Novel : Suamiku Orang Popular 3,4

6 December 2012  
Kategori: Novel

8,029 bacaan 9 ulasan

Oleh : zee.anep.h

#……3

Puan Hajar sekadar memerhati apabila anaknya kadang-kala melepaskan keluhan, macam tak bermaya je. Berat hatinya melihat anaknya begitu. Dia turut dipagut rasa bersalah. Rasa seperti dia terlalu memaksa anaknya dalam membuat keputusan hidup.

Perlahan-lahan anak teruna itu dihampiri. Luthfi sedang asyik menyaksikan ikan koi peliharaan ayahnya berenang gembira di dalam kolam sambil dia berehat di kawasan pangkin itu.

‘Kenapa, bang?’ tanya Puan Hajar. Luthfi sedikit terkejut. Langsung tak menyedari kehadiran ibunya tu.

‘Tak de apa lah bu. Penat sikit je.’ Senyum diukir pabila menjawab pertanyaan ibunya.

‘Abang lapar ke? Tengok ikan koi ayah tu macam kucing nak terkam je?’ ibu buat-buat tanya.

‘Tu lah kan, bu. Buat asam pedas sedap ni. Tak pun kita bakar. Lepas tu makan dengan pucuk ubi rebus cicah kuah asam. Pergh! Meletop!’ Luthfi membalas.

‘Hish, kamu ni. Belum masuk tengah hari pun! Takkan dah tak tahan kot. Dah besar panjang macam ni pun tak boleh control lagi. Dah berapa tahun kamu puasa ni, abang?’ ibu membebel tiba-tiba, Luthfi menyengih. Ada saja taktik dia kalau nak menyakat ibu. ‘Ni tiba-tiba kamu cakap pasal asam pedas dengan pucuk ubi rebus ni, ibu rasa teringin nak makan pulak. Kecur air liur ibu ni.’ Puan Hajar bersuara.

Luthfi gelak besar mendengarkan kata ibunya itu. ‘Mengidam ke, bu? Ada chance la abang dapat adik ni?’ Sengaja nak menyakat ibu. Luthfi kan, biasalah. Puan Hajar yang mendengarkan kata-kata itu menampar lengan anaknya. ‘Jangan buat pasal abang! Semua salah kamu lah! Cerita pasal makanan pukul 11 pagi macam ni! Ibu tak kira. Petang nanti abang kena tolong ibu masak. Jangan cuba nak lari.’ Ibu memberi amaran. Terhambur tawa dari mulut Luthfi. Comel jugak ibu ni kadang-kadang. Patutlah ayah sayang.

Luthfi yang sakan ketawa tadi mula menemui ritma pernafasan normalnya. Sengihnya masih tak hilang. Ibu pandang Luthfi dengan ekor mata. Inilah peluang dia untuk bertanya. Memahami hati anak terunanya itu.

‘Ni, ibu nak tanya abang sikit.’ Tumpuan pandangan Luthfi dikalihkan dari ikan koi yang syok berenang di dalam kolam ke raut wajah ibu di sisi. ‘Abang menyesal ke?’ soalan itu akhirnya diluahkan. Senyap. Puan Hajar menanti maklumbalas dari anaknya.

‘Kenapa ibu cakap macam tu?’ tanyanya. Dahinya berkerut. Menyerlah sangat ke muka menyesal aku ni? Hati bertanya sendiri.

‘Abang menyesal ke sebab ibu suruh kahwin?’ Keadaan senyap kembali. ‘Abang, kalau abang ada rasa apa-apa, abang jangan simpan dalam hati, cerita dengan ibu. Ibu sedia mendengar.’ Diulas lembut kepala anaknya dengan penuh kasih.

‘Takdelah bu.’ Kepalanya digeleng perlahan. ‘Ibu jangan risau yeh! Abang OK je. Just penat macam tu je.’ Ibu pandang dalam mata anaknya. Inginkan kepastian. ‘Takde apa-apa. Betul!’ bersungguh-sungguh Luthfi melafazkan. Hati sendiri nak kena jaga, hati ibu lagi nak kena jaga.

