Cerpen : Biniku Tomboi

7 October 2012  
Kategori: Cerpen

27,502 bacaan 46 ulasan

Oleh : wawa pucha

Nama aku Bie, bukan bee lebah tu, ataupun baby. Eh, geli pulak kalau baby. Euww meremang bulu roma aku. And yes, aku seorang tomboi, muka cute tapi perangai macam jantan. Tapi aku tak pernah salahkan parents aku, bukan sebab diaorang tak didik aku, tapi sebab diaorang dah lama pergi tinggalkan aku. Aku sebatang kara je dalam dunia ni. Tapi aku tak pernah rasa sunyi, sebab aku ada seorang kawan baik, kira kamceng tahap isi dengan kuku lah. Nama dia Nuraddina bt Halim. Tapi kawan aku ni bukan macam aku, ayu je orangnya. Dia seorang je yang boleh layan karenah aku ni. Orang lain semua ingat aku sombong, walhal diaorang bukan nak senyum bila aku senyum. Ke muka aku ni menakutkan sangat sampai orang tak berani nak senyum balik? Ish, pelik. Ah lantak lah, hidup ni bukan nak bahagiakan hidup orang lain saja. Panjang sangat intro aku ni kan, dah macam penuh satu karangan. Aku tergelak sendirian. Bermonolog sendiri, memang hobi aku sejak azali lagi. Aku menoleh kiri dan kanan risau orang lain pandang pelik. Fuhh lega, aku sorang je dekat bus stand ni. Aduhai mana bas ni? Ku kerling jam di tangan, mak aih dah pukul 6.40 petang. Solat asar pun belum lagi, memang masak lah aku. Setiap hari ada kelas Puan Alia je mesti jadi macam ni. Ni semua sebab Puan Alia lah ni, bagi keluar kelas lambat. Aku mencebik tanda tidak puas hati. Dia ingat rumah sewa aku tu dekat ke? Aku mengeluh. Nak jalan kaki, agak jauh jugak rumah aku tu. Elok sampai rumah kaki aku pulak tercabut. Aku menggeleng. Nak pakai lama ni! Aku menoleh dan tersenyum. Bas dah datang! Segera kakiku melangkah ke dalam bas. Nasib baik ada satu tempat kosong. Ramai sangat orang dalam bas ni, sesak! Aku menoleh memandang orang di sebelahku. Kelihatan seorang lelaki sedang mendengar mp3nya tanpa mempedulikan orang lain. Aku lega. Nasib baik bukan mamat bangla hari tu. Menggatal tak tentu pasal. Tak nampak ke aku ni tomboy, dengan rambut pendek ni pun dia nak try. Euww geli. Aku melelapkan diri seketika. Perjalanan 5 minit tu terasa begitu lama akibat jalan sesak.

**

” Hoi minah ” Aku menyergah Ad yang sedang khusyuk menelaah pelajaran. Ad menoleh sambil mencerut mukanya. Tanda tidak puas hati denganku. Aku mengekek. Suka benar melihat Ad begitu.

” Kau buat apa tu, sibuk sangat aku tengok. Cuba jadi macam aku relaks ” Aku tayang gigi, sambil mengunyah epal di tangan, favouriteku. Ad hanya menggeleng sambil tersenyum.

” Kau tu pandai, tak payah study pun result gempak. Aku bukan macam kau ”

” Woo, relaks babe, tak payah touching sangat ” Aku mengekek lagi. Bergema rumah sewa tu dengan tawaku. Ad sudah paham benar dengan perangaiku. Dia tergelak kecil.

” Control sikit gelak tu, tak manis orang dengar ” Aku terdiam sebentar, namun hanya sekejap, tawaku semakin besar.

” Biarlah, ni diri aku, nak buat macam mana, dah la aku nak tidur, bye babe ” Ad hanya menggeleng.

**

Bas lambat lagi! Aku mengeluh. Asal la asal aku je bas lambat, asal bas lambat je aku. Ad mesti dah selamat sampai kelas dah ni. Ni semua gara-gara layan drama korea, boleh terlajak aku tidur. Tomboi-tomboi pun layan juga korea aku ni. Aku sengih.

” Maafkan saya Puan, saya bangun lambat hari ni. Ayam saya tidur lambat semalam sebab teman saya tengok cerita korea, tu yang tak sempat nak berkokok pagi ni ” Puan Alia menggeleng. Loyar buruk punya budak. Aku sengih lalu segera duduk di sebelah Ad. Sempat ku kenyitkan mata kepada Ad. Kelas hari ni berjalan seperti biasa. Aku menguap. Balik ni nak qada tidur!

” Kita ni dah final year kan Bie ” Aku menoleh. Ad menghulurkan roti yang di belinya kepadaku. Segeraku capai, bismillahirahmannirahim. Ngap! Ad menggeleng. Tak senonoh punya budak. Umur dah 23 tapi macam budak 5 tahun. Sempat dia mengelap comot di mulutku. Aku hanya sengih. Baik betul si Ad ni. Bangga aku sebagai kawan dia.

” Tadi kau cakap apa? ” Baru teringat tadi Ad macam ada cakap sesuatu.

” Aku cakap kita ni dah final year semester ni. Nanti kau nak buat apa? Nak sambung master? Atau kerja? ”

” Of course la kerja. Tak nak aku semakkan kepala aku dengan belajar dah. Kau kan tahu impian aku apa. Nak ada kerjaya, nak beli motor sebiji, lepas tu nak beli rumah, nak kahwin ” Panjang lebar aku menerangkan tentang impianku itu. Tapi part last yang kahwin tu aku cakap perlahan sedikit. Malu pula tomboy nak kahwin. Ad sengih. Ingat dia tak dengar apa Bie cakap yang part last tu. Tapi dia kenal Bie, Bie seorang yang baik. Setomboi-tomboi dia, tidak pernah di lihatnya Bie meninggalkan kewajipannya kepada Allah. Cuma satu je, perangai macam lelaki. Kasar ya amat. Tapi dia tahu di sebalik semua itu, hati Bie juga seperti perempuan lain. Harapannya agar Bie berubah menjadi lebih keperempuanan.

” Kau kenapa pandang aku macam tu? Dah fall in love la tu dengan aku ” Aku mengekek.

