Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1

25 September 2012  
Kategori: Novel

29,783 bacaan 11 ulasan

Oleh : Hana Ilhami

BAB 1

Hanan membelek-belek novel di tangannya. Isabella, tajuk novel yang sekian lama diidamkannya. Novel ini sudah lama diterbitkan, cuma baru kali ini dia dapat membelinya. Sudah lama dia mencari tapi belum ada rezeki untuk menemui novel ini.

Setiap kali dia ke kedai buku dia akan pulang dengan perasaan hampa. Tiada lagi diulang cetak… itulah sahaja alasan yang sering diterimanya. Walau pun sudah dikatakannya ada terbitan terbaru, namun kebanyakan kedai yang dikunjunginya tidak memiliki novel idamannya itu. Isabella bukanlah novel cinta biasa, tapi ia merupakan
sebuah novel tentang kajian perbandingan antara Islam dan Kristian.

“Alhamdulillah. Dapat juga akhirnya aku beli novel ni” Hanan menunjukkan novel Isabella yang sekian lama diidamkannya itu kepada sahabat baiknya Cikgu Rozi. Selepas membayar harga novel, Hanan meletakkannya ke dalam beg kertas warna putih yang dijinjitnya dari tadi. Dia asyik tersenyum-senyum dari tadi. Seronok benar hasrat hatinya tercapai hari ini.

“Aku tahu lah kau seronok sangat dapat beli buku tu. Tapi cuba kau kawal sikit reaksi kau tu. Karang orang ingat kau kerang busuk”, Cikgu Rozi mengusik Hanan.

“Eh, kau ni, ada je tau! Aku tengah happy ni. Kalau tak dapat buku ni tadi, aku meraung kat kedai tu. Baru padan muka kau dapat kawan tak siuman”. Hanan membalas usikan sahabatnya dengan usikan juga.

Cikgu Rozi ketawa mengekek. “Kau ni, agak agak lah!”

“Buku dah dapat, perut pun dah kenyang… jom kita balik”, Hanan mengajak sahabatnya balik.

“Jom! Nak balik naik apa ni? Pak Abu ambik ke naik teksi?”, soal Cikgu Rozi.

“Naik teksi je lah. Malas lah aku nak susahkan Pak Abu”

“Kau ni betullah. Ada driver tapi tak nak guna”, Cikgu Rozi merungut.

“Bukan driver aku. Aku menumpang je”, Hanan mengingatkan sahabatnya.

“Tumpang tumpang pun, ada driver tau! Duduk banglo besar lagi tu!”

“Ala Rozi, aku sedar siapa aku. Walau pun Mak Long tu sayang kan aku, aku tak nak lah ambil kesempatan”

“Kau memang. Siapa tak kenal kau? Perempuan Lindungan Kaabah kan?”

“Eee… ke situ pulak kau ni” Hanan menggelengkan kepalanya dengan telatah Cikgu Rozi.

Gelaran Perempuan Lindungan Kaabah sudah lekat pada diri Hanan sehinggakan hampir semua guru-guru di Sekolah Agama Perempuan Saadah tahu. Ini semua kerja Cikgu Rozi. Mentang-mentanglah Hanan mengajar subjek Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam serta bergelar Ustazah, suka suki dia je nak bagi jolokan tersebut. Mula-mula dulu Hanan malu sebab rasa macam tak layak digelar sebegitu. Rasa macam disindir pun ada. Namun setelah 6 bulan bersahabat dengan Rozi, Hanan faham sangat perangai Rozi. Rozi memang ikhlas memberikan gelaran itu. Dah puas Hanan menegur tapi Rozi tetap nak gelar dia macam tu juga. Akhirnya Hanan terpaksa membiarkan saja Rozi menggelarnya sedemikian.

**********

“Eee… mana teksi ni?” Cikgu Rozi merungut. Sudah dekat 15 minit mereka menunggu di perhentian teksi.

“Cuba bawak bersabar makcik. Sabar tu sebahagian dari iman” Hanan menasihatkan dalam gurauan.

