Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 14

5 October 2012  
Kategori: Novel

4,073 bacaan 5 ulasan

Oleh : FifiNurina

BAB 14

Nurin sudah menguap beberapa kali. Tadi, beria-ria dia ingin mengikut Syahmi ke terminal bas ekspres di bandar Temerloh itu untuk menjemput adik ketiga Syahmi, Iqbal yang menaiki bas daripada Jitra petang tadi. Rela dia bersengkang mata membaca novel milik Husna sehingga tamat. Baca depan, tengah dan belakang je pun, itu yang dapat habis tu!. Tidak disangkanya Husna dan Fatihah juga merupakan peminat novel. Memang boleh buat geng habislah kalau macam ini. Namun kini dia sangat mengtuk. Ditambah lagi dengan bas yang dinaiki Iqbal masih belum tiba. Berlaku kelewatan semasa bas bertolak tadi setelah mereka diberitahu oleh Iqbal semasa Husna menghubunginya tadi. Sudah hampir 15 minit mereka berada di situ.

Husna yang berada di tempat duduk belakang, sudah tertidur. Ini lagi seorang, pantang berjalan, terus nak mengikut! Kesudahannya, dua-dua bersengkang mata membaca novel semata-mata ingin mengikut Syahmi. Alasan yang diberi, ingin menemankan Syahmi, takut dia diculik! Tak masuk akal betul budak dua orang ni, kan!

Syahmi pula terpaksa membawa kereta kelisa milik Fatihah setelah kedua-duanya ingin mengikut. Kesian pula adik-adiknya jika dia membawa keretanya, ya lah, pintu dua. Nak masuk belakang pun susah.

“Mengantuk ke?”

Tanya Syahmi setelah dia melihat gadis di sebelahnya asyik menguap sahaja daripada tadi. Dia pun sebenarnya agak mengantuk, tetapi ditahannya. Cuba untuk melawan kantuknya.

“Haah, ngantok pulak. Tadi masa baca novel tak ngantok.”

Jawab Nurin jujur. Mulut yang terbuka, ditutupnya dengan tangan.

“Tidurlah, rebahkan kerusi tu”

Cadang Syahmi. Dilihatnya Nurin hanya menggeleng tanda tidak mahu.

“Tak payah lah papa. Kesian acu kat belakang. Nanti sempit pulak dia.”

“Ee…siapa papa kau ni?”

“Awaklah.” Sengih Nurin buat kesekian kalinya.

“Aku ni muda lagi, apa kes panggil papa. Kalau dah gatal sangat, panggil abang ke, hunny bunny ke, baby ke, baru nampak muda. Ini tak, papa, papa.”

Omel Syahmi.

“Tak nak, nak panggil papa jugak. Awak suka kan, kan, kan. Haaa, nak senyum dah tu, sikit lagi, sikit lagi. Haaaaaaaa, senyum juga akhirnya.Hihihihihi.”

“Ketawa!Macam hantu!”

“Alah, hantu-hantu pun awak sayang jugak. “

“Bila masa aku cakap aku sayang kau. Tak habis-habis kau ni perasan kan?”

“Biarlah. Hobi.”

“Amboi….”

Belum sempat Syahmi menghabiskan ayatnya, Nurin sudah mencelah,

“Saya memang pandai menjawab, peace!”

Syahmi hanya menggelengkan kepala melihat reaksi Nurin. Macam ni ke nak jadi mama?Aishhhhhhhhh…nasib aku lah kahwin dengan dia ni!

“Awak, duit awak hari tu saya belum bayar balik. Berapa ya kos baiki baby saya tu ya?”

“Tak apalah, aku sedekah je.”

“Betul ke ni?”

“Betul lah.”

“Mama sayang papa lebih lah macam ni!”

“Mama sayang yang mana lebih, papa ke baby katak tu?” Syahmi cuba mengenakan Nurin.

“Haruslah baby!” jawab Nurin yakin.