**

Bas! Kau memang suka kan kalau aku kutuk kau tiap-tiap hari? Aku ketap gigi. Bas yang berlalu hanya mampu di pandangnya. Kenapa kau tak tunggu aku! Aku mundar mandir seperti cacing kepanasan. Kena tunggu bas pukul 6:40 lagi. Stress! Nasib baik hari ni aku ‘cuti’ so tak ada la aku nak menambah dosa yang sudah banyak terkumpul. Aku mengeluarkan mp3ku. Dengar lagu lagi bagus. Aku bersiul kecil mengikut irama lagu. Tepat jam 6:40 bas terakhir datang. Aku segera menaiki bas tersebut. Seperti hari-hari lain, suasana sesak dan padat membuatkan aku loya. Aku membetulkan capku. Rambut pendekku beralun mengikut angin. Ada pun tempat kosong, aku senyum lebar. Ku toleh orang di sebelahku. Macam kenal? La, mamat semalam rupanya. Mamat tersebut masih dengan mp3nya. Macam baju semalam je? Ah, biarlah dia nak pakai baju semalam ke, baju kemarin ke, baju tahun lepas pun apa aku peduli. Aku memejamkan mataku.

**

” Bie, minggu ni kau free tak? Aku nak pergi bookstore, nak cari buku Puan Alia suruh beli haritu ” Aku menoleh, kemudian menyambung tidurku. Ad geram.

” Bie, aku cakap dengan kau ni, merajuk la macam ni ” Ad memuncung. Aku mencelik sebelah mataku lalu mengekek.

” Kau ni, sikit sikit nak touching, tak rock la gini ” Aku duduk bersila di atas sofa. Keropok twistiesku ambil dan ngap. Laju suapanku. Lapar! Ad tidak menghiraukanku. Merajuk la tu. Ish, minah ni, muka dah cun, tapi asyik merajuk je kerjanya. Tak jantan langsung! Bebelku di dalam hati. Nak jantan apanye, dah dia memang perempuan? Aku mengekek. Lagi muncung la mulut Ad melihatku mengekek.

” Kutuk aku la tu ”

” Haha, mana ada, aku puji kau la. Yela, nanti aku ikut la kau pergi bookstore. Macam tak biasa. Bukan selama ni memang aku teman kau pergi kan. Dah simpan muncung tu, dah macam itik dah aku tengok. Cakap pasal itik, aku lapar la. Nak pergi mamak jap. Melantak ” Ad menggeleng melihatku pergi.

**

” Bie nah pakai baju ni ” Ad menghulurkan sepasang baju t-shirt kepadaku. Bunga-bunga. Aku mencebik. Euuw not my taste. Laju aku menggeleng.

” Apa yang tak kenanya baju aku ni? ” Aku melihat penampilanku di dalam cermin. Elok je ni. Baju gambar tengkorak, dengan seluar paras lutut, bersama cap di kepala. Perfect! Aku tersenyum.

” Kau jangan nak buat pasal. Kita nak pergi bookstore bukan nak pergi cari gaduh ”

” Tapi baju ni aku baru beli semalam dekat uptown ” Aku mencebik. Ad tetap menggeleng bersama pandangan yang hanya aku paham. Kalau nak keluar dengan aku jangan pakai tu. Aku mengeluh.

” Yelah, aku tukar ” Ku capai malas t-shirt yang berwarna hitam tu. Ish, tak rock pakai gini.

Sedang ralit aku mencari buku di satu sudut, bahuku terlanggar seseorang. Aku menoleh. Aku terlanggar seorang makcik. Alamak, parah. Segera ku bantu makcik tersebut.

” Makcik ok? ” Lembut pertanyaanku. Makcik tersebut hanya tersenyum manis kepadaku. Cun juga makcik ni, fikirku. Makcik itu hanya mengangguk tanda dia ok. Aku mengutip buku makcik tersebut yang bertaburan di atas lantai. Buku masakan! Wow, macam-macam buku masakan ada. Bestnya kalau makcik ni boleh ajar aku masak. Sempat aku berangan.

” Anak ni nama siapa? ” Makcik tersebut cuba beramah mesra.

” Err, makcik panggil saja Bie ” Malu pula untuk aku menyatakan namaku yang terlalu girlish tidak bersesuaian dengan gayaku yang tomboy.

” Bie ”

Aku tersenyum lalu berlalu pergi. Mana Ad ni?

**

Bas lambat! Perkara biasa, tapi kali ni aku sudah bersedia dengan buku novel di tangan. Buku yang sempat ku gapai sewaktu singgah di kedai buku haritu. ‘ Aku, kau dan dia ‘ Tajuk macam jiwang, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku terasa hendak membeli buku ni. Macam ada aura yang menyuruhku beli. Whatever lah kan, dah beli kenalah baca.

Aku masih meneruskan pembacaanku walau di dalam bas. Suasana yang sesak tidak ku hiraukan. Dah biasa! Aku terasa seperti di renung oleh seseorang. Aku toleh. Apasal dengan ‘mamat baju sama’ ni asyik pandang aku. Aku melindungi mukaku dengan cap. Tidak betah di renung begitu.

**

” Bie, kau nak ikut tak aku balik kampung cuti semester ni? Mak aku dah call, lama dah aku tak jenguk mak aku tu ” Ad cuba memancing reaksiku yang sedang berbaring sambil mengadap laptop. Segera aku berpaling memandang Ad. Kampung?! Favourite! Lagipun aku tak pernah pergi kampung Ad.

” Orite juga tu. Aku pun dah lama teringin nak pergi kampung kau ” Aku tayang gigi sambil membayangkan suasana kampung Ad. Boleh main kat sawah padi!

” Tapi .. ” Ad tidak jadi meneruskan ayatnya.

” Tapi? ”

” Mak aku cerewet sikit bab pakaian, nanti kau bawak baju kurung ya? ” Aku ketap gigi. Leceh! Lama aku berfikir. Akhirnya aku mengangguk.

” Yalah ”

**

” Nyamannya! ” Perjalanan hampir 3 jam yang memenatkan terasa hilang begitu sahaja apabila melihatkan suasana kampung Ad yang indah lagi permai. Ad hanya tersenyum.

” Assalammualaikum mak ” Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 50an keluar sambil tersenyum mesra. Persis Ad, mesti maknya ni, fikirku. Aku menyalami mak Ad. Terasa seperti mempunyai mak sendiri.

Sudah dua hari aku di sini. Lengan baju kurung ku singsing hingga ke lengan, rimas! Kain ku angkat setinggi boleh, nasib baik ada seluar panjang, kalau tidak sah sah kena marah dengan mak Ad. Aku duduk di tangga sambil mengunyah epalku. Ad awal-awal lagi sudah menghantar adiknya, Sarah ke sekolah. Selepas itu dia dan maknya akan ke pasar. Apa aku nak buat? Akhirnya aku tersenyum lebar. Baik aku pergi jalan-jalan.

