Cerpen : …Ini Bukan Pintaku

7 October 2012  
Kategori: Cerpen

14,007 bacaan 12 ulasan

Oleh : pensilmekanikalpink

Dah dua hari dia berteleku di hadapan kubur yang masih merah tanahnya. Dua hari juga dia tidak bersuara. Dua hari..juga..dia cuba untuk melepaskan orang yang meninggalkan dia. Tapi..

..gagal. Dia tiada daya untuk melepaskan walaupun Angah dah beberapa kali pesan untuk lepaskan.

Angah cakap mudah. Sebab Angah bukan di tempatnya. Sebab dia tak sekuat orang itu.

Ahh..sampai bila kau mahu menghukum diri kau. Ingat, jangan kau menzalimi diri kau sendiri, Ikhwan. Sampai bila? Merataplah kau sepanjang hidup..dia tetap tidak akan kembali.

Dari tanah kita dijadikan, kepada tanah juga kita dikembalikan. Ingat tu Ikhwan! Tak mustahil kau pula menyusul. Kan?

Akhirnya, dia bangun. Debu tanah pada seluarnya ditepis perlahan sebelum dia lama merenung tanah yang menghilangkan kelibat orang itu buat selamanya. Duhai air mata, jangan kau..

Irtiyah Fadilah..jemput Ikhwan di syurga ya?

..jatuh.
______________________________________________________________________

Ikhwan melambaikan tangan. Tiba masanya untuk pulang ke Putrajaya setelah seminggu dia menetap di kampung atuknya. SPM dah habis. Jadi buat apa nak habiskan masa kat Putrajaya pada minggu pertama selesainya SPM?

Matanya menumpukan perhatian terhadap pemanduan Angah. “Bilalah Angah nak bagi orang bawak kereta?” HACKS di dalam laci dashboard kereta disumbatkan ke dalam mulutnya. “Orang tak sabar nak bawak kereta.”

“Selagi tak dapat lesen, Angah tak akan bagi.”

Ikhwan mencebik. Tiba-tiba dia teringatkan tiga sahabatnya – Qujat, Aqil dan Syukri. Apa khabar ya? “Tapi..kawan orang dah bawak kereta. Siap tayang kat Twitter lagi..” Ya, tiga orang sahabatnya itu dengar cerita bermanja sakan dengan kereta masing-masing.

“Ye ke? Alah..buat apa nak ikut diaorang?” Matanya mengerling sekilas ke cermin sisi. Signal kanan diberi. “Sabar je lah. Tak lama pun. Nanti bila dapat tawaran uni, barulah Angah bagi.”

“Kenapa..kena tunggu uni?” HACKS dalam mulutnya sudah tiada bentuk. Air mineral diteguk Tidak selesa dengan keadaan mulut yang agak melekit.

“Sebab time tu, time nak rembat awek.”

Uhhh…Angah memang gila. Gila mainkan perasaan anak orang!

Tanpa berhenti sepanjang perjalanan dari Perak – Putrajaya, akhirnya mereka tiba di Putrajaya elok nak tiba masuk Asar. Apa lagi, sebaik sahaja masuk rumah..dua beradik tu lekas-lekas bersiap sedia untuk solat Asar.

Bonda dan ayahanda masih belum tiba. Barangkali mereka ada menyinggah kemana-mana. Tapi diaorang malas nak ambil kisah. Cepat sampai, cepat rehat.

Azan Asar berkumandang. Angah dah tarik-tarik tangannya ketika dia membasuh kaki. Angah ni, nak jadi hamba taat ke atau nak cepat rehat? Aish..solat kalau kelam kabut pun bukannya elok. Mahu tak sah!

“Allahuakbar…”

#

“Sssuuupppp!?” Aqil dengan senyuman lebarnya menyalami tangannya ketika mereka berjumpa buat kali pertama setelah tiga minggu tidak bersua.

Azad dan Syukri turut melakukan hal yang sama. Setelah berbalas senyum dan bertanya khabar, masing-masing memesan minuman. Petang ini, entah kenapa..cuaca terik.

“Milo ais.”

“Horlicks ais.”

“Limau ais.”

“Err..cincau?”

Pelayan itu pergi. Oh..adalah tu. Tu ke maksudnya bila dia pergi? Ikhwan menggeleng. Tak mesralah pelayan tu. At least..jawablah, ‘ada’ atau ‘okey..’. Mulut tu…nak kena sumpah ada ulser ke?

“So..amacam cuti ni? Korang merantau mana aje?” Syukri mula memecah sepi diantara mereka. Televisyen yang tergantung di sudut kedai itu tidak dihiraukan. Drama Melayu apa entah tajuknya.

“Aku! Aku! Aku heeee…” Aqil menyengih lebar. “Aku balik Jordan. Nenek aku dah kembali kepadaNya.” Akhir kata, nadanya sayu. “Pergi dengan senyuman. Korang tahu, ustaz yang selalu bagi tazkirah kat kitaorang time kat sana cakap, bila orang yang tengah nazak tu tersenyum..tu tandanya Allah sudah buka hijabnya untuk melihat syurga yang bakal dia duduki. Alhamdulillah..dia pergi dengan senyuman.” Aqil melarikan matanya yang sudah digenangi air mata ke arah jalan raya yang lenggang. Ahad.

Mereka bertiga terdiam. Aqil – jarang tunjukkan kesedihan melainkan dia betul-betul sedih. Jelas, kehilangan neneknya begitu berat baginya. Innalillah..

“Aku..balik kampung kat Perak. Kat sana musim rambutan. Dah alang-alang teringat kat korang, aku ada bawak untuk korang. Sebelum tinggal, ambillah nanti.” Ikhwan tersenyum mesra ke arah mereka bertiga.

Aqil sudah membuat riak teruja. “Gempak kau. Thanks!”

Syukri ketawa. “Aku tak balik mana-mana. Aku berbulan madu dengan katil je. Kalau time macam ni..” Jam tangannya dipandang sekilas. 3.05 minit petang. “..aku still tak bangun lagi. Fikir nak gather, aku gigih jugak tahan kantuk..”

Aqil tersengih. Air yang dipesan sudah sampai. Sekali lagi, Ikhwan memerhatikan orang yang menghantar minuman itu. Orang yang sama meminta pesanan tadi. Ahhh..baru perasan, matanya jatuh pada gelang emas pada pergelangan tangan orang itu. Perempuan rupanya.

Buat seketika, masing-masing menikmati rasa air minuman.

“Kau Azad..macam mana? Izad tak ikut pulak?” Syukri mengacau air minumannya.

Azad tidak lekas menjawab. Wataknya..masih sama. Dingin.

Agak-agak..siapa boleh runtuhkan kedinginan Azad eh? Aqil tersengih tiba-tiba. Mujur dia tersengih ketika dia menyedut air dalam keadaan matanya leka memerhatikan airnya semakin sedikit disedutnya. Tidaklah orang perasan kan?

