Novel : I Love You, Stupid! 10

10 September 2012  
Kategori: Novel

23,701 bacaan 14 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Part 10

Kami menunggu Inspektor Ebrahim berjalan ke arah Ninjanya. Empat kepala terhendap-hendap menanti dengan penuh tak sabar. Tiba-tiba Inspektor Ebrahim mengangkat kepalanya dan melingas ke hulu ke hilir seperti mencari. Farina segera menolak aku dari tempat persembunyian kami. Sengal punya kawan! Cepat sekali mata Inspektor Ebrahim menala.

Jari telunjuknya memanggil. Selamba diva je aku menghampirinya. Kemudian aku melenggang kawad, menghentak kaki dan menabiknya. Lama..dia tak membalas tabikan aku dan aku tak boleh menurunkan tangan selagi dia belum membalas atau dia berlalu pergi. Sejam pun sejam la aku harus mengeraskan diri seperti patung. Azabnya!!!!!!

Dari sebalik kaca mata hitamnya terasa matanya tajam menilik seluruh badanku. Aku dah seram sejuk tak pasal-pasal. Dia berkeliling aku langkah demi langkah, berdetup detap bunyi hentakan butnya. Berhenti di belakang sebelah kananku. Begitu dekat sehingga terasa kehangatan badannya. Tangannya meraba atas poket seluar kananku! Aku terbeliak mata. Dia sentuh aku! Kemudian berjalan ke sebelah , dia menepuk pula poket seluar belah kiri! Gulp! Aku menelan seriau. Kembali berdepan denganku. Tangan yang menabik dah terketar, lenguh dan seram. Tangan kanannya dihulur dan aku tahu apa dia nak buat. Dia sentuh je, aku wachaaa ! Peduli apa siapa dia! Tangannya sudah hampir mahu meraba poket atas dada kiriku , aku menahan nafas dan bersedia! Dia sentuh, dia senak!

Tangannya tiba-tiba terangkat, membalas tabikku, turun. Aku menarik nafas lega dan menurunkan tangan. Bersenang diri dan berdiri tegak.

“ Ya Tuan? “
Jari ditunjuk kepada motornya. Ada mulut tapi tak mahu cakap. Aku cakar kang tangannya!

“ Ebrahim dreams of Iris!”
Aku baca kuat-kuat, kemudian buat-buat terkejut.

“ Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur? “

“ Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!”
Ouchhh..pedasnya!

“ Saya nak awak padamkan. Awak guna permanent marker pen ya? Nasib baik saya tak jumpa dalam poket awak. Kalau tak, tahulah akibatnya.“
Nasib baik juga aku dah flush marker pen itu ke dalam mangkuk tandas. Fuh!

“ Hola …Tuan tak boleh menuduh saya yang menulisnya. Tuan tak nampak. Tak ada saksi.”

“ Siapa lagi kalau bukan awak yang berani menggoda saya? “
Pedas berapi! Mataku keraskan ke depan, tanpa menatap wajahnya. Kononnya sangat berdisiplin.

“ Saya tak menggoda lelaki, tuan…lelaki yang menggoda saya.” Tegasku dengan lembut.

“ Itu bukan lelaki namanya, itu jantan! Hanya lelaki yang tau membezakan mana gadis yang perlu dikejar atau gadis yang “ you won’t give her a second glance.”
Papa! pedas meletup!

“ Kesan marker pen jelas di hidung awak.”
Spontan aku teraba hidung. Inspektor Ebrahim tersenyum pedas.

“ Nabi Sulaiman pernah menangkap pencuri dengan hanya berkata, saya tahu siapa yang curi angsa, saya nampak bulu atas kepalanya. Si pencuri teraba kepalanya. Ini kes Prima Facie. Saya telah dilatih dalam Psychogical warfare. Bukannya susah nak tangkap budak sengal macam awak.”

