Cerpen : Sakit Keranamu

18 November 2012  
Kategori: Cerpen

14,538 bacaan 27 ulasan

Oleh : NsyahirahA

“Can I sleep on your chest?”

“Hmmm….”

Nur Syakirah bermain-main dengan rambut suaminya, Danial Ikram yang sedang termenung di atas dadanya.

“Lusa abang dah nak pergi.”kata Syakirah.

“Hmmmm….”

“Abang akan call Ira kan?”

“Hmmmm…”

“Abang ni,asyik hmmm…je. Jawab la betul-betul.” Geram pula Syakirah apabila suaminya seperti endah tak endah sahaja menjawab pertanyaannya. Syakirah terus bangun daripada posisi baringnya.Danial mengangkat kepalanya.”Tengok la dulu. Austria tu jauh. Kadang-kadang bukannya dapat call pun.”

“Hmmmm…” Syakirah berbaring kembali manakala Danial merebahkan kepalanya ke atas dada Irah.

“There’s something I want to tell you.” kata Syakirah

“What?” tanya Danial.

“Not now.” Akhirnya mereka berdua tertidur dalam keheningan malam.

Keesokan paginya…

“Danny,where are you?” Syakirah terpisat-pisat bangun. Danial sudah tidak ada di sebelah. Syakirah lantas bangun daripada katilnya untuk mencari Danial.

“Danny…Danial…abang kat mana ni?’ Syakirah membuka pintu tandas, tiada. Syakirah berasa hairan lalu dia terus berlari ke ruang tamu.Dia mencari di seluruh rumahnya. Tiada. Syakirah terduduk. Tangannya menekup mulutnya.Air mata berjujuran jatuh membasahi pipinya.

“Abang tipu.Abang kata,abang pergi esok.Kenapa abang tak kejut Ira?” teresak-esak Syakirah menangis.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..

Danial sentiasa melihat gambar isterinya di dalam I-Phone 4s. Maafkan abang, sayang.Bisik hati kecilnya.

Di rumah…

Adila mengusap belakang Syakirah yang sedang menangis teresak-esak.”Sabarlah Sya. Mesti ada sebab tertentu kenapa Danial tinggalkan kau macam itu je.Dia sayangkan kau kan?”

“Tak!Dia dah tak sayangkan aku! Kalau betul kenapa dia tinggalkan aku tanpa berita?Dia janji nak jaga aku,dia tak nak tinggalkan aku.” Adila sangat bersimpati dengan nasib rakannya itu.Dia hanya mampu mengeluh lemah.

“A..Aku ingat nak beritahu dia tentang anak dalam kandungan aku hari ni.Hari ini kan hari jadi D..Danial ta..tapi benda ni yang jadi.” tersekat-sekat Syakirah bercakap.

“Kau sabar ok?Aku kan ada.”Adila terus memberi kata-kata semangat kepada Syakirah.

Lima tahun berlalu…

Sudah penat Danial pusing di seluruh kompleks beli belah ini.Tak ada satu pun yang dia berkenan untuk dihadiahkan kepada isteri yang amat dirinduinya.’Lovely Day’. Danial terpandang papan tanda sebuah kedai yang bertemakan warna magenta dan ungu. Dia masuk ke kedai tersebut.

“Ibu…Ibu cepatlah.Comel angat bebear tu.”Izan menarik skirt labuh ibunya.

“Sabarlah sayang.”Syakirah tersenyum melihat keletah anaknya yang berumur lima tahun itu. Izan terus berlari ke rak yang menempatkan patung beruang. Tiba-tiba,Izan jatuh terduduk apabila terlanggar seseorang. Syakirah yang melihat anak kesayangannya itu jatuh,terus cepat-cepat berlari anak ke arah Izan sambil tersenyum kecil. Dia mengangkat anaknya yang monyok kerana terjatuh itu lalu meminta maaf kepada pemuda yang dilanggar anaknya itu tanpa melihat wajah pemuda tersebut.

“Minta maaf ya encik.”

