Cerpen : Oh My Hubby!

21 January 2013  
Kategori: Cerpen

45,463 bacaan 62 ulasan

Oleh : NOORAIHAS

Hai, nama aku Kamariah. Semua orang panggil aku Kay! Aku ni nak kata lemah lembut dan sopan tu, takdelah sangat. Cukup-cukup je! Tak ganas macam budak lelaki dan tak lembik sangat macam budak perempuan. Pendek kata bukan stok-stok perempuan melayu terakhirlah! Hidup aku biasa aje. Aku ada ibu dan ayah yang sangat mempercayai aku, memandangkan aku ni anak perempuan tunggallah katakan disamping dua orang abang yang sangat suka mengusik dan menyemak pun ye jugak! Abang Alif dan Abang Hadi. Masing-masing dah kahwin, tapi perangai macam budak-budak tak akil baligh je!

Aku sekarang ni baru je habiskan pengajianku dalam jurusan perniagaan. Untuk sementara waktu yang ada ni, aku melepak kat rumah mak saudara aku yang paling sporting dalam abad ini, tak lain dan tak bukan Mak Su Anim. Aku memang rapat gila-gilalah dengan Mak Su Anim, memandangkan mak saudara aku ni dah lama kematian suaminya yang tercinta, Pak Su Ahmad dan tinggal sorang-sorang kat rumah banglo yang di tinggalkan arwah suaminya. Anaknya? Mak Su Anim memang ada seorang anak lelaki. Ahmad Umar Haidi namanya. Bercerita pasal anak lelakinya itu memang aku cukup tak berkenan. Kalau nak masuk senarai lelaki untuk dijadikan suami pun tak layak! Maafkan Kay ye Mak su sebab kutuk anak Mak su tu. Tapi memang ye pun si Haidi tu ada masalah. Masalah besar punya!

Masalahnya ialah Ahmad Umar Haidi tu ‘patah’ orangnya. Erk…Korang fahamkan ‘patah’ tu apakan? Kalau nak aku sebut dalam bahasa kasarnya, sepupu aku tu PONDAN atau pun LELAKI LEMBUT! Kesian Mak su dah banyak cara dia cuba buat untuk pastikan anak terunanya yang seorang itu kembali menjadi lelaki sejati. Entah dari mana datangnya keturunan lembut ni? Bagi aku Haidi ni betul-betul merugikan beras je! Rupa ada. Tinggi pun dah macam model. Kulit muka? Tak payah kata, mana ada dalam keturunan aku yang berkulit gelap, semuanya putih-putih belaka dan paling kurang pun sawo matang.

Aku terasa lengan aku dicubit lembut oleh Mak su. Aku pandang mak su yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Dah kenapa?

“Mak su ni kenapa? Siap cubit-cubit orang ni?” marahku. Marah-marah manja aje sebenarnya.

“Mak su tengok kamu ni dari tadi pandang gambar abang Haidi kamu tu dah kenapa? Dah jatuh cinta?” usik Mak su lalu tersenyum ringkas.

Erk…ada pulak ke situ?

“ Mana ada sampai jatuh cinta, mak su ni. Kay saje je tengok gambar abang Haidi tu. Intai apa kurangnya dia sampai jadi macam tu,” balasku sedikit berhati-hati sebenarnya. Biasanya ibu bapa yang ada anak-anak lembut macam ni mudah sentap bila orang mengata kekurangan anak mereka.

Mak Su Anim diam. Dalam masa yang sama dia turut memandang gambar Haidi yang melekat di sudut ruang tamu bungalow itu. Gambar semasa konvokesyen Haidi.

“Mak su pun tak tahu nak kata apa kay. Mak Su rasa mak su dah asuh betul-betul. Entah mana dia dapat perangai ‘patah’ tu? Setahu mak su,arwah pak su kamu bukan tergolong dalam golongan yang macam tu. Keturunan kita pun takde,” luah mak su perlahan.

Aku mengambil tangan mak su dan mengusapnya lembut.

“Lagi satu umur Abang Haidi kamu tu dah masuk 27 tahun ni. Dengan perwatakan dia yang macam tu ada ke orang nak kahwin dengan dia?” keluh mak su lagi.

Aku tak tahu nak jawab apa. Kesian betul aku tengok keadaan mak su aku ni. Dalam dilemma sungguh! Kalau aku ada anak lelaki macam tu dah lama aku piat-piat telinga, biar telinga tu terpusing ke belakang terus!

Haidi…Haidi…kenapalah kau macam ni? Aku rasa kau ni semua dah cukup. Rupa ada. Pelajaran tinggi dah. Kerjaya mantap. Cup! Did i mention mantap tadi? Okey, aku telan balik ayat belakang tu. Haidi Cuma menyandang jawatan sebagai ketua chef dekat Hotel Blue Wave je! Bukan hebat pun. Tapi sebab arwah pak su Ahmad ada syarikat sendiri yang sedang dijaganya, maka poket seluarnya boleh dikatakan tebal dan hebat jugaklah! hehehe

“Takpelah mak su, Kay yakin adanya nanti orang suka kat abang Haidi tu,” ujarku setelah agak lama mendiamkan diri.

“Memanglah ada yang suka. Tapi kalau yang suka abang Haidi kamu tu lelaki macam mana? Mana mak su nak letak muka mak su ni?”

Aku tersentak! Ha’ah kan. Macam mana pulak tu?

***

Kelibat Haidi yang baru balik dari kerja itu aku pandang biasa. Bukan tak biasa melihat dia dalam rumah ini. Dan aku rasa dia jugak begitu. Dari zaman aku belajar di uitm shah Alam lagi aku selalu melepak kat rumah dia, merangkap rumah mak su aku ni.

“Hai, abang Haidi!” tegurku sedikit ceria. Maklumlah aku nikan selalu menyemak kat rumah mak dia ni, jadi kenalah buat baik jugak dengan dia.

“Kamariah, tak perasan Didi yang Kamariah ada kat sini tau!” Dengan gedik yang berjayanya, Haidi yang sangat suka menggelarkan dirinya sebagai Didi itu menyapa aku.

Aku menyegih terpaksa di depannya. Erk,,,gediknyalah kau Haidi oi! Nasib baik sepupu aku, kalau tak dah lama aku sepak naik atas bumbung!

Haidi merapatiku yang sedang enak bermalasan di atas sofa di ruang tamu. Dia melabuhkan duduknya di sebelahku. Apabila berdekatan dengan Haidi begini, aku tak rasa pun yang aku ni sebenarnya sedang duduk di sebelah lelaki. Mungkin sebab aura ‘patahnya’ itu lagi kuat berbanding aura kelakiannya kot. Dengan baju bunga-bunganya lagi! Adui, kalah aku!

“Mama mana Kamariah? Didi tak nampak pun dari tadi,” Soalnya dengan manjanya sambil meliarkan anak matanya ke segenap ruang tamu.

“Mak su naik bilik sembahyang Asar jap,” balasku. Televisyen yang sedari tadi menyiarkan rancangan Maharaja Lawak itu di tonton kembali oleh aku.

“Kamariah dah jumpa kerja?”Ramah betullah Haidi ni. Sampai aku nak tonton rancangan kegemaran aku ni pun tak senang. Nasib baik rumah kau!

Aku berpaling menghadapnya. Haidi tersenyum manis memandangku. Bantal kecil yang berada di dalam dakapannya dikutil-kutil lembut dengan jari-jemarinya. Dah kenapa ni, macam aku nak mengorat dia pulak! Kena rasuk agaknya mamat ni!