Kakiku melangkah deras menuju ke sawah padi yang terbentang luas. Ku angkat kain setinggi boleh lalu meredah sawah tersebut.

” Baik-baik pacat nak ” Seorang pakcik menasihatiku. Aku hanya tersengih. Setakat pacat apadehal. Aku tersenyum luas. Indahnya ciptaan tuhan. Subhanallah. Rambutku mengikut deruan angin. Terasa sungguh segar dan aman di sini.

Tiba-tiba langkahku seakan tidak seimbang akibat terpijak lecak. Akibatnya aku jatuh terduduk. Habis baju kotor! Aku mendengus. Baju kurung ni leceh la! Aku cuba berdiri namun kakiku seakan tidak mahu mendengar arahanku. Kakiku tergeliat. Terasa seseorang menghulurkan tangannya kepadaku, ku dongakkan kepala. Kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum manis sambil memandangku. Aku tunduk. Malu pula, jatuh macam nangka busuk. Tak rock la macam ni. Hulurannya tidak ku sambut, aku memegang bajunya sambil cuba mendirikan badanku. Dia cuba memegang lenganku, segera ku tepis.

” Kau jangan sentuh aku, haram tahu ”

” Tomboy macam kau pun tahu halal haram eh? ” Aku menjeling. Ni sudah lebih bro, aku tomboy-tomboy pun still tahu ok.

” Ayat kasi cantik bro ” Aku cuba melangkah meninggalkan mamat senget, malas nak layan. Kakiku yang bengkak membuatkan langkahku sumbang. Terhincut-hincut aku berlalu pergi. Sempat aku menjeling mamat tersebut yang tersenyum mengejek memandangku. Ku jelir lidah. Bajet aku nak minta tolong kau? Sorry sikit.

**

Usai solat maghrib, aku menolong mak Ad menghidang makanan. Fuhh, ni kalau kat rumah sewa jangan harap aku nak buat benda gini. Nasib baik kakiku masih belum pulih, kalau tak mahu mak Ad suruh aku tunjuk bakat memasak pula nanti. Mati aku. Aku tersengih sendirian. Tapi asal macam banyak sangat je makanan malam ni? Macam ada orang pula nak datang.

” Assalammualaikum ”

” Waalaikumussalam ” Segera aku ke dapur, membiarkan mak Ad yang membuka pintu.

” Siapa yang datang tu Ad? ”

” Maksu aku yang datang tu ” Aku mengintai dari dapur. Eh, tu makcik kat kedai buku hari tu. Aku pandang seseorang yang macam ku kenal, mamat senget! Eh, mamat baju sama pun ada. Aku macam tak percaya.

” Yang dua orang laki tu siapa pula? ” Aku masih tidak puas hati, macam mana mereka boleh berkait?

” Diaorang tu cousin aku ”

” Maksu kau ni duduk dekat shah alam kan? ”

” Aah, eh mana kau tahu? ”

” Aku pernah jumpa maksu kau ni, haritu dekat kedai buku. Lepas tu, anak dia yang baju biru tu pun aku pernah jumpa dalam bas, setiap hari kut aku jumpa mamat tu ” Panjang lebar aku menerangkan. Ad hanya tergelak kecil.

” Macam ada jodoh je korang ni ”

” And to be worse, anak dia yang baju hitam tu aku baru jumpa harini, dia la yang perli aku cakap tomboy pun tahu halal haram ke? Buat panas je ” Aku mencebik. Ad hanya tergelak kecil.

” Ikmal tu memang macam tu. Jangan di layan. Yang baju biru tu abang dia, Haniff. Haniff tu tua dua tahun dari kita. Sekarang dia kerja part time dekat McD sambil sambung master. Ikmal tu pula, UiTM Shah Alam juga, jurusan fotografi ” Aku hanya mendengar sambil memerhati gelagat mereka dari dapur.

” Ad tolong hidangkan air nak ” Aku menoleh memandang Ad, eh mana Ad? Baru kejap tadi ada sebelah aku. Masak! Siapa nak hidang air ni? Aku? Err, aku mula kelam kabut. Mataku meliar mencari Ad, hampa. Aku cuba bertenang. Fuhh, Bie it is just a drink, it’s not really hard. Macam kau tak biasa buat air sendiri. Aku mula membancuh air oren, mana air gula? Aku menyelongkar peti ais, ni apa? Macam air gula, ah biarlah. Terus aku menuang ke dalam air bancuhanku. Lalu ku capai talam. Ok lah ni kut. Aku menatang hingga ke hadapan. Semua yang sedang rancak berbual terdiam memandangku. Asal semua nak pandang ni? Segan pula rasa. Cool Bie, tak rock la segan-segan ni. Aku buat rileks. Setelah menghidangkan aku segera berlalu. Tak lama selepas itu, Ikmal datang bersama talam di tangan. Aik asal tak minum?

” Kau nak bagi orang mati ke? ” Ikmal memandangku sinis.

” Oi, kau bahasa tak reti elok-elok ke? ” Panas betul hati aku dengan mamat senget ni.

” Kau cuba rasa sekarang ” Ikmal menghulurkan air yang sudah berada di dalam gelas. Segeraku teguk. Tidak lama selepas itu aku meluahkan balik. Apa ni? Apasal rasa semacam. Takkan oren ni dah expired? Err, ke sebab tu. Aku terpandangkan botol yang berwarna jernih itu, CUKA. Aku menepuk dahi. Macam mana aku tak perasan tu cuka? Patutlah mamat ni marah semacam.

” Sorry lah mana aku tahu, aku terbubuh cuka ” Ikmal membeliakkan matanya. Cuka? Patutlah tadi sewaktu rasa dia sudah rasa semacam. Nasib baik dia pandai mengcover untuk minah ni. Terlalu manis, itu alasan yang di gunakan sewaktu di tanya semua orang kenapa mahu membawa minuman tersebut ke dapur.

” Kau ni, memang dasar tomboy, buat air pun tak reti ” Aku terkedu. Asal dengan mamat ni? Kenal pun tidak tapi suka menyakitkan hati aku. Aku menahan tangis. Kenapa aku mesti terasa dengan mamat ni. Aku ketap bibir menahan sendu. Ikmal dapat melihat perubahan pada wajahku. Namun di endahkan.

” Kalau kau nak sangat minum, kau buatlah sendiri ” Terus aku berlalu menuju bilik tidur Ad. Malas nak berlama di situ. Ad yang tiba-tiba muncul dari mana hairan melihat kami.

” Kau tahu Ikmal cakap apa kat mak aku masa dia rasa air kau buat? ” Aku menggeleng, malas nak ambil tahu. Mesti kata-kata yang menyakitkan hati la tu. Aku pura-pura melelapkan mata.

