Novel : You Are My Pet Not My Wife 1

12 November 2012  
Kategori: Novel

10,950 bacaan 26 ulasan

Oleh : FieNiRa NaZaSha

“KENAPALAH kau pi hempuk kepala dia ni.”

Nan mengeluh lemah. Dia memandang kosong ke arah sofa panjangnya yang sejak 120 minit yg lalu menampung sekujur tubuh.

“Kita nak buat apa dengan dia ni? Cuba kau bagitahu aku.”Mulut itu berbunyi lagi.

“Apa susah, tunggu jer la dia bangun then kau tanya kat dia apa yang dia nak.” Dengan riak muka yang kosong dan selamba Nan menjawab.

“Hei! Kalau dia tak bangun-bangun macam mana? Kalau… kalau dia mati? Kalau dia koma… hei naya kita. Itulah kau. Apasal kau pukul kepala dia guna pan?!”

Gulp.”Tak… takkan lah sam… sampai macam tu sekali kut?” Aku sudah mula panik.

“Eh! Kau jangan main-main. Yang kau pukul tu kepala. Kepala orang kau tau tak!” Suara Lia sudah semakin meninggi. Geram dengan kawannya yang sorang ni.

“Ala. Aku pukul tu tak kuat mana pun… rasanya lah….” Nan menggaru- garu kepalanya. Takde kutu ok!

“Kenapa kau pukul kepala dia ni Nan? Sudahlah kau call aku pukul 11 malam tadi gara- gara kes kau ni. Haish! Tak faham aku.” Aku dah syok-syok nak log in ke alam mimpi katil pulak bergegar. Ingatkan gempa bumi rupanya vibrate handphone. Siapa lagi kalau bukan panggilan drpd si Nan ni. Melepas aku nak jumpa Lee Min Ho aku.

“Aku takutlah Lia. Tengah aku punya khusyuk decorate kek chocolate strawberry aku tadi tiba- tiba ada orang ketuk pintu. Dah pukul 11 dah tu takkan lah ada tetamu kan.”

“Eh! Apa masalahnya? Takkan lah…..” Belum sempat si Lia ni menghabiskan kata, Nan sudah memotong. Si Nan ni memang macam ni. Tak payah nak kisah sangatlah. Eh kejap. Tak de siapa yang kisah pun kan? Hmmm.

“Memang ada masalah pun. Mana ada tetamu datang lewat-lewat malam macam ni. Kalau ya pun nak datang mesti dorang call aku dulu. Aku dah check dah phone aku, tak de missed call pun. Lagipun sebelum Kak Cham pi Indonesia kelmarin dia ada bagitau aku suruh hati- hati sikit. Dia dengar ada lelaki gila seks terlepas dari penjara minggu lalu. Mana aku tak seram. Dah lah ketuk tak bagi salam. Dia main ketuk je tapi bisu tak de suara.” Dengan panjang lebarnya aku menerangkan. Memanglah kita kena takut kan. I’m still virgin ok! Aku tak nak kesucian aku diragut kerana itulah satu-satunya mahkota yang aku simpan untuk bakal suamiku. Kalau dah kena ragut nanti apa je yang tinggal. Sob.. sob…

Kemudian kedengaran Lia mengeluh geram.

“Eeee kau ni kan! Huh! Mana-mana kau lah. Aku dah malas nak ambil tahu. Lagipun benda dah jadi. Dah tu sekarang ni kau nak aku buat apa pula? Nak aku jadi tunggul or maybe kau nak aku jadi mak guard kepada dia ni? Aku tak nak!” Lia mula memprotes. Mula tak puas hati dah mak cik ni. Lagi pula sejak bila aku suruh dia jadi mak guard untuk si dia di sofa tu?

Tapi…

“Hehehe boleh juga. Ala, boleh lah Lia. Aku kan bff aku, teman sehidup semati kau, kawan kau yang paling cute.” Eleh! Sempat pula puji diri sendiri. Perah santan betul aku ni. Sekali sekala apa salahnya huhuhu.

Lia membuntangkan mata. Nan yang tersengih di depan mata dipandang semakin kecil.

“Eh eh eh. Kau yang buat dia pengsan aku pula yang kena. Haih. Nasib nasib.” Lia menggeleng- gelengkan kepala.

“Yelah. Aku temankan kau. Tapi rasanya dia takkan bangun buat masa ni. So tak payah risau. Esok baru dia bangun tu. Dah lah pi tidur. Aku pun dah mengantuk ni.” Lia bangun sambil menggamit Nan. Sempat lagi dia menilik si dia yang enak terbaring di sofa. Hmmm handsome la pula dia ni. Nasib kau la kena pukul dengan pan oleh si Nan, getus hati Lia.

_________________________________________________________________________________

Keesokkan harinya…

“Eh, dia dah nak bangun la Nan.” Ujar Lia separuh berbisik kepada Nan.

“Aah.”

