Cerpen : Kun Fayakun

21 January 2013  
Kategori: Cerpen

12,289 bacaan 23 ulasan

Oleh : Ana Kay

“Kantoi stalk facebook Farid!”

Cepat-cepat aku menutup laptop. Cisss!

“Wey Oji boleh terkeluar jantung aku tahu tak!” Oji dah mula ketawa terbahak-bahak. Entah bila la dia mengintip aku. Setahu aku tadi dia makan kat cafe. Tiba-tiba sergah aku dari belakang apehal? Ish minah ni bahaya betul. Unpredictable!

“Haha padan muka kau. Tadi aku ajak turun makan taknak. Ni stalk fb Farid ni boleh kenyang ke?”

“Haaa perli la perli! Aku saje je nak tengok. Salah ke?”

“Tak, masalahnya sekarang ni dia tu bf orang. Saje nak sakitkan hati sendiri? Tengok gambar-gambar dia dengan perempuan lain?”

Eleh minah ni tiba-tiba nak serius apehal? tapi betul lah, tak guna aku tengok dari jauh je. Patut dari dulu lagi aku bagitahu dia. Zaman sekarang ni mana ada istilah perigi cari timba dah. Last2 aku jugak yang melopong sekarang. Haishh sadis!

“Kumbang bukan seekor der. Toksah nak sedu sedan sangat la” Tiba-tiba lamunanku terhenti.

“Memang lah kumbang bukan seekor, tapi sampai sekarang aku tak jumpa pun”

“Nanti adalah tu. Meh aku jampi sikit. Ya Allah kau turunkan lah putera raja dari langit kat kawan aku ni haa. Kesian dia tengah frust sekarang ni” Oji menadah tangan sambil buat muka. Aku mencapai bantal dan baling ke arahnya. Hish nak kena Oji ni! orang tengah sedih main-main pulak.

“Wowowowo.. kau jangan lupa, biasanya mulut aku ni masin”

“Oji!”

“Ok ok tak. Gurau gurau. Hehe”

Ketika waktu mendatangkan cinta aku putuskan memilih dirimu…

“Ambik kau lagu jiwang dah keluar dah”

“Shhh senyap mama aku call”

“Pehhh mama kau call pun set ringtone lagu melly goeslow bagai. Kalau pakwe call tak tahulah nak set lagu apa entah”

Haihh nasib baik stapler jauh dari aku. Kalau tak, aku dah capai dah. Stapler sikit mulut minah ni!

“Lisa, mama ni. Kereta rosak kat tengah jalan ni. Mama call along dengan angah tapi tak angkat. Macam mana ni?”

Adoii mase urgent ni lah kereta nak rosak. Sudahlah mama tak tahu apa-apa pasal kereta. Yang lagi risau, bunyi macam hujan je kat sana. Macam mana aku nak tolong. Aku kat U sekarang ni. U aku dengan dengan KL bukannya dekat. Along dengan angah ni pun satu, kenapa tak angkat pulak. Papa pulak masa ni lah nak outstation kat Terengganu. Ish!

“Haa? macam mana boleh rosak? Mama..”

“Makcik ok?” kedengaran suara lelaki dihujung talian.

“Mama.. mama..” tutt tuttt tuttt. Ciss line terputus pulak.

“Kenapa Lisa?” Oji kehairanan bila tengok aku menggelupur tak tentu arah macam tu.

“Kereta rosak tengah jalan. Dahlah tengah hujan. Macam manalah mama aku nak handle sorang-sorang ni”

Aku cuba call mama berkali-kali. Tapi tak berangkat. Haishh. Along dengan angah pun tak angkat-angkat jugak! ‘Ya Allah, semoga segalanya dipermudahkan.’

*****

Usai solat isyak, aku membaringkan diri di atas katil. Setelah penat seharian bekerja dari pagi sampai ke petang, jam 10 malam baru dapat berehat. Sudah hampir 3 bulan aku bekerja di pasar raya Tesco sebagai cashier. Cop, maknanya dah hampir 3 bulan jugalah aku menamatkan pengajian diploma aku. Haihh cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je semalam aku dok bergaduh dengan Oji kat hostel rupa-rupanya dah 3 bulan berjauhan dengan bestfriend aku tu. Patutlah aku rasa hidup aku aman sejak cuti ni. Hahaha.