“Izad..” diam. Matanya memerhatikan kunci kereta Syukri. “Dia..pergi rumah Jaz. Tenis.”

Aaa..siapa tak kenal Izad dan Jazlina. Masing-masing ketika dibangku sekolah, ketika berada di tingkatan 1 hingga 3 merupakan juara tenis. Sebaik sahaja PMR, kedua-duanya itu pergi menyambung pelajar di Kolej Farron. Rapat macam belangkas. Nak kata bercinta, si Jaz tu dah ada Danne. Izad pulak? Entahlah..single but sengaja dijadikan unavailable.

“Lahh..asal tak ajak diaorang datang sini? Rindu sehh dengan ratu dan raja tenis tu..” Syukri ketawa. Air milonya disedut lagi.

“Masing-masing buat hal sendiri kan? Aku terfikir..kalau lepas dapat result SPM..macam manalah kita. Agak-agak dapat lagi tak berkumpul macam ni? Atau..time tu masing-masing dah buat tak endah.” Aqil bersuara. Tiga pasang mata terarah padanya. Aqil memang tidak dapat dijangka.

Ikhwan sekadar mengangkat bahu. Syukri menelan liur. Azad Cuma diam.

Jujurnya..walaupun mereka lelaki, tapi mereka takut untuk menghadapi cabaran di luar sana. Zaman sekarang, tidak sama dengan zaman ketika mereka berusia tujuh tahun.

#

Baju terakhir disumbatkan ke dalam beg galas Polo hitam itu. Lama dia termenung beg hitam itu sebelum melepaskan keluhan berat. Rasa terbebankah? Tidak..aku tidak pernah rasa terbeban.

“Wan..” suara bondanya menyentak lamunannya yang mula leka. Matanya beralih pada wanita berusia yang mempunyai wajah jernih itu. Bondanya mula melangkah ke arahnya. “Bonda dengar..kamu nak balik Alor Pongsu ya?”

Ikhwan mengangguk. “Ha’ah. Ikhwan dapat mesej dari Farah petang tadi. Irtiyah masuk wad balik.”

Bonda mengangguk. Matanya menjengah ke dalam beg hitam milik Ikhwan. “Bila balik Putrajaya?” Bukan wanita itu tidak tahu akan keakraban anak terunanya dengan Irtiyah – salah seorang anak gadis di kampung mereka – Alor Pongsu.

“Tak pasti lah bonda. Ingatkan dah alang-alang duduk sana, nak tolong tok wan kat bendang. Kesian kat tok wan tu.”

Bonda tersenyum lembut. “Baguslah. Daripada kamu buang masa kat sini baik kamu duduk kampung. Irtiyah tu nanti, jaga dia elok-elok ya? Kirim salam bonda Assalamualaikum pada dia.” Belakang telapak tangan anaknya itu ditepuk beberapa kali. “Kasihan Irtiyah tu..bonda mahu ambil dia sebagai anak angkat, tapi dia pula tidak mahu. Kalau tidak, pasti akan bonda tanggung segala pembiayaan perubatannya.”

Ikhwan mengerutkan dahi. Ada sesuatu yang tidak kena..Irtiyah? Anak angkat? “Maksud bonda? Bonda pernah nak ambil dia sebagai anak angkat? Begitu?”

Bonda mengangguk.

“Habis, kenapa dia tolak?”

“Bonda tidak tahu. Mungkin ada hal yang dirahsiakan. Tak apalah..yang penting kita boleh doakan kesejahteraannya. Hari tu balik pun, tengok dia pucat.”

Ikhwan tidak menjawab. Irtiyah..gadis itu memang kelihatan pucat ketika mereka berjumpa ketika Ikhwan pulang ke kampung. Tapi..dia cuba menyedapkan hati dengan menyangkakan gadis itu mungkin tidak makan. Yalah, ketika mereka jumpa pun..matahari sedang pacak di atas kepala.

Bonda meminta diri untuk kembali ke kamarnya. Setelah bersalaman, wanita itu hilang dari biliknya. Pintu yang ternganga sengaja dibiarkan terbuka. Tidak seperti biasa, dia akan lekas-lekas menutup pintu.

Dia masuk wad balik. Tiba-tiba je dia pengsan. Doktor suruh dia stay kat hospital untuk beberapa hari. – Farah

Ikhwan menarik nafas dalam sebelum dia melepaskan perlahan. Semoga Allah melindungi awak..

#

“Sup ayam lagi?”

“Habis? Dilah nak makan apa?”

“Something yang sedaplah. Bo-san sangat makan benda yang sama ni..”

“Alah..please Dilah. Makan ya?”

Shroooosshhhh! Dua pasang mata melekat pada wajahnya ketika tubuhnya kelihatan sebaik sahaja dia menolak langsir wad yang bewarna putih itu ke tepi. “Hai.” Tersenyum manis.

Pemilik dua pasang mata itu terus mengukir senyuman tanda menyambut kedatangannya.

“Bila sampai? Ingatkan tak datang..mesej pun tak reply..” Farah sudah berdiri memberi kesempatan kerusi yang Cuma satu itu diduduki Ikhwan. Mangkuk sup ayam diletakkan kembali di atas meja hujung katil.

Ikhwan tidak lekas menjawab. Matanya menjelajah ke segenap inci wajah Irtiyah, rakannya yang tak jemu tersenyum. Pucatnya dia.. “Ahh..saja bagi surprise. Sampai dalam pukul dua macam tu lah. Tok wan cakap korang ada kat sini. Tu yang terus mai sini.”

“Eh..kiranya Angah ada lah jugak ye?”

Ikhwan mengherotkan bibirnya ke kanan sambil matanya dicerunkan pada wajah Farah yang kelihatan teruja. “Sikit-sikit tanya pasal Angah. Dia tak ikut pun.” Kunci kereta ditarik dari poket seluar. “Dia bagi izin orang guna kereta dia. Lagipun minggu ni minggu exam dia.”

Farah sedikit mengangguk. Ikhwan kembali memandang Irtiyah. “So..awak apa khabar? Sihat?”

Irtiyah laju mengangguk. “Sihaatt..awak?”

Ikhwan tersengih. “Tak sihatlah, wak. Jantung ni tak tahulah kenapa asyik berdebar je..” Tangannya dilekapkan pada dada kirinya.

Irtiyah sudah berubah wajah. “Awak..biar betul? Tak check kat doktor? Awak ada sejarah sakit jantung ke?”

Ikhwan menggeleng. “No need nak jumpa doktorlah. Sebab saya tahu puncanya.”

Kedengaran Farah mencebik. Mengada-ngada betullah! Macam bercinta tapi berkawan je pun. Haish..Ikhwan, tak perlu nak menggediklah!

Eh? Irtiyah mengerutkan dahi.

“Sebab..saya risaukan awak. Awak tahu tak?”