Dia berjaya perangkap aku! Tapi selagi aku tak mengaku, dia tak boleh buat apa.

“ Saya boleh dakwa tuan mencabul saya. Tuan tak boleh menyentuh saya tanpa pegawai wanita ada di sini. Saya tau hak saya.”

“ Tengok belakang awak.”

Aku berpusing. Divas sedang berdiri tegak menabik tanpa gerak dengan jarak 5 kaki di belakang. Aku mengemamkan bibir. Kami semua tertangkap! Kenapa telingaku tidak
menangkap sebarang bunyi hentakan kasut mereka? Terlalu seram dengan abang pedas sehingga telingaku tuli. Inspektor Ebrahim mendekat , menunduk dan berbisik perlahan di telinga kiriku.

“ You are under arrest. Tapi tak apa. Saya lepaskan awak. Ini Ebrahim la … I don’t give a damn about who you are… you have started a game with the wrong person…and it’s a checkmate . I’m bad and dangerous. Opsss hang on…the most dangerous species of all. Saya boleh tukarkan air menjadi api.”

Hampir tembus gegendang telingaku dengan suara machonya. Inspektor Ebrahim membuka cermin mata hitamnya. Renungan matanya menyebabkan rama-ramaku seperti terkena sumpitan beracun, menggelepar jatuh satu demi satu ke dasar perut. Aku cuba mengatur pernafasan yang tersesak. Inspektor Ebrahim menjauhkan dirinya. Aku kembali tenang.

“ Ok…kalau awak tak mahu mengaku tak apa…tau la awak apa akibatnya kalau nak kenakan lelaki terpilih seperti saya .”
Lepaskan aku konon! Dia tak ada bukti dan tak ada pengakuan dari aku. Hanya gertakan dan mainan psikologi. Niat nak menggedik terbantut. Terasa tak sedap hati pulak…tetapi arghh..pedulikan! Mata hanya mampu melirih melihat dia menderum laju dengan Ninjanya. Aku mengerling divas yang pantas menurunkan tabik. Masing-masing mengurut tangan yang lenguh kerana Inspektor Ebrahim tidak membalas tabik mereka.

******************

Ahad pagi di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Kami semua sudah siap berbaris menunggu ketibaan pegawai tinggi yang akan memberi taklimat mengenai unit trafik. Bunyi motor besar menderum masuk ke dalam pagar, kepala tak berani aku pusing tetapi mata cepat mengerling. Inspektor Ebrahim memberhentikan Ninjanya betul-betul depan perbarisan kami. Sarjan Hussain memberi arahan untuk “ bersenang diri dan bersurai”. Semua membetulkan urat dan mataku hampir terjojol keluar, nasib baik tak tergolek!
Sebesar – besar tulisan di Ninja, “ Iris gilakan Ebrahim”!!!

Semua tergelak dengan aku yang tak tahu nak letak muka di mana. Selama ni aku cukup menjaga tak mahu kelihatan gedik dan murah tetapi gedik yang terpelihara dan bermaruah gitu..tapi ini?! Tulisan yang sebesar-besarnya?! Gedabak gitu! Dengan semburan cat pulak tu!!!

“Iris! Ada apa-apa kamu nak cakap?!!!” Suara Sarjan Hussain menguruh pulak! Aku menjawablambat-lambat…

“ Saya tak buat…”

“ Habis tu , siapa? “ Sarjan Hussain bersuara semakin tegas.

“ Entah …” jawabku selamba.

“ Dia takkan mengaku punya. Ok, tak apa. Habis sesi ni, awak kena bersihkan motor saya, guna apa saja cara asal tanggal cat itu…”

Dari air mukanya, aku tahu siapa yang punya angkara!

*****************

Sesi taklimat oleh Inspektor Ebrahim. Tegas dan lantang suaranya. Kami semua bersenang diri, mendengar dengan khusyuk, kononnya. Untung berdiri di barisan paling belakang.

