Novel : Pulanglah Sayangku… 1

1 October 2012  
Kategori: Novel

2,143 bacaan 5 ulasan

Oleh : Miss Independent

Assalamu’alaikum :)

Ini adalah mini novel. Akan ada beberapa bab sebelum ending. Anggaplah ini sebagai selingan sebelum novel Mrs. Ustazah siap ye. hihi. Segala kekurangan didahului dengan ucapan maaf ;)

***
BAB 1

“Yang, sakit rindu.”

Hati yang tadinya dihurung resah gara-gara rindu langsung kembang-kuncup menahan getaran rasa yang kian ketara. Laju jemari runcingnya berlari anak di atas papan kekunci. Ditekan setiap huruf bagai meluahkan rasa yang sekian lama terpendam. Bibir tidak putus-putus menyumbang senyum.

“Ilham! Rindu sangat kat kau! Lama menyepi?”

“Wah, wah, wah! Yang, aku terharu ni. Miss me three and four, huh?”

Nada ketawa lepas. Simbol smiley yang sedang mengenyit mata di hujung ayat membuatkan hati semakin berbunga-bunga. Kalau tadinya harum mewangi setaman, sekarang dirasakan bagai bertaman-taman bunga yang ada. Indahnya punya perasaan begini!

“Miss you thousand times! Mucho mucho!”

Giliran Ilham pula di balik sana sembunyi senyum. Malu ditangkap angau di hadapan teman sendiri. Maklumlah, online di tengah alam. Macamlah tak ada bekalan elektrik dalam bilik sendiri. Di ruang tamu juga tempat dia mahu menumpang sekaki.

“Yang, kerja okey? Ada orang mengurat kau tak? Aku risau ni.”

Nada menopang dagu menanti balasan Ilham. Sekilas matanya menangkap baris ayat tersebut, terus ditarikan rentak yang sentiasa diiringi rasa yang berbagai. Rasa bahagia, teruja, gembira dan suka bersatu meresahkan hati. Yang paling ketara, ada cinta yang terselit di sebalik rindu.

“Kerja okey je. Macam biasa. Kau bajet je lebih, Ilham. Pergi jaga Nana tu.”

Nada menghela nafas, berat. Sungguh, setiap kali nama itu terlintas di fikiran, hatinya langsung tak tenang. Terus wajah lembut milik seorang gadis singgah di fikiran. Bertudung litup dan sentiasa tampak ayu berbaju kurung. Tidak dinafikan Diyana memang cantik. Secantik agama yang ada pada dirinya.

“Nana okey je. Hari-hari aku boleh tengok dia. Kau tu, yang. Duduk jauh sangat, susah aku nak pantau. Kesian hati aku ni, yang..”

Umpama kelopak bunga yang gugur satu persatu, begitulah rasanya bahagia yang mula gugur dari tangkai hatinya. Berkenalan dengan insan bernama Ilham Akhtar ini sudah cukup membuat hidupnya serba tak betah. Dalam duka, dia datang hadirkan suka. Dalam hampa, dia datang hadirkan rasa. Dalam sedih, dia datang hadirkan bahagia. Dan dalam rindu, dia datang hadirkan cinta. Namun..

“Kau ni, suka sangat panggil aku yang. Nana tahu ni, mahu bergegar Johor dengan Shah Alam!”

Nada tarik senyum segaris. Hati yang pilu dipujuk untuk kesekian kalinya. Sudah macam kebiasaan pula. Memujuk rayu hati sendiri agar tidak menyimpang jauh dari landasan hati. Parah kalau sekali hati sudah tergelincir, takut yang lain turut menerima tempiasnya. Yang paling dia takut, Ilham dan Nana akan putus tunang. Minta dijauhkan!

Nada pandang status offline Ilham. Dia menghela nafas berat. Pasti Ilham berkecil hati lagi dengannya. Sudah acapkali sangat perkara ini berlaku. Dan pastinya, Nada yang akan membawa rajuk hati ini pergi sendiri. Walaupun sikap Ilham sukar diduga dan adakalanya mengguris hati sendiri, entah mengapa sekeping hati ini tetap degil mahu melakar angan bahagia yang pastinya tidak akan pernah menjadi nyata buat wanita bernama Nada Hanan.

***

Esoknya, Nada ke pejabat seperti biasa. Menjawat jawatan sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat pelan dan rundingan menuntut komitmen yang besar. Adakalanya dia terpaksa pulang lewat gara-gara kerja yang tak pernah habis. Pernah suatu ketika Ilham berleter panjang apabila Nada ke pejabat pada jam tiga pagi kerana mahu mencetak pelan. Kalaulah mesin pencetak pelan itu boleh dibungkus balik ke rumah, dah lama dia buat. Tadah telinga jelah dengar leteran Ilham yang tak sudah itu. Dan tatkala sebaris nama itu terlayar di minda, ada senyum yang menyapanya pagi ini.

“Morning, Nad!” Kak Zie yang sedang menguntum senyum beberapa tapak di hadapan dibalas mesra.

“Morning, kak. Amboii.. Awalnya bakal mummy ni dah makan jeruk..” tegur Nada sambil bergerak ke mejanya di sebelah. Tas tangan diletakkan di atas meja sambil kertas pelan ditolak rapat ke hujung sana. Pandangan kembali beralih ke wajah Kak Zie.

