Cerpen : Alamak! Hati Aku Tertinggal!

11 November 2012  
Kategori: Cerpen

15,172 bacaan 15 ulasan

Oleh : dhira madina

Aku melihat semua barang-barangku yang sudah siap dilipat rapi dan disusun di dalam beg bagasi miliku. Yelah, milik akulah! Takkan nak simpan dalam beg orang lain kot. Hehehe…

Perlahan-lahan aku mengeluh. Seminggu di London bagai sehari sahaja. Memang tak puas percutian kali ini. Rasa macam berat je hati ni nak tinggalkan Kota London.

“Oit! Syaf! Kau dah siap kemas ke belum?” Soal Raisa. Kawan aku yang cukup ‘annoying’, tapi hatinya baik.

Aku mengangkat kepala memandang tepat wajah Raisa. “Hurmmm… belum lagi. Ni ada lagi barang-barang yang aku nak masukkan. Kau pula? Sibuk tanya halo rang, dah siap kemas belum?” Soalku.

“Akukan Miss Octopus! Tangan dan kaki banyak! Cepat plus cekap buat kerja! Tak macam kau!” Ujar Raisa sambil menjelirkan lidahnya.

Pantas tanganku mencapai baju yang sudah berlipat kemas itu lalu membalingnya tepat ke wajah Raisa. Haaa… apa lagi…

Kedebuklah bunyinya.

Wajah Raisa sudah merah padam menahan geram. Aku pula sedaya upaya cuba menahan tawa ni agar tidak meletus sekarang. Karang kejap lagi, tak pasal-pasal, volcano meletop! Hahaha..

Baru sahaja Raisa ingin membalas dendam, tiba-tiba jeritan dari Mira memberhentikan niatnya.

“Weiiii!! Korang macam mana ni???” Soal Mira resah plus cemas membuatkan aku, Raisa, Aida, dan Tika terus menuju ke tempatnya.

Berkerut wajah Mira yang sedang duduk di hadapan katilnya tu. Bukan setakat berkerut, sekali tengok dah macam orang hilang anak je! Hahaha.. Boleh pakai ke peribahasa tu nak gambarkan wajah Mira sekarang ni?

Arghh! Lantaklah! Aci redah je.

“Hoi! Kau kenapa? Cemas je kitaorang tengok?” Soal Tika yang sudah bersimpul di hadapan bagasi Mira.

Aku memandang satu persatu baju-baju dan barang-barang cenderahati yang Mira beli sepanjang seminggu berada di London. Fuh! Banyak gila dia borong! Memang borong sakan namanya ni.

Al-maklumlah, Mira ni kaki shopping!

“Weiiii! Aku rasalah, beg aku ni tak muatlah nak isi barang-barang ni semua. Macam mana ni?” Soal Mira cemas lagi.

Kami melabuhkan punggung berhampiran dengan Mira. “Macam mana boleh tak muat? Isyh! Ini mesti kes barang kau banyak sangat ni? Habis semua barang kau borong ke?” Bebel Aida.

“Eh! Bukan salah aku borong banyak sangat atau tak! Ini semua kes beg aku kecik sangat ni. Wei! Korang, tolonglah aku. Mana aku nak campak barang-barang ni semua?” Mira cuba meraih simpati dari kami.

Aku memandang Raisa lalu tersenyum sambil menjongketkan kening sebelah. Penuh misi dan visi senyuman aku kali ni. Raisa pula macam faham-faham je maksud senyuman aku ni.

“Haaaaa….. aku bagi kau idea yang terbaik punya. Apa kata, kau sedekahkan sahaja barang-barang kau tu dekat kami. Selesai! Tak adalah kes tak muat beg?” Aku memberikan cadangan yang agak bernas.

“Gila kau? Tak nak aku bagi korang! Penat-penat aku beli, senang-senang je nak bagi orang. Weiii… idea kau memang tak bernas, Syaf!” Gerutu Mira sambil menggeling-gelingkan kepalanya.

“Kau kata tak bernas? Aku rasa idea Syaf tu memang bernas sangat! Aku sokong 150 percent! Hahahaha… sebenarnya, aku dah berkenan jaket I LOVE LONDON kau yang warna biru ni. Apa kata kau bagi je dekat aku? Hehehehe… apa macam, bagus tak idea aku?” Raisa makin galak menyakat.

Laju je tangan Raisa mencapai jaket biru yang dikatakan tadi. Haaaa… tapi tangan Mira yang panjang ni terlebih dahulu merampas jaket tadi. Cepat-cepat dia masukkan jaket tu dalam bagasinya. Risau punya pasal!

Meletus tawa kami melihat riaksi Mira dan Raisa. Diaorang ni memang macam ni! Ada aje yang tak kena.

“Dahlah korang! Malas aku nak minta tolong dengan korang lagi.” Rajuk Mira. Mukanya sudah masam mengalahkan cuka.

“Kami bukan along, kami cuma nak tolong.” Giliran Tika pula menyakat.

Semakin galak kami mentertawakan Mira bila melihat wajah ala-ala Tomboy Mira merajuk tu. Haiii… Mira.. Mira..

“Hoi! Mira, buruk gila muka kau tarik muncung macam tu. Mehlah sini baju-baju kau! Aku tolong lipatkan kecik-kecik sikit. Nanti muatlah masuk dalam beg kau tu.” Kataku sambil mengambil baju-baju Mira.

Aida dan Tika juga turut membantu. Hurmmm… Mira dah tahu dia tu kuat shopping, tapi bawa beg kecik je! Muat nak isi baju yang dia bawa semasa datang je.

“Aku ingatkan kau ni garang macam singa tak makan seribu tahun. Muka punyalah garang plus ala-ala tomboy sikit. Tapi rupa-rupanya kuat merajuk juga kau ni, ye?” Sakat Raisa lagi.

Mira mengetap bibir geram. Dia memandang Raisa besar kecik, besar kecik je. Dan akhirnya singa lapar akan membelasah Miss Octopus tu. Habis Raisa dilanyak oleh Mira. Malam tu adalah malam yang amat bermakna. Kitaorang tak tidur sampai pagi. Kononnya nak tidur dekat dalam flight je.

Macam-macam yang kitaorang borakkan. Al-maklumlah, bak kata Tika, malam terakhir di London! Hahahaha…

Nak tahu kesudahannya? Kitaorang yang kononnya ni tak nak tidur ni, akhirnya terlelap juga. Macam mana boleh terlelap? Hehehehe… Dengar cerita syahdu dari Aidalah yang membuatkan kitaorang terlelap. Punyalah panjang cerita dia. Nonstop lagi! Fuh! Dasyat.

“Arghhhh!” Jeritku kepenatan.

Mahu tak penat, dari hostel sampai ke stesen Train kitaorang kena anggat beg masing-masing yang berat Nauzubillah ni. Masa berjalan di jalan rata bolehlah, aku tarik je beg ni guna roda. Tapi bila turun naik tangga?

Pehhhh! Pengsan aku.

