Novel : Doktor Tampan! Please Be My Husband!! 2

18 December 2012  
Kategori: Novel

3,256 bacaan 9 ulasan

Oleh : Nurul Dalila

Bab 2

Aku kelam kabut berjalan laju apabila sudah lewat ke sekolah.Ni semua salah mama.Mama langsung tak kejutkan untuk ke sekolah.Tapi salah aku jugak sebab mencabar mama bahawa aku boleh bangun sendiri tanpa perlu mama kejutkan aku.

Alih-alih masa aku terjaga jam sudah menunjukkan pukul 6.50 minit pagi.Mahu tak lambat! Mandi pun ala kadar.Nasib baik aku dah susun buku mengikut jadual malam tadi.Ah menyesal sekarang pun dah tak guna!

Yes! Pintu pagar kecil belum ditutup lagi.Aku mengangkat kain dan berlari.Biarlah orang nak kata apa.Pintu pagar kecil berdekatan bus stop inilah satu-satunya jalan menyelamatkan aku.Pintu pagar besar sudah ditutup.Apabila baru sahaja aku ingin melangkah masuk ada seorang abang yang datang dari arah bertentangan merempuhku.Akibatnya dua-dua jatuh.

Aku mengaduh kesakitan.Aku membuang kotoran-kotoran pasir yang terlekat pada kain sekolahku.Aku bingkas bangun.Dia juga turut melakukan perkara yang sama.Tajam matanya memandangku.

“Hei budak! Lain kali ada mata letak dekat kepala bukan letak dekat tapak kaki,”tengkingnya dan membahasakan diriku budak.Ewah-ewah lelaki ni.Mentang-mentanglah dia lebih besar dan tinggi ingat aku takut.Budak? Aku dah form 3 lah!

“Abang ni bukan salah saya seorang tau.Cuba kalau abang pun letak mata dekat kepala mesti kita takkan berlanggar,” ucapku dengan sopan.Ini kerana aku menghormatinya.

“Siapa abang kau? Aku takde adik! Jangan nak perasan aku ni abang kau.Ni memang salah kau.Disebabkan kau lah aku jatuh.”

Aku mengetap bibir.Lelaki ni memang nak cari nahas.Muka aje handsome tapi perangai hampeh! Aku mengerling name tagnya yang berwarna hitam putih.Farish Daniel.Nama sedap mulut bau longkang.

“Abang ingat saya nak ke jadi adik abang? Lainlah kalau abang handsome macam Aaron Aziz.Saya pun jatuh disebabkan abanglah.Cuba abang tak rempuh saya mesti saya tak jatuh tergolek macam buah cempedek busuk.”

Dia membulatkan matanya dan menghampiri aku.Aku ke belakang perlahan-lahan.Ni apasal pulak ni? Orang dah lambatlah! Daniel menunjal dahiku ke belakang berkali-kali.Aku menepis tangannya.Sesuka hati dia aje nak pegang dahi anak dara orang.

“Ehh budak.Berani kau lawan cakap aku ye.Kau belum kenal aku siapa agaknya.Kalau aku cakap itu salah kau mamang salah kau! Kau langsung tak hormatkan aku sebagai senior kau.Hei! Aku lebih handsome daripada Aaron Aziz lah.Aku lebih tinggi daripada dia,” balasnya dengan bangga.

Aku mencebik.Lebih handsome daripada Aaron Aziz? Pigi daaa! Mamat ni senget ke sengal? Bila masa aku tak hormatkan dia? Tadi bila aku dengan hormat panggil dia abang dia marah-marah.Aku menolak tubuhnya dan terus masuk ke dalam perkarangan sekolah.Abang senior yang sewel dan yang paling perasan aku pernah kenal.Langkahku terhenti apabila dia secara tiba-tiba berhenti di depanku.Aku ke kiri dia ke kiri.Aku kanan dia juga ikut ke kanan.

Aku mendengus kasar.wajahnya yang putih bersih itu aku rasa hendak sepak-sepak sahaja.Nasib baik aku pakai kain.

“Nak apa?” tanyaku dengan geram.Entah macam manalah rupa aku time ni.Agaknya macam rupa singa nak telan mangsanya hidup-hidup.

“Aku nak kau mintak maaf dekat aku.”

Aku berpeluk tubuh.Minta maaf? “Pasal apa aku kena minta maaf?”

“Hei kau dah salah.Memang patut mintak maaf,” jawab Daniel.Aku membuat mimik muka dan terus jalan apabila dia sudah ke tepi.Dia menarik pergelangan tanganku.Tajam mataku memandangnya.

“Bro! Apa ni main sentuh-sentuh pulak.Kau fikir kau siapa?” marahku.Aku merentap tanganku dengan kasar.Tadi aku boleh bersabar lagi tapi sekarang dah lebih.Daniel tersenyum lebar.

“Bukan itu ke yang kau nak? Kau saja nak aku pegang kau kan.” Sungguh sinis suaranya.Aku menjulingkan mata ke atas menahan marah.

“Heh mamat sengel! Apa maksud kau hah? Kau ingat aku suka ke kau pegang tangan aku.”

