Novel : Cinta Kita Bukan Kontrak 1

4 December 2012  
Kategori: Novel

5,985 bacaan 7 ulasan

Oleh : sarah iman

BAB 1

Hari Isnin..pukul 10.40..ngam je lepas waktu rehat..
Ahah…mesti orang ingat aku nak tulis diarikan?
Tettt…SALAH sama sekali..Ini bukan diari…
Aku hanya nak bukak hikayat sebuah kisah..
Permulaan satu cerita,juga permulaan kepada sebuah derita..
Lebih tepat lagi DISASTER!!

************************************

“SIAPA Ayui?” Suara yang bergema macam halilintar dari pintu kelas 5Sastera itu menyentakkan seisi kelas.Serentak sembilan belas pasang mata terarah ke muka pintu.Ketua Persatuan Pelajar merangkap Ketua Pelajar SMK Seremban berdiri tegak dengan muka macam nak makan orang.

“Aku tanya..siapa Ayui?” bengang soalannya tak dijawab,pemuda itu membentak lagi.Sekali lagi sembilan belas pasang mata terpaku ke arah susuk tubuh tinggi lampai di muka pintu kelas sebelum beralih kepada budak perempuan yang duduk di kerusi paling belakang kelas tersebut.Khusyuk dengan buku ditangannya,Ayui langsung tak angkat kepala.Hatta kehadiran Ketua Pelajar tu pun dia tak sedar.Pandangan mereka kemballi terarah kepada pemuda itu.

“Psstt..Rifqee.Kau pergi sergah Ayui tu sat.Dia tu kalau dah sumbat earphone sepatah haram benda yang jadi kat dunia ni dia tak sedar.Full volume kot,” Zack mencuit Rifqee yang duduk selang dua meja dari Ayui.

“Aku takutlah.Weh cuba kau tengok muka Rayyan tu..macam nak makan orang.Lagipun kau pun bukannya tak tahu perangai si Ayui tu kalau dah hadap buku.Mati kita kena seligi kalau kacau dia,” Rifqee membalas dengan nada berbisik.Zack terdiam.

Memang betul pun apa yang diakatakan Rifqee.Adam Rayyan, Ketua Pelajar yang memang terkenal dengan ketegasannya.Sekali dia keluar denda mandatori,mati hidup semula takkan dapat terlepas.Tapi untuk mengganggu gugat keamanan Ayui yang dah tenggelam dalam dunia komiknya,maaflah.Dia lagi tak sanggup.Dia lagi rela kena hambat dengan Rayyan dari kena amukan Ayui yang bertukar jadi singa campur hulk.Sumpah tak sanggup.

Suasana sepi dalam kelas mencabar kesabaran Rayyan yang memang dah menipis.Marahnya membuak-buak melihatkan seisi kelas kaku membisu macam patung. “Apa masalah diorang ni sebenarnya?Tak faham soalan ke?Ke nama yang Ieya bagi tu salah?Bukan budak kelas ni?” Rayyan berpaling kepada tiga orang rakannya dibelakang yang juga merangkap ahli Persatuan Pelajar.

“Taklah.Memang betul pun nickname budak tu Ayui.Aku rasalah kan itu budak yang kau cari.Budak perempuan yang duduk kat sit belakang sekali.Yang tengah baca buku tu,” Aqil menuding jari tepat ke arah Ayui.Dia dari tadi asyik memerhatikan gelagat budak-budak kelas 5Sastera yang mengalih pandang ke arah gadis itu apabila nama Ayui disebut Rayyan.

Rayyan mengalihkan matanya mengikut telunjuk Aqil lalu bergerak ke arah gadis itu.Mukanya tegang.Aqil bertukar pandang dengan Umar dan Zayn.Mereka berdua hanya angkat bahu tanda tak masuk campur.

