Novel : Kahwin Tanpa Cinta? 2

27 November 2012  
Kategori: Novel

7,889 bacaan 3 ulasan

Oleh : Farhanah Rosli

Bab 2

Zafrina melabuhkan punggung di sofa rumah sederhana besar dua tingkat yang disediakan oleh Datin Sharihah.

“Selesa juga rumah ni.Ada penghawa dingin lagi.”Zafrina menyandarkan bagi merehatkan badan selepas memandu agak lama.Lepas rasa penat.Aduh,lepas ni ada lagi meeting.Terpaksalah aku siap sekarang.

Selepas bersiap memakai sepasang baju kurung moden dengan tudung yang sepadan pada baju,Zafrina mendapati ada mesej dari Amirul.

“Apa pula ni?”Zafrina membetulkan tudung yang telah disarung.

Assalamualaikum Zafrina Emilia,

Am rindulah Zaf.Nanti Zaf baliklah awal ye?

Am akan tunggu Zaf sampai Zaf balik,

Dan,Am akan tunggu Zaf sampai hati Zaf terbuka untuk Am

Am tadi datang rumah Zaf tak ada Zaf pun.Lepastu,mak Zaf

Beritahu Zaf pergi KL.Kecik hati Am.Tapi dah sembuh sebab

Dah mesej dengan Zaf.Assalamualaikum.

Bye!

Salam sayang daripada

Amirul Azman.

Zafrina tersenyum seorang diri.Lihat saja pada jam di skrin telefon,dia terus mengambil beg sandang yang baru dibelinya tahun lalu.Baru lagi ni.Adik aku yang lima tahun dah pun enam tahun.

Zafrina memandu dengan tergesa-gesa.Sampai sahaja,Zafrina terus keluar dari perut kereta.Dia dengan pantas berjalan lalu menolak pintu kaca pejabat.

“Akhirnya,sempat,,,”Zafrina sudah dapat melihat Firdaus sedang menunggu dirinya.Firdaus memandang Zafrina dengan marah.

“Kau kenapa lambat?Dah lama aku tunggu nak mulakan meeting ni!Nasib baik orang bawahan aku je!Kalau bukan orang bawahan aku,nak aje aku suruh kau tak perlu nak pergi meeting!”tengking Firdaus yang sudah mendekatkan diri pada Zafrina yang hanya menunduk.

“Saya ba,,,”

“Beritahulah masalah sebenar,dan kalau nak cakap tu pandang muka!”tengking Firdaus dengan pantas memotong ayat Zafrina.
Zafrina menundukkan wajah.Tak sanggup mahu menentang mata hazel coklat keperangan milik Firdaus yang tajam memandangnya.

“Encik Firdaus Izudin,saya harap encik jangan pandang tajam muka saya macam ni.Macam mana saya pandang dan terangkan pada encik.”kata Zafrina berani.Firdaus bertukar tenang.Dia tersenyum melihat Zafrina seorang yang pemalu teramat tapi berani mencuba perkara yang baik.

“Okey dah.Aku dah tak pandang muka kau macam tadi.Pandanglah muka aku ni.”tutur bicara Firdaus tadi yang terlalu kasar bertukar sedikit lembut apabila Zafrina berkata seperti itu kepadanya.

“Saya baru sampai.Rumah saya dekat Johor.Jadi,lambatlah sikit.Saya layan perasaan keluarga saya sebelum meninggalkan kampung saya.Maklumlah,saya nikan anak sulung.Adik-adik saya pun kecil lagi.Tak nak bagi diaorang berkecil hati,layanlah perasaan.”Zafrina mendongak memandang Firdaus yang agak tinggi daripada dia.

“Tak apalah macam tu.Kalau tu alasan kau.Tapi ingat,lain kali aku tak nak datang lambat lagi.”Firdaus memberi senyuman yang diminati mana-mana wanita yang melihatnya.Zafrina membalas senyuman itu.

“Fir,cepatlah.I nak balik cepat.Nanti kita bolehlah keluar sama-sama.Tak payahlah layan perempuan kampung tu.Dia saja nak rampas youlah.Dia jeles yang kita ni sepadan.You dahlah lelaki yang diminati semua perempuan.I cantik,you handsome.Tulah dia jeles.”celah Helyza dan terus memeluk lengan Firdaus.

