Novel : I Love You, Stupid! 8

6 September 2012  
Kategori: Novel

19,576 bacaan 23 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Part 8

Aku berjalan dengan lemah gemalai dengan sesekali tangan mengusap pinggang, lemah. Suara yang lembut dari anggota polis yang sedang berkawal di Pos Pengawal menegur.

“ Selamat pagi. Nak ke mana cik? “

‘ Selamat pagi encik. Saya nak jumpa Inspektor Ebrahim…”

Wajahnya aku tilik dengan penuh minat. Sejuk mata memandang . Anak siapalah ni? Kalau macam ni la rupa anggota yang diletak di muka pintu, aku pasti ramai yang tak ada kes pun nak buat kes. Ramai yang serbu balai polis. Satu kesilapan besar bagi aku! Lagi bertambah jenayah!

Hmm…hari – hari pasti ada laporan kehilangan. Hari ni lapor purse hilang, esok handphone hilang, lusa hati pulak hilang. Hilang ke tercicir? Hilang la…Hilang di mana? Mungkin tercicir di balai polis ini. Di mana? Di hati encik la. Aku tergelak sendiri. Teringat dialog aku dan Aidan tempohari.

“ Cik…jalan terus..masuk ke dalam dan tanya kaunter …mana bilik Inspektor Ebrahim. Tuan belum sampai lagi rasanya. Masih awal.” Suaranya mengejutkan lamunan gedikku. Ishhh..kacau daun betul. Sedang baik punya!

“ Ok…terimakasih.”

Kami berbalas senyum , mataku dan matanya sempat berinteraksi mesra. Iris! Jaga mata! Ops! Aku melangkah masuk dan disambut dengan senyuman mesra seorang anggota polis muda wanita berpangkat Konstabel.

“ Selamat pagi..boleh saya bantu cik? “

“ Saya nak jumpa Inspektor Ebrahim…”

Dia melihat aku atas bawah.

“ Berkenaan dengan hal apa tu?”

“ Hal peribadi…”

“ Boleh saya tahu Cik ni siapa dengan Tuan? “

“ Ermmm….rasa-rasanya…mungkin cik boleh teka…tapi tak apa la..lebih baik Tuan sendiri yang beritahu…tak manis pula kalau saya bercakap…” sengajaku lembutkan suara dengan senyuman misteri.

Mukanya berkerut tetapi dimaniskan dengan sedaya upaya.

“ Tuan belum sampai lagi..boleh tunggu dan duduk dulu? “ pelawanya sopan.

Aku mengganggukkan kepala dan duduk di kerusi yang disediakan. Hujung mata dapat melihat dia bangun perlahan dan berjalan dengan hati-hati ke arah beberapa anggota lain . Mereka berbisik dan curi – curi memandang ke arahku. Senyuman geli hati cubaku tahan semaksima yang mungkin sambil menunduk memerhati tangan membelai lembut perut. Sesekali aku mengangkat kepala dan pegawai-pegawai yang sibuk melihatku cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sekejap lagi sampai la my hearthrob.

Tepat seperti yang diduga pintu berkuak dan dia berjalan masuk dengan tegap. Sebelah tangan mengepit helmet sambil sebelah tangan lagi membuka sarung tangan. Aku melihatnya dengan penuh teruja. Tak sabar nak tengok reaksinya. Dia tak perasankan aku. Tenang berjalan ke dalam sebelum dihampiri oleh konstabel tadi. Cepat sekali dia menoleh kepadaku. Cermin mata hitamnya tidak ditanggalkan tetapi aku tetap dapat merasa renungannya terperanjat. Langsung tak menyangka. Aku bersusah payah bangun perlahan-lahan. Berjalan menghampirinya…

“ Cinta hati…kenapa lambat? I tunggu dari pukul 7.30 lagi…”
Cermin matanya dibuka pantas dan dia menilik aku atas bawah.

