Cerpen : Miss Miluf

25 November 2012  
Kategori: Cerpen

15,747 bacaan 24 ulasan

Oleh : Orkid Putih

“Hello sis! Lajunya jalan. Nak ke mana tu em?”

Aish! Kacau betullah mamat ni.

“Hello bro! Assalamualaikum wbt.”

Mikail tersenyum sumbing. Ha kan dah kena. Padanla dengan muka kau Mikail. Bisik hati Mikail sementara itu Marissa terus melangkah laju meninggalkan Mikail.

“Waalaikummussalam wbt. Hehehehe… Sis janganlah laju sangat. Kau nak lunch di mana? Aku nak join boleh?”

Langkah Marissa terhenti. Dia berpaling memandang Mikail. Hailah dia ni tak habis- habis nak berkepit. Serius serabut.

“Sorry lah Mikail. Hari ni tak bolehlah sebab aku dah janji nak jumpa kawan. Nanti kau tak selesa pulak.”

“Siapa? Lelaki ke perempuan?” soal Mikail ingin tahu.

“Pondan.” Jawab Marissa. Ringkas dan bersahaja.

Mikail sedikit bengang dengan jawapan Marissa.

***

“Siapa tadi? Apa hubungan kau dengan dia?” soal Mikail. Lagaknya tak ubah seperti dia mempunyai hubungan yang istimewa dengan Marissa. Sedangkan mereka hanya kawan rapat dan tak lebih dari itu.

Kening Marissa bertaut. Ek? Apahal pulak Mikail ni tiba- tiba angin satu badan? Macamlah aku ni girlfriend dia. Bini? Jauh sekali. Dahlah tadi tiba- tiba aje menonong masuk kereta aku. Tak malu betul. Orang tak bagi ikut. Degil! Nak jugak ikut. Lepas tu tiba- tiba nak jadi polis pencen pulak? Malas aku jawab.

***

Malam itu Mikail tidak dapat melelapkan matanya. Kejadian tengah hari tadi masih berlegar- legar di ruang matanya. Lelaki siang tadi memang kacak pada pandangannya. Mikail bangkit dari katil dan menuju ke arah cermin. Dia meneliti setiap pelosok wajahnya.

Ya Allah. Sungguh indah ciptaan Mu ya Allah. Handsome sungguh aku. Jauh lebih handsome daripada lelaki siang tadi. Rugilah kau Marissa kalau kau pilih dia jadi boyfriend kau.

Mikail kembali termenung. Teringatkan pemberian daripada lelaki siang tadi kepada Marissa. Setakat patung anime tu aku boleh carikan untuk Rissa. Susah sangat ke nak dapatkan patung mata bulat tu? Rissa pun satu, beria sungguh senyum meleret sampai ke telinga bila dapat aje patung tu.

Ahhh… hati Mikail menjerit. Tak habis- habis dengan anime dia tu. Dalam kereta pun aku tengok dah cukup penuh dengan patung- patung anime. Perempuan lain suka teddy bear tapi dia? Naruto pun dia layan. Tak faham aku!

Jari Mikail laju menaip mesej. Setelah beberapa saat, butang send ditekan. Message delivered to Miss Miluf.

Marissa yang sedang ralit menonton kartun anime Vampire Knight ketika itu sedikit terganggu apabila mendengar message ringtone daripada handphone Sony miliknya. Dia mencapai handphonenya.

From: Mikail

‘Aku tak peduli walau apa pun hubungan kau dengan lelaki siang tadi. Geng sekutu anime kau ke… boyfriend kau ke… dan apa- apa ajelah. Hujung minggu ni aku masuk merisik. P/S aku tak rasa dia tu boyfriend kau sebab kau mana ada perasaan kat lelaki kan. Kau suka lelaki dalam watak anime aje kan? Nantikan kedatangan aku hujung minggu ini. Assalamualaikum wbt’

Dia ni apahal? Kena sampuk ke apa? Spoil mood aku nak tengok kartun aje. Suka hati aje cakap aku takde perasaan kat lelaki. Belum jumpa yang aku suka mana nak datang perasaan? Lantaklah. Belum tentu betul. Bukan boleh pakai sangat apa dia cakap. Walaupun begitu, jauh di sudut hati Marissa perasaan bimbang tetap ada. Bimbang jika Mikail serius dengan apa yang dikatakannya kerana Marissa langsung belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

***

Sebuah Perodua Viva yang begitu meriah dengan sticker anime fairy tale, naruto, kaichou wa maid sama, midori, dan pelbagai watak anime lagi memasuki pintu utama Kolej PSDC (pahang Skills Development Centre). Marissa memakir keretanya bersebelahan dengan kereta Mikail.

