Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah 2

11 December 2012  
Kategori: Novel

4,282 bacaan 12 ulasan

Oleh : mahira ridzuan

BAB 2

“ADOI!!! Sakitlah ibu!” Amir cuba menepis tangan ibunya sebaik sahaja tiba di dalam rumah.

“Ooo… tau pun sakit?! Duduk situ!!” Puan Arifah menarik telinga anaknya dan bawa duduk di atas sofa.

Amir menghempas punggung. Wajahnya keruh mengenangkan perbuatan ibu yang menganggap dirinya seperti anak kecil. Telinga di tekup dengan tapak tangan. Bisa tangan ibu masih terasa peritnya.

Spoil betul ibu ni! Hilang macho aku depan anak makcik sebelah tu! Bisik hatinya.

Puan Arifah menarik nafas sedalam-dalamnya. Nak ikutkan hati mahu sahaja digulai anak bujangnya yang sorang itu. Boleh pula bergurau senda begitu dengan anak dara jiran sebelah. Renungannya tajam menjamah wajah anaknya.

“Kau buat apa dengan anak orang sebelah?!!” Soal puan Arifah tegas. “Tak malu ke jiran lain semua tengok kamu bergurau macam tu dengan anak dara orang?! Mana ibu nak letak muka?!!”

Mata Amir membuntang. “Mana ada Amir bergurau dengan dia, ibu?! Tadi tu Amir ajar dia cukup-cukup sebab kurang ajar!!”

“Yang kau susah payah nak ajar anak orang tu kenapa?! Mak bapak diakan ada! Boleh ajar anak dia orang sendiri!” Puan Arifah mengetab bibir geram. “Owh… mentang-mentang orang tu anak dara, mulalah kau nak menggatal ya?!” Marah puan Arifah lagi. Caranya bercakap persis macam pelakon Wan Maimunah.

“Mana adalah ibu! Janganlah tuduh Amir macam tu. Ibu tau tak anak makcik sebelah tu yang cari pasal dengan kita dulu?!” Keluh Amir bengang bila puan Arifah menuduhnya. “Ibu tau tak yang anak makcik sebelah tu buat sepah dalam halaman kita?! Kurang ajar tau tak?!”

Puan Arifah menjuih bibir. “Habis tu yang kau main baling-baling buah dengan dia tu buat apa?! Biarlah anak dia je yang nampak kurang ajar!! Janganlah kau pun terjebak sama!!”

“Ibu, dia serang rumah kita!! Jadi Amir seranglah dia balik!! Pantang Amir mengalah dengan perempuan!!”

“Shhhuuutt!!! Shhhuuuttt!!!” Marah puan Arifah sampai tersembur-sembur air liurnya.

Amir terdiam. Dia menelan liur bila lihat wajah ibunya mencuka seperti perempuan sihir. Terdengar Amir mengeluh sambil meraup wajah. Apa dah jadi sepanjang aku tak ada di rumah? Bisik hatinya.

“Baru sehari Amir balik. Punggung pun tak panas lagi ni ibu. Tiba-tiba ternampak anak orang sebelah buat sampah dalam halaman kita! Mana hati ni tak panas?! Apa yang jadi masa sebulan Amir tak ada ni?!” Soal Amir ingin tahu.

Puan Arifah menjeling. Namun tidak diberi jawapan pada anak lelakinya. Dia mengetab bibir sambil jemari bermain sesama sendiri. Amir setia menanti jawapannya.

“Ibu…… jangan kata yang ibu dah buat hal dengan jiran sebelah!” Ugut Amir tidak berkelip mata.

Terkulat-kulat puan Arifah memandang anak lelakinya. Matanya bulat seolah nak ditelan anak bujangnya.

“Eh! Eh! Budak ni! Dia pulak nak ajar kita!!” Lantas dibaling kusyen kecil melekap ke muka anaknya. “Sekarang ni ibu tak kira! Kau yang buat sepah, jadi kau pergi kemas halaman sekarang!! Selagi tak siap, kau jangan keluar rumah!! Kalau tidak, aku lesing kau nanti!!!”

Amir menelan liur. Seriau juga dia melihat aksi ibu dengan gaya sekali nak melesingnya. Kelam kabut dia bangkit lalu terus meninggalkan ibunya diruang tamu sebelum orang tua tu naik menyinga.

———-

“MAK!!! Sakitlah telinga orang!!” Jerit Amira minta tangan maknya melepaskan cuping telinga.

Amira menghempas punggung di atas sofa. Wajahnya keruh menahan sakit telinga yang dipiat oleh puan Aisyah. Sebelah tangannya dilekap ke telinga supaya emaknya tidak lagi berpeluang untuk piat telinganya lagi.

“Eee… geram mak nengokkan awak ni tau!! Apa yang awak buat dengan anak orang sebelah??!! Boleh pulak, bergurau senda macam tu! Tak malu ke dengan jiran tetangga lain yang tengok?!” Marah puan Aisyah sambil cekak pinggang.

