Novel : Aku Ditakdirkan Mencintaimu 8

21 November 2012  
Kategori: Novel

2,761 bacaan 8 ulasan

Oleh : qayla

“ Senior nak apa sebenarnya?” Jantung Qistina berdegup kencang. Janganlah diminta bukan-bukan.

“ Senang je, aku ambil kau bekerja part time dengan aku,” Izham menghadiahkan senyuman sinis kepada Qistina.

“Kerja part time? Awak jangan suruh saya buat bukan-bukan!” marah Qistina. Kalau Izham suruh dia buat kerja terkutuk, dia lebih rela membayar semua hutang. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga maruahnya.

“Kau ingat aku ni jahat ke? Suka sangat fikir bukan-bukan. Aku nak kau kerja part time sebagai orang gaji aku. Aku nak sebelum aku balik makanan semua terhidang dan rumah aku dalam keadaan bersih, faham?”

“Haa? Gila ker,”

“Kalau tak nak takpe.. Kau dh tolak offer aku, so esok kau kena bayar juga hutang aku rm10,000,” Kata Izham. Orang dah bagi jalan mudah nak jalan susah. Apa la perempuan ni.

Qistina terdiam. Nak terima ke tak offer dia ni? Kalau aku terima offer tu, sengsara la aku. Tapi kalau tak terima, mati aku. Mana aku nak dapat duit sebanyak tu dalam masa sehari.Adoii pening-pening.

“So camne?”

“Ok, saya terima.Saya akan kerja kat sini sampai hutang selesai. Tapi, macam mana saya nak masuk rumah awak ni? Kan guna password? Lagipun awak tak ada kat rumah,”

“Ye tak ya jugak,” kata Izham di dalam hati. “ Hmm password aku senang je, 0909. Ingat, kau jangan buat hal yer. Kalau ada barang aku yang hilang, siap kau aku kerjakan.Jangan bagi sesiapa masuk lagipun tak ada sesiapa tahu aku tinggal kat sini. Lagi satu, kau jangan bagitahu yang kau kerja kat sini faham!” sempat lagi Izham memberi peringatan kepada Qistina.

Qistina mencebikkan bibirnya. Macamlah aku nak curi barang dia! Ingat aku ni pencuri ker? Walaupun aku tak ada harta, tapi aku ada harga diri tau. Sempat mata Qistina meninjau keadaan rumah milik Izham. Sememangnya rumah ini menarik perhatiannya. Kalau aku kaya nanti, aku nak beli rumah macam ni. Tapi bila aku nak kaya? Asyik tak ada duit memanjang.

“Apa yang kau termenung tu?” Izham mematikan lamunan panjang Qistina. Izham pelik dengan Qistina. Dalam keadaan macam ni pun boleh termenung jugak, ish-ish.

“Tak ada apa la senior. So, bila saya boleh mula kerja?”

“Esok! Esok aku ada full kuliah. So bila aku dah balik pastikan rumah bersih and ada makanan terhidang di atas meja, faham?”

“Hah besok? Hmm esok kuliah saya baru start. Saya tak nak ponteng kuliah,”

“Itu kau punya pasal. Suka sangat cari pasal dengan aku, sekarang rasakan. Dah kau boleh balik sekarang. Lagi lama aku tengok muka selekeh kau ni lagi sakit kepala aku,” kata Izham lagi.

Qistina terkejut. Suka hati mak bapak dia je suruh aku balik.Dahlah suruh aku datang rumah dia time macam ni, sekarang dah lewat malam. Mana ada teksi masa ni.

“ Err, boleh tak senior tolong saya,”

“Kau nak suruh aku buat apa?”

“Hmm, hari dah lewat malam so tak ada teksi masa ni. Boleh tak tolong hantarkan saya balik?” Tergagap-gagap Qistina berkata-kata. Dia takut Izham akan melenting apabila mendengar permintaannya itu.

“Excuse me? Ingat aku ni driver kau ke! Ada kaki, balik jalan kaki jela,” balas Izham dengan angkuh.

“Kalau macam tu takpelah. Saya balik dulu yer,” kata Qistina dengan suara yang lemah. Dasar lelaki jahat! Ada ke suruh aku balik jalan kaki time macam ni. Gila ke apa? Tak ada sikap perikemanusiaan langsung. Dia ni manusia ke?

Qistina berpaling berjalan menuju ke arah pintu. Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. Dadanya berdegup kencang apabila Izham memegang tangannya. Inilah pertama kali dalam hidupnya, lelaki memegang tangannya. Dia berasa seperti lain macam.