“Eh rindu pulak kat Oji” Aku segera mencapai telefon bimbitku. Lama dah tak bergosip dengan minah senget tu.

“Lisa tak tidur lagi?” niatku nak telefon Oji terbantut bila tiba-tiba mama masuk ke dalam bilik. Haihh ni pun adik beradik Oji jugak ni. Masuk bilik tak bagi salam terus sergah. Nasib baik mama, kalau Oji dah lama bantal busuk aku ni hinggap kat muka dia.

“Belum la mama. Tak mengantuk lagi. Kenapa?”

“Mama nak tanya sikit ni. Kat tempat kerja Lisa, takde yang berkenan ke?”

Aku terlopong. Soalan ape ni? “Hahh?”

“Maksud mama, kat sana kan setiap hari Lisa jumpa ramai orang. Jadi..”

Belum sempat mama habisksn kata-katanya, aku menyelit dulu. “Jadi.. mama ingat Lisa boleh jumpa bakal menantu mama kat Tesco tu? mengarut lah mama”

“Jadi anak mama takde pakwe lagi lah ni? Eh, Farid si classmates Lisa yang Lisa pernah cerita dulu tu takde khabar berita ke? ” adoii macam manalah mama boleh ingat. Memang dulu aku pernah cerita kat mama yang aku ada minat kat Farid. Aku dengan mama memang takde rahsia langsung. Semua aku cerita. Tapi tak sangka mama boleh ingat lagi pasal si Farid tu. Aku nak cakap apa ni? takkan nak cakap yang Farid tu dah ada gf. Karang tak pasal-pasal mama gelakkan aku sampai berguling-guling. Haihh payah!

“Entah. Lisa dah tak minat dia dah” pandai tak aku cover line? Haha.

“Kalau macam tu baguslah. Sebab mama ada calon lain untuk jadi bakal menantu mama”

Ah sudah! mama ni tiba-tiba cakap pasal jodoh apehal? Oh, aku tahu. Mama kan petang tadi baru lepas pergi kenduri kahwin anak kawan lama dia. Patutlah, berangan nak dapat menantu la tu.

“Tak cukup ke dua orang menantu mama tu? Abang Duan dengan Kak Fairuz. Nak menantu apa lagi?”

“Mama ada tiga orang anak, takkan mama nak ada dua menantu je?”

“Mama, Lisa baru 21 la”

“Sebab Lisa 21 la mama suruh Lisa fikir pasal semua ni”

“Takde masa nak fikir masalahnya. Bulan depan Lisa dah kena sambung degree. Lagilah takde masa. Ok ok lepas habis degree Lisa fikir pasal semua ni. Promise.”

“Lepas habis degree? Lagi dua tahun sayang oii. Takut nanti, bila Lisa dah ready nak fikir pasal semua ni, Lisa pulak yang tak laku masa tu. Apa salahnya kenal dari sekarang. Mama bukan suruh Lisa terus kahwin. Korang berkawan jelah dulu”

“Arghhh ngantuknya!” aku berpura-pura menggeliat.

“Mama, esok lusa jelah Lisa fikir. Lagipun esok Lisa kena kerja shift pagi” aku menarik selimut ke tubuhku. Lagi dilayan lagi menjadi-jadi mama aku ni.

“Lisa taknak tahu siapa yang mama nak kenalkan tu?”

Aku segera menggeleng.

“Betul? tak menyesal?”

“Tak lah mama”

“Takpelah, mama keluar dulu” akhirnya mama beralah.

“Good night mama, jangan lupa tutupkan lampu”

Selepas pintu ditutup, ‘Yeayyy merdeka!’ hatiku membentak.

