Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati 6

4 October 2012  
Kategori: Novel

6,883 bacaan 4 ulasan

Oleh : E-man Sufi

BAB 6

Memang sedaplah nek…” Rayyan begitu menikmati kunyahan karipap pusingnya yang rangup dan intinya yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata!..rasanya bagai dia kembali pada saat kali pertama dia menikmati karipap itu di bawah pokok tepi sungai belasan tahun yang lalu..

“Kau ni memang suka sangat ke makan karipap pusing ni Rayyan? pelik Nek Jah melihat anak muda itu seperti tidak memandang lagi masakan gulai ikan patin dan juadahnya yang lain.

“Dia memang suka Nek..saya pun tak faham!” Valqis ketawa melihat gelagat Rayyan.Pinggan berisi kuih karipap itu betul-betul ada di depannya.Lepas habis satu,satu lagi dimakannya.Hantu karipap!!

“Dah la tu Abang…nanti kenyang pulak,nasi tak makan lagi tu..”tegur Valqis tapi Rayyan tidak menjawab.Macam tu la gelagatnya kalau dah jumpa karipap.Senyap tak bercakap!

“Karipap ni,ada lagi kan nek?”

“Ada..”

“Saya tapau bawa balik sikit ya?”pinta Rayyan.

“iyalah…hai, tak pernah nenek jumpa orang suka sangat kuih karipap pusing..”Nek Jah ketawa kecil.Rayyan baru mula menjamah nasinya.

“Selalu ke nenek berbuka sorang diri?” tanya Valqis.

“Takdelah…sepanjang 2 minggu berpuasa ni,inilah kali pertama..Kak Wafeen kau tu,jarang keluar rumah melainkan ke kedai bukunya saja..”

“Berapa Umur cucu nenek tu?”Tanya Rayyan.Val cakap cucu nenek ni cun..nak jugak aku tengok!

“24 tahun…sebenarnya,nenek ada ramai cucu.Anak nenek ni ada 4 orang semuanya termasuklah sepasang kembar tapi salah seorang dari anak kembar nenek dah meninggal..seorang lagi ayah Wafeen ni,dia tinggal di Cape Town..bekerja di kedutaan Malaysia di sana..dah lama tinggal di Afrika tu,masa Wafeen kecil lagi.Nenek la yang besarkan Wafeen..adik beradik dia yang lain semua ikut mak ayahnya..” Cerita Nek Jah panjang lebar.Rayyan angguk saja.

“Tak lama lagi Wafeen pun dah nak menikah kalau ada jodoh…tinggal nenek sorang-sorang nanti” suara itu kedengaran lirih.Valqis dan Rayyan berpandangan.Kasihan pula mendengar rintihan hati wanita tua itu.

‘Nek…janganlah sedih.Kami kan ada? Kami ni anak yatim… takde Mak.. nenek pun takde..bolehlah Nek Jah jadi nenek angkat kami kan Abang?”
Rayyan yang sedang makan hampir tersedak.Cepat-cepat dia minum.Nenek angkat? Adehlah..Valqis ni pandai-pandai aja! nenek ni dah banyak cuculah! takkan kita nak menyelit sekali? ada-ada aja dia… tapi,nenek ni punya karipap memang superb! kalau jadi nenek angkat aku..sure hari-hari aku dapat makan karipap free! bolehlah! daripada takde…

“Haah nek..kalau tak keberatan..kami ni pun nak menumpang kasih..di sini, kami takde saudara mara.Chewah!! ayat memang tak boleh blah!

“Alhamdulillah…terharu nenek dengar.Kamu berdua ni memang baik dan prihatin pada nenek yang tua ni…raya ni,kamu berdua beraya di mana? marilah beraya dengan nenek” pelawa Nek Jah.Memandangkan dia dan Wafeen saja yang akan beraya bersama.Kalau lebih ramai tentu lagi meriah.Dulu kalau hari raya,cucunya Uwaislah yang buat heboh rumahnya ini tapi kelmarin Sarimah sudah menelefon mengatakan mereka sekeluarga beraya di Kuantan tahun ini.

“Raya kat sini?” Rayyan senyum tawar.Pulak? mula-mula ajak berbuka,lepas tu sekelip mata jadi nenek angkat..dah sekarang? nak beraya bersama pulak? Haruskan aku mengecewakah harapan nenek ini? Aduss…tak sampai hati! tapi aku paling tak suka melepak kat rumah orang..lagi pulak nenek ni ada cucu perempuan! segan lah jugak…

“Mestilah boleh Nek!!” Valqis menjawab.Rayyan mengecilkan matanya.Valqis ni memang dah suka sangat dengan nenek ni ke? Haissshh..kalau tak setuju nanti merajuk pulak.

“Kamu macamana Rayyan?”

“Err..saya..ikut aja! lagipun,kami berdua aja…”Rayyan angguk.Tiba-tiba dia sudah rasa kenyang!!

“Baik sangat ke abang Valqis tu nek? sampai tak berhenti bercerita…” Wafeen naik bosan mendengar cerita Nek Jah tentang sessi berbuka puasanya bersama “tetamu istimewa”.Alah! Abang Valqis ajapun…dah dimarah adik dia,lepas tu halau bagai…tup!tup! ajak balik… inilah dia lelaki..dah marah-marah lepas tu mulalah…mencari sampai tak cukup tanah! sampai ke sini pun sanggup datang…Yang nenek aku ni pulak..siap ajak berbuka..dah tu puji itu ini..kalau baik sangat lelaki tu.Apasal dia halau adik dia? hah…siapa nak jawab?

