Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 6

18 October 2012  
Kategori: Novel

23,575 bacaan 17 ulasan

Oleh : anabella

BAB 6

“Ouch!.Perlahan sikit boleh tak!” Eric menepuk tangan Ariel yang agak kuat menyapu ubat luka di bahagian pinggangnya.

“Relakslah bro.Sejak bila kau tak tahan sakit ni..” Ariel cuba menahan gelak apabila melihat wajah Eric yang masam mencuka sedari tadi.Jelas kelihatan satu tompokan lebam yang agak besar di bahagian pinggang sepupunya itu.Sudahlah kulit Eric tu putih kemerahan,apabila terkena cubitan maut seperti itu,mahu tidak lebam biru jadinya.Lebih dahsyat lagi,sedikit bahagian kulit pinggang pemuda itu terluka dan melecet.Kuat betul penangan cubitan gadis comel yang ditemui mereka di kelab malam kali lepas!.

“Tak tahan sakit kau kata?! Bisa kau tahu tak?! Gila betullah perempuan tu!” Berkerut-kerut dahi Eric menahan pedih apabila antiseptic yang disapu Ariel mengenai kawasan kulitnya yang sudah tercedera itu.

“Okey,sorry.Eh,tapi tak sangka kan yang dia tu anak Madam Amy? Aku ingatkan Madam Amy takde anak perempuan selain Rina tu.” Setelah selesai menyapu luka Eric,Ariel duduk di birai katil di sisi sepupunya itu.

“A..ah,aku pun baru tahu yang Madam Amy tu dah ada anak dengan perkahwinan pertama dia dulu.Ingatkan si Rina tu jelas anak dia seorang.”

Eric menarik dan menghela nafas panjang.Setelah mendapatkan penjelasan terperinci daripada nenek,akhirnya dia mendapat tahu tentang perihal kedatangan gadis bernama Vifeinia Ixuna itu ke Vila Oracle.Satu kesilapan besar dia dan Ariel ialah apabila mereka beranggapan yang Xuna itu gadis entah apa-apa dan di label sebagai jahat hanya kerana mereka menemui gadis itu pertama kalinya di kelab malam.Tidak menyangka pula,Ixuna sebenarnya adalah puteri tunggal Madam Amy.Ahli korporat yang amat dikagumi mereka berdua dan bersahabat baik dengan Puan Sri Rihanna juga Datin Rahimah.

“So?” Ariel tiba-tiba memandang Eric dengan senyuman penuh makna.

“So what?”

“Kau nak kahwin ke dengan budak comel tu?” spontan pertanyaan Ariel.

“Nak suruh aku mati masa malam pertama ke?” soalan dibalas dengan soalan sebelum mereka berdua tergelak besar.

“Tapi kan Eric,aku serius nampak yang nenek dah berkenan sangat dekat Xuna tu untuk jadi isteri kau.Kalau dia paksa kau kahwin dengan dia macammana?”

Ariel menimbulkan tanda tanya.Bukan dia tidak tahu,sebaik saja Ixuna pulang tadinya.Terus saja nenek mereka menceritakan perihal gadis itu dengan terperinci berserta wajah yang penuh kegembiraan.Bagi Ariel dan Eric,Ixuna adalah seorang gadis yang hebat kerana berjaya melepasi semua ujian nenek mereka dalam masa yang singkat.Tambahan pula,Elya dan Reny beria-ia menyarankan agar Eric atau Ariel mengambil Ixuna sebagai isteri mereka hanya kerana mereka mengenali gadis itu sebagai kawan baik.Tetapi semua itu hanya sia-sia saja….

“Nak paksa aku kahwin macammana.Budak tu dah bertunanglah.Aku bukan perampas hak orang okey?.” Terdengar satu keluhan kecil di hujung bicara itu.Eric termenung sejenak.Tidak menyangka yang gadis comel yang telah berjaya menarik perhatiannya itu bakal dimiliki orang lain..Tapi,mengapa pula dia perlu ambil kisah?

“Jangan panggil dia budaklah.Dia tu muda tiga tahun daripada kita je walaupun muka dia tu comel sangat.Eh Eric,daripada cara kau bercakap,macam kecewa saja bunyinya? Kau jatuh hati kat budak comel tu ke?” duga Ariel dengan senyuman meniti di bibir.Padahal dia yang tidak membenarkan Eric memanggil Ixuna budak,tetapi dia sendiri pula yang memanggilnya.Entah kenapa kali ini Eric mempamerkan wajah yang pelik pada penglihatannya.Takkanlah sepupunya itu sudah jatuh cinta pula kut?.