” Dia kata, mak teh, air ni manis macam orang yang buatnya. Nanti minum banyak-banyak dapat penyakit pula, cukuplah Ikmal je yang rasa macam dah terjatuh cinta dah ni, Ikmal nak bawak pergi dapur suruh tukang buat ni adjust sikit, sat lagi ramai pula jatuh cinta kat dia ”

Aku terkedu. Biar betul mamat tu cakap gitu? Romantik juga mamat tu, ingat dia nak bahan aku depan mak Ad. Hatiku rasa sesuatu. Terharu kut dia cakap macam tu?

**

Sejak balik dari kampung Ad, hubungan aku dengan abang Haniff semakin rapat. Masakan tidak, setiap hari mesti berjumpa dalam bas 6:40 petang. Rupanya baju yang selalu di pakai oleh abang Haniff ialah baju kerja McD. Macam mana aku boleh tak perasan? Senget je kan aku ni. Ikmal pula? Heh, mamat tu kadang-kadang ada juga terserempak dekat UiTM. Tapi masing-masing buat tak tahu. Sejak aku kenal dia, macam hari-hari pula nak jumpa, walhal aku jurusan lain. Serabut je aku tengok muka dia hari-hari. Yeke serabut?

” Aku tengok kau makin rapat dengan abang Haniff? ” Ad memulakan bicara. Suapanku terhenti. Aku memandangnya. Bunyi macam jealous je?

” Boleh la, kau kan tahu aku memang senang rapat dengan lelaki. Setakat kawan-kawan tu memang kamceng wa cakap lu ” Aku tersengih.

” Kau suka dia ke? ” Ad masih dengan nada seriousnya. Seram pula aku.

” Ish, kau gila ke? Aku anggap dia abang aku je la. Tak lebih pun, euww geli la nak lebih-lebih ” Tak dapat aku bayangkan kalau aku dengan abang Haniff. Lagipun bukan dia dah ada awek ke? Tiba-tiba Ad tergelak.

” Aku saja test kau, ingat kau nak gelabah tadi ”

” Tak ada makna babe, aku tak goyang sikit pun ” Aku mengekek.

” Kau ada jumpa Ikmal? ”

” Kenapa kena jumpa ke? ” Aku mencebik.

” Tak ada, saja aku tanya ”

” Ikmal tu macam mana orangnya eh? Tak paham aku dengan dia tu. Lain sangat dengan Haniff ” Terpacul soalan tu dari mulutku. Segera ku terdiam. Asal aku nak tahu? Err

“Kenapa kau nak tahu? ” Eh sama pula soalan Ad ni dengan aku, macam tahu-tahu je kata hati aku.

” Saja, kalau kau tak nak bagitahu tak apa, aku bukan peduli pun ” Makin laju suapanku. Asal rasa macam aku gelabah?

” Touching la tu ” Ad gelak perlahan. Aku buat pekak.

” Ikmal, dia kan sebenarnya sangat baik dan peramah. Dulu waktu kitaorang kecil, dia lah selalu main dengan aku. Dia nakal sikit banding dengan abang Haniff tapi dia jenis cool je. Kalau ada masalah, aku selalu cerita dekat dia, macam tu juga dia. Jenis hormat orang tua, sesuai sangatlah di buat suami ” Ad menjelingku yang sedang khusyuk mendengar.

” Aku suka dia ” Perlahan Ad berkata. Aku melopong.

” Ka-kau suka dia? ” Ad tergelak.

” Bukan, bila aku tengok muka kau sekarang ni, teringat pula lagu Ainan Tasneem ‘ Aku suka dia ‘ ” Ad tayang gigi. Aku mencebik. Nampak sangatkah? Senget Ad.

**

” Maksu aku ajak datang rumah, sabtu ni ”

Aku menggeleng.

” Malas. Kau je la pergi ” Bukan aku taknak pergi tapi membayangkan akan bertemu dengan Ikmal. Hatiku rasa di carik. Peristiwa hari tu masih segar di ingatanku.

” Kau ni dah tomboy, kasar, semua benda nak langgar ” Ikmal meluahkan amarahnya. Aku hanya menjeling. Mana aku tahu nak jadi macam ni. Segera aku menghulurkan tisu kepada seorang gadis di sebelah Ikmal. Segera Ikmal merampasnya dan mengelap tangan Reen. Aku hanya memerhati. Awek dia kut.

” It’s ok dear ” Perlahan Reen berkata. Berbulu pula aku dengar. Dear ke deer? Aku tahan gelak.

” I hantar you pergi klinik ye? ” Reen hanya mengangguk tanda setuju. Aku hanya memandang drama sebabak antara mereka. Geli pula lama-lama kat situ. Segera aku berlalu pergi.

” Oi, tomboy, nak pergi mana pula tu? ” Aku menoleh. Ikmal masih dengan muka bengangnya. Amboi pandang awek dia macam pandang bidadari, pandang aku muka macam singa. Tahu la aku tak lawa macam awek dia. Aku ketap gigi.

” Kau nak apa lagi senget? ”

” Your apology? ”

” Sorry ” Laju aku meninggalkan Ikmal. Sakit hati betul!

” Berangan? ” Ad menyiku lenganku. Aku tersedar.

” Apa dia? ”

” Aku tanya, kenapa kau tak nak pergi? Maksu aku ajak kau sekali. Bukan jauh pun rumah maksu aku tu ” Aku masih menggeleng. Tawar hati.

” Nanti kau kirim salam je lah dekat maksu kau tu ” Segera aku melelapkan mata.

” Assalammualaikum ” Aku menguap. Siapa pula yang datang time aku tengah tidur ni. Tak boleh tengok orang senang langsung. Aku melangkah perlahan, pintu ku buka. Mulutku melopong melihat Ikmal. Apa pula mamat senget ni buat kat sini?

” Apa kau nak? ” Laju aku bertanya tanpa menjawab soalannya. Ikmal memandang sinis.

” Kalau ye pun, jawablah salam tu dulu ”

” Waalaikumussalam, dah, sekarang aku tanya apa kau buat kat sini bro? ”

” Ni semua kerja mak aku, kau asal tak nak datang rumah aku, sekarang mak aku dah suruh aku ambil kau, kau ingat kau cinderella ke? ”

” Aah memang aku cinderella, kiranya kau kereta labu la kan ” Aku gelak besar. Ikmal ketap gigi. Loyar buruk punya budak.

” Dah pergi siap cepat ” Aku buat tak tahu. Pintu ku buka seluas mungkin, kemudian aku duduk di satu sudut, pura-pura membaca buku. Ikmal yang melihat dari luar bertambah geram. Nasib baik ada grill, kalau tak minah ni memang nak kena sekeh dengan aku.