Sampai sahaja di biliknya, telefon office berdering. Hai ni takde orang lain dah. Confirm mamat tu.

“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam wbt. Morning marissa. Tengah hari nanti lunch dengan aku nak?” ajak Mikail.

“Ok. Morning. Kat mana? Cafe? Em. Ok. Waalaikumussalam.”

Tengah hari. Di kafeteria. Suapan demi suapan memasuki mulut Mikail. Tiada lagi leteran atau rajuk seperti semalam. Marissa berasa agak pelik dengan perubahan rakan karibnya itu. Biasanya mahu 2, 3 hari juga nak baik. Marissa teringatkan SMS semalam sekaligus membuatkan seleranya mati.

“Mikail.” Lembut nada Marissa memanggil nama Mikail.

Mikail yang sedang khusyuk menjamu selera mendongak. Dia menjongket keningnya seolah- olah menjawab panggilan Marissa. Ya.

“Mesej kau malam tadi. Em. Betul- betul serius ke?” soal Marissa. Hatinya dipagut bimbang. Mahu tak bimbang. Bestfriend aku tiba- tiba nak jadi laki aku? Kerja satu tempat. Dia lecturer dan aku pun lecturer. Tempat parking pun sebelah menyebelah aje. Tak ke jemu nanti?

Mikail buat muka blur dengan mata terkebil- kebil. Sengaja buat tidak faham dengan soalan Marissa. Betul- betul dengan serius bukan ke sama maksud? Rissa oh Rissa. Macam mana boleh jadi lecturer ni? Bisik hati Mikail.

“Mesej apa?” Anak mata coklat itu merenung serius wajah bujur milik Marissa. Marissa lega dan tersenyum senang.

“Takde apalah.” Jawab Marissa. Aku dah agak dia main- main aje. Fuh lega aku.

Mikail menahan gelak melihat reaksi Marissa itu. Nak tahu betul ke tak tunggu ajelah hujung minggu nanti. Hehe.

***

Malam hujung minggu.

“Umi! Kenapa umi terima lamaran Mikail tu?” Marissa mengekori uminya. Ke mana sahaja uminya pergi akan dituruti.

“Ish Rissa ni. Cuba bawa bertenang. Duduk. Rimas umi tahu tak? Dari tadi ikut ke mana sahaja umi pergi. Kalau tolong umi masak kan bangus.”

Marissa tidak mempedulikan leteran uminya. Soalan yang sama dilontar buat kesekian kalinya.

“Umiku sayang… kenapa umi terima lamaran Syed Muhammad Irsyad Mikail tu? Rissa belum sedia lagi nak kahwin.”

“Kak Rissa oi! Nak tunggu akak ready alamatnya lambatlah adik nak dapat anak saudara.” Celah adiknya diiringi ketawa kecil.

Eh? Bila masa budak ni masuk dapur? Sedar- sedar aje mencelah perbualan aku. Nasib baik ada seorang adik aje. Kalau tak, mahu penuh dapur. Semua sibuk nak mencelah agaknya.

“Wow. Hebat sungguh Marina cenonet (kecil) ni berkata- kata. Apa kata adik ajelah yang kahwin dengan abang Mikail tu ok tak?”

“ish akak ni. Tak dapat maa. Adik baru darjah 5. Ala… apa salahnya akak………”

Belum sempat Marina menghabiskan ayatnya. Aku mencelah. malas bagi chance dia berceloteh.

“Tahu pun baru darjah 5. Dah tu menyibuk kat sini buat apa ha? Pergi main jauh- jauh.” Leterku.

Marina mencebik dan berlalu ke ruang tamu. Marissa kembali berpaling memandang uminya yang sedang memotong sayur sawi. Dia tiada mood untuk membantu uminya malam itu.