“Apa maksud aku? Eleh berpura-pura tak faham.Kau saja langgar aku dan lawan cakap aku.Kau nak tarik perhatian aku kan.Aku dah faham sangat dengan perempuan macam kau ni.Bersepah perempuan macam kau dalam sekolah ni,” ucapnya tanpa ada rasa bersalah.

Aku sudah tidak boleh tahan.Laju sahaja aku menghayunkan penampar ke pipinya.Nah rasakan! Selama aku hidup belum pernah lagi aku tampar orang.kau adalah orang pertama yang rasa penampar aku.

Dia memegang pipinya.Terkebil-kebil dia memandangku.Aku menjeling sebelum mengorak langkah.Aku terjerit kecil apabila dia menarikku ke belakang.Dia mencampakkan beg sekolahnya ke tepi.Aku menjadi gerun dengan kelakuannya.

“Berani kau tampar aku? Sedangkan mummy aku tak pernah tampar aku,” ujarnya dengan nafas tertahan-tahan menahan geram.Aku meneguk liur.

“Aku bukan mummy kau!” balasku dengan riak wajah selamba.Aku tidak mahu kelihatan takut di matanya walaupun aku rasa nak lari sahaja dari sini.Dia mendekati aku dengan perlahan-lahan.Tetapi aku masih berdiri tegak.Tidak berganjak.Tidak tahu kenapa kakiku seolah-olah tidak dapat digerakkan.Ya Allah! Tolonglah hambamu ini.Apa yang abang ni nak buat dekat aku?

“Apa yang kamu berdua buat?” tegur sesorang.Sungguh keras suaranya.Daniel kelihatan terkejut dan berhenti mendekatiku.Aku menarik nafas lega.

Cikgu Mail! Guru displin dan memerangkap sebagai guru kelasku.Cikgu Mail menghampiriku dan Daniel.Dia sudah kulihat tidak keruan.

“Awak berdua jangan-jangan…,” Cikgu Mail tidak menghabiskan kata-katanya apabila aku menangis secara tiba-tiba.

Daniel terkejut.Bukan dia sahaja Cikgu Mail juga.Cikgu Mail merenung Daniel dengan tajam.

“Cikgu Mail,abang Daniel buli saya! Dia suruh saya bawakkan beg dia,” kataku dalam keadaan tersedu-sedan.Menangis pura-pura.

Saja je! Aku nak tengok macam mana reaksi abang senget ni bila secara tiba-tiba aku menangis.Kalau dia kena bambu dekat sini lagi bagus!

“Apa? betul ke Ayu? Dia buli kamu?”

Aku mengangguk laju.Aku menjeling Daniel disebelah.Aku nampak dia menjeling kembali.Marahlah tu!

“Daniel! Awak ikut saya ke bilik displin.Ayu,awak boleh pergi ke kelas,” ujar Cikgu Mail.Dengan lelaki kurang ajar ni punya keras suara Cikgu Mail tetapi dengan aku Cikgu Mail cakap lembut je hehe.

Aku mengelap sisa air mata dan terus pergi.Aku perasan Daniel menjelirkan lidah sewaktu aku berjalan di depannya.Eleh! Jelir-jelir lidah.Dia fikir lawa ke?

lantak kau lah! Yang penting aku lepas.Padan muka kau pergi bilik displin.Tu lah siapa suruh kau buat macam tu dekat aku.Aku ni bukan sembarangan perempuan yang kau boleh buli.

Aku terjerit kecil apabila seseorang melempar batu ke arahku.Terus hilang lamunanku sebentar tadi.Bagaimana kali pertama aku berjumpa Daniel.Aku tercari-cari siapa yang membaling batu ke arahku tetapi tiada sesiapa.

Aku terus menyidai kembali baju-baju yang berlonggok di dalam bakul.Hish macam mana aku boleh mengelamun pasal mamat senget tu.Mama suruh aku sidai baju bukan berangan.

Hmm rupa-rupanya Farish Daniel yang kawan-kawan aku minat tu adalah Farish Daniel yang aku kenal.Kenapalah aku tak perasan masa Fina cakap nama abang handsome tu Farish Daniel.

Auchh! Sakit.Satu batu kecil hinggap di atas kepalaku.Aku menyepak kuat pasu bunga mama.Siapa ni yang berani mempermainkan aku.Aku membetulkan tudung yang sedikit senget.

“Tadaa!” Jerit abang Syah a.k.a Syahmi jiranku menonjolkan diri disebalik pokok bunga kertas mama.Aku tersenyum.Aku mendekati abang Syah apabila dia memanggilku.

“Jadi abang Syah yang baling batu dekat Ayu?”

Abang Syah mengangguk dan tersenyum lebar.Dia mengajakku supaya duduk di bangku panjang yang memang sudah tersedia di halaman rumahku.Aku mengerling abang Syah yang ringkas berpakaian t-shirt berwarna merah dan berseluar tracksuit.Kacak sungguh abang Syah!

