Novel : Kita Bertemu Lagi…. Sayang 2

18 December 2012  
Kategori: Novel

495 bacaan 1 ulasan

Oleh : Nia Syikin

BAB 2

KRRRRIIINNNGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jam loceng aku dah pun menjalankan tugasnya iaitu membunyikan loceng setiap kali pukul 6.00 pagi. Hmm… malasnya nak bangun!! Ini Aqil punya pasal la! Disebabkan penangan dialah, aku tidur lambat dan bangun lambat. Yalah, biasanya aku bangun pukul 5.30 pagi untuk menunaikan solat tahajjud. Sekarang ni, lagi 12 minit nak azan subuh, mana sempat! Ahhh!! Ini semua hanyalah alasan semata-mata! Sesungguhnya Syaitan berusaha untuk menyesatkan kita supaya mengikut telunjuk dia.. Ish3… Tak boleh jadi ni. Kena bangun juga! Akhirnya, aku bangun dari tempat tidur dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sempatlah juga aku menunaikan solat tahajjud dua rakaat sebelum azan subuh berkumandang. Selepas menunaikan solat subuh, aku tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan roh arwah ibuku dan saudara seislam di Palestin, dipermudahkan urusanku di sini dan meminta untuk aku dan keluargaku dilindungi daripada sebarang gangguan Syaitan dan malapetaka……aamiiin….

Jam sudah menunjukkan 5.30 petang… dan aku… masih relaks di atas sofa sambil membaca novel Awak Suka Saya Tak? Hmm… teringinnya aku disukai oleh lelaki yang sudah lama menyayangi kita… alaaahhaaiii~ Tiba-tiba, aku terbayang muka Aqil yang sedang tersenyum melihat aku, dan terserlah lesung pipitnya yang dalam….ERK!!! Segera aku mengetuk kepalaku… Hish, apasal la aku terbayang mamat sewel tu? Hush, jauhkanlah jauhkanlah…..

Beep! SMS masuk…

Hey! Farah…. Awak jangan lupa pasal pertemuan kita…. Saya dah warning awal-awal!

Nampaknya lelaki ni tak lupa janji dia. Ingatkan dah lupa… Hadeshh!! Aku pun segera mengambil tuala dan pakaian untuk aku pakai…

“Hishh, mana Aqil ni? Janji pukul 6.30 petang datang… sekarang dah pukul 6.45 petang… eee siot lah budak ni!!” omelku perlahan. Tiba-tiba….

“TOLOOONNNGGG!!!!!” Aku terdengar jeritan meminta tolong yang sangat kuat… Mana taknya, suara itu betul-betul di sebelah telingaku dan dan dan… aku tau sangat suara siapa tu. Sengal punya budak…. AQIL!!!!

“WOIII!! Pekak telinga saya tau! Agak-agaklah nak terkejutkan saya pun. Walaupun saya sememangnya tak terkejut…”

“Sorry lah Farah… Saya tak sengajalah. At least awak buat-buat lah terkejut tengok saya yang kacak ni..Penat-penat saya siap lawa-lawa tau…” hemm merajuk pula Aqil ni.

“Malas nak layan…cepatlah sikit! Dah lambat ni! Saya tak nak balik lambat…” marahku.

Aku tengok Aqil macam bengang je. Ahh, lantaklah! Kisah apa aku! Takkan sekali-kali aku tunduk pada lelaki.

“Heee, yelah-yelah! Jomlah!” Aqil dah berputus asa untuk merajuk.. Walaupun aku tahu yang dia merajuk dengan aku, dia tetap membukakan pintu untuk aku. Ceh! Tunjuk gentleman la tu…

Semasa dalam perjalanan untuk ke restoran, kami hanya senyap tanpa kata. Aku yang memang tak tahu nak cakap apa, senyap sajalah. Tapi Aqil pula, aku tengok gelisah semacam je. Sampai di sebuah restoran, aku terus keluar dari kereta tanpa dibukakan pintu.

“Farah! Saya nak pergi toilet sekejap tau…Awak masuk dalam dulu okey..Bye!” tergesa-gesa Aqil pergi ke tandas yang berdekatan. Aku pun masuk jelah. Nak kate apa lagi?