*****

Dah seminggu aku di Uitm Shah Alam. Seronok rasanya dapat menempuh kehidupan di suasana yang baru, tempat baru dan kawan baru. Eh, tak. Kawan tak berapa nak baru sangat sebab Oji pun dapat sambung degree di Universiti yang sama. Lagi dua tahun aku kena menghadap muka minah tu. Harap-harap aku tak gila.

“Lisa! Lapar ni. Jom makan” aku dan Oji meluru ke DC untuk membeli makanan.

“Eh Lisa, kau tahu tak DC ni maksud dia apa?”

“Entahlah aku tak pasti. Kenapa?”

“Tak silap aku maksud dia Dataran Cendekiawan. Tapi student-student sini semua panggil DC ni Dataran Cinta. Nak tahu kenapa?”

“Lagilah aku tak tahu. Apa kata kau cerita je. Tak payah nak suruh aku teka-teka”

“Alaa slow la kau ni. Cuba kau tengok keliling kita sekarang. Penuh dengan couple-couple. Sebab tu la orang panggil Dataran Cinta. Lagi satu, senior aku cakap, ramai student terjumpa ‘cinta hati’ diorang buat pertama kalinya kat sini tau”

“Merepek. Dekat tempat makan pun nak cari jodoh ke? macam takde tempat lain”

“Apa pulak merepek. DC ni kan open untuk semua student. Kat sini lah kau boleh terserempak dengan future engineer, future lawyer, future doctor. Haa kan best. Kalau setakat makan kat cafe fakulti kita tu, setiap hari kau boleh jumpa dengan budak-budak fakulti kita je. Silap haribulan, kau boleh hafal nama diorang. Setiap hari orang yang sama je”

“Sebut pasal cinta. Aku rasa aku dah jumpa cinta aku” tiba-tiba aku mencelah. Oji terdiam seketika.

“Hah mana?”

“Tu” aku menudingkan jari ke arah nasi goreng kampung dihadapan kami.

“Kurang asam kau Lisa”

“Cepat ah. Lapar” Aku menarik lengan Oji.

*****

‘Accidently saw her near DC this morning. Wearing baju kurung with red shawl. Such a sweet moment’

35 peoples likes, 5 comments.

“Pehh baru update status 2 minit dah ramai yang like” Fazil merangkap roommate Haqeem mula bersuara.

“Amboi Kim, minah mana yang kau tersangkut ni ha? Bukan nak tunjuk kat kitorang tadi. Kedekut” Adan tiba-tiba menambah.

Kedua-dua rakannya tak dipedulikan. Haqeem tersenyum keseorangan sambil menatap laptop dihadapannya.

“Weh senyap weh, Kim tengah fokus buat assignment tu” sengaja Adan memerli rakannya itu. Berang kerana kata-katanya tak diendahkan.

“A’ah. Buat assignment lah sangat” Fazil menambah sambil buat gaya tangan didada, mata keatas.

*****

Selepas habis kuliah, aku bergegas ke koperasi keseorangan. Segera kucapai kotex dan menuju ke kaunter. Opss kenapa lah aku tak perasan penjaga kaunter ni lelaki. Dua-dua pulak tu. Selalunya perempuan. Lantaklah. Macamlah diorang tak faham masalah perempuan.

“Ni je dik?” tanya salah seorang dari penjaga kaunter tu. Sambil tersengih-sengih.

“A’ah” ringkas jawapanku. Sambil buat muka selamba. Malas nak layan. Aku perasan penjaga kaunter lagi seorang disebelahnya pun sibuk nak tersengih-sengih jugak. Apehal ni?! Ya Allah malunya. Dahlah ramai orang beratur kat belakang aku ni.

“That’s not funny bro” aku tersentak. Suara seorang lelaki yang tak dikenali tiba-tiba kedengaran. Betul-betul dari arah belakang aku. Kedua-dua penjaga kaunter tadi terdiam.

“Emm 8.50 dik”

Aku segera membayar lalu meninggalkan koperasi tersebut.

“Awak.. awak..”

Aku taknak pusing belakang dah. Lantaklah siapa yang panggil aku tu. Sumpah aku taknak datang koperasi ni lagi dah!