Aida dan Tika sudah terlebih dahulu melangkah ke hadapan. Mira dan Raisa pula masih di belakang. Aku? Aku sendirian di tengah-tengah antara mereka. Malas nak mengejar Aida dan Tika yang laju mengakat beg diaorang. Lagi malas aku nak tunggu Mira dan Raisa.

Penatnya aku rasa macam pergi mendaki gunung je. Nasib baik musim sejuk sekarang ni. Kalau musim panas? Entah larat entah tidak aku nak angkat beg ni. Muka aku tak payah cerita, rasanya dah macam zombie. Dengan tudung yang senget sikit ni plus muka dah sememeh ni.

Aku memandang ke hadapan sambil mengangkat bagasi aku ni menuruni tangga. Aida dan Tika sedang bergelak tawa. Yelah, dia dah sampai awal dari kami. Penat dah hilang agaknya.

“Ehem… excuse me.” Sapa seseorang yang tiba-tiba muncul di sebelahku.

Siapalah pula yang tegur aku ni dalam keadaan aku yang tengah comot ni. Isyhh! Kacau betullah.

Aku berhenti melangkah. Perlahan-lahan aku mendongakkan sedikit wajahku memandang lelaki yang berada di sebelahku. Serta merta aku terpanar melihat ketampanan wajah lelaki ni.

Mak oiii! Handsome gila!! Gaya macam orang Malaysia. Tak ada rupa mat saleh pula. Orang Malaysia ke ni? Ececececeh! Agak-agaknya dah kahwin ke belum? Kalau belum bolehlah aku masuk jarum. Hahahahaha…

Macamlah aku ni berani sangat nak masuk jauh! Cit podahlah kau Syaf!!

“Boleh saya tolong? Beg tu macam berat je? Awak Malaysian kan?” Soal lelaki di sebelahku sambil tersenyum padaku.

Lomah (lemah) segala otot-otot dan sendi aku tengok dia punya senyuman. Wajah tu aku amati seketika. Janggung yang sejemput di dagunya menambahkan lagi kekacakkan lagi tersebut.

Isyh!! Muka aku dahlah tengah selekeh ni. Jumpa pula mamat handsome ni dekat sini. Aduh! Gentleman betullah mamat ni. Siap nak tolong aku angkat beg lagi. Isyh!! Ni yang tak tentu arah aku dibuatnya.

Aku membalas senyuman lelaki tersenyum. “Err… tak apalah. Beg ni tak adalah berat mana. Awak orang Malaysia juga ke?” Soalku cuba mengawal perasan dan hati aku yang mula berdegup kencang ni.

Tak beratlah sangatkan, Syafira oiiii! Padahal dari tadi aku mengeluh sebab beg ni penat. Tak apalah, depan mamat ni hilang segala penat aku tadi. Hahahaha… boleh tahan miang juga aku ni.

Lelaki itu ketawa halus setelah mendengar soalan dariku tadi. “ Kenapa? Muka saya ni tak ada rupa orang Malaysia ke? Ada muka ala-ala mat saleh? Awak ni! Saya dah cakap melayu tu, dah tentu-tentu saya orang Malaysia.” Ujarnya.

Merona merah mukanya aku selepas mendengar jawapan dari mamat ni. Ya Allah! Malunyaaaa… Aku cuba nak beramah mesra je. Isyh! Kenapalah aku tak terfikir soalan aku tadi sebelum bertanya.

Aisyemen… mamat ni. Buat aku malu je.

Aku cuba melarikan mataku dan mamaling wajah ku tempat lain. Malu punya pasal! Tiba-tiba aku mataku tertacap pada Mira dan Raisa yang tersenyum nakal padaku.

Ni mesti kes diaorang fikir lain ni.

“Sure, awak tak nak saya tolong angkatkan beg awak ni?” Soal lelaki itu lagi.

Aku hanya menggelengkan kepalaku sebelum melangkah menuruni tangga yang seterusnya. Lelaki itu juga turut mengikuti langkahku. Hati aku mulalah buat hal! Macam tengah masuk formula one je!

Fuh! Memang gila punya laju.

“Datang sini dah bercuti ke?” Soal lelaki itu setelah aku menyepi.

“Hurmmm… haah dengan kawan-kawan. Err… awak study sini ke?” Soalku antara dengar tak dengar sahaja tadi.

Isyh!! Ni yang aku tak suka ni. Sejak bila aku tak ada keberanian diri nak bercakap ni? Haiii… ilmu apalah yang mamat ni guna sampai pukau aku macam ni sekali.

“Nope! Kerja. Okaylah, saya nak cepat ni sebenarnya. Biasalah hari nikan, hari kerja. Apa-apapun, saya ucapkan selamat bercuti dan tempat-tempat kat sini memang cantik. Enjoy yourself.” Katanya sebelum berlalu pergi.

Aku hanya mengekori susuk tubuh mamat tadi hingga hilang dari pandangan mata. Laju gila mamat ni jalan naik train. Tapi, hari ni hari terakhir akulah. Bukan nak bercuti lagi. Tapi dah nak balik dah.

“Woi! Syaf! Cepatlah. Karang tertinggal train pula. Hari ni hari kerja, train memang selalu penuh pagi-pagi ni.” Bebel Raisa yang sudah terpacak di bawah bersama Aida dan Tika.

Alamak! Semuanya dah ada. Tinggal aku soranglah ye yang lambat? Macam manalah aku rasakan tangga ni macam banyak je tadi. Isyhhh! Aura apalah yang mamat ni ada?

Aku hanya tersengih bila Mira, Raisa, Tika dan Aida sudah bercekak pinggang memandang ke arahku. “Sorry. Dah jom! Karang lewat pula sampai airport.” Kataku sambil tersengih.

Diaorang terus mendapatkan aku bila aku sudah melangkah dahulu meninggalkan mereka.

“Wei! Syaf! Siapa mamat tadi? Orang Malaysia,kan?” Soal Tika yang berjalan di sebelah kananku. Tangannya laju je manarik bagasinya di belakang.

“Haah. Aku tengok muka dia macam orang Malaysia je. Betul ke orang Malaysia?” Soal Mira pula.

Aku berhenti melangkah sambil tersenyum panjang. “Yelah. Memang orang Malaysia pon. Ramah betul dia tu.” Ujarku.

Hati tengah berbunga-bungalah katakan. Hehehehe…

“Mamat macam tu kau kata ramah? Isyh! Buta ke apa kau ni. Punyalah sombong dengan kitaorang. Kau tahu tak? Dia say hai je! Lepas tu blah macam tu je. Kitaorang ni Malaysia juga tau!” Gerutu Raisa tidak puas hati melihat kesombongan mamat tadi.

Kami melangkah seiring semula menuju ke train dan bila pintu train terbuka, berpusu-pusu orang masuk ke dalamnya. Hurmmm… kalau hari kerja memang paginya agak sesak tapi tengahari sudah kurang. Tapi kalau hari cuti, Sabtu dan Ahad, sepanjang masa memang sesak dan penuh train ni.

