Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 4

3 October 2012  
Kategori: Novel

17,792 bacaan 17 ulasan

Oleh : anabella

BAB 4

“Kamu ke mana Xuna,dah pagi macam ni baru balik?” Suara lembut Insan Nur Kamil menyapa gegendang telinga Ixuna sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam Vila Cahaya.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi.Ixuna mengeluh kecil sebelum menyalam tangan papanya.

“Pergi kelab malam papa.”

Jawapan bersahaja Ixuna membuatkan mata papanya terbeliak.

“Kamu buat apa pergi kelab malam?”

“Buat researchlah.Kan papa suruh Xuna selidik fesyen seksi yang selalu dipakai anak muda masa kini.Xuna dah dapat researchnya.Nanti papa bolehlah dapat ilham untuk hasilkan koleksi fesyen baru papa tu.”

“Astagfirullahalazim.Xuna..Xuna..Memanglah papa suruh kamu research pasal baju-baju seksi tu.Tapi..tak perlulah pergi ke kelab malam.Bahaya kamu tahu tak? Cukuplah kalau kamu buat research di mana mana mall atau pergi saja butik butik fesyen terkini.” Kamil mula membebel menasihati puterinya yang agak lurus bendul itu.

“Memang bahaya pun pergi kelab malam…” Ixuna menggumam gumam kecil dengan wajah yang masih merah menyala.Kejadian yang tidak dijangka berlaku dalam kelab malam hari itu betul betul buat harinya terasa sangat teruk.

“Dahlah tu abang,dah dekat pagi dah ni.Tak perlu nak salahkan Xuna.Lain kali bagi arahan pada dia terperinci sikit,barulah senang Xuna buat research.Pergi bersihkan diri sayang.Jangan lupa solat Isyak sebelum tidur.”

Puan Izatul Fariza,ibu tiri Vifeinia Ixuna menegur lembut suaminya.Ixuna hanya tersenyum hambar sebelum mencium tangan papanya dan mencium pipi ibu tirinya.Dia melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik tidur dengan hati yang masih bengkak setiap kali teringat wajah tampan pemuda yang ditemuinya di kelab malam sebentar tadi.

“Abang bimbang betullah dengan Xuna tu Iza.Selalu sangat salah faham dengan apa yang orang lain cakap…”

Kamil meluahkan rasa bimbang yang terpendam dalam hatinya.Dia memang tidak boleh tidur selagi puterinya itu belum pulang ke rumah.Isterinya pula yang merupakan seorang pensyarah,menemaninya di ruang tamu sambil menyelesaikan penandaan kertas peperiksaan pelajar hingga larut pagi.

“Abang jangan bimbang sangatlah.Ixuna tu pandai jaga diri.Sebelum ni pun dia boleh hidup sendirian di negara orang tanpa abang dan mamanya.Iza optimis dengan Xuna.Lagipun Xuna tu bukan calang-calang gadis bang.” Iza menyedapkan hati suaminya.

Kamil hanya mampu mengeluh kecil dan mengiyakan kata-kata isterinya.Dia mengaku yang dia bukanlah seorang ayah yang baik kepada Vifeinia Ixuna kerana dia pernah mengabaikan gadis itu satu ketika dahulu.Namun begitu,dia sekarang amat berbangga mempunyai puteri seperti Vifeinia Ixuna.Puteri yang sentiasa berdikari dan tidak menyusahkan kedua orang tuanya.

Vifeinia Ixuna lahir daripada perhubungannya dengan bekas isteri,Amylin Hitomi.Seorang perempuan berbangsa jepun campuran indonesia muslim yang ditemuinya ketika menuntut pelajaran di Jepun dahulu.Dia dan Amy bercinta untuk beberapa tahun sebelum berkeputusan berkahwin ketika mereka di tahun akhir pengajian.