“Tak.Kay tak jumpa lagilah abang Haidi,” jawabku bersahaja walau dalam hati dah macam nak muntah tengok perangai lelaki ‘patah’ ni.

“Kalau Kamariah nak, Didi boleh lantik Kamariah jadi setiausaha Didi,” katanya bersungguh. Bersinar-sinar matanya seperti mengharap pulak.

Aku ternganga sekejap. Biar betul? Mana kak Maria setiausaha Haidi ni pergi? Dah berhenti kerja ke?

“Setiausaha? Habis kak Maria macam mana?”

“Kak Maria dah berhenti kerjalah. Didi dah kelam kabut dah ni. Penat tau mana nak urus company papa, mana nak urus Blue Wave lagi,” keluhnya yang lebih berbaur rungutan itu.

Betul-betul pucuk dicita ulam mendatang ni! Perlahan-lahan aku mengangguk setuju. Yes! Dapat kerja dah! Alhamdulillah!

“Kay janji akan tolong Abang Haidi dan takkan main-main!” Bersungguh aku melafazkan ikrar. Haidi hanya senyum mendengar kata-kataku.

Diam-tak diam sudah sebulan aku menjawat jawatan sebagai setiausaha kepada Haidi. Penat memang penat tapi berbaloi jugak apabila gaji pertama aku terima. Melihat betapa bersungguhnya Haidi melakukan dua kerja dalam satu masa betul-betul membuatkan aku terkagum sendiri. Lelaki itu benar-benar komited dengan tanggungjawabnya. Kadang-kadang, Haidi pernah menghadiri mensyuarat syarikat dengan masih memakai uniform chef sahaja dek kerana kesuntukan masa dan pertindihan jadual kerjanya.

Pekerja-pekerja syarikatnya juga sangat menghormati Haidi sebagai ketua. Namun, tak kurang juga yang mengata tentang identiti ‘dua alam’Haidi. Aku sebagai sepupu turut merasa geram jugak apabila ada mulut-mulut yang tak ‘berinsuran’ ni mengutuk lelaki itu. Rasa macam nak sumbat cili ke dalam mulut sorang-sorang yang mengata Haidi kat belakang tu!

Bunyi telefon bimbit yang menjerit-jerit nyaring menyedarkan aku daripada lamunan tentang Haidi. Skrin telefon jenama Samsung itu aku kerling sebentar. Melihat nama si pemanggil.Mak su!

“Assalamualaikum mak su,” Aku memberi salam kepada Mak su Anim dengan hormat.

“Waalaikumussalam, Kay. Mak su nak mintak tolong Kay ni,” terjah Mak su sebaik sahaja salam yang aku beri dijawabnya.

“Tolong apa ni Mak su?”

“Tolong suruh anak bertuah Mak su tu balik sekarang jugak!” arah Mak su dengan tegas. Tergamam sekejap aku mendengarnya. Tak pernah-pernah mak su meninggikan suaranya sebegini. Ini mesti ada apa-apa yang tak kena ni dengan Haidi.

“Okey, Mak su. Bertenang jangan marah-marah. kay suruh Abang Haidi balik sekarang jugak,” ujarku serentak panggilan ditamatkan oleh Mak su. Marah sungguh mak su ni!

Pintu bilik Haidi aku ketuk dahulu sebelum di suruh masuk oleh Haidi. Dingin sahaja raut wajah lelaki itu seperti ada masalah besar gayanya. Rambut pendek hitam pekat milik Haidi yang selama ini terisir kemas tiba-tiba sahaja seperti baru dilanda taufan Katrina! Serabut!

“Mama panggil balik rumah ye kamariah?” Tanyanya risau. Aik, dah tahu? Aku belum bagitahu lagi. Tak surprise betullah!

“A’ah. Mak su panggil balik sekarang jugak,” Aku mengiyakan pertanyaannya.

“Ala…mesti mama nak fire Didi habis-habislah tu. Apa Didi nak buat ni Kamariah?”Soal Haidi dengan gaya orang nak nangis pun ada.

“Apa yang Abang Haidi dah buat?” Dengan prihatinnya aku bertanya.

“Didi tak buat apa. Mama yang salah faham!”

Aku mengerutkan dahiku. Apa yang salah fahamnya?

***

“Mama salah faham?” Bergema ruang tamu banglo mak su dengan suaranya yang sudah melantun tinggi. Aku sendiri takut mendengarnya.

“Ini kamu kata mama salah faham lagi dengan kamu?” Tanya Mak Su Anim lalu melemparkan beberapa keping gambar ke atas meja kopi yang terdapat di ruang tamu.

Terkesima aku melihat adegan-adegan Haidi dan seorang lelaki sedang berpimpinan tangan dan berpelukan dalam kepingan gambar tersebut. Gelinya!

Haidi hanya mengetapkan bibirnya.

“Ahmad Umar Haidi! Boleh kamu jelaskan kat mama apa makna semua gambar ni?”tekan Mak Su lagi. Benar-benar sudah hilang sabar Mak su ni! Desisku . Nafas mak su pun sudah turun naik tidak teratur demi menahan amarahnya terhadap anak terunanya yang seorang itu.

“Haidi dengan Jay kawan jelah mama. Haidi tak gila lagi nak bercinta dengan kaum sejenis! Lembut-lembut Haidi, masih suka lagi kat perempuan la. Apa mama ni,” bentaknya seperti anak kecil saje.

“Then, prove me that i was wrong!” cabar Mak su.

“Maksud mama?” Tanya Haidi mungkin kurang jelas. Aku sendiri kurang jelas dengan maksud Mak su tu.

“ kahwin dengan seorang gadis and bagi mama cucu. Masa tu mama sendiri akan mengaku yang mama salah,” terang Mak su bersahaja sedangkan Haidi sudah tidak keruan. Macam cacing kepanasan!

“Fine! If mama said so, i’m gonna find my wife-to-be ASAP!” janji Haidi. Aku tersenyum sinis. Manalah kau nak cekau gadis yang sanggup jadi bini kau Haidi oii? Dalam tak sedar aku menggelengkan kepalaku beberapa kali.

“Mama bagi Haidi sebulan dari sekarang. Kalau Haidi tak bawa bini Haidi, anggap je mama dah mati!” ugut Mak su lalu bergerak ke kamarnya. Haidi terkedu!

Aku sudah mengerutkan dahiku. Ini dah macam drama kat televisyen ni. Tak sabar nak tunggu watak heroin pulak masuk. Hero dah kenal, mak hero pun dah kenal. Apa agaknya konflik drama swasta tak berbayar ni ye? Hmmm…

***

Puas aku menahan telinga mendengar Mak Su Anim membebel gara-gara anak terunanya yang seorang itu. Apa tidaknya, si Haidi yang ‘bijaksana’ ni kantoi tipu Mak su apabila cek kosong yang di tandatanganinya tercicir dari dompet ‘bakal isterinya’. Ternyatalah perempuan yang dibawa balik konon-kononnya untuk dijadikan bini tu dah dibayar awal-awal lagi oleh si Haidi!

“Haidi main-main dengan mama ke?” Mak Su Anim sudah melepaskan ‘ledakannya’ yang pertama.

Haidi menunduk. Tahu pun kau dah buat salah!

“Mama tak sangka anak mama sanggup tipu mama!”

“Mama, Haidi minta maaflah. Haidi terpaksa. Mana cukup nak bawa balik isteri dalam masa sebulan je,” Haidi sudah mengemukakan ‘hujah’ pembelaannya.

