampai di kotak parking, dia hanya membiarkan pandangannya pada muka laut yang sudah kelihatan. Aku buka seatbelt yang masih membalut tubuh. Jiwa semakin resah bila dia semakin membisu.

“Apa makna mesej tu?”

Erk! Itukah persoalannya? Kenapa muka dia tegang? Dia pasti marah. Aku resah sendiri. Rasa nak menangis di sini!

“A..aku minta maaf. Angggaplah mesej tu tak pernah wujud.”

Aku tidak mahu mendengar kata-katanya yang sudah dapat aku tebak. Pasti semakin mengecewakan bila melihat raut wajahnya. Salahkah aku jatuh cinta pada dia? Tahulah aku tak sehebat kekasih-kekasih dia di luar sana. Tapi, pandanglah aku dengan kasih. Walaupun hanya untuk sesaat.

“Senangnya cakap. Suka hati kan buat aku macamni?”

Tolonglah jangan marah aku. Stress!

“Sorry kalau aku buat kau terganggu.”

Aku hanya mampu tunduk bila matanya tajam menikam wajah. Air mata yang memang degil ini sudah mula menitis. Sungguh jujur menzahirkan rasa.

“Kalau aku salah sebab jatuh cinta degan kau, aku tak akan wujud depan kau lagi..”

Secara tak langsung aku sudah meluahkan apa yang aku rasa padanya. Lirih. Aku mahu menangis teresak-esak. Tapi bukan di hadapan dia. Lalu pintu kereta aku buka. Namun belum sempat mahu keluar, dia cekap menangkap pergelangan tangan kananku.

“Kenapa tolak lamaran aku dulu?”

Dia tahu pasal lamaran itu? Bukankah itu hanyalah sekadar permintaan ibunya? Bukankah dia tidak pernah tahu akan hal itu?

“Kenapa sekarang mengaku cintakan aku?”

Tapi tak salahkan?

“Mengapa sekarang baru nak persoalkan tentang perasaan?”

Aku tersentak. Kalau tidak mahu membalas sayangku tidak mengapalah. Tapi jangan tembak aku dengan persoalan yang aku sendiri tidak dapat jawab.

“Kenapa tidak dulu?”

Aku semakin menunduk membuatkan dia menolak wajahku memandang tepat padanya.

“Pandang aku dan jawab..” Tegas!

Saat mata ini menatap matanya, air mata semakin merembes jatuh. Adam tetap memandang aku.

“Salahkah aku jatuh cinta dengan kau Adam?” Tangis semakin tak tertahan.

“Aku tak pernah paksa. Sekalipun kau tak suka, aku mohon pandanglah aku dengan sedikit kasih. Pandanglah aku dengan kasih sayang walau sesaat. Sebab aku tahu lepas ni semua tu mustahil.”

Dia terkedu. Usapan di wajahku buat aku tersentak.

“Tapi kenapa tolak lamaran aku dulu?”

Soalan apa ni? Kalau takde niat nak terima aku tolonglah jangan ungkit kisah lama. Janganlah diseksa perasaan aku. Namun pandangannya buat aku tewas. Aku jawab juga.

“Aku tidak pernah tahu kau sendiri yang hantar lamaran. Ingatkan itu sekadar perancangan keluarga saja. Aku tolak sebab takut kau tak setuju.”

“Siapa beritahu macam tu?”

Aku hanya menggeleng. Berhenti kucar kacirkan jiwa aku jikalau kau tidak punya perasaan yang sama. Tangis masih berlagu. Suaranya cukup tegas.

“Lain kali periksa dulu. Macam mahu mati dengar kau tolok lamaran tu.”
“Tapi ken..”

“Mulut ni boleh diam tak?”

Bibirku jadi mangsa cubitannya. Ayatku segera mati.

“Kalau kau tak pernah ada perasaan yang sama, tolonglah jangan buat aku menderita. Aku mohon sangat..”

Aku tetap mahu bersuara!

“Siapa yang buat siapa sebenarnya?”

“Kalau kau..”

“Diam! Aku cium karang!”

Tadi tanya soalan.Tapi bila nak jawap dia suruh diam buat apa?

“Aku nak balik. Aku akan menjauh dari hidup kau.”

“Untuk apa?” Kasar.

“Supaya kau tak terganggu dengan perasaan aku. Percayalah, perasaan aku hanya untuk kau. Tapi aku sedar kau tak mungkin rasa macam aku. Dan tolonglah izinkan aku cintakan kau sekalipun dari jauh. Aku janji aku tak akan ganggu, aku tak..”