Sewaktu Ixuna berumur dua tahun,dia dan Amy bercerai kerana ketidaksefahaman dalam rumah tangga.Amy selalu membangkitkan hal yang dia adalah lelaki lembik hanya kerana dia mempunyai masalah kekurangan hormon kelakian dahulunya.Dan dia sendiri merasakan yang sikap Amy terlalu kasar selaku seorang perempuan sepanjang perkahwinan mereka.Dia sendiri tidak pasti mengapa gadis kasar seperti Amy boleh jatuh cinta padanya ketika belajar dahulu.Namun,mungkin kerana sudah tiada jodoh,jadi mereka berdua berpisah.

Akibat tiada pekerjaan tetap dan dia juga Amy sibuk ingin menggapai cita-cita masing-masing,Ixuna dibela oleh ibu bapa Amy.Kamil yang hanya sebatang kara,tidak pula ambil hati akan hal penjagaan Ixuna itu.Selama sepuluh tahun Ixuna dijaga oleh ibu bapa Amy.

Sepanjang tempoh itulah,puterinya belajar pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti judo,aikido,tae kwan do dan banyak lagi daripada bekas bapa mertuanya yang merupakan pengasas kelab judo terkenal di Osaka,Jepun.

Walaupun begitu,syukur Alhamdulillah bekas ibu mertuanya yang berasal daripada Indonesia,lebih menitikberatkan pengajaran keperempuanan yang beretika buat Ixuna.Justeru,anak gadisnya itu tidak pula menjadi tomboy walaupun kekuatannya boleh mengalahkan kekuatan lelaki.Dia masih menjadi seorang gadis yang comel dan feminim.

Sewaktu Ixuna berusia 12 tahun,dia menuntut pelajaran di London pula dengan penjagaan rapi keluarga angkatnya di sana.Keluarga angkat yang merupakan keluarga sahabat baik Amy.Kamil dan Amy hanya melawat puteri mereka itu sekali sekala setiap bulan.Di London,Ixuna lebih banyak meningkatkan pengetahuannya tentang pembelajaran sekolah juga kegiatan kegiatan seni.Ixuna mempelajari pelbagai jenis bahasa juga mahir memainkan alat-alat muzik.

Akhirnya,sewaktu ulang tahun Ixuna yang ke 23 tahun,dia bertekad untuk hidup bersama mama juga papanya yang sudah berhijrah ke Malaysia.Waktu itu,Kamil sudah berkahwin dengan Izatul manakala Amy pula sudah berkahwin dengan seorang duda merangkap jutawan terkenal Malaysia yang bernama Tan Sri Haris.Kamil telah berjaya merelealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen terkenal sementara Amy pula berjaya menerajui dunia korporat dengan bantuan suami barunya.

Ixuna yang cuba menjaga hati kedua orang tuanya yang sudah berpisah membuat keputusan untuk tidur di rumah papanya selama seminggu dan kemudian tidur di rumah mamanya pula selama seminggu.Seterusnya pun begitu juga hinggalah dia dapat memastikan yang kasih sayang darinya untuk mama dan papanya sama adil.Dia sanggup melakukan apa apa tugas sekalipun asalkan dapat menyenangkan hati kedua orang tuanya itu.

Walaupun mama dan papanya sudah memiliki rumahtangga baru,Ixuna tidak pula berasa tertekan atau kekok untuk berbicara dengan Izatul yang digelarnya mommy Iza dan Tan Sri Haris yang digelarnya daddy Haris.Buktinya ayah dan ibu tirnya sudah menganggap dia seperti anak kandung sendiri.Semua orang menyayangi Ixuna dan menyanjungi gadis itu.

……………………………………………………

“Xuna…”

“Yes mom?”

“Mama ada satu tugasan penting untung kamu Xuna.” Amy membuka bicara sebaik saja dia,suaminya dan Xuna bersarapan pagi di Vila Vinci.

