Novel : Sahabat vs Cinta 12

3 December 2012  
Kategori: Novel

1,667 bacaan 3 ulasan

Oleh : Syafiqah Rosli

BAB 12

Suasana petang yang nyaman begitu mendamaikan lagi-lagi dengan keadaan yang saujana mata memandang.Dikelilingi dengan sawah padi yang berhektar-hektar luasnya, ditambah pula dengan suasana sunyi lagi mententeramkan.

Sebaik sahaja Alisa dan Aris mengemas segala yang patut, mereka mengambil keputusan untuk mengelilingi kampung tersebut.Almaklumlah, tinggal sehari sahaja lagi mereka akan duduk di situ.Mana boleh melepaskan peluang menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

Mereka hanya berbasikal.Tapi, yang pasti basikal lain-lain.Takkanlah nak berlagak macam pasangan bahagia pulak.

Setelah hampir setengah kampong dikelilingi, mereka berhenti berhampiran dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain ‘nenek-nenek si bongkok 3’.

Hati Alisa jadi tertarik untuk menyertai mereka.

“Hai adik-adik.Tengah main apa?”sapa Alisa ramah.Satu-persatu wajah kanak-kanak diperhatikan.Comelnya!

“Kitorang tengah main nenek-nenek.Akak nak join?”seorang budak bertocang dua dalam lingkugan usia 8 tahun membalas.

“Nak”,pantas sahaja jawapannya diiringi dengan anggukan sambil tersenyum manis.

“Akak, akak ni comellah ikat rambut macam tu.Macam anak patung”,puji budak itu pula.

Alisa hanya tersenyum.Takkanlah aku nak membangga.Kalau Aris yang puji, bolehlah bangga.Tapi rasanya, sampai dunia ni terbalik pon dia takkan puji aku.

“Okey, akak kena ikat mata akak”,ujar seorang kanak-kanak lelaki yang sedari tadi galak mendengar perbualan kami.

Alisa hanya bersetuju.Dekat rumah, aku just pejam mata je, boleh bukak sikit.Ni dah sampai kena tutup mata pakai kain warna hitam segala.

Agaknya kan, kalau dekat rumah aku tu bahaya kot.Jangan main-main, jalan tar tu.Kalau dekat sini, atas tanah je.Paling kurang pun jatuh, luka sikit je.Takdelah sampai seluar terkoyak dekat lutut.

Tiba-tiba, pemandangan mata Alisa menjadi gelap.Aik, ada black-out ke?

“Akak dah sedia?”,tanya satu suara yang tidak dikenali gerangannya.Dah sedia?

Hah, baru aku ingat.Mata aku yang kena tutup.

“Nenenk, nenek si bongkok tiga;

Siang malam asyik berjaga;

Mencari cucu di mana ada;

Nenek ku kahwin dengan anak raja”,nyaring suara kanak-kanak tersebut menyanyi.Sebaik sahaja nyanyian berhenti, aku hitung sampai sepuluh.Kemudian, barulah aku berjalan mencari ‘cucu-cucuku’.

Manalah diorang ni.Dah lah hitam legam.Satu habuk pun aku tak nampak, omel Alisa.

Tiba-tiba telinganya menangkap suara seseorang sedang batuk.

‘Yes, pencarianku hampir selesai’,Alisa melonjak girang di dalam hati.

Aris mengibas-ngibas bajunya bagi menghilangkan segala debu yang melekat di bajunya.Cadangnya, dia mahu bergerak ke bangku yang berhampiran.

Tanpa disedari, sepasang tangan memegang kedua-dua belah bahunya.Terkejut sungguh apabila melihat Alisa gerangannya.

Tanganku menilik tubuh di hadapanku.Kenapalah budak ni tinggi semacam?Lebih tinggi daripada aku pulak tu.Siapa?

Galak sungguh tangannya menilik wajah di hadapannya itu.