“Panas ni. Ada driver tak nak guna” Cikgu Rozi merungut lagi.

Hanan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah sahabatnya itu. Dia duduk sebentar di bangku menunggu teksi. Tiba-tiba seorang lelaki meletakkan beg kertas yang sama warna dengan beg kertasnya betul-betul di sebelah begnya. Hanya dengan sekali imbas, Hanan perasan lelaki itu berbangsa Cina. Hanan injak ke tepi sedikit memberikan ruang buat lelaki tersebut duduk.

“Ha! tu teksi. Sampai pun” Cikgu Rozi mencuit bahu Hanan sambil menuding kepada teksi yang berada tak sampai 20 meter dari mereka. Dua buah kereta di depannya melambatkan sedikit teksi itu untuk tiba ke perhentian menunggu.

“Aku hantar kau dulu, lepas tu baru suruh pakcik teksi ni hantar ke rumah aku”, Hanan memberikan saranan.

“Ok. Aku pun penat dah ni. Dengan panasnya lagi. Aku rasa tak sabar nak balik mandi”

Hanan tersengih sahaja. Tak tahan panas konon. Macam lah dulunya duduk kat England. Sebaik sahaja teksi berhenti, lelaki Cina yang duduk di sebelah Hanan terus bangun dan masuk ke dalam teksi. Cikgu Rozi memandang Hanan kemudian memandang semula ke arah teksi dan sekali lagi dia pandang semula Hanan dengan muka yang mencuka.

“Kau tengok tu! Kita yang tunggu teksi dulu, selamba badak je mamat Cina tu potong line” Cikgu Rozi tak puas hati dan hendak pergi memarahi lelaki Cina itu. Tapi ditahan oleh Hanan.

“Jangan la Rozi. Biarlah dia. Kita tunggu teksi lain je lah. Kejap lagi datanglah teksi”, pujuk Hanan.

“Mana boleh. Eh, aku geram betul la dengan mamat Cina ni” Cikgu Rozi menyingsing lengan baju dan menuju ke arah teksi tapi sekali lagi ditahan Hanan.

“Sabarlah Rozi. Teksi dah pergi pun”, Hanan memujuk sahabatnya.

“Kau ni lembut sangat lah Hanan. Kalau kau tak tahan aku, aku sembur mamat tu habis-habisan. Tak ada kesedaran sivik betul lah” Rozi melepaskan kemarahannya.

“Aku tahu kau tengah panas. Ini baru panas kat dunia je tau. Kat padang mahsyar nanti lagi panas. Alah! Sekejap lagi ada lah teksi. Kau sabar ya. Istighfar! Kau istighfar banyak banyak biar sejuk sikit hati kau” Cikgu Rozi mecebikkan mulutnya kemudian kembali duduk di tempat menunggu teksi.

**********

Usai solat Asar, Hanan mengambil beg kertasnya. Balik dari kedai buku tadi, Hanan terus tidur kepenatan. Sekarang baru lah dia hendak membaca novel yang dibelinya tadi. Beg kertasnya Hanan buka…“Ya Allah! Beg siapa pulak ni?”

Hanan membelek-belek isi beg itu. Sah! Bukan miliknya. Habis dikeluarkannya isi beg itu. Di dalamnya ada sebuah fail yang berisi dokumen, sebatang pen dan tali leher berwarna merah yang bercorak hitam. Hanan menyelak-nyelak helaian dokumen itu.

“Macam dokumen syarikat je ni” Puas Hanan belek isi kandungan dokumen itu untuk mencari apa-apa klu tentang pemiliknya. Namun dia tidak mendapatkan menemui jawapan.

“Macam mana ni? Business card pun tak ada. Adehh… kempunan aku nak baca novel Isabella. Siapa la punya ni? Tapi, mana beg aku? Siapa pulak yang ambil?”