‘Kalau abang tak mahu cerita dengan ibu pun tak apa. Luahkanlah pada ayah. Kami sentiasa ada di sini untuk abang!’ ibu memberi nasihat, atau lebih tepat lagi kata-kata semangat. ‘Tapi, ibu rasa better abang cerita dekat ibu je senang, sebab ayah tu bukannya reti sangat pasal benda-benda macam ni. Bab hati dan perasaan ni ayah bukannya tahu pun. Tu dulu, kalau ibu tak ajar, sampai sekarang mungkin kami tak kahwin tau. Silap-silap kamu pun tak berpeluang nak tengok dunia hari ni.’ Luthfi sengih lagi. Ada-ada je ibu ni. Ni kalau aku story dekat ayah ni, mesti dapat versi lain pulak. Masing-masing nak menang la katakan.

‘Abang okay je. Ibu jangan risau lah. Tak ada apa-apa punya.’ Dia cuba meyakinkan ibu.

‘Kalau abang ok, takpelah. Ibu pun tak mahu kacau. Ingat ya, kalau ada apa-apa yang cerita, apa-apa yang abang rasa tak kena. Bagitahu pada ibu, jangan simpan sorang-sorang. Ibu sayang abang. Abang tahu kan?’ Tutur ibunya. Jatuh kasihan melihatkan keadaan anaknya kini.

‘Abang duduklah rehat-rehat dulu. Petang nantikan nak kena tolong ibu masak.’ Turn ibu pulak untuk sengih. ‘Ibu nak masuk dalam dululah. Nak kemas rumah. Ingat! Kalau ada benda yang kamu nak cerita, make sure kamu story dekat ibu. Ayah kamu tu busy je semedang, ibu ni je yang banyak masa.’ Bahu Luthfi ditepuk lembut. Luthfi hanya mampu tersenyum.

Ibu bangun dan mula mahu berlalu masuk ke dalam rumah. Sebelum itu, sempat dia mengingatkan, ‘Abang dah ada nombor Iffa kan? Janganlah sombong sangat. Kenal-kenal lah dengan dia. Hari tu punya perkenalan tak berapa nak smooth kan?’ kata ibu. Luthfi menjongket kening. ‘Nanti-nantilah abang contact dia.’ Jawabnya.

‘Kamu punya nanti tu dah sama maksud dengan takkan buat. Ingat ibu tak tahu?’ kena lagi Luthfi dengan ibu. ‘Ibu tak kira, nak tak nak, make sure kamu ada contact dia. Jangan lupa pulak! Kalau boleh, ajaklah dia datang rumah kita , besok pun hari minggu.’ Ibu mengingatkannya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Luthfi sekadar mengangguk. Ibu sudah hilang dari pandangan. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri.

‘Iffa? Minah pelik tu. Entah apa benda lah yang dia tengah buat sekarang ni, ek?’ makin lebar senyumnya sebelum dia tergelak kecil sendiri mengingatkan peristiwa yang berlaku pada Ahad minggu lepas. Ya, itulah pertemuan pertama mereka, yang langsung tak berjalan lancar seperti apa yang orang tua mereka harapkan. Sabar je la, bulan puasa kan.

***************

Deru enjin kereta mewah kedengaran memasuki perkarangan garaj. Puan Hajar yang sedia menunggu di pangkin sambil mengambil angin, melangkah ke pintu depan. Suara orang memberi salam, mengukir senyum kecil.

‘Ibu,’ ucap Luthfi. Tangan ibunya disambut dan dikucup penuh kasih.

‘Jumpa pun jalan balik rumah. Ibu ingatkan dah lupa,’

Luthfi sekadar menyengih. Faham benar maksud ibunya. Perli la tuh.‘Abang busy sangat lah bu, bukannya tak nak balik.’ Merungut manja.