Air mata sudah tidak terkawal. Tersedu sedan mengeluarkan kata.
Namun sekejapan tubuhku sudah kejap dalam dakapannya. Aku sekadar kaku. Lelaki ni sedar tak dia buat apa?!

“Cukup Hawa. Jangankan sesaat, aku mahu seluruh hidup ni, aku hidup dengan cinta kau Hawa, cinta kita. Aku takkan pernah rela, kalau kau menjauh. Aku nak kau sentiasa dekat aku. Dan tolong jangan buat aku menderita lagi. ”

“Apa maks..”

“I love you! Aku cintakan kau Hawa. Sejak dulu. Tapi kau yang tak pernah sedar. Kau yang sengaja usik jiwa aku, seksa perasaan aku. Kau yang buat..”

Ya Allah! Dia menangis sama! Dan aku semakin menangis mendengarkan pengakuannya. Lega rasa hati bila kami kongsi satu rasa. Rasa cinta. Terlupa diri yang sedang dalam pelukkannya. Malah aku menangis di dada sasa itu.

“ I love you so much sayang. Rindu sangat.”

Terbuai. Rasa bahagia.

“Sayang…”

Dapat dengar degup jantung Adam yang agak pantas. Macam dengar lagu R & B plak.

“Hemm..”

Sedap je dengar dia panggil macamtu.

“Kita nikah ya?”

Erk! Tak nikah lagi ye? Spontan aku tolak tubuhnya. Sungguh hanyut dibuai bahagia sampaikan lupa batasnya di mana. Aku jauhkan diri dari dia. Namun apalah sangat ruang yang ada.

“Sorry..”

Kami sedar di mana silap itu. Dia tatap ke dalam mataku. Sungguh kini aku nampak betapa dalamnya perasaan dia padaku. Sama seperti aku. Aku tunduk. Kenapalah tidak dulu aku sedar sayangnya itu.

“Tapi kenapa tak balas pun mesej?”

Kalau reply mesej tu tadi takdelah aku nak menangis tersedu-sedu segala. Takdelah aku terpeluk dan dipeluk dia!

“Sebab tak sempat nak balas pun. Dapat mesej terus berkejar ke sini. Nak tahu kisah sebenar.”

Dan kini, kisah benar telah tersingkap. Kisah yang menyatukan hati kami. Aku tak mampu tahan senyum. Senyum mengenangkan betapa aku bagai orang bodoh yang telah berjaya membengkakkan mata dengan jayanya! Memalukan je. Adamlah! Cuba cerita awal-awalkan senang. Ni tak. Nak juga buat drama air mata.

“Dah tahu sayang, yang buat bodoh je tu kenapa?Pendam lama-lama,kan dah sakit..”

Tak sedar dirilah tu!

“Heh! Takkan aku sorang je yang pendam? Bukan kita ke? K-I-T-A!”

“Dah nikah nanti, tak nak beraku- berkau lagi.”

Enjin kereta dihidupkan. Aku melopong. Muka dia serius.

“Habis?”

“Panggil abang.”

“Erk..”

Ada pilihan ke? Dia pandang aku dengan senyuman. Tapi Senyuman dia lain!

“Dah pakai seatbelt tu.”

“Nak ke mana lagi?”

“Tempat ni tak menenangkan..”

“Kenapa?”

Bukankah hamparan laut yang luas itu sudah cukup mendamaikan hati? Apasal dia tak tenang pula? Aku tenang je tengok. Aman tenteram je jiwa raga ni.

“Sebab aku rasa macam nak cium kau sekarang ni. Nak peluk-peluk. Jadi ada baiknya kita lepak tempat lain. Tempat yang lagi..”

Dia nak buat tak senonoh ke? Tapi dia baik. Hawa! Lelaki baik macamanapun, dia tetap ada nafsu. Aku gentar. Mulai terbayang diminda tempat yang bukan-bukan.

“Aku tak nak!”

Erk. Dia nak bawa aku ke mana?

“Habis? Nak lepak kat sini? Dahlah tengah takde orang. Kang aku buat betul-betul nak?”

“Tak! Tapi kau nak bawa aku kat mana? Janganlah ke..”

Aku garu kepala. Tak tahu macamana nak sebut.

“Hotel?”

Pantas dia menjawab. Matanya sudah membulat bila dapat meneka benda yang ada dalam kepala aku. Aku kalut. Dia merenung aku, dengan renungan penuh misteri. Aku gelisah.

“Kalau boleh dah lama aku usung ke sana! Dah, pakai seatbelt tu. Ke nak aku pakaikan.?”

