Novel : Bos a.k.a Suamiku 2

11 September 2012  
Kategori: Novel

28,516 bacaan 11 ulasan

Oleh : Nur Husna Muhajir

BAB 2

“Apa?! Betul ke apa yang ibu dengar ni?.” Terlopong mulut dia apabila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut anak dia. Terus dia lemparkan pandangan kat sebelah Afiq Khairul. Leha!

Tergiang-giang ayat tu di pendengarannya…

“Afiq nak kahwin dengan Leha.” Ucap Afiq Khairul dengan wajah serius.

Leha kat sebelah dikerlingnya. Budak tu hanya tunduk menekur lantai rumah. Takut barangkali?! Tetapi, genggaman tangan dia kat tangan Leha dia eratkan. Tadi masa baru sampai kat sini, sempat lagi dioarang bertekak.

“Hish, kenapa pulak kita kena berpengangan tangan ni. Tak mahu!.” Bangkang Leha keras apabila dengan selamba aku genggam tangan dia.

“Kau diam! Just follow me. Macam ni baru real yang kita ni couple.” Marahku sambil menarik Leha masuk ke dalam rumah. Budak tu hanya menurut. Mengalahlah tu! Budak ni memang senang aku nak buli. Dia memang berani bertekak dengan aku, tetapi apabila aku dah tinggikan suara terus aje diam dan menurut. Dasar lembik!

Leha beranikan diri mengangkat wajah. Dia melihat mak cik Balqis, pak cik Sufian dan Adila dah pun terkebil-kebil kat situ. Hish, kenapa dengan diaorang ni?

Tetapi, selepas itu mak cik Balqis dah pun melulu ke arah dia dan memeluknya. Dia pula yang terkebil-kebil lagi kat situ.

“Betul ke? Mak cik macam tak percaya pulak ni. Betul ke Leha nak kahwin dengan Afiq ni? Bukan korang ni tak sebulu ke? Kenapa tiba-tiba nak kahwin pulak ni? Ke Afiq paksa kamu?!.” Tersentak aku dengan soalan tu. Apa aku nak jawab ni?

Aku kerling kat sebelah. Meminta bantuan. Sekarang ni otak aku tak berfungsi. Blank! Masa diaorang dalam perjalanan tadi ke sini. Aku dah atur semua ayat yang nak cakap. Tapi, sekarang semuanya kosong! Hilang entah ke mana?!

Afiq Khairul tersengih. Dia menarik tangan Leha dan berdiri rapat dengannya. Dengan selamba, terus aje Afiq Khairul berkata :

“Leha yang jatuh cinta dengan Afiq dulu. Afiq pun pada mulanya tak terima jugak. Tapi lama-lama kesian pulak kat dia ni. Kebetulan ibu buka cerita bab kahwin itu yang Afiq terus bawa Leha kat sini.” Jawabnya sempoi. Sempat lagi dia kenyitkan mata dia kat Leha.

Zup! Terus aku terasa dipermainkan. Kurang asam tahap gaban punya pak cik! Bukan dia setuju nak cakap yang mereka berdua yang fall in love bersama-sama ke?! Ini yang aku nak mengamuk tahap babun kat sini. Jaga kau!

“Betul ke? Hish, baguslah macam tu. Ingatkan Afiq ni paksa kamu. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. Ibu nak telepon kat kampung dulu. Kamu tunggu kat sini.” Ceria suara mak cik Balqis. Aku lihat mak cik Balqis dah pun berlalu dari ruang tamu dan terus masuk ke bilik rehat yang terletak kat sebelah tangga.

“Alhamdulillah, ayah gembira dengar berita ni. Akhirnya kamu nak berkahwin juga ye?.” Ucap pak cik Sufian yang dah pun berada di hadapan mereka berdua. Terus aje anak-beranak tu berpelukan. Pak cik Sufian mengusap kepala aku sambil tersenyum.

“Ayah nak ikut ibu kamu dulu. Tak sabar nak sampaikan berita ni kat kampung.” Pamit pak cik Sufian dan berlalu dari situ.

“Leha!.” Jerit Adila tiba-tiba dan segera memeluk rakannya itu. Tak sangka dia akan beripar dengan rakan baik merangkap sepupunya itu.

Aku hanya tersenyum sumbing. Afiq Khairul kat sebelah aku jeling. Jaga kau, kau ada hutang dengan aku! Kejap lagi diorang ni tiada, akan aku lumat-lumatkan kau! Jerit hatiku.

“Kenapa aku tak tahu yang kau couple dengan abang aku. Pandai kau simpan rahsia ye? Sampai hati kau tak bagitahu aku.” Rajuk Adila dengan wajah sedih.

