Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 12

14 September 2012  
Kategori: Novel

4,926 bacaan 5 ulasan

Oleh : FifiNurina

BAB 12

“Awak, awak , bangun.”

Nurin cuba mengejutkan Syahmi yang sudah terlena di bangku penumpang itu. Dua tiga kali Nurin cuba untuk mengejutkan Syahmi, namun tiada tindak balas daripada lelaki itu. “Tidur mati ke apa ni. Dah banyak kali aku kejut ni, tak sedar-sedar pon. Ke dah mati? Haaa, aku ada idea!” Bisiknya di dalam hati sambil tersenyum.

Nurin memberanikan diri, mendekatkan mukanya ke telinga lelaki itu demi memastikan misinya berjaya.

“Papa, papa, bangun pa! Baby nak keluar ni. Pa, mama sakit. Nak bersalin dah ni. Aduh, pa, bangun cepat!”

Suaranya dirihkan seakan sedang mengalami sakit yang amat. Cuba ditahan ketawanya agar tidak tersembur ketika itu. Dan seperti apa yang dirancang, misinya berjaya, malah lebih berjaya daripada biasa!

“Haa, nak bersalin dah? Cepat-cepat, kita pergi hospital. Mama boleh tahan, kan? Sabar sikit ya sayang. Papa tukar baju sekejap, sekejap je ma.”

Cemas sungguh Syahmi ketika itu. Tanpa sedar, dia terus mencapai tangan Nurin. Namun tidak sampai sesaat, tangan itu dilepaskan kembali. Dalam keadaannya yang masih separuh sedar itu, dia menggeleng beberapa kali.

“Eh, bila masa aku kahwin ni? Bila masa pula aku bercinta? Aku rasa minggu lepas baru je minah sewel tu ajak aku kahwin. Takkan secepat tu aku kahwin? Dah mengandung? Siap nak beranak segala ni? Isk, biar betul ni. Makkkkkkkkkk. Tolong abanggggggggggggggg!”

Jeritnya panjang sambil menarik-narik rambutnya tidak percaya.

Mengalir air mata Nurin ketawa melihatkan reaksi Syahmi ketika itu. Sungguh dia tidak menyangka, begitu sekali Syahmi terperanjat. Nampak macam comel sangat! Sangat kelam kabut!.

Hampir Syahmi tidak percaya Nurin di sebelahnya sedang ketawa terbahak-bahak melihatnya. Sah! Dia memang sudah dipermainkan oleh perempuan itu. Syahmi amat yakin tentang itu kerana sempat dikerlingnya ke arah perut gadis itu yang leper.

“Kau mainkan aku eh? Berani betul kau ni perempuan!”

Jegil Syahmi, meluahkan rasa tidak puas hati kepada Nurin. “Syoknya dia ketawa ya. Nanti ada masa, aku balas balik.”

“Janganlah marah awak. Tadi dah banyak kali saya kejutkan awak, salah awak jugak, awak yang tak nak bangun.”

Jawab Nurin sambil mengelap air matanya dengan hujung sweater yang dipakainya.

“Tak boleh kejut dengan cara lain ke? Ni mama la, papa la, baby la. Suka betul dia dengan perkataan tu. Dah tak sabar sangat nak mengandung, nak beranak bagai ke? Kalau nak, meh nak bagi mengandung betul-betul. Baru padan muka.”

Marah sungguh Syahmi ketika itu, namun Nurin tetap muat buka tidak bersalahnya. Sempat lagi dia menjawab.

“Berhajat juga awak nak suruh saya mengandung anak awak kan, dah tahu dah, dalam hati awak tu ada taman bunga.”

“Bunga apa?”

“Bunga api. Boom, meletup!”

“Banyak pula cakap kau ni. Jawab sikit-sikit sudahlah.”

“Dia yang tanya, nak marah orang pulak.”

Syahmi sudah malas untuk melayan kerenah Nurin ketika itu. Dipandangnya jam, sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. “Laju jugak perempuan ni bawak kereta ya. Berapa dia lari ni?” Bisiknya di dalam hati apabila menyedari yang mereka sudah berada di pekan Temerloh saat itu. Dan lebih tepat lagi, berhampiran terminal bas ekspres di bandar itu.

“Kau pecut berapa tadi? Kena speedtrap, kau bayar!”

“Baru 110 kilometer per jam. Kadang-kadang je kaki ni terpijak pedal minyak ni sampai 130 kilometer per jam. Janganlah awak bimbang, belum sampai limit lagi tu. Limit highway kan 140 kilometer per jam.”

Nurin tersengih lagi sambil menunjukkan tanda yang digemarinya iaitu “peace” kepada Syahmi yang sudah menggelengka kepala.

“Memang JPJ yang test kau tu jenis yang tak bertauliah lah. Kau ambik lesen kat mana dulu? Peraturan jalan raya mana kau guna ni? Dah, sudah. Mulalah tu nak melalut. Tukar tempat. Dah lewat dah ni. Makin lama aku layan kau, makin lambat kita sampai. Ke kau nak tidur tepi jalan ni? Kalau ya, dipersilakan keluar ya, mama.”

Sempat Syahmi memerli Nurin yang sudah menunjukkan penumbuknya ke arah mukanya. Cepat-cepat dia membuka pintu dan beralih ke tempat pemandu. Nurin belum keluar daripada tempat pemandu apabila Syahmi melangkah keluar.