Kedengaran Arel mengerang kesakitan. Sambil memegang kepala Arel mengaduh sakit.

“Argh! Aduh, sakitnya kepala!” Perlahan- lahan dia bangkit dari pembaringannya. Sebaik saja dia bangun, kelibat Lia dan Nan menjamu pandangan matanya.

“Kamu ni siapa hah! Aku kat mana ni? Kau orang dah buat apa kat aku? Aduh.. duh..duh… sakitnya kepala. Eh, aku tanya kamu ni siapa! Bisu ke!” Bangun- bangun je dah melenting. Hairan melihat sekelilingnya yg begitu asing.

“Ek eleh. Banyak songeh pula dia ni. Hei! Kalau nak cakap tu cakap la elok- elok. Kita orang ni tak pekak lagi. Tak payah nak tengking- tengking awal pagi ni nak test power suara kau yg tak merdu tu.” Nan sudah mula panas hati. Huh, kalau aku tahu aku hempuk mulutnya ni. Biar tak payah cakap. Biar bisu lagi bagus. Sedap- sedap dia je nak tengking. Apa kes!

“Aku peduli apa! All I want to know is who are you and what the —- are doing to me!” Dia juga sudah mula hot. Tak pernah- pernah dalam sejarah hidup aku kena marah balik oleh seorang perempuan. Memang first time lah!

“Aku culik kau. Aku nak bunuh kau lepas tu aku kerat- kerat badan kau into pieces Then, aku nak bagi keratan- keratan badan kau tu jadi santapan breakfast untuk anjing kat hujung jalan tu hah.” Dengan selambanya Nan menjawab. Uish minah ni memang berani. Kalau hati dah panas memang semua pun berani.

Arel membuntangkan mata. Apa minah ni cakap tadi! Dia nak bunuh aku!

“Wait wait wait. Hold on both of you. Apa kes kau orang ni? Begini encik sebenarnya semalam encik pengsan so kami biarkan lah encik tidur semalaman di sini. Ini ni rumah Nan jadi sememangnya asing bagi encik lah.” Dengan pantas Lia mencelah. Takut nanti ada perang ketiga pula kat rumah ni. Apasal dorang berdua ni. Buka je mulut dah berperang.

Arel menjeling Nan kerana keceloparan Nan tadi. Nan juga membalas jelingan tersebut dengan perasaan menyampah. Eleh! Apa jeling- jeling. Aku pun boleh menjeling juga. Lagi tajam dari kau. Huh!

“Aku boleh pengsan? Wait… how can I fainted? Kalau aku pengsan pun kenapa aku pengsan kat rumah minah ni?” Arel menyoal kerana tidak berpuas hati.

“Aku kan dah cakap dengan kau tadi yang aku culik kau. Apasal kau tanya lagi. Haih! Kau ni memang dah pekak. Cian cian cian. Ish ish ish.” Nan menjawab sambil membuat aksi simpati kpd Arel. Kemudiannya dia tersenyum sinis.

“Eh, kau ni kan….” Arel hanya mampu mengetap bibir. Nasib baik lah kau ni perempuan. Kalau tak dah lama aku kerjakan. Huh! Tak padan dengan badan kecik tpi mulut… memang nak kena cili.

“Eh eh eh… jangan gaduh. Sebenarnya… sebenarnya Nan tak sengaja pukul awak dengan pan semalam.” Lia menggaru- garukan kepalanya yg tidak gatal apabila dia terpaksa memberitahu hal yang sebenar kepada Arel.

Wajah tampan Arel mula memerah demi mendengar pernyataan dari mulut Lia sebentar tadi.

“Maafkan Nan ya awak. Dia tak sengaja pukul awak semalam maklumlah dengan suasana yang gelap dia sangkakan pencuri. Maafkan Nan ya awak.” Lia memohon maaf dengan Arel bagi pihak Nan apabila melihat rakannya yang enggan meminta maaf itu. Itu pun dia dah terpaksa berbohong.

“Kalau cik ni yang pukul saya semalam saya boleh maafkan tapi dia ni…..” terhenti sebentar Arel bercakap sambil memandang Nan dari atas ke bawah.

“Kalau dia ni memang saya takkan maafkan. Lagi pula kenapa awak yang minta maaf sedangkan dia yang pukul aku semalam. Kerana kau biadap ketika bercakap dengan aku tadi aku takkan maafkan kau biar pun kau melutut 27/4 di depan aku.” Arel tersenyum sinis.

“Hoi! Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau ni. Sudahlah Lia, tak payah nak minta maaf dengan dia bagi pihak aku. Buang masa je. Dah dah dah memandangkan kau dah sedar so aku nak kau chow dari rumah aku now!” Nan sudah berdiri sambil menuding jari ke arah pintu keluar supaya Arel keluar dengan segera.

“Nope. Aku tak nak.” Arel membetulkan posisinya dan kemudian duduk sambil menyilangkan kaki.