“Kau Ayui?” Rayyan menepuk kuat meja budak perempuan yang masih khusyuk dengan buku ditangannya. Takde balasan.Malah dengan selamba dia menaikkan kaki ke atas kerusi dan mebelakangkan Rayyan.Ayui meneruskan pembacaannya seolah-olah dia tak sedar kehadiran Rayyan..yang sebenarnya memang dia tak sedar pun.

Darah Rayyan terasa menggelegak seakan-akan lahar gunung berapi melihatkan perlakuan budak perempuan itu.Dengan kasar dia merentap buku di tangan gadis itu.Tindakan yang pastinya membuatkan seisi kelas melopong.Rasanya memang tak pernah ada sejarah budak kelas 5Sastera berani buat perkara gila macam tu kecualilah dia ada black belt setara dengan Ayui.

Refleks dari tindakan Rayyan,Ayui bingkas bangun.Sekejapan tangannya dah mencekak leher baju Rayyan dengan muka merah.Seluruh kelas teguk air liur.Nak masuk campur mereka tak berani.Tiga ahli Persatuan Pelajar yang lain ternganga tak percaya.Rayyan turut terkedu.

Melihatkan Ketua Pelajar yang berdiri di depannya,Ayui melepaskan cengkamannya.Wajah tegangnya juga mengendur.Serba-salah dia mengadap muka Rayyan yang berkaca mata itu. “Err..Ketua cari saya ke?” soalan pertama yang keluar dari mulutnya.Formal habis.

Rayyan yang baru pulih dari kejutan akibat perlakuan mengejut Ayui,mendengus.Kalau macam nilah perangai memang betullah apa yang Ieya katakan. “Kau kenal siapa Iman Tariq?” Tanpa membuang masa dia terus menyoal.Ayui kerut dahi.Ok,fine.Aku tahu mamat ni tengah cakap dengan aku,tapi apa yang dia cakap?Dia tenung bibir Rayyan yang bergerak-gerak.Cuba memahami apa yang dikatakan oleh Rayyan.

Melihatkan perlakuan blur Ayui,budak-budak di dalam kelas itu kecuali ahli Persatuan Pelajar terkembung-kembung pipi menahan ketawa dari meletus.Zack membenamkan mukanya ke buku teks Sejarah yang maha tebal untuk melindungi ketawanya dari kedengaran.Rifqee dua tiga kali buat-buat batuk.

Rayyan yang tak menyedari kelakuan ahli kelas 5Sastera masih berdiri tegak di depan Ayui.Berkerut dahinya melihatkan muka budak perempuan itu yang seolah-olah cuba memahami apa yang dikatakannya.Mata Ayui tepat ke bibir Rayyan.Budak ni pekak ke?Dah macam budak PK(pendidikan khas) je aku tengok.Tapi ni kelas untuk orang normal.

Rayyan berpaling ke arah tiga rakannya.Mereka buat muka bingung.Dia merenung pula sembilan belas orang penghuni kelas itu.Tanpa amaran seluruh isi kelas kini bergema dengan gelak tawa.Wajah blur Ayui ditambah riak bingung ahli Persatuan Pelajar membuatkan mereka dah tak mampu untuk menahan ketawa.

Ayui masih dengan muka blurnya.Aku nampak diorang tengah gelak.Tapi apesal aku dengar suara Maher Zain?Hold on..Maher Zain?Ya Allah.Mati aku.Ayui tepuk dahi.Kuat.Kelam-kabut dia mencabut earphone yang berdentum kuat di telinganya.Rayyan yang tak faham kenapa budak-budak kelas 5Sastera ketawa macam histeria berkalih ke arah Ayui.

Ayui yang kalut menarik tali earphone terhenti.Earphonenya tergantung di tangan.Mata gadis itu bertembung dengan mata Rayyan yang kemudiannya beralih kepada tangannya.Mata Rayyan membulat.Wajah Ayui pucat.One word.Damn.

**************************

“Ni semua kau punya pasallah Ayui.Tak pasal-pasal kitorang terheret sekali,” rungut Aya konon marah.Tetapi bibirnya tak dapat ditahan dari mengukir sengih.Kelakar mengingatkan kejadian sebentar tadi.