Mak su Anim menjeling ke arah satu-satunya anak lelakinya itu. Geram betul!

“Mama nak isteri. Bukan perempuan simpanan yang boleh dibayar sesuka hati!” Pangkah Mak Su Anim.

Haidi mengeluh berat. Kesian pulak aku tengok sepupu aku yang seorang ni. Nak tolong back-up karang aku pulak kena fire dengan Mak Su. Tak kiralah anak saudara kesayangan ke tidak!

“ Kalau macam tu, mama cari jelah isteri untuk Haidi. Haidi terima je pilihan mama,” Haidi sudah beralah. Mungkin tidak mahu memanjangkan isu ‘tipu-menipu’ ni kot.

Mak Su Anim perlahan mengukirkan senyuman. Aik, Mak Su aku ni split-personality ke apa? Tadi marah sekarang dah boleh senyum dah? Something wrong somewhere ni…

“Baik! Kalau Haidi dah kata macam tu. Mama will find someone yang lebih layak jadi seorang isteri and mom for your future child,”Mak su Anim berpaling ke arah aku sebelum mengeyitkan anak mata kanannya.

Haidi hanya mengangguk pasrah.

Wah! Mak su ni dah macam bersumpah pun ye jugak ni. Muka macam dah dapat ilham je siap kenyit-kenyit mata kat aku. Mesti ada yang tak kena ni…

***

Bunyi bising dibahagian dapur rumah Mak su Anim sikit pun tidak menarik perhatianku. Mata yang sedari tadi melekat pada siaran televisyen tidak aku alihkan kemana-mana. Biarkan! Biarkan aku merawat luka dihati ini…dah kenapa aku berjiwang karat tetiba ni? Macam orang patah hati! Kecewa!

Memang aku patah hati! Memang aku juga sedang kecewa! Aku patah hati dan kecewa sejak dipaksa-rela menikahi Haidi, abang sepupuku sendiri! Lelaki yang maha lembut itu sudah sah menjadi suamiku sejak dua bulan lalu. Why? Why? And why Mak su? Why me? Marah hatiku bila teringatkan kata-kata mak su Anim dulu.

“Kay, hanya pada Kay lah Mak su boleh bergantung harap. Yang Mak su percaya dapat mengubah abang Haidi kamu tu. Mak su percaya kamu boleh buat. Lagipun, kamu satu-satunya anak saudara perempuan yang Mak su paling sayang,” pujuk Mak su Anim apabila aku ingin menolak hasrat hatinya itu.

Apa yang aku harus buat apabila sesuatu itu diletakkan atas nama KEPERCAYAAN dan KASIH SAYANG? Namun, aku tahu satu perasaan yang pasti bila berada di antara kedua-duanya iaitu TERSEPIT!

Aku memejamkan mata rapat-rapat. Tangan pula sudah aku bawa ke telinga. Menekap kedua-dua anggota pendengaran itu daripada mendengar kata-kata Mak su Anim yang sudah merangkap ibu mertua aku! Tertekannya hidup!

“Kamariah,” Suara Haidi mengembalikan aku ke alam yang nyata. Alam yang di mana Cuma ada aku dan dia sebab Mak su Anim pergi bercuti di Langkawi. Katanya nak bagi ruang untuk kami. Apa-apa jelah Mak su.

“Hmm…”

“Haidi dah masak. Jom kita makan?” pelawanya lembut. Lupa pulak nak bagitahu. Sejak Haidi berkahwin dengan aku, dia dah berhenti jadi chef kat hotel. Sepenuh masanya kini ditumpukan pada syarikat arwah papanya sahaja. Atas alasan apa pun aku tak tahu. Dalam erti kata sebenarnya aku malas nak ambil tahu! So, sekarang dia jadi chef kat rumah jelah!

“Saya tak lapar,” balasku lalu menekapkan muka dengan bantal kecil sofa.

Apabila tidak mendengar apa-apa balasan dari Haidi, aku memberanikan diri membuka mata dan bantal dialihkan daripada menutupi mukaku . Terkejut aku melihat muka Haidi yang rapat dengan mukaku. Buang tebiat ke apa lelaki ni?

“Baik Kamariah ikut Haidi makan tengahari, sebelum Haidi jadikan Kamariah lauk tengahari Haidi,”ugut Haidi lalu menjungkitkan keningnya ala-ala Dwane Johnson.

Lauk ? sebelum aku jadi lauk, kau dulu aku tibai jadi roti canai! Luah hatiku geram sebelum membuntuti langkahnya ke ruangan dapur.

“Hari ni Haidi masak gulai tempoyak ikan patin, ayam goreng berlada dan sayur pucuk paku masak belacan. Your favourite kan?” Ramah suara Haidi menerangkan menu kami hari ini. Aku hanya mendengar dan mengangguk sahaja. Malas nak komen apa-apa sebelum menyuap makanan ke mulut. Masakan Haidi memang tak akan pernah mengecewakan perut bagi sesiapa yang menikmatinya. Sumpah sedap! Tak rugi aku dengar cakap dia supaya makan.

Bunyi telefon bimbit Haidi tiba-tiba memecah keheningan dapur. Haidi segera membersihkan tangannya dan menjawab panggilan tersebut. Dari dapur aku dapat mendengar sedikit sebanyak isi kandungan perbualannya. Nampak tegang sungguh muka Haidi. Entah kenapa aku rasa muka Haidi sangat kacak dan kelakian dalam ekspressi begitu. Mendatangkan debaran yang tiba-tiba. Takkan dah jatuh cinta kot? Kalau ye pun apa salahnya Kamariah oii, laki kau jugak!

“Please Jay. Never cross the line!”Suara Haidi sudah meninggi.

Haidi gaduh dengan Jay ke? Tapi kenapa? Musykil ni…

“She is my wifey Jay. Kalau you buat jugak our friendship are finish!”Tegas Haidi sebelum menamatkan perbualannya.

Apabila menyedari Haidi sudah bergerak ke dapur, aku segera berpura-pura mengambil lauk dan menikmati hidangan.

“ Sedap?” Tanyanya dalam suara yang mendatar sahaja bunyinya. Kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya di situ. Aku hanya mengangguk seraya tersenyum ringkas.

“Siapa call?” Aku cuba menyiasat walau sudah aku tahu gerangan siapa yang membuat panggilan tadi.

“Kawan,” Ringkas Haidi menjawab.

Aku perhatikan yang Haidi seperti menyembunyikan sesuatu dariku. Tapi apa? Selera makannya juga seperti sudah hilang setelah menjawab panggilan daripada Jay tadi. Sebelum jawab panggilan itu bukan main senyap dia makan. Berselera sungguh! Sekarang macam nak tak nak je…

Siap sahaja menikmati hidangan tengahari tadi aku terus berlalu ke kamar. Sambil duduk di atas sofa, aku membaca majalah Wanita. Banyak jugak tips yang boleh aku gunakan untuk mengharmonikan rumah tangga aku ni. Kalau dulu asyik baca majalah Remaja je. Maklumlah dulu remaja yang single and available. Sekarang dah dual and not available!

Pintu bilik yang dibuka tiba-tiba oleh Haidi tidak mengejutkan aku dari meneruskan bacaan sehinggalah dia melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku mula rasa tidak selesa. Hati pulak dah bergendang rentak apa pun aku tak tahu. Kalau dulu duduk sebelah-sebelah macam ni aku tak rasa apa pun. Sekarang, macam nak pecah pulak dada ni menahan rasa! Hati, kau dah kenapa?