Weyh Lyza,bagi aku,kau tak adalah cantik mana.Aku rasa Zaf lagi cantik bagi semua lelakilah.Tak payah nak perasan sangatlah.Kalau Zaf yang cakap macam tu tak apalah juga.Memang ramai lelaki minat dengan Zaf yang menutup aurat tu daripada kaulah Lyza.Firdaus berkata di dalam hati apa yang dia rasa.

“Yela tu.Kita ni padan.”jawab Firdaus tidak ikhlas.Dari segi muka sudah dapat tahu.
Zafrina menundukkan mukanya yang tidak bermake-up akibat malu apabila dipandang begitu lama oleh Firdaus.

“You ni macam tak suka je I cakap.”marah Helyza manja.Firdaus masih memandang wajah Zafrina yang kemerahan menahan malu.

“Tak adalah.”Firdaus tersenyum.Helyza mula berasa cemburu bila Firdaus hanya memandang wajah Zafrina yang ayu itu tanpa memadang mukanya yang sudah bermake-up demi untuk menarik perhatian Firdaus.Tetap tiada perubahan menjadi cantik pun.

“You ni kenapa asyik tengok muka Zaf je.Kenapa tak pandang muka I pun?I ni dah siap bermake-up specially for you ni.”rajuk Helyza manja.Sempat lagi dia menjeling wajah Zafrina yang menunduk.

“Janganlah marah.You ni.”Firdaus mengalihkan pandangan daripada memandang wajah Zafrina yang bertambah kemerahan walaupun hati masih tidak puas memandang wajah Zafrina yang bertambah kemerahan.

“Fir,kamu ni!Asyik nak bermesra dengan Lyza je!Sekarang ni dekat tempat kerja!Dahlah depan setiausaha kamu sendiri!Kamu tak malu ke?Tadi marah sangat sebab setiausaha
kamu datang lambat!Tapi kamu pula yang melambatkan meeting ni sebab Lyza.Yang kamu ni Lyza,nak keluar sama-sama tu balik nilah!Fir ingat,balik sebelum pukul 9 malam!”marah Datin Sharihah apabila melihat kemesraan antara anaknya dengan Helyza.Datin Sharihah tidak suka melihat Firdaus bergaul dengan perempuan seperti
Helyza.Bila Firdaus berbual dengan Zafrina,tidak pula Datin Sharihah marah.Tapi bila bersama Helyza,betapa marahnya melihat Firdaus bergaul dengan perempuan seperti Helyza.

Zafrina kembali menunduk.Dengan pantas,Firdaus mengajak Zafrina masuk ke dalam bilik khas untuk meeting.
Helyza menjeling geram pada Datin Sharihah yang mula tersenyum apabila melihat Firdaus pergi beriringan dengan Zafrina.
Tak guna kau orang tua.Aku baru nak layan Fir.Marah Helyza dalam hati.

Balik sahaja dari meeting sebentar tadi,Zafrina melabuhkan punggung di kerusi kayu rumah sambil memecat tudung yang disarungkan.Hai,bila Ila nak sampai ni?Nak dekat pukul 8.Aku dahlah takut duduk sorang-sorang.

“Ba!!!”terkah seorang di hadapan Zafrina yang sedang duduk di atas kerusi kayu.

“Oh harimau singa datang!”latah Zafrina yang sudah jatuh kebelakang.

“Wo,,,kuat juga kau melatah.”kata Syamila sambil menepuk-nepuk tangan buat Zafrina yang sudah terjatuh.

“Ila,kau ni mengejutkan aku je.Nasib baik aku ni tak ada penyakit jantung!”marah Zafrina sambil cuba bangun.

“Okey,jangan marah.Zaf,aku nak cakap tentang Syafiq.Kau kenalkan dia?Hah,aku tersuka dekat dialah.”kata Syamila malu-malu.

“Biar betul?Kau suka Syafiq?Sepupu aku tu yang aku kenalkan tu ke?!”tanya Zafrina terkejut.Biar betul dia jatuh cinta pada Syafiq?Dia tu memang boleh dikatakan kacaklah,tapi nanti dia sibuk.

