Novel : Suamiku Orang Popular 1

18 September 2012  
Kategori: Novel

8,071 bacaan 8 ulasan

Oleh : zee.anep.h

Prolog

Keadaan dalam dewan yang pada mulanya suram dan kelihatan kosong sudah mula menampakkan warnanya. Kesibukan manusia begitu jelas bermula dari menguruskan hiasan dalaman, susun atur meja, gemerlapan cahaya lampu, bingit bunyi lagu hinggalah ke hidangan makanan. Persediaan yang bermula dari semalam sudah mula menampakkan tanda-tanda selesai. Sebarang kesilapan adalah tidak dibenarkan. Majlis resepsi yang dirancang lama akhirnya akan berlangsung hari ini.

Bila dikenang semula peristiwa dulu, sungguh rasa geli hati akan menggeletek segala organ dalaman. Betullah kata orang tua, jangan terlalu menidakkan rasa. Soal jodoh ni kan kerja Tuhan. Bermula dengan rasa benci, terus jatuh sayang. Itulah yang berlaku dalam kisah hidup Luthfi Hakeem dan Nur Zatul Iffah.

Segalanya berlaku dengan begitu pantas, bukan. Terlalu pantas. Tiada masa untuk mengenali hati budi, bertemu pun hanya dua tiga kali. Perasaan diri tak begitu pasti. Hati sering bertelagah sendiri, ‘Betulkah tindakan yang dipilih ini?’ Tidak dapat nak dinyatakan mana satu yang lebih penting, sama ada perasaan sendiri ataupun hati kecil kedua orang tua yang amat disayangi. Diri hanya mampu mendoakan semoga semuanya dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Sesungguhnya, keputusan yang dipilih bakal memutarkan paksi hidup mereka berdua. Segalanya bermula empat bulan yang lepas, tanggal 15 September, bermulanya cerita.

#……1

‘Abang, ibu nak cucu!’
Luthfi Hakeem yang sedang khusyuk menonton televisyen mengalih pandang ke arah ibunya. Muka blurnya terserlah. ‘Ibu cakap apa tadi?’ dia cuba bertanya sekali lagi, hendak mendapatkan kepastian. Macam salah je bunyi soalan ibu tu.

‘Ibu cakap, ibu nak cucu!’ ulang Puan Hajar. Lembut saja tuturnya. Dipandang wajah anak terunanya itu dalam-dalam. Moga faham maksud tersirat yang cuba disampaikan.

‘Ibu nak cucu?’ tanyanya lagi. Luthfi buat muka pelik. Ibu mengangguk.

‘Tapi, kenapa ibu minta dekat abang. Mintalah pada kakak. Kan dia dah kahwin.’ Ibu ni, apasal pula minta cucu dengan aku ni. Pelik aku.

‘Lagi satu bu, Dania dengan Diana tu bukan cucu ibu ke?’ soal Luthfi. Pening dia dengan soalan ibunya. Mimpi apa tiba-tiba. Ni mesti kes ‘woke up from the wrong side of the bed ‘ni. Culture shock sekejap aku dibuatnya.

‘Dania dengan Diana memang cucu ibu. Tapi, ada cucu pun macam takde cucu je. Diorang tu bukannya ada dekat sini. Nun jauh beribu batu kat New Zealand tu.’ujar ibu. Dapat didengar nada sedih di situ. Tak dapat disangkal, ada masa dia rindu mahu melihat keletah cucunya. Lagi-lagi setelah anak sulungnya baru sahaja melahirkan cucu perempuan yang kedua yang kini sudah hampir berusia 6 bulan. Sekarang, Dania dah jadi kakak, walaupun usianya baru hendak menjangkau 2 tahun.

Namun, ibu rasa sunyi. Tinggal berdua dengan Haji Sharef di rumah yang besar ni, sungguh, mendatangkan rasa bosan yang teramat sangat buatnya. Ada anak pun, duduk berasingan. Mahu berdikari kononnya. Melihatkan kanak-kanak yang bermain setiap petang, dia rindukan cucu-cucunya. Tapi nak buat macam mana. Mereka jauh. Jadi, dia nekad cuba mengutarakan niatnya. Suaminya mengatakan ianya mustahil, tapi ibu ni spesis positif. Sentiasa yakin boleh. Sebab itulah dia main redah bertanya. Manalah tahu, tiba-tiba terbuka hati anak terunanya ini.

‘Ibu nak abang hantar ibu jumpa dengan kakak ke? Ibu cakap je bila nanti abang booking ticket’ Luthfi memberi cadangan. Masih tak faham maksud tersirat ibunya.