“Tak apa.”

Terus Syakirah mendongak untuk melihat wajah pemuda tersebut.Tetapi senyuman Syakirah pudar dan dia tergamam melihat pemuda tesebut. Pemuda itu tersenyum lebar melihat Syakirah yang berada di depan matanya.

“Ira…Ira buat apa kat sini?” soal Danial. Syakirah menelan air liurnya lalu dia mengangkat Izan dan berlari keluar dari kedai tersebut.Danial terkejut.

“Ira!” jerit Danial memanggil Syakirah lalu mengejar dia. Syakirah berlari pantas keluar dari kompleks beli-belah tersebut dan menahan teksi. Izan menangis.Danial semakin hampir tetapi tidak sempat mengejar Syakirah yang sudah pergi dengan teksi tersebut.

Di dalam teksi…..

“Nak ke mana,cik?”

“Taman Seri Indah.” Syakirah termenung sendirian selepas memujuk anaknya berhenti menangis.

Syakirah termenung mengenangkan peristiwa petang tadi. Dia dah balik? Sejak bila? Tapi, kenapa? Ah!Buat penat aku fikir je.Bukannya dia dapat cari aku.Dia tak tahu aku dah tinggal kat sini. Tapi…macam mana kalau tadi dia ekori aku? Syakirah berlari ke tingkap dan menyelak langsir. Tak ada apa yang mencurigakan pun.

Semenjak pemergian Danial, Syakirah terus pindah dari banglo Danial dan pindah ke rumah berkembar di Taman Seri Indah yang disewa. Takkan la nak beli terus kot rumah tu.Gila bapak mahal. Dah la time tu tak pandai urus duit lagi. Tapi alhamdulillah, sekarang ni dah dapat uruskan diri sendiri dan Izan.

Danial asyik berfikir seorang di meja makan. Kenapa dia lari daripada aku? Kenapa dia macam terkejut tengok muka aku? Muka aku teruk sangat ke?Danial mengalihkan mukanya ke kanan untuk melihat cermin yang digantung pada dinding berdekatan dengan meja makan. Hish,hensem je. Lagipun aku senyum masa tu dan…….siapa anak yang langgar aku tadi. Takkan la…..

“Warghhhhh!!!!Makan budak!!”

“Astagfirullahhala’zim. Mak Senah ni, buang tebiat ke apa. Nasib baik orang tak ada sakit jantung tau!” Mak Senah ketawa besar melihat wajah tuan mudanya yang cemberut tu. Nasib baik hensem macam Daniel Henney.

“Tak adala. Kamu tu yang asyik termenung sorang-sorang.Hah !Lepastu kelebek muka kat cermin.Kamu tu yang buang tebiat.”kata Mak Senah dengan loghat Kedahnya yang tidak berapa asli sangat.

“Hish.Saya tengah fikir pasal Syakirah ni.” kata Danial

“Ha! Tu la kamu. Ada bini yang baik, cantik, bersopan pulak tu, kamu tinggalkan. Hah! Tu lagi satu buang tebiat. Walaupun makcik balik kampung masa Syakirah keluar dari rumah ni dan tak tahu kesahihan cerita kamu, makcik tetap rasa kamu yang salah.” lancang sahaja mulut Mak Senah berkata. Ish orang tua ni. Aku tengah susah ni,dia tambahkan rasa bersalah pulak kat aku. Dah tu, asyik bercakap pasal buang tebiat. Hati Danial berkata.

“Mak Senah,saya tahu la saya yang bersalah tapi…”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Baik kamu pergi melutut minta maaf kat dia daripada kamu fikir panjang-panjang lagi. GO! GO!” Mak Senah terus berlalu ke dapur sambil menyanyi kecil lagu ‘Got to Go’ nyanyian Najwa yang didengarinya tengahari tadi.Mak Senah ni walaupun dah tua tapi masih berjiwa muda. Danial hanya mengeluh sambil menongkat dagu di meja.

“Orang tua ni bagi idea boombastic punya.”