Wajah itu sudah bertukar ke mood mengusik. Sudahnya muka aku jugak yang merah! Tak boleh ke tapis dulu ayat-ayat sebelum nak keluarkan. Dia ni memanglah. Dan sepanjang perjalanan itu senyuman tidak pernah putus di bibirnya. Dan aku hanya tersenyum bila kami sudah masuk ke sebuah restoren bukannya tempat itu! Sah dah weng! Otak kuning.

“Senyum panjang nampak. Senang hati ek?”

Ya! Mestilah.Kalau betul diangkutnya aku ke tempat mengarut tadi, aku memang dah pasang niat nak terjun je dari kereta tu. Bila dia gelak sambil keluar dari perut kereta aku semakin melebarkan senyuman. Itu senyuman bahagia namanya.

“Sekarang bolehlah senang hati ya sayang. Lepas nikah, giliran aku pulak.”

Dan senyuman aku mati disitu!

Dia masuk selepas salamnya aku jawap perlahan. Hati-hati dia melangkah mampir kepadaku yang sedang elok duduk di birai katil. Sejak tadi disitu. Degup jantung mula tidak menentu apatah lagi bila tanganku sudah ada dalam gengamannya.

“Terima kasih sebab cintakan abang. Sayang dan kasihkan abang.”

Dahiku dikucup perlahan. Rasa bersyukur sangat bila akhirnya dia yang tertulis sebagai imam, sebagai suami, sebagai ayah kepada bakal anak kami kelak. Bila dia memaut wajahku agar sama saling bertatapan keluhlah segala bicara. Yang ada hanyalah senyumannya yang jelas mengoda.

“I love you..”

Bisikkan di telinga buat aku bagai berada di awangan. Dan bila tangan itu sudah melingkar di pinggang aku sudah mampu membalas dakapannya. Mungkin terbias dari perasaan kasih yang sedang berkembang mekar. Atau mungkin saja sudah tergoda. Itu aku memang tak tahu. Saat-saat macam nilah baru nak ingat cerita-cerita kawan-kawan yang dulu sibuk mempersoalkan malam pengantin ni. Dulu taknak ambik kisah. Sekarang dah tak tahu nak buat apa! Padanlah dengan muka.

“Sayang. Kenapa?”

Agaknya sedar aku yang belum sepatah pun membalas kata-katanya. Sekali lagi mata kami bertaut dan kali ini lebih kepada menyelami hati masing-masing. Aku menggeleng.

“Takut?”

Ya! Dan tengah dalam proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan dia yang terover romantic. Baru nak membiasakan diri berabang padanya pelukan terlerai. Wajah itu masam!

“Sorry..” Antara dengar dan tidak ayat itu keluar.

“Tahu pun! Dah tu lagi nak biar abang cakap sorang-sorang..”

Makin masam. Merajuk pulak. Orang baru nak belajar satu benda, ni dah kena belajar memujuk pulak. Aku tak tahu nak buat apa. Tengah nak bermesra-mesraan dia pula nak merajuk.

“Maafkan Hawa, er..a, abang. Hawa tak biasa, baru nak belajar.”

Gugup! Ya tersangat gugup. Tangannya pantas kukucup. Namun tiada reaksi positif darinya. Janganlah suami aku ni mengamuk. Bila dia masih membekukan diri pantas tubuhnya aku raih kedalam pelukan. Biarlah aku yang memulakan kemesraan walaupun aku tahu langkah aku sumbang. Dadanya aku usap perlahan. Tangan bergegar sangat! Namun dia masih begitu. Aku tidak mampu untuk mengangkat wajah. Segannya! Rasa nak pitam!

“Hawa cintakan abang..”

Terus tunduk. Malu wei! Dahlah laki aku ni buat pekak. Agaknya nak balas dendam. Pantas dia aku peluk lagi. Dan tiba-tiba tawa Adam meletus. Dan aku spontan angkat wajah. Pelik.

“Sayang. Berani ek nak goda abang?Kalau abang buat apa-apa nanti jangan lari pula..”

Janganlah buat aku takut! Dia ni kan. Orang kan tengah belajar. Ingatkan merajuk sungguhlah tadi. Rupanya mahu mengusik. Memang takde kerja suami aku ni.

“Sayang..”

Aku terus melekapkan wajah di dadanya yang sudah berdegup tidak seirama. Pelukan tidakku rungkai.

“Yanggg. Kalau iya pun bagilah abang solat dulu..”

Spontan wajahku memerah. Akukah yang mengodanya? Aku pandang dia yang sudah lain macam senyumannya. Pautan aku leraikan. Tapi tangannya masih di pinggangku.