“Banyaklah kau punya jatuh hati.Tak nak aku jatuh hati pada budak kuku harimau tu.Kalau kahwin nanti,habis satu badan aku kena siat.” Sambil mengerekotkan badan,Eric mencebik bibir.Seolah-olah geli dengan penyataan sepupunya itu.

“Em,okeylah.Kalau kau tak nak kahwin dengan dia.Biar aku jelah yang kahwin dengan dia.”

“What!!!” Ariel tersenyum lebar apabila melihat wajah Eric bertukar cuak tiba-tiba dan sepupunya itu terjerit kuat pula.Adakah Eric memang sudah jatuh hati pada gadis kuku harimau itu?

…………………………………………………………………..

Ixuna memarkirkan kereta di perkarangan Vila Vinci.Dia mematikan enjin dan menghela nafas panjang.Dia tidak menyangka yang tujuannya menghantar proposal kepada pengarah utama King Corporation hanya bertukar menjadi satu adegan yang langsung tidak masuk dek akal.Masih terngiang ngiang di telinganya bagaimana Puan Sri Rihanna merayunya agar dia memilih untuk berkahwin dengan Eric atau Ariel tadinya.Adakah wanita tua itu memikirkan hal perkahwinan itu adalah hal yang boleh dipaksa-paksa? Mujurlah statusnya sebagai tunangan orang dapat menyelamatkan keadaan.Bimbang juga dia jika Puan Sri Rihanna sengaja menolak proposal mamanya hanya kerana dia tidak berjaya memenuhi permintaan melampau nenek tua itu.

Kemunculan Reny dan Elya,dua gadis yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri itu memang bisa membuatkan hatinya berdetak kebimbangan.Ditambah pula dengan pertemuan kedua dia dengan lelaki durjana bernama Eric dan Ariel itu.Dia langsung tidak menyangka dua pemuda tampan itu adalah abang kepada Elya dan Reny.Entah kenapa mengikut nalurinya saat itu,seperti ada sesuatu yang buruk bakal menimpa dirinya.Sebuah keluhan besar menamatkan lamunannya saat itu.

Ixuna keluar daripada perut Lotus Elise bewarna pink terang yang dihadiahkan Madam Amy buatnya tahun lepas sebelum menapak masuk ke dalam Vila Vinci.Daripada jauh dia sudah dapat mendengar suara ayah tirinya sayup-sayup daripada tingkat atas.Suara yang agak tinggi dan seolah-olah menahan kemarahan.

“Nadia Qasrina,kamu keluar daripada dalam bilik ni sekarang! Banyak benda yang daddy nak tanya dengan kamu!” jeritan kuat Tan Sri Haris membuatkan langkah Ixuna yang sedang menapak tangga terhenti begitu saja.Dia dapat melihat wajah tegang ibu bapanya yang sedang berdiri sambil mengetuk pintu kakak tirinya dengan kuat.

“Rina keluarlah.Mama dengan daddy nak berbincang dengan kamu.” Suara Madam Amy sedikit mendatar saat itu.Bila berhadapan dengan anak tirinya,dia tidak boleh bereaksi seperti dia berhadapan dengan Ixuna.

“Kenapa ni mama,daddy?” Ixuna yang berdiam diri sedari tadi segera menghampiri.

“Eh sayang,kamu dah balik? Macammana dengan tugasan kamu hari ini.Okey tak?” wajah tegang Tan Sri Iskandar terus berubah ceria apabila terpandangkan wajah anak tirinya itu.Memang Ixuna jauh boleh diharap berbanding anak tunggalnya yang sedang terperuk dalam bilik saat itu.

“Okey saja.Kenapa daddy dengan mama bising-bising depan bilik Rina ni?” Sekali lagi Ixuna bertanya sambil menatap wajah kedua orang tua yang berdiri di hadapannya itu.

“Kakak kamu nilah.Semalam dia kata dia tidur rumah kawan dia yang nama Sonia tu.Tapi, tadi…Sonia call rumah dan dia cakap Rina takde pun tidur rumah dia.Daddy cuma nak tahu je Rina tidur kat mana semalam.Bila daddy dengan mama tanya dia boleh buat bodoh saja dalam bilik ni.Sakit hati betul.” Rungut Tan Sri Haris sambil merenung tajam arah pintu bilik anak perempuannya seolah-olah dapat menembusi pintu kayu itu.