“ Kenapa lately ni kita asyik terserempak dengan abang pedas ? “ bisik Lara perlahan.

“ Dengar bisik-bisik, Inspektor Ebrahim jadi pegawai penyelaras Kor Suksis UM…” balas Violet.

“ What??? “ serentak kami terjerit halus.

“ Syhhh…Tuan ganti Asp ZulHilmi. Tuan Hilmi bertukar ke UIA.” Violet berbisik hati-hati.

“ Aduh…parah. Lama-lama pasti dia kenal kita..bukan Iris saja.” Farina mengeluh.

“ Rileks la…no worries. Pastilah jumpa dia sebab dia kerja sini. I tak fikir dia pegawai penyelaras kita. Dia kan bahagian unit trafik bukan bahagian latihan. Lagipun dia bukan ASP, bukan kena jadi Chief Inspector dulu baru ASP? ” bisikku.

” I rasa dia bakal ASP sebab tu dilantik sebagai penyelaras . Mana tau dia terlalu cemerlang terus lompat ASP? But, wait a minute, camna you tahu dia kerja sini? ”
Violet kehairanan.

” Er..er…dia ada sini..dia kerja sini la…” tak mahu rahsia insiden minggu lepas bocor.

“ 3 tahun dalam Suksis, dah berbagai latihan kita ikut . I fikir pengendalian senjata api paling best, lawatan ke berbagai cawangan, I fikir cawangan Unit Udara paling best, tapi nampaknya kena tarik balik apa yang I rasa. Sini la yang paling menggoda. I nak join lepas grad nanti.” Tak berkelip mata Lara memandang Inspektor Ebrahim.

“ Dia patut jadi model dalam iklan penggambilan anggota baru…baru semangat nak join. I bet ramai berebut nak masuk Sang Saka Biru.” Tambah Farina menggedik. Lupa Izhar dia!

Aku hanya mengukir senyuman tipis dan memicit sedikit hidungku. Cuba menahan dari bersin . Tak cukup tidur je mulalah nak selesema. Semalam bergayut dengan Aidan sampai 4 pagi, habis kong BB, kemudian sambung video call pulak kat lappy. Last-last tertidur . Kalau tak kerana mama yang kejut , pasti terlajak sampai tengahari. Beberapa nama yang boleh menunggang motor dipanggil ke depan dan diuji .

“ Iris…next! “ kena lagi. Suara Sarjan memetir. Aku terpinga-pinga. Susahnya nak hilang mengantuk.

“ Ya Encik! “ aku menghentak kaki dan menabik.

“ Tunggu apa lagi!”

Baru tersedar. Cepat-cepat aku menuju ke arah motor peronda dan mula nak menekan starter. Siap nak tekan gear dan meluncur laju sebelum dijerit dengan kuat lagi oleh Sarjan Hussain. Apa lagi???

“ Nak pergi cam tu je?!! “

“ Ya Encik! “

Semua ketawa. Termalu pula. Baru perasan aku tak memakai topi kaledar dan sarung tangan. Rakan-rakan lain dah ada di atas motor masing-masing, selamba saja. Tak ada siapa nak pinjamkan aku . Habis la aku. Kena tempik lagi la dengan Sarjan. Jatuh menjunam lagi saham aku ! Minggu lepas aku datang sini buat onar. Pagi ni , aku dah kena tempik kaw-kaw dengan sarjan kesayangan aku.

Inspektor Ebrahim datang. Menghulurkan topi keledarnya. Aku ambil dengan cuak. Teragak – agak nak letak kat kepala. Takut topinya busuk dan kepalanya berkelemumur. Habis la rambut aku. Tak pun berkutu..siapa tahu..rupa je handsome tapi pengotor. Aku mengambil bau dari jauh. Tak berani nak tunjukkan reaksi muka takut dia perasan dan marah . Tapi aku yakin dia perasan kerana dengan serta merta, topi keledar itu direntap dengan kasar dari tangan yang sedang menghampirkannya ke hidung. Terus ditangkupkan ganas ke atas kepalaku. Aduh sakitnya!

