Novel : Suamiku Paling Sweet 13

7 September 2012  
Kategori: Novel

11,678 bacaan 5 ulasan

Oleh : Anjell Homosapien

BAB 13

“Hanna?” Aku tak percaya.

“Qisya?” Hanna juga sama.

“Arghh…” Aku dan Hanna menjerit bagai orang gila sambil berpelukan. Siap melompat-lompat lagi sebab tersangatlah gembira. Tak sangka jejak kasih pulak kat KLIA ni. Dah beberapa tahun berlalu, hari ni baru dapat jumpa Hanna.

“Ya Allah.. lama gila tak jumpa. Nak tertanggal rahang aku tengok kau. Tak percaya. Berubah gila kot!” Aku bagi komen.

Aku pandang atas bawah atas bawah berulang kali. Serius berubah gila minah ni! Hanna gelak. Kalau bukan Hakimi berdehem, memang aku lupa terus kewujudan-kewujudan homo sapien lain di sekeliling kami.

“Err.. sorry.. sorry.. Jumpa bestfriend lama, pakwe kat sebelah pun tak perasan.” Hanna sengih. Aku tergelak. Walaupun penampilan dah berubah, tapi gaya bercakap masih sama. Jadi inilah kekasih hati Hakimi. Kecik betul dunia. Lupa pulak yang si Hanna pun belajar Architecture kat UK jugak. Tak sangka sama tempat dengan Hakimi.

“Dah kenal ke?” soal Hakimi.

“Ya la.. ni bestfriend masa sekolah menengah dulu. Lama gila tak jumpa.”

“Oo.. ya ke? Hanna, meet my parents. Ibu.. papa.. ni la buah hati pengarang jantung Kimi. Nurul Hanna Asyikin namanya.” Hakimi perkenalkan Hanna pada Aunty Fatmah dan Uncle Manaf.

Sopan je aku tengok Hanna salam dengan mereka. Aku senyum sendiri. Siapa sangka Hanna boleh berubah 360 darjah? Aku dan Hanna belajar di sekolah menengah yang sama dulu. Kalau dulu, tayang je Hanna tepi budak lelaki dan tanya mana satu lelaki, mana satu perempuan, memang orang yang tengok akan cakap dua-dua lelaki. Nak tahu kenapa? Sebab Hanna ni memang perangai macam lelaki. Rambut dah macam lelaki. Pakai pun dah macam lelaki. Pendek kata dia macam lelakilah! Pernah Hanna gaduh dengan cikgu penasihat kelab bola sepak sebab kelab itu hanya membenarkan lelaki sahaja sedangkan Hanna nak masuk kelab tu.

Tapi tengoklah sekarang. Penampilan ayu. Bertudung siap! Kali terakhir aku jumpa Hanna adalah masa ambil keputusan SPM. Lepas tu masing-masing loss contact. Apatah lagi Hanna duduk di Terengganu. Study pulak kat UK. Mana nak jumpa? Tak sangka hari ni boleh jumpa. Dan tak sangka pulak jumpa Hanna yang baru. Macam ni lah kehidupan. Kalau nak berubah memang tak mustahil. Aku geleng kepala. Hanna.. Hanna.. Makin cantik lepas dia bertudung. Kalau aku bukak kisah silam Hanna, memang semua terngannga agaknya.

“Dan yang handsome ni, abang Ngah Kimi. Nama dia Izz Haikal.” Kali ni Hakimi perkenalkan Izz pula. Mereka berbalas senyuman.

“Yang comel ni pulak, anak saudara kesayangan Kimi. Hafiy.”

“Hello, budak cute.” Hanna cubit pipi Hafiy.

“Hye, kakak cun,” balas Hafiy.

Semua yang dengar ketawa. Aku pandang Aunty Fatmah. Nampaknya dah berkenan dah kalau Hanna jadi menantu dia. Cinta dah direstui nampaknya. Untunglah kalau betul Hanna jadi ahli baru keluarga tu. Semuanya baik-baik.