Senyuman masih tidak lekang di bibirku. Hurmmm… jumpa dengan mamat tu masa aku nak balik Malaysia. Haii… Memang tak tidur malamlah aku dekat Malaysia nanti. Tapikan, kenapalah aku tak tanya nama dia tadi? Umur dia? Malaysia dia tinggal dekat mana?

Hahahaha… memang bukan akulah tu kalau aku yang bertanya macam tu! Isyh! Perasan je lebih aku ni. Jangan-jangan dia dah kahwin kot.

Hatiku mula merasa musykil tentang tu. Cepat-cepat aku buang perasaan suka yang sudah mula berputik tu. Isyh! Jangan cari pasallah. Aku kenal dia macam tu je. Mesti dia dah kahwin.

“Wei! Syaf! Yang kau tersenyum sorang-sorang dari tadi ni kenapa? Apa yang kau borak sakan dengan mamat tadi sampai aku tengok kau dah macam kerang basi je ni?” Tegur Aida geram sebenarnya bila dia rasakan seolah-olah dia tengah bercakap sendiri.

“Tak ada apa-apalah. Tapikan, mamat tu aku tengok handsome juga,kan?” Soalku sedikit perlahan. Takut-takut orang sekeliling mendengarnya.

“Kau jangan cakap dengan aku yang kau dah tangkap cintan dengan mamat sombong tu. Hoii! Kau jangan cari pasal. Bukan kau kenal sangat dengan mamat tu.” Sampuk Mira bila telinga dapat menangkap perkataan handsome dari mulutku tadi.

“Aku sokong Mira! Jangan-jangan dia dah berbini ke. Dah beranak pinak. Ha… Merana kau nanti!” Celah Tika pula.

Lepas sorang-sorang mencelah. Fuh! Nasib baik Miss Octopus tu duk sumbat telinganya dengan earphone. Kalau tidak… hurmmm… aku juga yang akan menjadi mangsa bebelan dia.

Perlahan-lahan senyuman aku tadi mati. Betul juga tu. Buat apalah aku fikirkan tentang mamat tu. Isyh! Nyah kau dari kotak fikiran aku ni.

Setibanya kami di airport, kami terus berjalan menuju ke arah tempat menyimpanan beg untuk penebangan pulang kami.

Tiba-tiba je idea nakal aku untuk mengusik kawan-kawan yang lain singgah ke dalam otakku ni. Ahakksss… lama dah tak menyakat diaorang ni. Tak salahkan kalau sekali sekala menyakat diaorang.

Aku tersenyum nakal. Tapi cepat-cepat aku padam senyuman tu. Takut yang lain nampak. Memang tak jadilah plan aku kalau yang lain Nampak aku tersenyum nakal ni.

“Alamak!” Jeritku perlahan.

Sebenarnya tak adalah perlahan mana. Boleh jugalah orang yang berhampiran mendengar jeritan aku ni. Hehehehe… ter’over’ pula.

Aku berhenti melangkah. Bagi memantapkan lakonan aku ni, wajahku serta merta berubah panic. Membutang mataku memandang Mira, Raisa, Aida dan Tika yang sedang melangkah menghampiriku.

Wajah diaorang juga panic selepas melihat wajah aku ni. Hehehehe… ni namanya jangkitan atau nama specificnya virus wajah panic.

“Kau kenapa, Syaf?” Soal Tika risau.

“Haah. Apa yang alamaknya?” Soal Mira pula.

Aida dan Raisa hanya mengangguk setuju dengan soalan Mira dan Tika tadi.

“Aku tertinggal somethinglah weii…” Ujarku lemah.

“Tertinggal something? Kau tertinggal apa pula ni?” Soal Aida juga cemas. Risau dia kalau-kalau aku tertinggal benda penting.

Belum sempat aku nak menjawab soalan Aida tadi, Raisa sudah mula menyampuk. “Tula kau! Semalam kemas bukan nak check dua tiga kali barang-barang tu. Isyh! Kau ni cuai tau tak? Sepatutnya kau kena buat list semua barang yang kau nak bawa balik. Nanti tak adalah tertinggal. Ha.. ni kau tertinggal apa?”

Dah start dahhhh minachi ni membebel!

Aku cuba mengawal tawaku dari meletus. Control! Control! Karang tak jadi pula aku nak kenakan diaorang ni.

“Aku tertinggal something importance ni.” Kataku sambil melayarkan wajah sugul. Risaulah kononnya barang tu tertinggal.

“Something importance? Apa dia? Kau tertinggal passport ke? Gila! Kau jangan buat kerja gila!” Resah Mira.

Sekilas jam dipergelangan tangannya dilihat. Memang dah tak sempat kalau nak berpatah balik ke hostel penginapan kami tadi. Dia memicit dahinya risau dengan keadaan aku.

“Hoi! Takkan passport? We don’t have enough time to go back! Kau biar betul! Cuba check dalam beg tu betul-betul.” Tika menyuruhku memeriksa semula passport aku.

Aku memerhatikan satu persatu wajah kawan-kawanku ni. Memang masing-masing cemas memikirkan tentang ‘ketinggalan something’ tu. Raisa yang tadinya membebel bagai terkunci mulutnya bila mendengar perkataan passport.

Aida pula melakukan perkara yang sama seperti Mira. Memicit kepalanya yang terasa buntu memikirkan jalan penyelesaian.

“Kau tertinggal apa ni? Cuba cakap betul-betul. Takkan passport kot?” Sekali lagi Tika tidak berpuas hati denganku.

“Errr… aku tertinggal… Alamak! Aku tertinggal hati. Hati aku tertinggal dekat tangga tadi. Hehehehe… Jangan marah ye…” Kataku lalu pantas aku menyusun langkah meninggalkan mereka bila melihat wajah yang risau dan cuak tadi bertukar merah padam menahan marah.

Hehehehe… lebih baik aku selamatkan diri dulu….. Lariiiiiiiiiiii!!

Hadrah menhenyakkan punggungnya di atas sofa lembut di ruang tamu rumah sewanya. Kepenatan bekerja hari ni langsung tidak berjaya menghilangkan senyuman di bibirnya.

Peristiwa pagi tadi bermain-main di mintanya. Wajah gadis yang ditegurnya membuatkan dia tersenyum sendiri. Hari ni sahaja, entah berapa banyak kali entah dia tersenyum sendiri. Mungkin dah terkena penyakit angau agaknya!

‘Isyh! Kenapalah aku tak tanya nama dia tadi? Harap esok aku dapat jumpa dia lagi.’ Menolognya sendiri.

“Hoi! Kau ni dah kenapa? Dari kau balik kerja tadi sampai sekarang aku tengok kau asyik tersenyum je? Menang loteri ke?” Sergah Farhan rakan serumahnya.

Farhan berjalan menuju ke arah kawannya itu sambil memegang mug yang berisi air nesface panas tu. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Hadrah.

“Banyaklah kau punya loteri! Haram tau tak!” Ujar Hadrah sambil merenung tajam kawan di hadapannya itu.