“Mak Senah dengarrrrr!” jerit Mak Senah yang sedang mencuci pinggan. Aik?Aku ingat aku cakap perlahan je. Telinga Mak Senah power la.

Keesokan paginya….

Syakirah sedang menyiram pokok bunga jirannya kerana jirannya pergi ke luar negeri buat beberapa hari. Dia menggunakan paip getah untuk menyiram pokok-pokok. Dia berpusing ke belakang.

“Warghhhhhh!!” Syakirah terjerit apabila Danial tiba-tiba berada di belakangnya. Air daripada paip getah yang masih belum ditutup tersembur ke muka Danial. Danial menghembus air yang hampir masuk ke dalam mulutnya lalu tersenyum sinis.

“Ma..macam mana awak boleh ada kat sini?” tanya Syakirah.

“Dengan kereta.” selamba Danial berkata sambil menunjukkan BMWnya di luar kawasan rumah Syakirah.

“Itu saya tahulah tapi…”

“Pintu pagar tak berkunci.” Ish.Aku tak tanya apa lagi,dia dah jawab.

“Macam mana awak boleh tahu saya tinggal di sini?”

“GPS.”

“Hah?”

“Tak la. Orang upahan.”

“Ooooo.” Ish,macam mana aku boleh tersembang dengan dia ni? Fikir Syakirah. Syakirah pergi ke pili paip untuk menutup air. Danial mengekori Syakirah. Ish dia ni,ikut aku pulak. Kata hati Syakirah. Syakirah berhenti ,Danial pun berhenti. Kaki Syakirah sudah bersedia untuk berlari dan pecuttttttttttttt!!!!!!!!!! Tetapi Danial yang seperti dapat membaca fikiran Syakirah, terus menangkap lengan Syakirah sambil menahan ketawa. Pegangan Danial erat sekali tetapi bagi Syakirah, bukannya erat tapi genggam tahap teruk. Adoi, tahulah tangan dia berotot.Janganlah test kat tangan aku. Syakirah cuba melepaskan pegangan itu.Tetapi makin nak lepas, makin erat pulak

“Lepaslah!”

“Kenapa Ira cuba lari daripada abang?”

“Apa pegang-pegang ni?Kita dah tak ada hubungan apa-apa la.Kalau tak bagi nafkah selepas tiga bulan….”

“Tiap-tiap bulan abang masukkan duit dalam akaun Ira tu apa?” Ooooo…patutlah akaun aku selalu masuk duit. Suami aku rupanya yang masukkan.

“Cakap!Kenapa Ira lari daripada abang?” Danial meninggikan suaranya. Danial berasa panas apabila Syakirah tidak menjawab persoalan dan mengubah topik lain. Syakirah terkejut. Hatinya mula sebak. Dia teringat peristiwa lima tahun yang lepas. Danial yang geram dengan Syakirah yang membisu itu berkata,”Anak tu. Siapa dia? Entah anak haram ke apa. Tiba-tiba je ada. Mentang-mentang suami kat tempat lain,mula cari jantan lain!”

Syakirah tersentak mendengar tuduhan suaminya. Dia menahan air matanya yang mula bertakung. Dia menjawab perlahan,”Anak tu bukan anak haram. Anak tu anak kandung saya dengan seorang lelaki yang pernah berjanji dengan saya yang dia takkan tinggalkan saya tapi dia tinggalkan saya pada hari yang saya nak beritahu dia, saya mengandung pada hari jadinya. Dia tinggalkan saya lima tahun. Lima tahun! Selama lima tahun tu saya terseksa, awak tahu.Dan sekarang dia munculkan diri dan tuduh saya ada anak haram.Sedangkan dia entah kat sana berapa banyak perempuan simpanan….” PANG!!!