‘Busy la sangat! Kamu, kalau dah keluar dengan Faris, terus lupa alamat rumah ibu. Tu kalau ibu tak suruh balik, memang tinggal harapan la nak tunggu muka kamu terpacak dekat sini.’ Ibu faham dengan kesibukan anaknya. Nama sahaja bercuti, tapi ada saja panggilan yang memerlukan bantuan anaknya. Luthfi pulak, kalau dah bab kerja, tak pernah reti nak kata tidak. Selagi boleh ditolong, dia tolong. Dia tahu kerjaya anaknya itu memang tak tentu masa, memerlukan komitmen dan banyak pengorbanan, sementelah ramai orang meletakkan kepercayaan pada dirinya. Tapi, ibu bukannya apa, dia sekadar mahu melihat anak bongsunya itu berehat, tak mahu terlalu terbeban dengan kerja, takut makan diri. Takde siapa nak tengokkan. Hati ibu mana lah yang tak risau memikirkan anak bujang mereka tiada siapa yang uruskan.

‘Ayah, tak balik lagi ke ibu?!’ tak nampak pulak kereta ayah dekat luar tu. Merayap aje bapak aku ni. Cubalah duduk diam-diam kat rumah.

‘Ayah, kamu keluar kejap, pergi ambil kawan dia. Kejap lagi balik lah tu. Hari ni kita ada tetamu tau, abang. Sebab tu ibu suruh abang balik.’ Maklum ibu. Ceria sungguh suara ibunya. Ada sebab besar sebenarnya, kenapa dia beria-ia mahukan Luthfi balik hari ini. Sudah dimaklumkan pada si teruna itu beberapa hari yang lalu, tapi masih takde jawapan dan maklum balas. Jadi, terpaksalah ibu dengan ayah pakai plan B.

‘Siapa pulak yang nak datang?! Sampai abang pun nak kena ada sama ni. Saudara kita yang mana ni?!’ ni dah pelik ni, lain macam je bunyi ayat penyata ibu tadi. Rasa tak sedap hati tiba-tiba datang menjengah. Pasal benda tu ke? Ibu ni memang tau, suka buat pelik-pelik. Kan dah kata tunggu dulu. Memberontak dalam hati je yang dia mampu.

‘Ada la orang nya, tak payah tau lebih-lebih la. Jom, tolong ibu kat dalam. Lama ibu tunggu kamu, lambat sangat sampainya. Takde sape nak tolong ibu, dah tergendala sekejap kerja.’ Puan Hajar mula berlalu masuk ke dalam rumah. Luthfi membuntuti langkah ibunya yang menuju ke dapur.

‘Ibu, bagi abang 5 minit eh, bu. Abang nak solat dulu. Belum Asar lagi ni. Nak tukar baju, nak golek-golek, guling-guling kejap atas katil. Hari ni abang tak sahur pun tau, bu. Tak larat. Badan penat. Terlajak tidor. Subuh pun subuh gajah.’ manja je bunyiknya.

Ibu pandang muka Luthfi. Mula la tu, nak buat ayat kesian.
‘Abang, kalau malas nak tolong ibu, cakap aje. Tak payah nak berdalih. Tak boleh tolong, sudah. Ibu buat sendiri.’ Ada saja jawabnya. Tak pernah yang boleh, tidak sahaja jawapannya semedang.

‘5 minit je pun bu, paling lama 10 minit.’ Luthfi mencuba. Kesian pulak dia dengan ibu. Tapi nak buat macam mana, memang dia penat. Ibu dah banyak kali ingatkan dia untuk pulang ke rumah mereka di Subang. Jadi, habis saja photoshoot tadi, dia terus bergegas pulang. Takde masa nak berehat pun.

‘Dah, pergi naik atas cepat. Tadi kata tak solat lagi. Nak tunggu pukul berapa baru nak solat Asar ni,’ bebel Puan Hajar. Malas dah nak dilayan perangai anaknya itu. Faham benar dia. lagipun, dia tau anaknya penat, saja je tadi tu.

Luthfi menyengih. ‘Abang janji nanti abang tolong.’ Katanya sambil langkahnya menuju ke atas. ‘Tapikan bu, kalau dalam 10 minit abang tak turun, maknanya abang dah tidur tau!’ sempat lagi. Luthfi gelak sebelom mencicit dia lari naik ke atas.