“Akukan dah cakap,aku tersuka.”jawab Syamila marah-marah tapi malu.

“Baik kau jangan.Dia tu kadang-kadang sibuk.”bantah Zafrina lembut.

“Aku rasa,aku selalu rindu dia.Walaupun aku jumpa dia kadang-kadang.Aku rindu dia.Dia macam bayang-banyang aku.Aku tak kisah pun dia sibuk ke tak.Tapi,pleaselah tolong aku.”rayu Syamila sayu.Aku tak kisah sama ada dia sibuk atau pun tak,asalkan aku dapat tengok muka dia yang agak kacak bagi aku setiap hari.Luah hati Syamila.

“Okeylah,aku tolong kau.Tapi kau jangan menyesal ye?”

“Aku tak akan menyesal sekali pun.”ikrar Syamila dengan riang.

“Memandangkan aku esok cuti,aku akan cuba call dia,okey?”

“Ala,hari nilah.Katalah dekat dia esok jumpa pukul 9 pagi dekat Taman Tasik Perdana.”rayu Syamila lagi.Zafrina mengeluh berat.Huh,cerewet juga dia ni dalam hal kisah cinta.

“Okey,aku call dia sekarang juga.”Zafrina mendail nombor telefon Syafiq yang pernah dia simpan.

“Assalamualaikum.Fiq,esok kita jumpa.Ala,ni tentang cinta.Kau jangan nak perasan aku pula cinta kau.Jangan haraplah!Aku tak cinta kau pun,tapi kawan aku.Dekat Taman Tasik Perdana pukul 9.Tak payahlah nak bergurau. Aku pukul kau esok,baru tahu hidup kau menderita.Hah,yela.Waalaikumussalam.”Zafrina menekan punat merah.

“Dah?”tanya Syamila.

“Dah.Sakit pula hati aku cakap dengan dia.Dia boleh perasan aku cinta dia.Pleaselah!Kalau dia tu baik macam Am tu tak apalah juga.Nanti kau jadi isteri dia,habis kau asyik kena kacau dengan dia.”pesan Zafrina sambil menggeleng.

“Okeylah tu.Romantik apa.”

“Yela tu,romantik teramat.”Zafrina mengiyakan kata-kata Syamila.Zafrina mengambil langkah untuk ke atas merehatkan badan.

“Zaf,tunggulah aku!Aku nak tidur juga!”jerit Syamila.

“Tak akan nak naik tangga pun kena tunggu?Kerepeklah kau ni.”Zafrina tidak mengisahkan Syamila yang mengejar di belakang.

“Kerepek?Apa hal pula?Aku ni bukan kerepeklah!”marah Syamila sambil bercekak pinggang.

“Merepeklah tu.Tak akan tu pun tak tahu.Tu ada budak lelaki mana entah kata aku ni kerepek.Aku pun tanya macam kau.Jadi aku panggillah merepek tu kerepek!”balas Zafrina sedikit menjerit.

“Woi,Zafrina.Ada orang tunggulah dekat depan rumah.Baik kau pergi tanya dia cari siapa.Kacaknya muka dia.Wow,kalaulah dia milik aku.”cepat-cepat Zafrina menyarungkan tudung yang dipakai tadi.Dengan pantas dia membuka kunci rumah lalu keluar.

“Kau ni,kata suka Afiq.”sindir Zafrina sebelum keluar.

“Aku kata dia kacak je.”balas Syamila geram.Zafrina keluar rumah tanpa membalas.

“Encik Firdaus,awak cari siapa?Dah malam ni.”tanya Zafrina sambil memandang ke kiri,ke kanan.Tak manis tu!

