Novel : Suamiku Orang Popular 2

2 October 2012  
Kategori: Novel

5,911 bacaan 8 ulasan

Oleh : zee.anep.h

#………2

‘Ibu nak suruh abang kahwin?’ Luthfi tanya kembali pada ibunya. Ibunya senyum seraya mengangguk. Luthfi pandang tajam ibunya. ‘Ibu ni kalau nak main-main pun, carilah modal yang best sikit. Ada ke patut pakai bab-bab sensitive macam ni. Ibu, ibu.’ Menggeleng kepala dia sambil tergelak kecil. Dia menganggap permintaan ibunya sekadar gurauan. Ibu merenung Luthfi.

‘Abang ingat ibu main-main ke?’ Tak puas hati betul ibu rasa. Apa dia ingat, ibu ni tak reti nak bincang pasal topik serius ke?

‘Mestilah. Kalau tak, takkanlah tiba-tiba je ibu nak abang kahwin. Kan tak masuk akal tu.’

‘Apa yang tak masuk akalnya kalau ibu nak abang kahwin?’

‘Ibu lah. Tiba-tiba takde angin takde ribut, suruh abang kahwin, kan tak logik tu?’

‘Apa yang tak logiknya, cuba abang cerita dengan ibu?’

‘Tak logik sebab tiba-tiba ibu cakap nak cucu lepas tu suruh abang kahwin.’ Sambil lewa saja Luthfi menerangkan. Langsung dia tak berminat dengan topik baru ibunya ni.

‘Kalau ibu betul nak abang kahwin, abang nak buat apa?’ Luthfi diam, tak menjawab. Serius semacam je bunyi. ‘Takde buat apa.’

‘Kalau ibu suruh abang kahwin jugak, abang nak buat apa.’ Luthfi pandang dalam mata ibunya. Cuba mencari kepastian kata-kata.

‘kalau ibu PAKSA abang kahwin, abang nak buat apa?’ ibu terus-terusan memprovokasi.

‘Ibu ni, bab-bab kahwin ni mana boleh main-main. Bina masjid ni, bu. Kita kena fikir dan rancang betul-betul.’ Ibu aku ni dah kenapa pulak, main topik kahwin petang-petang yang aman damai ni. Tiba-tiba rasa panas pulak duduk kat sini.

‘Abang ingat ibu tak tahu ke pasal tu. Yang dah kahwin ni ibu tau, bukannya abang. Abang tu, umur dah 30 tahun. Dah layak kahwin dah pun. Patutnya sekarang ni dah ada budak kecik ber’bin’kan nama abang tau.’ Ok, fine. Ibu dah masuk mode bebel.

‘Entah-entah abang ni ada pasang impian nak jadik bujang terlajak tak? Ke abang ni sebenarnya tak laku?’

‘wowowowo… ibu! Pedihnya menusuk ke kalbu tau, statement ibu tu.’ Tangan luthfi naik ke dada kirinya. Dia buat gaya orang sakit jantung. ‘Sampainya hati Ibu doakan abang berat jodoh? Cakap abang tak laku lah, bujang terlajak lah.’ Luthfi buat-buat sedih. Ibu juling mata ke atas. Taktik lama.

‘Abang ni, nak kata tak hensem? Muka hensem! Tak lawa, muka lawa. Takde orang nak? Famous.’ Luthfi mengangguk mengiyakan kata-kata ibunya. Lupa kejap yang ibunya sedang membebel. Dia memang ‘kembang’ bila dengar orang cakap dia hensem. Rasa bangga sekejap.

‘Tapi, apasal tak kahwin lagi? Abang ada sakit yang ibu tak tahu ke?’ ibu sengaja serkap jarang. Mintak simpanglah kalau anak dia ber’penyakit’ macam tu.

‘Astagfirullah-al-azim.’ Luthfi beristighfar. Rancangan Karoot Komedia X yang ditontonnya tadi telah gagal menarik minatnya. Dia langsung malas nak tengok tv dah. Topik serius yang dibincangkan sedari tadi makin melarat. Luthfi mengubah duduk menghadap ibunya. Perbincangan dari hati ke hati secara rasminya bermula, sekarang!