Majalah yang aku baca di turunkan perlahan oleh Haidi daripada peganganku. Sekarang kami betul-betul berhadapan antara satu sama lain. Haidi memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku jelaskan. Sekarang baru aku faham apa yang novelis-novelis di luar sana tulis tentang ‘pandangan yang sukar dijelaskan’ itu bukan suatu auta tapi fakta!

“Izinkan Haidi…”

Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham. Apa yang dia nak minta izin ni? Namun, bila bibirku sudah bersatu dengan bibirnya, barulah aku tahu apa makna ‘izin’ tu. Spontan itu aku memejamkan mata. Lama kami begitu sehinggalah aku merasakan tangannya sudah bergerak liar ke dalam bajuku. Segera aku menolak badannya. Haidi tergamam!

“Maaf, Kay tak sedia lagi,” pintaku.

Haidi bangun dan melabuhkan duduknya di birai katil. Dia mengeluh kasar! Kepalanya menunduk ke lantai. Aku tahu dia kecewa. Selama dua bulan kami duduk bersama, dia tidak pernah meminta haknya. Mungkin aku rasa selamat, tapi dalam hati kadang-kadang mengiakan yang Haidi sebenarnya tidak normal sebagai lelaki. Setelah kejadian hari ini, baru aku dapat memastikan yang Haidi masih lelaki yang normal! Lelaki yang masih ada nafsu pada halalnya. Dan halalnya adalah aku!Cuma aku sahaja yang takut menghadapinya kerana mengenangkan dia bukan pilihan hatiku!

MESEJ yang baru aku terima daripada Jay, kawannya Haidi benar-benar mengusutkan fikiranku. Terpaksa aku menipu Haidi dengan mengatakan yang aku ada perjumpaan dengan kawan university aku malam ini.Entah apa yang si Jay ni nak cakap sampai kena jumpa kat hotel bagai. Aku harus berhati-hati. Mungkin Jay ada agenda buruk! Haish, kau ni Kamariah, pengaruh novel betullah! Marah hatiku. Bersangka baiklah wahai Kamariah! Aku cuba bertenang.

Sebaik ternampak kelibat Jay di lobi hotel, aku mempercepatkan ayunan langkahku. Aku nak selesaikan apa yang tak selesai secepat mungkin! Bimbang andai ada yang mengenali melihat aku dan Jay tanpa ditemani Haidi. Tak pasal-pasal jadi buah fitnah mulut orang karang!

“Apa yang you nak cakap. Cakap cepat!” arahku setelah melabuhkan duduk di atas kerusi.

Jay senyum sinis memandangku.

“You ingat i nak sangat jumpa dengan perampas macam you?” sindirnya.

Aku mengetapkan bibirku. Geram betul dengan orang songsang macam ni! Aku pulak digelarnya perampas. Kalau perempuan yang keluarkan kenyataan macam tu tak apalah, ini lelaki. Ada rupa pulak tu! Anugerah Allah yang telah disia-siakan! Tak bersyukur Jay ni!

“Tak ada isu rampas-merampas dalam hal kita ni. You bukan perempuan! Kalau you perempuan i sanggup tandatangan borang poligami tu. Ini tidak, you lelaki. Sedarlah diri tu sikit!” marahku. Jay tersentak! Tak sangka mulut aku beginilah kot.

Kalau kau ingat aku ni perempuan yang lemah lembut dan sopan, kau memang silap Jay ye. Walaupun aku bertudung dan tutup seluruh aurat aku dari pandangan kau, tak semestinya aku perlu bersopan dengan orang macam kau ni! Aku bukan watak perempuan baik macam dalam drama melayu atau Indonesia tu! Menangis memanjang!

“Entah apa yang Haidi pandang you! Kasar! Tak gentle macam perempuan melayu terakhir lansung!” perlinya lagi.

“Sekurang-kurangnya i tak tentang hukum Allah. I tetap minat lelaki. Bukan kaum sejenis!” bidasku lancar.

“Eeei, perempuan ni…” Tak sempat Jay menghabiskan ayatnya apabila pelayan restoran menghantar minuman.

Bila pulak aku order air ni?. Tapi melihat si Jay terus minum air minumannya, tanpa teragak-agak aku pun meneguk minuman milik aku. Mungkin minuman ni servis restoranlah kot.

“Aku akan buat Haidi benci kau!” ujar Jay tegas sambil menjeling kepadaku.

Aku memeluk tubuhku. Apa-apalah Jay…

“You tak akan Berjaya. I kenal Haidi,” balasku bersahaja. Tapi entah kenapa badanku merasa panas secara tiba-tiba. Air-cond restoran ni dah tak berfungsi ke? Aku sudah semakin kepanasan. Rasa macam nak tanggal je pakaian kat sini!

“Jay!” Jerit satu suara.

Jay terkejut memandang gerangan suara yang memanggil dari belakangku.

Aku berpaling dan sedikit gembira melihat Haidi. Cupp, kenapa aku gembira? Ahh,lantaklah! Tapi kenapa kepala aku sudah pening-pening ni?

“Apa you cakap kat wife i hah?” marahnya. Aku sekadar membiarkannya. Tak ingin masuk campur kerana suhu badanku semakin berbahang dan kepala pula berat seperti dihempap batu rasanya. Melihat Haidi, aku tiba-tiba sahaja di serang satu keinginan.

“Abang Haidi,” rengekku tiba-tiba dan bergerak memaut lengannya. Haidi nampak terkejut melihat reaksiku yang tiba-tiba ni. Aku juga tak mengerti mengapa aku jadi begini.Tanpa berlengah,Haidi segera menarik tanganku dan bergerak keluar dari restoran dan lobi hotel itu.

Sampai sahaja di rumah, aku memaut leher Haidi dan mendekatkan tubuhnya ke tubuhku. Haidi menolak tubuhku lembut. Mukanya seperti orang serba salah sahaja. Dia berlalu ke bilik dan aku mengikutinya.Aku tak peduli aku Cuma nak dia datang padaku sekarang jugak!

Aku melepaskan lilitan tudung. Rambut yang disanggul aku biarkan terlepas bebas. Butang baju kemeja yang aku pakai dibuka satu persatu. Panas sungguh! Segera aku mendekati Haidi yang baru keluar dari kamar mandi dan memeluknya erat! Tergamam lelaki itu melihatku.

“Kay nak Abang Haidi,” bisikku yang lebih kepada menggoda. Haidi teragak-agak membalas pelukanku sebelum membaringkan aku di atas katil kami. Dan selepas itu aku sudah tidak mengingati apa-apa lagi…

Aku terjaga dari lena. Berat sungguh kepalaku. Pening betul. Jam loceng di sisi katil aku kerling. 5.30 pagi. Baik aku mandi dulu. Pantas aku menyelak selimut. Namun, selimut itu tidak sempat aku selak habis kerana aku terkejut melihat tubuhku yang tidak di baluti Seurat benang pun!Ya, Allah!

Aku pandang sebelah kananku. Haidi juga begitu! Aku cuba mengingati kejadian semalam. Satu-satu terlayar jelas di mataku. Oh, tidak! Air mataku mengalir perlahan. Tersesak-esak aku menangis sehingga mengejutkan Haidi dari lenanya.

“Kamariah,” panggilnya lembut. Tubuhku dibawa ke dalam dakapannya. Nafasnya hangat menyentuh bahuku yang terdedah.

“I’m sorry,” pintanya bersama kucupan di bahu kananku.

Aku menggeleng kasar. Aku tidak mahu memaafkannya. Ini mesti rancangannya dan Jay! Walaupun aku yang memulakan semuanya malam tadi.