“Tugas apa mama?” Xuna yang sedang khusyuk menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya segera saja menghentikan suapan dan memandang mamanya dengan pandangan redup.Amy tersenyum kecil memandang anak mata bewarna coklat cair yang sentiasa kelihatan galak itu.Anak mata yang mengingatkan dia kepada bekas suaminya yang mempunyai darah campuran melayu Australia.

“Mama nak kamu hantar proposal ni pada puan pengarah King Corporation.” Amy menghulurkan sebuah fail bewarna hitam kepada Ixuna.Fail bertukar tangan dan Ixuna mula membelek belek isi kandungan fail itu.

“Ooo..ini pasal proposal pembangunan hotel terbesar di Asia tu ya mama? Mama nak King Corporation melabur dalam projek kita tu ke?” Ixuna bertanya sambil matanya tidak lekang meneliti butiran fail tersebut.Tidak mahu ada sebarang kesilapan terjadi jika ia melibatkan sesuatu yang penting seperti itu.

“Ya sayang.King Corporation adalah sebuah empayar perhotelan gergasi di Malaysia.Jadi,kalau syarikat kita dapat bekerjasama dengan syarikat mereka,semua kerja kita akan menjadi lebih mudah.” Tan Sri Haris menyampuk sambil memandang wajah anak tirinya itu.Sungguh dia sangat kagum dan menyenangi sikap Ixuna.Tidak banyak ragam dan sentiasa berikan yang terbaik untuk keluarga.Tidak seperti anak kandungnya yang selalu membuatkan dia pening kepala.

“Betul cakap daddy tu Xuna.Mama nak bila kamu jumpa dengan puan pengerusi Empayar King tu nanti,kamu terangkanlah dengan terperinci tentang proposal tu.” Amy menyambung.

“Baiklah mama.Just leave it to me.” Ixuna sudah bangun daripada duduknya.

“One more thing Ixuna,puan pengerusi Empayar King tu sudah agak berumur,jadi dia mungkin agak cerewet.Jika dia tanya kamu apa-apa soalan atau dia suruh kamu buat apa-apa,kamu cubalah puaskan hati dia sebaik mungkin ya sayang?” Amy menambah lagi sebelum Ixuna keluar daripada vila mereka.

“Jangan bimbang mama.Xuna akan pastikan yang King Corporation sudi bekerjasama dengan syarikat kita walau apa pun yang terjadi.” Mudah sekali Ixuna berkata-kata.Dia menyalam tangan ayah tirinya dan mencium pipi Amy.

“Tapi Xuna,kamu jangan gunakan kekerasan pula untuk hadapi kerenah puan pengurusi tu pula ya? Masalah besar pula nanti yang akan timbul.” Tan Sri Haris memberi pesanan terakhir.

“Insya-Allah perkara macam tu takkan berlaku daddy.Baiklah mama,daddy.Xuna berangkat dulu.”

Tan Sri Haris dan Puan Sri Amy hanya memerhati langkah anak gadis mereka yang sedang menuju ke muka pintu utama dengan langkah yang selamba.Sebaik saja bunyi enjin kereta kedengaran dihidupkan,Ixuna kembali berlari masuk ke dalam Vila Vinci mendapatkan mama dan ayah tirinya.

“Mama,hari ni kan hari Ahad.King Corporation tu beroperasi ke hari ni? Lepas tu..Xuna tak tahulah kat mana alamat King Corporation tu?”

Tan Sri Haris sudah ketawa kecil melihat telatah blur anak tirinya itu.Amy pula hanya mampu menggeleng geleng kepala.Inilah salah satu daripada kelemahan Ixuna daripada deretan kesempurnaannya.Mudah sangat lupa dan agak lurus orangnya.

“Mama tak suruh pun kamu pergi syarikat dia orang Xuna.Puan pengerusi jarang masuk syarikat.Jadi,kamu perlu pergi ke kediaman dia untuk perbincangan ni.Ini alamat rumahnya,hati-hati drive tu.”

“Okey mama.”

