Novel : I Love You, Stupid! 14

14 September 2012  
Kategori: Novel

33,508 bacaan 40 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Part 14

“ Jangan cabar saya….lebih dari ni saya boleh buat…” bisiknya sinis.

Hatiku seperti tenggelam jauh ke dasar matanya. Indah, bercahaya dan seperti berkaca…tak! bukan seperti kaca..seperti kristal yang berwarna campuran coklat dan hijau. Perlahan-lahan cekakannya dilonggarkan tetapi tangannya tetap tidak melepaskan kolar baju aku.

“ Tapi saya takkan sentuh sesuatu yang haram….dan kotor..apalagi menciumnya.”
Panas satu badan , menahan malu.

“ Ada satu joke. Seorang anggota polis terlihat cubaan membunuh diri seorang gadis cantik yang cuba terjun dari jambatan. Kata polis itu sebelum kamu membunuh diri,

berikan aku satu kucupan terakhir. Gadis itu memberikan satu kucupan yang hangat sehingga anggota polis itu terpana. Kamu memiliki satu kucupan yang amat hangat. Pasti ramai lelaki yang tergila-gilakan kamu. Kenapa kamu ingin membunuh diri? Jawab gadis itu, saya ingin membunuh diri kerana mak saya marah saya berpakaian seperti perempuan.”

Semua ketawa besar mendengar cerita Inspektor Ebrahim. Tangannya melepaskan aku perlahan-lahan.

“ Kalau diberi pilihan…saya ingin mencium siapa…saya rela memilih bapok itu.”
Ketawa semakin kuat sehingga ada yang tergolek-golek atas lantai. Kemudian keadaan senyap bila melihat mukaku serius.

“ Awak ni terlampau berani. Tak takut dan hormat kepada pegawai atasan. Entah apa yang awak jampikan Sarjan sehingga awak boleh sebiadab ini.”

Dia berdiri bercekak pinggang, menghadap yang lain.

“ Untuk pengajaran kepada yang lain. I don’t care who you’re..anak siapa. Iris akan didenda lari keliling UM . 1 pusingan.” Suaranya meninggi.

Semua mata melihatku. Farina, Lara dan Violet melopong kemudian bunyi omelan perlahan.

“ 2 pusingan….” Dia menambah pula!

Mereka cepat-cepat menutup mulut dengan kedua tangan, tak berani membuat sebarang bunyi lagi. Aku menoleh dan menentang matanya.

“ Jadikan 3 pusingan! “ tambah aku pula! Alang-alang menyeluk pekasam, biar masam sampai ke pangkal ketiak!
Kaki ku langkah laju, berlari bermula dari Perdana Siswa, DTC , kolej pertama, kolej ke dua, fakulti kejuruteraan. Hujan mula rintik-rintik…aduh haru! Tetapi panas hati punya hal, cuaca tidak menjadi soal. Aku sudah sampai depan DTC, ada dua pusingan lagi. Sudah mula terasa keletihan tetapi hati aku keraskan. Terus berlari dalam hujan yang mula menggila. Walau hujan ribut melanda , walau dipanah petir, takkan aku berhenti! Ini sumpah serikandi Sang Saka Biru! Sekali… prankkkkkkkkk….petir memanah dasyat! Tersentap aku. Ampun! Aku membuka langkah lebih laju, membelah hujan lebat semakin menggila. Tinggal satu pusingan.

Aku ambil shortcut. Lari ikut Tasik Varsity . Petir menakutkan aku. Berlari di atas padang rumput yang basah. Nafas semakin sesak . Walau badan kesejukan tetapi hati di dalam panas terbakar. Aku tersilap langkah , jatuh tergolek di atas padang yang becak. Mukaku tersembam ke atas rumput yang seperti bendang, berselut. Habis! Aku dah berupa seperti orang zaman batu. Di mana-mana , selut memenuhi muka dan badanku. Ini baru betul-betul bermandikan lumpur! Harap kelebatan hujan akan membersihkannya dan aku akan sampai ke Perdana Siswa dalam keadaan suci bersih seperti baru lepas mandi.

Tiba-tiba hujan yang menggila terhenti serta merta. Aku tergamam dan menengadah ke atas langit. Sambil tanganku depang dan tapak tangan menadah ke atas. Cuba mencari titisan hujan. Tak ada!

“ Oh thank you!!! “ aku menjerit ke langit , melepaskan geram.
Berlari semula dengan cuba menahan sedaya mungkin henjutan badan. Malu dengan uniform yang basah melekat ke badan. Siapa suruh tak pakai tudung? Kalau pakai tudung
selamatlah sikit bentuk badan aku dari diceroboh oleh mata-mata liar.