Irtiyah mengetap bibirnya. Wajahnya yang pucat sedikit pun tidak menunjukkan yang dia sudah segan. Farah sudah menjulingkan matanya ke atas. To-long-lah! Kalau diikutkan mahu sahaja dia melangkah pergi tapi demi Irtiyah, dia sanggup menadah telinga mendengar perbualan diaorang yang..urghh…mahu terjeluak dia dengar. Irtiyah pun satu..

“Tak payahlah..awak nak risaukan saya. Saya okey je. Alah, setakat pengsan sebab penat. Biasalah tu.” Irtiyah ketawa kecil.

“Penat? Sebab?”

Irtiyah terdiam. Dia sudah terlepas kata. Matanya mengerling ke arah Farah yang turut merenungnya tajam. Sudah..mana nak larii?

“Err..”

“Dilah..ambil upah menjahit lagi eh?”

“Awak..?” wajah Ikhwan berubah serius.

“Err..tak. Penat sebab..” Mengeluh. “Sebab..Irtiyah kan sakit. Banyak pulak bergerak. So, tu yang pengsan kot.”

“So..that’s mean Dilah memang masih terima tempahan jahit bajulah..?”

Irtiyah terus membisu. Tiada guna kalau aku tegakkan benang yang basah. Aihh..susahnya sakit.

Melihat kebisuan Irtiyah, Ikhwan sudah bangun lantas mencabut cermin matanya. “Awak, kan saya dah pesan jangan terima lagi tempahan orang. Awak kena rehat. Awak tahu kan awak tu sakit? Awak tak boleh degil. Kalau awak lagi teruk, siapa yang susah? Kami tahu tak? Kitaorang ada. Biar kitaorang bagi makan, minum Irtiyah selagi kami mampu. Lagipun..apa salahnya? Kita dah macam family..” nadanya cuba dikawal. Dengan Irtiyah..dia cuba berlembut. Sebab Irtiyah..kawan dia. Kawan yang satu-satunya dia cuba untuk tidak melenting. “Kita family. Tak guna kalau kita satu family tapi..kita biarkan family kita susah. Get it?”

Family. Irtiyah menelan liur. Dengar tak? Fa-mi-ly. Dengar. Aku tak pekak. “Erm..”

Farah memandang ke arah kedua-dua insan di hadapannya. Bab Irtiyah, Ikhwan tak pernah bertolak ansur. Ikhwan juga selalu mengingatkan dia untuk tidak lupa memberi berita tentang Irtiyah. Irtiyah – sahabat Ikhwan sejak tadika, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Tapi, selepas sahaja PMR, Ikhwan menerima perlawaan ibu bapanya untuk menimba ilmu di Putrajaya.

Sebernarnya, Ikhwan dijaga oleh tuk dan tuk wannya. Ketika usia tujuh tahun lagi ibu bapanya sudah mahu membawa Ikhwan ke Putrajaya. Tapi Ikhwan tak mahu sebab baginya tuk dan tuk wan adalah ibu bapanya. Susah senang mereka sama-sama renangi. Jadi, tak mustahillah kan jika Ikhwan tetap berdegil. Tapi..melalui pandangan matanya, dia tahu Irtiyah menganggap Ikhwan lebih dari seorang kawan..Cuma dia masih was-was akan pemerhatiannya itu.

#

Irtiyah sudah dibenarkan keluar. Demi menjaga privasi Irtiyah, Farah dan Ikhwan terpaksa merelakan Irtiyah pulang ke rumah walaupun gadis itu sudah beberapa kali dipaksa untuk tinggal bersama. Setelah memastikan keadaan rumah Irtiyah selamat, masing-masing meminta diri. Tinggallah Irtiyah keseorangan yang masih setia berdiri di pintu rumahnya sejak dia menghantar pemergian dua..sahabatnya itu.

Lagi..sebulan..

Sebulan. Air matanya bertakung. Sebulan dan lepas tu..? Dia pula akan pergi selamanya meninggalkan dunia. Aahh…lekas dia mengesat air matanya yang mula mencemarkan wajahnya. Tak perlu kau menangis. kAu perlu gembira! Bukankah kau menghitung hari untuk bertemu dengan umi dan baba..di ‘sana’ kelak?

Ya..tapi..aku juga harus kehilangan seorang yang aku cinta. Ya Allah..sampai bila harus aku telan kesakitan ini? Sampai bila aku harus pendam semua ini? Aku sakit..jiwaku pedih…hatiku sengsara. Kenapa kau tidak mengambil nyawaku ketika kemalangan lima tahun lepas? Pasti aku tidak perlu menempuh semua ini satu persatu !

‘Kita family..Get it?’

Dada kirinya ditumbuk beberapa kali. Air matanya tidak berhenti. Ahhh..

Irtiyah..sabar. Istigfar. Semua ini ada hikmahnya. Allah..Allah..aku yakin padaMu. Aku yakin akan setiap percaturanMu. Aku ikhlas menempuhnya. Ya..aku ikhlas.

Astagfirullah..astagfirullah..

Aku ikhlas.

#

“Assalamualaikum…”

Kedengaran lantai rumah kayu itu dipijak satu persatu. Semakin mendekat semakin dia mengukir senyuman. Tidak sampai sesaat, matanya menerima kehadiran Ikhwan di hadapan pintu rumah. Ikhwan..menyambut dia. Alangkah gembiranya dapat melihat wajah sang penyerinya!

“Waalaikumussalam. Eh..Irtiyah. Marilah naik.” Laju saja Ikhwan mencapai beg plastik yang dijinjing Irtiyah sebelum dia mempersilakan Irtiyah naik kerumah dan dia menyusul.

“Farah mana?” soal gadis itu sambil matanya liar memerhatikan gera geri Ikhwan yang tampak relaks meletakkan beg plastik tadi di atas meja di ruang tamu. “Tuk wan?”

“Farah ke kedai. Beli perencah tom yam. Tuk wan kejap lagi baliklah tu. Tadi ada orang kampung meninggal.” Ikhwan mengambil duduk. Lengan bajunya disinsingkan ke pangkal lengan. “Kenapa datang tiba-tiba ni?”

Senyumannya mula kendur. Entah kenapa soalan Ikhwan itu membuatkan dia jauh hati. Ikhwan seolah-olah tidak senang akan kehadirannya. “Irtiyah datang sini sebab Farah ajak makan sini. Dia nak suruh Irtiyah rasa tom yam dia.” Nadanya perlahan. “Siapa yang meninggal?”

Irtiyah tahu, tuk wan Ikhwan merupakan salah seorang yang agak berpengaruh. Hal-hal berkaitan zakat, solat jenazah, pengebumian, atau lebih tepat tentang hal ehwal agama, tuk wan Ikhwan memang orang yang sering dicari. Sebut sahaja nama Syeikh Ahmad, hampir satu daerah itu kenal!