Ixuna kembali berlari keluar daripada Vila Vinci dengan satu kad kecil yang tertera alamat kediaman puan pengerusi Empayar King Corporation di tangannya.Dalam hati dia bertekad yang dia akan memastikan tugasan yang diberi mamanya itu berjaya.Dia tidak mahu mama atau daddynya menganggap yang dia tidak berkebolehan dalam menguruskan sesuatu yang penting seperti itu.Lagipun dia tahu,jika tugasan itu berjaya pasti mamanya senang hati.Jika mamanya senang hati,dia pun akan merasai kegembiraannya.

……………………………

Puan Sri Putri Rihanna memandang gadis yang berada di hadapan matanya daripada atas hingga ke bawah.Cantik orangnya.Pandai betul Eric mencari calon isteri jika hanya berdasarkan daripada keadaan luaran saja.Bukan dia tidak tahu yang Eric dan Ariel bersekongkol mengupah puluhan wanita untuk melepasi ujian penentuan calon cucu menantu yang ditetapkan olehnya itu.

“Maaf Puan Sri,tujuan saya datang ke mari..”

“Tak perlu cakap,saya tahu yang kamu ke mari atas arahan seseorang kan?”

Ixuna mengangguk-angguk seperti burung belatuk apabila mendengar pertanyaan daripada pengarah utama Empayar King Corporation itu.Seperti bomoh pula gaya peneraju empayar gergasi itu.Dia beranggapan yang wanita berumur dalam lingkungan 60-an itu mengetahui kehadirannya melalui mama.15 minit lalu dia telah masuk ke dalam Vila Oracle yang persis seperti sebuah istana bersaiz kecil itu.

“Boleh saya tahu nama dan umur kamu?” Rihanna memulakan ujiannya.

“Vifeinia Ixuna Binti Insan Nur Kamil.Umur saya 25 tahun Puan Sri.”

Berkerut-kerut dahi Rihanna mendengar suara merdu gadis comel itu bersuara.

“Vi..nia..na..?Apa ke pelik nama kamu ni?” Naik tergeliat lidah Rihanna untuk menyebut kembali nama calon cucu menantunya itu.

“Vi,fei,nia,I,xu,na Puan Sri.Puan Sri boleh panggil saya Xuna saja.” Ixuna tersenyum kecil memandang wajah wanita elegan itu.Sudah mengagak yang namanya akan menjadi sebuah pertikaian.Nama peliknya itu diberikan oleh datuk dan neneknya yang menjaganya di Jepun dahulu.

“Okey Xuna.Boleh saya tengok kad pengenalan kamu?.”

Ixuna sudah terkebil-kebil seketika.Mengapa pula wanita tua ini ingin melihat kad pengenalannya pula.Nak tak nak Ixuna mengeluarkan juga kad pengenalannya yang berada dalam wallet dan menyerahkan kad itu kepada Rihanna.Ixuna berfikir yang Rihanna tidak mempercayai namanya adalah pelik sebegitu.Vifeinia Ixuna.Pelik ke?

“Em…memang sukar dipercayai..”Rihanna menggumam gumam kecil sebelum menyerahkan kembali kad pengenalan Ixuna.

“Apa yang sukar dipercayai Puan Sri?” Ixuna bertanya pelik.

“Nothing.” Rihanna menjawab ringkas.Sebenarnya dia tidak percaya yang umur Ixuna adalah 25 tahun.Ini kerana wajah gadis itu sangat comel dan berjaya mengalahkan kecomelan dua cucu perempuannya yang baru berusia 17 tahun.Mujurlah kad pengenalan gadis itu membuktikan kebenaran tersebut.Jika dia tahu Ixuna menipu,sudah tentu dari awal lagi gadis itu sudah direject daripada dijadikan cucu menantunya.

“Baiklah Puan Sri,saya nak serah..”