Danial menampar pipi kiri Syakirah sehingga Syakirah tertoleh ke kanan. Syakirah terus memandang muka Danial dengan pandangan yang marah. Danial pula kelihatan bersalah. Syakirah menekup mulutnya dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia mengunci dan terus tersandar di pintu sambil menangis teresak-esak. Danial tidak mampu bergerak kerana memikirkan kesalahannya yang tiba-tiba menampar Syakirah. Ya Allah! Kenapa aku tampar Ira?Astagfirulahhala’zim.

Danial mengetuk pintu dan memanggil,”Ira,Ira.I’m sorry. Please,buka pintu ni.Kita berbincang.”

“Pergi! Baliklah Danial! Saya tak nak tengok muka awak lagi!” teriak Syakirah.Lemah rasa Danial apabila Syakirah berkata begitu lalu dia pun masuk ke dalam kereta dan memecut pulang ke banglonya.

“Kenapa aku menangis lagi? Kenapa Danial? Kenapa awak sakiti saya lagi, Danial?” Syakirah berkata teresak-esak. Izan pula muncul di ruang tamu. Matanya merah seperti baru menangis. Syakirah berlari ke arahnya dan memeluk erat anak kesayangannya sambil mencium dahi Izan. Air mata Syakirah tidak berhenti mengalir.

Arghhhhhh!!!!!!!! Danial mengetuk stereng kereta. Kenapa aku tampar dia? Bengongnya aku! Adila! Danial teringatkan rakan baik Syakirah. Aku yakin dia boleh tolong aku! Fikir Danial. Keretanya dipandu ke arah kediaman Adila. Dia masih ingat di mana kediaman rakan baik Syakirah.

“Ya,sekejap!” teriak Adila. Ish, tak sabar-sabar la penghantar piza ni. Tekan loceng sekali cukup la. Macam la aku pekak. Adila geram. Pintu dibuka.”Eh,Danial! Ingatkan penghantar piza tadi. Errr…ada apa awak datang sini?” tanya Adila dengan muka yang hairan.

“Saya nak tanya sikit tentang Syakirah tapi saya nak cakap kat sini je la. Tak manis kalau orang lain tengok saya masuk dalam rumah awak.” kata Danial apabila melihat Adila hendak membuka pintu luas-luas.

“Ermmmmm…Apa yang awak nak tahu tentang dia?” tanya Adila sambil berjalan ke luar koridor. Almaklumlah,kondominium.

“Apa yang terjadi pada Syakirah selama saya tiada, maksud saya, selama saya tinggalkan dia?” Danial memulakan perbicaraan. Adila mengeluh lemah.

“Hari pertama awak tinggalkan dia, dia dah macam meroyan.” Adila teringatkan peristiwa itu.

Syakirah selalu menyelak langsir selang 30 minit.Matanya merah. “Dah-dah la tu Sya. Kalau kau selak langsir tu banyak kali, koyak la jawabnya. Bukannya dia tiba-tiba muncul depan pintu pagar tu pun. Makan la dulu. Perut kau kosong.Dalam tu pulak ada anak kau.” Syakirah hanya menjeling nasi yang dibawa Adila. “Aku tak lapar.”

“Aku dah malas dengar jawapan kau tu. Kalau kau tak makan, anak dalam perut tu macam mana? Kau nak Danial tengok anak tu kan?” Adila geram dengan kedegilan Syakirah. Syakirah mengusap perutnya yang membuncit sedikit. Lalu, Syakirah mencapai pinggan dan memakannya perlahan. Bagaikan menelan pasir tetapi digagahi juga. Adila tersenyum pahit melihat rakannya itu.

Berpeluh Syakirah menahan kesakitan. Adila menggenggam tangan rakannya.”Kau sabar sikit,okey?Sekejap lagi doktor tiba.” Adila memberi kata-kata semangat kepada Syakirah yang sudah hendak bersalin. “Dil,kau cu..cuba t…telefon Danny.” Syakirah cuba bercakap sambil menahan kesakitan. Adila terpempam apabila Syakirah berkata sebegitu. Dia terus keluar dari wad bersalin. Dia duduk di kerusi lalu mencapai telefonnya. Seperti biasa, tidak terangkat juga panggilan tersebut. Tak guna pun kalau aku telefon dia. Telefon di banglo juga tidak diangkat kerana Mak Senah masih belum pulang. Akhirnya, Syakirah berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Mohd Danish Izan. Betapa pilunya hati Adila melihat doktor lelaki yang mengazankan bayi tersebut, bukan ayahnya sendiri. Menitis juga air mata yang ditahan Adila.

