Novel : Suamiku Pemalu! 9

31 October 2012  
Kategori: Novel

4,308 bacaan 5 ulasan

Oleh : Qistina Alya

HARI ini hari pertama Alya melapor diri sebagai pensyarah kanan di UTM KL, Jalan semarak. Mujurlah perjalanan ke sana hanya mengambil masa 30minit sahaja dari rumahnya, senang baginya untuk berulang-alik ke universiti. Alya mengenakan baju kurung berwarna pucuk pisang dipadankan dengan tudung Syria oren, mengikut warna bunga yang terdapat pada baju kurung moden itu. Alya amat meminati tudung Syria kerana ianya sangat mudah dipakai.

Alya melangkah menuju pejabat fakulti sains. Berdebar-debar rasa hatinya untuk memulakan karier sebagai pensyarah muda. Mujurlah rakannya Arfah turut mendapat tawaran untuk menjadi pensyarah di situ. Sama fakulti dengan Alya. Jadi, tidaklah Alya kekok sangat sementara menanti masa untuk membiasakan diri mengajar di situ.

Alya berjalan pantas menuju ke dewan kuliah. Pagi ini kelas pertamanya. Dia tidak mahu pelajar-pelajarnya melabelkan dirinya sebagai seorang yang tidak menepati masa. Tambahan lagi, Alya memang tidak suka menunggu atau membiarkan orang menunggu.
Alya masuk ke kelas dan memberi salam. Kelihatan semua pelajarnya sudah mengambil tempat masing-masing dan bersedia untuk belajar.

“Okey kelas, nama saya Farisha Alya Binti Azman. Saya merupakan pensyarah baru di UTM dan akan mengajar kamu subjek Calculus. Saya harap kamu semua akan bekerjasama dengan saya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan”, tegas Alya. Dia mempraktikkan pesanan pensyarahnya ketika Latihan Mengajar dulu. Dia perlu menunjukkan ketegasan ketika pertama kali masuk ke kelas supaya pelajar melihatnya sebagai seorang pensyarah yang tidak boleh mereka perlekehkan sewenang-wenangnya.

“Saya akan menerangkan beberapa peraturan yang perlu kamu patuhi dalam kelas saya”, Alya berjeda sebentar merenung satu persatu pelajar-pelajarnya. Tunjuk garanglah kononnya. Kelihatan semua nya khusyuk mendengar. Ada yang nampak takut-takut dengannya. Alya sudah menahan tawa di dalam hati.

“Pertama, saya paling pantang pelajar datang lewat ke kelas saya. Jadi, sila hadirkan diri anda ke kelas sebelum saya sampai ke kelas. Faham?”, tanya Alya.

“Faham!”, jawab pelajar-pelajar.

“Kedua, jika saya memberikan anda sebarang tugasan, sila siapkan dan hantar pada waktu yang ditetapkan. Sebarang kelewatan akan menyebabkan awak kehilangan tiga markah daripada tugasan tersebut. Ketiga, kalau ada mana-mana subtopik yang awak tak paham, jangan segan-segan untuk bertanya dan keempat, no ponteng-ponteng. Kalau saya dapat tangkap ada pelajar yang ponteng, bersiap sedia untuk menerima surat amaran dan saya tanpa segan silu akan melaporkan pada ibu bapa awak. Okey kelas?”, tanya Alya.

“Okey”, jawab pelajar Alya takut-takut. Alya tersenyum. Sengaja dia menghadiahkan senyuman paling manis untuk pelajarnya supaya mereka tidak kekok untuk belajar dengannya.

“Rasa-rasanya hari ni kita tak perlu mula belajar lagi lah ya. Saya nak kenal-kenal dengan kamu semua”, ujar Alya. Nampaknya pelajar-pelajar nya sudah mula selesa berada dalam kelasnya.
Seorang demi seorang pelajar Alya memperkenalkan diri. Macam-macam gelagat yang dapat Alya lihat. Ternyata pelajarnya terdiri daripada banyak peringkat umur. Malahan, yang lebih tua daripadanya pun ada. Ralit Alya mendengar celoteh pelajarnya. Alya perlu berkenalan dengan pelajar-pelajar kerana baginya sebelum memulakan sesi pengajaran dia perlu mengetahui latar belakang setiap pelajarnya agar cara pembelajarannya kelak dapat diterima oleh semua pelajar. Dia mahu semua pelajar memahami apa yang diajar.

“Nama saya Fikri. Boleh panggil saya Fik”, ujar seorang pelajar sebagai orang terakhir yang memperkenalkan diri. Alya merenung pelajar itu. Dia cukup tidak berkenan dengan cara pemakaian Fikri. Dari stail rambut sehinggalah ke kaki. Fikri hanya memakai selipar tandas ke kelas. Alya sangat berdisiplin dari segi masa dan pemakaian.

“Baiklah kelas, boleh bersurai. Fikri tunggu sekejap”, pesan Alya.

“Awak tahu apa kesalahan awak?”. Fikri menggeleng.

“Pastikan lepas ni awak berpakaian lebih kemas setiap kali masuk kelas saya. No selipar, rambut pun saya tak nak tercacak sangat macam tu. Boleh?”, tegas Alya.