Apabila aku masuk, aku disambut oleh seorang pelayan lelaki yang berketerampilan kemas dan dia membawa aku ke sebuah meja yang agak tersorok daripada semua meja yang ada dekat situ. Tiba je aku dekat tempat yang dituju, aku terkesima sebentar. Suasana dia yang agak romantik dan ada budak band! Hey, dia ni nak aku bayar semua sekali ke? gumam aku sendirian…

“Kenapa awak berdiri dekat sini? Come sit here…” Aqil mempersilakan aku untuk duduk.

“What purpose did you do all this for? You want me to pay all this?” Aku berasa pelik, jadi wajarlah aku memarahi dia… betul tak?

Aku tengok Aqil hanya senyum melihat aku… dan menampakkan lesung pipit dia yang dalam… hmm.. Macam pernah tengok je adegan ni… Tapi bila ya? Hmm…. Ahh! Takda masa aku nak fikir pasal lesung pipit dia tu…huh!

“Farah, apa kata awak duduk dulu. Malulah orang tengok ni. Come sit..please…”pujuk Aqil.

Aku pun duduk jela. Depan aku, ada makanan yang gila mewah, bunga ros merah yang gila lawa dan dan dan budak band yang berasal dari orang sini yang gilaaa hensem!! Waa! Semuanya gilaa belaka!

“Khusyuk betul awak tengok budak band tu kan. Saya ni tak cukup hensem ke?” rajuk lelaki yang berada di depanku.

‘Ceh! Hensem buat apa kalau perangai macam bangang!’ oppss! Nasib baik dalam hati je..

“Whatever la Encik Aqil! Apa kata kita teruskan saja.. Makanan dah sejuk ni. Nanti tak sedap. Saya nak balik cepat. Nak belajar. Saya taknak buang masa saya hanya dengan makan malam dengan awak. Okey! Selamat menjamu selera!” AUUMM! Sedapnya ais krim ni!! Nyam..nyam…nyamm…
Aku tak sanggup memandang Aqil yang sangat asyik memandang aku. Aku tahu yang dia agak kecewa dengan sikap keras aku ni. Lantaklah! Prinsip aku, NO MEN CAN CONTROL ME! FULLSTOPP! Habis je kitaorang makan, Aqil terus hantar aku pulang ke rumah dan sepanjang perjalanan, dia tak mengeluarkan sebarang kata pun sehinggalah ketika aku hendak menutup pintu kereta…

“Farah, tunggu sekejap! Saya ada something nak cakap dengan awak…”

“Hmm.. Apa dia? Cepat sikit! Saya dah naik bosan ni!” marah aku. Muka dia dah naik merah. Aku tahu dia mula bengang. Lepas tu, aku tengok muka dia kembali tenang. Control sekejap, ceh!

“Farah, saya memang dah mula….sukakan awak. Maksud saya,….er.. saya dah mula cintakan awak at….the first sight… dan.. nah! Saya nak….bagi ini…” gugup Aqil.

Aku tengok apa yang dia bagi. Hmm… sekuntum bunga ros putih dan sekeping kad.. nice try.. Aku pun ambil je la apa yang dia bagi.

“Hmm.. terima kasih untuk hadiah-hadiah ni. Meh, saya terangkan dekat awak ye, Encik Aqil.. Saya ni memang susah untuk mempercayai mana-mana lelaki. Why? Saya ada reason dia sendiri. So, saya harap kita takkan berhubung antara satu sama lain lagi..okey? dan.. hadiah ni pun saya tak boleh terima… I’m sorry.. my late mom adviced me to be careful with men including you, Aqil. Ubah diri awak dulu sebelum awak nak berkahwin dengan wanita yang awak nak bimbing ke syurga nanti. Bye… Assalamualaikum…” kataku panjang lebar. Segera aku masuk ke dalam rumah dan tutup pintu. Aku intai Aqil melalui tingkap. Aqil memandang ke arah rumahku dengan penuh sayu dan dia berlalu pergi dengan langkah yang berat.

Semoga kau dapat jumpa wanita yang lebih baik daripada aku. This is our first and last date….

**********************************************
“Farah… there’s a guy wants to meet you..”kata Katerina.

Aku menjenguk ke luar rumah melalui tingkap bilikku. Hmm… dia lagi…tak serik-serik lagi ke lepas apa yang aku cakap kat dia? Turun jela…

Aku menuju ke arahnya. Hmm.. Penampilan dia sekarang… not bad… berpakaian agak kasual, rambutnya disikat rapi… “Awak buat apa datang sini lagi?” kataku mendatar.