Adila, kau tak tahu yang sebenarnya ini hanya lakonan semata-mata. Cerita ini tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Pelakonnya adalah abang kau dan aku sendiri. Lakonan untuk menyelesaikan masalah orang yang tak kenang budi kat sebelah aku.

“Eh, aku main-main aje la. Jangan la kau sedih. Kau tak bagitau pun takpe. Aku tumpang gembira. Kau nak tahu, aku macam dah agak yang kamu berdua ni macam ada jodoh aje la. Sukanye aku…Aku nak contact Amin. Berita gembira ni.” Segera saja Adila berlari naik ke tingkat atas. Hish, belum sempat aku nak halang dia dah pergi.

Apabila tiada orang kat ruang tamu ni. Terus aje aku berpaling kat mamat yang kat sebelah aku ini. Dengan kekuatan yang ada, aku pijak kaki dia kuat-kuat. Ambik kau! Aku pun tak tahu dari mana aku dapat keberanian yang mengalahkan pahlawan lagenda ‘Badang’.

“Kenapa dengan kau ni? Gila ke? Sakit tau.” Adunya dengan suara marah. Dahi dia berkerut menahan kesakitan. Terus aje dia terduduk kat sofa dan memegang kakinya.

“Kenapa kau bagitau kat diorang yang aku jatuh cinta kat kau! Bukan kata tadi kat pejabat bersama-samakan. Kau saja nak malukan aku kan. Bertambah malu aku nak berdepan dengan diorang. Itu belum yang kat kampung lagi.” Luahku menahan kesabaran. Hujung baju kurungku aku gengam kuat. Kang ada yang aku tumbuk nanti, naye!

Afiq Khairul terdiam. Sebenarnya, dia sengaja cakap macam tu. Takkan dia nak cakap dia yang jatuh cinta kat budak ni kan? Kalau dia cakap jatuh cinta bersama-sama, confirm diorang tak percaya punya! Pelik pun ada! Ingatkan rancangannya berjalan dengan lancar.

Hish, budak ni. Kuat betul dia pijak kaki aku. Badan kecik dan pendek tu pun boleh ada tenaga sekuat ini. Pelik, dari mana dia dapat semua kekuatan ni? Dia mengeluh.

“Kenapa diam, jawab! Kau saja nak malukan aku kan? Kalau aku tahu macam ni aku takkan tolong kau. Kau selesaikan masalah kau sendiri.” Kataku lagi yang masih berdiri kat sebelah dia. Baru aje aku nak melangkah pergi. Terus bahu aku kena tarik. Hish, ini yang aku nak marah lagi ni. Sabar Leha! Pujuk hatiku.

“Kau nak kemana? Jangan buat hal. Kau tak boleh mengelak sekarang. Confirm orang kat kampung dah tahu pasal kita. Kau nak malukan diri kau sendiri ke?!.” Tegas suaranya di pendengaranku. Aku mendongak dan melihat dia. Aku yang bagai nak berapi-api ni berusaha untuk menjatuhkan tangan dia kat bahu aku.

“Lepas lah!.” Jeritku. Suka-suki dia aje nak dakap bahu aku. Ingat aku ni anak patung ke?

“Diam! nanti diaorang dengar. Kau pijak kaki aku tadi kan. Siap kau nanti! ” Marahnya apabila mendengar jeritan aku tadi. Kejap dia peluk bahu aku. Aku berusaha nak melepaskan diri. Kenapalah dia ni tegap sangat?!

“Amboi, anak ibu. Kot iya pun. Sabar-sabar lah dulu. Anak dara orang tu yang Afiq pegang. Ish, malu la. Kalau nak pun, tunggulah lepas nikah.” Nasihat mak cik Balqis yang tiba-tiba muncul. Kelihatan mak cik Balqis dan pak cik Sufian tersengih-sengih nampak mereka berdua.

Terus saja Afiq Khairul jatuhkan tangan dia kat bahu Leha. Tak sedar punya pasal, dia nak senyapkan Leha aje daripada menjerit macam orang gila. Tapi lain pula pandangan pada orang lain. Dia tersenyum sumbing. Dia kerling Leha kat sebelah. Merahnya muka dia!

Leha yang mendengar kata-kata mak cik Balqis terasa nak menangis kat situ juga. Malunya dah bertambah berlipat kali ganda. Ini semua Afiq Khairul punya pasal. Kalau dia tahu, sampai mati pun dia takkan tolong orang ni! Suka sangat nak buli aku! Menyesal tak sudah!

“Ibu dah confirm dengan orang kat kampung. Esok kamu berdua cuti. Esok pagi-pagi kita berangkat pulang ke kampung. Oleh itu, ibu nak naik atas. Packing baju. Adila pun sama. Pergi packing baju kamu sekarang. Afiq hantar Leha balik, packing baju dan kembali semula ke sini. Leha bermalam aje malam ni kat sini. Ok, semua faham ke?.” Tanya mak cik Balqis sambil melihat kami satu persatu. Terus aje kami mengangguk serentak. Mak cik Balqis pun naik ke atas bersama Adila yang dari tadi dah ada kat tangga. Pak cik Sufian hanya duduk kat sofa sambil tersenyum.