“Tahulah! Aku saje je sakat kau. Kau ada berita gembira ke? Aku tengok kau asyik tersenyum je dari tadi?” Soal Farhan betul-betul dia ingin tahu kenapa dengan kawannya itu.

“Aku meet someone special tadi.” Ujar Hadrah tidak mahu menyorok apa-apa cerita pun dari Farhan.

Senyumannya masih mekar di bibir bila mindanya bermain-main dengan wajah gadis yang ditemuinya pagi tadi. Biarpun gadis itu kelihatan sedikit comot dan kepenatan, namun kemanisan senyumannya mampu membuatkan Hadrah tersenyum sampai ke telinga.

“Someone special? Hurmmm… let me guess? Kau jumpa Taylor Swift, kan?” Soal Farhan teruja.

Hadrah ketawa halus sambil menggelengkan kepalanya. “Bukanlah! Ada Taylor Swift! Tak mainlah.”

Farhan menghirup sedikit air Nescafe yang berada di tangannya. Otaknya ligat memikirkan siapa ‘someone’ tu. “Hurmmm… tak pun Adele, kan?” sekali lagi dia mencuba nasib.

“Weii… aku ni bukan macam kau! Tak minatlah aku dengan artis-artis ni. Cubalah kau fikir logic sikit.” Ujar Hadrah blur pula dia dengan Farhan. Yelah, tekaan kawannya itu memang meleset.

“Okay! Aku give up. Cepatlah cerita kau jumpa siapa tadi?” Soal Farhan benar-benar teruja ingin tahu.

Soalan Farhan tadi berjaya membuatkan Hadrah tersenyum lagi. “Girl from Malaysia.” Beritahunya.

“Really? Student ke? Or dia juga macam kita?” Farhan menghirup lagi air ditangannya.

“Nope! Just for holiday.” Ujar Hadrah sambil melipat lengan baju kemejanya hingga ke siku.

“Siapa nama dia? Dia holiday kat mana je? Tempat penginapan?” Soal Farhan bertalu-talu.

Hadrah hanya menjongketkan bahunya tanda dia tak tahu jawapan bagi soalan-soalan Farhan tadi.

Farhan mengeluh panjang. Dia meletakkan mug yang dah kosong di atas meja. “Laaa… beb! Kata someone special. Nama dia pun kau tak tahu? Jangan-jangan tunang orang! Blahlah dengan special kau tu! Lain kali kau kena rebut peluang yang ada. Tanya nama dia. Single ke? Menginap dekat mana? Cuti berapa lama?”

“Hoi! Bro! Jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan tuhan. Andai betul dia jodoh aku, tak payah nak interview macam-macam jenis soalan, dia sendiri yang akan datang suatu hari nanti. Dahlah. Malas aku nak melayan kau, lebih baik aku mandi.”

Pantas Hadrah bangun dan terus menuju ke biliknya. ‘Betul juga kata Farhan tadi. Kenapalah aku tak ambil kesempatan yang singkat untuk mengenali diri dia. At least, tahu nama pun jadilah. Hurmmm… Kalau jodoh tak ke manalah.’ Bisik hatinya.

Tapi belum kaki Hadrah melangkah masuk ke biliknya, Farhan sudah bersuara lagi. “Hoi! Muhammad Hadrah Haikal, kita ni lelaki bukannya perempuan yang kena tunggu orang datang meminang. Tapi kitalah yang kitalah kena bertindak dulu. Kalau tak melepas!”

Riuh suasana rumah sewa tu dengan gelak tawa Farhan yang meledak bila wajah Hadrah yang sedang menahan geram tu.

Aku berdiri sambil berpeluk tubuh di beranda bilikku. Cahaya bulan purnama yang ditemani dengan bintang yang bertaburan di dada langit mengamit perhatianku. Indahnya cinta Illahi.

Sudah seminggu berlalu, percutian aku kali ni betul-betul melekat dalam kotak memori aku ni. Hurmm.. entahlah! Samaada aku teringatkan percutian ataupun….

Perlahan-lahan senyuman manis terbit di bibirku. Jam ditangan kini menjadi perhatianku. Jam waktu di London memang sengaja aku tak tukar sebab senang sikit aku nak tahu dekat London pukul berapa sekarang. Senanglah aku berkira-kira mamat masa tu tengah buat apa.

Hahahaha… boleh tahan miangkan aku ni?

Aisyemannn… Memang aku dah kena virus jiwa kacau ni!

Ketukan pintu bilikku mematikan senyuman aku tadi. Jelas kedengaran suara mama meminta izin untuk masuk ke dalam kamar tidurku.

“Syaf! Boleh mama masuk?”

“Masuklah, ma. Pintu tak kunci.”

Mama sudah menjengah masuk ke dalam bilikku laju sahaja langkahnya menuju ke arah aku yang sedang berdiri di beranda ni. Mama mengambil tempat di sebelahku sambil melihat bulan dan bintang persis seperti aku lakukan sekarang ni.

“Indahkan sang rembulan? Sentiasa ditemani oleh bintang yang bertaburan. Bulan dan bintang bersinar berkelipan. Saling menceriakan langit malam yang kegelapan. Mereka saling melengkapi antara satu sama yang lain. Kalau bintang sahaja yang ada, langit tak seceria mana. Tapi kalau bintang dan bulan bersatu, pasti ada sinar yang menarik hati manusia untuk melihatnya.”

Aku terus menoleh memandang ke arah mama. Madah mama tadi sungguh dalam maknanya. Mulalah aku buat muka cemberut mentafsirkan maksud mama tadi.

“What do you mean, ma?” Soalku.

Mama juga menoleh memandang wajahku. Kedua-dua belah tangan mama mengusap lembut jari jemariku. “Andai Syaf tahu betapa indahnya sebuah perkahwinan itu, pasti dari awal lagi Syaf melakukan sunnah nabi tu. Banyak ganjarannya, nak. Hidup saling melengkapi antara satu sama yang lain, macam bulan dan bintang.”

“But, ma…. Syaf masih belum bersedia dan perkara yang paling penting, Syaf tak ada calon lagi.” Luahku perlahan.

Syaf juga sudah tinggalkan hati ni di London. Macam mana aku nak berkahwin sedangkan hati aku tertinggal di sana.

“Mama dan papa dah berbincang, kami nak satukan Syaf dengan anak Haji Halim. Keluarga Haji Halim dah datang merisik masa Syaf tengah bercuti di London. Insyaallah, dia dari keturunan yang baik-baik yang boleh membimbing Syaf menuju ke jalan yang diredhai Allah.”

Aku menghembuskan nafas berat sebelum melangkah masuk ke dalam bilik semula. Birai katil menjadi tempatku untuk melepaskan bebanan yang menghimpap di kepala saat ni. Mama hanya membontoti aku lalu duduk di sebelahku.

“Sebenarnya, ma…” kata-kataku terhenti di situ.

Wajah mama menjadi tumpuanku lagi. Perlahan-lahan aku mengalihkan pandangan memandang jari jemari kakiku. Aku kena beritahu mama ke pasal hati aku yang tertinggal ni? Agak-agaknya apa response mama? Hurmmm… aku cuba nasib jelah.