Syakirah sedang berbaring dengan bayinya. Dia mengusap wajah bayi itu sambil tersenyum kecil. Adila masuk ke dalam wad. “Tahniah Sya!” ucap Adila dengan penuh bangga dan kagum. Terselit juga simpati. “Thanks.” Syakirah membalas sambil tersenyum tetapi matanya seakan tercari-cari sesuatu. “Mana Danial?” tanya Syakirah.

Adila berasa sayu dan sedih lalu memegang lembut tangan rakannya. “Danial….” sukar untuk Adila mengucapkannya. “Danial tak balik lagi.Call pun tak berjawab.” Syakirah berlagak tenang walaupun hatinya hancur. Dia senyap.”Kau okey ke ni?” tanya Adila yang risau melihat kebisuan Syakirah. “Aku okey.” kata Syakirah sambil mengangguk. “Aku dah agak. Minta maaf Dil. Aku dah banyak menyusahkan kau.” melirih suara Syakirah. Empangan air mata kedua-dua sahabat ini akhirnya pecah. “Kau kan kawan aku. Mana ada kau susahkan aku. Sya, kau sabar okey? Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar.” kata Adil sambil teresak. Mereka berpelukan. Tiba-tiba,bayi tersebut merengek. Syakirah melepaskan pelukan dan mengusap wajah bayi itu sambil memujuk.

“Geramnya. Bila la aku nak kahwin? Nak baby juga!” kata Adila, cuba menceriakan suasana.

“Itulah kau.Aku suruh kau terima lamaran Asyraf,kau tak nak.”

“Eeee,buaya darat tu.Tak nak la.Nanti jadi madu pulak!”

“Madu la manis” Mereka ketawa besar. Adila tersenyum lebar melihat Syakirah yang mampu tersenyum manis lagi.

“Syakirah tabah hadapi dugaan yang dihadapinya. Dia pindah dari banglo awak pun sebab nak lupakan kenangan pahit tu.” ucap Adila lemah. Danial seperti tidak percaya.

“Ya Allah, kenapalah aku sanggup tinggalkan dia dan biarkan dia hadapi semua ni seorang? Aku berdosa, ya Allah. Aku tuduh dia ada anak haram. Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku ini,ya Allah.” Danial meraup wajahnya. Adila hanya mampu menggeleng lemah sambil menunduk.”Tapi…”

“Tapi apa?” Danial memotong laju.

“Saya rasa dia masih cinta dan sayangkan awak lagi. Entahlah. Friend’s instinct, maybe.” Adila ketawa kecil.

“Adila,saya nak minta tolong satu benda.” Danial memohon.

“Kalau ini akan buatkan Syakirah bahagia, insyaAllah saya tolong.” jawab Adila. Danial membisikkan sesuatu kepada Adila. Adila menganggukkan kepala berulang kali seperti burung belatuk.

“Eh,kenapa kita berbisik pula ni. Mana ada orang kat sini.” soal Danial.

“Mana saya tahu, awak yang mulakan dulu.” balas Adila. Danial ketawa. “Amacam? Boleh tak ni?”

“Beres. Tapi ada upahnya.” kata Adila.

“Kerja senang camni pun nak minta upah ke?” Danial pelik.

“Hei! Ingat senang ke dengan Syakirah yang keras kepala tu?” kata Adila sambil menggosok hidungnya seperti gengster dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menadah, bersedia untuk menerima upahnya. Danial mengeluarkan sepuluh ringgit daripada dompetnya dan memberikannya kepada Adila.