“Baik Wafeen..ramah orangnya! dia suka sangat makan karipap pusing nenek tu.Sampai nak bawa balik..” cerita Nek Jah lagi.Wafeen meneruskan kerjanya mengemas dapur.Sebut pasal karipap pusing,hatinya sentap!…aku tak suka betul kalau cakap pasal karipap pusing ni..mulalah aku nak teringatkan budak lelaki tu..benda yang kalau tak mungkin jadi kenyataan tu la yang aku nak fikirkan sangat..

“Kau dengar tak nenek cerita ni?” Nek Jah pelik melihat Wafeen yang termenung sambil tangannya mengelap meja.

“Hah? apa dia nek?”

“Tengok tu…suka sangat berangan kau ni..dah jumpa Elhan tu,takkan kau nak termenung jauh lagi..”

“Siapa pulak termenung nek..”Wafeen berdalih.Bukan Elhan yang dia ingatkan!

“Nenek suka sangat budak berdua tu…tak sangka pulak nenek.Abang Valqis tu..apa namanya,hah..Rayyan,sopan orangnya Wafeen..”

“Nek..baru jumpa sekali dah cakap dia tu baik..Elhan yang nenek dah jumpa banyak kali tu,takde pulak nenek nak puji dia itu ini..”

“Elhan tu bukan aku kata tak baik..memang baiklah budaknya tapi yang selalu dia pergi bertandang ke kedai buku kau tu…ke rumah nenek ni,menjengah pun susah…Nenek tahulah yang dia tu anak orang kaya.Entahnya tak sudi nak menjejak rumah aku yang tak sebesar mana ni”

“Hai nek..kata tak baik buruk sangka dengan orang..Bukan dia tak pernah datang kan?”

“Memanglah pernah tapi tak sempat nak panas duduknya dah nak balik..” Nek Jah mencebir.
Wafeen diam saja.Nenek ni…macam tak suka aja aku dengan Elhan tapi memang ada betulnya cakap nenek tu.Mungkin sebab Elhan anak orang senang…kalau datang sini pun selalu dia menolak nak datang rumah.Tak selesa agaknya..

“Nenek janganlah fikir yang bukan-bukan.Elhan tu memang macam tu nek..dia banyak kerja.Nak datang jumpa saya pun susah sebab dia sibuk..” Wafeen berpaling bila tiada riaksi daripada neneknya itu.

“Nek?” rupanya neneknya yang tadi duduk berehat di kerusi malas sudah tiada.Dah masuk ke bilik agaknya.

Dia terkilan juga sebenarnya sebab tak dapat berjumpa dengan Valqis sebelum gadis itu pulang.Sampai saja dia di rumah,neneknya sudah tinggal sendirian.Kata nenek,Valqis sudah pulang dengan abangnya.Sayang aku sampai lambat.Kalau tak boleh aku kenal dengan abang dia yang garang tu!

Wafeen selesai mengemas dapur.Dia berlalu masuk ke biliknya.Handset di atas katil berbunyi nada menerima mesej.Dia segera mencapai gajet itu dan dibuka kotak mesej yang dihantar oleh Valqis.Baru dia teringat..siang tadi sebelum pergi kerja,dia sempat meminta nombor telefon gadis itu.

Salam kak..maaf sebab tak sempat jumpa akak…Akak tahu tak yang nenek ada pelawa Val dengan Abang Rayyan beraya di rumah akak dan nenek..Terima Kasih! Val suka sangat-sangat..Oklah! tak nak kacau akak rehat..Selamat malam.

Hah? biar betul! nak beraya kat rumah ni? dengan abang dia tu? alahai…nenek aku ni kalau ya pun,bawalah berbincang dulu…satu kerja pulaklah aku nak kena bertudung sepanjang masa dalam rumah ni!!!

“nenek !!” Wafeen mencari neneknya di bilik.

“Apa kena kau ni Wafeen? nenek..nenek..cubalah kau panggil orang lain pulak..”

“kita aja dalam rumah ni,nak panggil siapa lagi nek…ni,nak tanya nenek.Betul ke nenek ajak Valqis dengan abang dia tu beraya di rumah kita tahun ni?”

“Memanglah tahun ni? takkanlah tahun depan pulak..”selamba neneknya memberi jawapan.

“Tak kisahlah tahun ni ke tahun depan tapi betul ke? diorang tu nak raya sini?”

“Kalau betul kenapa? rumah aku ni muat lagilah..”

“Ieeee…nek! kita ni tak kenal lagi dengan Abang Val tu..entah-entah orang jahat!”

“Kau ni dah kenapa? suka hati aja cakap orang jahat!..yang tak kenal Rayyan tu kau Wafeen..nenek dah kenal dia tu..baik budaknya…”

“tapi nek..’

“Jangan nak membantah..nenek nak ingatkan,nenek tak suka kau tuduh Rayyan tu macam tu…dia tu anak yatim tahu tak..cubalah timbang rasa Wafeen oi..orang tu takde saudara mara di sini..apalah salahnya kalau dia tumpang bergembira di rumah nenek ni..”

Wafeen rasa terpukul.Nenek kalau dah mula bagi tazkirah memang luluh jiwa raga.

“Yalah..Wafeen minta maaf..” dia berlalu pergi dari bilik neneknya itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati 6”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter ini terus menarik hati pembaca .Best. Tak sabar tunggu sambungan.

  2. obat penyakit jantung says:

    cukup baik kisah ini…sukses…

  3. Jaju29 says:

    daniel k elhan…???

  4. Wairah says:

    Best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"