*****

“Kau tahu tak betapa malunya aku tadi! Ee geramnya. Tak sangka ada lagi manusia macam tu kat dunia ni” aku menceritakan semuanya pada Oji.

“Nasib aku takde kat sana tadi. Kalau tak, dah arwah dah dua orang mamat tu. Tapi dalam banyak-banyak part, aku suka yang part ada seorang mamat tiba-tiba backup kau tu. How sweet! ”

Aku terlopong. “Kau ni dah kenapa? Sweet apa bendanya. Buat malu ada lah”

“Hensem tak? hehehe ” soal Oji sambil buat muka comel. Siap kedip-kedipkan mata lagi. Ish!

“Tak tahu. Tak pandang pun”

“Tolak tuah lah kau ni. Ape la. Patut kau cakap la terima kasih. Mana tahu lepas tu boleh tukar nombor telefon. Tak pandai plan strategi langsung la kau ni”

Aku menepuk dahi. Aku tak tahu lah Oji ni asal daripada planet mana. Sepatutnya aku tanya dekat mak dia dari awal-awal dulu lagi yang Oji ni betul ke asal daripada planet bumi. Macam bukan je.

“Dah dah. Apa kata kau sambung buat kerja kau tu”

“Dah siap dah pun. Tinggal nak buat cover pages je. Bak sini no. pelajar kau”

“Aku lupalah no. aku. Maklumlah tak sampai sebulan lagi belajar sini. Kejap, aku tengok dekat kad matrix aku” aku menggeledah beg ku. Eh mustahil. Aku tak simpan kad matrix dalam beg. Biasanya aku pakai. Mana pulak ni?

“Weh Oji! Aku rasa kad matrix aku hilanglah!”

*****

‘Hanez NurLisa. Nama seindah orangnya’

Belum sempat Haqeem menekan butang ‘post’. Dia kemudiannya delete.

‘Eh tak boleh tak boleh. Tak boleh update status macam ni. Karang timbul kontroversi lagi. Status yang aku update mula-mula haritu pun belum habis kecoh lagi’ Haqeem bermonolog sendirian.

“Kad matrix perempuan mana kau simpan ni? cun siot!”

Haqeem segera merampasnya dari tangan Adan.

“Woi agak-agak lah. Nanti orang lain tahu”

“Fazil! Kau nak tengok tak minah yang Kim suka ni? aku ada gambar dia. Mari sini cepat!” Adan menjerit sekuat hati. Fazil segera menuju ke arah Haqeem. “Mana? Mana?”

“Masing-masing perangai macam hantu” rengus Haqeem.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Aku turun dari bas dan terus menuju ke arah DC. Perut dah berkeroncong dah ni. Sepatutnya kuliah habis pukul 5 petang tadi tapi disebabkan masalah kad aku yang hilang tu, terpaksa kena buat kad baru sampai la pukul 6 petang baru settle. Dahlah tu, kena balik sorang-sorang pulak tu. Kejam betul Oji tinggalkan aku sorang-sorang.

“Awak.. awak” ada orang panggil aku ke? lantaklah. Dah lapar sangat dah ni. Aku melajukan langkahku.

“Awak.. err Hanez NurLisa” mak aii siap panggil nama penuh. Aku mematikan langkahku dan berpaling kebelakang. Seorang lelaki tinggi lampai lengkap berkemeja biru dan seluar slack hitam. Terpaku sekejap.

“Ya?”

“Saya rasa awak tercicir sesuatu” lelaki itu menghulurkan kad matrix padaku.

“Ohh..Thank you. By the way, mana awak jumpa?”

“Dekat koperasi. Semalam”

Koperasi? Semalam? Astaghfirullah. Mesti dia ada masa insiden antara aku dengan abang cashier semalam.

“Ohh.. ok. Thanks” Aku segera mempercepatkan langkahku.

“Eh awak tunggu jap. Saya sebenarnya nak bagi semalam. Tapi awak jalan cepat sangat. Tu yang saya simpan dulu..”