“Sorrylah.Lagipun bukan salah aku seratus peratus ok?Yang korang bantai gelakkan Ketua Pelajar tu apakehal?Mandat besar?” Ayui menyimbah air ke lantai tandas perempuan yang bersabun.Bahana kelakuan mereka,kesemua murid kelas 5Sastera di denda membersihkan tandas.Budak lelaki didenda bersihkan tandas lelaki dan budak perempuan bersihkan tandas perempuan.

“Macam mana tak gelak?Aku masih boleh bayangkan tau muka kau dengan muka Rayyan.Blur habis,” Zaty mengesat peluh di dahi sambil bersandar ke singki tandas.

“Dah korang pun tak warn aku.Nasib baik aku tak terbaling dia tadi.Kalau tak?Mau aku kena tendang dari sekolah ni terus,” Ayui membebel.Dia menyudahkan kerja terakhirnya. “Nak bagi amaran pun tak guna jugak.Kalau dah memang telinga kau tersumbat dengan earphone, gajah mengamuk pun kau tak dengar,” sindir Aya.Kat tandas perempuan tu tinggal mereka bertiga sahaja menyudahkan kerja-kerja akhir.Yang lain dah berdesup balik kelas.

Ayui sengih.Nak balas pun tak berguna sebab apa yang dikatakan Aya memang betul. “Anyway,apa sebab Ketua Pelajar tu datang cari aku ek?” soal Ayui.

“Entah.Tapi masa mula-mula dia datang kat kelas tu,muka macam marah je.Kau belasah orang lagi ke Ayui?” Zaty angkat kening.Dia merenung Ayui dengan mata sepet sebelah.Rakannya yang sorang tu bukannya boleh percaya.Perangai tak serupa perempuan.Lasak.Kalau ada yang buat hal,mulalah tangan kaki naik.

“Ayui..Rayyan nak jumpa kau dekat bilik Persatuan Pelajar.ASAP,” Belum sempat Ayui membalas kata-kata Zaty,Mey,rakan sekelas mereka muncul membawa pesan.Ayui kerut dahi.

“Ok.Thanks Mey.Eh korang…aku pergi dulu,” Tanpa menanti balasan Ayui segera berlalu.

***************************

TOK!TOK! Pintu bilik yang tertera tulisan Persatuan Pelajar diketuk. “Masuk,” Laung satu suara tegas dari dalam.Ayui membaca Bismillah sebelum memulas tombol pintu. “Tutup pintu tu,” suara tegas itu memberi arahan sebaik sahaja kakinya memijak lantai bilik Persatuan Pelajar.Ayui pandang keliling.Kosong.Yang ada hanya Rayyan.Tutup pintu?Gila ke hapa?

“Tutup pintu,” Mata Rayyan dah terbuntang mellihatkan budak perempuan tu tak menurut arahan. “Err..saya rasa better biar pintu ni terbuka kot.Hari ni panaslah,” Ayui beralasan.Dia hanya merapatkan pintu membiarkan sedikit ruang.

“Ketua nak jumpa saya kenapa?” cepat Ayui bertanya sebelum Rayyan memanjangkan isu pintu tersebut.

“Kau rasa kenapa?” Rayyan bertanya kembali.Ayui kerut dahi.Eh..eh..mamat ni.Ingat aku psikik ke boleh tahu kenapa? “Entah,” Ayui jawab sepatah.Malas nak main teka-teki yang langsung tak mengasah mindanya tengah-tengah hari buta ni.
“Boleh tak kalau Ketua bagitau saya terus apa sebabnya Ketua cari saya?Peninglah,” rungutnya.

“Ok..aku nak kau minta maaf dengan Farina Aliya.Budak yang kau lempang minggu lepas,” Tanpa mukadimah Rayyan menuturkan.Ayui kerut dahi.