“Sayang baby, kahwin tak jadi okey.”

“Eeee..jahat! suka ugut orang. Yelah-yelah, change my answer. Sayang papa lebih.” Nurin sudah mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati.

“Kalau sayang papa, balik nanti jual katak oren tu. Ada berani?” serkap Syahmi lagi. Sekadar ingin mengusik Nurin lagi. Sungguh, dia senang melihat Nurin merajuk, comel!

“Boleh, tapi dengan satu syarat.”

“Apa dia?” tanya Syahmi sambil menjungkitkan keningnya. Main syarat-syarat pula ya!

“Papa belikan mama Honda City warna grey macam warna Satria papa tu, baru mama jual baby mama tu ya.”

“Amboi, selera! Besar malaun!”

“Mestilah. Kena ada pengganti dulu, baru boleh jual tau!” jawab Nurin tidak mahu kalah.

“Ini siapa yang anak orang kaya ni? Papa ke mama ni? Patutnya mama yang belikan papa kereta tau!” Seronok pula Syahmi melayan kerenah Nurin saat itu.

“Itu kan tanggungjawab suami. Kena bagi nafkah zahir pada isteri yang kurang mampu ni.”

“Bagi suami papa kedana adalah kan.”

Nurin terdiam sejenak, sedang mencari idea yang lebih bernas, kemudian dia terus menjawab bersahaja.

“Kalau macam tu, tunggu mama mengandung lah. Nak mengidam suruh papa beli Honda City warna grey. Anak awak tau yang minta papa dia belikan Honda City warna grey tu. Bukan mama. Mama tidak bersalah dalam hal ini ya. Hahahaha. Aci tak?”

“Aci kat India lah!”

“Aci-aci buka pintu.” Balas Nurin lagi.

“Nanti papa belikan kereta mainan ya baby. Baby kecik lagi. Dalam perut mama lagi. Tu selera mama. Selera mama, papa tak layan, selera baby je papa layan.”

“Eeeeeeeeeeeeeeeeeee. Tak nak kawan.” Cebik Nurin sambil menghalakan pandangannya ke arah luar.

Syahmi hanya ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Nurin ketika itu.

“Isteri yang baik, tak bebankan suami. Isteri yang baik, berusaha bersama suami. Sudah dan senang. Kalau si suami tak mampu, si isteri sepatutnya tak boleh memaksa. Tak rukun hidup berumah tangga. Isteri adalah tulang rusuk kiri suami yang hilang. Sentiasa berada di belakang suami, dalam keadaan susah mahupun senang, mama”

Panjang lebar Syahmi bersyarah. Ingin melihat reaksi degil Nurin lagi sebenarnya, namun, sungguh dia terpana dengan kata-kata Nurin selepas itu.

“I’m sorry papa. Mama tak minta lebih-lebih ya. Cukuplah dengan apa yang ada. Tak nak Honda City warna grey tu dah. Kita lupakan ya soal Honda City warna grey tu.”

Jujur sungguh Nurin ketika itu. Dan Syahmi sudah kelu, tanpa bicara.

“Who are you actually Nurin?” bisik Syahmi di dalam hatinya sambil memandang ke seraut wajah yang tampak betul diliputi rasa bersalah ketika itu!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Izinkan Aku Menyintaimu 14”
  1. fatimahzahra says:

    alahai…comelnyer die org……tak sabar nak tunggu next entry …ade blog?

  2. Aliah Mohd Salleh says:

    Eloklah tu Shahmi dah suka Nurin. Berbaloi baca ceriter ni.ceriter dah makin best.

  3. athiey says:

    nak lagi22….

  4. asupathy says:

    well makin sweet pula jalan ceritanya beb…really comel and Syahmi is really a nice chap same goes to Nurin la…..nx n3 plz….Well Done!!

  5. irdina qistina says:

    tak sabar nk tahu seterusnya citer nie.. =)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"