“Aku cari kaulah!Esok aku nak kau datang pejabat pukul 10 pagi!Faham?Jangan datang lambat!Semua dicutikan kecuali kau sebab ni,aku reject.Apa benda entah kau buat ni.Ada je orang teman,aku dengan Kak Hani.Dia kata dia boleh jaga kaunter tu!”kata Firdaus sambil membaling 60 helai kertas yang telah dibuat Zafrina dengan susah payahnya kepada Zafrina.Zafrina mengutip kertas-kertas yang bertaburan.Tanpa sedar,setitis air mata gugur apabila Firdaus berpaling mamdang Zafrina.Tersentuh juga hati bila melihat gadis yang tidak bersalah menitiskan air mata di depannya,tetapi demi ego bahawa dia tak akan kalah dengan gadis-gadis lain menyebabkan dia hanya melihat Zafrina yang mengutip kertas-kertas yang bertaburan.

Tak,aku tak boleh kalah dengan perempuan!Aku tak akan sekali pun!Firdaus masih tercegat melihat gadis di depan matanya mengutip kertas yang bertaburan.

“Encik Firdaus boleh balik,tak perlu tengok saya kalau encik hanya nak menyakitkan hati saya encik.”kata Zafrina sayu.Dia masih sakit hati dengan perangai anak boss dia tu.

Firdaus melangkah masuk ke dalam kereta apabila mendengar suara sayu Zafrina.Maafkan aku.
Zafrina berjalan masuk ke dalam rumah sambil memeluk kertas-kertas yang dikutip.

“Zaf,kenapa dengan kau?Lelaki kacak tu buat apa dekat kau?”tanya Syamila lalu mendapatkan Zafrina.

“Tak guna kalau jadi lelaki kacak tetapi perangai macam perangai zalim.”jawab Zafrina dan tersenyum hambar.

“Tak perlulah nak senyum kalau tak sudi.Hish,kau ni.”marah Syamila.Hai kawan aku ni.

“Ila,esok.Sorrylah,aku tak boleh pergi.Aku kena pergi office esoklah.Sorry tau.Aku boleh tolong kau 1 jam je.”kata Zafrina.

“Errr,,,kau biar betul?Tak payahlah pergi.”rayu Syamila.

“Tak boleh,nanti boss aku marahlah.”

“Okeylah,tapi janji ye teman aku 1 jam tu?”

“Okey.Janji.”Zafrina tersenyum.

“Weyh,teman aku makan.”

“Makan?Kau biar betul Ila?Tak payahlah.Aku nak tidur.”Zafrina membuka langkah seribu berlari ke bilik tidur yang bercampur dengan bilik tidur Ila.

“Okeylah.”Syamila mengikut Zafrina masuk ke dalam bilik tidur.Syamila membaringkan tubuh di sebelah Zafrina kerana hanya terdapat satu katil king.

“Sleeping time!”jerit Zafrina sebelum menarik selimut sampai paras dada.

“Ila,cepatlah!Nanti lambat.”marah Zafrina di luar bilik.Aku dah siap pakai baju dengan tudung lagi.Dia baru nak pakai baju.

“Okey,okey.Aku dah siap ni.”balas Syamila lalu terus keluar bilik.

“Aku dah hidupkan enjen kereta,cuma nak masuk dalam kereta je.”sinis Zafrina.

“Dah jomlah masuk.”Syamila berlari masuk ke dalam kereta.Dia duduk di sebelah Zafrina yang ingin memandu.
Selepas sahaja sampai di simpang empat,Zarina membuka radio.Mereka hanya diam membisu.Zafrina menjeling ke arah Syamila yang sudah tersenyum.Gembira sangatlah tu.

“Dah sampai.”Zafrina memecahkan kesunyian.Syamila semakin tersenyum bahagia.Dengan pantas,Syamila berlari keluar mendapatkan Zafrina yang sudah jauh pergi darinya.

“Eh,Zaf,I,,,Ila ye?”tanya Syafiq.

“Kau ingat lagi ye,Ila ni?Kenalkan,ni Ila.Nur Syamila Qairina.Dan,Ila kenalkan Syafiq Idham.”Zafrina menolak Syamila sehingga terduduk di sebelah Syafiq.Syafiq hanya tersenyum bila mata mereka bertatapan.Zafrina tersenyum.Baguslah idea aku.

“Fiq,,,,err,,,selamat berkenalan.”Syamila memandang Zafrina yang tersenyum nakal.

“Selamat juga.”jawab Syafiq.

“Saya,,,”Syamila berasa gementar untuk meneruskan ayatnya.