” Tomboy cepat la siap! ” Ikmal jerit dari luar. Masih tiada balasan. Aku menahan ketawaku. Padan muka.

” Nur Umaira Nabilah bt Karim! ” Aku tersentak. How did he know? Aku memandangnya. Kami saling berpandangan.

” Ma-macam mana kau tahu nama aku? ”

” Itu tak penting, yang penting cepat siap, nanti mak aku bising ” Dalam keterpaksaan aku bangun untuk menyiapkan diri. Ni mesti kerja Ad bagitahu ni. Tak macho dah! Aku mendengus.

**

Laju aku menukan punat on, suasana sunyi di dalam kereta membuatkanku bosan. Ikmal hanya membiarkan. Lagu cher lloyd ‘ Love me for me ‘ membuatkanku tersenyum lebar. Favourite!

” Lagu apa ni? Tukarlah ” Laju Ikmal menukar siaran. Aku menjelingnya geram.

” Biarlah! ” Ku tukar balik.

‘ I’m done, I give up, I don’t wanna pretend no more ‘ Ku nyanyi sekuat hati.

” Oi tomboy, kau ni memang tak ada adab kan, tak malu ke perempuan macam kau terjerit-jerit dalam kereta aku ni ” Ikmal ketap gigi. Aku sengih.

” Mesti awek kau hari tu, tak pernah buat macam ni kan? ” Aku mengekek. Rambutku yang berjuntai di dahi ku kuak. Dah panjang pula rambut ni.

” Memang pun. Kau sorang je buat macam tu ” Aku buat tak tahu.

” Ish, rambut ni menyemak pula, kau ada sepit rambut tak ” Ikmal tergelak.

” Kau ingat aku perempuan ke nak ada sepit rambut. Lagipun biarlah rambut kau tu, cantik apa macam tu ” Aku cebik. Perli lah tu.

” Esok lah potong ”

” Kau jangan lah potong. Ok dah tu. Baru nampak macam perempuan sikit. Baru sesuai dengan baju kurung kau pakai ni ” Ikmal melihat aku dari atas ke bawah. Baju kurung bunga-bunga kecil itu memang nampak manis pada pandangannya. Tapi perangai hanya tuhan yang tahu.

Sampai sahaja di rumah maksu Ad, aku terus laju menyalaminya. Maksu Ad hanya tersenyum manis. Cun wa cakap lu! Sumpah tak tipu. Patut anak-anak dia handsome. Kecuali mamat senget, kau tak handsome! Haniff di sebelah hanya tersenyum manis. See, memang handsome lah abang Haniff ni!

” Hai abang ”

” Hai, comel Bie harini. Manis je pakai baju kurung ” Aku sengih. Kalau abang Haniff yang puji terasa ikhlas. Ikmal di sebelah hanya mencebik. Ku jelir lidah ke arah Ikmal.

” Abang jom masuk dalam ” Ku tarik tangan abang Haniff, terasa seperti sudah mempunyai abang sendiri. Bestnya! Sebaik sahaja memasuki rumah, kelihatan Ad sedang menghidangkan makanan. Sedapnya bau!

” Kau masak ke Ad? ” Ad hanya tersenyum kecil.

” Mestilah tak, ni semua maksu masak ” Aku memandang maksu Ad yang tersenyum memandang kami. Teringat buku masakan yang banyak di beli oleh maksu Ad. Patutlah terror. Hobi dia kut.

” Ad pun ada tolong juga ”

” Bie je tak tolong kan ” Aku sengih.

” Kau reti ke nak tolong? ” Ikmal memerli. Senget punya mamat! Tahulah aku tak reti. Kau tunggu lah aku belajar dari mak kau nanti, siap buat menantu wa cakap lu!

” Kau ni sudah-sudah la mengusik Bie tu, sian dia ” Abang Haniff cuba backup aku. Yes, ada geng! Ikmal buat tak dengar.

” Dah jom makan ” Maksu Ad menghentikan perbalahan antara kami. Aku tayang gigi. Kami semua menjamu selera. Rasa maksud Ad masak tahap 5 star punya masakan. Boleh bungkus Chef Wan macam ni. Aku sengih.

” Hoi suruh makan, bukan suruh kau sengih macam kerang busuk ” Aku jeling Ikmal. Jealous la tu!

Selesai menjamu selera, abang Haniff menunjukkan bakatnya, main gitar. Favourite! Ikmal dan Ad di sebelah hanya mendengar. Petikan lagu ‘ Kau Ilhamku ‘ menarik perhatianku. Sedap! Pandainya abang Haniff ni. Untunglah awek abang Haniff.

” Now, turn Ikmal pula ” Aku menoleh memandang Ikmal. Gelengannya buatku cebik.

” Dia tak nak, abang Haniff je la nyanyi lagi ” Aku senyum lebar. Ikmal segera merampas gitar di tangan abangnya. Minah tomboy ni saja nak cabar aku. Ingat aku tak boleh main lagi bagus dari abang aku ke. Petikan gitar lagu ‘ Tinggal kenangan ‘ oleh Ikmal mendebarkanku. Eh, asal aku rasa macam ni? Abang Haniff main lagi best dari Ikmal tapi kenapa aku rasa macam ni? Aku tutup mata, cuba menghayati. Terasa something menyelinap di dalam hatiku. Suaranya yang lembut menyapa gegendangku. Sayu.

‘ Pernah ada, rasa cinta, antara kita kini tinggal kenangan ‘

Aku membuka mata, semua mata tertumpu kepadaku.

” Aku nyanyi kau tidur eh tomboy ” Ikmal menempelakku. Err, takkan nak cakap aku terpegun. Tak rock la kalau aku terpesona, tapi memang aku terpesona pun kan?

” Dah kau nyanyi suara sumbang. Mana aku tak tidur? ” Aku membalas katanya sambil tersenyum mengejek. Walhal hati cakap lain.

**

Nyanyian Ikmal masih terngiang di telingaku. Penasaran dah aku ni! Takkan aku dah jatuh cinta dengan mamat ni pula? Tak rock la gini! Aku mula mundar mandir di bus stop. Bas ni pun satu, bila aku nak mesti tak ada. Tepat pukul 6:40 bas tiba. Aku segera masuk dan mencari abang Haniff. Senyumanku semakin lebar. Abang Haniff melambai dari jauh. Segera aku duduk di sebelahnya.

” Abang tak penat ke hari-hari kerja? ” Soalku tiba-tiba. Abang Haniff hanya tersengih.