“Apa dia sayang? Syaf tak nak terima lamaran tu ke? Tolong jangan hampakan perasaan mama dan papa.” Ujar mama sayu sambil mengusap bahuku lembut.

“Sebenarnya, hati Syaf dah tertinggal di London. Masa dekat London tu, ada seorang ni dia baik sangat, ma. Dia nak tolong Syaf angkat beg berat yang Syaf bawa tu. Tapi Syaf tolak. Dia orang Malaysia. Kerja dekat sana.” Ceritaku.

Aku merebahkan kepalaku di bahu mama. Lega rasa hati ni bila dapat meluahkan soal hati aku ni. Mama memang seorang yang memahami.

“Siapa nama dia yang berjaya mengambil hati anak mama ni?”

“Entah. Syaf tak sempat tanya.”

Mama membelai lembut kepalaku. “Hurmmm… macam mana Syaf nak selidik tentang diri dia sedangkan nama dia pun Syaf tak tahu? Jangan-jangan dah kahwin, tak? Syaf, buat apalah susah payah kita menyimpan hati pada seseorang yang kita tak pasti adakah dia untuk kita ataupun tidak. Syaf, anggap sahajalah perkenalan Syaf dengan dia yang sekejap tu ibarat angin lembut yang menyapa.”

“Tapi ma, boleh ke Syaf mencintai anak Haji Halim tu sedangkan hati Syaf dah tertinggal di sana?” soalku risau.

“Syaf, bercinta selepas nikah tu lebih best tau! Nak tahu sebab apa? Sebab apa sahaja perasaan kasih sayang yang timbul pada pasangan kita yang sah, insyaallah pasti mendapat keredhaan Allah. Allah tak marah dan Allah tak larang sebab kita dengan pasangan kita tu sudah halal. Malah Allah suka. Tapi ingat, bila kita mencintai pasangan kita tu, jangan perasaan cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah.

Bukan senang zaman sekarang ni nak cari lelaki yang ingin bercinta selepas nikah. Ramai yang nak berseronok je. Akhirnya, bukannya dia nak bernikah dengan pasangan dia tu. Just for fun je. Syaf, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah ditemui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. InsyaALLAH. Bercintalah sampai ke syurga nanti.”

Panjang lebar nasihat mama membuatkan aku tersentuh. Soalan yang sentiasa bermain di mindaku kala ini, Mampukah aku mencintainya dengan sepenuh hatiku? Sedangkan hati aku masih tertinggal di sana.

“Syaf, solat istikharahlah. Insyaallah, di situ pasti akan ada jawapannya. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam….”

“Sallallahu Alaihi Wasallam…” Jawabku.

“Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah kau lewat-lewatkan. Yang pertama, solat apabila telah masuk waktunya. Yang kedua, jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga anak dara apabila ada orang yang melamarnya. Mama yakin, anak Haji Halim ni baik-baik orangnya.”

Mama cuba memujukku lagi.

Aku mengangkat muka memandang wajah tua mama. “Insyaallah, ma.” Jawabku.

“Mama doakan yang terbaik buat kamu. Mama masuk bilik dulu, ye. Banyak-banyakkan berdoa dan minta petunjuk dari Allah. Insyaallah, pasti ada jalan yang terbaik. Selamat malam. Assalammualaikum.”

Aku menyalam tangan mama dan mengucupnya sebelum mama melangkah keluar dari bilik. “Selamat malam, ma. Waalaikummusalam.”

Malam ni adalah malam yang cukup bermakna buat aku. Yelah, kelima-lima kawan aku datang menjengah ‘bakal pengantin’ ni. Esok, tamatlah riwayat status ‘bujang’ dalam diari hidupku.

Dengan siapa aku akan bernikah? Haaa… jangan ditanya sebab aku sendiri tak tahu. Maklumat yang aku tahu, satu sahaja. Aku akan bernikah dengan anak Haji Halim. Yang selebihnya, Lu pikirlah sendiri!

Aku, Raisa, Mira, Tika dan Aida duduk bersila dia atas pemaidani yang terbentang di dalam bilikku yang cantik berhias. Bilik pengantinlah katakan.

“Choy! Lagi tiga hari kau nak kahwin baru kau rojer-rojer kitaorang, ye?” Gerutu Raisa. Laju je tangannya memukul betis aku.

Pangggg!

Dasyatkan sound effect kena pukul dengan Raisa ni?

“Tahulah betis aku ni gebu! Tak payahlah nak pukul-pukul. Mentang-mentanglah aku duduk di sebelah Miss Octupus ni! Tangan tu meliar je memukul orang.” Balasku bernada geram.

Betisku usap lembut. Pedih gila kot!

“Padan muka kau! Tulah, siapa suruh kau berahsia dengan kitaorang. Wei! Kau tahu tak, kau berahsia perkara kecik, tapi kau rahsia yang kau nak kahwin! Gila betullah kau ni!” Tika hanya menyokong perbuatan Raisa tadi.

Memang kelima-lima kawan aku tak tahu yang aku nak kahwin. Tiga hari yang lepas barulah aku rojer diaorang. Hehehehe…

Saje je aku nak buat gimik!

Aku tersengih panjang. “Alaaaa… tak penting pon, kan? Tu yang aku saje rojer korang last minute.”

“Tak penting kau kata? Wei! Kau ni siuman ke tak, Syaf? Kau nak kahwin! Bukannya kau nak keluar masuk lif. Kahwin tu sekali seumur hidup tau. Selepas kau kahwin, status bujang tu akan bertukar menjadi isteri orang. Kau boleh pula tak beritahu kitaorang kawan baik kau sendiri. Ni yang aku nak merajuk dengan kau ni.” Rajuk Aida.

Kawan-kawan aku yang lain tajam memandang wajahku. Sememangnya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan aku ni. Aku pula apa lagi, tayang muka seposen jelah.

“Aku bukannya tak nak rojer-rojer korang, tapi….”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Raisa terlebih dahulu menyampuk. “Tapi apa? Sebab kau memang tak anggap kitaorang ni kawan kau, kan?”

Satu persatu wajah kawanku menjadi perhatianku. Dari wajah Aida, Tika, Mira dan akhir sekali Raisa. Perlahan-lahan aku menunduk.

“I’m sorry. Kalau korang nak jawapan yang sejujur-jujurnya dari hati aku ni, hehehe… aku memang sengaja tak nak rojer korang dari awal. Saje nak buat gempak! Tak sangka pula korang marah. Kalau korang nak jawapan tipu dari aku, errrr….”

“Dahlah, Syaf! Tak payahlah kau bagi jawapan tipu tu. Kitaorang maafkan kau.” Ujar Mira di hadapanku sambil menggenggam tangan kananku.

Aku baru nak mengukir senyuman panjang, si Raisa ni mulalah dia kacau daun. “Tapi…”

Mati terus senyuman aku tadi.