“Hei perempuan ni, nak suruh tukar tempat pun nak kena buka pintu bagai. Ingat kau anak raja ke nak kena buka pintu segala ni. “

Bebelnya sambil membuka pintu. Dan, apabila pintu itu terbuka, Nurin dilihatnya sudah berada di kerusi penumpang. Entah bila masa Nurin turun daripada kereta dan beralih tempat duduk, dia pun tidak sedar.

“Kau ni hantu ke? Bila masa kau turun tadi?”

“Saya tak turun pun.”

“Habis tu, macam mana kau boleh beralih tempat?”

Tanya Syahmi pelik. Signal diberi dan dia menruskan perjalanan ke kampungnya yang terletak Cuma 15 minit dari bandar itu.

“Benda macam ni, tak boleh kongsi dengan orang. Rahsia besar kerajaan.”

“Rahsia sangat. Awak ni hantu ya?”

Syahmi cuba memancing Nurin. Dia ingin melihat sejauh mana gadis itu boleh merahsiakan rahsia kerajaannya itu.

“Haah, awak tak takut ke?”

“Oh, hantu. Jap lagi depan tu ada tanah perkuburan. Nanti saya hantar awak balik ya. Duduk diam-diam tau.”

Sakat Syahmi lagi. Dia ingin ketawa apabila melihat muka cemberut Nurin kala itu, namun sedaya upaya ditahannya.

“Awak, saya gurau je lah. Nak tahu ke rahsia kerajaan tu?”

Nurin cuba berdiplomasi. Dia bukanlah seorang yang berani, dan dia sememangnya penakut!

“Eh, maaflah ya. Saya tak dengar cakap hantu. Ini semua dugaannnnnn.”

Usik Syahmi lagi. Ditirunya lagi gaya pelakon dalam cerita lama, Pendekar Bujang Lapuk itu.

“Awak.”

“Dugaan”

“Awakkkkkk…”

“Dugaan.”

“Awak…awak..awak…”

“Dugaan”

“Papa!”

Terdiam Syahmi seketika. Namun dalam tidak sukanya, kadang-kadang dia suka juga sebenarnya. Saja buat ego!

“Ye anak. Anak salah orang ya. Abang ni muda lagi tau. Papa adik tu, kat depannnnn sana tu. Lagi 5 minit , adik bolah jumpa papa adik ya.”

Usik Syahmi sambil memuncungkan bibirnya. Nurin sudah tidak senang duduk, mahu menangis dia di kala itu.

“Papa…Papa…”

“Papa, papa…Tulah, tadi eksyen sangat. Rahsia kerajaan la sangat kan.”

“Eeee. Nak gurau pun tak boleh.”

“Kalau nak gurau, pergi masuk dalam surau.”

Balas Syahmi dengan pantun dua kerat yang direkanya sendiri. Gembira dia dapat mengenakan Nurin. Itulah, tadi berlagak sangat!

“Aiman pakai baju petak-petak, awak nak tahu ke tak?”

Balas Nurin pula. Tidak mahu kalah, dia juga turut memerah idea untuk berpantun dua kerat yang tak berkait langsung.

“Nasi tengah tanak, tak nak.”

“Anak cina mandi di kolah, nak lah.” Balas Nurin lagi.

“Anak cina mandi tepi kolah, nak bagitau, bagitau je lah.”

“Haaaa, tak aci. Tiru ayat saya. Mana boleh tiru.” Jerit Nurin kecil, seronok pula main pantun dua kerat ni. Macam Super Spontan pula!

“Aci tak aci. Nak turun kat tempat yang aku cakap tadi ke?” ugut Syahmi , sengaja ingin mengenakan gadis tersebut. Mana mungkin dia membuat kerja gila itu, walaupun gadis tersebut yang terlebih dahulu membuat onar dalam hidupnya.

“Yelah, ikut suka awaklah.”

Jawab Nurin mendatar.

“Ha, tau takut ya mama.”

“Tahulah…….”

Nurin menjawab malas. Tetapi hatinya berbunga-bunga apabila Syahmi sudah mula melayan perangai budak-budaknya. Ada can ni!

“Sebenarnya, saya tak turun pun tadi. Saya cuma langkah tengah-tengah ni. “

Terang Nurin sambil menunjukkan cara dia beralih tempat tadi. Syahmi hanya melopong. “Nampak daripada luar, sopan santun, rupanya lagi dahsyat daripada biasa!” Syahmi bermonolog lagi. Dan selepas itu, mereka hanya terdiam apabila kereta yang dipansu oleh Syahmi berhenti di hadapan sebuah rumah papan yang cukup indah.

Saat itu Nurin merasa degupan jantungnya berhenti buat seketika. Berdebar-debar hatinya saat itu. Serasa ingin berpatah balik ke Kuala Lumpur sekarang juga.

Ini ke perasaan nak jumpa mak mertua!!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 12”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Cutenya couple ni. Best sangat. Tunggu next entry.

  2. fatimahzahra says:

    seronok nyer…lawak betul citer ni…….cepat sambung…he he

  3. ridarisa says:

    hehe tergelak baca novel ni so cuteee nurin..xcited nk tau post yg selanjutnya..

  4. Nor Wahida says:

    when u want come up with new epsd??i addic to read more..pless

  5. Siti fatimah says:

    Tbaik! Best la crite ni!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"