” Dah kerja Bie, nak buat macam mana. Bie tu tak penat ke hari-hari bergaduh dengan Ikmal? ” Kena sebijik kat mukaku. Abang Haniff sudah menyebut nama adik kesayangannya.

” Euuw, bukan hari-hari ok. Lagipun apa class gaduh dengan dia. Bukan dapat duit pun ” Aku cebik.

” Tapi .. ”

” Next question please ” Aku mencelah. Abang Haniff tergelak.

” Bie dah ada pakwe? ”

” Euuw, tak main la pakwe-pakwe ni ” Tak rock! Abang Haniff tergelak lagi.

” Habis tu terus nak cari suami la ni? ”

” Bie muda lagi la, abang tu bile nak kahwin? ”

” Abang tunggu Kak Ilya kasi green light je ” Aku mengekek.

” Gatal ” Kami tertawa.

**

” Ad tolong aku! ” Aku menjerit sekuat hati. Segera Ad menuju ke arahku. Apa pula yang berlaku ni, baru suruh masak dah menjerit macam nampak hantu. Ad tergelak kecil melihatku terlompat-lompat.

” Lipas je pun ” Laju Ad mengetuk lipas tersebut dengan penyapu. Aku masih menjerit, seakan mahu menangis. Tolong mak! Tak mahu lipas! Ad gelak besar.

” Tak sangka aku comel juga kau macam tu eh ” Ad mengusik. Aku muncung.

” Ni rahsia kita berdua je tahu! ”

” Dah sambung masak, kata nak bawak pergi rumah maksu. Boleh minta dia komen kau masak ” Aku cebik. Orang suruh dia yang komen, senget, nak juga bawak pergi rumah maksu dia. Dah la ni first try aku. Kari kepala ikan!

Aku berdebar. Macam nak tunggu keputusan tersingkir AF je. Maksu tengah rasa kari aku! Selepas merasa maksu tersenyum.

” Good. Boleh tahan juga Bie masak eh. Dah boleh kahwin ni ” Aku tayang gigi.

” Betul ke mak rasa tu, meh Ikmal nak rasa pula ” Aku menoleh. Entah dari mana datangnya mamat senget ni. Menyibuk je. Laju aku merampas sudu di tangan maksu.

” Jangan harap aku nak bagi kau rasa ” Laju aku membawa kari kepala ikan hasil buatan ku ke dapur. Ikmal mendengus. Dia mengikut aku hingga ke dapur.

” Tepilah, menyibuk! ” Kami bertelingkah di dapur. Suasana yang sunyi itu menjadi riuh rendah kerana kami. Ad dan maksu hanya memandang sambil tersenyum penuh makna.

**

” Maksu nak masuk meminang Bie boleh? ” Aku membeliakkan mataku. Meminang? Tak pernah terfikir langsung aku akan hal tu dan kenapa tiba-tiba?

” Err ” Tapi untuk siapa? Takkan Abang Haniff? Ikmal? Rasa nak pengsan.

” Kalau Bie setuju, maksu hantar rombongan sabtu ni ” Ya Allah, apasal aku yang kena hadapi semua ni? Ku pandang Ad. Ad hanya tersengih. Bukan nak tolong aku.

” Kenapa cepat sangat, maksud Bie, Bie ni serba kekurangan. Macam maksu tengok la, macam ni la Bie ” Aku merendah diri. Siapalah aku. Ibubapa pun tak ada. Sebak lak rasa.

” Maksu yakin Bie calon yang paling sesuai untuk Ikmal ”

” Ik-Ikmal? ” Maksu hanya tersenyum. Dengan Ikmal? Musuh nombor satu. Meranalah hidup aku kalau terpaksa kahwin dengan mamat senget tu.

” Tapi, maksu kan tahu Bie dengan dia bukan ngam. Macam anjing dengan kucing ” Ad tergelak kecil. Aku jeling geram.

” Maksu rasa kau orang sangat sesuai. Lagipun Ikmal dah setuju ” Tergamam aku mendengarnya. Ikmal setuju? Lama aku berfikir. Asal mamat senget ni boleh setuju? Bukan dia dah ada awek ke?

” Diam tanda setuju. Alhamdulillah ” Apa lagi boleh aku katakan? Maksu sudah membuat spekulasinya sendiri. Aku hanya memandang Ad meminta simpati.

**

” Aku yakin kau orang akan bahagia ” Ad berbisik ke telingaku. Aku jeling geram. Baju pengantin berwarna putih yang menghiasi tubuhku nampak padan di badanku yang ramping. Puji diri sendiri, tak rock langsung! Rambutku yang sudah semakin panjang paras bahu, di ikat sanggul. Ni semua kerja mak andam la ni. Wajahku yang bersih dari segala alat makeup kini nampak berseri dengan bantuan mak andam.

” Cantik la kau Bie ” Aku cebik.

” Tak rock langsung! ”

” Pengantin lelaki dah sampai! ” Terdengar jeritan dari tetamu yang datang. Aku mengintai dari tingkap bilik Ad. Mana mamat senget?

” Duduk diam-diam la Ad, ada pula intai pengantin lelaki ” Ad menegurku. Aku tayang gigi. Aku bergerak ke luar, lalu duduk bersimpuh di sebelah Ad. Ku lihat ramai yang berbisik-bisik antara sendiri. Ni mesti kutuk aku ni. Aku mencari-cari Ikmal. Dan aku terpandangkan Ikmal yang segak berpakaian sedondon denganku. Eh handsome pula anak maksu yang seorang ni. Aku tahan gelak. Ikmal merenungku dengan pandangan yang sukar ku tafsirkan. Aku buat muka selamba.

**

Berdebar pula rasanya duduk seorang diri dalam bilik Ikmal, first time dalam hidup aku duduk dalam bilik lelaki. Ku lihat di setiap pelusuk biliknya. Kemas. Aku bergerak ke rak buku yang menghiasi biliknya. Banyaknya buku. Minat membaca rupanya mamat senget ni. Ku capai satu buku, ‘ Aku, kau dan dia ‘. Tak sangka dia ada buku ni, desisku. Buku yang aku beli satu ketika dahulu. Kedengaran ketukan dari luar, segera aku letak kembali buku tersebut dan bergerak ke pintu untuk membukanya. Kelihatan Ikmal dengan wajah letihnya. Laju dia menuju ke katil, mahu tidur mungkin. Aku membiarkan, tak tahu nak bual apa. Banyak persoalan yang mahu ku utarakan tapi tidak terluah. Nanti-nantilah. Lalu aku baring di sebelahnya melelapkan diri.