“Takpe takpe” aku mempercepatkan langkahku. Lelaki itu masih mengekori. Haihh tahu tak aku tengah malu sekarang ni?

“Pasal semalam awak jangan risau. Bagi saya semua tu normal la. Takde apa yang nak diketawakan pun”

Langkahku terhenti. “Awak ke yang..”

“Yelah. Saya lah yang sound abang cashier tu semalam. Sama-sama”

Sama-sama? Aku tak cakap terima kasih pun. Puiii.

“Ok. terima kasih sebab memahami. Terima kasih jugak sebab bagi balik kad saya ni. Bye” aku meneruskan perjalanan.

Laa mamat ni ikut aku lagi buat apa?

“Takde ABC ke, fresh orange ke? takkan terima kasih je?”

Tolong orang tak pernah nak ikhlas! Aku mengeluarkan duit RM 10 dan memberi kepadanya.

“Nah, pergi beli sendiri” aku meneruskan perjalanan.

Mak aii, dia ikut lagi? arghhh!

“Awak.. saya bukan nak duit pun. Eh jap, bunyi apa ni? bunyi perut awak eh? Ni tak boleh jadi ni, kita kena pergi makan sekarang. Jom, saya belanja”

Aku hampir ketawa. Tapi cepat-cepat cover. Ya Allah mamat ni asal dari planet yang sama dengan Oji ke? dua-dua gila.

“Kejap, apa nama awak?”

“Amboi baru caring sikit dah tanya nama. Ehem ehem nama saya Haqeem Naufal. Panggil Haqeem. Heee”

“Encik Haqeem, sorry saya tak berminat. Lagipun saya ada hal. Jangan ikut saya lagi” aku terus menuju kearah kolej. Itu je cara untuk mengelak. Sebab lelaki dilarang masuk dalam kawasan tu. Haihhh tak jadi aku nak beli makanan.

“Bye. Nice to meet you” Haihhh sempat lagi!

Sengal betul. Dah terpaksa tukar plan. Nampak gayanya makan meggi jelah malam ni.

*****

Rasa seriau pulak setiap kali lalu dekat DC ni. Takut-takut si Haqeem tu ada kat sini. Bukannya aku nak sombong sangat dengan dia, cuma aku malu nak berdepan dengan dia sebab dia antara saksi yang ada masa insiden yang memalukan kat koperasi hari tu.

“Omaigod omaigod. Jangan pandang kanan”

“Kenapa kau ni Oji?”

“Takde apa” Oji menutup mataku dengan tangannya. Aku menepis. Kelihatan Farid dan kekasihnya sedang menjamu selera. Patutlah Oji tak bagi aku tengok. Dia tahu pasti aku akan sedih. Mana taknya, Farid lah satu-satunya lelaki yang aku pernah minat sejak masuk zaman universiti ni. Sejak zaman diploma dulu lagi.

“Relax Lisa. Buat-buat tak nampak je ok” Oji memegang erat tanganku.

“Hanez NurLisa!” ah sudah. Ni kalau orang panggil nama penuh ni siapa lagi kalau bukan Haqeem.

“Hai. jumpa lagi” Haqeem dah tersengih-sengih.

“Pssstt. Sape ni Lisa?”

“Balik nanti aku cerita” aku dan Oji berbisik.

“Haa Haqeem. Ya, nak apa?”

“Emm tak ada apa. Just wanna say happy birthday”

Aku terpaku. Macam mana dia tahu?

“Astaghfirullah aku lupa harini birthday kau Lisa!” tiba-tiba Oji teriak.

“Emm nah! Bye” Haqeem menghulurkan sesuatu sebelum pergi.

Kek coklat dan sekeping kad. Di atas kek coklat itu tertulis ‘happy birthday to you +me’

Aikk apehal pulak mamat ni? kad itu kubaca.

‘Sorry stalk fb awak. Saya dapat tahu birthday awak harini pun sebab saya tengok info awak kat situ. Nak add tak berani. So, ni je yang mampu saya buat. May Allah bless you. Happy Birthday!’
p/s: sibuk je tiru birthday orang :p

Yang ikhlas, Haqeem Naufal.