‘Ish, kamu ni. Yang kamu nak hantar ibu pergi jauh-jauh dekat negara orang tu nak buat apa. Ibu bukannya reti nak sangat nak cakap omputih. Setakat yes, no, sorry, thank you, all right tu boleh la. Tak pasal-pasal bertambah bosan jadinya. Boleh mati kutu ibu rasa. Ayah kamu tu, macam mana nanti?’ Marah ibu. Luthfi tergelak mendengar rungutan ibunya. Apa ke slow sangat anak aku ni. Susah betul nak faham.

‘Habis, dah ibu gaya macam orang dah tak tertanggung rindu je. Rindu sangat dengan budak berdua tu kan. Abang cakap je. Kalau ibu nak, abang boleh hantarkan.’ Jelas luthfi. Pelik dia dibuatnya apabila ibu tiba-tiba sahaja naik angin dengan ‘idea’ bernasnya itu.

‘Ibu nak kamu pula yang bagi ibu cucu. Kakak kamu dah bagi dua untuk ibu. Diana pun baru je lahir. Belum setahun pun umur budak tu. Takkan nak suruh kakak tu beranak lagi. Kamu ingat senang nak jaga budak? Lagi-lagi dekat tempat orang macam tu. Jadi, sekarang ni, ibu nak kamu pula yang bagi cucu. Ibu teringin nak cucu lelaki. Kakak kamu dah bagi dua perempuan, jadi sekarang ni giliran kamu pula.’ Panjang berjela hujah Puan Hajar. Berkelip-kelip mata Luthfi memandang ibunya. Apa jenis permintaan la yang ibu aku buat ni. Ibu ni sedar ke tidak apa yang dia cakap ni?

‘Tapi, abang lelaki la ibu. Mana boleh bagi ibu cucu. Kahwin pun belum!’

‘Hah!’ jerit Puan Hajar sambil menepuk belakang badan anaknya. Terkejut Luthfi dengan tingkah ibunya itu. Sengal-sengal badan terasa. Sakit wo! Apa tebiat ibu aku ni. Menjerit tiba-tiba. Pakej siap pukul belakang sekali. ‘Tahu pun!’ sambung ibu.

‘Kalau dah tahu kamu tu lelaki, belum kahwin, apa lagi, kahwin la cepat. Cepat kamu kahwin, cepat juga lah ibu dapat cucu.’ Berseri-seri muka Puan Hajar. Faham pun maksud aku. susah betul dapat anak terlebih pandai ni. Next time, nak kena cakap straight forward. Penat betul nak berkias-kias, lambat sangat nak fahamnya.

Luthfi tercengang. Lah, ibu ni. Nak suruh aku kahwin rupanya. Cakap je la tadi. Ni tak, nak berkias-kias, berlapik bagai. Mana lah aku nak faham. Eh, sekejap! Ibu nak suruh aku kahwin? Ibu nak aku kahwin? Maksud kahwin ibu tu, kahwin as MARRIED tu ke? Yang bila kita isi form status, yang ada option Single, Married and Others tu? Kahwin yang lepas kita dah KAHWIN kena tinggal serumah , duduk sebilik, tidur sekatil tu. IBU NAK AKU KAHWIN?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Suamiku Orang Popular 1”
  1. Adha Fitri says:

    Bestlah citer nih…
    sambung2…
    mesti lagi best kalau sambung..
    Kerja yang bagus!!!!

  2. zee.anep.h says:

    thanks 4 ur support.. (n.n)v
    appreciate very much..
    nantikan sambungannye dgn penuh sabar OK! =)
    hehehe

    #nebes gak rase bile mule2 try post bende ni..
    alhamdulillah, dpt +ve feedback! tenkiu =)

  3. w.n.a says:

    best3…, ^_^
    suke3..,^_^
    nice.., ^_^

  4. isyya says:

    menarik.. teruskan menulis..
    <3

  5. nurull says:

    da blog tak???best la

  6. Hada says:

    Menarik…..thumbs up..:-)

  7. zee.anep.h says:

    million thanx utok semua yg sudi bace..
    nantikan sambungannye ok!

    p/s; blog ade tpi tak aktif.. kite pon da lame x tye khabar blog kite..
    nanti la kite try tgok mcm mne, ok!
    papehal, akn di inform .. (n.n)v

  8. AliahMohdSalleh says:

    Best ,santai dan kelakar ceriter ni. Tunggu next entry.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"