Aris tergamam.Dia kaku.Hatinya berdetak hebat.Tangan halus yang sedang membelek wajahnya dipegang.

Aik, kenapa dia pegang tangan aku ni?Entah-entah…

Tiba-tiba jantung Alisa berdegup pantas.

Perlahan-lahan, penutup matanya dibuka.

Matanya terkaku pada pandangan di hadapannya.

Tanpa disedari, tangan Aris membelai wajahnya.Matanya dipejam kejap.Adakah ini belaian yang hadir dari hatinya?

Tiba-tiba, suara sekumpulan kanak-kanak menyapa gegendang telinga mereka membuatkan segala pergerakan Aris terhenti.Tangan Alisa dilepaskan.

“Wah, kakak dengan abang ni romantiklah”,tegur seorang kanak-kanak yang menggelar dirinya Anis.Dia tersenyum manis sehingga menampakkan sebatang ‘pagarnya’ yang lopong.

Alisa tersenyum malu.Merah padam wajahnya.

“Kakak dengan abang ni sepadanlah”,tegur kanak-kanak berbaju biru, Haikal.

“Oh, kecik-kecik dah pandai ye”,Alisa mengepit hidung Haikal membuatkan kanak-kanak itu tertawa geli hati.

Aris tersenyum sendirian.Melihat keramahan Alisa melayan keletah kanak-kanak itu menghiburkan hatinya.

“Aris, jom kita pergi air terjun”,ajak Alisa, memecahkan lamunan Aris.Dekat sini ada air terjun ke?

Tanpa banyak soal, basikal dicapai sebelum mereka bersama-sama bergerak ke sungai.

Di sana, terdapat satu air terjun.Ia terletak tidak jauh dari kampung tempat mereka tinggal.

Seluar dilipat ke atas sebelum mereka duduk bersama-sama di atas sebuah batu besar sambil merendamkan kaki.

“Kenapa kau tiba-tiba ajak aku pergi sini?”Aris memulakan bicara.Alisa tersenyum mendengar.

“Habistu, awak nak ke budak-budak tu cakap sesuatu yang tak betul tentang kita?”soal Alisa seraya memandang ke sebelah.

“Benda-benda tak betul?”Aris kebingungan meminta penjelasan.

“Ya, sesuatu yang tak betul.Kita romantik, kita sepadan.Semua tu tak betul kan?”Alisa menduga Aris di sebelahnya.Pandangannya sayu.

“Kenapa?Saya tak kisah.Itu pendapat diorang”,Aris membalas sambil mencelupkan tangannya di dalam air yang kedinginan itu.

‘Sebab hati saya sakit, Aris.Mendengar sesuatu yang tidak pasti.Mendengar sesuatu yang membuatkan saya semakin berharap cinta awak’,terdetik di hati Alisa.Hatinya semakin hiba.

Sakitnya bila cinta tidak berbalas.Pedihnya hati tak bisa dirawat.Lukanya hati akan berbekas.Tangisnya hati tidak terpujuk.

“Tak naklah.Buat apa gandingkan saya dengan awak.Merepek betul”,Alisa berpura-pura ceria sedangkan hatinya sedang berduka.

Tiba-tiba, terdetik rasa kecewa di hati Aris.Kecewakah aku?!

“So, kita nak buat apa?”Aris menukar topik.

“Kenapa awak berubah?”lancar sebaris ayat itu keluar dari bibir mungil Alisa.

Kepala dipalingkan.

“Aku berubah?Maksud kau?”Aris kehairanan.Kenapa Alisa sejak-dua menjak ini selalu bertanyakan soalan yang aneh di pendengarannya.

Alisa mengetap bibirnya.Aku dah lupa ke yang dia tak tahu kitorang pernah satu sekolah, marah Alisa pada dirinya.

“Bukan, Sakinah ada ceritakan serba sedikit pada saya tentang awak.Dia kan pernah kapel dengan awak waktu sekolah dulu”,Alisa menutup silapnya.