Serta merta aku tersenyum. First time orang buat macam ni dekat aku. Sedangkan Oji pun boleh terlupa birthday aku.

“Omaigod, Lisa! Mamat tu lagi hot dari Farid kot! sweet pulak tu. Kau kenal kat mana?”

“Dia ni lah yang backup aku kat koperasi haritu. Dan dia jugak lah yang jumpa kad matrix aku”

“Pehh. Macam mana kau boleh tak suka dia? aku yang tengok sekali je pun dah cair”

“Siapa kata tak suka” jawabku selamba.

*****

‘Haqeem Naufal’ search!

Aku membuka akaun facebook miliknya. Satu persatu ku tilik. Memang betul harini hari jadinya juga. Kebetulan sangat.

Dan yang lagi mengejutkan aku apabila aku terbaca statusnya yang diupdate beberapa minggu yang lepas,

‘Accidently saw her near DC this morning. Wearing baju kurung with red shawl. Such a sweet moment’

Red shawl? Aku tersenyum. Selama ni aku ingat aku seorang je yang sibuk stalk Farid. Rupa-rupanya ada jugak orang lain yang sudi ambil berat pasal aku.

*****

“Mama, setakat majlis cukur jambul je. Panggil family terdekat dengan jiran-jiran ok la. Buat apa nak panggil kawan lama mama tu semua. Bukannya kenduri kahwin pun. Ni kalau tak cukup makanan macam mana?”

“Biarlah Lisa. Biar berkat sikit majlis untuk Tiara ni. Lagi ramai orang datang, lagi ramai yang mendoakan untuk Tiara” along mencelah.

“Mama bukan panggil semua kawan lama mama. Seorang ni je. Kawan baik mama masa sekolah dulu. Lama dah tak jumpa dia. Tup tup haritu terserempak dengan dia kat pasar. Lagipun, haritu mama ada pergi kenduri kahwin anak dia. Kalini biarlah mama ajak dia pergi majlis cukur jambul cucu mama pulak”

“Ohh, yang kenduri kahwin anak kawan mama haritu ke?”

“A’ah. Yang Lisa tak ikut tu. Masa tu Lisa kerja”

“Assalammualaikum”

“Waalaikumussalam. Hah, tu dah sampai. Jom ikut mama sambut tetamu”

Aku mengekori mama ke ruang tamu. Segera ku menyalam dan mencium tangan kawan mama itu.

“Ni anak kau yang bongsu tu ke?”

“A’ah la. Yang aku cerita tempoh hari”

Apa la yang mama aku cerita pasal aku ni. Haishhh.

“Ni makcik Rohana. Kawan baik mama ni” mama memperkenalkan padaku.

“Ohh. Masuklah makcik” aku menjemputnya masuk.

“Manis. Macam kau muda-muda dulu”

Habislah. Bukan aku seorang je yang kembang sekarang ni. Sekali mama pun kembang.

“Eh datang dengan siapa ni?”

“Dengan anak aku la. Ada kat luar tu. Tengah parking”

“Dia datang? Seronoknya. Rindu aku kat dia. Lama tak jumpa”

Ciss sejak bila mama aku pandai rindu-rindu kat anak orang ni?

“Assalammualaikum”

“Waalaikumussalam.. Haa.. Haqeem?” Ya Allah patutlah aku macam kenal je suara yang bagi salam tu tadi.

“Hanez NurLisa?” kedua-dua kami tercengang.

“Korang kenal ke?” mama dan Puan Rohana bersuara serentak.

*****

Aku dan Haqeem duduk di atas gazebo di luar rumah sementara orang ramai sedang makan di dalam. Bunyi burung-burung berkicauan dan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa sudah cukup melengkapkan perbualan kami waktu itu. Indahnya dunia! Ish tiba-tiba. Hehe.

“So awak lah anak bongsu kesayangan mama awak tu?”

“Ha yelah. Mana tahu?”

“Ibu saya cerita”

“Ibu awak cerita apa?”

