Novel : I Love You, Stupid! 15

20 September 2012  
Kategori: Novel

34,656 bacaan 80 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Part 15

“ Bila rombongan Misi Kemanusiaan nak bertolak? “ Aku menoleh kepada Aidan yang sedang duduk berjuntai kaki ke dalam kolam di sebelah.
Beratus ekor ikan kecil guppy menghurung dan menggigit lembut kaki kami. Sapaan angin yang lembut membawa bersama bauan Melur, Kesidang dan Cempaka. Matahari berlindung, menyembunyikan diri di celah awan tebal menimbulkan suasana yang redup dan nyaman.

“ Bulan depan. You berminat ?”
Matanya merenung aku seperti memujuk.

“ Tak tahu nak kata sebab tak pernah , lagi pun tak tahu mengenai Kemboja . Negara ni baru lepas perang kan? Tapi terasa nak pergi…”

“ Perang dah lepas sejak tahun 1978 lagi. Tapi betul-betul aman dalam tahun 1990-an. Sekarang ni masih ada saki baki peperangan kecil-kecilan…biasa la..mana ada peperangan yang betul-betul tamat. Pasti ada tak puas hati mana-mana pihak. Kita pergi bawah NGO dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di sana. Bantu rakyat Islam Kemboja yang tertinggal jauh ke belakang.”

“ You pergi sebagai apa? “

“ Memberi perkhidmatan perubatan dan pemeriksaan kesihatan percuma untuk mereka. Ada doktor pakar seramai 3 orang, 3 orang doktor perubatan, 2 orang doktor gigi, 2 orang doktor mata, sekumpulan pelajar perubatan dari UKM, sukarelawan, penderma dan 4 orang tenaga pengajar, 2 orang ustaz dan seorang perempuan . You pun kenal , kawan you juga, Violet . Kalau berminat, jom la join. Masih perlu satu kekosongan untuk diisi.”

“ Kekosongan apa? “

“ Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak Islam kemboja.”

“ Ish…I bukan cikgu.”

“ Bukan cikgu tak semestinya tak boleh mengajar. Cuma ajar mereka simple basic. Mereka boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pun dah ok. Kalau you berjaya ajar mereka Bahasa Inggeris lagi bagus.”

“ Macam mana nak ajar? I tak boleh berbahasa Kemboja..mereka tak faham bahasa Melayu..nanti jadi itik ayam bercakap pulak.”

Kami berdua tergelak.

“ Nanti jumpa Haji Nik Abdul Kadir, Jumaat malam ni. Ada sedikit taklimat . Kalau you nak detail, I bawa ke sana.”

“ Ok, I fikir dulu. Nak minta izin dengan mama dan papa satu hal. Kalau mereka lepaskan I, satu keajaiban besar la. Harap-haraplah mereka lepaskan. “

***********

Ambil sedikit sate dan duduk di bangku taman sambil tunggu Aidan datang dengan minuman. Buka selendang, membetulkan rambut. Juntaian belah kiri mesti maintain. Menutup sebelah mata.

“ Assalamualaikum…”

“ Waalaikumussalam…uncle…”

“ Boleh saya tanya sikit cik…”

“ Saya Iris…”

“ Saya asyik memerhati Cik Iris…anak siapa ya? “

“ Papa saya..er Zakaria…”

“ Pemilik gedung tekstil dari oversea yang terkenal tu… Iris’z Moda? “

Aku agak tersipu..kurang selesa kalau ada yang mengenali.

“ Ya…tapi tak perlu orang di sini tahu siapa saya. Saya kurang selesa…”

“ Macam mana tak mahu dikenali? .Anak saudagar terkenal di segi tiga emas, bumiputera yang paling berjaya. Nama anak kesayangan diabadikan…”
Saudagar terkenal? Macam zaman dulu pula punya gelaran. Aku menahan ketawa.

“ Papa awak kawan saya, bertuah saya anak saudagar datang ke majlis dan sudi ke Kemboja. Bukan senang anak gadis nak join program begini…lagilah anak jutawan.”

“ Excuse me uncle…kalau jutawan pun papa, bukan saya.” aku cuba kendurkan suasana hangat yang mesra terlampau. Rasa seperti semua mata memandang kami. Haji Nik Abdul Kadir tergelak besar.

“ Awak budak baik…tak sangka…humble and admirable tapi sayang tak bertudung.”
Darahku seperti menitis….terhiris.