‘Abang! Makruh puasa kalau asyik nak membuta aje!’ memekik Puan Hajar dibuatnya. Geram sungguh dia. Dalam hati, dia mendoakan supaya apa yang dirancang terjadi. Biar anaknya tu rasakan. Semoga berubah perangai.

#……4

‘Jemput masuk bang, rumah kecik je,’ Haji Mansor menjemput kedua orang tetamu istimewanya masuk ke rumah mereka. Jauh mereka datang.

‘Kecik kamu kata ni Mansor?! Kamu ni failed matematik ke apa nih. Besar rumah kamu ni. Nak sumbat satu kampung pun muat ni.’ Tergelak Haji Mansor mendengarkan kata sahabat lamanya itu. Tak sangka, sudah lebih 10 tahun tak berjumpa, keakraban mereka masih kekal seperti dulu.

‘Biasa-biasa je bang. Rezeki Allah. Alhamdulillah. Jemput masuk, bang. Iffa,mari masuk. Dah lama ibu tunggu.’ Tersentak aku, pabila mendengarkan nama aku dipanggil. Baru ingat nak usha dulu area laman umah ni. Aku sekadar senyum dan pantas membuntuti langkah mereka untuk masuk ke dalam rumah.

Cantik! Perkataan itu yang pertama terluncur dari bibirku saat kaki aku melangkah masuk ke dalam teratak indah ini. Serius, cantik giler. Kemas dan rapi. Tiba-tiba rasa teringin nak rumah macam ni sebijik. Lambat betul la nak kaya ni, rumah idaman aku dah lama sangat tunggu tu, desis hati.

Kami dipersilakan duduk di ruang tamu. Mata aku tak henti-henti men’stalker’ setiap inci rumah ini. Wah, konsep moden kontemporari. Sama taste dengan aku lah pulak. Perasaan jakun melanda diri, tapi takde lah ditunjuk sangat. Buruk sungguh gayanya. Aku suka menghias rumah, lebih tepat lagi kerja-kerja hiasan dalaman. Walaupun takde certified qualification untuk kerja-kerja interior design ni, tapi after effect dari main game The Sims banyak mempengaruhi aku. Rumah dibina dan dihias ikut citarasa sendiri. Memang best! Sampai terbawak-bawak ke reality kesannya. Haha. Tak sabarnya nak ada rumah sendiri. Excited terlebih pulak.

‘Assalamualaikum, sampai jugak orang jauh!’ dengar suara orang bagi salam. Lantas aku bangun dan menyalami tangan ibu yang muncul dari arah dapur. Bukan main lebar senyumnya. Macam menang motor aje gayanya.

‘Waalaikumsalam. Apa khabar bu? Sihat?’ ramah aku tanya, penuh sopan dan budi bahasa. Ceh, macam perempuan melayu terakhir je gaya cakap.

‘Alhamdulillah. Sihat sangat-sangat. Makin sihat bila tengok Iffa.’ Gelak suka mereka semua. Aku pulak yang malu.

‘Jemput duduk, Iffa. Abang Sharef. ‘Ibu menggesa kami duduk. Aku turutkan saja.

‘Kita duduk-duduk dulu lah ye. Nak jamu air pun tak boleh. Lepas pukol 7 nanti boleh la. Bertahan la sekejap untuk sejam lagi.’ Seloroh ibu. Tergelak kami. Nama pun Ramadhan, takkan lah nak bagi air kat tetamu.

‘dah sampai dah budak tu?’ Ayah Man tanya ibu Ja. Ibu Ja senyum seraya mengangguk. ‘Baru tadi. Tak sampai 10 minit.’ Terang ibu Ja lagi. ‘Mana dia?!’ Ayah Man memandang ke arah dapur. Mencari kelibat anaknya. ‘dah tidurlah tu kat atas. Tadi ibu nak mintak tolong, dia buat muka kesian. Penat katanya. Tak solat lagi lah. Mengantuk. Anak ayah kan. Macam biasalah, macam-macam alasan yang dibagi.’