“Hah?” Bila masa pulak aku lempang orang ni… “Saya tak kenal pun siapa Farina Aliya.Buat apa saya nak lempang dia?” Dia menjawab perlahan.Kalau ikut darah panas barannya memang dah lama dia menjerit je kat muka Rayyan.Suka-suki aiskrim yuki-yuki je nak tuduh aku lempang anak orang.

TOK!TOK! Ketukan di pintu mematikan perbualan mereka. “Masuk,” Rayyan melaung.Seorang gadis sederhana tinggi melangkah masuk.Mukanya masam mencuka.Ayui tenung wajah budak yang comel macam Izara Aishah itu.Macam pernah tengok.Kat mana ek?

“So,Ayui..Aku kenalkan kau..Farina Aliya,adik sepupu aku.Budak yang kau lempang minggu lepas,” sinis Rayyan menekan nama Ayui.Farina Aliya berpusing menentang Ayui.Kini,dua pasang mata tajam menikam dirinya ibarat pisau belati.Ayui tenung muka budak perempuan tu.Macam kenal….

*****************************
-Rewind…-

“Maaflah dik..Abang dah ada girlfriend..Jadi adik lupakan je lah ye niat adik tu.Lagi baik kalau adik tumpukan perhatian kepada pelajaran,” Iman Tareeq menasihati lembut.Tersenyum dia mendengar luahan hati gadis muda dihadapannya. “Adik muda lagi.Nanti-nanti mesti jumpa lelaki yang lebih baik.Abang pergi dulu ye.Assalamualaikum,” Tanpa membuang masa,Iman Tareeq terus berlalu.Dia takut nanti lebih banyak kata pujukan yang keluar dari mulut gadis itu.

“Nanti.Tunggulah kejap abang Iman.Iena belum habis cakap lagi,” Farina merengek manja.Tangannya cuba menggapai tangan Iman tetapi pantas ditepis.Ayui yang menyaksikan babak tersebut dari awal sampai akhir,berkerut dahi.

“Maaf tapi saya tak suka perempuan yang bukan muhrim pegang-pegang saya.Please behave yourself,” tegas nada suara Iman menggambarkan yang dia tak suka dengan perilaku Farina.Ayui bergerak ke arah Iman.Farina yang meliuk-lintuk macam kucing Parsi tak cukup makan,membuatkan dia rasa nak muntah.

“Oh..hai Ayui. Lama abang tunggu sayang. Dah habis kelas?” Melihatkan Ayui yang menghampiri segera Iman mendapatkan gadis itu.

“Ayui dah nampak abang dari tadi.Tapi abang macam sibuk tu yang malas ganggu,” Ayui bersuara tak senang.Farina yang tadinya tersenyum manja bertukar kelat.

“Jomlah kita balik,” Ayui tarik tangan Iman.Perut dia dah berkeroncong minta diisi.Iman hanya menurut.

“Eh..tunggu sekejap.Abang Iman jangan nak cakap yang perempuan selekeh ni girlfriend abang,” Farina bersuara tak percaya.Ayui dan Iman terhenti.

“Apa masalah kau kalau aku ni bini dia sekalipun?” Ayui membalas.Farina ketawa mengejek. “Kau pergi cermin diri tu dululah.Dahlah muka hodoh.Hei,kau tak layaklah nak jadi girlfriend abang Iman.Sedarlah diri tu sikit,” cemuh Farina.

Ayui dan Iman berpandangan. “Kalau Ayui nak lempang dia sekali boleh?Kasi diam,” Ayui berbisik perlahan dekat Iman.Pantas lelaki itu menggeleng. “Tak payah.Orang tak betul macam dia tu jangan layan sangat.Dah jom kita balik,” Kali ini giliran Iman pula menarik tangan Ayui.Dia tidak mahu Ayui terjebak dengan Farina.

Dah beberapa kali gadis itu menghantar surat cinta dan juga hadiah tetapi semuanya telah selamat jadi makanan tong sampah.Tak pun dia sedekah dekat kawan-kawannya.Tetapi gadis itu tak pernah putus asa.Dah macam obses pun ya jugak.

