Novel : Aku Ditakdirkan Mencintaimu 6

4 October 2012  
Kategori: Novel

2,797 bacaan 4 ulasan

Oleh : qayla

Baru sahaja tangan Izham hendak memegang cermin mata milik Qistina, tiba-tiba terdengar ada suara memanggil namanya dari belakang. Izham berpaling dan melihat Zura, Faris, Adhar dan anggota sukarelawan berjalan menghampirinya. Lantas Izham melarikan tangannya dan berdiri tegak. Qistina tersedar apabila mendengar suara yang sangat dikenalinya, suara singa betina.

Zura memandang tajam ke arah Qistina. Macam dia tak nampak adegan yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Nasib baik dia bertindak cepat, kalau tidak pasti Izham Daniel melihat rupa paras sebenar milik Qistina. Dan Zura akan pastikan hal itu takkan berlaku.

“Iz tak apa-apa?” tanya Zura dengan suara sengaja dilembutkan. Qistina meluat dengan perangai plastik singa betina itu. Apa yang ada pada Izham sampai perempuan ni tergila-gilakan sangat dengan lelaki ni.

Izham hanya mengangguk dan berjalan ke arah Faris dan Adhar. “ Thanks bro,”

“No hal la babe,” balas Faris dan Adhar serentak. Adhar berjalan ke arah Qistina. Dia melihat wajah Qistina pucat semacam.

“ Awak ok Qistina?” tanya Adhar sebagai tanda prihatin. Qistina terharu dengan sikap prihatin yang ditunjuk Adhar terhadapnya, bukan macam kawan baiknya yang sorang tu, kerjanya asyik memaki hamun je.

“Saya ok,”

“Kau tak payah nak ambil berat tentang dia Ad. Dia yang menyusahkan kita, dahlah jom balik,” arah Izam Daniel tanpa menghiraukan perasaan Qistina.

Qistina memandang tajam ke arah Izham.Hatinya menjadi semakin sakit melihat perangai buruk lelaki itu. Qistina tak dapat bayangkan kalau dia dengan Izham menjadi pasangan kekasih suatu hari nanti. Ishh apa yang kau merepek ni Qis! Si Izham yang macam singa jantan tu jadi pakwe aku? Sorry to say la!

“Jom Qistina, awak boleh jalan ker?” Adhar masih mengambil berat akan keadaan Qistina itu.Dia perasan akan jelingan tajam yang dihadiahkan Izham kepadanya, tapi dia buat tak tahu sahaja. Adhar cuba memimpin tangan Qistina tapi Qistina menepis.

Qistina menjadi pelik dengan reaksi spontan Adhar kepadanya. Kenapa dengan dia ni? “Saya boleh jalan sendiri. Ermm panggil saja Qis yer,”

Adhar mengangguk perlahan. Dia memandang Qistina di dalam diam. Kejadian malam tadi terimbau di ingatannya. Dia takkan lupa saat yang paling indah di dalam hidupnya apabila melihat seorang gadis yang sangat jelita di hadapannya. Haa babak ni belum cerita lagi.So stay tune ok!

Qistina berjalan meninggalkan Adhar yang tiba-tiba mengelamun. Kat tengah hutan macam ni boleh mengelamun lagi. Izham Daniel pelik dengan tingkah laku kawannya itu.

“Kau ni kenapa Ad?” Izham menegur Adhar yang dari tadi mengelamun panjang.Adhar terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba Izham lantas menggelengkan kepalanya.

“Nothing! Eh, jomlah,” kata Adhar lalu berjalan menghampiri Qistina. Qistina yang melihat Adhar berjalan ke arahnya segera berjalan laju ke hadapan. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk dengan Adhar. Macam orang gila je aku tengok!

“Qis!” jerit Ruby dari jauh. Ruby berlari ke arah Qistina lalu memeluk kuat kawannya itu. Nafas Qistina hampir sesak dek pelukan kuat yang dihadiahkan Ruby kepadanya. Dahlah perutnya masih lagi terasa sakit.

“Ruby, dahlah tu sesak nafas saya ni haa,” Ruby melepaskan pelukannya tatkala melihat Qistina tercungap-cungap.

“Sorry la Qis. Saya risau sangat tadi.Saya cari awak kat area sungai dengan Si Singa Betina tu. Saya dah tak tahan dengan perangai angkuh dan busuk dia tu! Asyik nak cari gaduh je kerjanya,” Qistina hanya tersenyum mendengar cerita dari mulut Ruby itu. Dia malas nak ambil cerita tentang perempuan yang angkuh itu. Dia tahu, perempuan tu yang menyebabkan dia sesat di dalam hutan yang tebal.Tetapi apa motif sebenar yer sampai sanggup buat aku macam ni?

“Apa yang awak fikirkan Qis? Eh, baru saya perasan muka awak pucat.Awak tak apa-apa ker?”

