Novel : Idolaku My Friend??? 1

7 January 2013  
Kategori: Novel

1,032 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : MIYAZAKI ELISYA

1

“Okey, cantik. Yang lelaki itu dongakkan kepala sikit. Biar nampak smart. Yang perempuan pula, mimik muka tu biar seksi lagi. Okey,set! Stay macam tu.” KLIK!

Segaris senyuman terukir dibibir jurukamera itu. Tanda berpuas hati dengan hasil yang dilihatnya.

“ Macam mana dengan gambar tadi Encik Amri? Ada yang nak kena repeat ke?”soal Daniel lalu meneguk sebotol air. Tekaknya terasa kering setelah menjalani sesi fotografi yang memakan masa lebih kurang 2 jam itu. Matanya tertumpu ke arah skrin computer untuk melihat hasil kerjanya.

“ Oh, okey. Tak ada apa-apa masalah. Awak memang professional Daniel. Mudah untuk saya bekerja dengan awak,” puji Encik Amri sambil menepuk perlahan bahu Daniel.

Daniel hanya tersenyum mendengar pujian yang didengarnya.“ Kalau ada kerja untuk saya nanti, jangan lupa call saya Encik Amri. Saya sudi menerimanya.”

“Saya memang nak awak je yang buat semua modelling ni untuk saya Danial. Saya sentiasa mengharapkan awak. Bila saya call, awak jangan hampakan saya pulaklah ye,” balas Encik Amri berseloroh.

Daniel tergelak kecil.“ InsyaAllah, Encik Amri.”

Kemudian, Daniel mengorak langkah menuju ke bilik persalinan. Di situ, dia melihat Suzanna sedang sibuk membelek dirinya di hadapan cermin. Daniel menggeleng-gelengkan kepala. Memang dasar perempuan. Sikit-sikit nak tengok cermin. Bebelnya dalam hati.

Suzanna yang sedar dengan kehadiran Daniel mula menegurnya.

“ Hai, Daniel. Handsome awak hari ni. Seronok saya bekerja dengan awak,” ujar Suzanna cuba beramah mesra sambil menepek bedak ke mukanya.

“Selepas ni, kita pergi lunch sama-sama nak tak? I dah laparlah.” Pujuk Suzanna manja. Siapa yang tak nak keluar dengan Daniel yang handsome tu. Peluang yang ada digunakan sebaiknya.

Senyap. Tiada balasan dari Daniel. Suzanna menoleh.Dia merengus geram melihat Daniel yang sedang membetulkan rambutnya yang tegak untuk photoshoot tadi. Daniel menyisir rapi rambutnya tanpa mempedulikan Suzanna. Tak guna punya mamat. Ingat aku cakap dengan cermin agaknya. Omel Suzanna.

“ Daniel!! You dengar tak apa yang I cakap tadi?!” tempik Suzanna tanda tidak puas hati dengan sikap Daniel.

Daniel buat tak dengar. Telinganya disumbatkan dengan kapas yang diambil dari poket seluarnya . Kemudian, dengan selamba dia keluar dari bilik persalinan sambil bersiul. Dia ada kerja lain yang perlu dibuat. Malas mahu melayan kerenah Suzanna tu.

Suzanna menghentakkan kaki tanda protes. Dia menepuk-nepuk pipinya supaya bersabar dengan perangai Daniel tu. Sabar Suzanna, sabar.

“ Sue….” Namanya dipanggil lembut. Dia tersenyum. Itu suara Daniel. Suzanna segera menoleh ke arah suara Daniel tadi sambil tersenyum. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Dah macam watak kucing dalam cerita Shrek saja gayanya.

Tidak semena-mena, Daniel menjelirkan lidah ke arah Suzanna. Suzanna mengerutkan dahi. Bibirnya diketap geram. Berdekah-dekah Daniel ketawa melihat reaksi Suzanna yang bengang tu dan segera berlalu dari situ. Puas hatinya dapat mengenakan Suzanna.

* * * * * *

“ Mila,bagaimana dengan projek “Fashion for All” yang dibincangkan minggu lepas? Dah jumpa belum model yang sesuai?” soal Puan Lydia kepada setiausahanya sambil menyandarkan badan ke kerusi.

“Projek tu berjalan lancar, Puan. Model-model yang terlibat pun dah buat photoshoot dan hanya tunggu gambar-gambar tu daripada Encik Amri sahaja.”

“Okey,bagus. Bila gambar tu boleh sampai pada saya?”

“ Maybe petang ni Puan dah boleh buat final decision mengenai pemilihan model yang sesuai untuk fashion show tu nanti,” terang Mila panjang lebar.

“Oh, great! Thanks, Mila,” balas Puan Lydia gembira dengan laporan yang didengarnya. Mila hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan. Kemudian, dia berlalu meninggalkan bilik bosnya itu.

Kemudian Puan Lydia menekan pula interkom.“ Julia, masuk bilik saya sekarang ya.”

Sambil menunggu kedatangan Julia, Puan Lydia menyelak sehelai demi sehelai fail yang penuh dengan pelbagai design untuk fashion shownya nanti. Dia mahu memastikan pilihan yang telah dibuatnya tepat dan tiada sebarang kesilapan yang berlaku.