“Kamu pandai main catur?” Sekali lagi bicara Ixuna dipotong Rihanna dan sekali itu juga Ixuna mengangguk anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata wanita tua itu.

“Baiklah,kalau kamu berjaya mengalahkan saya dalam permainan catur ni,kamu sudah lepas salah satu daripada satu ujian saringan.”

Nak dapatkan kerjasama syarikat pun ada ujian bermain catur ke?.Memanglah perempuan tua ni agak cerewet.Ixuna bermonolog dalam hati dan percaya akan kata mama dan daddynya sebelum dia bertandang ke Vila Oracle pagi tadi.Untuk memastikan tugasan yang diberikan mamanya berjaya,Ixuna mengikuti saja semua permintaan Puan Sri Rihanna.

Ixuna dan Rihanna duduk santai di meja kopi yang terdapat dalam bilik bacaan peribadi wanita itu dan permainan catur dimulakan.Dalam masa tak sampai lima minit,Ixuna sudah mengungkapkan ‘check mate’ dan Puan Sri Rihanna mendongkol tidak puas hati.Boleh tahan hebat juga gadis comel dihadapannya itu.Sebelum ini,tidak pernah mana-mana calon cucu menantu yang dibawa Eric atau Ariel mampu menumpaskan permainan caturnya kurang daripada setengah jam.Ah,mungkin gadis comel itu memiliki tuah yang tinggi saja!.

“Puan Sri,saya nak..”

“Xuna,kamu pandai bermain alat muzik tak?”

“Pandai.” Ixuna menjawab ringkas.Dia rasa dia perlu memuaskan hati Puan Sri Rihanna dalam banyak perkara hari itu.Dia perlu berhati-hati agar tugasan yang diberikan mamanya tidak gagal.

“Baiklah.Kamu ambil violin ini dan kamu mainkan satu lagu untuk saya dengar.” Rihanna mengambil sebuah violin yang sudah tersedia di atas mejanya dan dia menyerahkan violin itu kepada Ixuna.Rihanna duduk di atas sofa dan Ixuna berdiri tidak berapa jauh di hadapannya.

“Puan Sri nak dengar lagu apa?”

“Apa-apa pun boleh.Asalkan lagu tu,lagu kegemaran kamu.” Rihanna duduk santai dan dia memerhatikan saja tingkah laku gadis yang mengenakan sepersalinan pakaian formal di hadapannya itu.Mengapa pula Ixuna berpakaian formal untuk bertemu dengannya? Adakah Eric atgau Ariel berfikiran yang dia sukakan gadis yang berpakaian pejabat menjadi cucu menantunya?.

“Maaf Puan Sri,boleh tak saya buka muzik latar daripada handphone? Saya tak biasa bermain violin tanpa accompanist.”

Rihanna sedikit tekejut dengan permintaan Ixuna.Accompanist? Kali pertama calon cucu menantunya mengatakan sesuatu hal yang sebegitu.Pemain muzik orkestrakah gadis di hadapannya itu? Setahu dia accompanist adalah pemain piano yang akan memainkan muzik latar bagi menyokong pemain biola melakukan persembahan dalam sesebuah pertandingan.Berkemungkinan gadis dihadapannya itu meminati muzik.

“Ikut suka hati kamulah Xuna.” Rihanna memberi kata putus.

Ixuna tersenyum kecil sebelum dengan pantas membuka Samsung Galaxie S3 nya dan membuka satu lagu yang hanya di mainkan menggunakan piano.Sebaik saja alunan piano kedengaran daripada corong telifon bimbitnya,dia mula menggesek biola dengan penuh perasaan.Melodi yang berkumandang dalam bilik bacaan itu begitu rancak dan menggembirakan hati sesiapa saja yang mendengarnya.Rihanna terlopong sebaik saja Ixuna tamat memainkan muzik itu.