“Rina,keluarlah.Kita berbincang lepas tu kita makan tengahhari bersama.” Giliran Amy menyambung pujukannya.

“Takde apa pun yang perlu dibincangkan.Daddy dengan mama tak payah nak sibuk hal Rina.Pergi jelah makan,tak payah tunggu Rina.Rina dah kenyang!” kedengaran suara Rina yang agak tinggi di sebalik pintu bilik itu.

“Rina,kau keluar sekarang.Daddy dengan mama nak jumpa kau.”

Nadia Qasrina yang berada di sebalik pintu menelan liur.Suara lembut yang keluar daripada bibir adik tirinya membuatkan bulu romanya meremang serta merta.Walaupun Ixuna muda dua tahun darinya,itu tidak bermakna yang Ixuna takut akan dirinya.Malahan perkara sebaliknya pula yang berlaku.Sepanjang tiga tahun dia mengenali Ixuna,dia memang langusng tidak dapat bersaing dengan adik tirinya yang serba sempurna itu.Disebabkan itulah dia mula menunjukkan protes pada ayahnya juga ibu tirinya yang kelihatan lebih menyayangi Ixuna berbanding dirinya.

“Ka..lau aku tak nak keluar,kau nak buat apa?!” Dengan sedikit kekuatan Rina menyahut kata-kata Ixuna.Buat seketika dia tidak mendengar apa-apa bunyi.Dia melekapkan telinga di balik pintu.Belum sampai beberapa saat,dia merasakan tubuhnya melayang ke lantai sebelum pintu kayu yang tadinya berada di hadapan matanya menindih tubuhnya.Terkapai-kapai dia ditindih pintu kayu yang sudah tercabut itu.

“Ixuna,berapa kali kamu nak pecahkan pintu bilik dalam rumah ni ha?!” Amy sedikit terjerit melihat wajah selamba anak perempuannya yang sedang berdiri disisinya.Dengan satu tendangan saja,pintu yang tadinya berkunci sudah tercabut daripada tempatnya.Itulah penangan tendangan seorang Vifenia Ixuna!

“Berkali-kali mama.Siapa suruh Rina kunci pintu bilik dia..” langsung tiada perasaan bersalah dalam tutur kata gadis comel itu.

Nadia Qasrina yang tadinya terbaring di atas lantai terhempap di bawah pintu,pening-pening lalat berdiri dengan bantuan papanya.Dia memandang pintu biliknya yang sudah tersadai di atas lantai.Ini sudah kali keempat pintu biliknya dipecah Ixuna.Sewajarnya dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan berdiri jauh daripada pintu itu.Namun,dia sering lalai.Setiap kali Ixuna memecahkan pintu biliknya,pasti dia sekali akan terkena tempiasnya seperti hari itu.

“Rina okey tak?” Tan Sri Haris mengusap usap lembut kepala anaknya yang sedang memandang Ixuna tunak.

“Aku nak kau betulkan balik pintu bilik tidur aku ni.” Rina memberikan arahan kepada Ixuna yang terkebil-kebil memandangnya.

“Okey,nanti Xuna betulkan.Kau okey tak? Maaf ya.Mungkin tendangan aku agak kuat tadi.” Ixuna menghampiri kakak tirinya itu dan memeluk kuat tubuh tinggi lampai itu.Buat seketika Rina cuba menolak tubuh Ixuna yang kuat melekap pada batang tubunya.Namun setelah dia tidak berjaya meleraikan pelukan itu,dibiarkan saja tubuh adik tirinya yang comel itu mendakapnya.Ixuna sering begini…Perangai pelik yang dia sendiri langsung tak faham!.

“Kau okey tak?” Pertanyaan lembut Ixuna membuatkan Qasrina tersentak kecil.

“Aku okey..”

Tan Sri Haris dan Amy hanya bisa menggeleng geleng kepala melihat telatah dua anaknya itu.Ixuna memang bisa membuatkan suasana yang tegang berubah tiba-tiba.Sejak dulu lagi,Tan Sri Haris dan Amy selalu berfikir yang dua gadis itu akan bermusuhan dan membenci antara satu sama lain.Namun,hingga sekarang tidak pula dua gadis itu menunjukkan perasaan benci yang nyata.