“Assalamualaikum Farah… saya datang sini ada satu tujuan… emm…” kalau sebelum ni, dia nak luahkan rasa cinta dia pada aku agak gagap, namun kali ni dia bercakap dengan penuh yakin.. ada jugak la peningkatan…

“Waalaikummussalam… apa yang awak nak cakap…?”

“Farah, saya tak akan datang lagi jumpa awak lepas ni. So, tolong dengar betul-betul.” Aku cuba memahami setiap patah perkataan yang dia hendak sampaikan.

“Saya minta maaf sebab saya meluahkan cinta saya pada awak dalam keadaan tergesa-gesa dan pada waktu yang salah. Saya minta maaf sebab buat awak tak selesa dengan saya. Saya datang ni pun nak bagi awak sesuatu. Benda ni, saya ingatkan nak bagi dekat awak waktu malam tadi. Tapi, bila saya terfikir balik, kalau hadiah-hadiah yang saya bagi malam tadi pun awak tolak… Tak mustahil, kalau benda ni pun awak tolak juga kan…” Aqil ketawa kecil dan menyambung dengan wajah yang serius, “tapi, saya harap sangat yang awak boleh terima cincin ni… Cincin ni sebagai tanda kasih saya terhadap awak. Kalau awak pakai cincin ni, bermakna awak dah sukakan saya, tapi kalau awak tak pakai cincin ni… hmm.. tak sanggup pulak saya nak cakap…Tapi saya harap sangat bila saya datang dekat awak, saya nak tengok awak pakai cincin ni sebagai tanda yang awak dah mula sukakan saya….”

Baru sahaja aku hendak memotong, Aqil cepat-cepat bercakap, “Tapi saya rasa tak mungkin awak nak sukakan saya kan…? Okeylah, saya pergi dulu… jaga diri awak baik-baik ye… Assalamualaikum..”

Aqil menghadiahkan senyuman yang sangat manis yang boleh buat aku terkaku… dan Aqil berlalu meninggalkan aku sendirian… Dia sedikit pun tidak menoleh ke belakang.. Aku hanya mampu memandang kereta Aqil dipandu laju meninggalkan aku… perasaan? Ohh, aku tidak dapat mengenalpasti apa perasaanku kali ini..

Apabila aku masuk ke dalam rumah, Katerina menggeleng-gelengkan kepalanya. “What’s wrong, Kate?”

“You will regret for rejecting his true love…” kata Katerina dengan suara yang sebal. Langkah terbaik bagiku hanyalah mendiamkan diri dan aku terus menuju ke atas untuk bersiap pergi ke kelas Mr Charlie.

Jam dah pun menunjukkan 4.15 petang. Maknanya dari first start belajar tadi… emm pukul 2.30 petang tak silap… Namun, aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian sepanjang pembelajaran dengan Mr Charlie. Dah la tinggal 15 minit nak habis masa. ADOI! KUSUT!

Antara sebab aku tak dapat tumpukan perhatian :

Ayat luahan Aqil pagi tadi buat aku rasa bersalah…
Katerina mula menyalahkan aku sebab kecewakan Aqil… Yang ni aku pelik! Apasal Katerina caring baring sangat kat Aqil tu??! Ish, tak puas hati aku! Bukan jeles okeh!
Setengah jam yang lalu, aku kena tegur dengan Mr. Charlie sebab termenung tak hengat dunia untuk KALI PERTAMA!
Dan disebabkan aku termenung buat kali kedua, aku ditegur sekali lagi dan diminta untuk menerangkan apa yang Mr. Charlie terangkan tadi… dan aku jadi blur bila nak ngajar! MALU YA AMPUN!!

Tik..tik…tooottttt!!!!!!!! Wuuuhhuuu! Masa dah habis! Aku nak jumpa kaunseling!! Aku segera menyumbat barang aku ke dalam beg dan berlari keluar..

“Ehemmm ehemm!” Langkahku terhenti. Aku pandang ke kanan..

“Farah, where are you going? Please come here! I want to talk with you for a while..” kata Mr. Charlie.