“Keluar!” arahku dengan suara yang mendatar. Lelaki itu hanya mengangguk lesu dan memandang sekilas ke arahku sebelum berlalu keluar bilik. Aku kembali menangis demi melihat baju-baju yang berteraburan di lantai kamar.

MAK SU ANIM yang merangkap mama mertuaku memandang aku sambil tersenyum-senyum. Mama baru sampai dari percutiannya di Langkawi tengahari itu setelah diambil Haidi di KLIA. Aku mengerutkan dahi. Sungguh aku tak faham makna senyumannya. Aku meraba-raba kulit mukaku. Manalah tahu ada kotoran yang melekat ke. Tapi tiada.

“Mama kenapa?” Soalku sambil menuang air minuman ke dalam gelas dan aku serahkan pada mama yang masih duduk di sofa. Haidi yang duduk di sebelah mama, hanya diam melihatku. Mungkin dihantui rasa bersalah kerana kejadian malam tadi.

“Besar ye gigitan nyamuk kat leher kamu tu? Agaknya nyamuk jantan kot yang gigit,” kata mama lalu menutaskan pandangannya ke sekitar leherku.

Aku segera memandang cermin hiasan yang terdapat di dinding ruang tamu. Melihat ‘gigitan nyamuk’ yang mama katakan tadi. Serentak itu darah mula menyerbu ke mukaku. Macam mana aku boleh terlupa nak cover leher ni!Ya, Allah malunya!

Aku berpaling semula dan memandang Haidi geram. Ini semua gara-gara lelaki itu. Haidi hanya menggaru-garu kepalanya dan sengih apabila mama memandangnya.

Mama senyum lagi.

“Bagus. Mesti tak lama lagi ada berita baik ni,” ujar mama dengan muka yang teruja. Lantas kedua-dua belah pipiku di cium mama. Gembira betul dia! Aku hanya mampu tersenyum pahit.

“Terima kasih Kay. Mama tahu Kay boleh buat. Tak rugi mama pergi bercuti,” bisik mama sambil menepuk bahuku lembut sebelum beredar ke kamarnya untuk berehat.

Kini, tinggal aku dan Haidi berdua di ruang tamu. Tanpa menunggu lama aku mula bangun. Turut ingin beredar. Namun, tangan Haidi pantas menarik tanganku sehingga aku terduduk semula di atas sofa.

“Awak nak apa?” Kasar sahaja nada suaraku.

Haidi mengetapkan bibirnya.

“About last night, Haidi minta maaf. You seduced me first. I can’t reject your offer,” ujar Haidi yang lebih kepada meletakkan semua kesalahan atas bahuku.

“I was under my control Haidi. Can’t you see? Mesti your gay partner tu put something in my drink. So , that i can turn my self like last night,” marahku sambil sengaja menekankan perkataan ‘gay partner’ itu.

Muka Haidi merah mendengarnya.

“I’m not a gay Kamariah,” tekannya. Aku hanya menjungkitkan kedua-dua bahuku sambil memandang ke arah lain. Whateverlah!

“Seriously i’m not a gay. Kalau Haidi gay, Haidi takkan bagi ni kat Kamariah,” jelasnya dalam nada gatal sambil menyentuh sekitar leherku yang merah kerana perbuatannya malam tadi.

Aku segera menepis tangannya. Gatal! Namun, dalam hati turut mengakui kebenaran kata-kata Haidi. Suami aku ni sudah nyata normal dan sudah pun membuktikannya. Tapi macam mana kalau suami aku ni suka dua-dua jenis? Lelaki ke perempun dua-dua dia rembat?

“Yelah tu. Kalau awak tak gay, awak ni mesti biseksual. Dua-dua awak suka!” Tuduhku seraya menerima jelingan maut Haidi.

“Astaghfirullah Kamariah! Sampai hati Kamariah cakap macam tu kat Haidi. Kalau tak nak percaya pun janganlah tuduh yang bukan-bukan,” marah Haidi dan bergerak meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu. Kan dah merajuk!

Malam minggu itu, keluarga aku mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sempena kelahiran anak sulung Abang Alif. Maka, aku, Haidi dan Mak su Anim datang dan membantu apa yang patut.

Muka Abang Alif dan Kak Maya berseri-seri menyambut kedatangan tanda cinta mereka itu. Tak perlu kata-kata pun aku tahu.

“Hah, Kay dengan Haidi bila lagi?” Tanya Abang Alif pada aku dan Haidi.

Aku menjeling geram pada Abang Alif. Haidi hanya senyum ringkas.

“Tahulah dah keluar sorang,” kataku sambil mencubit lembut pipi Adam Maliki yang nyenyak tidur di ribaan Kak Maya.

“Kau tengok tu Haidi, dia cubit pipi anak aku. Jangan cubit anak Alonglah. Nak cubit pergilah buat anak sendiri. Hah, lepas tu cubit puas-puas,”usik Abang Alif di sambut tawa yang lain.

Muka aku sudah merah menahan malu sedangkan Haidi masih dengan senyumannya yang entah ikhlas atau tidak tu.

“Kay nak cuba pegang Adam?” Soal Kak Maya sambil menyua bayi lelaki itu.

Aku menggeleng. Namun, Kak Maya sudah meletakkan Adam diribaanku. Terketar-ketar tanganku memangku Adam yang masih tidur itu.

“Meh, Haidi pangku,”pelawa Haidi perlahan. Mungkin menyedari betapa kekoknya aku memangku anak saudaraku itu. Lalu Adam diangkat ke ribaannya.

“Tengok tu, Haidi dah ada ciri jadi bapa dah!” usik ayah pula. Ahh, ayah ni buat aku malu je!

Malam itu aku dan Haidi bermalam di rumah keluargaku atas permintaan ibu. Nasib baik bawa baju lebih!Sebaik sahaja mama pulang, Haidi terus berlalu ke kamarku manakala aku masih bersembang dengan sanak saudaraku yang lain. Seronok sungguh apabila dapat berkumpul ramai macam ni. Macam-macam cerita keluar.

Setelah seorang demi seorang ahli keluargaku beredar ke kamar masing-masing, aku pun tanpa melengahkan masa turut beredar ke kamarku. Kelibat Haidi yang masih di baluti tuala mencuri perhatianku. Tak nak pakai baju ke cik abang oii?

“Kenapa tak pakai baju lagi?” Tanyaku dengan muka pelik.

“Tak bawak baju lebih,”

“Kay bawaklah,” kataku lalu mengambil beg sederhana besar berwarna coklat itu dan mengeluarkan baju tidurnya.

Haidi terus mengambil baju tidurnya yang kotak-kotak itu dan memakainya di hadapanku. Haish, tak malu betul! Sekarang giliran aku pulak mandi lalu tualaku ambil dan bergerak ke kamar mandi. Haidi hanya memandangku kosong. Mungkin masih merajuk! Ahh, tak kuasa aku nak pujuk!

Selesai mandi, aku mengeringkan rambutku. Dari cermin almari solek, aku dapat melihat betapa tajamnya pandangan Haidi padaku. Apabila dia bergerak ke arahku, aku melarikan pandangan dan menyapu krim ke mukaku.

Haidi mengusap lembut bahuku. Rambutku yang masih lembab di ciumnya. Berdebar aku jadinya.

“Kenapa Kamariah tak boleh terima Haidi?”

“Apa kurangnya Haidi?”

“Atau Kamariah dah ada teman lelaki sebelum kahwin dengan Haidi?”