“Saya ada gastrik, perut saya sakit sekarang,”

“La yeke? Kenapa tak cakap dari awal? Jom kita pergi makan! Makanan dah tersedia tu,” kata Ruby lalu menarik perlahan tangan Qistina. Qistina hanya mengikut sahaja langkah Ruby tanpa menyedari Izham Daniel memandang tajam ke arahnya. Dasar perempuan tak sedar diri! Dah tahu ada gastrik tak makan dulu sebelum cari kayu api, ni kerja nak menyusahkan orang la tu.

Zura memandang kearah Izham Daniel yang masih memandang Qistina yang sedang asyik makan. Ishh apa masalah Iz ni? Takkan dia suka kat Qistina ni pulak? Entah-entah Iz pernah nampak Qistina tanpa cermin mata tak. Ishh tak logik ni! “Zura, jauh mengelamun?” sapa Adhar.

“Eh, tak ada apa-apalah Ad,”

“Are u sure? I nampak dari tadi lagi kau pandang Iz dan Qistina. Ada apa-apa yang I tak tahu ker?”

“Nothing Ad.kenapa nak ambil tahu tentang I ni?” Zura memandang pelik ke arah Adhar yang sedang memandang Izham. Dia tengok sape tu yer? Adhar cuba mencari siapa yang dipandang oleh Izham itu dan matanya tertancap ke arah Qistina. Kenapa Izham pandang Qistina yer?

“Ouh, so yang ni la yang sedang you perhatikan yer?” kata Adhar perlahan.Tiba-tiba timbul perasaan cemburu di dalam hatinya. Wajahnya berubah keruh dan perubahan wajah Adhar disedari oleh Zura.

“Kenapa ni Ad?”

“Nothing,” tipu Adhar. Dia malas hendak menceritakan isi hatinya kepada sesiapapun terutama Zura. Dia tahu Zura anti dengan Qistina.

“You ingat I kenal you baru satu hari ke Ad? Perubahan wajah you tu I boleh baca tau. I tahu you ada hati dengan budak cermin mata tu kan? I ni perempuan Ad, dan I tahu pandangan you tu pandangan yang penuh dengan rasa cinta. Lucu pulak rasanya macam mana you boleh terjatuh cinta dengan budak cermin mata tebal tu! Euwww tak ada taste langsung!”

Adhar memandang sahaja Zura yang ketawa mempersendakannya. Dia tahu taste dia macam mana. Selama dia berdampingan dengan ramai perempuan, tidak pernah dia merasa perasaan aneh ini. Mungkin Zura memperlekehkan perasaannya kerana penampilan Qistina yang selekeh itu. Padahal Qistina adalah jelmaan bidadari yang turun dari kayangan.

“You tak tahu, Qistina adalah perempuan yang paling cantik I pernah jumpa,” Adhar berkata tanpa menyedari reaksi Zura yang memang terkejut giler dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

“Maksud You?” tanya Zura dengan bersungguh-sungguh. Jangan-jangan Adhar pernah nampak Qistina tanpa cermin mata tak?

“Nothing. I pergi dulu,”

Zura merengus kuat. Sah, Adhar dah nampak Qistina! Ishh ni tak boleh jadi ni! Si Adhar yang kasanova boleh tangkap cintan-cintun dengan Qistina, apatah lagi Izham. “Aku takkan biarkan Izham jatuh cinta kat dia! Tapi kenapa Iz asyik pandang Qistina je yer?Pelik ni”

Malam terakhir di kem ini, program kebudayaan diadakan. Masing-masing mengambil bahagian untuk mengadakan persembahan dengan daya kreativiti masing-masing. Qistina berdebar –debar menunggu gilirannya. Jenuh dia memikirkan apa yang patut dia persembahkan apabila tiba gilirannya nanti. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menari tarian tradisional sahaja. Semasa di sekolah dahulu, dia menyertai kumpulan tarian dan pernah mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan. Lantaklah orang lain suka ke tidak, ada aku kisah?

Apabila namanya disebut, jantung Qistina berdenyut semakin laju. Semua orang menunggu persembahan yang akan ditunjukkan oleh Qistina kepada mereka. You can do it Qis! Dengan lafaz kalimah bismillah Qistina menggerakan tangan dan badannya mengikut alunan muzik tradisional itu. Lenggok badannya begitu sempurna sehingga membuatkan Izham Daniel tidak berkelip menyaksikan tarian Qistina itu. Hati Zura menjadi semakin sakit melihat orang lain bersorak kuat sebaik sahaja Qistina menamatkan tariannya itu.

“Wow Qis, hebatnya awak tadi, macam gaya penari amatur saja!” Ruby bersorak gembira melihat persembahan kawannya itu. Matanya tidak berkelip melihat persembahan Qistina sebentar tadi.