“Bila masa Mira bergurau dengan dia mak?!”

“Habis tu yang main baling-baling buah dengan anak orang sebelah tadi tu apa bendanya?!!” Tengking puan Aisyah lagi.

“Itu Mira balas dendamlah mak! Mana Mira tak bengang, makcik sebelah tu buang buah busuk dia dekat halaman kita! So, Mira buanglah balik buah tu dalam kawasan rumah dia!!” Ulas Mira.

“Awak jangan nak tipu mak ya! Kalau mak tau awak menggatal dengan anak orang sebelah tu, siap awak!! Mak sembelih dengan parang!!”

Pergh! Ngerinya dengar. “Mana ada Mira menggatal mak! Bukan senang tau Mira nak kawan dengan sebarang lelaki! Apa tah lagi dengan anak jiran sebelah yang entah siapa-siapa tu?! Dahlah tak kenal! Tiba-tiba tegur orang!”

Puan Aisyah menjeling tajam. “Lagi sekali mak tanya, siapa yang mulakan dulu main baling-baling buah tu?!”

“Anak makcik tu yang mulakan dulu!! Mira pun balaslah serangan dia tu!! Sakit tau mak kena kat Mira!!” Rungut Amira dengan riak muka kesian.

“Eh! Kalau dah nampak bersepah tu, buang jelah!! Tak payah nak main perang-perang bagai!!” Gatal tangan puan Aisyah nak piat telinga anak gadisnya sekali lagi.

Lekas-lekas Amira mengelak sebelum telinganya di sentuh puan Aisyah.

“Cukuplah mak sakit telinga orang ni!!” Marah Amira bengang sambil menepis tangan maknya. “Orang tolong salah! Tak tolong salah! Semua orang buat tak kena! Kalau macam tu mak buat sendirilah!!”

“Eh! Budak ni! Menjawab! Menjawab! Karang makan penampar sudahnya kang!” Puan Aisyah membuntang mata. Wajahnya berkerut mengenang sikap anak yang memalukan tadi. Dahlah anak dara! Nak dilempang dah besar panjang.

“Now mak tak kira! Awak kutip semula buah-buah busuk tu. Jangan ada sebiji pun buah dekat halaman rumah!!

“Tapi mak…”

“No tapi-tapi! Kalau tak kemas, mak mengadu dekat ayah!”

Ayah?! Glurp! Saya yang menurut perintah! Dengar nama ayah je terus tak ada bantahan. Mati kena pancung aku nanti bila ayah tahu aku di cop bergurau senda dengan anak lelaki orang sebelah. Ayah tu pantang kalau anak dara dia ni buat perangai tak senonoh. Habis aku dibelasahnya nanti.

———-

SELIPAR di sarung sambil mata memandang buah-buah jambu busuk yang bersepah disekitar halaman. Amir mengeluh lemah. Kemudian melangkah ke tempat penyapu di simpan. Sarung glove berwarna putih dicapai di ampaian. Mulut tak berani nak merungut bila ibunya sedang melantun marah. Namun dalam hati tu rasa bengang bila kenangkan ibu melayannya seperti budak-budak tak cukup umur.

Amir melangkah malas sambil menyeret penyapu dawai hingga ke tengah halaman rumah. Glove tadi terus disarung pada tangan. Dia mengetab bibir bawah sambil menoleh ke rumah sebelah. Kalau diikutkan hatinya mahu je dibomkan rumah sebelah agaknya.

Tak ada kerja, cari kerja! Dah handsome-handsome macam ni kena pulak jadi tukang kebun sekejap. Terbantut aku nak cerita pasal job offer dekat ibu. Aku punyalah excited balik nak share berita gembira. Tak pasal jadi kisah tragis kena piat telinga! Kurang asam punya anak orang sebelah! Bisik hati Amir.

Sebelum Amir mulakan kerja, telinganya peka mendengar bunyi orang pungut sampah di sebalik tembok pemisah antara halaman rumahnya dengan jiran sebelah. Dia menjuih bibir nakal. Mulalah timbul idea nakal dalam kepala. Dia mula terjengah-jengah melihat tapi tak nampak sesiapa pun.

Dah kena marah tadi, tentu kena kurung dalam rumah kot. Mungkin yang mengemas halaman sekarang mak cik sebelah agaknya. Jangan cari pasal wei! Bila kenang tadi dah macam singa aku tengok makcik sebelah ni memekik panggil nama anaknya. Bisik hati Amir.

Amir menggeleng kepala laju. Diabaikan niat jahatnya dan terus mencangkung untuk ambil plastic sampah hitam. Di kibar-kibarkan plastic itu kemudian sangkut ke ranting pokok jambu merah. Serentak itu muncul pula Amira bangkit dari cangkung sambil menepis ke dua belah tangan yang kotor.

“Dah siap!!” Ucap Amira puas.

Amir mengerut dahi. Itu macam suara anak makcik sebelah! Desis hatinya terus bangkit dan tercegat bercekak pinggang sambil merenung tajam pada Amira.