” Kau siapa! ” Aku menendang makhluk yang berani mengambil kesempatan terhadapku. Aku sedang lena tidur, terganggu apabila ada tangan yang memelukku. Segera aku bangun terkejut. Siapa pula yang menyelinap masuk bilik, err bilik siapa ni? Lampu terang benderang. Ku lihat Ikmal sedang mengaduh sakit di kakinya.

” Asal kau ni? Ganas yang amat ” Aku mendiamkan diri sambil berfikir. Ikmal, aku? Kami? Kahwin. Oh ya, dia suamiku. Ya Allah macam mana aku boleh lupa? Aku tayang gigi.

” Sorry, aku tak sengaja ” Aku mendekatinya. Kesian pula.

” Aku nak kau berubah mulai saat ni! Tukar-tukar! ” Aku mengerutkan dahi.

” Kau ni kenapa? Kau nak suruh aku tukar jadi apa? Ultraman? ” Loyar buruk punya budak.

” Tukar jadi perempuan sejati! Aku nak hantar kau dekat rumah mak. Kau duduk sana seminggu. This is an order! ”

” Aku ada kelas senget. Macam mana pula aku nak duduk rumah maksu seminggu ”

” Mak la bukan maksu lagi ” Ikmal membetulkan dengan nada tegas. Aku cebik.

” Mak mak mak mak mak. Puas hati? ”

” Tak ” Aku ketap gigi.

” Lagi satu, rambut kau ni ”

” Kenapa dengan rambut aku ni? ”

” Biarkan panjang. Manis sikit aku tengok. Kalau tak dah macam member-member laki aku je ” Aku muncung.

” Kalau tak nak? ”

” Dosa tak ikut cakap suami kau ni ”

Lambat baru aku mengangguk, bersama muncungan tanda tidak puas hati.

” Ada lagi? ”

Lama Ikmal berfikir.

” Kau kena belajar masak, kemas rumah lagi kau kena .. ”

” Cop-cop, baik kau cari bibik je, tak nak aku ”

” Tu tugas isteri ”

” Habis tu tugas suami pula apa? ” Aku mencebik tidak puas hati.

” Mendidik, menyayangi, memberi nafkah zahir dan .. ” Ikmal memandangku dengan pandangan gatal.

” Apa? Sekeh nak? Percuma je dapat karang ” Ikmal sengih.

” Pokoknya, mulai sekarang kau kena berubah tahu. Belajar jadi wanita yang mendengar cakap suami ” Aku mengangguk laju. Tu memang aku tahu.

” Dah jom tidur. Aku ngantuk ” Aku segera baring di sebelahnya sambil melelapkan mata. Ikmal memerhatikanku lantas baring di sebelahku.

**

” Susahlah nak kemas rumah ni ” Aku merungut. Tapi hanya aku seorang yang dengar sebab Ikmal awal-awal lagi sudah ke ke tempat kerjanya. Kerja sebagai photographer bebas di sebuah syarikat. Hanya itu yang ku tahu. Bosannya memandangkan hari ni aku tak ada kelas. Final exam lagi beberapa hari sahaja kemudian aku akan melangkah ke alam pekerjaan. Ad kadang-kadang akan melawatku. Tahu sangat aku kesunyian. Hidupku terasa sama macam dulu, cuma dulu housematenya ialah Ad, tapi kini berganti dengan Ikmal. Mamat senget yang menjadi suamiku. Boleh aku jadi isteri yang dia mahu? Aku mengeluh. Banyak betul perkara yang terjadi sepanjang cuti sem lepas. Aku macam tak percaya dengan mudah aku menjadi isteri kepada mamat senget. I mean, it’s like a fairytail. Kenapa hati aku macam lembut untuk menerimanya? Walhal kami selalu bergaduh. Mungkin ini lah di namakan jodoh, 3 hari aku buat solat istikharah, masih jawapan yang samaku dapat. Ikmal jodohku.

” Abang yakin Ikmal dapat bahagiakan Bie ” Abang Haniff menasihatiku apabila di lihatnya aku serabut dengan hal ni.

” Mana abang tahu? Abang tak nampak ke kitaorang kan selalu bergaduh. Dia tu bukan suka Bie pun. Lagipun dia dah ada awek ” Aku memuncung.

” Hah? Sejak bila dia ada awek? Setahu abang, Ikmal single. Dia mana pernah couple dengan sesiapa. I mean as far as I concern, he’s not the type that easily to fall in love with girls. Bie kira bertuah tahu. Abang ada waktu dia cakap dia setuju nak terima Bie. Dan abang suka kau orang bersama ” Aku hanya mendengar.

” Dia cakap macam mana? ” Lama Abang Haniff membisu, mengingat kembali apa yang telah adiknya kata.

” Yang abang tahu, dia cakap dia dah fall in love dengan Bie at the first time he saw you. Tapi dia tak cakap bila. Try lah tanya dia Bie ” Abang Haniff tersenyum memandangku. Bie seorang tomboy, tapi tomboy tak jadi di sebabkan sepasang mata itu. Mata redup itu mempesonakan sesiapa yang memandangnya. Haniff teringat Ikmal pernah menyatakan, Bie bukan tomboy, tapi saja dia nak lindungi diri dia dengan menjadi tomboy. Bila di tanya macam mana Ikmal tahu, Ikmal hanya kata melalui mata hati. Ikmal dan Bie sangat serasi, mempunyai minat yang sama, novel ‘ Aku, kau dan dia’ masih terlayar di ingatan Haniff. Buku jiwang macam tu pun dua-dua minat, Haniff tersenyum di dalam hati.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi tanda mesej masuk,

‘ Dalam sejam lagi aku balik, kau masak tahu ‘

Aku cebik. Aku mana tahu masak. Dan kalau aku masak pun nanti dia yang tak nak makan.

Aku berlalu ke dapur. Apa yang ada? Ku buka peti ais. Lama ku berfikir sambil berdiri di depan pintu sejuk. Kari kepala ikan? Tu je aku terror. Nasib kau lah Ikmal.

” Kau masak ke beli kat kedai mamak ni? ”

” Mestilah masak ” Hampir terjerit aku dengan kerenahnya.

” Macam kat kedai ”

” Is that a compliment or you just want to mocking me with that words ” Aku ketap gigi. Ikmal tergelak melihatku. Dia memerhatikanku. Comot! Baru suruh masak dengan kemas rumah sehari dah macam bibik. Tapi itulah yang menarik perhatian Ikmal. Sepasang mataku menarik perhatiaanya. Aku pandang tempat lain.

” Kau asal pandang aku macam tu? Nak kena cucuk mata tu? ”

” Pandang isteri sendiri pun salah ke? Tak berdosa pun ” Ikmal meneruskan suapannya.