“Lagu apa yang kamu mainkan tadi? Bukan melodi ciptaan kamu sendiri kan? Saya rasa macam selalu mendengarnya.?” Rihanna bertanya dengan riak kagum.Dia ingatkan Ixuna akan memainkan sebarang lagu daripada melodi Beethoven atau pemain-pemain biola klasik seperti gadis-gadis lain sebelum ini.Malangnya,sekarang ini dia sendiri tidak dapat meneka melodi ceria apakah yang digesek Ixuna sebentar tadi.

“Bukan melodi ciptaan saya Puan Sri.Ini melodi daripada lagu korea popular masa kini.Tajuknya A-Cha nyanyian Super Junior.Tapi..saya persembahkan lagu ini untuk Puan Sri dalam bentuk melodi biola sahaja.” Ixuna memberikan penerangan ringkas.

Kali ini Rihanna pula yang mengangguk-angguk tanda faham.Patutlah lagu itu seperti pernah didengarnya di mana-mana.Lagu itu ialah lagu kegemaran Reny dan Elya.Dua cucu perempuannya yang menggilai kumpulan artis-artis Korea terutamanya kumpulan Super Junior.Ixuna memang berjaya buat dia terkejut besar hari itu.

“It was a wonderful piece…” Rihanna tidak dapat menahan lidah sendiri daripada memberi pujian yang ikhlas untuk bakat gadis comel itu menggesek biola.

“Terima kasih Puan Sri.” Ixuna mempamerkan senyuman kecil buat wanita itu.Kali ini dia malas bertanya lagi soal proposal yang sewajarnya menjadi keutamaan tugasnya hari itu.Biarlah tamat dulu semua permintaan wanita di hadapannya itu barulah dia akan membincangkan hal proposal tersebut.Mungkin Rihanna yang cerewet itu sengaja menguji kesabarannya sebelum memulakan sesebuah usahasama dengan syarikat daddy dan mamanya.

“Come here Xuna,I want to show you something.” Rihanna memanggil Ixuna agar mengikutinya ke satu sudut yang terdapat sebuah rak kayu.Ixuna dapat memerhatikan deretan pasu-pasu bunga,beberapa jenis tembikar lama dan beberapa set pinggan mangkuk pelbagai corak dan bentuk.

Rihanna tersenyum puas apabila dapat melihat wajah comel itu ralit merenung setiap satu barang beharganya yang terdapat dalam rak itu.Kali ini,gadis itu akan gagal dalam ujiannya.Setakat ini seramai 59 orang gadis tidak berjaya melepasi ujian pengetahuan yang diciptanya itu.Tidak berjaya maknanya gadis tersebut tidak memiliki pengetahuan yang cukup untuk melayakkan mereka menjadi cucu menantunya.

“Adakah kamu tahu apa jenis-jenis barang-barang beharga yang terdapat dalam rak ini?” Rihanna memulakan pertanyaan.

“Tahu,ni pasu bunga,tembikar juga patung-patung cowboy.” Jawapan selamba Ixuna membuatkan Rihanna melopong seketika.Dia berdehem kecil.

“Bukan.Maksud saya,kamu tahu ke apa jenama setiap barang yang terdapat dalam rak ini dan daripada mana ia berasal?” Lurus bendul juga gadis ini.Rihanna berkata dalam hati.

“Ohh..”

“Kamu tak tahu kan?”

“Saya boleh teka kalau Puan Sri bagi saya sentuh semua barang-barang yang terdapat dalam rak ini.” Sekali lagi Rihanna terkejut dengan kata-kata Ixuna.Biar betul gadis comel itu?.

Dengan perasaan berdebar-debar Rihanna membuka rak kayu itu dengan segugus kunci yang terdapat dalam poket seluarnya.Dia beranggapan yang Ixuna mahu tunjuk eksyen saja dan berlagak seolah-olah mengetahui semua jenis barangan beharga tersebut.Ixuna mula membelek-belek setiap barangan yang terdapat dalam rak itu dengan lembut.Barang pertama yang disentuhnya ialah sebuah cawan kecil yang bewarna coklat cair dan terdapat lambang kuda terukir di bahagian pemegangnya.