“Ewah! Ewah! Senang hati nampak?! Aku tengok kau ni kecik beso-kecik beso je tau tak?! Entah langit ke berapa kau datang bawak masalah pada aku hari ni!”

Panjang leher Amira. Dia bangkit lalu tercegat memandang anak jiran sebelah.

“Hek eleh mat lampir ni, bengang tak habis lagi, dia dah tunjuk muka!”

Amira menjeling lalu mencangkung semula. Malas nak layan. Karang panjang cerita pula.

“Oi mangkuk, mulut tu jaga sikit! Ingat aku ni pekak ke kau panggil aku mat lampir?! Dahlah pagi-pagi bagi masalah dekat aku! Tak pasal aku kena bersihkan halaman rumah mak aku ni!”

Amira mengetab bibir geram. Kemudian dia bangkit bercekak pinggang.

“Hallo! Mind your words ya! Awak yang mula dulu! Kalau awak tak baling dekat saya, tak adalah saya serang awak!!”

“Tak sedar diri betul minah ni! Yang kau lempar buah busuk tu dalam kawasan rumah aku kenapa? Kau bayar cukai pintu rumah aku ke?!”

Amir daring memandang. Amira menjelir lidah padanya. Amir membuntang mata. Amira tetap mengejeknya. Amir tunjuk batang penyapu dawai. Amira tunjuk penyodok sampah padanya. Penyudahnya masing-masing tak mahu mengalah.

Kalau dapat, nak aje aku sodokkan kepala jantan ni dengan penyodok sampah. Bentak hati Amira.

“Dahlah tiru nama aku!! Amir konon!!”

“Apa kau cakap?! Siapa yang tiru nama siapa ni?! Kau tanya mak kau tu, tahun bila dia beranakkan kau?!! Banyak cakap pulak minah ni!!” Tempik Amir.

“Tahun 88, ada masalah ke?!”

“Hahaha… Mentah lagi rupanya! Perasan tua betul minah ni! Umur baru 24 tahun wei! Aku tua lapan tahun dari kaulah ngok! Patutnya kau kena panggil aku abang! Respect sikit dengan abang kau ni!” Amir gelakkan Amira sambil mendabik dada.

Amira mencebik benci. “Bila masa entah mak aku beranakkan dia? Bila pulak tahunnya awak wujud?! Huh!”

“Hek eleh! Apalah bendul sangat budak ni! Aku cakap kau kena respect aku sebab aku tua dari kau!!”

“Hahaha… tak sedar diri betul mamat ni! Dah tua bangka pun kena piat telinga dengan mak! Ki! Ki! Ki! Failed!” Giliran Amira pula ketawakan Amir kemudian menjeling.

Amir gigit bibir geram dengan sindiran Amira.

“Kurang ajar kau ek?! Mentang-mentang tu dalam kawasan rumah kau, bolehlah kau kutuk aku sesuka hati!!” Amir meninjau takut kalau ibunya sedang perhatikannya. “Tak apa! Tak apa! Hari ni hari kau! Esok taulah aku kerjakan kau dekat luar nanti! Tak kereta calar, tayar pancit!” Amir mengajukan batang penyapu dawai pada Amira.

Glurp! Kerata siapa yang dia nak pancitkan? “Bluek!! Ada aku kisah?! Tak takut pun! Kereta siapa entah yang dia nak pancitkan? Gila!” Amira menjelir lidah sambil menarik bawah kelopak mata dengan jari.

“Kereta kaulah!”

“Bila masa saya ada kereta?!”

Amir melopong. “Habis yang Vios tu kereta siapa?”

Amira menoleh ke arah luar. Dia tersenyum mengejek.

“Kereta abang! Awak nak pancitkan kereta abang saya?! Hah! Silakanlah kalau nak kena lipat dengan dia. Abang saya tu dah bengkong pelangi merah cula tiga! Kalau batu genting tu dia boleh pecah, apa tah lagi kepala awak tu! Kalau nak rasa kena tetak, silakanlah cuba ya!”

Glurp! Nampak resah di wajah Amir ketika itu. Namun masih berlagak macho. Dalam fikirannya membayangkan abang Amira mesti gagah perkasa, ada six pack dan tinggi lampai orangnya.

“Okay, tak apa! Banyak lagi cara lain aku boleh kenakan kau. Tunggu jelah!” Amir menunding jari.

Atas bawah mata Amira merenung Amir. Begitu juga dengan Amir yang kecik beso je mamandang Amira. Keruh muka masing-masing. Bagai ada panahan petir antara dua pasang mata itu.

“Erm huh!!!” Serentak mereka berdua berpaling membelakangi antara satu sama lain sambil peluk tubuh dengan wajah mencuka.

p/s : Dah baca? Komen ya =)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah 2”
  1. AliahMohdSalleh says:

    Bestnyer ceriter ni kelakar.

  2. Terima kasih AliaMohd Salleh ;)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"