Novel : Cik Lesung ‘Batu’ Dan Encik Sengal 8

28 January 2013  
Kategori: Novel

5,051 bacaan 13 ulasan

Oleh : Chenta Balqis

8
Dia menapak ke dapur dan nampak semua keluarganya berkumpul di situ bersama dengan Qairysha. Qairysha mesra sekali dengan ahli keluarganya kalau orang lain yang lihat mesti mereka akan menganggap Qairysha adalah anak perempuan Encik Ahmad Shahir dan Puan Khairunnisa bukannya dirinya kerana dia banyak menghabiskan masa di dalam bilik dan jarang melepak-lepak dengan ahli keluarga yang lain. Dia cuma memerhati dari dinding telatah abangnya dengan Qairysha, hmm kenapa abang Emir ni nampak macam friendly pulak selalu tu pemalu sangat sampai diam dari awal berborak sampailah habis. Ni mesti ada kucing beranak belakang batu ni. Haha! Peribahasa aku, pelik-pelik je.

Dia menghampiri keluarganya dan duduk di kerusi yang masih kosong. Qairysha memandang mukanya seperti ada yang tak kena. Eh apa lagi yang tak kena pulak dengan aku sampai macam tu sekali pandangnya. Dia menjongketkan keningnya kearah Qairysha. “Kenapa kau pandang aku macam tu yaaaa syaiton?” Soal Ekin sambil tersenyum sinis. Qairysha hanya tersengih dan kembali berborak bersama yang lain. Dia sengaja buat endah tak endah dengan pertanyaan Ekin.

“Rysh dengan Ekin nak ke mana ni?” Encik Ahmad Shahir tiba-tiba bersuara.

Ekin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan Qairysha hanya tersenyum sumbing sambil mengerling ke arah Ekin. Dia boleh bantai buat muka tak bersalah pulak minah ni. “Hey minah, kau nak pergi mana?” Soal Ekin dengan suara yang sengaja dilaungkan.

Qairysha hanya memandang dan tersenyum mengejek ke arah Ekin. “Tak ada nak pergi mana pun.” Jawapnya selamba. Ekin ternganga mendengar jawapan dari Qairysha.

Ekin bangun dan mendekati Qairysha sambil bercekak pinggang dan menyoal kembali. “Habis yang kau kejut aku bangun petang-petang ni nak buat apa ngoi? Kau ni suka sangat kacau aku tidur, dah suruh aku siap tapi tak pergi mana-mana. Dahlah baik aku masuk bilik tidur lagi baik.” Dia berlalu masuk ke dalam bilik.

Qairysha dan abang Ekin berpandangan sesama sendiri. Pelik dengan perangai kawannya. Selalu tu taklah hangin satu badan kalau kena kejut pun. Dia meminta izin pada mama dan papa Ekin untuk beredar ke bilik. Sampai sahaja di pintu dia terus memulas tombol pintu dan masuk. Ke mana pulak, selalu kalau merajuk terus masuk bilik. Habis, hari ini ke bilik mana ya. Dia berdiri dan tangan di kepala, naahh dia tahu ke mana Ekin pergi. Dia berjalan perlahan-lahan dan menuju ke bilik bacaan. Pintu sedikit terbuka dan dia nampak bayang seseorang sedang duduk termenung di hujung tingkap. Termenung je budak ni tak ada benda lain ke nak buat. Dia menghampiri Ekin dengan perlahan. “Babe, kau kenapa?” Soal Qairysha sambil menepuk bahu kawannya perlahan.

Ekin tersentak dengan tepukan di bahunya. Dia mengerling ke sebelah, nak datang pujuklah tu. Dia hanya menggelengkan kepala dan tersenyum hambar. “Tak ada apa-apalah.” Jawapnya perlahan. Qairysha hanya memandang dengan muka yang tak beriak. Dia tahu segala tindak tanduk Ekin dan dia boleh mengangak apa yang Ekin sedang fikirkan. Nasib dirinya dan keluarga. Itulah yang selalu Ekin fikir dan kadang-kadang dia pulak yang risau taku-takut Ekin nak buat perkara-perkara yang tak elok. Siapa tak sayang kawan kan.

“Nak berashia pulak dengan aku ya? Ha Ha Ha!” Qairysha cuba menceriakan suasana.

“Rashia apanya aku ini, tak ada apa-apa sebenarnya. Sengaja nak suruh kau pujuk aku.” Jawap Ekin dengan senyuman nakal.

Deringan lagu I Wish oleh FT Island dari telefon bimbitnya mematikan perbualan mereka. Dia segera mencari telefonnya dan menjawap. Kedengaran suara abangnya, Ayman.

“Rysh dekat mana?” Laju soal Ayman.

“Hekk huurrm, Assalamualaikum Encik Fiqrash Ayman” Balas Qairysha lembut. Ayman tersedar dan ketawa. Tergopoh-gapah sangat kan dah kena sekali.

“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatu, wahai ahli kubur” jawapnya selamba. Qairysha ketab bibir. Boleh pulak dia kenakan aku balik, along ni teruk betul.

“Ya Encik Ayman, boleh saya bantu?”

“Ni nak bagi tahu, mak awak suruh awak balik sekarang. Kita ada tetamu nak datang rumah kita petang ni dan mak suruh tolong buatkan Pavlova untuk tetamu kita, ada faham?” Ayman membalas. Qairysha mengganggukkan kepala tanda ya.

Ekin bersuara “Kau angguk-angguk apa, bukan abang Ayman nampak pun sengal” Qairysha tersengih, ya tak ya juga dari tadi terangguk-angguk. Dia hanya kata okay dan memutuskan talian.

“Aku balik dulu tau, ada tetamu nak datang. Sorry cause kacau kau tidur” Qairysha berkata dan berlalu keluar dari bilik. Menyalami tangan mama dan papa Ekin dan melangkah balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, dia berfikir sendiri siapa agaknya yang nak datang rumah ni, selalu tak ada aku okay je dah kenapa pulak hari ini kena ada aku? Hmmm kena jalan cepat ni. Dengan perasaan ingin tahu yang semakin membuak-buak mempercepatkan langkah kakinya menuju ke rumah yang semakin dekat.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Cik Lesung ‘Batu’ Dan Encik Sengal 8”
  1. Ayra Nur Alisha Azman: Sedap nama awak :D , thank you :D

  2. debu says:

    ske cite ni..nk lagi..nk lagiii..hihiii..keep it up Chenta Balqis.xsbr tgg ew release

  3. debu: tunggu tunggu tunggu, hehe btw thanks honey

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"