“Apa kau kata!” Mata Nan sudah semakin membulat. Kini dia berasa sangat panas. Hot!

Arel memandang Nan dan kemudian memeluk tubuh.

“Aku kata aku tak nak keluar. Dah jelas? Atau kau nak aku ulang lagi? Ok lah aku ulang lagi apa aku cakap tadi ya sebab aku kesian dengan kau yg pekak ni. Aku kata nope! Aku tak nak keluar.”

“Hei! Ini rumah aku lah! Aku ada hak nak halau kau keluar dari rumah ni. Aku kata keluar tu keluar lah! Apa lagi yang kau tunggu!” Nafas Nan sudah semakin tidak teratur. Dah macam singa kelaparan dah.

Arel tersenyum sinis memandang Nan. Dia merenung tajam kearah Nan yang bila- bila masa saja boleh meletup. Cute la pula minah ni. Mata dah bulat, hidung mancung tapi sayangnya garang nak mampus. Langsung tak boleh nak buat bini.

“Aku pun ada hak nak saman kau. Aku boleh saman kau kerana mencederakan aku tanpa sebab dan pada masa tu kau akan masuk lokap sebab tak mampu nak bayar ganti rugi memandangkan aku akan kenakan saman yang tinggi.” Sekali lagi Arel tersenyum sinis. Senyum kemenangan memandangkan gadis itu sudah pun kehabisan kata. Nan hanya mampu memandang tajam kearah Arel. Kini mereka saling tenung menenung dengan api yang marak di mata Nan.

Lia sudah mula panik. Aduh! Kenapa lagi ni? Apasal ada saman menyaman ni.

“Beginilah encik….” Lia ingin cuba menyelamatkan keadaan yang semakin genting.

“Arel. Nama saya Syed Putera Shayarel Amer.” Kepada Lia dia menguntumkan senyum. Lia pula mulai tidak keruan. Aduh! Kacak gila si Arel ni. Macam mana boleh tak perasan ni. Muka ala- ala Kim Hyun Joong. Aduh! Boleh tergoda aku.

Hati Nan yang sudah sedia mendidih semakin ingin meletup melihat Lia yang seakan akan tergamam ketika menerima senyuman drpd Arel. Ish Lia ni bukan nak bantu aku. Argh! Nan terus memeluk tubuh.

“Beg… begini encik Arel, apa kata kita selesaikan di sini saja. Tak payah lah sampai nak saman- saman kan. Saya janji apa saja yang encik Arel minta Nan akan lakukan. Saya akan pastikan dia memenuhi permintaan encik tapi jangan lah sampai nak saman kami. Nan memang tak mampu.” ujar Lia dengan harapan agar Nan tidak perlu disaman. Maaflah Nan ya. Ini satu- satunya cara supaya kau tak kena saman. Aku dah tak boleh nak fikir cara yang lain dah.

Nan yang sedari tadi merungut tidak puas hati terkedu sebaik sahaja mendengar tawaran Lia kepada Arel sebentar tadi. Matanya yang sedia bulat menjadi semakin bulat. Lia! What have you done! OMG! Mampus aku. Jaga kau Lia, kau memang nak kena.

“Hmmm… that offer was quiet interesting…” Hehehe inilah masanya. Habislah kau minah. Siapa suruh kau biadap dengan aku dan sekarang hidup kau tak akan sama dengan hari hari yg kau lalui sebelum ini. Huahahahaha.

“Ok. Aku terima tawaran tu dan sekarang permintaan aku ialah… ialah…” Arel berjeda seketika.

Haish! Kalau nak cakap tu cakap je la. Huh!

Arel tersenyum jahat sebelum berkata “Aku nak minah tu kahwin dengan aku minggu depan.Everything have been prepared and you just have to be my bride and it is as simple as that.” Arel sudah tersenyum gembira kerana berjaya mendapat mangsa yang diingininya dengan begitu mudah. Misinya sudah sukses!

Manakala Lia apatah lagi Nan sudah ternganga. Terkejut dengan permintaan dari Syed Putera Shayarel Amer! Nan pulak…. Oh tidak!!!

…akan bersambung…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

26 ulasan untuk “Novel : You Are My Pet Not My Wife 1”
  1. cik ieqa says:

    best gler …. keep it up

  2. AliahMohdSalleh says:

    Saya suka ceriter ni best Dan mengujakan.Tak sabar tunggu sambungan.

  3. fara anna says:

    citer nie best la…
    novel nie da ada kt pasaran ka??

  4. FieNiRa NaZaSha says:

    trima kasih kpd smua yg sudi mmbca krya kmi…
    farra anna-novel ni lom ada kat pasaran sbb ini mrupakan krya pertama kami so x psti lgi kalau nk dipasarkn atau x ^_^

  5. Mariyam says:

    saya suka…

  6. ........? says:

    bukan 24/7 ke?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"