Dengan mata yang bulat dan hidung yang mancung bisa menarik perhatian sesiapa sahaja menoleh ke arahnya.Isyy Ayu! Kau ni abang Syah pun nak mengurat.Ni kalau abang Syah dengar mahu kembang hidung dia macam hidung gorila.

“Bila abang Syah datang? Ayu tak sedar pun,” kataku.Abang Syah mengukirkan senyuman manis untukku.

“Dah lama dah Ayu oii.Ayu aje yang tak sedar abang datang.Abang dah siap jumpa mama dengan Tok Pah Ayu dekat dalam.Masa abang datang tadi ingat nak tegur Ayu tapi bila abang tengok Ayu macam berangan je malas abang nak ganggu.Ingatkan bila abang keluar dah habislah berangan tu.Rupa-rupanya belum lagi! Tu pasal abang baling dengan batu.Agaknya kalau abang tak baling batu tu sampai malam Ayu dok berangan dekat luar ni,” ujarnya panjang lebar.Aku hanya mampu tersengih.

“Alah abang Syah ni kacau je.Ayu sikit lagi berangan dan nak sampai Paris.Hmm ada apa abang Syah datang rumah Ayu ni?”

“Adalah!” Abang Syah jawab sepatah.Aku mendengus geram.Aku memalingkan wajah ke arah lain malas nak memandang wajah abang Syah.

“Ayu,Ayu marah ke?”

“Taklah suka! Habis tu apa lagi? Ada ke muka orang suka macam ni,” kataku dan mengetap gigi sekuat mungkin.Abang Syah mula mengekek ketawa.Suka lah tu kenakan orang.

“Eee.Cuba senyum sikit.Kalau Ayu senyum baru abang cakap,” tutur abang Syah.Abang Syah senyum dengan selebar-lebarnya.Kemudian dia menyuruhku senyum.

Aku senyum sampai ke telinga ingin memperlinya.Abang Syah ketawa lagi sambil menekan-nekan perutnya.Aku menjeling tajam.

“Aduh Ayu! Jangan jeling macam tu.Boleh buat abang merana sepanjang tahun.Okey abang cakap.Abang datang ni nak mintak resepi kuih seri muka dekat Tok Pah Ayu.Tu aje,” jelas abang Syah.Aku mengangguk.

Oh nak minta resepi rupanya.Isyy buat penat aku je tunjuk muka marah tadi.

“La tu je ke.Ayu ingatkan apa tadi.”

“Ayu ingat apa?” tanya abang Syah nakal.Terjongket-jongket kening abang Syah.Aku dapat menangkap apa yang berada di fikiran abang Syah.Aku menjelirkan lidah.

“Abang Syah ingat Ayu fikir apa? Sorry ye Ayu tak fikir pun abang Syah datang sini nak jumpa Ayu,” terangku walaupun tiada sebab yang aku perlu terangkan kepada abang Syah.

Abang Syah ketawa lagi.

“Abang tak cakap pun macam tu.”

Aku dapat merasakan mukaku membahang panas.Aku terus bangun.Abang Syah juga ikut bangun.

“Woo! Merahnya muka Ayu.Abang..”

“Dah! Abang Syah jangan nak banyak cakap lagi.Merah ni bukan sebab malu tapi sebab marah.Umur dah 17 tahun tapi macam budak-budak.Abang Syah pergilah balik.Ayu nak sambung sidai baju.Nanti tak siap kerja Ayu ni,” aku memotong kata-kata abang Syah.

“Eleh cakap ajelah malu,” sakatnya lagi.Aku bercekak pinggang menghadapnya.

“Abang Syah tak reti-reti nak balik ke? tanyaku dengan nada sinis.Abang Syah mencebik.Kalau abang Syah main cebik-cebik ni maknanya dia sudah merajuk!

“Ye lah,abang nak baliklah ni.Tak payah nak menghalau sangatlah.Kejam.Macam mak tiri Cinderella,” balasnya dan terus melangkah pergi.

Aku tersenyum.Abang Syah ni kalau merajuk tak lama.Sebab tu aku tak risau.Aku dah masak dengan perangai abang Syah ni.Abang Syah abang Syah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Doktor Tampan! Please Be My Husband!! 2”
  1. Tisya says:

    best , ade blog tak?

  2. Nurul Dalila says:

    Salam.Tisya maaf sye tidak ada blog..trima ksih kerana sudi baca.. :D

  3. w.n.a says:

    best..!!
    ske bce..
    nice..
    thumbs up!
    ^_^

  4. Nurul Dalila says:

    Salam.Terima kasih w.n.a :D

  5. wawa wanie says:

    best…:)

  6. ayu ahmad says:

    bila nk publish bab lain?? heheheh.. like like

  7. Nurul Dalila says:

    Salam.Terima ksih wawa..:D

    ayu insyaAllah dlm msa yg terdekat ini.terima ksih kerana menyukai karya sy..hrp mengikuti bab2 yg sterusnya ye :D

  8. rai says:

    dalila ur story best thumbs up… next n3 pls

  9. nurul jannah says:

    kakak..cptla smbung.. nk tau jgk kisah dy cmne..pleasa…. smbunglh cpt.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"