“Beberapa bulan yang lepas, mama awak ada datang masa wedding abang saya. Rupa-rupanya kami pernah berjumpa sebelum wedding tu lagi”

“Oh ya? Bila?”

“Kereta mama awak rosak tengah jalan raya. Hujan pulak tu. Waktu tu saya kesian sebab takde seorang pun yang tolong mama awak. Sibuk marah adalah. So saya turun then tolong mama awak”

Mataku terbeliak. Rupa-rupanya dialah yang selamatkan mama haritu. Mama pernah nak cerita pasal budak yang selamatkan dia tapi aku tak pernah berminat nak dengar pun. Jadi mama pun terus tak cerita apa-apa pasal budak tu. Rupanya budak tu adalah Haqeem.

“Nak dijadikan cerita, lepas kejadian tu mama awak boleh pulak terserempak dengan ibu saya dekat pasar. Dah tu, ibu saya ajaklah mama awak pergi wedding abang saya. Sampai kat sana, baru dia tahu budak yang tolong dia tu adalah saya. Anak kepada kawan dia sendiri”

“Lepas kenduri tu, ibu saya bagitahu yang mama awak sibuk tanya pasal saya. Tanya yang saya ni dah ada girlfriend ke belum, macam-macam lah. Bila saya cakap takde, mama awak terus terang cakap dengan ibu saya yang mama awak berminat nak jadikan saya ni calon menantu dia untuk anak bongsu dia. Saya cakap saya on je dengan syarat saya nak kenal dulu hati budi ‘anak bongsu’ dia macam mana. Tapi, sampai sekarang senyap je. So, saya assume yang ‘anak bongsu’ dia tak berminat”

Aku ternganga. Suka- suki je mama ni!

“Astaghfirullah. Patutlah lepas je balik dari kenduri tu, mama sibuk nak jodohkan saya dengan seseorang. Tapi waktu tu saya tak berminat nak tahu pun”

“Awak memang tak pernah berminat dengan sesiapa pun kan?”

Aku menoleh ke arah Haqeem. First time tengok muka dia serius macam tu. Fuhh cair!

“Mana ada lah. Saya rasa saya muda lagi. Sebab tu saya buat endah tak endah je bila mama cakap soal ni. Tapi..”

“Tapi apa?”

“Tapi.. siapa sangka kan. Dalam nak mengelak tu, last-last terjumpa jugak awak kat sana. Unplanning pulak tu”

“Rancangan Allah lagi hebat dari rancangan manusia. Kun Faya Kun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia” ringkas jawapan Haqeem. Kami sama-sama tersenyum.

“So awak datang ni memang niat nak tengok anak bongsu kepada kawan ibu awak la ni?”

“Saya tak beriya nak tahu pasal dia pun. Saya datang pun sebab nak tolong hantarkan ibu je”

“Eleh yelah tu”

“Yelah. Sebab saya minat kat orang lain. Tapi dia tu sombong sangat” Aku terdiam. Segera ku berpaling ke mukanya. ‘Ish mamat ni cakap pasal aku ke?’

“Saya masuk dulu. Rasa macam ibu panggil”

“Haqeem” langkahnya terhenti.

“Thanks”

“Thanks for?”

“Thanks sebab tolong mama saya, tolong backup saya, tolong simpankan kad matrix saya. Dan yang paling penting thanks sebab concern dengan saya. Thanks jugak sebab kek dan kad yang comel tu. Thanks for everything Haqeem”

“Thanks jugak sebab Hanez NurLisa adalah orang yang sama dengan anak bongsu kepada kawan ibu saya tu” jawabnya sambil mengenyitkan mata padaku.

Buat pertama kalinya hatiku berbunga. Dan buat pertama kalinya aku benar-benar jatuh cinta.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Cerpen : Kun Fayakun”
  1. Wawa says:

    The Best… 5 star… x sabar nk baca cerpen awak lagi… selamat berkarya

  2. Ara says:

    Cerpen ni best…tapi,kalau cerita ni sambung hingga ke jinjang pelamin lagi mantap…good job writer,…usaha tangga kejayaan..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"