“ Ada abang?”

“ Saya hanya ada papa, tiada abang. Adik beradik semua perempuan, 3 orang. Saya anak yang sulung.”

“ Ibu ada? “

“ Ya..ada. Mama. ”

“ Cik Iris berminat nak ke Kemboja? “

“ Saya masih berfikir lagi. Banyak yang saya tak tahu.”

“ Elok juga Iris ke sana. Saya sangat menghargainya. Susah nak cari sukarelawan perempuan sedangkan ramai perempuan Champa di sana sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk setanding dengan perempuan-perempuan lain di dunia. Tak dapat setanding, sekurang-kurangnya selangkah ke hadapan pun tak apa. Kasihan mereka. Jauh ketinggalan dari bangsa lain. Perempuan bangsa Khmer lebih maju dari mereka.”

“ Apa beza Champa, Kemboja dan Khmer? “

“ Panjang ceritanya..kalau Iris betul-betul berminat saya akan cerita lebih lanjut . Tidak pun, di Kemboja nanti, Iris akan diberi penerangan lebih detail . Sekarang, saya hanya ingin memberi sedikit pandangan sebagai seorang ayah.”
Haji Nik Abdul Kadir memandang wajahku seolah meminta izin untuk meneruskan bicara. Aku menganggukkan kepala.

“ Jangan ambil hati apa yang saya nak cakap . Sebaiknya Iris bertudung bila ke Kemboja. Ia bukan sebuah negara Islam. Penganut Islam hanya minoriti . Untuk membezakan di antara wanita Islam dan bukan ialah dengan pemakaian tudung. Menutup aurat dengan sempurna. Dengan sendirinya Iris akan kurang mendapat gangguan.
Biasanya wanita Islam di Kemboja sangat dilindungi dan dihormati kerana kebaikan dan kesopanan mereka. Jarang ada yang berani mengusik dan mengacau kerana mahkota di
atas kepala mereka. Harap Iris faham apa saya maksudkan.”

“ Saya tak mahu bertudung kerana disuruh. Saya mahu ia datang dari hati saya. Lagipun belum sampai seru.”
Senyuman tipis terukir di bibirnya, lembut dan tenang.

“ Apa yang Cik Iris faham sampai seru? ‘
Tergagap aku nak jawab. Sesak kepala nak memberi jawapan.

“ Er…er..sampai seru tu…maksudnya..hati saya belum terbuka…kan? “ aku pula yang tanya Haji Nik Abdul Kadir. Lawak pula rasanya. Tersimpul biawak aku!

“ Dari pemahaman saya….sampai seru itu bila Nabi Muhammad saw diutuskan sebagai nabi kepada seluruh umat manusia. Ajaran baginda melata jauh sehingga ke seluruh pelusuk alam dengan berbagai bangsa menganut Islam…tersebar dari ribuan tahun dulu sampai sekarang . Mustahil segala seruan baginda saw tidak sampai lebih-lebih lagi di alam dunia cyber sekarang. Ketika ayat pertama yang memerintahkan menutup aurat dibacakan oleh Baginda saw, para muslimat dengan segera mencapai apa saja kain di sekeliling mereka sehingga kain langsir pun direntap, asal ada apa saja untuk membalut anggota tubuh yang wajib ditutup.”

Aku menahan malu…tau…tapi keberatan nak amalkan. Akhirnya aku menyuarakan isi hati yang terpendam selama ni..

“ Bertudung tak semestinya masuk syurga…”

“ Benar…tetapi kalau tak bertudung, lagi belum tentu masuk syurga.”

“ Tuan Haji…walaupun saya tak bertudung, saya tak seksi. Pakaian saya terjaga. Malah saya lihat mereka yang bertudung itu lebih teruk pemakaiannya dari saya. Ketat, tudung mereka pendek, bersanggul tinggi seperti bonggol unta dan bercouple. Saya tetap sembahyang.”