Aku bangun daripada duduk dan memandangnya dalam. Asakan soalannya membuat aku geram.

“Kay nak seorang lelaki yang mampu melindungi diri Kay. Yang lebih kelakian!” jawabku tegas.

Haidi mendengus.

“Malam tu Haidi tak cukup kelakian ke untuk Kamariah? Tak cukup ke?” marah Haidi sambil memaut bahuku kasar agar aku memandangnya.

“Cukup! Tapi Haidi bukan lelaki yang Kay cinta. Dengan perwatakan Haidi yang lembut macam ni, Kay susah nak serahkan hati Kay dekat Haidi. Susah untuk mencintai Haidi,” jelasku dalam tangisan.

Haidi meraup mukanya sebelum memeluk tubuhku lembut.

“Bagi Haidi masa Kamariah. Haidi akan menjadi lelaki sebenar dalam hati Kamariah,” luah Haidi juga dengan linangan air mata. Alahai, suami aku. Bisik hatiku turut membalas pelukannya. Erat!

***

Aku merenung Haidi yang tekun membaca laporan kewangan yang dibawa Jasmin, akauntan syarikat. Sekali-sekala mereka saling senyum dan ketawa. Aku cemburu! Sungguh! Sejak malam di rumah keluargaku, penampilan Haidi mula berubah. Minyak wanginya sudah ditukar kepada bauan yang lebih kelakian, baju juga sudah tiada yang bercorak bunga-bunga. Rambut pula sudah disapu gel rambut dan di pacak-pacak lagi! Nada suara juga sudah semakin tegas. Tiada lagi lenggok-lenggok lembutnya. Risau aku!

Tanpa membuang masa aku menerjah masuk ke dalam bilik Haidi. Terkejut lelaki itu, begitu juga Jasmin.

“Min, you can go now,” arah Haidi. Jasmin mengangguk faham dan keluar meninggalkan aku dan Haidi berdua.

“Kamariah,” panggilnya lembut.

“Apa yang awak dan Jasmin sembangkan?” Aku terus menyoal. Tiada mukadimah langsung!

“Kamariah jealous?” Eh, dia soal kita balik! Orang tanya jawab jelah. Marahku dalam hati sahaja.

“Jawab soalan Kay dulu!” tegasku serentak itu Haidi meletuskan tawanya.

“Kami tak sembang apa-apa. Cuma dia puji Haidi. Kata Jasmin, Haidi makin handsome!” terang Haidi sebaik sahaja tawanya reda.

Aku memeluk tubuhku sambil menjelingnya. Menyampah!

“Sukalah kena puji?” bentakku.

“Kamariah sayang. Janganlah marah. Apa kata Haidi bawa Kamariah jalan-jalan hari ni. Kita date!”pujuknya lantas melelar tanganku keluar. Berlari -lari anak kami keluar dari banggunan syarikat dan menuju ke tempat letak keretanya. Pandangan pelik daripada staff syarikat langsung tidak dipedulikan Haidi.

“Hari ni kita pergi semua tempat yang pasangan bercinta selalu pergi!” ujar Haidi teruja.Tangan kirinya yang masih menggengam tangan kananku mencambahkan rasa bahagia di hati.

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah TGV. Cerita yang di pilih Haidi pulak seram amat! Sengaja agaknya nak test power aku! Ini Kamariah la. Tak takut, tapi cepat terkejut je!

Walaupun penghawa dingin TGV tidaklah sesejuk GSC, tapi Haidi tetap memaksa aku memakai kot miliknya. Mungkin nak tunjuk dia romantiklah kot! Sepanjang cerita Nang Nak ditayang, sekali-sekala Haidi akan menyembamkan mukanya di bahuku. Takut! Aku senyum mengejek sahaja melihatnya.

“Dah tahu takut pilih cerita seram tu apasal?” Aku pura-pura memarahinya.

Haidi hanya tersengih menunjukkan barisan gigi yang teratur kemas.

“Jom kita pergi tempat lain pulak!” ajaknya lalu memeluk bahuku. Aku tersenyum tanda setuju.

Sepanjang hari kami berjalan-jalan. Dari KLCC untuk menonton wayang dan membeli buku di kinokuniya, kami ke I-City di shah Alam seterusnya ke Tasik Titiwangsa untuk menikmati pemandangan dari Eye On Malaysia. Macam dah pusing satu KL je rasanya!

Ketika Haidi beredar ke tandas, aku menunggunya di bangku luar taman sambil menikmati aiskrim. Sedang aku asyik menikmati aiskrim cornetto chocolate itu, suara Haidi menjerit menampang ke gegendang telingaku. Rupa-rupanya beg tangan aku dah dikebas pencuri tanpa aku sedari!

Aku dan Haidi berlari mengejar pencuri yang tak bertauliah itu. Aku sudah berhenti akibat kepenatan manakala Haidi masih gigih mengejar si pencuri. Dengan tindakan pantas Haidi mencapai beg tanganku, pencuri itu tidak semena-mena jatuh tersadung akibat tersilap langkah.

Beg tangan milikku dilempar Haidi kepadaku. Aku menyambutnya dengan senang. Sementara Haidi masih berurusan dengan si pencuri, aku di sini hanya jadi tukang pemerhati. Apabila Haidi berpaling dan bergerak ke arahku, si pencuri bertindak menyepak badan Haidi. Jatuh terlentang suami aku!

Aku mula berlari mendapatkan pencuri bedebah tu. Dan mencekak kolar bajunya sebelum menghadiahkan buku limaku di perutnya. Ternganga Haidi melihatku! Aku berpaling dan tersengih padanya tapi dalam masa yang sama si pencuri mula membalas dendam dengan menyepak kakiku. Aku pulak yang terjatuh.Haidi yang melihat kelihatan berang dan memukul si pencuri sehinggalah polis peronda sampai dan meleraikan mereka. Terkejut aku!

Aku benar-benar tak sangka yang Haidi mempunyai ilmu mempertahankan diri. Aku ingat dia memang lembut segalanya! Hah, itulah kau lain kali Don’t judge a book by its cover ye Kay! Bisik hatiku.

“Kamariah okey?” prihatin Haidi bertanya sambil membelek muka dan tanganku.

Aku mengangguk.

“Dah jom kita balik,” ajaknya lalu memimpin tanganku. Dalam diam aku tersenyum bahagia.

Malamnya aku membantu Haidi memasak dan menghidangkan lauk di meja makan. Mama yang bertindak memerhati dari tadi hanya melemparkan senyuman padaku tatkala mata kami bertembung. Sinar bahagia terpancar dari sepasang mata tua itu.

“Mama suka tengok anak menantu mama ni makin mesra,” ujar mama. Aku dan Haidi hanya tersenyum mendengarnya.

Makan malam kami di penuhi dengan cerita yang berlaku sepanjang hari ini. mama hanya ketawa mendengarnya. Aku dan Haidi saling berpandangan. Bahagia!

Aku bahagia bersama Haidi. Aku bukanlah membantah sepenuhnya ikatan ini. Cuma aku tidak boleh menerima Haidi kerana aku tidak mencintainya. Tentang isu ‘patah’ itu aku tahu ianya Cuma alasan sahaja. Andai dirinya aku cinta dari dulu, pasti aku tidak akan membangkitkan kelemahannya itu. Seperti sekarang aku sudah mampu terima dan tak kisah andai dia begini selamanya kerana aku sudah mencintainya.