Aku terlopong dengan arahan mandatory dari mak cik Balqis. Cepatnya?!

“Dah, jom kita gerak. Nanti lambat pulak.” Katanya sambil menarik tangan aku. Terus aje aku nak mengamuk kali kedua. Dia ni kan, suka-suki sangat pegang tangan aku. Ingat aku budak tadika ke yang kena pegang tangan tiap kali nak berjalan? Baru aku berniat nak lepaskan pengangan tangan dia. Aku terlihat pak cik Sufian memandang kami berdua sambil tersenyum. Terus aku batalkan niat.

Aku yang sememangnya kecik lagi pendek ni terpaksa membesarkan langkah mengikut rentak jalan dia yang sememangnya laju. Hish, kalau iya pun consider lah sikit. Takde perasaanlah pak cik ni!

“Wei, kejap la dulu. Aku nak relax and cool dulu. Kejap aje.” Pintaku sambil menarik tangannya yang sememangnya mengenggam tangan aku. Kang ada yang aku terajang kat luar rumah ni nanti!

“Apa lagi? Kita nak cepat ni.” Marahnya sambil melihat aku. Dia lepaskan pengangan kat tangan aku. Aku menghembus nafas lega. Nak ambik udara kejap.

“Kau tak rasa semua ni berlaku terlalu pantas ke? Aku ingatkan tahun depan aje, tak pun tahun depannya lagi.” Luahku sambil mengurut dada. Semput.

“Aku pun tak tahu secepat ni jugak. Tapi jangan kau nak mengada-ngada. Kau tu kiranya dah setuju nak kahwin dengan aku kan. Kalau kau lari, aku cari kau sampai dapat. Jangan nak buat hal nanti. Jaga kau! Lagipun orang kat kampung dah tahu yang kita nak kahwin sekarang ni. Kau nak malukan diri kau ke?.” Ugutnya sambil mencengkam kedua bahu aku.

Aku terdiam. Hish, betul jugak apa yang dia cakap ni. Bukannya apa, aku cuma tengah terkejut dan masih tak mempercayai apa yang sedang berlaku pada aku sekarang ni. Telalu advance.

“Iya la, aku tahu. Jadi lepas ni aku tak nak tolong kau lagi. Kira 0-0. Ok?!.” Kataku dengan lemah.

Segera Afiq Khairul lepaskan tangan dia kat bahu Leha. 0-0? Apa yang 0-0?

Aku segera berlalu dan menuju ke kereta Honda Civic bewarna Pearl White tu. Terparking elok kat garaj. Aku tengok dia yang masih terkaku kat situ. Hish, apa lagi yang tercegak kat situ lagi?

Aku tengok dia menuju ke arah aku. Dengan muka tak puas hati dia. Apalagi dia nak?!

“Apa yang 0-0? Aku ada hutang budi kat kau ke?.” Tanyanya serius dan berdiri kat depan aku.

Aku mengeluh.

“Kau tahu jugak, cuba kau fikir. Aku malas nak cakap. Cepatlah buka kereta ni. Kata tadi nak cepat kan.” Pintaku dengan suara malas.

Afiq Khairul merenung wajah Leha. Lemas aje budak ni aku tengok. Tapi, apa yang dia maksudkan tu? Aku befikir sejenak lantas tersenyum sinis.

“Emm…yang itu ke? Jadi sekarang ni kiranya kau nak kahwin dengan aku pun sebab nak balas budi ke?.” Soalku sambil melihat Leha kat depan. Leha mengangguk.

Aku ingat yang aku pernah selamatkan budak ni daripada lemas hari tu. Tapi aku ikhlas selamatkan dia. Aku tak minta dia balas pun. Dia aje yang sudi lakukan semua ini. Kiranya Leha ni budak baik la ye?

Terus aje aku pegang kepala Leha yang ditutupi tudung tu. Kedudukan kami yang dekat ini membuat dia mendongak melihat aku. Dengan muka hairan dia.

“Dah, jom gerak.” Kataku sambil menekan pintu automatic.

Hish, apasal pak cik ni tiba-tiba pegang kepala aku? Lepas tu dengan senyum sinis dia lagi. Aku hanya diam dan mengikut rentak dia aje. Malas nak ambik tahu lagi. Serahkan pada Afiq Khairul aje yang handle.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Bos a.k.a Suamiku 2”
  1. nor adiba nabilah bt jamaluddin says:

    Sgt besstt..teruskan buat nvel y gempak & sempoi yea..chaiyok!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"