“Apa pegang-pegang ni,” marah Qistina.

“Kau nak balik time ni? Kau ni lurus bendul betullah.Kau ingat aku ni jahat sangat ker sampai biarkan seorang perempuan berjalan seorang diri di jalan raya,”

Qistina terdiam. Tadi suruh aku balik sendiri! “ Habis, senior nak hantarkan saya balik ker?”

“Hmmm,” Izham terus berlalu keluar dan Qistina mengikut langkahnya dari belakang. Sepanjang perjalanan, masaing-masing hanya mendiamkan diri sahaja. Mata Qistina menjadi semakin layu. Akhirnya dia terlelap sendiri.

Setibanya di hadapan rumah Qistina, Izham berpaling ke sebelahnya. Terkejut dia melihat Qistina sedang lena diulit mimpi. Sedapnya dia tidur dalam kereta aku! Izham cuba menghampiri Qistina, matanya terpaku pada wajah Qistina. Dia merasakan jantungnya berdegup kencang tatkala melihat wajah polos itu sedang tidur. Kenapa dengan aku ni?

“Ehemm, wei dah sampai!” jerit Izham dengan kuat sengaja menghentikan debaran di dadanya itu.

Qistina tersedar daripada lenanya. Dia memandang sekeliling.Macam familiar je tempat ni? “ Kita kat mana ni?”

“Kat mana? Wei dah sampai rumah kau la.Apa ingat aku culik kau ker?”

Qistina terdiam. Dia memandang di sekelilingnya lagi.A’aah la ni area rumah aku.Macam mana aku boleh lupa ni!” Saya keluar dulu yer.Terima kasih hantar saya balik senior,”

“Hmm,” balas Izham lalu segera menekan pedal minyak laju meninggalkan Qistina yang baru sahaja menutup pintu kereta.

“Ishh tak menyempat langsung!” rungut Qistina di dalam hati. Semakin hari perangai Izham semakin menyakitkan hatinya. Apalah nasib aku sentiasa menjadi mangsa dia ni.

“ Apa kau buat kat situ sorang-sorang Qis?” jerit Suraya yang sedang bercekak pinggang di muka pintu.

Qistina hanya tersengih sahaja. Laju langkahnya menghampiri Suraya. “ Kenapa tak tidur lagi?

“Aku tunggu kau la Qis. Kau ni pergi mana? Kau buat aku risau jela,” rungut Suraya. Qistina hanya diam mendengar leteran sepupunya itu. Telinganya sudah lali mendengar bebelan sepupunya itu.

“Aku jumpa kawan sekejap,”

“Qis, sekarang ni aku tengok kau lain semacam jer.Kau ada problem ker? Cuba cerita kat aku,”

Qistina memandang lama wajah sepupu kesayangannya itu. Dia malas hendak menceritakan hal yang sebenar kepada sepupunya itu. Dia malas hendak membebankan sepupunya dengan masalah yang dihadapinya sekarang.

“Nothing,” selamba Qistina memberikan jawapan.

“Qis, kau ingat aku baru kenal kau sehari? Kita ni ibarat adik beradik tau! Aku tau kau ada masalah. Kau tak payah nak sorokkan dari aku Qis. Cuba cerita kat aku,”

Qistina terdiam.Nak cerita ke tak eh? Tapi senior dah bagi maran jangan cerita kat sesiapa pun. Arghh cerita la. “ Sue, macam ni,”

Qistina menceritakan semuanya hal berkaitan Izham dari A sampai Z. Suraya terkejut mendengar cerita yang keluar daripada mulut Qistina.

“Jahatnya senior kau! Kenapa kau tak cerita kat aku? Macam mana la kau hadapi semua ni.Ni kes buli tau,”

“ Entahla Sue, aku tak tahu nak buat macam mana. Memang ni dah kes buli tapi aku tak boleh buat apa.Dia anak orang berpengaruh Sue. Aku yang tak ada apa-apa ni tak mampu nak buat apa. Dia ibarat prince dan aku ibarat orang gaji dia!”

“ Ni tak adil Qis.Takkan kau nak berdiam diri je,” marah Suraya. Hatinya menjadi semakin sakit mendengar cerita Qistina tentang lelaki yang bernama Izham Daniel.