“ Kenapa Cinta hati? Macam tak pernah tengok I? Thank you for the last nite…the best memory that I ever had. You’re hot! Pedas! Berapi! “

Hatiku tahan sekuat hati dari meledakkan ketawa hanya senyuman manja yang mampu ku berikan kepadanya. Tangannya segera menarik aku keluar tetapi aku mengeraskan diri. Aku menanggal jaket yang dipakai dengan lemah gemalai, aku hulurkan ke tangannya.

“ I pulangkan jaket Cinta hati….selalu sangat tertinggal barang. I terpaksa hantar ke sini. Risau you kesejukan bila malam ni nak ke rumah I lagi. Anyway…thank you Cinta hati. I pulang dulu ya. Jangan lupa malam ni…as usual…” aku tersenyum gedik sambil mengenyitkan mata kepadanya.

Kepalaku angguk kepada semua mata yang memandang. Langkahku cuba selembut dan seayu yang mungkin sambil tangan membelai perut lagi. Pintu kaca dibuka untukku oleh seorang lagi anggota polis lelaki yang purrr….kalau macam ni punya rupa..hari-hari aku datang. Sempat lagi kami berbalas senyum mesra.

“ Iris….”
Terasa aura kesedapan namaku bersatu dengan suara maskulinnya. Iris menjadi satu nama yang pedas meletup! Aku memerhati langkah tegapnya satu persatu ke arahku.
Matanya tajam menikam tetapi aku lawan balik. Tak hairan pun aku!

“ Dah berapa bulan? “

“ Aikkk..sendiri punya kerja pun tak tahu…” saja aku seksikan suaraku

“ You’re too much. Awak nak jatuhkan maruah saya? Maruah awak yang tercemar sebenarnya…”
Aku potong cakapnya sambil merenungnya dengan sinis.

“ Tuan nak saya pulangkan jaket dengan penuh adab sopan seorang gadis..saya sudah lakukan, memulangkan jaket kekasih gelapnya…yang paling handsome…paling macho….as you
wish…sure lepas ni panas la gossip pasal kita.”

Nampak dia menahan sabar.

“ Saya akan ajar awak kerana biadab.”

“ Oh…saya tunggu. By the way, ini untuk bayaran my Jimmy Choo and Zang Toi’s last nite.”
Aku mendekatkan diri sedikit, mendongak dan cuba mendekatkan bibir sehampir yang mungkin ke telinganya… berbisik perlahan.

“ Ini Iris la Tuan. I don’t give a damn of who you are. You have started a game with the wrong person…and I’ve checkmate you. I’m bad and dangerous. Bye my love…you’re hot! Pedasssss.”

Aku memberi pandangan menggoda. Merenung matanya dalam–dalam. Melemparkan senyuman kemenangan dan melangkah meninggalkannya dengan bergaya.

*********************

Masuk ke dalam kereta aku ketawa sekuat hati. Tangan menyelak blouse dan membuka “ perut palsu “ yang aku ikat di perut. Aku campakkan ke belakang dan memandu pergi dengan hati yang puas. Sesekali tangan melihat cermin kereta di depan sambil membetulkan juntaian rambut di dahi . Jari mengetuk setereng , rancak mengikut irama lagu yang bergema kuat. Terus menuju ke Iris’z Kizz di Shah Alam City Centre Mall . Berhenti sekejap di Blooming Love, hon aku tekan. Kelam kabut keluar, seorang lelaki muda membawa sejambak lily putih.

“ Monink love! “ aku menyapanya.

“ Monink sexy! How’s your day? “

“ Great! Fantastic and hot! “

Dia tersenyum, cukup menawan.

“ As usual. 30 kuntum. Tambah 3 kuntum, special from me, your devoted fan dengan ucapan I heart you.”

“ Jason dear, jangan menggoda I pagi-pagi ni.” Aku mencapai jambak besar lily dengan tergelak.

“ Kalau I tak menggoda you, hari I tak bermaya. Your presence relieves the topsy-turvy life of mine. Bukan selalu dapat jumpa.”

“ Ermm..you’re such a sweet talker. Ok. I chow dulu. Take care dear. Bye love.”

“ Bye sexy. One fine day, I betul-betul akan menjadi kekasih you.” Kenyit nakal dari Jason.