Ayah Man tersenyum. Kena perli dengan bini sendiri depan tetamu, malunya! ‘Biarkanlah dia, busy sangat kot.’ Ayah mempertahankan anak bongsunya. Aku senyum. Comel je tengok pasangan depan aku ni. Ibu Ja yang perasan aku senyum, menegur. ‘Nanti, Iffa nasihatkanlah sikit anak ibu tu, yeh. Tak boleh dibiarkan perangai macam tu. Susah Iffa nanti.’ Selamba je ayat tu keluar dari mulut ibu. Sekarang ni, senyum aku pula mati. Tak paham. Mereka yang ada di ruang tamu itu dah tergelak kecil. Apehalnya pulak ni? Tanya aku sendiri.

Seronok bercerita, hampir terlupa pula pada kotak sedozen donut Big Apple yang dari tadi ada dalam pegangan aku. Aku hulur pada ibu.

‘Iffa buat ke donut ni?!’ Eh, kena perli. Sengih aku. Tok Aba dan Ayah Mansor gelak. Sukalah tu, tengok aku blushing.

‘Iffa beli je, tak sampai hati nak buat. Kalau Iffa yang buat, tutup terus Big Apple tu nanti. Tak pasal-pasal je. Tu yang bukak kedai buku tu. Bagi peluang dekat orang lain nak meniaga.’ Ayat muka tak malu. Terhambur gelak mereka.

‘ada-ada je kamu nih. Takpelah, lambat-laun dapat merasa jugak kan, tak gitu Abang Sharef?’ masing-masing menyengih lebar. Aku yang masih tak paham ni mengiyakan aje lah.

‘Ok, lain kali kalau Iffa masak, Iffa buat delivery terus ke sini. Ibu dengan ayah judge masakan Iffa. Tapi, ni Iffa warning dulu awal-awal. Sediakan bantal siap-siap, sebab kadar kesedapannya boleh buat orang dibuai mimpi. Indahnya rasa masakan Iffa sampai seminggu termimpi-mimpi. Jangan tak tahu.’ Amboi, aku ni kalau bercerita, nak gempak aje bunyinya. Aku tergelak dengan statement aku sendiri. Gila punya perasan. Mereka pon sama. Da macam badut sarkas dah gaya aku ni. Orang asyik dok gelak kat aku je. Lantaklah.

‘Letak ubat tidur dalam tu, memang la orang boleh termimpi-mimpi.’ Tok Aba balas dengan muka selamba. Menambahkankan lagi frekuensi gelak mereka. Muncung mulut aku dengan Tok Aba. Buat-buat merajuk. Sajalah tu, nak malukan aku depan orang. Senyum sakan Tok Aba dibuatnya. Ibu tepuk-tepuk tangan aku, nak ambik hati. Jangan merajuk. Sukanya diorang ni mengenakan aku.

‘Malaslah nak cakap dengan Tok Aba dah, tolong ibu dekat dapur lagi best.’ Aku bersedia nak bangun, sebelum ibu tahan. ‘Eh, tak payah. Duduk je kat depan ni. Kamu tu tetamu, tak payah buat apa-apa. Biar ibu yang siapkan, lagipun dah takde apa yang nak dibuat pun. Tinggal nak hidang je,’kata ibu sebelum dia pula yang bangun dan bersedia nak bergerak ke dapur.

‘Alah, ibu.. baru nak berlagak kepakaran Iffa masak kat ibu.’ Aku buat muka sedih. ‘Entah-entah ibu rasa tergugat tak?’ selamba je aku tuturkan ayat tuh. Hish, kau ni. Tadi bukan main, macam perempuan melayu terakhirlah konon. Ni, dah datang balik perangai asal apehal? Marah hati

‘Tu Allah dah tunjuk la tu. DIA suruh hamba-Nya jangan riak, takbur, berlagak.’ Tok Aba membidas aku lagi, lepas tu buat muka tak besalah. Setepek kena kat muka aku. Diam aku menggalakkan gelak tawa mereka. Ayah Man dah tergeleng-geleng kepala. Aku? Malas dah nak layan.

Aku pon turut bangun, ibu pandang.

‘Iffa nak pergi mana ni? Kan ibu kata tak payah tolong.’