Aku segera menuju ke arah Mr. Charlie walaupun ketika itu jantungku seperti hendak keluar… Bukan apa, aku cuak gila ni takut kena marah! Raja Singa ni!!!

“Signore, mi scuso per non concentrare. Seriously sorry sir…” Aku buat wajah yang agak sedih dengan harapan Mr. Charlie dapat memaafkan aku.

“Hai un problema?” Ohh, so sweetlah Mr. Charlie ni, caring pasal aku!

“No… I have no problem, sir. Sorry again sir. I just slept late last night…” bantai sajalahh!!

“Hmm… if so, you can back home now..” FUH! Nasib baik!

“Thank you, sir!! Goodbye sir!” Aku melambai-lambaikan tanganku kepada Mr. Charlie.

Setelah agak jauh dari dewan kuliah aku, aku segera berlari menuju ke rumahku. Baiklah! Aku perlu selesaikan masalah aku dengan katerina sekarang jugak!! Hwaiting, farah! Hwaiting!

Sampai di rumah, aku terus membuka pintu rumahku. Nasib baik ada kunci rumah spare…

Aku mula mencari Katerina… “Katerina…Kate….where are you?? Katerina..” Aik! Mana pulak minah ni pergi? Hmm.. tak lain tak bukan, mesti tengah khusyuk tengok cerita Twillight Breaking Dawn part 1!

Aku berlari menuju anak tangga dan apabila aku sampai di hadapan biliknya, aku melekapkan telingaku untuk mendengar sama ada orang atau tak… Ahhaha! Aku dengar itu kawan gelak ketawa maa…

Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku terkejut melihat Katerina sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang sedang tidur!! Dan yang paling aku terkejut sekali, lelaki itu adalah…..Aqil!!!!

“HOIII! KAU BUAT APA DEKAT RUMAH AKU HAH, BODOOOHH!!!!” Aku menjerit sekuat hati! Mana taknya! Aqil yang kononnya mencintai aku, dia buat dajal dengan Katerina, kawan baik aku sendiri!!!

Aku lihat Aqil terbangun dari tidurnya dan dia terbuntang melihat aku. Dia melihat Katerina di sebelahnya dan yang terakhir, dia melihat ke dalam selimutnya perlahan-lahan….Aku lihat dia menarik nafas lega. Lega sebab dia masih teruna ke? Entah la!

“Farah! Percayalah kata saya! Saya tak lakukan semua ini… saya datang sini cari awak! Then, Katerina kata awak tak ada kat rumah dan akan balik sebentar lagi. She told me to wait until you come back to home! Dan.. dan… dia…dia….” tergagap Aqil menerangkan hal sebenar kepadaku.

“AAHHH! Aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang! KELUAR!!!” tengkingku. Aku dapat rasa mukaku membahang menahan perasaan yang berbagai! Sakit hati! Kecewa! Benci! Sedih!

Air mataku mula bergenang dan bila-bila masa saja akan jatuh ke pipi.

Namun segera aku kesat pipiku. Aku tak mahu menangis di hadapan dua orang makhluk tak sedar diri ni!

“I SAID GET OUT NOWW!!!!” Aku jerit lagi apabila melihat Aqil masih tidak berganjak. Aku tak sanggup melihat keadaannya lalu aku memandang ke luar tingkap.

Aqil segera memakai bajunya dan berlari keluar dari rumahku. Aku menoleh ke arah Katerina. Katerina menjadi gerun melihat aku mencerlung sangat tajam kepadanya.

“Farah… I’m sorry… It’s not my fault…. Aqil suddenly asked me to drink beer… and when we were drunk, he asked me to make sex… sob sob sob… that time, I cannot think of anything else, Farah! Arak itu sudah menguasai pemikiran saya… I really sorry! Sob sob sob…” esak Katerina kesal.

Disebabkan aku benci lelaki terutama sekali lelaki tak guna si Aqil tu, aku mempercayai kata-kata Katerina. Kami berpelukan antara satu sama lain. Aku cuba meredakan tangisan Katerina… dan dalam hati aku….

AKU BENCI KAU, AQIL!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Kita Bertemu Lagi…. Sayang 2”
  1. mia says:

    how dare katerina buat mcm tu kat farah n aqil..I think yg aqil x bersalah..its unfair but terima je la..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"