“Tapi apa pula? Korang ni ada pula main tapi-tapi, dah maaf tu, maaf jelah.” Ujarku memang tak puas hati.

“Amboi! Kau ingat senang ke kitaorang nak maafkan kau macam tu je. Kesilapan yang kau buat ni besar tau tak! So, kau kena denda.” Celah Tika.

Tika, Aida, Raisa dan Mira saling pandang-memandang sebelum mengukir senyuman yang penuh maksud tersurat dan tersirat yang tersendiri. Haaaa…. Inilah yang aku tak suka ni. Senyuman diaorang ni misteri nusantara betul!

“Denda? Hurmmm… yelah. Apa dia denda korang tu?” Soalku sambil berpeluk tubuh.

“Denda kitaorang tak adalah susah sangat. Oleh disebabkan malam esok, status kau akan berubah dan of courselah, kau tak boleh lagi lepak-lepak dengan kitaorang lagi…”

“Wait..wait… aku still boleh lepak dengan korang, tapi not always like usual.” Aku memotong kata-kata Aida tadi.

“Whateverlah. Yang penting, kitaorang nak tidur atas katil pengantin malam ni dengan kau. Kita tidur ramai-ramai. Yelah, lepas ni mesti kau akan sentiasa bersama dengan cik abang kau tu….” Aida meneruskan kata-kata yang dipoting tadi.

Tiba-tiba, meladak tawa kuat dari aku sampai meleleh juga airmata aku ni selepas mendengar denda yang dikenakan ke atas diriku.

“Kau apa hal? Ketawa bukan main lagi. Kitaorang denda kau ni.” Gerutu Mira tidak berpuas hati melihat aku tergelak sakan.

“Yelah.. Korang ada hati nak tidur atas katil pengantin. Kau tahu tak, aku yang bakal jadi pengantin ni pon, bukan setakat kepala katil, kaki katil ni pon aku tak boleh duduk tau. Mama awal-awal lagi dah pesan, jangan naik atas katil! Sentuh pon tak boleh! Boleh tengok je. Malam ni tidur bilik tamu!” Kataku sambil menggayakan amaran mama tadi.

Riuh suasana di dalam bilik tu bila kata-kataku tadi disambut dengan gelak tawa dari kawan-kawanku. Lucu bila tengok aku buat gaya ala-ala mama yang tengah beri amaran tadi.

“So, dapatlah kitaorang merasa tidur atas katil pangantin ni?” Soal Aida cuba menahan senak perut akibat terlalu banyak ketawa.

“Dalam mimpi jelah Aida oiiii…”

Tengah syok-syok kitaorang bergelak sakan, tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. Ha… siapa lagi, tak lain tak bukan mamalah tu….

“Syaf, mama masuk boleh?” Soal mama berselang-seli dengan ketukan pintu.

Pantas aku bangun lalu menghampiri pintu. Tombol pintu kuplas dari dalam. Wajah mama yang merah padam seolah-olah menahan marah terpacul di hadapanku. Berkerut wajahku melihat wajah mama yang cemberut tu.

Dah kenapa pula mama ni? Muka macam nak marah je? Wait…wait.. marah? Nak marah aku ke?

Laju je tangan mama mengetap perutku. Aku pun apa lagi, mengaduh kesakitanlah. Wooo… jangan main-main dengan mama punya ketam, ini species badak ketam! Kalau dah kenaaaaa… haaa… memang birulah nampaknya.

“Ma, apa main cubit-cubit ni? Sakitlah.” Kataku sambil tarik muncung.

“Anak dara ketawa sampai bawah boleh dengar! Isyh! Malu mama tahu tak? Orang tengah buat rewang dekat bawah tu, awak yang dara ni duk gelak kuat dekat atas. Nanti tak ada orang masuk meminang baru tau!” Bebel mama sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

Mira, Raisa, Aida dan Tika masing-masing terdiam dan cuba menahan ketawa. Takut kalau terhambur ketawa dekat sini, memang diaorang juga dapat merasa lauk ‘masak lemak ketam’ dari mama. Memang lemak berkrim rasanya.

“Apa yang korang gelakkan sangat ni? Malam ni tidur mana, hurmm Raisa, Mira, Tika, Aida?” Soal mama garang.

Ecececeh! Tak adalah garang mana. Tapi lebih kurang macam seorang penyiasat sedang menyoal pesalah je.

Aku membontoti langkah mama lalu duduk di sebelah Mira. Mama pula duduk bersila di antara Tika dan Raisa.

“Tak apa-apa, mak cik. Hurmmm… kitaorang nak tidur dengan Syaf, boleh? Lagipun lepas ni tak bolehlah Syaf tidur dengan kitaorang lagi.” Jawab Raisa terlebih ramah tu.

“Al-maklumlah, mulai esok, Syaf dah ada bantal peluk sendiri.” Celah Mira pula sambil tersenyum nakal.

Aku pun apa lagi. Like mother like daughter. Laju jugalah tangan aku mencubit paha Mira yang kebetulan memang berada di sebelah aku ni.

“Hoi! Sakitlah!” Gerutu Mira sambil menggosok pahanya yang terasa pijar tu.

Aku hanya buat muka selamba badak je. Padan muka! Tulah, mulut tak ada insurance!

Mama dan kawan-kawanku yang lain hanya menggeleng melihat kami berdua.

“Apa salahnya. Tapi kena tidur dekat bilik tamulah. Bilik ni simpan untuk first night pengantin.” Jawab mama menyakatku.

Nasib baik mama yang sakat. Kalaulah kawan-kawan aku ni. Ha… memang siap aku kerjakan!

Aku buat dengar tak dengar je.

“Mak cik, pernikahan Syaf ni memang buat simple je ke?” Soal Aida sengaja dia ingin tahu.

“Haah, mak cik. Nampak macam simple je. Pelamin pon tak ada. Bukan ke Syaf ni satu-satunya anak mak cik? Kahwin nikan sekali seumur hidup. Tak nak buat meriah sikit ke?” Soal Tika pula.

Aku dan mama hanya tersenyum mendengar soalan itu. Tika, Aida, Raisa dan Mira pula seolah-olah tidak sabar ingin mendengar jawapan dari mama. Ha… kejap lagi akan bermulalah sesi tazkirah pendek dari mama.

“Islam itu mengajarkan kita hidup dalam keadaan sederhana. Kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran kenduri nikah ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain. Cukuplah dilakukan dalam keadaan yang sederhana.

Ha… kalau sentuh bab baju kahwin tu, mak cik dan bakal besan sendiri yang menjahit baju untuk Syaf ni. Sepasang baju kurung kain satin berwarna putih untuk majlis akad nikah esok dan sepasang jubah labuh untuk majlis meraikan tetamu. Biarlah baju tu simple je asalkan tak tabarruj dan tidak mendedahkan aurat. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, ‘Dan janganlah kamu berhias (tabarruj dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah.’” Panjang lebar mama memberi nasihat pada kami.

Kami yang mendengarnya hanya tersenyum diselang seli dengan anggukan tanda faham setiap nasihat yang mama sampaikan.