Aku hanya tertawa dan terus memecut. Sampai ke carpark, mengambil tempat parking kesukaan, memeluk bunga, menutup pintu kereta dengan punggung. Menekan kunci. Bunga aku pikul dan sandar atas bahu, melenggang sambil bersiul, menghala ke Iris’z Kizz.

“ Selamat pagi Cik Iris.” Tegur Pak Cik guard.

“ Pagi pak cik. Dah makan? “ balasku.
Beberapa tapak lagi,

“ Hi Miss Iris!”

“ Hi Mr Young.”

Tiga tapak lagi, aku disapa Zariff.

“ Pagi sayang.”

“ Pagi sayangku.” Senyumnya melebar.

“ Iris darling, will you marry me?! “ jeritan dari tingkat atas. Aku mendongak dan membalas senyuman Raja.

“ Anytime Romeo!”
Sampai depan Iris’s Kizz, Patrick butik sebelah menegur.

“ Hello Iris darling! Dine with me tonite? ”

“ Hello Pat sayang! Ermm.. make a reservation at Alain Ducasse Plaza AthAcnAce, Paris. I hanya makan Te Volaille de Bresse, ayam tak bertulang yang hanya di ternak di Burgundy. But make sure before you tempah flight ticket, bukan summer holiday dan Krismas. Ia ditutup.”
Patrick menjuihkan bibirnya, kemudian tersenyum,

“ Anything for you.”
Jenuh menyapa dan membalas ucapan mesra dari semua yang ku kenali. Kelibat staffku kelihatan. Mereka segera membuka kunci dan menunggu aku memberi ucapan.

“ Monink kekasih-kekasihku semua, hit it!!!”

Mereka tertawa riang dan mula menyusun apa yang patut. Cupcakes , muffins dan sandwich berbagai perisa diatur cantik. Aku menyusun lily dalam pasu besar di kaunter dan di bilikku. Menghidu baunya yang wangi, bertambah segar dan semakin segar bila teringat riak muka abang pedas . Dia sangat menyelerakan. Hari ni kepedasannya pasti memijar. Jangan dia meletup sudah!

Aku membancuh minuman dan mengambil sekeping sandwich duduk di sudut sambil memerhati staffku ligat bekerja. Selesai breakfast, aku mula bergerak masuk ke dalam bilik Iris’z Artwork membetulkan beberapa buah meja kerusi mini berwarna warni dan memeriksa setiap bahan yang ada.

Dalam pukul 10 pagi…pengunjung mula menyerbu masuk. Ada beberapa orang kanak-kanak ditinggalkan ibu bapa yang ingin bershopping dengan bayaran rm10 sejam .Syarat yang aku kenakan, kanak-kanak ini harus dah pandai bercakap dan memahami apa yang kami cakap. Pandai ke bilik air dan membersihkan diri sendiri. Kami bukan babysitter tapi kami trendsetter. Mendidik anak-anak kecil meneroka alam seni yang memukau dengan diselia dan ditunjuk ajar oleh kakitanganku. Kami memberi mereka beberapa pilihan. Samada ingin melukis, mewarna, mengecat tembikar , menguli adunan doh plastisin dan berbagai lagi. Mereka bebas nak bereksperimen dan bereksplorasi.

Puas hati , aku mula memerap di sudut . Menghadap kanvas di depan dan mula menconteng. Asyik dalam duniaku. Sedar-sedar rambutku diusap dari belakang. Cepat aku berkalih. Hampir terjatuh palete yang aku pegang.

“ Hi honey…”

“ Aidan…terkejut I. Bila sampai? “

“ Tak la lama tapi sempat la mengintai orang tu . Sempat melihat dia disapa satu mall. Will you marry me? I want to be the father to your kids. Make it twins 10 times.”

Aku cuit berus ke pipi Aidan. Riak dia terkejut tapi suka.

“ Sure, kalau you yang mengandung. 100 kali pun tak apa.”
Kami tertawa. Tisu aku ambil dan lap pipi Aidan. Jariku dipegang erat dan aku terhenti.

“ Biarkan saja di situ. Tanda kasih Iris.”