“Tak payah nak pandang umi macam tu. Umi terima sebab Rissa dah kerja, dah besar, dah boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan yang paling penting dah layak nak bagi umi cucu. Wah tak sabarnya umi.” Bercahaya mata dan wajah Puan Asyikin ketika menyebut perkataan cucu.

“Tapi umi… Rissa kawan aje dengan Mikail tu.” Luah Marissa.

“Umi Tahu. Tak salahkan umi terima. Kalau dia anggap Rissa kawan tak mungkinlah sampai datang merisik. Lagipun Rissa tu tak habis- habis dengan apa nama tu? Ish apa nama benda tu…?”

“Anime.” Jawab Marissa. Ringkas.

“Ha anime tu. Sampai bila? Macam budak- budak. Dalam bilik tu penuh dengan patung- patung tu. Haih… sanggup menghabiskan masa mencari patung- patung tu daripada cari calon menantu untuk umi. Mikail pun baik. Sebulan lagi dapat menantulah umi. Lepas tu dapat cucu. Bla…bla…bla…”

“Yalah umi…” huuuuuuuuuhhhhh…. Marissa mengeluh panjang. Kalaulah walid masih ada mesti walid backup aku.

***

“Hello Miss Marissa! Angin takde ribut takde tiba- tiba gempar satu kolej. Sejak bila tu. Rasanya kawan aje. Tup tup nak kahwin dah? Ce cite ce cite.”

Zarina rakan sekerja merangkap teman sebilik Marissa menunggu jawapan dari Marissa dengan penuh minat sambil kedua- dua tangannya menongkat dagu.

Ek? Aku tak tahu pulak ada usop wilcha (wheelchair) kuasa dua kat sini?

“Kau ni Zarina pagi- pagi lagi dah tanya soalan cepumas tu. Eh tengok tu. Kau pakai contact lens lagi? Kan aku pernah cerita kat kau. Haram.”

“Hak alah kau ni. Alih topik pulak. Aku tak mintak kau komen lens aku ni. Mana kau tahu haram hah? Ah tak kisahlah. Cepatlah cerita kat aku. Tak sabar ni. Sejak bila Rissa?”

Marissa memang sengaja mengubah topik perbualan tapi tentang contact lens itu dia pernah terbaca satu artikel di dalam majalah al- Islam yang mengatakan haram digunakan jika bukan kerana rabun. Tambahan pula yang berwarna- warni tu.

“Sejak bila ya? Sejak azali lagi. Sebelum aku lahir ke dunia lagi. Allah tentukan jodoh aku bersama Syed Muhammad Irsyad Mikail. Ok sekian terima kasih. Jemput datang nanti ya.” Terang Marissa bersama senyuman lebar. Dan Zarina? frust menonggeng kerana tidak dapat tahu cerita sebenar.

“Aku gurau aje. Nantilah aku cerita. Aku ada kelas ni. Assalamualaikum.” Sambung Marissa lagi.

Wajah Zarina kembali ceria. Waalaikumussalam. Dia memandang tempat Marissa. Mereka berkongsi bilik memandangkan bilik mereka agak besar daripada lecturer yang lain. Hailah kawan aku ni. Penuh dengan patung- patung anime. Dari yang besar sampailah yang besar ibu jari dia bawa ke office. Nasib kaulah Mikail.

***

Eh? Umi nak bawa ke mana semua koleksi anime aku tu?

“Umi? Kenapa umi simpan semua koleksi anime Rissa dalam kotak? Nak bawa ke mana umi? Kenapa umi? Kenapa?”

Bertubi- tubi soalan Marissa. Bagaikan M16 yang telah disetkan kepada auto menembak tanpa henti. Puan Asyikin hanya tersenyum manis dan menjawab…

“Nak hias bilik pengantinlah. Dah kahwin nanti tak perlulah bertemankan patung ni lagi.”

Tidaaaaaaaaaakkkkkkkkk!!!!!!! Saat itu Marissa merasakan seperti ada sebiji batu besar menghempap seluruh tubuhnya. Debuuummm!

“Eh takpe umi. Takpe. Biar Rissa saja yang kemas nanti. Rissa rasa Mikail tak kisah dengan semua ni.” Marissa cuba merebut kotak di tangan Puan Asyikin.

Mata Puan Asyikin mencerlung memandang wajah anak sulungnya itu.