“Hanna ni sama dengan Kimi ke? Baru habis study?” soal Aunty Fatmah pada Hanna.

“Tak, Aunty. Hanna ni junior Kimi. Hanna balik kejap je. Balik pun sebab lama dah tak jumpa parents.”

“Hanna tinggal kat mana?” Aunty Fatmah mula berkenal-kenalan dengan Hanna.

“Kat Kuala Terengganu, Aunty.”

“Hai… rombongan ke Terengganu la ibu nampaknya kita,” sampuk Izz.
Semua yang dengar tergelak. Hanna pun malu-malu dia senyum.

“Berapa tahun dah bercinta? Tak pernah-pernah pun Kimi cerita?” soal Uncle Manaf pula. Hakimi sengih.

“Dah dua tahun, papa. Saja taknak hebohkan. Mahu bikin surprise. Hehe..” jawab Hakimi.

“Hanna bercinta dengan Kimi ni, tahu ke sejarah purba kala dia ni? Tak menyesal ke pilih buaya buatan Malaysia ni?” sindir Aunty Fatmah sambil jeling anak bongsunya.

“Tahu, Aunty. Tapi kalau dia tak berubah lagi memang tahula macam mana Hanna nak ajar dia.” Semua ketawa dengar kata-kata Hanna. Aku pun turut sama tersengih. Tak sangka minah hati batu boleh jatuh cinta? Haha.. macam tak percaya pulak. Normal lagi rupanya kawan aku sorang tu.

“Kimi dah berubahlah. Dah berlalu dah zaman jahiliyah.” Masam muka Hakimi menjawab. Tak suka mungkin bila perangai lamanya diungkit. Apa yang aku boleh putuskan ialah, Hakimi dulu seorang yang sosial dan sekarang dah ada aura insaf. Dan mungkin semuanya terjadi lepas jumpa Hanna? Hmm.. Entahlah, belalang..

Hanna pandang aku.

“Sya, tapi kan.. aku peliklah macam mana kau ada sekali. Family Kimi ni saudara kau ke?” soal Hanna.

Aku sengih. Aku ceritakan hal sebenar, memang terguling kau ketawakan aku. Baru je aku nak jawab, Hafiy dah tolong jawab.

“Ni mummy Hafiy..” Aku nampak Hanna ternganga.

“Mummy? Sya.. kau dah kahwin ke? Anak kau ke ni? Besarnya.. biar betul! Bila kau kahwin?”

Hanna terkejut. Nak ketawa aku dengar.

“Bukanlah.. aku tengah cuti sem sekarang ni. Mama aku mintak aku tolong Aunty Fatmah. Aunty Fatmah ni kawan mama aku.”

“Minta tolong apa?” soal Hanna lagi.

“Jadi orang gaji.” Aku sengih. Hanna ketawa sakan macam yang aku agak. Wei.. control la sikit! Bakal mak mentua kau tengok la! Nak je aku siku minah ni.

“Terkejut aku kalau kau dah kahwin, tahu tak? Nak kena pelangkung ni kahwin tak ajak aku.”

“Kau balik sini, saper ambik kau?” Aku bertanya. Setahu aku keluarga Hanna tinggal di Terengganu. Melainkan kalau ayah si Hanna ni memang dah datang dari semalam lagi.

“Ikram datang ambik. Aku balik rumah mak cik aku dulu. Esok aku balik rumah mak aku,” jelas Hanna.

Ikram.. Aku senyum. Memang aku kenal Ikram tu sejak aku kawan dengan Hanna lagi. Kenal sangat-sangat! Sebab semasa di asrama dulu, Hanna selalu balik bermalam di rumah Ikram. Ikram tu sepupu Hanna. Sebab kedua pulak, sepupu dia ni kawan baik aku jugak. Kawan baik lepas masuk UKM. Hai… jumpa pulak dengan dia nampaknya hari ni!