“ Jangan nak mengada. Tanda kasih lebih dari ni. Tunggu saja masanya.”

Jariku dikucup dan aku mengelap pipinya semula.

“Cantik. Mata siapa ni? “
Aidan mengarahkan pertanyaan kepada contengan yang belum siap sepenuhnya. Serba salah nak jawab.

“ Ermmm…mata imaginasi I je…”

“ Mata je? Tanpa wajah? “
Aku tersenyum…cepat-cepat mengelap tangan dan membuka apron.

“ Suka tengok mata ni…cantik, tajam dan bercahaya.”

“ Kenapa tak lukis mata I? Mata I tak cantik?”

“ Kan dah banyak I lukis mata you, tak terkira. Mata orang lain pula…jom ..minum dulu…”

Aku segera mengajaknya keluar. Malas nak bersoaljawab. Aku membancuh dua gelas cappuccino dan mengambil beberapa cupcakes .

“ Nasib baik semalam I turun sekejap nak ambil BB you yang tertinggal dalam kereta tapi Tuhan je yang tau hati I. Panik gila apa yang terjadi pada you. Jenuh mencari you di antara mereka yang tertangkap..nak call ke rumah you, I takut dengan papa you. Nasib baik you call you dah selamat. Cekap you lari , sempat tahan teksi lagi balik rumah.”

Aku tersenyum tawar. Kejadian semalam memang menyeramkan. Aku serik sangat. Baru sekali nak buat jahat hampir-hampir tertangkap!

“ Lain kali jangan bawa I ke tempat macam tu lagi. You pun tau I macam mana kan. Kalau apa-apa hal, mati I kena dengan mama. Kes polis pulak tu. You sendiri pun takkan tak tau banglo tu tempat apa? “

‘ Banglo tu kawan I duduk dengan parents dia. Kebetulan parents dia selalu ke oversea…dia boring..dia buat la apa-apa party.” Selamba je Aidan sambil mengunyah cupcake.

“ Polis takkan raid macam tu je kalau tak ada kes. Mungkin ada dadah. Minuman keras macam paip pecah …dengan muzik lagi. Bercampur bebas lelaki perempuan. Dalam kawasan perumahan. Mesti ada jiran yang report. Selalu sangat buat la tu. Mengganggu ketenteraman awam, maksiat, sosial gila-gila. Pasti polis dah perhati lama. Kalau tak , takkan mereka datang dengan blackmaria ?”

“ Ok la…I minta maaf. I tak tahu. I nak buat surprise party for you, honey. Kita berada di tempat dan waktu yang salah.”

“ Aidan..hati-hati dengan siapa you kawan. Jaga nama baik keluarga dan bisnes kita. Rosak nanti reputasi kita kalau terlibat dalam kes macam ni. Nasib baik kita ada family bisnes tapi tetap memberi imej yang tak baik . I bosan la kalau kita selalu dikaitkan dengan benda-benda yang negatif. “

“ Ok la…it won’t happen again, hon. I selalu lupa I bercakap dengan Suksis bakal inspektor…” kami berbalas senyum

“ I bukan nak jadi polis la. I nak teruskan bisnes ni. Banyak papa labur untuk penuhi impian I . I kena usaha sungguh-sungguh dan bayar balik modal yang papa pinjamkan . Ni pun nasib baik mama yang bantu uruskan. I boleh datang dua minggu sekali je. Sabtu dan Ahad. Minggu lain Suksis dan kuliah.”

“ Kenapa you nak susah-susah Iris? Duduk rumah goyang kaki, I mampu support you. “

“ I mana boleh duduk diam. Lagipun ini dunia kesukaan I. Lukisan dan seni…satu dunia yang indah.”

“ Dunia bersama I tak indah? “

“ Indah….indah sekali…..”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Novel : I Love You, Stupid! 8”
  1. Norika says:

    hurm… saya belum berkesempatan memiliki naskhah ILUS.. apapun, cerita ini best!

  2. cuty says:

    knpe iris uat lgu tu kat abg pds????ksian kat abg pds…Msti mlu

  3. fatin says:

    Iris suka seni… samelah kite.. ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"