“Ini set cawan jenis Gorham.Set cawan pertama yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka dunia yang terkenal dengan keunikan ciptaannya di California,USA.Kebanyakan daripada set Gorham ni bercirikan gaya Amerika seperti cowboy.” Penjelasan lengkap lagi tepat Ixuna membuatkan Rihanna menelan liur.Dia hanya mendiamkan diri dan melihat gadis itu membelek barang yang seterusnya.

“Tembikar jenis Lomosov.Tembikar macam ni cuma boleh didapati di sebuah negara saja iaitu Rusia.” Ixuna berbicara perlahan sambil meletak kembali tembikar itu di tempat asalnya dengan berhati-hati.Dia tahu yang semua barangan itu bukan murah harganya.Malahan ada yang bernilai lebih daripada jutaan ringgit.

Jingdezhen,Meissen,Limoges,Lladro dan banyak lagi jenis barangan yang terdapat dalam rak itu berjaya diterangkan dengan terperinci oleh Ixuna kepada Puan Sri Rihanna.Objek terakhir yang disentuh Ixuna ialah sebuah pasu bunga cantik yang diperbuat daripada porcelain putih dan berukiran bunga biru pada badannya.

“Salah satu daripada pasu yang termahal di dunia.Berasal daripada Dinasti Yuan,China.Dikhabarkan pasu ini adalah satu-satunya pasu yang masih tinggal daripada tahun 1271.Harganya mencecah 1.2 juta dollar.”

“Kamu amat bijak Ixuna,tapi..”

“Tapi,pasu ni palsu lah Puan Sri.Saya bukan bermaksud untuk menyibuk,tetapi Puan Sri sewajarnya bertanya kepada orang yang pakar dalam bidang tembikar sebelum mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu yang tiruan seperti pasu ini dengan harga yang mahal.”

Kali ini Ixuna pula yang memotong kata-kata Puan Sri Rihanna.Pasu tiruan yang dikatakannya sebentar tadi diletakkan kembali ke dalam rak.Ixuna menutup pintu rak itu dan berhadapan dengan Rihanna yang sedang terkaku.

Rihanna terkaku kerana buat pertama kalinya ada orang yang dapat meneka ke semua jenis set barangan beharganya.Tambahan lagi,Ixuna dapat membezakan dengan teliti sama ada barangan yang terdapat dalam raknya itu adalah palsu ataupun tidak.Dia sengaja meletakkan pasu palsu itu di situ untuk menilai sejauh mana ketinggian ilmu yang dimiliki calon cucu menantunya.Ini bermakna…

“Puan Sri okey? Maaf kalau saya dah tersilap cakap?” Ixuna sudah cuak apabila Rihanna tidak mengeluarkan sebarang kata dan terus merenungnya tanpa berkelip.

“Ya Allah!!!Finally,I had fine you my dear!”

Rihanna terjerit girang sebelum merangkul erat tubuh Ixuna tiba-tiba.Setelah hampir dua tahun menanti,akhirnya dia dapat juga menemui calon cucu menantu yang paling sesuai untuk cucunya.Dia merasakan kegembiraan yang luar biasa saat itu.

“Er..kenapa Puan Sri peluk saya?” Ixuna bersuara cuak ketika berada dalam pelukan wanita itu.

“Kamu tak payah panggil saya Puan Sri lagi Xuna.Mulai hari ini,panggil saja saya nenek.”

Setelah puas memeluk tubuh langsing itu,Rihanna mencium pula kedua belah pipi gebu itu.Ixuna pula masih dengan wajah blurnya.