” Aku nak tanya ni ”

” Apa? ”

” Macam mana kau boleh terima aku yang tomboy ni jadi isteri kau? ” Ikmal tergelak.

” Kau rasa? ”

” Aku rasa masin ”

Ikmal sengih. Loyar buruk!

” Aku terima kau, sebab aku nak ubah kau jadi perempuan sejati ”

” Sebab tu je? ”

” Habis kau nak sebab apa lagi? ”

” Cinta? Sayang? Tak ada ke? ”

Ikmal tersedak. Dasar tomboy, ayat direct je.

” Ada kut ”

Aku mengekek.

” Malu la tu, macam perempuan ”

” Mana ada ”

” Abang Haniff kata kau suka aku waktu first time kita jumpa, tapi aku tak ingat bila ” Aku seakan berfikir. Walhal masakanku lupa hal jatuh terduduk macam nangka busuk tu.

” Aku pun tak ingat, aku pakai cakap je kut ” Sengaja Ikmal bermain tarik tali denganku. Ku cebik.

” Tak ingat sudah ” Segera ku berlalu. Ikmal tersenyum melihatku. Tomboy merajuk. Asal nampak cute pada pandangannya?

Aku pura-pura melelapkan mataku apabila aku sedar dia sedang memandangku. Malas nak layan! Kedengaran pancuran dari bilik air. Aku membuka mataku sedikit. Yes, dia tengah mandi! Aku nak merajuk dengan kau mamat senget! Mataku buka seluas mungkin, dan aku terpandangkan sesuatu. Gambar apa ni? Ku lihat satu-persatu. Ni gambarku!

Gambar pertama, sawah padi yang indah terbentang. Ni kampung Ad!

Gambar kedua, kelihatan seseorang sedang berada di dalam gambar itu. Eh itu aku. Ni gambar waktu aku datang kampung Ad!

Gambar ketiga lebih fokus kepadaku. Aku sedang tersenyum sambil mendepakan tangan. Time tengah feeling ni. Macam mana aku boleh tak perasan Ikmal? Patutlah time aku jatuh, dia tiba-tiba ada. Rupanya dia memang memerhatikanku dari jauh.

Gambar keempat, aku sedang terduduk, mukaku mengerang kesakitan sempat di tangkap oleh Ikmal. Aduh malu! Tak rock langsung.

Gambar seterusnya masih berkisarkan aku. Setiap gambar tersebut adaku. Gambar aku buat air, gambar air oren plus cuka yang ku buat, gambar aku sedang tidur, gambar aku sedang main di sawah padi. Aku kaget, air mataku jatuh. Satu perasaan halus menyelinap di hatiku. Terharu.

” Ehem ” Aku menoleh memandang Ikmal yang sudah siap lengkap berbaju itu. Dah habis mandi kut.

” Kau tengok gambar tanpa izin eh? ” Ikmal duduk di sebelahku. Di ambilnya gambar-gambar di tanganku. Dia tersenyum apabila melihat gambarku. Dari pelbagai sudut.

” Gambar ni, the first time I saw you, manis orangnya ” Dia menunjukkan gambar aku mendepakan tangan. Gambar feeling lebih tu.

” Orangnya ceria, tidak mudah mengalah dan bersikap keanak-anakan ” Dia meneruskan, aku hanya diam mendengar.

” Gambar ni pula, time dia tengah kelam kabut nak buat air. Nampak sangat first time buat untuk tetamu ” Ikmal tergelak kecil. Muka Bie yang kelam kabut itu masih di ingatinya. Aku tayang gigi mengiyakannya.

” And this, gambar yang buat abang yakin Bie jodoh abang ” Panggilan abang mengejutkanku. Aku memandangnya yang hanya tersenyum kecil. Aku pandang gambar yang di pegangnya. Gambar aku sedang tersenyum sambil memandang keindahan ciptaan tuhan.

” Gambar ni ikhlas. Abang yakin Bie bukan tomboy. Maafkan abang sebab layan Bie kasar sebelum ni. Abang cuma nak Bie berubah, menjadi macam sekarang ni ” Dia mencubit pipiku.

” Mana abang tahu? ” Makin lebar senyumannya mendengar aku memanggilnya abang. Biarlah, tak luak pun panggil suami sendiri dengan panggilan abang kan?

” I can see through you dear. Abang pun tak perasan bila abang suka Bie, tengok-tengok dah banyak gambar Bie dalam kamera abang ” Aku tersenyum.

” Oh ya, abang ada present untuk Bie ”

” Apa? ” Ikmal memberiku sesuatu. Sepit rambut!

” Sekarang dah boleh sepit rambut tu kan, guna sepit ni selalu tahu ” Aku hanya sengih. Teringat dulu aku pernah memintanya sepit rambut. Segera ku meletakkanya di rambutku. Rambutku sudah semakin panjang, niatku dulu untuk memotong rambut tidak menjadi. Semua kerana dia. Aku tersenyum. Ya, dia jodohku. Dia, suamiku, yang akan membimbing aku. Aku yakin sekarang.

” Abang ” Ikmal memandangku.

” Maafkan Bie sebab berkasar dengan abang selama ni. Dan terima kasih sebab menerima Bie dalam hidup abang. Bie akan cuba jadi isteri mithali ” Aku sengih. It takes time, dari tomboy nak jadi ayu. Tapi aku rasa sekarang pun aku dah ayu sikit. Rambut dah panjang. Pakaian pun dah tak macam dulu, sekarang pakai baju kurung sudah selesa bagiku. Ni semua hasil tunjuk ajar Ad, thanks Ad! Ikmal tersenyum bahagia memandangku. Aku membalas senyumannya. Jalan menuju kebahagiaan masih panjang bagi kami, namun dengan adanya suamiku yang bernama Ikmal, hidupku insyallah akan sentiasa bahagia.

The End.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

46 ulasan untuk “Cerpen : Biniku Tomboi”
  1. ifti liyana says:

    great story…!

  2. nfbm says:

    i like it.suka dengan watak bie.gud job writer…

  3. jamieyah says:

    good job! senget je…

  4. Hazie_Ierah says:

    so sweet

  5. lovatto says:

    best sgt.. good job!!!!!!

  6. anon brutal says:

    so sweet. best. tapi banyak typo lh. gaya bahasa pn macam kelam kabut sikit. cerita ni pasal bie dan guna aku. tapi tiba2 aje ikmal blh beraku-aku jugak waktu nk gambarkn perasaan dia. patutnya x boleh lh masuk perasaaan org lain kn? biar cerita perasaan bie tu je. teruskn berkarya

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"