“Ahh..lupa pulak yang dia ada bagitahu Ikhwan yang dia ajak Irtiyah makan sini. Maaf ya? Tuu haa..Pak Long Mat hujung kampung tu meninggal. Sakit tua kalau tak silap. Dulu masa tadika, dialah yang selalu belanja kita aiskrim kan?” Dia berdehem sebentar. “Bau wangi..apa yang Irtiyah bawak tu?” matanya tertunak pada beg plastik merah yang dibawa Irtiyah.

Irtiyah mengalihkan pandangannya. Dia tersenyum apabila mendengar pujian dari Ikhwan mengenai masakannya yang wangi. “Irtiyah masak tempoyak ikan patin.” Bekal berisi tempoyak ikan patin dikeluarkan. Ikhwan menyambutnya dengan hati-hati.

Penutup bekal itu dibuka. “Wahhh…sedapnya bau. Mesti rasanya pun sedap. Tak sabar Wan nak makan.” Bau lauk itu disedut beberapa kali. Sudah lama tak makan tempoyak ikan patin weehhhh! “Mana dapat ikan patin ni?”

“Ingat lagi tak dekat Akmar? Haa…Akmar tu lah yang bagi. Dia baru balik semalam. Dia sekarang menetap dekat Kuantan sejak dah kahwin ni. Kahwin muda.” Irtiyah senyum lagi mengenangkan jodoh sahabatnya itu.

“Eh..Akmar tu kan sebaya kita?”..kalau aku 17..dia pun 17 lah? Heh Akmar..haru kau tak bagitahu aku!

“Ha’ah..dia kahwin dengan senior kita. Senior Khairul Izwan. Tua empat tahun dari kita.”

Ikhwan mengangguk. Rasanya..aku kenal.

#

Farah tersengih dari tadi. Juri di hadapannya kelihatan berkerut-kerut dahi menilai masakannya.

Sekejapan Irtiyah mengangguk. Sekejapan pula Ikhwan. Dia sudah tidak sabar mahu tahu apa komen jurinya yang tidak bertauliah itu.

“Nice..”

“Sedap..sedap sangat..”

Farah bertepuk tangan. “Serius? Wahh..bestnya!” Mangkuk berisi tomyam itu ditarik lalu kuahnya diisi ke dalam mangkuk kecil dihadapannya. “Bolehlahh…”

“Bolehlah apa? Kahwin?” Ikhwan menyampuk. Irtiyah ketawa.

Farah mencebik. Fikir kahwin je kerja! “Hello..macam tak sihat je asyik fikir nak kahwin. Ingat orang ni terdesak sangat ke nak naik pelamin? Tolonglah..nak cari lelaki zaman sekarang ni susah tahu tak? Semua lelaki tak boleh pakai. Tak bertanggungjawab!”

“Habis..nak cari calon isteri ni senanglah?” Kelihatan Farah mengangkat bahu dengan muka malas.

Ikhwan menyambung lagi. “Nak cari isteri pun bukan main payah. Bukannya boleh main aci rembat. Kang kalau buat macam tu, dibuatnya dapat yang tak sempurna, mahu Wan campak mana?”

Irtiyah tersentak. Farah begitu juga. Kedua-duanya diam tidak bereaksi.

“Wan kalau boleh, biarlah ada isteri yang sempurna pada mata Wan..biar tidak mata orang lain. Wan nak hidup lama dengan dia. Bukannya buat sehari dua. Sebab tu..Wan mahu cari yang sempurna. Biar rumahtangga kami bahagia. Sempurna dari segi fizikal, mental, zahir dan batin.”

“Tapi..mana ada manusia yang sempurna. Walaupun pada mata Wan dia sempurna..tapi dia tetap tidak sempurna. Wan..kalaulah suatu hari nanti..Wan kahwin dengan orang yang Wan rasa cukup sempurna dan andai kata suatu hari nanti dia mendapat penyakit yang serius..adakah Wan akan menceraikan dia?” Irtiyah menguis nasi di dalam pinggan perlahan-lahan. Seleranya mati. “Kalaulah..dia sempurna tapi Wan tahu dia berpenyakit maut..Wan tetap akan bersahabat atau kahwin dengan dia?”

Ikhwan ketawa kecil. Sungguh dia tidak perasan akan suasana yang semakin dingin. Farah, dari tadi masih terpaku akan kata-kata Ikhwan. Ikhwan..pentingkan diri. Itulah yang dia rasakan.

“Mana satu nak jawab ni?” suapannya diteruskan. Ligat dia makan masakan dua orang gadis dihadapannya itu.

“Dua-dua. Jawapan yang ikhlas, Wan.” Perlahan nada itu.

“Untuk yang pertama, mungkin Wan akan meneruskan kehidupan dengan dia. Wan akan cari rawatan terbaik untuk dia agar dia dan Wan sentiasa dapat bersama.” Diam. “Kalau untuk kedua..Wan akan menolak dia. Bukan sebab Wan tak sayangkan dia..tapi Wan tak nak lukakan hati Wan sendiri.”

“You such a jerk!” Farah bingkas bangun meninggalkan dapur. Dia..geram dengan Ikhwan. Dia..dia tanpa sedar menitiskan air mata.

‘Sebenarnya..penyakit ini tiada penawar.’

‘Habis..kawan saya tu..’

‘Ya..dia tiada umur yang panjang..’

‘Allah…’

Pintu bilik dikatup rapat. Tangisannya menjadi. Kata-kata doktor yang merawat Irtiyah, tanpa henti bermain dalam kepalanya. Ikhwan jahat! Ikhwan..kau tahu tak? Kau tahu satu perkara tak?

Tak! Kau tak tahu. Kalau kau tahu pun..tak ada gunanya. Kau tetap akan tolak dia .. kan?

Ikhwan berhenti mengunyah. Dia memandang lambat-lambat ke arah Irtiyah yang tidak senyum dan tidak pula mengejar Farah. “Kenapa?”

Irtiyah yang seolah-olah baru tersedar segera mengukir senyuman buat Ikhwan. “Tak ada apa-apa. Ikhwan makanlah ya..Irtiyah nak balik. Teringat dekat Bubu. Dia tak makan lagi tu.” Irtiyah segera bangun. Langkahnya diatur tenang menuju ke singki. Sebaik sahaja dia selesai membasuh pinggan dia melangkah keluar dari ruang dapur.

Namun, langkahnya terhenti apabila Ikhwan bersuara. “Alah..Bubu kucing kan? Dia boleh cari makan sendiri..”

Irtiyah senyum tawar. Dia langsung tidak menoleh ke arah Ikhwan. Langkahnya diteruskan keluar dari ruang dapur bersama ruang mata yang semakin kabur dibanjiri air mata.

Saya ada perasaan, Wan. Perasaan di mana orang tanpa sedar menyakiti hati saya. Begitu juga haiwan. Haiwan akan sedih jika kita menyakiti dia. Biarpun kita biarkan dia kelaparan.

Ya Allah..sakitkah hati aku?

Allah..Allah..Allah..kurniakanlah pahala kepadaku atas kesabaranku.

Perlahan dadanya ditumbuk beberapa kali.