Hanan cuba mengimbas kembali kemungkinan tempat-tempat di mana dia meletakkan begnya. Hatinya sangat kesal kerana novel yang dicari-carinya sekian lama hilang begitu saja. “Mungkinkah tertukar dengan lelaki Cina di perhentian teksi tadi?” Tiba-tiba teringatkan lelaki Cina yang duduk di sebelahnya semasa menunggu teksi tadi.
Hanan mengambil telefon bimbitnya. Dia mahu menelefon Rozi. “Assalamualaikum” Kedengaran suara Rozi memberi salam.

“Waalaikumsalam. Rozi, kau tahu, ada orang dah tersalah ambik beg aku. Beg yang aku letakkan novel Isabella tu dah tertukar dengan beg orang lain”

“Tertukar beg? Jadi novel tu tak ada lah?”

“Tentulah tak ada. Cuma ada fail yang mengandungi dokumen syarikat je”
Cikgu Rozi tiba-tiba ketawa mengekek. “Kesian! Kempunan lagi kawan aku ni”

“Kau nih! Aku tengah frust menonggeng ni tau. Boleh kau gelakkan aku. Eh, kau ingat tak lelaki Cina yang duduk sebelah aku masa di perhentian teksi tadi?”

“Mmm… ingat. Tapi aku tak cam sangat muka dia. Kenapa?”

“Dia bawak beg kertas warna putih juga tadi kan?”

“Ha ah. Seingat aku warna putih lah beg dia. Aku nampak dia pegang masa dia nak masuk dalam teksi tadi”

“So, beg yang ada kat aku ni, beg dia. Dia dah terambil beg aku. Hampehh betul. Aku beria-ia lah nak baca buku tu lepas solat Asar tadi”

“Ha! Tu lah kau. Kalau kau tak tahan aku tadi, tak de lah kempunan kau nak baca novel Isabella. Mamat Cina ni betullah! Dah lah dia sapu teksi kita tadi, dengan novel kau sekali dia rembat!”

“Tapi aku tak pasti lagi. Tak baik lah kita tuduh macam tu. Kalau betul pun ada pada dia, mungkin dia tersilap ambil beg aku”

“Kau tu memang. Baik hati sangat. Novel dah kena rembat pun masih nak backing dia lagik. Aku kesian la kat kau ni Hanan. Pergi kedai buku dah sepuluh kali semata-mata nak cari novel Isabella tu. Dah dapat kat tangan, orang ambik pula. Apa lah nasib kawan aku ni” Sempat lagi Cikgu Rozi buat lawak. Geram betul Hanan dibuatnya.

“Aku harap, biar lelaki Cina tu baca novel tu, pastu hati dia terbuka nak peluk Islam”

“Bagus, bagus tu. Tak terfikir pulak aku sampai ke situ. Kau ni memang suka berfikir di luar kotak lah. Tapi… jangan dia buang masuk tong sampah sudah” Cikgu Rozi mengekek lagi.

“Dah lah. Malas aku nak borak lama-lama dengan kau ni. Suka usik aku. Aku dah lah tengah geram ni”

“Hai, merajuk? Tak dapat baca novel Isabella pun nak merajuk?”

“Tak de maknanya aku nak merajuk. Aku cuma geram aje ok?. Dah lah… aku nak pergi siram pokok bunga. Sekurang-kurangnya sejuk sikit hati aku yang sedang membara ni”

“Ok, semuga api yang sedang membara tu cepat padam! Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” Hanan menutup bicara.

**********




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1”
  1. ILA says:

    Bestnya dapat menghabiskan masa lapang dengan membaca novel nie.Kepada penulis novel ni jangan berhenti menulis novel macam nie lagi nye.saya yakin pasti ramai lagi yang membaca novel awak selepas nie.kalau awak gagal untuk tidak semestinya awak gagal untuk selama-lamnya untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.yakinlah pada diri awak yang awak boleh jadi penulis yang berjaya satu hari nanti insyallah dan saya akan tunggu novel baru awak lepas novel nie.kalau ditawarkan novel awak buat drama atau filem pasti bestkan.SEMOGA AWAK DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN N BERJAYA DIDUNIA N AKHIRAT AMIN.KEPADA PEMBACA NOVEL TERUSKAN MEMBACA DI KARYA SENI:)ASSALAMUALAIKUM>

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"