‘Iffa anak mithali ibu, nak pergi tolong ibu la,’ sekali lagi, ayat puji diri sendiri. Padahal sebenarnye dia nak minum air. Dapat ‘cuti’. Lagipun dah haus sangat ni. Panas betol cuaca hari ni. Dahlah panas, nak kena bertekak dengan Tok Aba lagi. Makin haus dibuatnya.

‘Hari ni tak payah jadi anak mithali. Jadi tetamu mithali je. Duduk rehat-rehat dulu. Dekat dapur tu pun dah tak banyak sangat kerja yang nak dibuat. Duduk je depan. Tengok tv, ada banyak cerita. Cerita kartun pun ada.’ Bersungguh-sungguh ibu tak mahu aku membantunya.

‘Ibu, umur Iffa 26 lah, bukan 6 tahun nak layan kartun-kartun ni.’

‘Ye ke?! Habis yang dekat rumah kamu tu, satu rak penuh dengan komik Detektif Conan, Lawak Kampus, Dragon Ball bagai. Siap ada movie collection lagi, tu apa benda pulak?! Yang tetiap petang tengok cerita Upin Ipin, Phineas & Ferb tu dah lupa ke?’ Tok Aba sengaja pecah temberang. Mencerun mata aku pandang Tok Aba.

‘Tok Aba ni! Saje je tau dengki dengan orang. Orang jiwa muda lah! Forever 16! Kalau ibu nak tau, Tok Aba pun sebenarnya join sekaki tengok cerita tu semua. Dia saja tak nak mengaku’ kataku. Aku tersenyum, seronok dapat kenakan Tok Aba. Ayah man yang dari tadi tergeleng-geleng menyengih, akhirnya terhambur jugak tawanya. Rapat betul mereka berdua ni. Pujinya sendiri.

Dah puas bertelagah, aku tak perasan yang ibu dah berlalu ke dapor dan tinggalkan aku untuk bertekak dengan Tok Aba dekat depan ni. Aku pun apa lagi, turut bangun menghayun langkah penuh semangat ke arah yang sama.

‘Nak ke mana tu Iffa?’ tanya Ayah Man. Dia dah mendongak bila tengok aku berdiri.

‘Nak pergi tunjuk baik.’ Macam tumpah gula manisnya senyum yang aku lemparkan. Habis je ayat, aku terus melangkah laju ke dapur. Pergh! Buat rumah orang macam rumah sendiri. Aku mencari kelibat ibu sambil merealisasikan motif sebenar nak mencari air. Haus sangat ni!

**************************

‘Iffa! Buat ape dekat dapur ni?!’ terkejut ibu melihat aku tiba-tiba saja berada di sebelahnya. Degilnya nauzubillah budak ni.

‘Nak tolong ibu lah.’ aku jawab. Siap buat muka kiut lagi.

‘Ibu dah kata tak payah kan? Duduk je kat depan tu. Sembang-sembang, rehat-rehat ke.’

‘Tak mahulah. Duduk kat depan asyik kena kutuk dengan Tok Aba je. Baik tolong ibu. Dapat jugak pahala.’ Aku mengadu. Ibu sekadar menggeleng.

‘Ibu!’ aku panggil. Lembut suara. ‘Iffa kan, sebenarnye kan, nak mintak air segelas. Boleh bu? Haus la, panas sangat hari ni.’ Dengan muka tak malunya, aku mintak dengan ibu. ‘Tebal betul kulit kau ye, Iffa.’ Hati aku mendesis. Ibu pun perempuan, ibu paham la. Lagipun, kenapa nak malu? Benda ni normal kan?! Aku bertelagah dengan hati sendiri.

‘Of course lah kena malu, sebab ni rumah orang, bukan rumah sendiri. Behave, Iffa! Behave!’ kata hati, tapi aku abaikan je.

Ibu sengih je dengar permintaan aku. ‘Nak air kosong je ke, atau nak air colour-colour?’ tanya ibu.