“Kenapa tak solat tadi?”

Bunyi macam kecewa! Eh, tak. Aku marah sebenarnya! Aku tahu dia sibuk sepanjang hari ini. Ingatkan dia tadi dah solat. Suka sangat nak melewatkan solat.

“Janganlah marah. Lepas solat sambung balik..”

Sengal! Tak payahlah terus terang sangat. Aku bangkit mahu sediakan sejadah untuknya, namun pergelangan tanganku yang ditarik membuatkan aku hilang imbangan lalu terduduk diribanya. Bila aku mahu bangun dia menghalang. Dan Oh, my first kiss! Aku terkedu dan terus terkedu sampailah dia menamatkan adegan itu. Dan aku terkoncoh-koncoh bangun. Dia ni! Adei.

Adam gelak besar, mungkin melihat rona wajahku yang bagai dipanggang. Kalau yapun nak cium orang bagilah tahu. Ni tak sesuka hati je.

“Abangkan suami sayang. So, nak buat apa pun boleh. Lepas ni abang buat yang lain pula..”

Tawanya sudah bergema di bilik air. Aku tahu wajahku sudah tak serupa muka orang. Tapi bila mengenangkan peristiwa tadi senyuman mula terukir. Sah! memang angau tahap badak!

Semoga pernikahan ini akan membawa kami hingga ke syurga nanti. Semoga jodoh ini tetap milik kami berdua. Sungguhpun masih banyak benda yang aku perlu pelajari, tapi itu tidak akan sesekali memudarkan apatah lagi memadamkan rasa cintaku padanya.

Cukuplah Adam sebagai cikgu, mengajar aku tentang tugasku sebagai isteri. Sebab bila nak buat tutoriolnya senang, bak kata Adam ‘dah halal’. Aku tergelak. Dan bila Adam keluar dari bilik air wajahku berubah pucat. Dia sekadar tersenyum dan memandangku dari jauh. Sedang dalam wudhuk, dan aku masih rasa selamat lagi. Takbir diangkat dan aku menyusup ke bilik air.

Agaknya lama kot dalam bilik air, bukannya buat apa pun hanya menenangkan hati yang gelisah dan keresahan. Adam punya pasallah ni. Bila aku duduk kembali di birai katil Adam sudah siap solat. Lampu dipadamkan dan dia semakin menghampiri. Hanya aku yang terkumat kamit membaca selawat agar hati lebih tenang.

“Sayang baca apa?”

“Erk..” Haila suami aku ni. Nampak je aku buat apa.

“Jampikan Abang ek?”

Dia tertawa halus. Damai kedengaran. Aku tahu dia mengusik untuk menenangkan aku. Dan kuranglah sedikit gementar.

“Tak payah jampi kot. Abangkan memang dah angau.”

Berani aku membalas. Entah mana datang keberanian. Padahal tadi diam tak berkutik.

“A’ah Yang. So, boleh tak Abang kurangkan rasa angau ni?”

“Eh, boleh ke? Macammana?”

Soalan aku sungguhlah mengundang senyuman indah di bibir seksi itu. Sejak dulu aku suka memandangnya terutama bila dia tengah bercakap. Dan sekarang dia milik aku.

“Macam ni..”

Dan aku keluh lidah berbicara. Soalan aku memang skema jawapannya tak wujud. Yang ada hanya tutorial! Dan aku memberanikan diri membalas senyuman Adam. Salam darinya aku jawab perlahan. Kata mama dulu, salam tu sebagai langkah permulaan sebuah hubungan yang baru. Dan bila Adam berbisik indah, kesyukuran aku panjatkan buat Dia pemegang hati atas anugerahnya ini. Hanya buat dia suamiku yang dikirim Allah cinta ini berlabuh. Semoga penyatuan ini akan melahirkan keturunan yang sentiasa dirahmati-NYA. Itu doaku. Doa Adam yang kedengaran lembut di halwa telinga mengirimkan rasa tenang lagi dalam diri ini.

Ya Allah,
Tidakku pinta yang menawan,
Tidakku harap yang hartawan,
Bukan jua kerana kedudukan,
Cuma ku damba insan yang sepadan..

-TAMAT-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

43 ulasan untuk “Cerpen : Bukan Kawan, Tapi Kahwin”
  1. ayush says:

    oh em geeeeeeeeeeeee….haha sweet nyaaaaaaaaaaa…. klau dpt yg cam Adam..alangkah bestnya ^_^ ahaks

  2. syasya says:

    Sy ska ending cite ni.sweet gitu

  3. cutie melna says:

    Haha best giler cter nie..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"