Tali dipasang dengan kasar sehingga mukaku terteleng ke mukanya. Melihat matanya yang begitu hampir. Matanya merenungku tepat. Aku menahan seriau. Melihatnya dengan mata yang terkelip-kelip tak tentu hala. Mata cepat aku larikan. Melihat cermin matanya yang tersangkut di poket .

“ Awak boleh tutup mulut awak. Pakai sarung tangan ni. Saya pinjamkan cermin mata saya. Pusing balai 3 pusingan.”
Aku mengikut apa yang disuruh dengan taat . Memakai sarung tangannya dan menunggu dia menghulurkan cermin mata hitamnya. Sekali lagi mata kami bertentang. Satu sekehan yang agak kuat di atas topi keledar menyebabkan aku tersedar lagi.

“ Jalan sekarang! “ dia sekeh kepala aku! Eh bukan..topi keledar!
Cepat aku mengekor kawan-kawan yang telah bergerak dan membuat pusingan . Hilang mengantuk tetapi macam khayal la pulak! Dia wangi, handsome, dan matanya…purrr. Opsss…motor gagal aku kawal dan hampir tergolek atas jalan. Sempat menongkat kukuh dari terjatuh. Nasib baik, Divas pantas berlari dan sempat menahan .

“ Awak ok?!!!” jerit mereka
Aku masih seperti mamai. Menongkat motor dan turun perlahan. Inspektor Ebrahim menggelengkan kepalanya. Gagal lagi. Memang aku tak sesuai jadi polis. Tetapi rasa terkilan sebab aku tak suka gagal. Perlahan langkahku hala ke arahnya. Menanggal topi keledar dan menghulurkan cermin matanya.

“ Terimak….Achummmmmmmmm!!!!!” Matanya dan mataku terbeliak.

“ Sori tuan..soriiiiiiiiiii…” aku kelam kabut mencampakkan apa yang di tangan dan mengelap uniformnya yang terkena percikan “ Chanel 5 “ aku. Tangan laju cuba menggeringkan apa yang patut. Mati aku! Panik sehingga tersedar ke dua tanganku dipegang erat.

“ Awak sedang meraba saya.”
Mulutku ternganga sekejap…

“ Excuse me… Sir? Ini satu tuduhan…” hati rasa panas dan sejuk. Panas kerana lidahnya, sejuk kerana matanya…

“ Tangan awak di mana sekarang? “
Aku tahulah tanganku di dadanya….

“ Tangan tuan pula di mana? “
Kami sama-sama melihat tangannya yang menggenggam kemas tanganku terlekap elok di dadanya. Masing-masing segera melepaskan. Aku menenangkan diri dan membuka sarung tangannya.

“ Terimakasih Tuan.”
Sarung tangannya tidak disambut , pandangannya seolah-olah geli dan jijik . Enggan menyentuh. Butang uniformnya dibuka satu persatu disambut dengan bunyi kehairanan dan keghairahan Divas. Uniformnya dicampak ke atas kepalaku. Cepat-cepat aku mengalihkannya. Segera membetulkan rambut. Terbakar!

“ Basuh dan hantar semula kepada saya esok. Pastikan wangi dan digosok rapi.”
Hati terbakar terus sejuk seperti disimbah air terjun Gullfoss di Iceland. Melihat langkah tegapnyanya menuju ke balai. Kenapa dia pakai t shirt putih dalam uniformnya? Shirtless kan best!!! Purrrr…meowww.