“Nak buat macam mana.. Budak ni teringin, akak layan je..” Kak Zie tarik sengih panjang. Jeruk salak lain pula dicapainya.

Nada menggeleng kecil cuma. “So, akak. Projek level two MH Tower siapa yang urus? CKay ke?” Matanya mula meliar ke papan putih di hadapan. Beberapa kotak dan tulisan yang tertera diamatinya. Nada.. Nada.. Nada.. Hah! Matanya berhenti pada kotak tengah itu.

“Kenapa saya punya projek ada delay lagi dua?” Matanya dilarikan ke barisan hujung. “Submit esok pulak tu! Bukan CKay dah settle kan ke semalam? Akak jangan cakap..”

Kak Zie tarik senyum segaris. Tawar tak bergula. Rasa nak terkehel kepala melihat anggukan kecil sebagai balas soalannya. Alahai.. CKay ni! Selalu tarik diri last minute macam ni. Ergh!

“Okey ke tak ni, Nad?” soal Kak Zizie, prihatin. Naik seram juga tengok budak ni dah tarik muka mengalahkan asid nitrik pagi-pagi buta macam ini.

Nada hela nafas berat. Bingkas duduk dilabuhkan di atas kerusi sambil bersandar malas memandang Kak Zie. “Okey ke tak, bukannya boleh buat si CKay tu tercongok kat sini. Haishh.. Memang tak lamalah si cacing kerawit ni..!” bebel Nada disambut tawa Kak Zie di sebelah.

“Hai Kak Zie, awal pagi lagi dah gelak sakan nampak?”

Serentak dua wanita itu mengalih pandang ke belakang. Terpandangkan wajah CKay yang sedang mengukir senyum ke arahnya membuatkan Nada Hanan mahu terjun bangunan! Mak aii..! Macam mana aku boleh tak sedar dia ada kat sini ni!

Peha Azizah di sebelah, dikutilnya perlahan. Tersedak mak cik itu dibuatnya. Mencerun matanya memandang Kak Zie yang turut sama menarik sengih. Haila..

“Seronok puji I pagi-pagi ni, roti nan?”

Spontan matanya membulat. Apa dia panggil aku tadi? Roti nan?!

“You ni kan..!” Jemari runcing itu lurus menuding ke arah CKay yang sedang membetulkan lipatan lengan kemejanya. Aduhai.. tahanlah wahai hati. Kenapa nampak kacak semacam pulak ni?

“What?” Mendatar suara CKay bertanya. Melihatkan wajah merah padam di hadapannya ini membuatkan hatinya berbunga bahagia. Comel sungguh! Nak-nak kalau dia senyum! Alahai.. lesung pipit itu nampak sempurna sangat.

Nada merengus perlahan. Tangannya diturunkan. Cakap dengan mamat selanga ni sampai bila pun tak habis! Balik-balik, dia juga yang makan hati nanti. Mulut tu bukan main laser lagi. Cakap tak lapik-lapik langsung. M16 pun turun takhta gamaknya. Tak pernah sekalipun nak cakap baik-baik dengannya apatah lagi kata-kata pujian. Huh, potong mood betul. Tak macam.. Ilham Akhtar!

“Haih.. Senyum pulak dah. Meroyan I handsome sangat ke apa?”

“Oh, shut up you, CKay! Abang Bazli, pak guard kat bawah tu pun lagi handsome tau!”

“Yelah.. Sebab I lagi-lagi handsome.”

“Eeii..! Bencilah dia ni!”

“I love you too.” CKay mengeyitkan mata kanannya.

“Eeii…! Meluat! Meluat! Meluat!” Nada ketap erat bibirnya. Tangan terasa panas sahaja mahu mendarat pada mulut lancang itu. Tak bolehkah kalau sehari hidupnya aman?!

“Budak berdua! Aku bagi nikah kot satgi. Dah, CKay. Kau tak payah nak bajet hot kat sini. Daripada kau naikkan suhu bilik yang tak berapa nak sejuk ni, baik kau pergi settle kerja tu. Esok kalau kena piat telinga tu, jangan nak menyendel cari Nad pulak!”

“Huk aloh, akak ni..”

Nada menarik senyum puas. Matanya melirik sekilas ke arah CKay yang sedang menarik muka empat belas. Padan muka! Suka sangat menyusahkan hidup dia. Sayang Kak Zizie!

Nada Hanan, antara kita belum selesai!

Khairul Harith, bring it on!

Dan masing-masing menarik sengih keji di hujung perpisahan. Working time!

***

~Fi Mardhotillah, Insya-Allah~




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Pulanglah Sayangku… 1”
  1. kakizz says:

    sy suke citer ni… :)

  2. dila adila says:

    Best2….

  3. AliahMohdSalleh says:

    Ceriter ni best sangat. Tak sabar tunggu sambungan.

  4. ayush says:

    saya suka ckayyyyyy n citer ni… suka sgt2..first time teruja gila bc citer lam p2u :) ganbatte kak miss :P

  5. hani_sufiyyah says:

    macam best je..tak sabar nak baca sambungan =)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"