Tok!Tok!Tok!

“Masuk!”

“Ya,Puan.”

“Julia, ni design yang telah saya pilih untuk fashion show tu nanti. Awak tolong berikan pada production department kita untuk menyiapkannya sebulan sebelum fashion show tu,” arah Puan Lydia sambil menghulurkan fail yang telah disemaknya tadi.

Julia mengambil fail tersebut dan beredar dari situ. Sejurus selepas Julia pergi, Puan Lydia berdiri dan berjalan menuju ke sofanya pula.Dia memikirkan kerja apa lagi yang perlu dibereskan mengenai fashion show tu nanti.

“Rasanya semua dah siap.Hanya tunggu hari fashion show tu je. Aish, harap-haraplah semuanya berjalan lancar,” monolog Puan Lydia. Dia berharap sangat projek meganya ini menjadi.

* * * * * *

“Syaza, kau dah siap ke assignment Dr.Anita tu?Lagi berapa page kau kena buat?” soal Syaida kepada teman baiknya, Syaza Farhana.

“Lagi 2 muka surat kot. Aku dah tak ada idealah nak cite pasal apa lagi. Lusa dah nak kena submit. ,” balas Syaza sedikit kecewa dengan assignmentnya yang belum siap lagi. Kalau tidak hantar pada waktu yang ditetapkan oleh pensyarahnya tu, alamatnya kena rejectlah kerja mereka.

“Aku pun sama wei….Tapi, takpalah, kita buat sama-sama malam ni. Insyaallah, sempat siap esok punya,” cadang Syaida bersungguh-sungguh lalu dengan rakusnya menyuapkan ayam goreng KFC ke mulutnya.

Syaza hanya tergelak kecil melihat kelakuan teman baiknya itu. Rakus betul dia ni makan. Macam tak pernah makan KFC saja lagaknya. Syaza bermonolog sendiri.

Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbit Syaza bingit menyanyikan lagu Korea kegemarannya iaitu lagu Fiction nyanyian kumpulan Beast. Syaza melihat skrin telefonnya dan tersenyum kecil sebaik sahaja mengetahui siapa pemanggilnya.

“Helo….ha,kenapa? Bila korang nak sampai ni? Dah berjanggut kita orang tunggu kat sini tau. Kau orang kat mana tu?” soalnya bertubi-tubi.

“Itulah aku nak bagitahu ni. Kita orang on the way dah ni. Kau tolong orderkan makanan kita orang macam biasa,” jawab si pemanggil.

“Dah order dah. Cepat sikit datang. Nanti mengamuk singa betina ni aku tak tahu,” ujar Syaza seakan mengugut. Matanya menjeling ke arah Syaida yang sedang enak meratah ayam goreng kegemarannya. Kemudian, talian dimatikan.

“Siapa tu? Kimi?” soal Syaida.

Syaza mengangguk.

“ Sebut pasal dia ni, bila dia orang nak sampai? Dah nak tumbuh tanduk kat kepala aku ni tau. Lambat betullah dia orang ni. Macam perempuan apa nak bersiap lama-lama.”

“ Woi!! Overlah kau ni. Hiperbola gila ayat. Manusia manalah boleh tumbuh tanduk,” ujar Syaza sambil menujal kepala Syaida. Syaida hanya tersengih mendengar kata-kata Syaza itu.

“ Kejap lagi sampai katanya. Kita tunggu jelah,” ujar Syaza pula.

Tiba-tiba, terasa bahunya dicuit dari belakang. Syaza segera menoleh. Hakimi sedang tersenyum kecil ke arah Syaza dan menampakkan lesung pipitnya.

“ Hai, dah lama tunggu?” soalnya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Syaza.

“ Ha….panjang umur kau. Sedap je kau tanya kan? Naik panas punggung aku duduk sini tunggu korang tau tak. Mana pulak si Fikri ni? Lari ke? Takut kena bantai dengan aku?” sampuk Syaida geram. Bengang dia dengan dua orang rakannya ini.

Belum sempat Kimi membalas, dilihatnya Fikri sudah mengorak langkah masuk ke dalam restoran KFC itu. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Syaida.

“ Sorry, guys. Kita orang lambat. Macam biasalah kan, jammed.” Fikri cuba menerangkan.

“ Ha, kan Fik dah sampai tu. Kau ni Syaida, asyik nak naik angin je. Tak baik untuk kesihatan. Kalau kena darah tinggi nanti, siapa yang susah? Kita orang jugak kan?” tempelak Kimi.

Syaida menjengil ke arah Kimi. Dilihatnya Kimi kecil saja dimatanya. Kimi menutup mulutnya apabila melihat Syaida yang sudah mula menyinga. Dipandang Kimi dan Fikri silih berganti.

“ Kan aku dah cakap tadi. Jangan buat singa betina ni naik angin,” bisik Syaza kepada Kimi. Kimi hanya mengangguk faham. Fikri yang tidak mengerti apa yang berlaku hanya mengerutkan dahi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"