Fikri mengangguk. Selama ini tidak pernah ada seorang pensyarah pun yang berani menegur pemakaian dan tingkah lakunya. Entah kenapa apabila Alya menegurnya dia seolah-olah ingin menurut sahaja kemahuan pensyarah muda itu. Fikri merasakan ada satu kelainan dalam diri Alya yang membuatkan dirinya yang nakal ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik.

**********

Sudah dua bulan Alya berkhidmat di UTM. Dia semakin selesa dengan kerjaya pilihannya. Penat mengajar langsung tidak terasa apabila pelajar-pelajarnya memberi respon yang baik terhadap apa yang diajar. Alya teringat perjumpaannya dengan dekan fakulti minggu lepas.

“Silakan duduk Alya”, pelawa Puan Zariah. Alya menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Puan Zariah.

“Mesti awak tertanya-tanya kan kenapa saya ingin berjumpa dengan awak?”. Alya hanya tersenyum. Bersedia untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Puan Zariah.

“Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada awak kerana telah memberi satu perubahan terhadap salah seorang pelajar dalam fakulti ini”.

“Maksud puan?”, tanya Alya.

“Awak kenal kan Fikri, salah seorang pelajar awak? Sebelum kedatangan awak, saya sering mendapat aduan daripada pelajar lain yang dia sering ponteng kelas dan berperangai kurang elok di dalam kelas. Banyak kes yang saya terima melibatkan dia. Tapi selepas awak masuk mengajar di kelas itu, Fikri tidak lagi ponteng kelas, malahan penampilannya turut berubah. Sejuk hati saya melihatnya. Dia ada berjumpa saya untuk meminta maaf di atas segala kelakuan buruknya. Dia juga yang bercerita pada saya kehadiran awak sebagai pensyarah banyak mengubahnya”, terang Puan Zaleha dengan terperinci.

Alya terdiam. Langsung tidak menyangka dia dapat mengubah seorang anak didiknya. Memang dia sering menegur Fikri jika melihat Fikri melakukan sesuatu yang tidak kena pada pandangan matanya. Dia juga dapat melihat perubahan demi perubahan yang telah berlaku dalam diri Fikri, cuma dia tidak menyangka dia menjadi punca Fikri berubah sebaik itu.

“Krik…”. Bunyi sesuatu mematikan lamunan Alya. Alya melihat ada sesuatu yang terselit di bawah pintu biliknya. “Kad lagi”, gumam Alya. Masuk kali ini sudah banyak kali Alya menerima kad yang terkandung dengan ayat-ayat cinta. Entah siapa pengirimnya. Mula-mula Alya hanya buat tidak tahu saja, namun selepas banyak kad yang dia terima, Alya mula tidak senang duduk. Dia ingin mengetahui siapa pengirim kad tersebut.

“Hurm, apa pulak kali ni”, rungut Alya.

‘Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi menghidupkan semangat’

“Tak habis-habis dengan kata-kata cinta tapi munculkan diri tak nak, pengecut!”, bebel Alya.

Seminggu berlalu. Alya merancang untuk mengintip siapa pengirim misteri tersebut. Dia paling tidak suka berada dalam keadaan tertanya-tanya. Sudah menjadi perangai Alya, jika dia ingin tahu sesuatu, dia pasti akan bertanya. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Alya tidak mahu terlepas sesuatu yang penting. Sama juga dalam kes ni, semnggu dia menunggu pengirim misteri itu memunculkan diri namun hampa. Disebabkan itu dia membuat keputusan untuk menjalankan misi mengkantoikan pengirim misteri itu.

“Ha, tu dia!”, bisik Alya perlahan. Alya melangkah dengan berhati-hati supaya pengirim misteri tersebut tidak perasan akan kehadirannya.

“Dah lama awak buat kerja macam ni?”, sergah Alya. Lambat-lambat orang itu memalingkan menghadap Alya. Terkejut Alya melihat orang yang berada di hadapannya.

“Awak Fikri!”. Fikri hanya tunduk memandang lantai. Alya mengajak Fikri masuk ke biliknya untuk berbincang. Pintu biliknya dibuka luas.

“Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim”, Alya membaca bait-bait indah yang tercatit di atas kad tersebut satu persatu.

“Kata-kata dalam kad ni memang indah. Sayangnya hati saya langsung tidak terusik. Hati saya sudah dimiliki, oleh seorang lelaki yang sudah sah berada di samping saya”, ujar Alya.

Fikri terkejut. Sungguh dia langsung tidak mengetahui pensyarah mudanya itu sudah berkahwin. Jika dari awal dia mengetahui status Alya, sudah pasti dia tidak akan berani mengambil tindakan gila seperti ini. Benar kata orang cinta itu buta. Sebab itu dia berani mencuba untuk menawan hati pensyarahnya.

“Awak jangan risau. Saya akan lupakan perkara ini. Saya harap perubahan baik awak berterusan. Awak bijak, jangan korbankan kebijaksanaan awak dengan perkara yang tidak sepatutnya”, pesan Alya.
Fikri mengangguk. Setidak-tidaknya pensyarahnya sudah berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan orang lain. Lega Fikri mendengarnya. Saat itu Fikri berjanji pada dirinya, dia akan sentiasa mengingatkan diri tentang batasan hubungan di antara dirinya dan seorang pensyarah.Alya tersandar lega. Selesai juga masalahnya.