“Hurmmm… jadi, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam….”

Kata-kata mama terhenti di situ apabila kami menyambut selawat salam ke atas nabi. “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam….” Jawab kami serentak.

“Ambillah sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemulian Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Mak cik doakan, semoga semaian cinta dan majlis Mira, Aida, Tika, Raisa dan Syaf nanti mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang kita cari dan kejar sepanjang menjadi hamba-NYA di dunia ini. Amin.” Sambung mama.

“Amin.” Kami semua menadah tangan mengaminkan doa mama tadi.

“Boleh saya tolong? Beg tu macam berat je? Awak Malaysian kan?” Bisik Hadrah ditelingaku.

Aku yang sedang berehat di anjung rumah sejak tadi tersentak dengan bisikan Hadrah di telinga. Bukan duduk berehat sahaja, tapi aku teringatkan segala kenangan aku sebelum selamat aku diijabkabulkan setahun yang lalu.

Hilang segala kenangan aku sebentar tadi. Fuyooohhh! Lama gila aku teringatkan kenangan lama.

Aku memandang wajah Hadrah yang tersenyum menggoda tu. “Abang, orang Malaysia ke? Sayang tengok macam orang…..” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Hadrah terlebih dahulu menggeletek pinggangku.

“Orang apa, ha?” Soal Hadrah yang masih belum berhenti menggeletek pinggangku.

Meleleh air mataku dek kerana kegelian dan banyak ketawa. “Abangggg! Stop it. Gelilah.”

Hadrah berhenti dari menggeletek isterinya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku. “Sayang buat apa dekat luar malam-malam ni? Tak sejuk ke?” Soalnya.

Sayup-sayup angin malam menampar manja tubuhku yang hanya disaluti baju tidur nipis. Rambutku yang lurus dibiarkan ditiup bayu malam. Sungguh, terasa segar tubuhku. Tenang dan damai!

“Saja. Menikmati keindahan ciptaan Illahi.” Jawabku tanpa menoleh wajah Hadrah, lelaki yang berjaya bertahta dihatiku.

Tangan Hadrah melingkari memeluk pinggangku. Sengaja aku meletokkan kepalaku di dada bidang suamiku. Pelukan Hadrah yang menghangatkan tubuhku yang seketika tadi terasa dingin ditiup angin. Kini, terasa sedikit selesa.

“Sayang…” Panggil Hadrah romantis. Pelukannya semakin erat. Saat romantis begini tidak mahu dibiarkan berlalu terlalu cepat.

“Hurmmm..” Jawabku.

Aku mendongakkan kepalaku untuk melihat wajah tampan yang dimiliki oleh suami aku ni. Janggutnya yang sejempuk itu sudah cukup menenangkan hatiku. Hati yang sentiasa berdegup kencang saat melihat wajahnya.

“Jom kita masuk dalam. Dekat luar ni sejuklah. Tak baik untuk kesihatan.”

Selepas berkahwin, aku mengambil keputusan untuk mengikut Hadrah tinggal di London. Sekali sekala sahaja kami akan pulang ke Malaysia. Rumah yang sederhana besar sudah cukup buat kami berdua melayari bahtera perkahwinan.

“Abang masuk dululah. Sayang tak puas lagi menikmati keindahan ciptaan Illahi ni.” Kataku sambil berpaling memandang bulan dan bintang yang bertaburan.

“Abang pon ciptaan Illahi tau. Malah, abang lebih mendamaikan dan menenangkan daripada bulan dan bintang tu. Lebih baik pandang muka abang yang handsome ni.”Ujar Hadrah yang berbaur cemburu.

Cemburulah tu bila aku pandang bulan dan bintang, bukan muka buah hati aku ni. Haisyhh! Susah betul kalau dapat buah hati yang kuat cemburu ni.

“Taklah. Bulan dan bintang lagi cantik dan tenang daripada muka abang.” Kataku selamba. Sengaja mahu menyakat suami aku yang kuat cemburu ni.

Terus berubah masam wajah Hadrah sebaik sahaja mendengar jawapan dariku tadi. “Yelahkan. Siapalah abang ni. Hidung tak mancung. Pipi tersorong-sorong. Hailah bintang dan bulan, beruntunglah engkau! Isteri aku lebih suka tengok kau dari aku.” Katanya dalam nada merajuk.

Aku cuba berlagak biasa. Padahal dalam hati bukan main lagi mentertawakan suami aku ni. Nasiblah… Bila hati aku ni dah tertinggal dalam hatinya, apa sahaja sanggup aku lakukan.

“Abang tahu tak? Permukaan bulan tu sebenarnya berkawah. Hurmmm… handsome lagi pencuri sayang ni.”

“Siapa pencuri sayang?” Soal Hadrah ingin tahu.

Spontan ketawaku terlepas. Wajah masam Hadrah menjadi tumpuanku. Laju je tanganku mengusap janggut sejemcut miliknya. “Siapa lagi kalau bukan Muhammad Hadrah Haikal. Abang dah lama jadi pencuri tau! Pencuri hati sayang. Sejak dari pertemuan pertama kita di London lagi.”

Hadrah tersenyum lebar. Pipiku diciumnya. “Sayang, jom masuk.” Bisiknya lagi.

Aku tersenyum panjang. Kami melangkah masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya aku sebaik melangkah masuk ke ruang tamu yang gelap gulita tu. Pantas aku menekan suis lampu. Namun hampa bila tiada sebarang respond. Seluruh rumah masih juga gelap.

“Abang, blackout ke?” Soalku sambil mengerutkan wajahku.

Hadrah hanya berlagak biasa. “Takkanlah blackout. Rumah jiran-jiran sebelah terang menderang je. Sayang tunggu sini sekejap, abang naik atas. Check main suis. Mungkin kena tendang.” Katanya.

Baru sahaja kaki Hadrah ingin melangkah, aku terlebih dahulu memeluk lengannya. “Abang, sayang ikut eh?” Soalku.

Fuh! Aku memang takut gelap!

“Tak payahlah. Sayang duduk dekat ruang tamu ni dulu. Abang pergi check sekejap.”

“Tak apalah, bang. Sayang teman. Kalau ada apa-apa dekat atas tu, sayang boleh tolong abang.” Seboleh-boleh aku sembunyikan kelemahan aku ni.

Tapi malangnya, Hadrah memang dapat menghidu.

“Sayang takut gelap,kan?” Soalnya sambil tersenyum nakal.

Dalam kesamar-samaran lampu masih sempat aku melihat senyuman nakal Hadrah tu. “Mana ada!” Nafiku.

“Kalau tak ada, sayang duduk dekat ruang tamu tu. Tak pun, sayanglah yang pergi check main suis dekat atas tu.”

Panjang muncung aku tarik. Terbongkar sudah. Terpaksa jugalah aku mengaku. Karang kena tinggal dekat bawah pula. Lagi aku tak sanggup.

“Yelah.. yelah.. Sayang mengaku memang sayang takut gelap pon. Cepatlah,bang. Check main suis dekat atas tu. Gelap sangat ni.” Makin erat lengan Hadrah kupeluk.