Kemudian aku nampak satu susuk tubuh yang dah lama aku tak jumpa berjalan ke arah kami. Aku senyum. Mesti bising gila mulut dia kalau jumpa aku kat sini. Kalau aku cakap aku kahwin tengah-tengah cuti sem ni mesti dia ternganga habis. Haha.. best jugak kenakan mamat tu!

“Oit, Qisya! Kau tahu, aku masuk je KLIA ni, dari jauh lagi aku dah kenal tu kau. Lama tak jumpa.” Dia tegur aku.

Aku ketawa. Mamat ni.. bukan nak salam dengan semua orang yang ada kat sekeliling kami. Buat perangai sengal dia pulak dah. Aku side kick karang. Macam tahu-tahu kealpaan diri, Ikram cepat-cepat salam dengan semua orang.

Kalau ikutkan hati, panjang aku nak borak dengan dua orang tu. Tapi, memandangkan Hanna baru pulang dari penerbangan yang panjang, aku rasa dia perlukan rehat. Mungkin lain masa kut kitorang boleh berbual panjang. Aku mengikut Aunty Fatmah dan keluarganya pulang.

——-

Keluarga Aunty Fatmah mengadakan majlis kesyukuran sempena dengan kepulangan Hakimi. Tak menang tangan aku bekerja. Penat betul melayan ramai tetamu. Mestilah semuanya aku tak kenal. Yang aku kenal keluarga aku je. Mama, papa dan abang Q. Hanna dan Ikram pun turut datang. Tapi, sebab aku sibuk sangat membantu tuan rumah, tak sempat aku nak melayan mereka berdua. Gaya aku sibuk mengalahkan tuan rumah.

“Sya..” Hanna tahan aku ketika aku menghidangkan lauk.

“Apa?”

“Kau ada nampak Kimi tak?” soal Hanna.

Aku pandang sekeliling. Tak nampak pun bayang Hakimi.

“Tak nampak pulak kat sini.”

“Aku layang dulang atas kepala kau baru tahu. Aku tahulah dia takde sini. Sebab tu aku tanya kau. Sengal betul!” marah Hanna.

Aku gelak. Kalau dah bengang, terus keluar aura Hanna versi lama.

“Kau nak jumpa dia, ya? Nanti aku cari.”

Aku tinggalkan Hanna. Adoi.. sejak bila pulak aku jadi PA si Hakimi ni? Si Kimi ni pulak, dah tahu buah hati dia datang sengaja pulak nak main sorok-sorok. Mana kau ni? Rasanya tadi aku nampak dia tengah layan kawan-kawan lama dia. Dah hilang entah ke mana dah. Kalau aku jumpa dia lepas ni, memang aku claim elaun dengan Hanna sebab berjaya jumpa pakwe dia tu.

Aku panjat tangga untuk ke tingkat atas. Kalau dah tingkat bawah takde, mungkin ada kat tingkat atas. Mungkin tengah lepak dalam bilik. Nak curi tulang la tu. Orang sibuk layan tetamu, dia sibuk buat tahi mata. Betul andaianku. Aku nampak bayang-bayang Hakimi dari luar bilik. Kat sini rupa-rupanya mamat ni. Satu rumah aku tawaf. Hish.. geram betul!

“Aku tahu kau cintakan dia, kan? Try to deny it. Kau boleh tipu orang lain. Tapi bukan aku.”

Aku dengar suara Hakimi. Eh, ada orang lain ke? Atau Hakimi sedang bercakap di telefon dengan seseorang? Aku yang nak ketuk pintu terus tak jadi.

“Oh.. come on, Ngah. Aku pun lelaki la. The way you look at her, I know you love her, kan? Belum lagi campur dengan cerita-cerita yang kau ceritakan masa aku dok UK dulu.”

Dia sedang cakap dengan Izz? Izz jatuh cinta? Entah kenapa hatiku berdebar-debar untuk dengar jawapan Izz. Aku menyorok di balik dinding. Tak mahu mereka menyedari kewujudan aku. Rasa bersalah jugak sebab curi dengar. Tapi, sebab aku ni memang dilahirkan dengan perasaan ingin tahu yang tinggi, aku tolak ke tepi rasa bersalah tu. Aku tetap nak dengar perbualan mereka. Terukkan? Memang teruk. So, janganlah contohi aku, ya?