Farina yang tercabar kerana tak dipedulikan berjalan kearah mereka.Dia menolak tubuh Ayui,kuat.Nyaris Ayui tersungkur kalau tak ditarik Iman.Perlakuan Farina menyebabkan Iman hilang sabar.

PANG!!! Farina terteleng ke kiri lantaran ditampar kuat. Iman tak sempat nak bertindak apabila tangan Ayui terlebih dahulu singgah di pipi kanan Farina.And the rest is history.

*******************************

“Aku suruh kau minta maaf.Bukannya termenung,” Suara Rayyan yang macam halilintar memcahkan lamunan Ayui. “Tak mungkin,” selamba Ayui menjawab.

Farina ternganga tak percaya.Pertama kali dia melihat ada orang berani melawan cakap abang sepupunya itu. “Apa kau cakap?” Mata Rayyan dah merah menyala.Huu..macam pontianak.Ayui cakap dalam hati.

“Tak mungkin aku minta maaf dekat perempuan tak tahu malu macam dia tu,” ulang Ayui tanpa rasa takut.Kata ganti nama diri pun dah bertukar. “Lagipun bukannya aku yang salah.Dia yang menggatal dengan boyfriend aku.Macamlah dah pupus lelaki kat dalam dunia ni,” sambung Ayui lagi.Dia menjeling sinis ke arah Farina yang mukanya dah macam tomato terlebih masak.Heh..ingat kau mengadu dekat Ketua Pelajar aku takut ke?Malam sikit..

“Ok..fine.Kalau kau tak nak minta ma….,” Kata-kata Rayyan terputus. “Aku takkan minta maaf walaupun kau campak aku dari tingkat lima,” Ayui memintas.Kata-kata berbaur ugutan dari Rayyan membuatkan dia lagi tak nak menurut arahan lelaki itu.Pantang dirinya kalau dipaksa buat sesuatu yang dia tak mahu.

Rayyan terkedu.Tak pernah seumur hidup dia berjumpa dengan perempuan yang keras kepala macam Ayui.Dia tarik nafas panjang.Farina buat muka putus asa.Niat dia nak balas dendam terhadap Ayui dengan menggunakan Rayyan tak tercapai.

“Kau memang tak sedar diri,” Farina mendesis.

Ayui senyum sinis. “Kalau dah takde apa-apa,aku blah dulu,” Tanpa menunggu kebenaran dari Rayyan dia bergerak ke pintu. “Oh ye..Ketua.Pesan kat adik sepupu kau tu,kalau dah gatal sangat dekat Chow Kit tu bersepah jantan,” Sempat dia berpesan sebelum keluar dari bilik.

“Tak guna punya perempuan,” Farina menjerit histeria mendengarkan kata-kata Ayui.Dia membaling pen yang ada atas meja Rayyan ke arah Ayui yang dah hilang disebalik pintu.Pen itu hanya berlaga dengan pintu yang dah tertutup.Sejak dari hari tu,bermula perang tiga segi antara Ayui,Rayyan dan Farina.Hmm..ingatkan cinta je yang ada bersegi-segi ni.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Cinta Kita Bukan Kontrak 1”
  1. sofiyya says:

    ada blog cik penulis?

  2. Syaniarahmat says:

    best cite ni…teringat zaman sekolah dulu..he..he..he..

  3. aina says:

    best sangat!!

  4. sarah iman says:

    syania…thanks bc n komen >.<

    aina..haha..thanks..stay tune ^_^

  5. AliahMohdSalleh says:

    Best dan ceriter ni amat mengujerkan.

  6. sarah iman says:

    soffiya>> ada jer blog :) http://sarah-iman.blogspot.com

    aliah..tq sudi bc n komen :)

  7. FaNcYlAdY_23 says:

    best gile cite ni..ayat2 die realistik and kalau novel ni ada kat pasaran pon saya akan beli..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"