“Aik, sepuluh je ke bang oi. Tak lumayan la.” Danial mencebik dan mengeluarkan lima puluh ringgit lalu menyerahkan kepada Adila.

“Hah! Ni yang sayang ni. Hikhik. Ikhlas ke tidak ni?” tanya Adila sambil ketawa.

“Ikhlasss..” Danial menjawab malas.

“Orang kaya tak boleh kedekut tau.” kata Adila ambil melayangkan lima puluh ringgit itu di depan muka Danial.

“Ambik balik kang!”acah Danial.

“Eh..eh..tak payah,tak payah.” Adila mencium duit tersebut sebelum memasukkan ke dalam dompet.

“Adila, kenapa kau nak pergi Tutti Frutti sangat ni? Kau lapar yogurt sangat ke?” tanya Syakirah.

“Ish, kau ni. Of course la aku lapar yogurt sangat ni! Yang kau ni, macam nak tak nak je teman aku. Tak ikhlas eh?” Adila yang asyik menarik tangan Syakirah, terus melepaskannya dan membuat muka monyok lalu berpura-pura hendak pergi. Tidak jadi hendak membeli sedangkan dah depan pintu kedai itu pun.

“Ek eleh,merajuk pulak andartu ni. Ye la. Aku temankan kau.” pujuk Syakirah.

“Yeay! Aku sayang kau Sya!” Adila menjerit kecil seperti kanak-kanak yang diberi gula-gula.

“Masa ni juga la dia nak sayang aku.” bebel Syakirah sambil berjalan ke arah meja yang kosong.

“Alamak, Sya! Aku lupa ambil beg duit kat dalam kereta la. Kau tunggu kat sini dulu, okey? Aku pergi kejap je.”

“Ye la. Cepat sikit.Aku nak jemput Izan pulak lepas ni.”

“Marah ke?”

“Tak la.Sayang sangattttt…” kata Syakirah sambil tersenyum sinis. Adila berjalan pantas keluar daripada Tutti Frutti. Syakirah mengambil telefon bimbitnya untuk memastikan jika ada mesej atau panggilan masuk. Tidak lama kemudian, ada seseorang yang duduk di kerusi hadapannya. Syakirah yang menyangka Adila yang duduk di kerusi itu berkata tanpa melihat siapa di hadapannya, “Ada ke beg duit kau?”

“Beg duit apa?” Syakirah yang hairan mendengar suara Adila menjadi garau terus mendongak empat puluh lima darjah ke atas. Terbeliak matanya melihat Danial yang ada di hadapannya. Belum sempat Syakirah hendak bertanya ada mesej masuk daripada Adila:

Sya, kau balik ngan Danial ok! ;)

Syakirah berasa geram lalu membalas:

Kau yang rancang semua ni?

Adila membalas:

I’M SORRY!He gave me fifty ringgit!

janganlah marah.

Whatever!

:) sayang kau

Danial hanya tersenyum melihat muka Syakirah yang bengang. “What do you want from me?” tanya Syakirah, agak kasar. Syakirah tahu,pasti Adila sudah menceritakan semuanya dan Danial takkan lepaskannya kali ini.

“Nak berbaik dengan Ira dan, sorry.”

“After what you have done to me?”

“Ira, abang minta maaf sangat-sangat.”

“Dah la,saya nak balik.”

“Abang hantar!”

“Terima kasih je la.”

Danial cepat-cepat menahan Syakirah lalu berkata, “Sayang,please?” sambil membuat muka comel dan kasihan. Syakirah berfikir sejenak. Tak payahlah bazir masa dan duit kalau tumpang dia. “Hmmmm….”

“Yes!” Danial berkata perlahan apabila Syakirah berjalan di hadapannya. Di dalam kereta, tiada satu patah perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Selepas menjemput Izan, Syakirah menyuruh Izan menunggu sebentar lalu mengetuk tingkap kereta Danial. Danial menurunkan tingkap keretanya.