“Ya.. aku mengaku. I love her. Dia perempuan pertama yang berjaya buatkan aku jatuh cinta. Tapi aku tak rasa she feels the same.” Aku dengar Izz mengeluh.

Hati bertambah berdebar. Dengan siapa dia jatuh cinta? Siapa yang bakal jadi mummy Hafiy tu? Adakah tu maknanya Izz akan kahwin tak lama lagi? Tapi.. kenapa Izz cakap yang dia tak rasa perempuan yang dia suka tu ada perasaan yang sama padanya? Kiranya cinta bertepuk sebelah tangan la ni? Aku mula buat andaian sendiri.

“You must fight, bro. Try to win her heart. Make a move from now.” Aku dengar Hakimi beri kata-kata semangat pada Izz.

“Kalau dia dah ada orang lain? Aku taknak rosakkan hubungan orang, Kimi.”

“Ya Allah.. Kau ni slowlah, Ngah. Selagi bukan isteri orang, try your best. Kalau aku jadi kau, dah lama aku ayat kasi cair. Bagi aku, first man wins.”

Izz terdiam.

“Yang penting, Hafiy. Hafiy pun suka dia, kan? Dengan siapa je Hafiy rapat? Qisya.. Maya.. Mak Mah..” Hakimi bersuara lagi.

Maya! Adakah tu nama perempuan yang dimaksudkan Izz? Kenapa aku tak pernah dengar nama itu? Ah.. lupa pulak. Aku bukannya kenal sangat dengan Izz. Mesti
Maya gadis bertuah yang dicintai Izz tu. Makin aku nak jumpa perempuan bernama Maya tu.

“Aku sayang kau, Ngah. Kau dah banyak berkorban demi abang Long dan Hafiy. Tapi kena ingat. Kau tu pun kena kahwin juga. Jangan sebab tanggungjawab kau
pada Hafiy dan janji kau pada abang Long, kau lupa social life kau. Tak bermakna kau tak boleh bercinta. Abang Long tak pernah cakap yang kau tak boleh kahwin, kan?”

“Kalau aku jadi kau, masa ni lah aku akan tawan hati dia. Aku takkan lepaskan gadis yang aku cinta. Takkan sesekali.” Hakimi berkata lagi. Dalam hati aku kagum. Hmm.. untunglah kau Hanna sebab dapat Hakimi.

Aku nak dengar lagi, namun jeritan Hafiy dari tangga betul-betul membuatkanku rasa terkejut. Hafiy sedang naik tangga. Cepat-cepat aku lari ke tangga sebelum dua orang dalam bilik tu perasan. Sebelum Hafiy perasan aku tengah curi-curi perbualan daddy dan Pak Sunya.

“Mummy..” Hafiy panggil riang.

“Baik-baik Hafiy, nanti jatuh,” pesanku bila Hafiy melompat-lompat naik tangga. Risau betul aku tengok dari atas ni.

“Hafiy buat apa kat sini?” soalku bila Hafiy dah sampai tingkat atas.

“Hafiy cari daddy. Mummy buat apa?” Hafiy tanyaku balik. Tengah skodeng daddy dan Pak Su Hafiy. Hehe.. nak mati kalau aku jawab macam tu?

“Mummy cari Pak Su. Kak Hanna nak jumpa Pak Su. Hafiy tahu mana Pak Su? Puas mummy cari tapi tak jumpa.” Aku berbohong.

“Pak Su ada dengan daddy. Jom jumpa daddy ngan Pak Su,” ajak Hafiy sambil tarik tanganku.

Aku akur. Kami jalan beriringan ke bilik Hakimi. Aku berlagak selamba macam takde apa-apa yang berlaku. Wajah aku tayang secool mungkin. Langsung takde iras kaki skodeng. Kononnya aku baru muncul bersama Hafiy.