***********

Dahi mula berpeluh disuluh bahang panas matahari pukul 11 pagi. Aku bersila sambil menopang dagu menghadap Ninja . Macam mana aku nak padamkan semburan cat yang sangat memalukan ini? Inspektor Ebrahim kata guna apa saja cara untuk hilangkannya. Aku cuma nampak dua cara je , pertama , ambil lighter dan cucuh, kasi bakar hangus ! Ke dua, beli baru. Dan aku pilih yang pertama! Ish….sabar Iris. Aku kenakan dia , dia kenakan aku balik. Kaw-kaw pulak tu!

“ Hilang tak? “
Suaranya menyebabkan aku mendongak. Dia duduk bertinggung di sebelahku.

“ Jenuh nak hilangkannya. Lain kali nak mainkan orang, fikir dulu. Don’t mess around with a guy “ who never gives a second glance to any no class woman.”
Pedas menyengat! Hidung yang gatal , aku picit perlahan. Panas semakin terik. Dia ok la sebab tak pernah lekang dengan cermin mata hitamnya. Aku dah silau berpinar biji mata. Silap-silap mau pitam!

“ Ok…jangan buat muka donut tak bergula. Let me show you a magic.”
Tangannya perlahan menarik sesuatu dari lapisan atas motornya…yang kena semburan cat Dalam hati, aku dah ber”damn-damn” sakan. Rupa-rupanya cat itu hanya disembur ke atas lapisan selotep yang besar dan dilekat memanjang lagi kemas ke atas badan Ninjanya. Aku ralit pula melihat silap matanya itu. Di samping ralit memerhati bulu roma di tangannya yang tersusun cantik. Kemas dan agak perang.

“ Ok..tanggalkan semua dan polish Ninja saya.”
Dia membuka cermin mata dan mengenyitkan matanya. Nasib baik aku rasa kurang sihat + panas berpijar atas kepala, kalau tak, harus ku cakar biji matanya. Dah la menipu tak ingat, kenakan aku balik, siap kenyit-kenyit mata pulak!

“ Mana kroni awak? “
Serentak kami menoleh ke belakang, melihat mereka bertiga yang sedang berdiri berteduh depan balai .

“ Kamu semua ke mari! Bantu Iris!”

Maka “ The four Stooges “ ni pun bertungkus lumus membersih dan mengelap motor Abang Pedas. Sesekali terhenti kerana menjeling tajam kepada member lain yang sedang menahan geli hati melihat kami didenda.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : I Love You, Stupid! 10”
  1. kutk says:

    kekekeke. best. kelakar.

  2. sha_dibo says:

    blm klua buku ke? hihihi

  3. AmirahMuzaili says:

    Salam, sy bru umo 10 thun .. Sy brminat dgn novel semenjak 8 thun lg .. Sy ade 4 novel skrg nih .. Novel pertame Curi-Curi Suka (500 m/s) Novel kedua Hello, Mr.Perfect! (666 m/s) Novel ketige Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik (888 m/s) Dan Novel Keempat I LOVE YOU STUPID! (1389 m/s) Alhamdulillah sume novel sy dah abes bce … Novel I LOVE YOU STUPID! Ciptaan akak sgt best !!! Dh 3 kali sy ulang … Sy minat gile2 dgn novel .. Smpai snggup abeskan duit ntuk bli novel.Sy suke wat novel. Tp smpai 7 m/s je .. xD .. Sbb lps uh sy tade idea nk wat ape … So dye terhentilharh .. Tujelharh kak sy nk bgtaw … hnye nk kongsi itu aje … Hrp maklum :)

  4. wan murni says:

    Selama jd peminat novel,blm prnh jmpa yg btul2 berjesan d hati..bile d prknlkn oleh adik angkat novel kak melur jelita,terus jatuh hati,jtuhsy

    kasih n syg,,,,,n sy sentiase teringt bait2 dlm novel ni,..sy dah bace semue novel kak melur jelita…ILUS,MYPI n ASST…tp yg btul2 sy sedih MYPI….yg lain pn mmg hebat….sy drbtengganu,lucu sngt bile bace ayat negeri sy yg kak melur jelita guna…..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"