“Kau tidur kat mana semalam?” Ixuna bertanya lagi dalam keadaannya masih memeluk Rina.

“Er…”

“Kat mana?” Rina menelan liur.Inilah yang dia malas bila berdekatan dengan gadis comel itu.Apabila terlalu dekat,denyutan jantungnya terasa bagai dikawal aura menyeramkan gadis itu.

“Aku tidur rumah Huda.Semalam kita orang ada parti.Aku penat sangat dan tak larat nak balik.Sebab tulah aku tidur rumah Huda.Aku cakap kat daddy aku tidur rumah Sonia sebab tak nak daddy dengan mama bimbangkan aku.” Seperti mengikut arahan,Rina memberikan penjelasan yang melegakan hati kedua orang tuanya.

Memang semalam dia keluar berparti di rumah Huda hingga larut pagi.Dia memberitahu Tan Sri Haris yang dia ingin bermalam di rumah Sonia kerana dia tahu yang ayahnya itu tidak suka dia berkawan baik dengan Huda yang agak liar.Berbeza dengan Sonia yang agak baik di mata ayahnya itu.

“Rina..Rina..kan senang kalau daripada awal kamu berterus terang.Tak perlulah nak menipu daddy dengan mama.Daddy tak kisah kamu nak tidur kat mana-mana pun.Asalkan kamu pandai jaga diri..” Tan Sri Haris menghela nafas kelegaan di hujung ayatnya.Dia tahu yang Rina tidak akan menipu jika pertanyaan itu ditanya oleh Ixuna.

“Em..jadi masalah dah selesai.Jom kita makan tengahhari sama-sama.” Madam Amy bersuara ceria.Cuba mengembalikan mood gembira masing-masing.Ixuna hanya tersenyum lebar sebelum melepaskan pelukannnya daripada Rina.

“Mama,daddy dengan Rina pergilah lunch dulu.Xuna nak betulkan pintu bilik ni sekejap.Karang susah pulak kalau Rina nak mandi atau nak tidur dalam bilik ini.Tak elok anak dara duduk dalam bilik yang pintunya terbuka.” Dengan sebelah tangan Ixuna mengangkat pintu yang sudah tercabut itu agar bersandar di tepi dinding.Rina hanya memandang telatah adik tirinya itu dengan perasaan kagum.Sudah banyak kali dia cuba membenci gadis itu,namun dia tidak berjaya.Ketulusan perangai Ixuna hanya bisa membuat dia menyanjung gadis itu dalam diam.

“Dahlah,biarkan je dulu.Aku dah mandi dan malam karang baru aku tidur.Kita lunch sama-sama dulu.Lepas tu baru kau betulkan pintu bilik aku.”

Madam Amy tersenyum kecil mendengar permintaan Rina.Dia tahu walaupun sekelumit,Rina tetap juga mempunyai perasaan sayang terhadap puteri tunggalnya itu.Ixuna pula hanya mengangguk angguk kecil.

“Okey.”

“Lagi satu Xuna.Lain kali,kau tak payahlah pecahkan pintu bilik aku tu kalau aku kunci daripada dalam.Kau minta jelah kunci pendua daripada daddy atau mama.”

“Okey.”

Rina hanya mendengus kecil mendengar jawapan tidak berperasaan adik tirinya itu.Padahal dalam Vila Vinci semua pintu mempunyai kunci pendua yang dipegang ibu tirinya.Jadi mengapa pula Ixuna perlu bersusah payah memecahkan pintu biliknya dan terpaksa membetulkannya kembali pula.Hmph..adik tirinya itu memang pelik!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 6”
  1. sadness says:

    Nma yg plik..but cute..best,xsbar tnggu smbngan,

  2. nov15 says:

    hdusss..
    syok pulak bce novel gini!!!
    keep it up!!!

  3. dynda says:

    best la cite ni.cpt la wt smbungan..xsabar nk tau kesudahannya..

  4. Leesa says:

    Awesome gile beb!!!!!!angau gile ngan novel niey..ntah bile la dpt bli novel yg pling awesome otot Malaysia nie..penulis x nk bgi free ke novel nie??hehe..:)

  5. norsaidah jamaluddin says:

    sngt bez novel nie…xsbar nk bca smbgn

  6. Sera mn says:

    Bestnye!! Sempoi n cool jln critanye..

  7. shahira says:

    bestnye citer ni..rasa nak baca banyak kali
    I LIKE novel kita kahwin 6 bulan je…coollah

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"