“Itu jela cara terbaik.Aku tak nak dibuang universiti. Aku nak habiskan pengajian aku tanpa sebarang masalah, InsyaAllah aku boleh hadapi masalah ni sampai aku habis belajar. Lagipun senior tu tahun akhir so tak lama sekejap je,”

“Betul jugak.Fuhh nasib baik dia dah nak habis.Takpe aku sentiasa sokong kau yer.Tabahkan hati yer Qis,”

Qistina mengangguk lantas memeluk sepupunya.” Aku sayang kau Sue,”

“Aku pun sayang kau Qis,”

Qistina gelisah di tempat duduknya. Hatinya tak senang. Bila la kelas ni nak abis? Qistina berpaling ke arah Ruby. “ Pukul berapa sekarang?” bisik Qistina.

“Pukul 11. Kenapa awak asyik tanya pukul berapa ni? Jam dan handphone awak kan ada?” tanya Ruby kehairanan. Marah gamaknya kerana menganggu tumpuannya di dalam kelas.

“Sorry la Ruby, jam saya hilang. Handphone saya pulak tak ada bateri. Lupa nak charge,” balas Qistina dengan suara perlahan. Qistina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduii mampus aku kali ni. Macam mana aku boleh lupa nak charge phone aku ni! Jam aku pulak si singa tu ambil! Sepatutnya aku kena kemaskan rumah si singa tu dan siapkan makanan tengahari.

Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu.Tiba-tiba dia mendapat satu idea. “ Err maaf prof! Saya ada emergency sikit. Mak saya sakit, so saya kena pergi sekarang,” kata Qistina dengan suara yang seakan hendak menangis. Perghh lakonan yang mantap Qistina!

“Ouh yeke? Ok u can leave now!” balas Proffesor Syed. Ruby terlopong melihat situasi yang sedang berlaku sekarang. Matanya terkebil-kebil melihat Qistina yang tergopoh-gopoh berlari keluar dari kelas. Biar betul Qistina ni!

Qistina cuba berlari sepantas yang boleh. Dia tak nak Izham memarahinya atas kelewatannya itu. Tiba-tiba ada suara yang memanggilnya. Qistina berpaling dan melihat Adhar sedang berjalan menuju ke arahnya. Ishh aku nak cepat ni, dia pulak boleh panggil aku.

“Err, senior!”

“Hai Qistina.Nak pergi mana ni sampai berlari ni?”

“Saya ada kerja sikit senior,”

“Tak payah panggil senior. Panggil je Abang Ad,” Adhar menghadiahkan senyuman kepada Qistina. Qistina hanya mampu mengangguk je.ishh geli la pulak kena panggil abang ni.

“Saya pergi dulu senio, eh silap Abang Ad,” kata Qistina lalu berlari meninggalkan Adhar.Adhar hanya memerhati gadis kesayangannya itu. Macam-macam Qistina ni.

Tanpa disedari sepasang mata memerhati adegan yang berlaku tadi. Nafasnya turun naik. Mukanya sudah berubah merah.Patutlah phone tak boleh, rupa-rupanya sedang berdating kat sini!

Setibanya di hadapan penthouse milik Izham, cepat-cepat Qistina menekan pasword yang telah diberikan oleh Izham malam tadi. Di dalam fikirannya hanya terbayang menu yang hendak dimasak untuk seniornya itu. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, mata Qistina tertancap pada tubuh yang berdiri membelakanginya di tingkap menghadap bangunan KLCC.Siapa tu?

Dada Qistina berdegup kencang tatkala melihat Izham berpaling memandang ke arahnya. Ishh buat apa dia kat sini? Eh ni kan rumah dia, suka hati dia la.

“Kenapa lambat? Kau tahu sekarang dah pukul berapa?” Izham Daniel terus menghamburkan kemarahannya terhadap Qistina. Masih terbayang peristiwa yang berlaku di hadapan matanya sebentar tadi. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh sakit hati melihat adegan antara Qistina dan Adhar.

“Err, sorry senior.Saya ada kelas tadi tu lambat sikit. Lagipun, senior yang ambil jam saya,susah saya nak tengok pukul berapa. Mana jam saya?”

“Alasan! Buat apa aku nak kasi jam kat kau! Lagipun sekarang ni jam tu milik aku faham? Habis handphone mahal aku bagi tu kau letak kat mana?”

“Hah? Emmm handphone tu saya lupa nak charge. Tapi saya bawa phone,” balas Qistina dengan lurus bendul.

“Bodoh la kau ni! Buat apa kalau bawa phone kalau tak ada bateri. Buat berat je,”

Qistina terdiam. Perkataan bodoh yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan dirinya menjadi sedih. Ya, sedih. Bodoh sangat ke aku ni?

Izham Daniel perasan akan perubahan muka Qistina tatkala perkataan bodoh keluar dari mulutnya. Takkan terasa kot? “ Ehemm.. aku nak kau siapkan makan tengahari aku sekarang. Aku dah lapar ni!”