Aris terangguk-angguk.Bahagia rasa hati apabila Sakinah masih mengingati sikapnya yang dulu.

“Hurm…aku sebenarnya malas nak bercinta dengan perempuan.Semua perempuan mempergunakan aku sebab aku kaya.Dulu, aku tak pernah berkira dengan perempuan.Malu aku sentiasa ada pada insan bernama perempuan.Tapi, sejak bekas kekasih aku gunakan duit aku untuk bagi dekat kekasih gelap dia, aku terus tekadkan hati aku agar tidak menerima mana-mana cinta.Aku tak akan terpedaya lagi.

Jadi, aku permainkan hati perempuan.Aku cakap cinta pada diorang sedangkan aku sedang bermain kayu tiga dengan orang lain.Aku rasa puas.Puas sangat”,cerita Aris.

Alisa terkedu.Jadi, macam mana dia nak terima cinta aku?!

“Aku dah cerita kisah aku, aku nak tanya kau pulak.Dari dekat universiti lagi, aku tengok kau langsung tak ngam dengan budak lelaki.Bukan tak ada yang nak dekat kau, tapi semua kau tolak.Kenapa, huh?”soal Aris pula.

Alisa menunduk memndang air terjun yang jernih mengalir.

“Saya…saya mengharapkan sesuatu yang tak pasti”,perlahan Alisa menuturkannya.Hatinya sebak bila mengenangkan kisahnya selama 10 tahun itu.Merindui seseorang yang tidak mungkin dan tak akan pernah mengetahuinya.

“Maksud kau?”Aris cuba mencari wajah yang berselindung di sebalik rambut ikalnya.

Kepala Alisa mendongak memandang pokok-pokok di hadapannya semula.

“Saya merindui ‘seseorang’ yang telah lama hilang.Mencintai ‘seseorang’ yang tak pernah sedar cinta saya ada untuk dia.Saya cuba lupakan dia, tapi dia yang hadir dalam setiap angan saya.Dia dah ambil hati saya.Dia tak pernah nak pulangkan balik”,Alisa tertawa halus menyudahkan ayatnya.

“Saya tak harap pun dia balas cinta saya.Yang saya harap, dia sedar yang…cinta saya ada untuk dia”,air mata Alisa merembes keluar.

Aris terpempam melihat air mata si gadis yang mengalir.Ego cintanya menjadi runtuh serta-merta.Serasa ingin sahaja dipeluk tubuh itu.

Alisa, andai kau tahu bahawa hatiku tidak mahu air matamu mengalir lagi.

Aris menyuakan sapu tangan kepada Alisa.

Pandangan ditalakan menghadap Aris yang setia menghulurkan sapu tangannya untuk disambut.

“Janganlah menangis sebab dia.Aku pasti, kau akan dapat lelaki lebih baik dari dia”,nasihat Aris sambil mengesat air mata Alisa menggunakan sapu tangannya apabila hulurannya langsung tidak bersambut.

Alisa terpempam.Aris, engkau sedar tak yang engkau telah bercakap tentang diri kau sendiri.Cuma engkau je yang tak sedar, Aris.

Sapu tangan beralih tangan.

Sisa air mata dikesat hingga kering.Aris tersenyum sendiri.Kenapa aku sakit hati bila melihat air mata dia mengalir?Mengapa aku kecewa apabila dia merindui orang lain?Mengapa aku sedih mendengar kisah cintanya?Tak mungkin aku sudah jatuh cinta.Aku sudah bertekad tak akan jatuh cinta pada insan bernama wanita.Tidak sama sekali!

“Alisa, jom kita balik.Aku penatlah”,Aris cuba mengelak daripada perasaan halus itu hadir.

Alisa yang sedang melayan perasaan tersentak.Pandangan dikalihkan ke sebelah.

Alisa mengangguk seraya tersenyum sebelum bangun dan bergerak ke basikalnya yang disandarkan ke pokok.