*************

‘Ibu nak abang kahwin?’ dia bertanya, ibu tersenyum. Acuh tak acuh saja.

‘Ibu suruh abang kahwin?’ tanyanya lagi, sambil tangannya menunjuk ke arah dirinya sendiri. Ditekankan sikit perkataan abang. Dia inginkan kepastian. Ibu mengangguk. Lebih laju dari tadi. Senyum masih dibibir.

‘Ibu SERIUS nak abang kahwin.’ Ibu angguk lagi.

‘Ibu pasti nak ABANG kahwin?’ kali ini volume suaranya dinaikkan sedikit. Lebih jelas bait-bait kata itu dilafazkan. Mungkin ibu salah dengar dan tak jelas dengan soalannya tadi. Tapi, ibunya masih mengangguk, kali ini tanpa senyuman.

‘Betul ibu nak abang kahwin ni?’ Luthfi dah rasa tak sedap hati. Rasa sesak nafas pulak tiba-tiba. Ibu serius. Ibu betul-betul serius. Macam mana ni? Niatnya sekadar nak melawak dengan ibu, nak ambil hati. Dilayankan saja topik kahwin ibunya itu. Tapi, itu apa yang Luthfi fikir. Tak pada ibu. Tak sangka memang ibu betul-betul serius nak menikahkan kan dia! Oh, tidak!

‘Ibu nak abang shake hand dengan tok kadi? Macam ni?’ dibuatnya gaya berjabat tangan. ‘Ibu nak kahwinkan abang?’ soalan yang sama dari Luthfi. Ibu tak layan. Dia sekadar menjeling. Diam ibu meresahkan Luthfi. akhirnya dia beralah. ‘Tapi kenapa, bu?’

‘Ibu nak abang bagi ibu menantu.’ Titik noktah. Ayat yang dikeluarkan ibu tadi merupakan satu ayat penyata. Puan Hajar mula jelik dengan soalan anaknya. Dah macam kaset lama expired. Asyik diulang soalan yang sama.

Luthfi hilang tenaga tiba-tiba. Bersandar dia pada sofa empuk itu. Tiba-tiba rasa tak bermaya. gaya serupa orang yang dah hilang pedoman hidup. Mukanya terkejut seakan tak percaya. Confirmed lah ibu bukan main-main. Permintaan yang diluahkan ibunya seolah-olah satu kerja gila. Benda yang dia tak nak buat. Sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan kerana dia tak bersedia. This is mission impossible!

Aku kena kahwin? Tanyanya pada diri sendiri. Aku, Luthfi Hakeem nak kena kahwin? Aku,L.Hakeem, jejaka idaman Malaya disuruh kahwin? Aku L.Hakeem, pelakon paling popular masa kini, jejaka idaman setiap gadis nak kena berkahwin? Diulang-ulang soalan yang sama pada diri. ‘Tapi aku tak ready lagi nak main shake hand dengan tok kadi!’ hatinya menjerit.

Dah bermonolog dalaman pula anak aku ni. Bisik hati Puan Hajar. Dia memandang wajah anak terunanya. Menunggu jawapan. Teruk sangat ke permintaannya tadi?! Rasanya itu adalah permintaan normal yang lahir dari hati ibu-ibu sedunia ni.

‘ibu suruh abang kahwin je, bukannya suruh abang jual diri. apa yang susah sangat?’ lembut Puan Hajar bertanya. Dia tak tahan menunggu setelah anaknya hanya mendiamkan diri sahaja dari tadi.

‘Ibu nak abang kahwin dengan siapa?’ lemah suara Luthfi bertanya. Dia tak bersedia mahu berkahwin sekarang. Dia kini sedang berada di puncak kejayaan. Dia tak mahu, kerana sebuah perkahwinan, kejayaannya mula hilang. Dia insan popular. Namanya gah diagungkan di majalah, wajah tampannya sentiasa menjadi penyeri kaca televisyen. Masyarakat mengaguminya. Dia tak mahu melihat masyarakat membencinya. Dia tidak mahu kehilangan title ‘Jejaka Kegilaan’ itu. Dia tak mahu. Sungguh dia tak mahu!