“Boleh Xuna tahu,kenapa nenek gembira sangat ni?” Walaupun sedikit kekok untuk menggelar Puan Sri Rihanna dengan gelaran nenek,Ixuna cuba juga membiasakan lidahnya.Nanti karang jika tidak diikuti kemahuan wanita cerewet itu, terlepas pula usahama syarikat mama dan neneknya yang tiba-tiba saja mengaku nenek itu.

“Nenek gembira sebab kamu sudah berjaya melepasi ujian-ujian nenek.”

Penyataan Rihanna membuatkan Ixuna tersenyum lebar hingga ke telinga.Dia sudah melepasi ujian Puan Sri Rihanna? Maknanya,tugasan yang diberikan oleh mamanya sudah berjayalah?

“Really nenek.Saya dah lulus ujian nenek?.” Ixuna bertanya dengan nada tidak percaya.Dengan beberapa ujian semudah itu,tanpa melihat proposal yang diberikan mamanya,dia sudah berjaya membuatkan King Corporation berusahama dengan RS Corporation.

“Ya sayang,kamu dah lulus ujian nenek.Nenek akan pastikan majlis kamu dan Eric berlangsung tak lama lagi.”

“Majlis ? Eric ?” Senyuman Ixuna mati begitu sahaja apabila mendengar bicara penuh ceria dari bibir tua itu.

“Kenapa,kamu tak nak majlis kamu berlangsung dengan cepat ke? Atau kamu tak suka dekat Eric? Kalau kamu tak suka dekat Eric,kamu boleh ambil Ariel saja?”

Kali ini Ixuna memang sudah menunjukkan muka blur tahap karma.Siapa pula Eric dan Ariel yang disebut perempuan tua itu.Majlis apa pula yang hendak dilangsungkan orang tua itu untuknya?.

“Sebenarnya nenek…”

“Mak,ini Ima bawakan mak calon cucu menantu pilihan Eric untuk mak.”

Ixuna kehilangan kata-kata apabila pintu bilik bacaan dibuka dan muncul seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 40-an bersama seorang gadis cantik yang mungkin sebaya dengannya.Rihanna tercengang seketika dan dia memandang wajah Ixuna tidak percaya.

“Kalau dia calon cucu menantu aku,kau ni siapa pula?”

Pertanyaan mengejut Rihanna tentang calon cucu menantu membuatkan Ixuna bertambah bingung.Apa sebenarnya yang telah terjadi ni?!

p/s:mekasih sudi bace,rajin2 komenlah ye.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 4”
  1. Nur Dara Adalia says:

    suka..sukaaa…!
    keep it up bebeh! :) )

  2. luffyduffy says:

    be aware of grammar you used..there’s many wrong-spelled words here and there..the plot is quite nice and a bit outlandish in a good way i have to say..but dear just be careful of the English grammar..it would be nicer if you correct all the obvious spelling mistakes kay. oh yes,good job on the off-track plot,you crossed the customary malay writing..just speaking from non-malay perspective.

  3. syana syaida says:

    haha,,mcm xlogic je tau semua,,tp name pn nvl kn..mane ad yg logic,,hah..
    good job..:)

  4. Shaqiera says:

    Seronok sangat.. best!! Ini semua sekadar hiburan. Kadang-kadang dengan membaca saja kita dah gembira, tak semestinya dengan melayan drama di tv. Kadang-kadang dapat berkhayal dengan cerita novel khayalan macam ni seronok apa. Tak perlulah nak serius sangat memberi komen. Just enjoy dengan hasil karya yang diberikan oleh penulis. Sekurang-kurangnya dia telah mencuba sedaya upaya dia untuk menghiburkan hati kita. Thanks writter! keep up the good work! :D

  5. invisible says:

    story b’tmbh menarik.. 1st time jumpe cerite mcm nie.. hehe.. i like it so much!! ini menunjukkan yg writer mempunyai daya imaginasi yg tggi.. keep up your good effort..

  6. argentum says:

    i’ll make sure i akan habiskan novel ni and spred kat kawan2 k… :)

  7. lili says:

    best writer ade blog x

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"