“Eh budak ni. Dah nak jadi isteri orang pun perangai macam budak- budak lagi. Dah pergi buat kerja lain. Banyak lagi kerja lain Rissa boleh buat.”

Marissa yang melihat mata dan wajah uminya yang bila- bila masa sahaja akan bertukar kepada hulk terus terdiam dan melangkah longlai meninggalkan umi bersama misinya itu.

***

Seharian melayan tetamu yang hadir membuatkan Marissa berasa sangat letih. Namun begitu, perasaan letih itu langsung tidak menghalangnya untuk mengangkat kembali segala koleksi anime yang telah dibawa keluar oleh uminya. Mikail hanya memerhati Marissa yang mengangkat satu persatu kotak ke dalam bilik mereka.

“Nak buka hadiah malam ni jugak ke?” soal Mikail.

Marissa yang baru sahaja berjalan keluar bilik untuk mengangkat koleksinya yang terakhir, berhenti.

“Tak lah. Ini semua koleksi anime aku. Umi angkat semua keluar sebab nak hias bilik. Ni dah settle semua, aku bawa masuk semulalah.” Terang Marissa dan berlalu keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian dia kembali membawa koleksinya yang terakhir, sebuah patung naruto. Saat itu, membulat mata Mikail. Mak ai! Besarnya. Mikail ternyata terperanjat dengan saiz patung naruto itu yang sama tinggi dengannya dan membuatkannya hilang sabar apabila Marissa meletakkan patung itu di atas katil. Marissa berasa lega kerana biliknya sudah kembali seperti sediakala. Cuma tinggal nak susun aje.

“Rissa… kalau Rissa letak patung naruto tu di situ. Kat mana abang nak tidur?”

Abang? Abang? Biar betul. Aku salah dengar ke? Marissa menghampiri Mikail. Dahi Mikail disentuh. Ok aje. Tak panas pun. Mikail menepis lembut tangan Marissa. Dia tahu kenapa reaksi Marissa begitu. Marissa mesti pelik kerana dia tidak lagi membahasakan dirinya aku seperti sebelum ini.

“Abang? Kenapa tiba- tiba abang pulak ni? Pasal tempat tidur kau jangan susah hati. Kau boleh tidur kat sofa tu. Cantik tak sofa aku?”

Mikail memandang sofa yang dimaksudkan Marissa itu dan kembali memandang Marissa yang sedang tersengih macam kerang busuk. Mikail tersenyum nakal.

“Emm… memang patut pun Rissa panggil abang sebab kita dah kahwin. Rissa pun muda 3 tahun daripada abang kan. Rasanya hari ni naruto kena tidur kat sofa lah sebab abang nak tidur dengan isteri tersayang malam ni. Hehehe”

Mikail membawa naruto ke sofa dan dalam sekelip mata sahaja diambil oleh Marissa dan diletakkan kembali di atas katil. Sabar Mikail. Sabar. Tarik nafas lepas. Tarik… lepas… tarik dalam lagi… lepas….huuuuuuhhhhh………….

“Ok takpelah. Rissa ada gunting tak? Pinjam jap.”

Berkerut dahi Marissa. Gunting? Tiba- tiba aje minta gunting. Marissa berjalan menuju ke sebuah almari dan mengambil gunting yang tersimpan di dalam laci. Dia kemudiannya menghulurkan gunting tersebut kepada Mikail dengan wajah yang penuh tanda tanya. Mikail menghampiri naruto dan…

“Tidaaakkk… jangan! Aku tak benarkan. Kau tak boleh buat macam tu!” Tercungap- cungap Marissa mencari oksigen akibat larian pecut untuk menyelamatkan ‘kekasih hatinya’.

Tubuh Marissa yang melindungi patung naruto menyukarkan Mikail untuk meneruskan aktivitinya. Akhirnya Mikail mengalah.

“Ok. Kalau tak nak abang gunting telinga dia, Rissa kena alihkan dia ke sofa tadi. Kalau tidak…”

Sekelip mata naruto telah pun berada di atas sofa.

“Wow! Bagusnya isteri abang ni. Bertindak mengikut arahan. Dan lagi, Rissa kena panggil abang. Tiada lagi ‘aku kau’. Setuju? Kalau tak setuju…”

Mikail mengugut Marissa dengan menunjukkan gunting yang berada di tangannya itu. Hati Marissa memberontak. Ish apa ni main paksa- paksa pulak.