#

Farah sudah beberapa hari tidak bertegur sapa dengannya. Dalam minggu itu juga, kelibat Irtiyah tidak kelihatan sama ada gadis itu datang ke rumah tuk wan atau di rumah gadis itu sendiri.

Bila ditanya, Farah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mulut gadis itu [ yang sebenarnya mak cik dia merangkap adik ayahnya jua ] seolah-olah digam ketat! Kadangkala, dia terpaksa membaca ‘perbualan’ Farah melalui kertas.

Kalau tak ‘ ..ada kat atas meja.’ mesti ‘kejap lagilah’ ataupun ‘tuk wan panggil.’ Itu sahaja. Selebihnya menggeleng, mengangguk dan mengangkat bahu.

Petang itu dia bertanya lagi.

“Farah..” surat khabar Utusan Melayu dilipat. “Irtiyah mana? Dah lama tak nampak. Rumah pun kosong.”

Farah diam lama. Jarinya ligat menekan butang Nokia N97 hadiah pemberian abangnya yang juga ayah Ikhwan.

Ikhwan lama memerhatikan tingkah laku Farah. Belumpun dia mahu membuka mulut, Farah sudah memberi jawapan. Jari jemari gadis itu juga tidak bergerak lagi walaupun mata gadis itu melekat lagi pada skrin Nokia N97.

Angkat bahu sekali.

Ikhwan buntu. Dia merasakan peluangnya untuk berjumpa dengan Irtiyah semakin tipis.

Irtiyah..saya rindu awak ni.

#

Irtiyah membaca mesej Farah.

Malas lah..biarlah dia tu. Kejap lagi Farah datang.

Irtiyah mengeluh. Dia batuk beberapa kali. Tisu di sisi katil ditarik beberapa helai sambil jari kanannya menekan punat telefon bimbit membalas mesej Farah.

Farah..tak baiklah. Benda tu pun dah berlalu hampir seminggu. Biarlah kat dia.

Mesej dihantar dia kembali memejamkan matanya. Batuknya semakin menjadi. Nafasnya juga semakin deras. Tidak seperti hari biasa. Beberapa kali dia menelan liur. Sakitnya dia..hanya Allah sahaja tahu.

Tuuutttt ! Irtiyah mencelikkan matanya. Keypad unlock dibuka.

It’s okay if u wanna to forgive him. But not me. Walaupun Farah tak rasa sesakit Dilah..tapi Farah sakit hati tau dan Farah masih lagi belas pada Farah dan orang lain kat luar sana terutama orang yang ada perasaan pada Ikhwan macam Dilah. Dilah sendiri dengar dia cakap apa kan..so..not my fault if i dont want to forgive him.

Irtiyah berulang kali membaca mesej yang baru dihantar sahabatnya itu. Sayang sungguh Farah terhadapnya seperti mana dia sayangkan Farah juga. Farah seorang sahabat yang baik. Tidak pernah memburukkan dia walaupun dia ada banyak kekurangan. Gadis itu juga banyak membantu dia. Dia .. terlalu baik..

Sekali lagi Irtiyah batuk Batuk kali ini tiada henti. Telefon bimbitnya terlepas dari tangannya yang mahu menahan dadanya yang perit. Tisu ditarik kasar. Segera ditekupkan pada mulutnya.

Ya Allah..kuatkan semangat hambaMu ini..

Batuknya berterusan. Hinggalah beberapa orang jururawat menghampirinya dan memberikan rawatan pantas sebelum doktor datang.

Nadinya diperiksa. Seorang jururawat mengusap lembut dadanya. Tahu..pesakit dihadapannya terasa perit pada bahagian dada. Seorang jururawat lagi memeriksa kadar denyutan jantungnya melalui mesin elektronik yang memaparkan graf – tidak stabil.

Batuk Irtiyah yang agak kuat itu menarik beberapa orang pesakit di sekitar wad itu untuk menjengah.

Seorang doktor lekas mendapatkan Irtiyah. Stetoskop yang tergantung pada lehernya ditekupkan pada dada Irtiyah yang sudah sedia terdedah. Kemudian, dia memeriksa bola mata Irtiyah sementara seorang jururawat membutangkan semula baju Irtiyah.

Namun..tiba-tiba suasana sepi. Batuk Irtiyah tidak kedengaran. Dua jururawat itu sudah pucat wajahnya apabila mendapati tangan Irtiyah sudah terkulai layu. Doktor perempuan turut begitu. Serentak mata mereka melekat pada mesin elektronik itu.

#

“Saya..wakil ahli keluarganya.”

“Tapi..”

“Dia anak yatim. Kan saya dah bagitahu!” bentak Farah. Geram melihat doktor itu kelihatan serba salah. Bukankah ketika Irtiyah dimasukkan wad suatu ketika dahulu, semua peribadi gadis itu sudah diberitahu? Ahh..doktor kan banyak hal lagi yang mahu diingatnya.

“Maaf..” Doktor itu mengurut pelipis matanya sebelum dia memandang Farah. “Saya..tak dapat nak..” keluhan berat terhembus dari bibir doktor itu. “Dia bergantung pada mesin sekarang ini. Dia tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Andai kata mesin tiada, itu bererti dia juga tidak dapat meneruskan hayatnya.”

Setitis airmatanya mengalir. Pandangannya jatuh pada nametag doktor itu. Doktor Asyikin. Dan pandangannya terhalang dek kerana tangannya menekup wajahnya sebelum dia terduduk di kerusi. Badannya terhinggut menahan tangis.

“Dulu..doktor kata..” Tangannya jatuh ke ribanya. “..dia hidup dalam masa sebulan..Sekarang, dia ..” Farah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Andai dia meneruskan juga, itu bererti dia seolah menikam hatinya. Dia menangis. Wajahnya disembamkan pada katil Irtiyah.

Irtiyah masih pengsan. Tadi..doktor kata dia batuk kuat hinggalah dia tidak bereaksi. Rupanya dia pengsan. Irtiyah..Cuma pengsan tapi nyawa aku tadi hampir separuh melayang..

Tutt! Satu mesej masuk. Dia lambat-lambat membuka keypad unlock. Doktor Asyikin sudah tiada. Barangkali..solat Zohor mungkin.

Kau kat mana? Irtiyah mana? Korang jangan macam ni..apa salah aku? Farah..tell me where is Irtiyah!

Huh! Kau memang! Dasar buta hati, buta mata..buta segala-galanya! Kau Cuma tahu jaga Irtiyah tapi..kau tak pernah tahu apa yang kawan aku tengah tanggung. Kau mengaku Irtiyah ni keluarga..tapi kau tak pernah ambil tahu dia sakit apa! Kau Cuma tahu jaga! Jaga sahaja!

Seseorang yang mengaku keluarga akan tahu semua perkara. Tapi kau? Perasaan Irtiyah pada kau pun..kau tak tahu kan? Ikhwan, Ikhwan..kadangkala aku menyesal apabila mengenangkan persahabatan yang terjalin antara kau dan Irtiyah. Kenapa kau buta? Adakah kau memang buta atau sengaja membutakan mata kau?