Hadrah ketawa halus sambil mencuit hidungku. “Mengaku pun.” katanya.

Gelakkan akulah tu. Kami sama-sama melangkah menaiki tangga dalam keadaan gelap gulita ni. Perlahan kami melangkah. Takut tersadung di tangga pula nanti. Sebaik sahaja kaki kami menjejaki tangga yang terakhir, tiba-tiba Hadrah melangkah menuju ke bilik, bukan suis utama.

“Abang! Suis utama dengan sanalah. Kenapa abang masuk dalam bilik?” Soalku cuba menghalang langkah Hadrah.

“Abang nak cari touch light. Sayang tunggu sini sekejap.”

Aku memeluk lengggan Hadrah erat. “Tak apalah. Sayang ikut abang.”

Memang taklah kalau aku nak tinggal sorang-sorang dalam gelap ni. Nasib baik ada suami di sisi. Tak adalah aku takut sangat.

Hadrah meleraikan pelukanku. Dia menoleh ke arahku sambil tersenyum nakal. Laju je tangan dia mencuit hidungku. “Sayang abang ni penakut sangatlah.”

Aku memukul dada Hadrah perlahan. “Penakut pun abang tetap sayang juga,kan?” soalku dalam nada merajuk.

Tangan Hadrah memuluk pinggangku. “Merajuk ke? Kalau merajuk, sayang tunggu dekat sini sorang-sorang.” Bisiknya lalu melangkah meninggalkan aku sendiri di belakang.

Isyh! Orang dah merajuk bukan nak pujuk. Dia boleh lari pula. “Abanggggg….” Panggilku mengejar Hadrah yang ingin memulas tombol pintu bilik.

Sekali lagi aku mendapat kejutan yang tidak disangka-sangkakan. Kamar tidurku yang gelap gulita diterangi dengan cahaya lilin yang membentuk hati di tengah-tengah ruang. Aku memandang wajah Hadrah ingin mendapat kepastian.

“Happy anniversary sayang.” Bisik Hadrah menggoda sambil menarik tanganku masuk ke dalam kamar.

Aku tersenyum. “Abang saja blackoutkan rumah,kan?” Soalku ingin mendapatkan kepastian.

Hadrah meletakkan jarinya di bibirku. Segara dia menarik tanganku lalu mendakap erat tubuhku. “I love you, sayang. Thanks sebab sudi jadi isteri abang. Melengkapkan setiap kekurangan dalam diri abang.”

“I love you too, abang. Tak sia-sia sayang tinggalkan hati sayang dengan London masa first time kita jumpa. Siapa sangka, pertemuan kita yang sesingkat itu rupanya ‘salam perkenalan’ dari Allah.” Luahku pula.

Aku membalas pelukan erat suamiku. Terasa damai hatiku kini. Syukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan aku dengan seseorang yang berjaya berada di hatiku saat pertama kami berjumpa.

“Selepas dari pertemuan itu, abang setia menanti di tangga yang sama. Manalah tahu, abang dapat jumpa sayang lagi. Tapi hampa, bila mak abang suruh abang kahwin dengan pilihannya.” Cerita Hadrah.

Hadrah meleraikan pelukan. Pipiku diciumnya.

“Sayang pula dah tinggalkan hati sayang di tangga tu. Tak sangka anak Haji Halim sebenarnya adalah abang. Sayang bersyukur sangat sebab dapat miliki abang.”

Aku melihat wajah tampan Hadrah yang sentiasa menggetarkan hatiku. Walaupun dalam keadaan bilik yang gelap ini dan hanya diterangi dengan samar cahaya lilin, wajah Hadrah tetap tampan di mataku.

“Sayang… abang tidaklah semulia Rasulluh…”

“Abang… sayang juga tidaklah sehebat Siti Khadijah…”

“Abang tidak juga sehebat Nabi Sulaiman….”

“Sayang juga tak secantik Balqis…”

“Sayang… abang tidak setampan Nabi Yusuf…”

“Kasih dari hati sayang tidaklah setulus Zulaikha…”

“Abang tidak seteguh Nabi Ibrahim…”

“Dan sayang tidaklah sekuat Siti Hajar….”

Hadrah memeluk pinggangku erat. Wajahnya hanya seinci dengan wajahku. Setiap hembusan nafasnya juga dapat kurasakan.

“Tapi abang adalah Muhammad Hadrah Haikal yang berjanji akan menjaga dan membimbing sayang menuju ke syurga-NYA. Insyaallah, kita akan bercinta sampai ke syurga.”

“Terima kasih, abang. Sayang juga berjanji akan menjadi pemaisuri di hati abang, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. Hati sayang dah lama berada dalam hati abang, sejak pertemuan pertama kita lagi.”

Aku meletakkan tanganku di dada Hadrah. Ya, selepas pertemuan yang seketika itu, hatiku dah lama tertinggal. Tertinggal di dalam hati insan yang amat kucintai ini.

Tapi aku bersyukur sangat pada Allah sebab Dia menghalalkan hubungan kami sebagai suami isteri terlebih dahulu dan barulah rasa cinta itu semakin kuat bersemadi di dalam hati.

Hadrah mencium dahiku. Tertumpah segala rasa kasih, sayang dan cintaku pada lelaki ini. Tiada lagi insan lain yang boleh bertahta di hatiku. Insyaallah, dia yang pertama dan terakhir.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau berikanlah akan daku dan suamiku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.

Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Sulaiman dan Balqis, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, dan Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar.

Engkau anugerahkanlah kami anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami.

Amin. Menolog hatiku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Alamak! Hati Aku Tertinggal!”
  1. Zahidah says:

    So sweet. Tahniah writter berjaya menghasilkan karya yang menarik. Ada diselitkan dengan nasihat. Alhamdulilah :) Well, jodoh tu semua sudah ditetapkan oleh Allah. So tak perlu risau lah apa jadi pun. Hehehe

  2. Adriyana Shahrizal says:

    Good plot…cinta selepas Kahwin memang
    lebih Hebat dan Diredhai…
    Teruskan usaha untuk cerpen yang lebih
    kreatif dan diluar jangkaan…;D

  3. hana98 says:

    Great ! (Y) Tahniah3.Cerpen yang sangat best,
    seronok n ada diselitkan psl agama
    dn sgt sesuai untuk dibaca. suka sgt sgt sgt
    citer ni ! :D
    “Kalo ada jodoh x ke mana.” =)

  4. Dhira Madina says:

    Hehehehehe,,,
    terima kasih kpd smua pmbca yg sudi membca dan memberi komen yg terbaikk punya utk cerpen saya ni. Nantikan cerpen yg strusnya dr sya.. ^^,

  5. allynur says:

    suka sgt cerpen ni.. sya pn adr citer camni..jumpa seketika di airport, smpi harini hati sya tinggl kt sna .. snyumm jer bca kisah ni cmpur sdih jugklh sbb xdr hepi ending cam shaf ..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"