“Tak boleh! Aku tak boleh panggil kau abang!. Kita kan kawan aje. Aku belum bersedia lagi nak kahwin. Kenapa kau pilih aku jadi isteri kau?” Luah Marissa. Mikail tersenyum.

“Sebab abang suka Rissa. Sejak Rissa mula kerja di kolej lagi. Nak tunggu Rissa sedia? Jadi antertu lah abang. Setiap masa dalam kepala tu ingat anime aje. Dalam bilik ada patung, dalam kereta ada patung, macam mana malaikat nak masuk? Kunci kereta pun… bla… bla… bla…”

Marissa sudah mula menguap. Mengantuk + letih. Dia ni aku rasa tadi aku tanya satu soalan aje. apahal panjang lebar dia punya jawapan? Luahan perasaan daripada Mikail langsung tidak memberi kesan kepada Marissa. Kerana terlalu taksub dengan anime membuatkan hatinya tiada perasaan untuk mana- mana lelaki.

Ya Allah. Dia tidur? Membazir air liur aku aje bercakap. Tubuh Marissa digoncang perlahan.

“Rissa! Bangun. Tak payah nak buat- buat tidur. Bangunlah. Selagi Rissa tak panggil abang jangan harap boleh tidur.”

Marissa sedikit bengang kerana tidurnya diganggu. Baru sahaja matanya terlelap sudah diganggu oleh Mikail.

“Apa? Aku tak naklah. Aku tak nak panggil kau abang. Eh! Tidurlah. Kau tak penat ke?”

“Ok fine. Tak nak panggil abang takpe. Jangan menyesal.” Mikail memberi amaran.

Beberapa saat kemudian. Bulat mata Marissa memandang Mikail.

“Syed Muhammad Irsyad Mikail!!!!!”

***

-Selepas 7 minggu-

“uwaaaaaaaa…sob…sob…sob…isk…isk…isk…..”

“Cik Marissa. Agak- agaklah. Perlahan sikit menangis tu. Malulah. Kalau student masuk nak jumpa kau atau aku nanti macam mana?” bebel Zarina.

Tangisan Marissa semakin reda. Setuju dengan apa yang dikatakan Zarina itu. Zarina menghulurkan sekotak tisu kepada Marissa.

“Salah kau jugak Rissa. Sebab dia gunting telinga naruto kau tu sampai dekat 2 bulan kau tak nak cakap dengan dia. Bila dia keluar dengan perempuan lain pandai pulak kau cemburu. Aku ingat kau takde perasaan langsung kat Mikail tu.” Sambung Zarina lagi.

Wajah Marissa mencuka. Kawan aku seorang ni pun bukannya nak tolong aku. Tolong membebel bagi kepala aku lagi kusut adalah.

“Zarina! Cukuplah. Mana ada aku tak nak cakap langsung dengan dia. Aku cakaplah cuma tak macam selalu. Untuk pengetahuan kau Zarina kalau aku takde perasaan langsung pada Mikail tu. Awal- awal lagi aku dah lari sebelum kahwin. ”

Ternganga mulut Zarina mendengar pengakuan rakannya itu. Tapi cuma untuk seketika. Panjang tangan Marissa menutup mulut Zarina.

“Tutuplah mulut tu. Aku belum habis cakap lagi. Aku sayang dia dan hormat dia sebagai kawan aku. Kalau tak dah lama aku cabut sebelum kahwin. Kejadian tengah hari tadi buat aku sedar yang aku sayang dia lebih dari sebagai kawan. Siapa agaknya perempuan tadi? Zarina, tolanglah aku. Apa aku patut buat? Rayu Marissa.

***

Idea kau memang bernas Zarina. Tapi sekarang satu badan aku ketar. Berpeluh- peluh dahi Marissa. Cepatlah. Cepat. Ini mesej dari mama. Yang ini kak long. Ni kak ngah. Ah semua daripada famili dia. Ha! Senarai panggilan. Cepat. Cepat. Caiyok Rissa. Ek? Miss Miluf. Miss Miluf. Miss Miluf lagi? Banyaknya nama dia. Belum sempat Marissa mengambil nombor Miss Miluf itu, Mikail masuk ke dalam bilik.