“Daddy..” panggil Hafiy.

Izz dan Hakimi terus berpaling ke arah kami. Aku nampak berubah sedikit muka Izz bila dia pandang aku. Takut aku terdengar perbualan dia la tu. Perbualan mereka terus mati separuh jalan. Izz mahupun Kimi dua-dua terdiam. Rahsia sangat agaknya sampai-sampai tak boleh cakap depan aku dan Hafiy. Eleh.. aku dah tahu la rahsia kau berdua tu!

“Kimi, Hanna cari awak.” Aku menyampaikan laporan. Muka aku kekal selamba.

“Hafiy pulak kenapa cari daddy?” soal Izz pada Hafiy.

“Aunty Maya datang. Dia nak jumpa daddy.”

Aku yang dengar sebaris nama itu turut angkat muka. Maya!

——-

“Aunty Maya..” sapa Hafiy riang sebaik kami tiba di laman rumah.

Aku hanya memerhati gelagat Hafiy. Menarik! Pertama kali Hafiy melayan orang lain selain keluarganya dengan sangat mesra. Tu maksudnya Hafiy sukakan
Maya. Ni rupanya perempuan bernama Maya tu? Cantik.. Tengok gaya rambut pun dah tahu dia mempunyai ciri-ciri perempuan berkarier berjaya. Meskipun memakai baju kurung moden, rangginya tetap terserlah. Berbeza sungguh dengan aku sekarang ni. Baju kurung aku rasa dah kena lauk. Bau daging pulak tu. Tudung pun rasanya dah senget-benget. Main libas kiri kanan je. Kalau cakap aku bibik betul rumah ni memang semua undi setuju. Uih.. teruk betul penampilan aku.

“Hye, Izz.”

“Hye.. lama dah datang?”

Aku dah tak ambil pusing dah perbualan mereka lepas tu. Maya panggil Izz, Izz. Maksudnya Maya memang special la kan? Hmm.. aku rasa andaian aku dah betul. Mayalah perempuan yang dimaksudkan oleh Izz tadi. Nak je aku tanya. Tapi, nampak sangat la kan aku curi dengar tadi. Cari nahas namanya tu.

“Ni siapa Izz?” Maya tanya Izz bila dia pandang aku.

“Ni la mummy Hafiy.” Hafiy menyampuk. Aku senyum pada Maya. Aku nampak riak wajah Maya agak berubah. Tentu dia ingat aku ada apa-apa dengan Izz. Tentu
dia ingat aku cuba rampas Izz daripada dia. Don’t worry Cik Maya.. Saya bukan jenis yang macam tu.

“You jangan salah sangka pulak, Maya. Ni Qisya, anak kawan ibu I. Hafiy ni dah anggap Sya macam mummy dia. Qisya, ni Maya. PA saya.” Izz menjelaskan hal
sebenar sebelum memperkenalkan kami. Alah.. cakap je la bakal isteri. Tak payah nak PA-PA sangatlah dengan aku!

“But she looks young.” Maya pandang aku atas bawah sebelum tersenyum manis.

“Indeed. Younger than Kimi. You jangan salah faham bila Hafiy panggil si Sya ni mummy. I dengan Qisya ni takde apa-apa pun.” Aku nampak Izz jelaskan perkara sebenar kepada Maya dengan bersungguh-sungguh. Mesti taknak Maya salah sangka.

Tapi, aku tak faham kenapa Izz cakap dia mungkin bertepuk sebelah tangan? Aku nampak Maya ni pun macam sukakan Izz je? Ni mesti kes masing-masing pendam perasaan dan tak berani nak luahkan. Pengecut betul dua-dua ni. Patutlah bila Izz cakap perkara sebenar, muka Maya lega semacam je. Tapi.. bila Izz jelaskan perkara sebenar, kenapa aku pulak yang kecik hati? Bukan ke itu kenyataan? Apa dah jadi dengan aku ni? Tak pernah-pernah Izz explain sebelum ni kalau Hafiy cakap aku mummy dia. Tapi dengan Maya lain pulak. Mungkin Maya ni memang betul istimewa di hati Izz.