‘Abang takde calon ke?’ ibu bertanya. Luthfi menggeleng.

‘Habis yang dalam majalah, dalam suratkhabar kata abang bercinta dengan macam-macam orang tu apa?’ ibunya bertanya lagi. Inginkan kepastian. Namun dalam hati, dia berharap benar agar jawapan anaknya negatif.

‘Itu semua gossip saja la ibu. Anak ibu ni kan famous. Mestilah semua orang nak.’ Terangnya lagi. Bukannya niat di hati mahu membangga diri, tapi itulah sebenarnya yang berlaku. Apabila sudah bergelar insan popular, jangan haraplah dapat main sorok-sorok dengan segala gossip dan kontroversi. Boleh dikatakan, ada saja nama-nama artis wanita yang ingin dikaitkan dengannya. Rimas dibuatnya, tapi itulah harga yang perlu dibayar bila diri dah popular. Ada kala dia rasa lemas. Susah betul kalau dah famous ni kadang-kadang!

Dia dah tak berdaya nak berfikir. Ini satu kejutan yang amat mengejutkan. Dalam hati dia berdoa, moga-moga ini semua hanyalah satu lakonan. Takde ke orang yang nak jerit bang bang boom kat aku?! Wakenabeb ke! I got punk’d pon takpe. Ni bukan hidden camera ke? Tolonglah datang kantoikan aku. Tolonglah! Hatinya merintih.

Nampaknya tiada. Ini realiti rupanya. Memang realiti. Jadi, isu kahwin ni pun satu realiti jugalah.

Puan Hajar tersenyum mendengarkan jawapan anaknya. Lebar senyumnya. Dah macam senyum si Joker, watak dalam cerita Batman pun ada. Dia menepuk-nepuk bahu anaknya. Lembut. Mahu memberi semangat. ‘Kalau belum ada calon takpe, sebab ibu dah ada.’ Luthfi berpaling, memandang ibunya dengan pandangan mengharap. ‘Abang taknak kahwin lagi’ adalah apa yang ingin diluahkannya. Tapi,

‘Ibu nak kahwinkan abang dengan siapa?’ lain pula soalan yang ditanya.

‘Tunggu ayah balik, nanti kami cerita,’ ringkas jawapan ibu. Habis sahaja ayat itu, ibu bangun dan berlalu bergerak ke tingkat atas, mahu solat Asar. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Hari ini merupakan hari kelima umat Islam berpuasa. Ibu mahu bersedia menyediakan juadah berbuka. Jam 6.30 suaminya akan pulang dan semestinya akan membawa bersama juadah berbuka yang dibeli dari bazaar Ramadan. Ibu tak sabar menantikan kepulangan suaminya.

‘Anak kita dah setuju, cepatlah abang balik!’ mesej dihantar kepada Haji Sharef sebaik sahaja Puan Hajar sampai ke bilik.

Luthfi sekadar memandang ibunya berlalu pergi.
Aku yang dah macam manusia hilang jiwa ni, ibu buat tak peduli je? Sampai hati ibu. Rajuk luthfi dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Suamiku Orang Popular 2”
  1. Zya Adriana says:

    Besttttt

  2. balqiz says:

    best2… tpi tlnglah writer jganlah ada konflik yg truk2 sngat..
    hehe
    apa2 pon best smbng cpt skit..

  3. Liyana says:

    Best!! Tak sabar nak baca seterusnya ^_^

  4. zee.anep.h says:

    time kaseh sume orang~! <3

  5. AliahMohdSalleh says:

    Kelakar betul cerita ni.Watak Lutfi ni macam bendul sangat.Best ceriter ni.

  6. Afiqah says:

    Best sangat sangattt

  7. Siti says:

    best!! :D

  8. HAIZA HAIFA says:

    masyuk…layan je…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"