Apahal sampai berpeluh- peluh ni? Takkan jogging dalam bilik kot. Mikail mendongak memandang siling. Oh patutlah. Suis kipas ditekan.

Eh? ketara sangat ke. Marissa mengelap peluh di dahi dengan tangannya sambil memerhati Mikail yang sedang mencari- cari sesuatu. Jangan cakap yang dia cari handphone.

“Rissa ada nampak handphone abang tak?”

Haa sudah. Dia cari handphonelah. Marissa menggeleng laju. Mikail yang terpandangkan handphone miliknya berada di tangan Marissa, tersenyum. Dia mengambil handphonenya daripada Marissa.

“Ni apa? Em?” soal Mikail. Kantoi sudah.

“La… handphone kau ke? Aku ingat handphone aku tadi. Silaplah. Macam mana boleh silap ni. Hehe.” Jawab Marissa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malunya. Wajah Marissa berubah warna. Malu.

***

Mikail memandang sepi makanan tengah hari yang terhidang di depannya.

‘Jangan cari aku!’

Nota yang ditinggalkan Marissa pagi tadi merunsingkan Mikail. Apa maksud dia? Awal pulak tu pergi kerja. Sejak kahwin mana pernah dia pergi kerja sendiri. Call tak jawab.

“Hai Mikail. Termenung jauh Nampak. Kenapa Marissa tak datang kerja hari ni? Dia sihat tak?”

Mikail berpaling memandang Zarina. Laju.

“Dia tak datang kerja ke? Kau memang tak jumpa dia langsung hari ni?” soal Mikail.

Zarina mengangguk mengiakan pertanyaan Mikail. Ini mesti tentang semalam. Bisik hati Zarina. Anggukkan Zarina itu membuatkan hati Mikail semakin bimbang.

“Aku gerak dululah. Tolong inform kepada bahagian admin aku half day hari ya. Thanks.”

Zarina mengangkat 3 jari dan mencantumkan jari telunjuk serta ibu jarinya memberi isyarat ok.

***

Di rumah umi takde. Rumah mama pun takde. Kemana dia pergi? Satu tempat sahaja lagi. Hopefully dia ada di sana. Setengah jam kemudian. Alhamdulillah. Senang bagi Mikail untuk mengecam kereta milik Marissa yang begitu meriah itu.

Mikail menghampiri isterinya yang sedang ralit termenung melihat Pantai Sepat. Pinggang isterinya dirangkul dari belakang. Marissa yang terperanjat dengan rangkulan itu terus menyiku perut Mikail. Mikail mengaduh kesakitan.

“Ya Allah. Mikail. Kau buat apa kat sini. Sorry. Kau ok tak?” soal Marissa. Bimbang.

“Nasib baik tak kuat. Kalau tak, berlubang perut abang.” Senda Mikail.

Marissa mencebik. Melampaulah kalau sampai berlubang. Macamlah siku aku ada mata pisau.

“Kenapa tak pergi kerja em?” soal Mikail. Lembut.

“Siapa perempuan semalam? Dan siapa Miss Miluf tu?” soalan Mikail langsung tidak diendahkan.

Berkerut dahi Mikail. Perempuan semalam? Memori Mikail bekerja keras mengingati setiap kejadian semalam tetapi gagal.

“Bila? Perempuan mana?”

Soalan Mikail membuatkan Marissa semakin sebak. Matanya sudah berair. Sampai hati. Tipulah kalau kau tak ingat. Rintih hati Marissa.

“Ada. Kau lunch dengan dia semalam. Patutlah seminggu ni kau tak bagi bunga lagi untuk pujuk aku.” Luah Marissa dengan linangan air mata.

Mikail cuba mengesat air mata Marissa tetapi tangan Mikail ditempis kasar. Hai merajuklah pulak. Macam mana aku nak bagi bunga kalau poket dah hampir kering. Tunggu gajilah Rissa oi. Bunga hidup. Mahal tu. Pasal perempuan tu. Perempuan mana ya? Takkan Suraya? Semalam dengan dialah aku lunch.

“Ok abang dah ingat. Perempuan semalam tu Suraya. Sepupu abang. Takkanlah Rissa dah lupa. Dia ada datang masa majlis kahwin kita. Abang ajak Rissa lunch sekali Rissa tak nak.” Terang Mikail. Tenang.