Mesej Ikhwan dipandang lama. Dia tidak berniat menjawab.

Ikhwan..ketahuilah..gadis dihadapanku ini..gadis yang terlantar sakit ini..gadis yang setia bersahabat dengan kau ini sebenarnya suka pada kau..sayang pada kau. Bukan sebagai seorang keluarga tapi sebagai seorang kekasih pada kekasihnya.

Malangnya..kasih sahabatku ini tak pernah kau balas.

‘Kalau untuk kedua..Wan akan menolak dia. Bukan sebab Wan tak sayangkan dia..tapi Wan tak nak lukakan hati Wan sendiri..’

Kau Cuma..menyakitinya lagi.

#

“Hello bro..” suara Aqil di talian sana mengoyakkan senyumnya tanpa dipaksa. Dia bingkas bangun untuk mendapatkan posisi yang selesa. “What’s up?”

“Hahaha. Kau ke, Qil. Aku biasa jee..Kau plak?” Bantal diambil lalu dijadikan alas sandarnya pada dinding kayu rumah tuk wannya.

Aqil berdehem sebentar. “Aku okey je. Weh, next week result SPM dowh..”

Senyumannya pudar. Dia ketawa hambar. Sedar tak sedar..dah hampir empat bulan dia bermaustatin dia kampung tuk wannya. Dan..sedar tak sedar, hari ini genaplah sebulan dia tidak bertemu dengan Irtiyah.

Irtiyah Fadilah…mana awak?

“Rilekslah..kau doalah banyak-banyak agar kita dapat gempak.” Balasnya.

Aqil mengangguk walau hakikatnya Ikhwan tidak nampak. “Okey. Eh, kau apa cer bro? Aku dengar dah dekat empat bulan kat tak duk Putrajaya. Kau balik kampung ey? Asal? Kau sakit ke broo? Sakit apa bro?”

Ikhwan mengerutkan dahinya. Aqil ni dah kenapa? ‘Bro’ je memanjang. Dia menggeleng akhirnya. “Taklah..aku sihat je. Cuma aku ada benda nak diuruskan kat kampung ni.” Benda apa Wan? Apa yang kau uruskan? Jaga Irtiyah? Heh..dah sebulan dia ‘hilang’ beb..

“Benda apa?” Pertanyaan Aqil seolah menjerutkan lehernya. “Serius sangat ke sampai kau kena duduk sana lama gila. Nak lepak pun susah.”

“Adalahh..” dia berlagu. Nadanya semakin perlahan.

“Awek ke?”

Ikhwan terdiam. “Asal kau cakap macam tu pulak?” Matanya menatap atap zink rumah.

“Tak adalah..Cuma..biasanya kalau orang sanggup sacrifice benda sekeliling dia untuk orang yang dia konon-kononnya nak jaga, tak lain tak bukan sebab dia suka orang tu..”

“Huh! Mengarut. Mana kau tahu aku jaga Irtiyah? Kau ni..buat konklusi berdasarkan pengalaman kau baca novel eh? Tahulah kau suka baca novel kan..tapi jangan nak samakan aku dengan watak dalam novel tu, kayyy? Aku jaga Irtiyah sebab..”

“Siapa Irtiyah?”

#

Kalau kau nak tahu, Irtiyah ni sahabat aku. Dia sahabat yang paling aku sayang. Sahabat yang tidak jemu dengar luahan hati aku. Bila aku gagal, dialah satu-satunya sahabat yang meniupkan kembali semangat dalam diri aku. Irtiyah tidak pernah gagal tidak berada di sampingku. Aku suka kawan dengan dia.

Tapi Qil..malam kau telefon aku tu, lepas kau tanya siapa Irtiyah tu, tuk wan ketuk-ketuk bilik aku. Muka dia muka tenang tapi aku tak sedap hati. Dia kata..dia kata..kau nak tahu Qil dia kata apa?

‘Lekas pergi hospital. Irtiyah nazak.’

Masa tu..aku rasa separuh roh aku dah keluar dari badan aku. Takutnya aku kalau dia mati. Kau tahu kenapa aku takut? Sebab aku takkan ada seorang sahabat macam dia. Dia satu dalam trillion, Qil. Aku sure, kalau kau kenal dia pun..kau mesti suka kawan dengan dia.

Qil..dia depan aku. Tengah tidur. Doktor kata..dia perlukan rehat. Tahap kritikalnya dah lepas. Tuk wan, aku dan Farah lega sangat. Muka dia kan Qil, tenang je. Wajah dia langsung nampak ceria walaupun Farah kata..

‘Dia dah terlalu banyak menahan sakit. Antaranya sakit sebab dari KAU.’

Aku..tak tahu apa maksud Farah. Sakit dari aku? Aku buat apa? Qil, kau tolong jelaskan..apa yang aku dah buat..Ahh..aku lupa, kau mana boleh terangkan kalau kau tak tahu cerita kan? Tapi..aku nak kau tahu, Farah ni pelik. Bukan dia nak bagitahu Irtiyah sakit apa. Tahu-tahu Irtiyah nazak. Aku nak marah tapi..aku masih respect dia sebab dia tu adik ayah aku. Dan, kau tahu..kitaorang dah lama tak bercakap dan bercerita sejak satu peristiwa tu. Aku ingat peristiwa tu sebab sejak hari tu, Farah dan Irtiyah dingin dengan aku dan ‘hilang’ dari pandangan aku.

Qil, serius..aku tak tahu apa dah jadi.

“Tuk wan balik dulu ya..” Bahu Ikhwan disentuh lembut. Ikhwan sekadar mengangguk.

Dua pasang mata menghantar langkah Tuk wan. Tapi..tak lama kemudian Ikhwan mendengar ada yang bertapak mendekatinya. “Kau tak balik pulak?” Dingin.

Ikhwan mengangkat wajah. “Tak. Nak temankan Irtiyah.”

Farah mencebik. “Tak payahlah weh. Kau tu bukan tahu pun Irtiyah sakit. Lagipun buat apa kau nak jaga dia kalau kau sendiri buat dia lagi teruk.”

Ikhwan mengerutkan dahi. Sedikit tercabar dengan kata-kata mak cik mudanya itu. “Kau cakap apa? Kau cakap aku tak tahu? Kau tahu apa punca aku tak tahu dia sakit apa?” Tangannya lurus menunjukkan ke pintu bilik Irtiyah. “Kau tahu tak, ini semua punca daripada kau. Kalau kau bagitahu mungkin aku akan lebih peka.”

“Tak payahlah. Kau baliklah. Aku tak nak kau ada dekat sini. Kau tahu atau tidak tahu dia sakit apa, sama aje. Cuma, kalau kau tahu..mungkin kau akan buang Irtiyah dari hidup kau.”