Aku menunggu Haidi masuk ke kamar. Sementara itu aku membetulkan baju tidur satin yang aku pakai. Rasa macam tak percaya pulak aku sedang memakai baju tidur macam ni. Selama ni pyjama kotak-kotak je, yang macam Haidi pakai selalu tu. Aku betul-betul ingin menyerahkan diri dan hatiku padanya malam ini. Aku mahu menyatakan padanya yang aku terima apa adanya dia dan mahu mencintainya selama hayatku. Aduh, tak sangka betul aku ni jiwang!

“Kamariah,”

Aku memandang ke arah pintu kamar. Aik, bila pulak Haidi masuk? Kenapa aku tak dengar? Dah sibuk berangan bila masa kau nak sedar! Getus hatiku.

Aku senyum menggoda. Haidi menggaru kepalanya sebagai reaksi. Lantas tangannya memegang tombol pintu. Ingin keluar.

“Abang Haidi,” panggilku lembut dan menggamitnya.

Haidi mula bergerak ke arahku dan duduk di birai katil. Telapak tangannya diletakkan di dahi dan sekitar leherku.

“Tak demam pun,” katanya bersahaja. Aku mencebik! Apa pulak aku dikatanya demam?

“ Dah la. Kay nak tidur!” rajukku lalu baring. Selimut aku tarik menutupi seluruh badan. Terbantut niatku untuk berterus terang tentang perasaanku kepadanya. Spoil betul!

Haidi ketawa sebelum turut membaringkan tubuhnya di sebelahku. Tubuhku di dakapnya lembut.

“ Senangnya Kamariah give up,” bisiknya di telingaku. Aku segera berpaling menghadapnya. Bertentang mata dalam suasana yang hanya diterangi lampu tidur.

“Haidi cintakan Kamariah!” ujarnya tiba-tiba seraya mengucup pipiku. Aku tersenyum gembira.

“…dari dulu lagi,” sambungnya membuatku terkedu sendiri.

“Tapi kenapa…” Aku tak sempat menyudahkan kata-kataku kerana bibir Haidi sudah mula ‘bekerja’.

“Kita ada seumur hidup untuk saling bercerita, but not tonight sayang. Haidi dah rindu la,” rengeknya dengan suara yang mengada. Bukan menggoda ye…

Aku mengucup dahinya sebelum Haidi membawaku rapat dan tenggelam dalam kerinduannya.

***

Baru sahaja bahagia menjengah, kini duka pula mengambil alih. Ada seseorang telah mengirim kepadaku gambar Haidi dan Jay sedang bercium! Astaghfirullahalazim! Patut ke aku percaya? Kalau gambar yang dahulu Cuma berpegang tangan dan peluk-peluk, tapi sekarang bercium pulak! Adakah gambar ni sudah di edit? Aku harap begitulah. Apa-apa pun aku kena siasat. Haidi tidak tahu tentang gambar yang ada kat tangan aku sekarang. Biarlah dia tak tahu. Senang sikit aku nak buat kerja siasat menyiasat ni.

Aku mengekori kereta Jay daripada rumahnya lagi. Apabila sampai ke tempat yang di tujunya. Aku menyembunyikan diriku disebalik pokok yang terdapat di situ. Beberapa minit kemudian, muncul sebuah kereta yang amat aku kenali. Haidi!

Ya, Allah! Apa yang suami aku buat kat sini? Haidi aku lihat sedang serius berbicara manakala si Jay bagai orang gila mendapat bunga apabila Haidi datang padanya. Siap peluk dan cium di kedua belah pipinya lagi! Haidi tidak pulak menghalang.

Haidi, permainan apa yang kau cuba mainkan ni? Tak cukup ke apa yang aku bagi selama ni? Kenapa lelaki ni selalu ada antara kita? Kesal hatiku.

Tanpa menunggu masa yang lama, aku bergerak ke arah dua orang lelaki itu. Jay yang masih memeluk lengan Haidi aku jeling tajam. Haidi yang sudah perasan kehadiranku terus berusaha melepaskan pautan Jay di lengannya.

“Kamariah? Apa sayang buat kat sini?” Soal Haidi mula gelabah.

Jay yang berada di sebelah Haidi menjelingku. Ahh, ada aku kisah!

“Apa yang Haidi buat dengan Jay kat sini?”

“It is not what you thinking dear!” ujar Haidi menafikan.

“Eloklah you ada kat sini. I nak bagitahu yang Haidi nak i semula. Nampak sangat you tak pandai serve hubby you!” sampuk Jay tiba-tiba.

Aku membulatkan mata. Lelaki ni aku bagi sebijik karang masuk hospital seminggu.

“Jay! What on earth you try to do! Kita tak pernah ada apa-apa selain kawan!” marah Haidi menampakkan rahangnya yang bergerak-gerak. Tegang!

“Didi sayang, please. I tak boleh hidup tanpa you!” rayu Jay lantas memaut kembali lengan Haidi. Menambahkan rasa jijik aku pada pasangan ini!

“Do, whatever you wanna do Haidi,” Aku sudah malas nak berlama dan menyaksikan sketsa tanpa tajuk itu. Baik aku pergi sebelum air mata aku mengalir di depan mereka yang tak layak aku tangisi.

Selama ini gambar-gambar yang berada dalam tanganku itu benar belaka! Aku jijik dengan Haidi! Kenapa setelah aku serahkan semuanya barulah kebenaran mahu menjelma?

“Sayang!” Haidi menghalangku dari berlalu. Jari jemariku ditariknya lembut. Namun, aku segera merentapnya kasar. Haidi terkejut dengan tindakanku.

“Don’t call me sayang anymore! Kay jijik dengan Haidi! Kay menyesal serahkan semua dekat Haidi! Kay nak berpisah!” jeritku sebelum berlari memasuki kereta dan meninggalkannya yang masih berlari mendapatkan keretaku.

***

Sudah sebulan aku menetap kembali ke rumah orang tuaku. Biarlah! Biar apa Mak su Anim nak kata dan orang lain nak kutuk pun! Aku tak kisah langsung apa orang lain nak cakap melihat haidi setiap hari datang memujuk! Hati yang sakit bertambah sakit lagi apabila ujian kehamilan yang aku buat jelas menunjukkan yang aku sedang membawa benihnya Haidi! Untuk kepastian aku ke klinik dan dokor telah mengesahkan bahawa aku sudah hamil 3 bulan. Tak sangka selepas hampir 7 bulan berkahwin dengan Haidi kini aku sedang membawa ‘junior’nya.Perkara ini walaubagaimanapun telah aku rahsiakan daripada pengetahuan keluargaku apatah lagi Haidi.

“Kay, ibu masuk boleh,” pinta ibuku. Masih tidak jemu-jemu mahu memujukku supaya kembali pada Haidi.

“Kay nak tidur,” jawabku dengan suara lemah. Entah dengar entah tidak.

Bunyi pintu yang di kuak tiba-tiba membuatkan hatiku menggelegak panas. Mesti ibu! Desis hatiku.

“Kan Kay cakap Kay nak tidur!” marahku lalu menyembamkan muka ke bantal. Tidak mahu ibu melihat mata yang sudah membengkak kerana menangis.

Belaian di rambut mengembalikan aku ke alam yang nyata. Ini bukan ibu! Ini…

“Haidi!” jeritku sebelum menjauh darinya.

“Sayang, please dengar cakap Haidi dulu,” pintanya.