“Saya apa?Awak nak pergi tandas ke?Tak apa,pergilah.Saya rela awak pergi untuk 10 minit.”potong Syafiq dengan muka seposennya.

“Mana ada!”marah Syamila sambil memukul lengan Syafiq.

“Sorry,sorry.Habis?”tanya Syafiq sambil mengusap lengannya.

“Saya,,,suka awak.”Syamila menunduk.Malunya.

“Apa,tak dengar.”Syafiq mula menyakat.

“Tak ada apa-apalah.”Syamila merungut pasrah.

“Ala,manjanya.Saya dengarlah.”Syafiq tersenyum manis.

“Saja je awak nikan!”marah Syamila lembut dan sekali lagi satu pukulan manja singgah di lengan Syafiq lagi.

“Yela.”Syafiq tersenyum.

“Awak sudi ke kawan dengan saya?”tanya Syamila sambil mendongak memandang Syafiq.

“Sudi.Couple pun tak apa.”jawab Syafiq selamba.

“Couple?Awak biar betul?”tanya Syamila tidak percaya.

“Betullah.”jawab Syafiq sambil mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum.

“Kita jadi kawan dulu.Kalau saya tengok awak baik,saya akan sudi jadi tu.Lepas tu,,,”muka Syamila bertukar merah.

“Lepas tu kahwinkan?Betul juga.”potong Syafiq lagi.Syamila tersenyum.

“Woi,aku pergi dulu.Bermesralah korang!”sakat Zafrina dengan seribu langkah ke kereta.

“Zaf.”panggil Syamila.

“Tak apalah.Jangan risau,saya tak buat apa-apalah dekat awak.Jom pergi kedai tu.Kita jalan kaki je.”Syafiq bangun dan pergi membawa Syamila berjalan.
Zafrina memulakan perjalanannya untuk ke pejabat.
Zafrina keluar dari kereta.Takutnya nak masuk pejabat.

“Assalamualaikum.”sapa Zafrina sambil menolak pintu kaca pejabat.Hanya Firdaus sahaja di dalam pejabat yang duduk santai di sofa.

“Kak Hani lambat datang.So,kita berdua je ada.”tanpa menjawab salam,terus menekan tentang Kak Hani.

“Saya masuk dulu.”Zafrina berjalan pantas.Tak akan aku dengan dia je?
Zafrina focus pada skrin laptop.Dia berasa sungguh letih bila sudah berapa jam focus pada skrin laptop.
Akhirnya,tertidur di kerusi yang selesa.Firdaus masuk ke dalam pejabat.Dia terperasan bahawa Zafrina sedang tertidur.

“Woi,aku suruh kau buat kerja.Bukan tidur macam sleeping beauty.”sinis Firdaus.Zafrina terjaga.

“Sorry.”Zafrina tersenyum seperti kerang busuk.

“Kau balik jelah!Aku nak balik ni.Nak jumpa Lyza.Lusa nanti ada meeting.Jangan lupa datang!”pesan Firdaus.

“Tunggu,Kak Hani macam mana?”tanya Zafrina sambil tangannya lincah mengemas barang.

“Kak Hani?Kak Hani dia kata anak dia sakit tiba-tiba.Tulah,masa kau masuk tu,Kak Hani tiba-tiba telefon. Tu aku suruh kau balik.Malas nak tunggu.”jawab Firdaus.Kakinya diangkat keluar dari pejabat Zafrina.

Zafrina mencapai beg sandangnya.

Zafrina bersandar pada kerusi kereta.Penat sangatlah tu bekerja.Zafrina memulakan perjalan ke taman yang Syamila ditinggalkan.

“Ila,aku dah sampai.”kata Zafrina sambil melabuhkan punggung di sebelah Syamila.

“Jom balik.”Syamila berlari masuk ke dalam perut kereta.Zafrina mengeluh.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Kahwin Tanpa Cinta? 2”
  1. [email protected] says:

    ada blog x best le

  2. soka says:

    ade blog x?

  3. Nani Noni says:

    i like it…..citer ni makin lama makin menarik…but rasa ada sesustu yg kosong…maybe masih pengawalan…..apapon keep it up…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"