“Thanks sebab bagi saya tumpang tapi sampai di sini sahaja. Saya ambil teksi.” kata Syakirah sambil tersenyum manis. Danial terpana dengan senyuman Syakirah tetapi cuma seketika. “What?! Teksi?” Danial terus keluar dari perut kereta tetapi Syakirah sudah pergi dengan Izan. “Ish, teksi ni selalu je ada masa aku nak jumpa Ira.”

Tepat pukul sembilan malam, Syakirah berjaya menidurkan Izan yang kebiasaanya begitu susah hendak tidur awal. Tiba-tiba, kedengaran bunyi loceng rumah. Syakirah membuka pintu dan menjenguk siapa yang datang. Dia tidak nampak kerana orang itu berdiri di sebalik tembok. Syakirah melihat kereta orang itu. Macam pernah lihat tapi di mana ya? Dia terus keluar dan membuka mangga di pintu pagarnya. Seorang lelaki tetapi tidak dapat dikenalpasti kerana lelaki itu berdiri membelakanginya manakala tiang lampu di hadapan rumahnya rosak.

“Encik?”Lelaki itu terus berpaling.Danial! Danial terus menarik lengan Syakirah masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu dan menyandarkan Syakirah di pintu tersebut. Kedua-dua belah tangannya menghalang Syakirah supaya tidak dapat lari daripada dia. Muka Danial masam. Syakirah tidak mampu berkata apa-apa. Dia gementar. Wajah Danial terlalu dekat dengan wajahnya sehingga dia boleh mendengar dan merasa hembusan nafasnya Danial.

“Kenapa Ira selalu cuba lari daripada abang?”

“Sebab saya tak nak awak jumpa dengan Izan.”

“Kenapa?”

“Sebab saya dah tak larat nak cipta seribu satu alasan supaya dia berhenti tanya siapa ayahnya.”

“Why don’t you just say that….I am his father?” suara Danial semakin perlahan, wajahnya semakin dekat, bibir Danial semakin dekat dengan bibir Syakirah.Nafas Syakirah seakan tersekat.

“Ibu…Ibu..” suara Izan kedengaran. Danial melihat ke belakang dan kelihatan Izan sedang mengosok matanya. Syakirah cepat-cepat menolak dada Danial.

“Sayang,kenapa bangun ni?” tanya Syakirah kepada Izan. Izan memeluk leher Syakirah apabila Syakirah duduk mencangkung di hadapannya.

“Ibu,ngantuk.” Danial tersentuh melihat kasih sayang antara ibu dan anak ini. Dia juga ingin merasa pengalaman sebegini. Syakirah mengangkat Izan dan membawanya masuk ke dalam bilik. Danial mengekori Syakirah. Syakirah meletakkan Izan perlahan-lahan kerana Izan sudah tertidur ketika Syakirah mengangkatnya. Tersenyum Syakirah melihat Izan. Apabila dia bangun, baru dia tersedar yang Danial sedang berdiri di belakangnya.

“Errrrr..” Syakirah seperti hendak mengatakan sesuatu tetapi dia terus keluar daripada bilik tersebut dengan Danial. Dia menutup pintu bilik lalu hendak pergi ke ruang tamu. Danial memegang tangan Syakirah dan menarik perlahan menyebabkan Syakirah berhenti. Syakirah memandang Danial. Danial terus melutut dan mengucapkan, “I’m sorry but I..I really love you. Jangan lari daripada abang lagi. Lima tahun itu pun abang tahan macam nak gila.Please?” Air mata Danial tumpah jua. Begitu juga dengan Syakirah. Syakirah menarik tangan suaminya supaya berdiri. Dia memandang sayu mata Danial lalu memeluk Danial erat. Danial tergamam tapi bahagia. Dia membalas pelukannya.

Syakirah bermain dengan jari Danial. Kepalanya disandar pada dada Danial yang sedang duduk melunjur di sofa.

“Kenapa abang tinggalkan Ira?”

“Sebab abang tak nak tengok Ira menangis depan mata abang.”

“Kenapa abang tak call Ira?”