“Baik senior,” balas Qistina dengan suara yang perlahan. Qistina cuba mententeramkan hatinya. Sabar Qis, sabar. Sekejap je setahun. Nanti kau bebas selamanya Qis!

Qistina memasak dengan sepantas yang mungkin apabila melihat jam sudah menunjukkan hampir pukul satu. Kelas akan bermula pukul dua nanti. Harap-harap la sempat sampai ke kelas sebelum pensyarah datang. Akhirnya, setelah bertungkus lumus dia dapat menyiapkan makanan tengahari. Qistina tersenyum melihat hidangan yang di masak olehnya itu. Perghh boleh masuk Masterchef aku ni.Not bad jugak masakan aku. Puji Qistina di dalam hati.

“Ishh mana pulak si singa ni?’ mata Qistina melilau mencari kelibat Izham Daniel. Qistina berjalan ke arah ruang tamu malangnya kelibat lelaki itu tidak ada. Jangan-jangan dia kat bilik! Qistina naik ke tingkat atas. Dia terpesona dengan keindahan ruang di tingkat atas. Perghh macam aku kat dalam istana pulak! Pandai jugak si singa ni hias rumah dia ek!

“Mana pulak bilik dia ek?” melilau mata Qistina mencari bilik Izham.

“ Ha, mungkin tu bilik dia,” kata Qistina sendirian tatkala melihat ada gambar Izham pada pintu bilik itu. Perghh perasan macholah tu. Sempat lagi Qistina mengutuk gambar itu. Sebijik penumbuk dihadiahkan kepada gambar itu. Tak dapat tumbuk orangnya, tumbuk gambar pun jadilah.

Qistina mengetuk perlahan pintu bilik milik Izham. Malangnya tiada respond dari dalam. Dengan perlahan-lahan Qistina membuka pintu bilik. Matanya melihat Izham sedang lena dibuai mimpi. Amboi-amboi sedapnya dia tidur.Aku susah-susah kat sini, dia senang senang kat atas katil.

“Macam mana aku nak gerakkan dia ek?” dengan perlahan Qistina menyentuh bahu lelaki itu,

“Senior, bangun!” malangnya tiada respond daripada lelaki itu. Ishh tidur mati ke mamat ni.Qistina berfikir sejenak cara bagaimana untuk menyedarkan putera tak sedar diri ni. Haa maybe cara ni berkesan!

“Api! Api!” jerit Qistina dengan kuat. Malangnya jeritannya tidak memberikan respond yang positif daripada Izham.Ishh ni memang dah kes teruk ni. Tak pernah lagi aku jumpa manusia macam ni.

“Cara apa lagi aku nak guna ni yer?” Qistina berjalan mundar- mandir di dalam bilik itu. Sedang dia berfikir, tiba-tiba matanya memandang sejenis binatang yang paling dia benci sedang merayap menghampirinya.Jantungnya berdegup kencang. Janganlah datang dekat kat aku wahai cik lipas! Kakinya kaku berdiri dan lipas itu semakin menghampirinya.

Qistina tak tahu nak buat apa. Dengan sepantas yang mungkin, dia melompat ke arah katil milik Izham. Malangnya badannya bukan mendarat ke atas katil yang empuk itu, tetapi mendarat tepat ke atas badan Izham Daniel! Izham terjaga daripada tidurnya. Muka Qistina hanya seinci sahaja dengan muka Izham. Masing-masing terdiam kaku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Aku Ditakdirkan Mencintaimu 8”
  1. asupathy says:

    hahahahahaha….very the best nak lagi boleh….nx n3 plz!

  2. wani says:

    ala,,,,cepat la abis an cite ni,,, best sangat…. x sabar :) da dibukukan belom?

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Best ceriter ni ,kelakar.

  4. qayla says:

    terima kasih kerana sudi membaca “Aku Ditakdirkan Mencintaimu”
    cter ni pasti membuatkan anda ketawa dan pada masa yang sama akan sama menangis dengan Qistina :)

  5. fatin says:

    alaa cepatnye habis..bila lagi update yg ke 9 dan (kalau boleh) seterusnye? suke sangat sangat crita ni…dah tak sabar lagi dah nii.. BESTTTT VERY THE BEST!!!

  6. nina says:

    habis kan la ceta ni..tak sbar g dh..habiskan erk :) hehehe!

  7. saya ummi alif says:

    Qayla xdew bloqqer kew…?lau dew leh bg x…?snang nk follow…

  8. qayla says:

    @Saya ummi alif- buat mse ni xde

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"