“Yeah.. don’t worry. Maybe Izz anggap saya tak lebih daripada seorang adik je.” Aku menambah. Sengaja nak legakan lagi hati pengarang jantung Izz ni. Izz pandang aku bila aku cakap macam tu.

“Kan, Izz?” Aku pandang Izz.

“Ya.. ya.. anggap adik je.” Aku dengar suara Izz agak teragak-agak nak mengiakan kata-kataku. Dia ni, kalau ya pun tak sudi nak anggap aku sebagai adik pun, janganlah nampak sangat. Kecik hati aku.

Izz senyum pada Maya. Tu pun nampak terpaksa.

“Aunty ada bawakan Hafiy cheese cake. Suka tak?” Maya keluarkan satu kotak kecil.

“Hoorey.. dapat cheese cake. Yummy..” Hafiy melompat suka. Aku senyum tawar. Maya nampaknya calon mummy yang paling sesuai untuk Hafiy. Favourite Hafiy pun dia tahu. Terasa keciknya aku kalau nak bandingkan dengan Maya.

“You jangan layan sangat Hafiy ni. Nanti asyik mintak nak pergi Secret Recipe je lepas ni.”

“Biarlah.. I kan sayang Hafiy. Mestilah I bawak kalau dia nak pergi.”

“Daddy jelouslah tu, Aunty.” Hafiy menyampuk.

“Oo.. kenakan daddy, ya?”

Mereka bertiga gelak. Kalau orang nampak, mesti orang akan cakap keluarga bahagia. Tiba-tiba aku rasa macam orang asing di antara mereka. Aku nampak Hafiy bahagia bila bersama Maya. Entah kenapa aku rasa aku sedih melihat semua itu. Aku rasa macam aku akan kehilangan Hafiy. Kenapa aku rasa tak sanggup kehilangan Hafiy. Kenapa aku rasa macam nak nangis bila Hafiy dapat mummy lain?

“Saya ke dapur dulu. Nak tolong apa yang patut.” Aku mintak diri. Tak sanggup aku terus saksikan suasana bahagia dan harmoni itu.

Aku pandang Hafiy. Kalau biasanya, Hafiy mesti halang aku pergi jauh daripadanya. Tapi kali ni Hafiy macam dah lupakan aku bila ada Maya. Nampaknya Maya lebih hebat daripada aku. Semasa aku berpusing untuk berlalu, mataku berlaga dengan Izz. Aku rasa canggung tiba-tiba. Aku hanya mampu senyum tawar sebelum berjalan pergi.

Tapi kenapa aku rasa macam langkahku diperhatikan Izz? Arghh.. andaian sendiri lagi! Banyak sangat tengok detektif Conan la kau, Qisya. Sebab tu la asyik jadi detektif tak habis menuntut je hari ni. Aku geleng kepala. Pergi tolong Aunty Fatmah la, Qisya..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Suamiku Paling Sweet 13”
  1. alin says:

    suke sgt,hrp cpt siapkan novel ni, dh x sbr nk bli nie..

  2. asupathy says:

    Wah terbaik la penulis…Si Izz nie pun dia nie suka siapa…Maya or Qisya?….tak sabar untuk entry baru hope hantar cepat yea beb…..WELL DONE!!!

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Ni satu lagi cerita yang meruntun perasaan pembaca.saya akan setia menunggu sambungan. Tahniah
    Kepada penulis ,siapa lagi kalau bukan Anjell Homosapien.Antara penulis-penulis yang amat saya minati.
    Best sangat karya anda.

  4. yana shucute says:

    La..sedihnya..mesti dah terkulat2 si qisya..

  5. emamimah says:

    best sangat2.. teruskan usaha.. tak sbar nk tunggu n3 sterusnya..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"