“Apa kau merepek?” Ikhwan bangun. “Kau merepek apa ni Farah? Aku tak akan buang dialah kalau dia sakit macam mana pun. Even dia sakit yang membawa maut!”

Pangg !! “Jangan jilat ludah kau baliklah, jantan tak guna. Mulai sekarang..aku nak kau bukak mata kau luas-luas. Kau nak peka sangat kan? Meh sini..aku bagitahu kau sesuatu.” Farah mencerlungkan matanya memandang Ikhwan yang masih mengusap pipinya yang sudah ditampar.

“For your information, kawan yang kau kata kau sayang sangat bagai family sendiri tu memang tengah berpenyakit yang boleh membawa maut. Nak tahu sakit apa? Actually dia sakit Tibi. Kau tahu kenapa aku diamkan aje? Sebab Irtiyah sendiri tak nak kau tahu. Dia sangat-sangat tak nak kau tahu sebab dia takut perkara dulu berulang lagi.

Dan memang betul cakap Irtiyah, tahun berganti tahun pun perangai kau yang satu tu takkan berubah iaitu, kau akan meninggalkan orang yang sakit. Terutamanya maut. Atas sebab, kau pentingkan diri kau sendiri! Kau takut kau pun akan ada penyakit yang sama walau penyakit tu takkan berjangkit! Kau tahu sebab apa dia tak nak kau tinggalkan dia? Sebab..sebab..” Farah diam. Airmatanya merembes laju menuruni pipi. Bibir bawahnya diketap kuat. Akhirnya dia terduduk.

“Ha’ah..Dilah suka dia. Tapi..janji ya jangan bagitahu dia.” Jari kelinking mereka bersatu tanda janji termeterai.

‘Sejak bila?’

‘Sejak..tadika.’ Irtiyah ketawa kecil.

“Sebab apa?” suara Ikhwan meleraikan kenangan dua minggu lepas.

Farah memandangnya tajam. Setelah airmatanya dikesat, “Kau kata..kau akan lebih pekakan kalau kau tahu penyakit dia.” Nadanya bergetar. “Sekarang, kau tunaikanlah apa yang kau cakap. Jangan tahu cakap je.” Farah terus masuk ke dalam wad Irtiyah meninggalkan Ikhwan.

Ikhwan mengetap gigi. Susah sangat ke nak cakap? Bodoh! Dia kembali mengambil duduk sambil berteleku. Memikirkan apa yang dikatakan Farah tadi. Beberapa ayat yang dia tidak dapat lupakan,

‘Kau akan meninggalkan orang yang sakit. Terutamanya maut.’

Dia menggeleng perlahan. Tak sangka Irtiyah ingat lagi. Dia mengeluh. Sejujurnya lepas mendapat tahu Akmar dah kahwin, dia agak menyesal dengan kata-katanya. Cuma, kekesalannya tidak ditunjukkan.

Akmar sebenarnya rakan sekelas dia, Farah dan Irtiyah. Ketika di tingkatan empat, entah macam mana ada khabar angin yang mengatakan Akmar menghidapi AIDS yang dibawa ibu bapanya. Sejak dari itu Ikhwan mula tidak menegur Akmar. Irtiyah yang perasan akan keadaan itu cuba untuk menyedapkan hati Akmar dengan menyatakan mungkin dia sedang ada masalah. Walhal, ketika itu dia langsung tiada masalah. Dia agak kesal kerana berkawan dengan orang yang ibu bapanya ada penyakit HIV.

Setelah berbulan lamanya, khabar terbaru menyatakan Akmar sebenarnya bebas dari AIDS. Rupanya darah yang dia test di hospital – negatif AIDS. Tapi, hanya dia yang tidak percaya. Dia hanya tahu orang yang sudah dikatakan ada AIDS, akan selamanya ada AIDS. Tidak akan sembuh.

Bila tempoyak ikan patin itu selamat datang ke rumahnya, barulah dia tahu yang Akmar sudah berkahwin. Untung kan? Dan sejak dari itu..dia sering berdoa agar ditemukan dengan Akmar agar dia dapat memohon maaf dari gadis itu.

Ahh..dunia.

Kcakk ! Ikhwan mengalihkan pandangannya pada pintu wad Irtiyah. Farah..yang masih mengalirkan airmatanya dipandang lama.

“Irtiyah…”

Tanpa menunggu lama, dia terus laju masuk ke wad menemui Irtiyah. Kelihatan gadis itu lemah terbaring. Mata gadis itu terkelip-kelip melihat siling wad.

“Awak..”

Irtiyah menoleh ke arahnya. Senyuman dikoyak mesra. “Ikhwan. Lamanya..tak jumpa..” suaranya tersekat-sekat. Ketika bertutur pun, wajah tulus itu berkerut seribu.

Deritanya dia.. “Urm..lama kan? Saya..rindukan awak.”

Irtiyah senyum. Tapi kali ini Ikhwan dapat melihat betapa senyuman itu lebih mesra berbanding senyuman lain. Matanya juga seakan tersenyum. Tidak semena-mena dia sebak. Apa aku dah buat? Allah..apa yang aku tidak nampak selama ini? Farah di sebelahnya dipandang lama seolah-olah meminta kepastian. Apakah..itu sebabnya?

Farah lambat-lambat mengangguk. Sepantas kilat dia memandang Irtiyah. Dia tidak percaya. Allah..Allah..apa aku dah buat? Rambutnya dicekam kuat sebelum dilepaskan. Mana..bantal? Aku..sesal!

“Irtiyah..maafkan saya.” Airmata lelakinya jatuh. “Saya tak nampak. Maafkan saya..saya buta selama ini.” Tangan Irtiyah kalau boleh mahu dicapainya dan dikucupnya. Tapi..tapi aku tidak mahu menyentuhnya kerana aku hormatinya.

Irtiyah kelihatan mengalirkan airmatanya. Suasana wad yang hanya diterangi cahaya lampu meja kecil di sisi katil, masih mampu membuktikan Irtiyah menangis. “Tak..awak tak salah. Tak perlu minta maaf. mAafkan saya sebab saya menyimpan perasaan pada awak.” Liur ditelannya payah. “Saya..dah melampaui batas. Kita..keluarga..”

Ikhwan melutut di sisi katil Irtiyah. Tangannya mengenggam palang besi katil wad. “Irtiyah, maafkan saya. Tolong..maafkan saya atas segala kesilapan saya. Saya tak ada niat nak cakap macam tu. Hari tu..” kata-katanya terhenti. Irtiyah menyuruhnya diam.

“Awak..awak tak salah.”

Kalau untuk kedua..Wan akan menolak dia. Bukan sebab Wan tak sayangkan dia..tapi Wan tak nak lukakan hati Wan sendiri..

Ikhwan seakan mahu menjerit di situ. Alangkah bodohnya dia! Argh..bodoh! Bodoh! Bertahun kau kawan dengan dia, sekalipun kau tak perasan? Bodoh! Kau Cuma tahu jaga dia..tapi..kau tak tahu penyakit dia. BODOH!!