“Sebab abang tak nak Ira rindukan abang dan abang tak nak rindukan Ira.”

“Abang ni teruk. Abang buat semua tu tapi abang dengan Ira sendiri yang terseksa. Bodoh tau!” kata Ira sambil mendongak mukanya pada Danial. Danial tersenyum kecil.

“Tak baik tau kata abang macam tu. Fine. Abang memang bodoh masa tu.” Syakirah dan Danial berkongsi senyuman. Danial menundukkan muka. Syakirah memejamkan mata. Bibir mereka semakin dekat dan dekat…..TOKTOK!!! Danial mengeluh kasar kerana hasratnya terbantut. Syakirah membuka matanya dan ketawa kecil.

“Gatal.” Kata Syakirah sambil menampar lembut wajah Danial. Danial tersenyum. Syakirah mengambil tudungnya. Dia membuka pintu apabila terdengar ketukan di pintu utama rumahnya. Dia teringat pintu pagarnya tidak tertutup kerana Danial menariknya tadi. Senyuman Syakirah mati apabila melihat orang-orang yang ada di hadapannya. Danial yang muncul di belakang Syakirah juga agak terkejut melihat mereka.

“Assalamua’laikum.”

“Waa’laikumussalam” jawab Danial dan Syakirah.

“Minta maaf ye, kami semua daripada jabatan agama menerima aduan tentang perlakuan tidak manis kamu berdua ni.”

“Pe..perlakuan?” Danial ketawa kecil. “Maaf ya encik-encik, kami berdua memang pasangan suami isteri.”

“Ada bukti? Sijil nikah?”

“Errrr…Errrr” Syakirah memandang suaminya kerana dia tidak menyimpan salinan sijil nikahnya apabila berpindah. Danial mengeluarkan salinan sijil nikah yang sentiasa ada di dalam dompetnya lalu memberikan kepada mereka. “Ini dia,encik” Danial mengenyitkan matanya ke Syakirah. Syakirah tertunduk.

“Maaf ya encik, puan kerana dah mendapat maklumat yang salah.”

“Tak apa.” Jawab Danial. Danial yang hendak menutup pintu membuka kembali.

“Encik, kalau rajin, tolong kuncikan pintu pagar tu ye! Terima kasih!” jerit Danial. Syakirah menampar dada Danial.

“Apa?” soal Danial. Syakirah hanya menggelengkan kepalanya. Penguatkuasa jabatan agama itu ketawa tetapi mereka tetap mengunci pintu pagar tersebut. Syakirah menutup pintu rumah.Danial terus mengangkat Syakirah.Syakirah terjerit kecil.

“Esok kita nak buat apa?” tanya Danial semasa berjalan ke arah bilik tidur utama sambil mengangkat Syakirah.

“Esok kena fahamkan Izan yang abang tu ayah dia.” Syakirah dan Danial ketawa. Semoga bahagia sentiasa berada di sisi mereka. Amin.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

27 ulasan untuk “Cerpen : Sakit Keranamu”
  1. Ain Wawa says:

    tak faham laa cter ni….tak rasa pape ble saya bce….jln cter kurang interesting laa…..try the best in the next time ye,,cik writer… :)

  2. acha98 says:

    best…

  3. IzzatiTarj says:

    Why danial tinggalkan Syakirah ? PENING -.-’

  4. put3isabella says:

    cerite x tersusun lansung.. senang2 jer maafkn org yg da buang n maki2.. taw2 terima mcm 2 jer,.. atless selit la cikit sbb ape danial tnngl kn kirah.. ape pn cube wt lg yg lebh baik yer..

  5. siscongek says:

    sokong komen put3isabella ;)

  6. A is Adorable says:

    eh!Cerpen ni best apa?
    oklah.. =D
    ada blog tak?

  7. adriana says:

    cerpen ni ok je and best gak tp cuma jln citer belit cket.. it ok,, percubaan yg baik… nanti cik writer buat cerpen lain,,, terbaik ok!! sy sokong cik writer!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"