Patutlah macam kenal. Betullah memang sepupu dia. Apalah aku ni. Membazir air mata aku aje menangis semalam. Haha. Marissa tersenyum lega tapi hanya seketika senyumannya mati.

“Habis tu Miss Miluf tu siapa pulak?”

Soalan Marissa membuatkan Mikail tersenyum nakal. Teringat kejadian malam tadi. Tertukar handphone konon.Haha. Patutlah berpeluh- peluh semalam. Bini aku ni harap aje lecturer. Dah 25 tahun hidup. Cukup matang dah tapi nombor sendiri pun tak kenal.

“Rissa. Maafkan abang. Miss miluf tu kekasih abang. Takde siapa boleh ganti dia. Abang sayang dia. Tapi kalau Rissa tak bagi abang berhubung lagi dengan dia. Apakan daya. Nah. Ambillah handphone abang ni dan call dia.” Mikail buat muka sedih.

Amboi. Sedih benar gayanya. Marissa menyambut huluran handphone daripada Mikail. Nombor Miss Miluf didail. Kerana cemburu yang menguasai diri membuatkan Marissa langsung tidak perasan bahawa itu adalah nombor miliknya.

Tak jawab pun. Jawablah. Panas hati betul. Kenapa tak jawab ni? Mikail mencuit bahu isterinya.

“Apa kau ni? Kacaulah. Takut aku tengking kekasih hati kau tu ke?” bentak Marissa.

“Handphone Rissa ada panggilan.”

Marissa memandang skrin handphone miliknya, MIKAIL. Dahi Marissa berkerut. Bukan ke aku tengah call Miss Miluf. Tapi ni…? Marissa memandang Mikail yang tersenyum nakal. Jadi maknanya Miss Miluf ni…

Mikail mengangguk seolah- olah mengerti apa yang bermain di fikiran Marissa.

“Kenapa Miss Miluf?”

“Kenapa? Nak tahu?” soalan Marissa dibalas dengan soalan dan Marissa mengangguk laju.

“Panggil abang dulu.” Gesa Mikail.

Haish. Apa punya kemaruklah nak aku panggil dia abang. Boleh jadi sebab dia anak bongsu kot. Layan ajelah.

“Hmm. Abang… kenapa Miss Miluf?”

Mikail tersenyum puas mendengar panggilan itu.

“Marissa I Love U Forever.”

Dia ni! Aku serius. Main ayat jiwang karat pulak.

“Seriuslah…” pinta Marissa.

“Laa abang seriuslah ni. Lurus betul isteri abang ni. M stand for Marissa. I stand for…..”

“Ok dah faham. Abang… Maafkan Rissa. Disebabkan abang gunting telinga naruto sampai dekat 2 bulan Rissa tak hiraukan abang. Padahal suami lebih penting daripada semua tu.”

“Takpe. Abang dah lama maafkan.” Mikail memandang Marissa dengan pandangan yang redup. Dan Marissa? Malu.

“Eh abang tengok tu! Cantikkan?” ujar Marissa sengaja mengalih perhatian Mikail.

Mikail memandang arah yang ditunjukkan Marissa. Suasana matahari terbenam. Mikail kembali memandang wajah Marissa.

“Ya cantik. Sangat cantik.” Ujar Mikail.

“Eh! Bukan Rissa lah. Tu. Pandang depan.”

Kedua- dua tangan Marissa memegang pipi Mikail dan memusingkan wajah Mikail supaya memandang arah matahari terbenam. Marissa memaut lengan Mikail dan melentokkan kepalanya di bahu Mikail. Mikail tersenyum senang dan merangkul pinggang isterinya. Keduanya tersenyum bahagia menikmati suasana matahari terbenam. -TAMAT- (TQVM kerana baca sampai tamat ~Orkid Putih~) ^,^v




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Cerpen : Miss Miluf”
  1. anime freak says:

    otaku?

  2. Afrina says:

    Otaku betul si Marissa ni . xD
    btw , great story :D

  3. mosquito says:

    7minggu ke 7bulan cik/puan writer?

  4. Orkid Putih says:

    Mosquito –> 7 minggu / hmpir 2 bulan :-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"