“Okey..okey..” Nafasnya ditarik dalam. Dia cuba bertenang. Farah di sebelahnya sudah diam. Hanya termenung memandang wajah Irtiyah. “Apa..yang boleh saya lakukan agar..saya rasa awak memaafkan saya?” Air matanya masih menitis. Dia..tak mahu kesat. Biarlah Irtiyah tahu betapa menyesalnya dia membutakan mata selama ini.

Irtiyah memejamkan matanya. Lama. Kemudian, mata itu dibuka kembali. Mata yang kuyu itu menusuk kalbu Ikhwan. “Awak, ketika saya dilahirkan..saya menangis. Orang sekeliling begitu gembira. Tapi..” Nafasnya kelihatan sukar ditarik. “Tapi..sekarang saya nak pergi. Saya minta, janganlah menangis atas kepergian saya. Gembiralah sepertimana kelahiran saya.”

Farah dan juga Ikhwan tergamam. Apa ni? Farah lekas berdiri di sebelah kiri katil Irtiyah. Tangan sahabatnya itu dicapai lalu dikucup beberapa kali. Airmatanya kembali lebat. “Apa kau merepek? Kau takkan pergi. Kau akan jadi sahabat aku. Kau dah janji..dah janji dengan aku yang..kalau kau kahwin dengan Ikhwan..aku jadi pengapit kau. Sekarang, kau nak pergi. Mana janji kau? Tolonglah..tolong..jangan tinggalkan aku.”

Ikhwan sudah mahu rebah disitu. Betapa tingginya angan-angan Irtiyah mahu hidup di sampingnya dengan ikatan yang sah. Allah..apa semua ini? Kenapa aku dilahirkan untuk bersahabat dengan gadis semulia ini?

Irtiyah menggeleng. “Maafkan aku..aku dah tak mampu. Aku dah tak boleh tahan. Sakitnya aku, hanya Allah sahaja yang tahu.” Tangan kanannya menekan dada. Sakit.. “Maafkan aku, Farah..Aku terpaksa mungkiri janji aku. Aku janji. Aku janji untuk jumpa kau…” tangan sahabatnya itu dicium bertalu-talu. “..di syurga nanti.”

Ikhwan memandang mesin graf elektronik. Irtiyah sudah tidak stabil. Dia seolah kaku melihat semua itu berlaku sekelip mata. Aku kejam kan?

“Ikhwan..” pandangannya beralih pada Ikhwan. Mata mereka bertembung. “Maafkan saya sekiranya saya menyusahkan awak. Awak, sahabat saya dunia akhirat. Maafkan saya ya? Bukan saya pinta untuk jadi begini. Segalanya kuasa Allah. Tapi, janganlah awak menyalahkan Dia. Sebab..semua percaturanNya ada kebaikannya. Janji?”

Ikhwan tidak bereaksi. Irtiyah sedikit kecewa.

Graf semakin tidak stabil. Farah sudah gelabah. Punat di hujung kepala katil ditekan. Wajah Irtiyah dipandang lama. Airmatanya semakin lebat. Ikhwan mendekati katil. Wajah Irtiyah dipandang dalam. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga gadis itu. Dia tahu..dia tahu..Irtiyah tidak akan kekal lama. Dia tahu..gadis itu mahu ‘berehat’. Dia..mahu mempermudahkan gadis itu ‘pergi’ setelah lama dia kejam terhadap gadis itu.

Biarpun Farah beberapa kali menegaskan agar jangan biarkan Irtiyah pergi, tapi..

“Irtiyah..ikut saya ya? Lailahaillallah..Lailahaillallah..”

Bibir Irtiyah terkumat kamit mengucapkan perkataan yang sama. Gadis itu masih mengucapkan perkataan yang sama sambil bibir kering itu tersenyum lebar.

Ikhwan menarik nafas. Aqil pernah kata,

‘Korang tahu, ustaz yang selalu bagi tazkirah kat kitaorang time kat sana cakap, bila orang yang tengah nazak tu tersenyum..tu tandanya Allah sudah buka hijabnya untuk melihat syurga yang bakal dia duduki. Alhamdulillah..dia pergi dengan senyuman..’

Ya Allah..Kau tempatkanlah dia di dalam kalangan orangn beriman dan ahli syurgaMu.

“Innalillah..”

Irtiyah Fadilah..kau pergi jua.
______________________________________________________________________

Dia yang turut membaca yaasiin ketika jenazah ada di rumah.

Dia yang turut mengebumikan arwah.

Dia yang turut mengaminkan talkin.

Dia juga yang turut menyiramkan air di atas pusara.

Segalanya dia lakukan demi Irtiyah – gadis yang tidak berdosa tapi dizaliminya.

Akhirnya, Irtiyah Fadilah pergi ketika jam tepat menunjukkan waktu Subuh negeri Perak. Irtiyah pergi dengan senyuman. Senyuman manis yang terakhir.

Kini, tiada lagi senyuman itu. Tiada lagi alunan Surah Al-Waqiah setiap malam. Tiada lagi surah-surah lazim pada setiap kali solat Maghrib. Yang tinggal..Cuma kenangan.

Dua hari pemergian Irtiyah, sedikit sebanyak memberi tamparan hebat. Dia akhirnya terpaksa ‘lepaskan’ Irtiyah setelah dinasihati Angah dan dipaksa Farah. Farah..

‘Lepaskan dia. Cukuplah kau zalimi dia ketika dia di dunia.’

..entah kemana. Sejak ketiadaa Irtiyah, mak ciknya itu hilang. Tapi dia tahu..Farah tidak kemana. Sekadar mengurungkan diri di dalam rumah Irtiyah yang merupakan harta peninggalan ibu ayah Irtiyah.

Irtiyah Fadilah, saya pergi dulu..

Dia menapak jauh keluar dari kawasan perkuburan.Dari jauh dia memandang ke arah tempat pengebumian Irtiyah. Tanah yang masih merah. Matanya cuba untuk tidak mengalirkan airmata lagi.

Saya tak akan lupakan awak. Awak insan pertama yang mencintai saya dan insan pertama yang saya cinta. Cuma sayang, saya terlambat mencintaimu. Tidak mengapa..biarpun jasadmu hilang dari pandanganku..tapi kau..tetap berada di hatiku..dan teratas sekali.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Cerpen : …Ini Bukan Pintaku”
  1. ifti liyana says:

    sdeyh….huhuhu..arap sye bleh jd sekuat irtiyah….

  2. fira says:

    maaf ye.. ini apa yang saya tahu..
    bukankah penyakit Tibi ni mempunyai ubatnya.. ubat yang perlu diambil secara berterusan dan berkala sepanjang 6 bulan.. dan penyakit ini boleh sembuh.
    harap penulis kaji dahulu sebelum menulis sesuatu..:)
    BTW cerita yang menarik.. :) :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"