Aku memalingkan muka ke arah lain. Malas nak mendengar alasannya. Aku jijik juga memandang mukanya. Muka lelaki yang sudah berjaya menjatuhkan benihnya ke dalam rahimku. Lelaki yang aku cintai tetapi di cintai dan saling mencintai lelaki lain! Hakikat yang tidak akan aku terima seumur hidup aku! Hakikat yang buat aku rasa mahu muntah! Erk… tapi memang aku rasa nak muntah ni! Lalu aku bergegas ke tandas yang terdapat dalam bilik dan menghamburkan isi perutku. Langsung tidak menghiraukan reaksi Haidi yang panik dan turut mengekori langkahku dari belakang.

“Sayang, okey?” Haidi menyoal prihatin.

“No, i’m not okay Haidi! Just get out!” Aku sudah meninggikan suara. Pintu kamar bilik mandi aku tutup kasar tanpa sempat Haidi menghalangnya. Haidi masih setia mengetuk pintu sedangkan aku sudah terduduk di atas lantai kamar mandi. Menangis.

“Kamariah, sayang. Jangan buat Haidi macam ni! Jay bukan siapa-siapa dalam hati Haidi. Jay yang rancang semua ni. Ingat tak hari yang Jay jumpa Kamariah dulu? Betul tekaan Kamariah, Jay masukkan pil peransang dalam minuman Kamariah sebab dia dah upah lelaki lain untuk rosakkan sayang tapi Haidi sempat datang dan halang niat jahat dia. Tentang yang hari tu, Haidi nak settle kan semua perkara dengan Jay supaya dia tak kacau kita lagi. I thought i can finish everything that day. But i’ve failed! Sepatutnya Haidi bagitahu dulu rancangan Haidi kat Kamariah. Tak lah kita jadi macam ni! Sayang percayalah dari dulu lagi nama Kamariah je yang ada dalam hati ni,” pujuk Haidi dengan panjang lebarnya.

Aku membuka pintu bilik mandi. Air mata yang mengalir dibiarkan mengalir demi mendengar pengakuannya. Haidi mendapatkan aku dan memeluk erat tubuhku. Aku membalasnya.

“Sayang percayakan? Haidi tak pernah buat perkara terkutuk tu. Haidi tak pernah cium Jay. You’re my first kiss. Haidi tak pernah sentuh Jay. Kamariah adalah wanita pertama yang Haidi sentuh! Haidi tak sanggup kalau Kamariah jijik dengan Haidi. Cuma Kamariah je wanita yang mampu menggetarkan hati Haidi dari kita kecil sampai dah besar. Haidi loves you so much sayang,” luahnya lagi.

Aku menangis teresak-esak mendengar bicaranya sebentar tadi. Betul aku wanita yang dia cintai dari kecil hingga dewasa. Dia sudah menceritakannya. Aku menyesal kerana tidak mempercayainya dan merahsiakan kandunganku darinya.

“I’m sorry too. Kay yang salah sebab masih tak percayakan Haidi. I love you too,” bisikku.

Haidi senyum sambil mengucup dahiku dan mengeratkan lagi pelukan.

“Sayang dah gemuklah,” komen Haidi tiba-tiba.

Aku merenggangkan pelukan dan memandang badanku sendiri. Ketara sangatkah perubahan bentuk badanku?

“Ini semua Haidi punya pasallah!” marahku tapi tawaku meletus apabila melihat wajah terpinga-pinganya.

“ Kenapa pulak?” Tanya Haidi.

“ Because of your love, my tummy are getting bigger,” kataku dan membawa tangannya ke perutku yang sudah menampakkan bentuknya.

“Sayang makan banyak sangat ke kat rumah ibu?” Haidi lurus menyoalku. Masih tidak dapat menangkap kiasanku. Tangannya masih meraba-raba sekitar perutku.

“Bukanlah!” nafiku.

“Habis tu?”

“Haish, Haidi ni! What i’m trying to say is you are going to be daddy and i’m going to be…”

“Mummy!” sambungnya dengan muka teruja. Jari jemariku digenggamnya erat dan segera menarik tubuhku bangun.

“Eh, kita nak pergi mana ni?” soalku kepelikkan.

“Balik rumah mamalah. Nak bagi tahu mama yang Haidi dah berjaya jadi daddy!”jawabnya selamba bercampur bangga.

Aku menyambutnya dengan tawa bahagia. Macam-macam…

Empat bulan kemudian…

“Sayang, abang nak jugak baju warna pink ni,” bentak Haidi persis anak kecil.

Aku mengecilkan anak mataku tanda tidak berpuas hati. Pink? Biar betul!

“ Tak nak dan tak mungkin!” jawabku tegas. Perut yang sudah memboyot aku usap perlahan. Senak!

“Abang nak jugak! Tak kira!” Haidi sudah merengek. Menggelegak jugak darah aku melayan kerenah suami aku ni! Tambahan, si gadis promoter yang dari tadi menjadi pemerhati sudah tergelak kecil melihat adegan kami suami isteri berperang memilih baju bayi.

“Abang…Kay bukan tak nak, tapi baby kita ni lelaki. Bukan perempuan!” Aku masih cuba berdiplomasi.

Haidi terdiam. Wajahnya muram.

“Ala..kalau lelaki pakai warna pink pun okey apa,” Haidi membalas selamba.

“Okeylah, kita ambil satu,” Aku mengalah. Malas nak berbalah di hadapan orang. Sementara Haidi sudah mengukir senyuman.

“Thanks sayang!” Haidi mencapai baju bayi berwarna pink itu dan menghulurkannya kepada si promoter. Pipiku yang tembam dikucupnya lembut. Gembiralah tu!

Sewaktu kami berjalan-jalan disekitar mall, kelibat seseorang mencuri perhatian kami, siapa lagi kalau bukan Jay! Lelaki itu sedang jalan berpimpinan tangan dengan seorang gadis yang manis bertudung. Jay datang ke arah kami apabila dia menyedari kelibat kami.

“Hai,” sapanya mesra.

Haidi melemparkan senyuman. Aku pula berpura-pura memandang ke arah lain. Tidak mahu memandang lelaki yang hampir memusnahkan rumah tanggaku suatu ketika dahulu.

“Kenalkan, Maisarah, Isteri i,” Ujar Jay.

Aku memandang muka Jay dan isterinya Maisarah. Dalam hati aku mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga. Baguslah dia sudah berubah. Perlahan senyumanku terukir. Haidi juga tersenyum gembira.

Jay dan Maisarah meminta diri setelah berbual seketika kerana ada hal penting katanya. Haidi dan aku hanya melihat pasangan itu menjauh. Haidi memaut bahu dan mengusap lembut perutku.

“Syukur kan Jay dah berubah. Muka pun bahagia je,” ujar Haidi.

Aku Cuma mengangguk. Bersyukur lelaki yang dahulunya menyukai suami aku sudah kembali pada fitrah alam dan kini sudah berbahagia dengan cintanya, seorang wanita yang aku yakin mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Sementara aku berbahagia dengan suamiku Ahmad Umar Haidi dan bakal bayi kami selama nikmat hidup masih diberi sang Pencipta…

p/s: Gejala LGBT semakin berleluasa. Jangan memandang ringan dan jelik pada golongan ini. Sebaliknya ‘tarik’ mereka semula supaya kembali ke ‘fitrah’ asal mereka. Tunjukkan kepada mereka, HIKMAH yang sebenarnya mengapa ALLAH menciptakan kita secara berpasang-pasangan. Hidup ini terlalu indah untuk dibazirkan dengan sesuatu yang menentang hukum ALLAH – NOORAIHAS ^ <




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

62 ulasan untuk “Cerpen : Oh My Hubby!”
  1. Princess Dan Yell says:

    best. .g0od job. . :)

  2. zalina says:

    besttttt sgtt

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"