Aku berhenti termengah-mengah di depan Inspektor Ebrahim, menghentak kaki dan menabik. Mataku ke depan, langsung tak mahu memandangnya. Air hujan bercampur selut menitis satu-satu dari rambut. Mukaku seperti dipakai masker Bobbi Brown tapi yang bezanya ini selut yang tak brown langsung. Kelabu dan busuk.

Dia datang berdiri betul-betul di mukaku, sengaja mahu aku melihat wajahnya tetapi aku kakukan mata. Tak ingin nak tengok muka orang yang menyakitkan hatiku walau dia sehandsome Damon Salvatore the-vampire-diaries sekali pun. Sekali aku marah , siap la. Tak ada kompromi!

“ You impressed me.” Mataku tetap tidak memandangnya

“ I hate you. “ bisikku tercungap-cungap, geram.

“ I love you. “

Mataku terbuka luas, terkejut. Terus melirih ke arahnya.

“ I love you, stupid!” tambahnya. Bisa.
Senyuman senget di bibirnya dan dia melangkah pergi. Berani dia main-mainkan aku! Sarjan memberi arahan bersurai. Divas serentak menerpa ke arahku. Aku mengangkat tangan dan menggelengkan kepala. Aku tak mahu diganggu dan bercakap dengan sesiapapun.

Dia tidak sedar aku mengekorinya dengan pantas. Satu lorong yang berbumbung dan diapit bangunan kiri kanan. Laluan yang biasanya hingar bingar kalau hari kuliah tetapi sunyi bila hari cuti. Gaya jalannya tenang dan tegap sekali.

*************************

It’s Pajama nite. Malam terakhir berkumpul di atas pelantar . Masing-masing memeluk Angry bird, Domo , the Smurf dan aku hanya memeluk tubuh. Aku memecahkan kesunyian.

“ Come on divas…belum masanya untuk kita bersedih..maka jangan sedih.” Suasana sayu pilu cuba ku ceriakan.

“ What do you want me to say? It’s hurts….jumpa kemudian pisah.” Farina mula berair matanya.

“How I wish I could freeze the time..we’ll be here..forever and ever..our friendship remains eternally .” Violet mula emo.

“ Divas..let us make a vow….kita takkan berpisah…susah senang bersama..sehidup semati…4 tahun dalam Faculty of Business & Accountancy. 3 tahun dalam Suksis. Nak lupa macam tu je? “ cadang dan soal Lara.

Aku tersenyum lucu.

“ No need la…”

“ Why? You tak hargai persahabatan kita? Kami tak bermakna apa-apa kepada you?” Farina bertambah sebak. Mata semua menanti jawapan aku.

“ Who said I tak hargai? I cuma tak nak memberatkan you all dengan sumpah setia …terikat dengan janji kerana I seorang yang berpegang pada janji. We have to be realistic…hati boleh berubah. Kenapa nak siksa diri dengan bersumpah setia? Silap-silap dimakan sumpah. Berjanji bagai tetapi tak ditepati? Bukan boleh buat main-main.
I nak kita berkawan kerana kita nak berkawan. Bukan ada niat apa-apa di sebaliknya. Semua bebas, nak ke mana, nak buat apa. Tak ada istilah kecil hati. Bila ada yang kahwin tetapi kita tak dijemput…ada yang melupakan kita..biarkan saja..tak main la sedih-sedih.”

“ Iris..peliknya….kawan apa macam ni? ” bantah Violet.

“ Divas, jangan salah faham. Susah I nak cakap…mungkin you all tak faham hari ni tetapi satu hari nanti you all akan faham. You all the best person yang pernah I jumpa. I takkan lupakan you all tetapi kalau you all nak lupakan I ..tak apa…I tak kisah..tu semua..lumrah alam. Malam ni mari kita kenang saat-saat indah kita mula berkenalan sampai sekarang. Kita habiskan peluang yang ada ni dengan bergembira. Buat apa nak sedih? Tak ada apa yang nak disedihkan. Jangan sedihkan diri sebelum masanya. Masing-masing akan membawa haluan hidup sendiri. Terima dengan tenang.”

Selepas bercakap, spontan aku memeluk mereka bertiga. Pelukanku dibalas erat. Masing-masing diam tetapi tidak bertahan lama. Suara esakan dan airmata mengalir perlahan. Mereka menangis juga akhirnya. Hai laaa…cengeng betul la.

***************

Setahun kemudian

Perut yang kempis kuraba. Selama 9 bulan 9 hari dia berada dalam rahimku. Tak sampai 15 minit dia berada di pangkuanku…dia direnggut pergi dengan kasar. Aku memejamkan
mata…membayangkan kenikmatan dapat memeluknya buat kali pertama…juga terakhir.