‘Air kosong je la. Buat cukup syarat. Tapi kalau ibu nak bagi air warna-warni pun boleh. Colourful sikit tekak Iffa ni. Iffa terima dengan seadanya,’ tuturku selamba. Ibu sekadar tersenyum. Gelas sebiji diambil. Aku ikut ibu, menjelajah peti ais. Kotak air berperisa buah-buahan dikeluarkan. Ibu tuangkan aku air epal. Sedapnya. Gelas berisi air epal tadi ibu hulur pada aku. Aku ambil dan bawak ke meja makan yang ada di dapur. Seteguk aku minum. ‘aaah, leganya!’ ibu pandang dan senyum tengok tingkah aku. Macam sebulan tak minum je gaya. Aku yang perasan pandangan ibu, segera menepuk dahi.

‘Sorry, bu. Iffa lupa pulak yang ibu puasa.’ Seronok sangat dapat air, dah tak peduli sekeliling aku ni. Apa punya perangai lah. Tadi kata mithali. Mithali sangat lah ni. Aku teruskan minum. Sedap air ni. Dengan rase epalnya, dengan sejuknya. Secukup rasa kesedapannya. Benda free memang sedap.

‘Kawan ayah dah sampai ke bu?!’ Mendengarkan suara lelaki yang tiba-tiba itu, tersembur keluar air epal dari mulut aku. Terkejut! tersedak-sedak aku dibuatnya. Habis basah tudung yang aku pakai. Ibu turut terkejut dengan pertanyaan itu. Ibu tambah terkejut bila tengok aku yang dah tersedak-sedak bagai nak rak. Macam orang tak cukup oksigen.

‘Ya Allah, Iffa.’ Itu je yang keluar dari mulut ibu. Pertanyaan malaun tadi tak dilayan. Ibu laju datang mendapatkan aku dan menghulurkan tisu. Aku ambil. Dilapkan mulut dan tudung.Ibu turut membantu mengelap air yang tumpah di atas meja. ‘Iffa ok tak ni?!’ tanya ibu. Aku angguk. Mulut tak habis-habis batuk.

‘Eeiiii, tak puasa!’ tegur malaun tadi dengan selambanya. Aku?! Keras badan aku. Malu siot! Tak berani aku nak berpaling. Teringin aku nak menatap wajah malaun yang kurang asam kantoikan aku yang tak puasa ni. Walaupun benda ni normal, tapi bila dah kantoi, malu kot! Lagi-lagi dengan orang yang kita tak kenal. Aku dengar ibu cakap ‘Abang, apa cakap macam tu!’ untuk tegur malaun tadi. Aku buat don’t know, tunduk aje. Konon-konon khusyuk lap air yang dah tumpah kat blaus dengan tudung aku. Tak berani nak angkat muka. Malu punya pasal!

Tu la. Padan muka kau. Obvious sangat nak menunjuk muka tak boleh puasa. Dah pesan tadi kan. Behave. Kan dah malu sekarang!’ aku marah diri sendiri dalam hati. Yang malaun ni pun satu. Main terjah je. Datang dari mana entah. Kan dah terkejut aku dibuatnya.

‘Abang tak tolong pun takpe kan, bu?’ Luthfi buat-buat tanya. Ibu yang kepelikan pandang muka dia. Budak ni mesti ayat double meaning ni. Bukan ibu tak kenal perangai abang. Kenal ke, tak kenal ke, selagi boleh disakat, dia buat aje. Bukan reti nak peduli orang. Ibu kadang-kadang rasa anak bongsu dia ni macam manusia yang takde perasaan pun ada.

‘Sebab dah ada sous chef yang boleh tolong ibu rasa masakan ibu. Mesti sedap lauk berbuka kita malam ni.’ Gelak malaun tu. Ibu membuntangkan mata. Bapak selamba anak bujang aku ni. Ibu tengok Iffa, dia diam aje. Tapi ibu tak tau, yang dalam hati gadis tu dah tumbuh bergunung-gunung rasa bengang dia. Disimpan aje. Sebab memang salah aku pon. Padan muka! Nak balas balik pun tak guna. Nanti bikin lagi malu ada lah.