“ Cik Iris…bila kita masuk Islam, kita akan masuk keseluruhannya. Setiap titah perintah Allah kita wajib taat, tak boleh pilih-pilih kalau bukan sunat, harus atau makhruh. Contohnya, Cik Iris pilih nak puasa tapi tak mahu solat. Tak boleh macam tu. Tak sempurna. Ibarat macam rumah. Ada bumbung tak ada tiang. Ada tiang , ada bumbung tak ada tapak. Runtuh nanti rumah itu. Tak selamat didiami. Seruan Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke 12 lagi. Tidak timbul isu belum mendapat seru bahkan saya percaya Iris sekeluarga memang penganut Islam dari dulu lagi kan. Malahan saya percaya, kelahiran Iris juga terus diazan dan diiqamat di kedua belah telinga, kan. Lebih dari seru yang Iris dapat.”
Termalu …

“ Saya keberatan memakai tudung kerana saya melihat mereka yang bertudung tidak lebih baik dari saya. Tidak ada bezanya dengan kami malahan saya rasakan kami lebih baik dari mereka .” aku masih lagi petah beralasan.

“ Kenapa melihat contoh yang tidak baik? Kenapa tidak melihat mereka yang menutup aurat dengan sempurna? Bertudung dan menutup aurat dua perkara berbeza. Bertudung hanya meletakkan tudung di atas kepala, buat syarat je..yang lebih tepat sebenarnya menutup aurat dengan sempurna.”

Matanya lembut memerhati aku.

“ Tahukah Iris, syaitan suka bertenggek di atas punggung dan dada perempuan bila mereka keluar dari rumah? Oleh itu tudung haruslah dilabuh dan pakaian harus melepasi paras punggung..menutup dengan sempurna. Tidak nipis dan ketat. Sayang papa, kan? Sukakah papa Iris disiksa kerana keengganan Iris menutup aurat? Tanggungjawab seorang ayah wajib memastikan anak isterinya menutup aurat dengan sempurna dan menjalani titah perintah Allah keseluruhannya. Iris begitu petah menjawab saya.

Bila Malaikat Izrail ingin mencabut nyawa atau disoal Mungkar Nangkir di dalam kubur, sepetah inikah Iris akan menjawab mereka? Apakah Iris dapat menahan mereka dari mencabut nyawa Iris bila sampai masanya?”
Aku mati kutu lagi!

“ Bila diturunkan titah perintah Allah, jangan mencari alasan atau dalih untuk tidak melaksanakannya. Harus bersegera melakukannya kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Fikirkan apa yang saya cakap. Tindakan Iris menutup aurat akan menyelamatkan ramai orang lebih – lebih insan tersayang, papa, diri sendiri, keluarga…lelaki lain yang melihat…maruah dan keperibadian Iris juga akan menjulang tinggi, terjaga di bawah keagungan Islam. Islam memuliakan wanita kenapa Iris nak mencampakkan kemuliaan itu? Sayang…kamu cantik tetapi lebih cantik lagi kalau kamu bertutup seperti mutiara yang tersembunyi di dalam kulit cengkerang tiram. Sampai masanya mutiara itu akan dikeluarkan dengan nilai dan harga yang tinggi. Menjadi rebutan dan sanjungan mereka yang berkedudukan dan bangsawan. Sama juga dengan diri Iris. Hanya lelaki atau suami yang beriman dan terbaik akan memiliki dirimu. Seorang lelaki yang baik pasti akan memilih perempuan yang baik. Tidak sukakah kamu bersuamikan lelaki yang baik dan beriman? Yang akan membimbing ke pintu syurga dan kamu menjadi ratu Bidadari? Lebih cantik dan jelita dari segala bidadari yang bermata jeli? Bidadari itu semua akan menjadi dayang – dayang kamu dan kamu akan dikelilingi mereka seperti bulan dipagar bintang?”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

80 ulasan untuk “Novel : I Love You, Stupid! 15”
  1. nabilah hanim says:

    hahah . best sangat . sambungan ? cewahh . kena beli sendiri lah . haha .

  2. lili says:

    bestnye x sbr nk tnggu sambungannya

  3. nakgiKL says:

    wah cerita dah makin best. nvl ni brpa page?

  4. 1234 says:

    alah.. org nk bce sume. tak pelah. ada rezeki, aku pergi beli.. T ^ T

  5. Huda says:

    Best!tak saba sambungan novel ni~

  6. Puteri says:

    Pehh , mane nk cari sambungan dia ni ….

  7. diraaa says:

    Ala… nk sambungannn T^T mlas nk selongkar kedai buku lahh hik hik hik

  8. inna says:

    besttt…mn sambungan nya…..hurmm confius tang ank tu..mner mari nyer…hehehe

  9. Eyza Zeaq says:

    alahh ! En Ebrahimm tuhh ape cerr ? tk sbar nk tnggu sambungannya :) heee :D

  10. m__T says:

    nak sambungn die…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"