Dada terasa mendenyut dan membengkak. Seakan-akan satu isyarat, dia mahukan aku. Mahukan susunya. Aku seolah-olah terdengar tangisannya, terbau harum badannya, terasa kegebuan dan kehalusan kulitnya, mulutnya yang mungil dan manis. Sempatku cium bau mulutnya yang harum mewangi. Kata orang itu bau dari syurga. Bau mulut seorang anak yang suci dan bersih. Tanganku meraba tilam seakan-akan masih merasa kehangatan badannya. Ya Allah, azab dan deritanya menahan rindu.

Dia sempat menyusu dengan puas dan kenyang. Sempat tertidur dalam pelukanku…sebelum papa dan mama masuk. Mama terus menamparku. Papa mengherdik nurse yang pandai – pandai memberi dia kepadaku untuk disusui. Mereka kata pantang sekali, anak yang hendak diberi kepada orang disusukan oleh ibu kandungnya. Akan ada pertalian batin di antara ibu anak. Pasti sukar kami nak berpisah . Dia juga akan susah dijaga kerana dia dah merasa sentuhan dan bau ibunya.

Aku telah dipaksa menyerahkannya . Keputusan yang dibuat oleh mama papa tanpa relaku. Bayi lelaki yang dilahirkan tanpa seorang ayah di sisi . Keluarga angkat telah menunggu. Mereka membawanya pergi tanpa ku ketahui siapa mereka dan di mana mereka tinggal. Bila ku tanya mama dan papa, maki hamun dan pukulan yang aku terima

Berkali – kali aku merayu kepada mama dan papa. Pulangkan dia. Aku mahukan dia. Aku rela dibuang keluarga asal jangan dipisahkan dari dia. Mama dan papa mengamuk. Tak
cukup lagikah aku memalukan mereka ? Aku dihantar ke luar negara kononnya untuk sambung belajar tetapi menunggu masa bersalin . Beratus ribu duit habis untuk menutup malu keluarga. Beratus kali mama papa menipu saudara mara dan kawan – kawan. Tak cukup lagikah aku menyiksa dan mendera hati perasaan mereka?

Ya, ya, ya….aku tahu aku bersalah. Aku berdosa. Aku jahat. Aku betina gatal. Aku sundal. Aku jalang. Katalah apa saja. Kutuklah aku. Kepada keluarga angkat anakku, aku merayu dengan sesungguh hati,

Pulangkanlah anakku…Kasihanilah aku…..

Kalaulah aku tahu derita dan azabnya menanggung rindu dendam kepada kehilangan , aku tidak akan sekali-kali mengambil tindakan bodoh itu.

Aku menutup dairi dengan hidung yang pedih, sebak memukul dada. Hebatnya ujian ini.

**********************************




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

40 ulasan untuk “Novel : I Love You, Stupid! 14”
  1. Ishihara says:

    Slm melur jelita.
    Omg, i really fall to this story. Huhu entah sempat ke tak sy dapatkn novel ni bila balik malaysia. Mcm mana eh saya nak dapatkn?plz3 respon kat email sy k. littledoctor.missao@gmail.com.thanksss

  2. Cikgu Hasmah says:

    ???? ni yang saspens.. i like the phrases used in the novel.. can’t wait to read the rest of the novel..

  3. Ria says:

    siapa yg dimaksudkan ” tahu derita dan azabnya menanggung rindu kehilangaan… “..
    Iris ke yg dimaksudkan tu..?????

  4. shane90 says:

    ap y brlaku????sap y mngndung???Sap y khilangan ank??
    huhuuhu..bla nak cetak novel ne???

  5. fatin says:

    Saspennye… apa dh jadi kat iris????

  6. alyaQaisara says:

    As salaam…sesiapa yg bertanya mengenai novel ni,novel ni dh Ada dipsrn sejak oktober 2012 lg,boleh dptkan di MPH/popular/ bookstore…so blh dptkan sekali sambungan novel ni..MY PRECIOUS IRIS..Hehee tlg jwb BG pihak kak melur..

  7. alyaQaisara says:

    Nescaya anda x tidur mlm SBB terkenangkan abg pedas aka insp.Ebrahim aka firman..jeng jeng jeng..so cpt2lah dptkan novel ni sblm kehabisan di psrn..sy sudah…anda bila lg..=)

  8. nakgiKL says:

    mgkn yg beranak tu mak abg pedas kut…

  9. kombengan Girl says:

    sapa yg hamil.what about iris

  10. Siapa punya pulak ni?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"