‘Abang!’ keras bunyi teguran ibu. Luthfi sengih tak lekang. ‘Dah puas tidur, menyakat orang pulak dia. Kalau dah tak sayang pahala puasa tu, pergi minum air sana. Batalkan aje puasa tu,’ bebel ibu. Tak reti nak jaga air muka orang betullah budak bertuah ni.

‘Tak mahulah bu, minum air. Nanti banjir pulak dapur ibu, kalau abang pulak yang minum tersembur-sembur.’ besar gelak dia. Ayam mamat nih, mengutuk aku!

‘Abang, kalau datang sini setakat nak mengacau anak dara orang, tak payah susah-susah. Dah, pergi duduk kat depan sana. Jangan nanti ibu yang tuang air ni dalam mulut abang karang!’ geram ibu Ja dengan anak dia. Melampau sangat dah ni.

‘Sorry bu, sorry. Abang tak buat dah. Ibu jangan marah-marah, batal puasa tau, bu. Tambah lagi sorang yang tak puasa karang!’ gelak sakan! Malaun ni takde perasaan ke?! Selamba badak je kutuk mak sendiri. Tiba-tiba aku rasa panas hati.

Eh, bukan kau punya perangai pun lebih kurang jugak ke? Kalau menyakat Tok Aba, tak peduli apa dah. Semua dibedalkan aje. Kan?! Tanya hati.

Eh, hati aku ni. Kau ni back-up siapa sebenarnya?! aku tanya diri sendiri.

Mencerun pandangan ibu pada anak dia. Salah siapalah aku dapat anak perangai buruk macam ni. Pelik ibu. Beristighfar sekejap dibuatnya.

‘Abang pergi depan dulu lah, bu. Sebab abang kan tak payah tolong!’ seram Luthfi tengok pandangan tajam ibu. Ni kalau aku teruskan perangai buruk aku ni, mahu aku raya kat hospital karang.

‘Awak, yang tak puasa!’ panggil Luthfi. Ayam betul! Tak perlu mention kot dua yang perkataan terakhir tu. Ibu yang dah tak tahan dengan perangai anak dia, bergerak ke arah Luthfi. Tolak dia supaya cepat-cepat pergi ke depan. Ni kalau dibiarkan berterusan ni, boleh menggagalkan plan. Sebab, anak bongsu ibu ni memang A+ dalam menaikkan darah orang lain.

‘Tolong ibu kita baik-baik tau. Make sure lauk berbuka malam ni tip-top’ katanya sebelum menghilang dari dapur! Iffa masih kaku diduduknya sambil mulut terkumat-kamit menjampi serapah malaun tadi.

‘Eeiii, panas je telinga aku dengan malaun tadi ni. Geram je aku rasa. Kalaulah aku ni memang dilahirkan kurang ajar, memang dah lama aku balun balik. Nasib aku ni ada adab dan seorang yang tau nak bersopan-santun. Kalau tak, memang tak lama malaun tadi itu duduk kat situ. Bengang!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Suamiku Orang Popular 3,4”
  1. A. says:

    Assalam writer, next chapter boleh tak letak tanda “…….” untuk dialog? Sebab konfius lah :)

  2. Lolipop says:

    Iffa takde mak ke?? Kenapa panggil ibu? Tok aba sape? Sangat confius tapi best!

  3. zee.anep.h says:

    thanx for all the comments~!
    I’ve noted it! (n.n)v
    enjoy reading~!

  4. zee.anep.h says:

    sebenarnye ade dialog yg monolog (ckp dlm ati)
    it’s okay..
    nex time i’ll italic those lines so that u readers won’t get confused…
    is it okay~?!

  5. AliahMohdSalleh says:

    Best siot ceriter ni.Tak sabar tunggu sambungannya.

  6. soka says:

    ade blog x?

  7. zee.anep.h says:

    upon request, i’ve finally made one (yeay!)
    this blog is very new..
    still under maintenance..
    hope you like it! have fun & enjoy reading!

    http://zaneph-lah.blogspot.com/

  8. zuraein says:

    haha.. kelakarlah.. sukalah gaya cerita awak ni!!..

  9. HAIZA HAIFA says:

    tersangatlah best…kelakar gila..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"