***********

“Argh, penatnya!”, keluh Alya. Hari ini dia pulang sedikit lewat kerana ada pelajar yang membuat temujanji untuk bertanyakan soalan padanya.

“Baru balik sayang?”, tegur Irul. Alya menghadiahkan senyuman manis pada suaminya.

Irul mengurut lembut bahu Alya. Faham dengan rasa penat yang dirasai Alya. Kadang-kadang bila Irul pulang lewat Alya akan memicit-micit bahunya, menghilangkan rasa sengal di badannya. Alya selesa dengan urutan Irul.

“Thanks dear”, ucap Alya.

“Most welcome my princess”,sambut Irul.

“Irul tak makan lagi ke? Sekejap ya, Isha pergi masak”

“Tak apa lah sayang, Irul dah lunch tadi. Sayang penatkan, rehatla dulu. Malam nanti kita makan kat luar je. Sekali-sekala makan kat luar apa salahnya”, ujar Irul prihatin.

Alya tersenyum bahagia. Dia baring lalu meletakkan kepalanya di atas riba Irul. Irul bermain-main dengan rambut ikal Alya. Senang dengan kemanjaan Alya.

“Irul, Isha ada benda nak cerita ni”

“Apa dia, cerita lah”

“Isha ada peminat misteri!”, ujar Isha.

“Yeke? Siapa?”

“Ait, tak jeles ke?”, tanya Alya. Irul menggeleng.

“Tak pun, buat apa nak jeles. Irul tahu banyak mana pon orang yang minat sayang, hati sayang tetap pada Irul kan?”

Alya mencubit pipi Irul. “Tahu tak apa!”. Alya tersenyum senang. Dia sangat menyenangi perangai Irul. Irul sentiasa percayakan Alya sejak peristiwa mereka tidak bertegur sapa dulu. Alya bangun lantas mengeluarkan kad-kad yang diterima dari beg. Dia memberikan kad-kad tersebut pada Irul.

Irul membaca kad-kad tersebut satu persatu. “Sedap ayat-ayat ni sayang. Irul pun tak pandai cipta ayat macam ni”, Irul meluahkan sedikit rasa cemburunya.

“Dah mula jeles ek? Isha saja je tunjuk kad-kad ni nak bagi abang jeles. Hehehhe”

“Pandai ek Isha! Eh, Isha panggil Irul apa tadi?”

“A-B-A-N-G, Abang!”, eja Alya satu persatu sambil tersenyum.

“OK, kekalkan panggilan tu ye!”. Irul mengenyitkan mata. Sedikit demi sedikit rasa malu Irul pada Alya semakin hilang, dia sudah terbiasa dengan kerenah dan kenakalan Alya. Malah, Irul sering memikirkan plan-plan yang baik untuk membahagiakan Alya dan memastikan isterinya itu selalu tersenyum.

“Jom mandi!”

“Ajak abang ke ni?”. Irul menyakat Alya.

“Eh, mana ada lah. Isha cakap Isha nak pergi mandi. Kejap lagi kan nak keluar makan”, laju Alya menjawab.

“Sayang, kad-kad ni macam mana?”

“Abang buatla apa-apa yang abang nak dengan kad tu”, laung Alya sambil mendaki anak-anak tangga untuk ke bilik.

Irul membuat keputusan untuk menyimpan saja kad-kad tersebut. Manalah tahu kad-kad tu berguna padanya nanti.

**********

Alya menjerit memanggil nama Qimi namun tidak bersahutan. Usai solat maghrib berjemaah tadi Qimi terus masuk ke biliknya. Alya memulas tombol pintu bilik Qimi.

“Dik, angah nak pergi makan dengan Abang Irul ni. Adik tak nak ikut ke?”

Qimi menggeleng. “Tak nak lah angah. Qimi kirim je la ek, boleh?”

“Boleh. Adik angah ni ada masalah ke? Senyap je hari ni.”
Qimi diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. “Angah pergi la makan dulu, nanti Qimi cerita”.

Alya hanya menurut. Baru saja dia ingin melangkah keluar dari bilik, Qimi memanggilnya. “Qimi nak ikutlah angah”, ujar Qimi tersengih-sengih.

Alya menggelengkan kepala. Cepat betul mood Qimi berubah. “Jom”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Suamiku Pemalu! 9”
  1. asupathy says:

    hi Qis…nice n3…hope v will get more ASAP….heheheheh x sabar la nak tau selanjutnya….

  2. Aliah Mohd Salleh says:

    Permulaan cerita yang bagus.Tunggu next entry.

  3. Nayly Putri says:

    Best! Lain daripada yang lain sebab selalunya kebanyakan novel semuanya klise. Keep it up! :)

  4. kasihsuci says:

    best!!sangt2
    x sabar nk baca seterusnyer…
    luv it

  5. kasihsuci says:

    best!!sangt2
    luv it

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"