“Apa kata kita lumba?”Aris mengutarakan ideanya bagi mengusir suasana sepi antara mereka.Alisa tersenyum sinis.

“Nak lumba ke?Awak jangan tak tahu, saya ni jaguh tau”,Alisa membangga diri seperti kebiasaannya.Don’t think, women can’t shake world tau.

“E’eh, kalau kau jatuh, jangan menangis”,Aris berpeluk tubuh, mencabar Alisa.

“Tangan yang disangka lembut menghayun buaian pun boleh menggoncang dunia tau”,Alisa membidas sambil mula naik ke atas tempat duduk basikalnya diikuti oleh Aris.

“Satu…Dua…Tiga…”,terus kedua-dua basikal memecut laju.Tak padan dengan bunyi keriut-keriut dia, lajunya boleh hancur basikal.

Sampai di satu selekoh, Aris memintas Alisa di hadapan.Basikal Alisa tidak dapat diimbangi.Terus sahaja dia terjatuh di dalam semak berhampiran.

Aris menekan brek.Basikalnya dibiarkan terbaring di atas jalan dan mendapatkan Alisa yang sedang mengerang kesakitan.

“Kau okey tak?”Aris kerisauan.Mana aku tak risau, dah dia jatuh sebab aku.

“Awaklah ni.Habis saya jatuh”,muka Alisa berkerut-kerut menahan sakit.Aris menghembus nafasnya kasar.Tengah sakit-sakit pun boleh cari pasal lagi.

“Sini saya tolong”,Aris menghulurkan tangannya.Hulurannya bersambut.

“Auw!”teriak Alisa kesakitan.

“Kenapa?”Aris bertanya cemas.Jangan sampai patah tangan sudahlah.Nanti, mama tanya macam-macam susah.

“Kaki saya…terseliuh”,Alisa menahan sakit.Kaki yang sakit diangkat agar tidak jejak ke tanah.

Aris memapah Alisa untuk duduk di atas basikalnya.Basikal Alisa diangkat dan disorong hingga ke tempat tinggal mereka.

Malam itu, tugas Aris adalah mengubati kaki Alisa yang terseliuh.Kena ubat sikit sebelum dihantar ke klinik esok.

Teriakan Alisa dapat didengari diseluruh rumah.Nasib baik tak dengar satu kampong.

“Aris, awak ni reti mengurut ke tak?”marah Alisa.Dia ni elok-elok aku cuma terseliuh, boleh patah kaki aku.

“Aku retilah.Daripada biarkan je, baik aku urut.Kang membengkak kaki tu, jatuh saham pulak”,sindir Aris.Petang tadi berlagak.Tangan yang disangka lembut menghayun buaian menggegar dunia konon.Piirahhh!!!

Naib basikal pun failed, ada hati nak goncang dunia.

Genggaman Alisa semakin kuat dirasakan apabila Aris menyambung urutannya.

“Okey, dah selesai”,ucap Aris seraya meletakkan minyak gamat di atas rak semula.Alisa mengesat dahi yang berpeluh.Macam orang bersalin je gayanya.

Aris memapah Alisa bagi membantu gadis itu masuk ke biliknya.

“So, macam mana kaki.Better?’prihatin Aris bertanya.Alisa tersenyum mendengar pertanyaannya.Kan bagus kalau dia bertanya sebab dia betul-betul sayangkan aku?

“Thanks”,pendek ucapan Alisa.

“Your welcome”,Aris membalas.Senyuman manis dihulurkan buat isterinya itu.

Alisa ditinggalkan keseorangan di dalam bilik.Mata Alisa menyoroti langkah si dia yang meninggalkannya.Aris, andai kau tahu apa yang terdetik di hatiku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Sahabat vs Cinta 12”
  1. natalia emyra says:

    best lah cite ni… tp, mcm mna lah `ending` cite ni..

  2. syafiqah rosli says:

    Keep reading for the ending .;) haha .

  3. santika says:

    saya sayang banget sm sahabat saya

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"