“Ishh mana ada.Saya menari ikut suka saya je tau,” Qistina cuba berselindung tentang kelebihannya yang satu itu. Bukannya tak suka kelebihan yang telah dianugerahi oleh Allah kepadanya, tetapi kerana tarian la dia dikenali ramai dan hidupnya hancur musnah dalam sekelip mata sahaja. Mana taknya, semasa Qistina menyertai kumpulan tarian, ramai jejaka yang cuba mengoratnya. Ada yang sanggup menunggu dia habis latihan dan mengajaknya keluar. Hidupnya dulu rimas dengan lelaki-lelaki yang hanya mendambakan dirinya yang mempunyai wajah yang jelita itu. Cuba bayangkan kalau dia tidak cantik, tentu lelaki yang berhidung belang itu tidak mengejarnya.

Baru sahaja Ruby hendak bercakap, tiba-tiba namanya dipanggil oleh pengacara majlis. Dengan selamba Ruby bangun dan menunggu muzik yang telah dia pilih. Bergema muzik lagu ‘Gee’ dari kumpulan terkenal korea, Girls Generation. Sememangnya Ruby merupakan peminat nombor satu Girls Generation itu. Ruby menari mengikut alunan muzik dan tariannya memang sama dengan tarian daripada kumpulan asal. Semua orang bersorak kuat apabila Ruby menari tarian gee itu. Qistina asyik gelak sahaja kerana dia merasakan tarian Ruby sangat kelakar tanpa dia sedari Adhar memandangnya dari jauh.

Minda Adhar berfikir kenapa Qistina berpenampilan begitu. Kenapa Qistina menyorok identitinya yang sebenar yer? Sebaik sahaja persembahan dari Ruby tamat, Adhar terus bangun dan menuju ke hadapan.

“Sekarang saya akan buat persembahan special untuk seseorang yang special di dalam hati saya sekarang. Terimalah ‘ Kau Yang Terindah’ versi saya,” kata Adhar sambil matanya redup memandang Qistina.

Qistina perasan yang Adhar memandangnya. Tapi, ishh tak mungkin la!

Izham Daniel terkejut dengan kata-kata Adhar. Siapa yang special tu yer? Kenapa dia tak cerita kat aku pun sebagai kawan baik dia?” Kau tahu siapa yang Ad maksudkan Ris?”

“Entahlah Iz. Dia tak pernah cerita pun! Nanti dia cerita la kat kita,” balas Faris sambil matanya memandang ke arah Adhar.

Adhar mengambil gitar miliknya dan mula mendendangkan lagu secara akustik. Qistina terpesona dengan alunan lagu.Lirik yang dinyanyikan oleh Adhar menusuk kalbu sesiapa sahaja yang mendengarnya, sangat puitis.

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Semua orang bersorak dan bertepuk tangan sebaik sahaja Adhar selesai membuat persembahan. Qistina hanya diam membisu sahaja kerana dia berasa lain semacam sahaja dengan pandangan Adhar itu. Sepanjang Adhar mendendangkan lagu, matanya asyik memandang kearah Qistina je.

“ Qis, perasan tak Abang Adhar asyik pandang kita jer,” bisik Ruby rapat di telinga Qistina. Melopong Qistina apabila mendengar bisikan nakal kawannya itu.

“Ishh, mengarut je la. Ni bila masa panggil dia abang ni?” Qistina cuba mententeramkan hatinya. Memang dia setuju apa yang dikatakan oleh Ruby itu. Dia perasan akan pandangan mata lelaki itu terhadapnya.

“Dah dia senior kita, kena la panggil abang. Pelajar lain semua panggil panggilan abang tau kat senior kita.Ni, asyik panggil senior je. Lagipun ni memang dah tradisi kat sini,”

Qistina hanya mencebik sahaja. Kalau senior lain boleh lagi aku panggil abang, kalau si singa jantan tu jangan harap la.Gila ke aku nak panggil Izham dengan panggilan abang. Euww sorry la!

“Ingat tu Qis! Ni pesanan dari kakak senior jugak tau! Haa,awak memang tak perasan ke mata abang Adhar asyik pandang Qis jer?”

Qistina mengeluh.Ingat dah habis cakap pasal Adhar tu. “ Tak ada la. Dia mana la nak pandang orang macam saya ni,selekeh semacam jer,” dalih Qistina sambil matanya memandang Adhar. Fikirannya buntu memikirkan apa yang telah terjadi sebenarnya.

Tanpa disedari, Izham memandang Qistina yang asyik melihat Adhar yang sedang membelek gitar miliknya itu. Izham berasa pelik dengan situasi yang sedang berlaku sekarang. Jangan-jangan Izham dan Qistina masing-masing ada perasaan cinta kot! Aku takkan biarkan hal ni berlaku.Nak bercinta konon dengan kawan baik aku. Cermin diri dulu la! Di dalam kepalanya, penuh dengan rancangan jahatnya untuk Qistina.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Aku Ditakdirkan Mencintaimu 6”
  1. Qis says:

    Best la.. Ada blog tak?

  2. Dawinah says:

    best2 sangat…x sabar tunggu sambungan seterusnya.
    ada blog ka?….

  3. Boboy says:

    GOODS!!

  4. Aliah Mohd Salleh says:

    Best sangat .tunggu next entry.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"